You are on page 1of 3

1.

0: PENGENALAN
Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari
fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan fasa tindakan. Pengajaran
makro adalah simulasi satu pengajaran lengkap berpandukan Rancangan Pengajaran
Harian dan tujuannya adalah untuk menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada
guru pelatih di samping membantu memperbaiki kelemahan yang berlaku sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah melaksanakan pengajaran makro
bagi mata pelajaran Matematik (SK). Sesi pengajaran makro yang telah dilaksanakan
ini adalah bertujuan untuk memenuhi tugasan kelima PRKA3012 Perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran yang mengekendaki siswa pendidik untuk
melaksanakan pengajaran makro dan kemudian membuat penulisan reflektif terhadap
pengajaran makro yang telah dijalankan. Hasil penulisan reflektif ini adalah untuk
membincangkan pelaksanaan empat fasa pengajaran makro dan menilai kekuatan,
kelemahan dan cadangan penambahbaikan terhadap pengajaran makro saya. Bagi
pengajaran makro, saya memilih bidang ukuran dan sukatan di bawah tajuk panjang.

2.0: PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO


Sepanjang pengajaran makro dijalankan, saya dapati terdapat beberapa
kelebihan dan kekuatan yang dimiliki. Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti adalah
saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum
memulakan macro teaching bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa
sesi pengjaran makro dijalankan. Fasa persediaan adalah sangat penting untuk
membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik supaya murid-
murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menentukan
topik pada hari tersebut iaitu panjang, mengenal pasti kebolehan sedia ada murid dan
juga menetapkan objektif atau hasil pembelajaran sepanjang proses pengajaran mikro
tersebut iaitu murid boleh menukar unit meter kepada sentimeter atau sebaliknya.
Saya juga telah menyediakan potongan kertas sepanjang 1 meter untuk
diberikan kepada murid sebelum memasuki kelas bagi mengurangkan masa murid
untuk membuat pembaris tersebut. Saya juga menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran makro dengan tujuan untuk murid melihat
senggatan yang ada pada pembaris panjang 1 meter sebelum meneruskan
pengajaran yang seterusnya.

1
Selain itu, semasa fasa perkembangan mempunyai proses penilaian yang
mana dilakukan oleh guru untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya telah menyediakan lembaran kerja kepada murid untuk menguji
tahap kefahaman mereka terhadap penukaran unit meter kepada sentimeter dan
sebaliknya. Saya boleh mengenal pasti murid yang lemah dan murid yang menguasai
topik pengajaran berdasarkan kepada hasil kerja murid dan secara tidak langsung
saya dapat memberi latihan peneguhan bagi murid lemah dan pengayaan bagi murid
yang cemerlang.
Di samping itu, kekuatan yang saya miliki semasa macro teaching dijalankan
adalah mempunyai suara yang lantang dan cara penyampaian isi kandungan
pengajaran dan pembelajaran adalah jelas. Bagi saya, suara guru yang lantang, jelas
dan sebutan yang dilantunkan mudah difahami adalah untuk memastikan agar
tumpuan dan fokus murid hanyalah kepada guru semata-mata dan mereka dapat
memahami isi pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pengajaran makro, terdapat beberapa kelemahan yang perlu
saya baiki dari semasa ke semasa. Segala kelemahan yang dilakukan, saya susuli
dengan cadangan penambahbaikan supaya kelak apabila menjadi guru sebenar saya
dapat meningkatkan kemahiran dalam pengajaran saya. Kelemahan sewaktu
melaksanakan set induksi bahan bantu mengajar saya yang pertama iaitu slaid
powerpoint yang biasa dan tidak menarik menyebabkan murid kurang berminat untuk
mendengar isi pelajaran yang ingin disampaikan. Sepatutnya, sebagai bakal guru
yang kini terdedah dengan pembelajaran abad ke-21, saya perlu menyediakan slaid
yang kreatif dan inovatif untuk menunjukkan gambar pembaris panjang berukuran 1
meter. Saya juga perlu selitkan video berkaitan dengan unit ukuran panjang pembaris
1 meter untuk menunjukkan animasi pergerakan supaya murid akan tertarik dengan
pengajaran pada hari tersebut. Kekurangan idea untuk membuat aktiviti yang
melibatkan murid merupakan salah satu kelemahan yang ada pada saya.
Seterusnya, kekurangan yang saya miliki sepanjang pengajaran makro adalah
bahan bantu mengajar (bbm) yang tidak menarik dan mudah rosak. Saya hanya
menyediakan jalur kertas berwarna bagi setiap kumpulan untuk menunjukkan
perkaitan panjang jalur kertas tersebut dengan pembaris panjang 1 meter yang
sebenar. Seharusnya, saya membekalkan setiap kumpulan dengan pembaris panjang
1 meter yang sebenar ataupun jalur kertas telah di”laminate” terlebih dahulu sebelum
diberikan kepada murid. Hasilnya, murid akan berasa lebih tertarik untuk belajar
tentang topik panjang apabila guru mampu menyediakan bbm yang menarik dan
inovatif.

2
Di samping itu, saya juga memiliki kekurangan dari segi teknik penyoalan. Saya
kurang menyediakan soalan terancang kepada murid dan soalan yang diberikan
hanyalah soalan aras kognitifnya ingat kembali dan kefahaman. Saya kurang
bertanyakan kepada murid soalan berbentuk aplikasi dan analisis. Hal ini
mengakibatkan murid tidak dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi
pengajaran pada hari tersebut. oleh yang demikian, saya perlu bersedia dengan
soalan-soalan terancang mengikut aras soalan Taksonomi Bloom supaya dapat
menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis dan sekaligus memahirkan
mereka untuk menjawab soalan berbentuk KBAT.
Saya juga memiliki kekurangan dari segi pengurusan masa sewaktu
mengendalikan aktiviti kumpulan bersama murid. Saya tidak mengikuti masa yang
telah ditetapkan dalam langkah satu iaitu selama 15 minit. Murid mengambil masa
untuk membuat senggatan sama seperti pembaris panjang 1 meter. Akibatnya, saya
terpaksa memendekkan masa sewaktu murid menjalankan aktiviti mengukur dan tidak
melaksanakan aktiviti cabutan bertuah. Lantaran itu, saya perlu menguruskan masa
dengan teratur supaya rancangan pengajaran yang disediakan dapat dihabiskan
mengikut waktu yang ditetapkan.
Penambahbaikan yang boleh saya lakukan pada masa akan datang adalah
menyediakan set induksi yang menarik serta bersesuaian dengan pembelajaran yang
akan dijalankan supaya murid akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Saya juga
akan cuba menerapkan unsur kecindan atau unsur jenaka agar murid tidak terlalu
tertekan terutamanya apabila mata pelajaran Matematik dianggap mata pelajaran
yang menakutkan. Seterusnya, saya perlu menambah baik bahan bantu mengajar
seperti yang telah dinyatakan dalam isi huraian kelemahan saya yang kedua.

3.0: PENUTUP
Secara keseluruhannya, pengajaran makro saya agak berjaya walaupun terdapat
beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik. Sepanjang membuat penulisan
reflektif ini, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran makro saya yang
pertama sebelum bergelar guru sebenar. Menerusi perbincangan yang dilakukan
bersama pensyarah Matematik, saya dapati guru pelatih seperti saya dapat
memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang pengajaran makro ini agar dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan objektif yang dirancang dan
dihasratkan akan tercapai. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan
dan keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan dapat meningkatkan mutu
penyampaian selain menjadikan pembelajaran bermakna buat murid.