Вы находитесь на странице: 1из 4

JURNAL 3 (11/8/2017 – 16/8/2018)

TAJUK JURNAL : PENGURUSAN MASA

MASALAH

Pada minggu ketiga dan minggu-minggu sebelumnya, saya dapati masalah utama
yang saya hadapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ialah masalah
pengurusan masa. Masa yang telah diperuntukkan untuk setiap fasa tidak digunakan
dengan sebetulnya. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang tidak sempat
untuk dilaksanakan berikutan kekangan masa yang dihadapi. Natijahnya, terdapat
hasil pembelajaran yang tidak dapat dicapai dengan jayanya.

ANALISIS MASALAH

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya ialah
masa yang telah diperuntukkan untuk sesuatu aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran tidak mencukupi semasa pelaksanaan. Hal ini disebabkan oleh
bebrapa faktor seperti murid mengambil masa yang lama untuk berfikir atau
berbincang bersama rakan-rakan. Selain itu, semasa sesi pembentangan, terdapat
murid-murid yang tidak yakin untuk bercakap, bercakap dengan suara yang perlahan
dan masing-masing menolak untuk menjadi pembentang.

Kajian lampau yang berkaitan

Korweit (1989), menyatakan jika terlalu sedikit masa digunakan dalam pengajaran,
subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian
pelajar. Aspek yang terpenting dalam pengurusan masa ialah kawalan guru iaitu
penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah.

Hanya 60 peratus daripada masa sebenar berlangsungnya pengajaran dan


pembelajaran dan 40 peratus lagi terbuang begitu sahaja (Korweit & Slavin, 1981).
Seseorang guru mestilah tegas dan berupaya membahagikan masa mengikut
perancangan yang ditetapkan. Pembahagian masa perlu dibuat secara bulanan,
mingguan, harian dan sehingga ke peringkat jam. Hal ini akan menjadikan guru lebih
peka dan mampu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
sistematik.

Mengikut kajian kes tahap pengurusan pelajar dan masa oleh Nurzatulshima
Kamarudin (2011), bagi memastikan masa yang diperuntukkan untuk amali sains
dapat digunakan dengan berkesan serta pelajar terlibat sepenuhnya dalam aktiviti
amali, dicadangkan guru sains:
Memastikan pelajar sampai awal ke padang
Membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan kecil
Menjelaskan agihan tugas setiap pelajar dalam kumpulan
Memberi penerangan prosedur yang lengkap
Menunjukkan cara penggunaan peralatan yang diperlukan
Menekankan aspek kerjasama dalam kumpulan
Mengawal aktiviti pelajar
Membuat perbincangan

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a. Saya akan membuat kajian sendiri dengan membaca buku, artikel atau jurnal
penyelidikan berhubung dengan pengurusan masa di dalam kelas. Melalui
pembacaan dan kajian ini, saya akan mampu mengubah cara pengajaran saya
mengikut saranan-saranan atau input yang telah saya peroleh dari pembacaan yang
telah saya lakukan agar aspek pengurusan masa tidak lagi menjadi masalah buat
saya.

b. Semasa sesi yang melibatkan perbincangan secara berkumpulan, saya akan


sentiasa mengingatkan murid-murid tempoh masa yang tinggal untuk mereka
menyelesaikan tugasan secara berkumpulan agar mereka sentiasa peka dengan
masa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan
mengikut masa yang ditetapkan. Bagi menjimatkan masa dan memudahkan murid-
murid, saya akan memilih beberapa kumpulan sahaja untuk membentangkan hasil
perbincangan mereka. Sekiranya ada aktiviti yang melibatkan permainan, saya akan
membuat peraturan, kumpulan yang menjawap dengan betul dan terpantas akan
dikira sebagai pemenang. Hal ini, secara tidak langsung akan menyebabkan mereka
berlumba-lumba untuk menyelesaikan tugasan mereka dengan cepat.

c. Bagi memastikan aktiviti yang dirancang semasa sesi pengajaran dan


pembelajaran tidak diganggu dengan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti
perhimpunan, saya akan membuat perancangan sokongan. Aktiviti yang dirancang
untuk perancangan sokongan tersebut merupakan aktiviti yang sesuai bagi tempoh
masa yang ada pada ketika itu. Hal ini sudah pasti akan dapat mengelakkan hasil
pembelajaran yang dirancang daripada terjejas.

d. Saya juga akan berusaha untuk medapatkan nasihat dan bimbingan daripada
guru pembimbing, pensyarah pembimbing, guru-guru atau rakan-rakan.

TEMPOH PENYELESAIAN

1 minggu

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan lebih teliti semasa menyediakan rancangan pengajaran harian. Hasil
pembelajaran yang ingin dicapai dan aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan akan
saya sesuaikan dengan masa yang diperuntukkan. Bagi masa berdurasi 30 minit,
saya akan menyenaraikan hanya dua hasil pembelajaran agar kedua-duanya dapat
dicapai. Selain itu, saya akan berusaha untuk mengelakkan dari mebuat aktiviti yang
terlalu memakan masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berdurasi 30 minit.
Di samping itu, saya akan sentiasa menyediakan perancangan sokongan bagi
mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu dengan perkara lain
yang tidak dapat dielakkan.

KESIMPULAN

Pengurusan masa di dalam bilik darjah merupakan aspek yang sangat penting
dalam menentukan keberkesanan atau kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Keupayaan guru untuk mengubah strategi dan perancangan awal
mengikut keadaan semasa juga amat penting bagi memastikan hasil pembelajaran
atau objektif pembelajaran masih dapat dicapai. Oleh yang demikian, seseorang
guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran diri dan sentiasa melakukan
perancangan yang rapi dan teliti.

RUJUKAN

Korweit (1989). The Key Elements of Classroom Management: Managing Time and
Space, StudentBehavior and Instructional Strategies

Вам также может понравиться