Вы находитесь на странице: 1из 20

i

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN i
SENARAI GAMBAR ii
SENARAI SINGKATAN iii

1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi Jenayah Siber 3
1.3 Jenis-jenis penipuan Jenayah Siber 4
1.4 Undang-undang dan bidang kuasa penipuan Jenayah Siber 11
1.5 Kes-kes lepas: Penipuan Jenayah Siber 13
1.6 Cabaran dan Pendekatan PDRM dalam memerangi
penipuan Jenayah Siber 14
1.7 Kesimpulan 16

RUJUKAN 17
ii

SENARAI GAMBAR

No. Gambar Halaman

Gambar (1) Indeks Jenayah Siber - sumber MyCERT 3


iii

SENARAI SINGKATAN

ATM Automated Teller Machine

CMD Command

DNA Deoxyribonucleic acid

JSJK Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

ISP Internet Service Provider

MCP Multichannel portal

MKN Majlis Keselamatan Negara

MyCERT Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia

PDRM Polis Diraja Malaysia

SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

SMS Short message system

VoIP Voice Over Internet Protocol


1.1 PENGENALAN

Dunia sains dan teknologi tanpa sempadan merupakan sebahagian daripada kehidupan
manusia moden masa kini. Ia banyak membantu mendominasikan kehidupan dan
sosial masyarakat khususnya pada abad ke-21. Dunia siber menawarkan alternatif
dalam pencarian maklumat, urusan kewangan, berinteraksi sesama insan tanpa
sempadan dalam bentuk media sosial serta membawa pembangunan dunia ke persada
yang lebih inovatif dan berdaya saing. Tetapi pada zahirnya, permasalahan kajian
mendapati, kemudahan internet pada masa kini telah mula diragui dan dipersoalkan
dari aspek keselamatan berdasarkan kes-kes penipuan online yang semakin berleluasa.

Kajian mendapati rakyat Malaysia telah menghabiskan masa purata 20 jam


seminggu dalam talian. Lebih banyak masa yang digunakan seseorang secara dalam
talian, maka lebih tinggi risiko yang dihadapinya untuk menjadi mangsa jenayah siber.
Sekiranya seseorang itu hanya menghabiskan masa sejam seminggu melalui internet,
peluangnya untuk menjadi mangsa jenayah siber ialah kira-kira 64 peratus. Rata-rata
mangsa penipuan menyatakan bahawa mereka leka, lupa dan tidak sedar bahawa telah
tertipu dan menjadi mangsa kepada jenayah siber.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman (JSJK) melalui bahagian


siasatan jenayah siber dan multimedia memaklumkan seramai 1,817 individu
dilaporkan menjadi mangsa penipuan saudagar internet melalui 30 laman e-dagang
sehingga Januari 2016. Dalam tempoh ini, sebanyak RM 6.65 juta telah lebur diraih
oleh penjenayah siber. Sehubungan itu, PDRM telah berulang kali menasihati
masyarakat agar lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap sebarang isu yang
melibatkan kewangan atas talian khususnya tawaran jualan murah yang dibuat
menerusi media sosial supaya tidak menjadi mangsa kemudian hari.

Manakala Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT)


merupakan agensi yang bekerjasama sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-
undang seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, dan Bank Negara
Malaysia dalam menangani isu penipuan jenayah siber. MyCERT juga mempunyai
kerjasama yang rapat dengan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP), Pasukan respon
2

kejadian keselamatan komputer dan pelbagai agensi keselamatan komputer di seluruh


dunia. MyCERT bertindak balas kepada sembilan kategori insiden seperti berikut:

a. Kandungan media

b. Gangguan siber

c. Serangan Denial-of-Service (DoS)

d. Penipuan

e. Penggodam

f. Percubaan pencerobohan

g. Malware

h. Spam

Menurut laporan MyCERT, kes penipuan (fraud) adalah amat


membimbangkan kerana menjadi penyumbang tertinggi di dalam kes jenayah siber.
Insiden penipuan menjadi salah satu ancaman utama di mana peratusan kes yang
dilaporkan telah meningkat kepada 34.07% pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.
Justeru itu, pengguna internet sering dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang
aktiviti yang memungkinkan penipuan atas talian memandangkan ia semakin
berleluasa. Penjenayah siber selalu up to date dengan teknik-teknik dan modus
operandi terbaru. Kebiasaannya, aktiviti penipuan yang dilaporkan adalah Love Scam,
Macau Scam, Online Scam, Phishing, dan pelbagai lagi. MyCERT, CyberSecurity dan
lain-lain agensi sering memperkenalkan pelbagai program bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan mendidik pengguna internet
tentang cara melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
3

Gambar (1) : Indeks Jenayah Siber - sumber MyCERT

1.2 DEFINISI JENAYAH SIBER

Satu perlakuan yang menyalahi undang-undang dengan menggunakan teknologi/


komputer/ peranti yang mempunyai akses kepada suatu internet/ rangkaian. Aktiviti di
mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan
jenayah.
4

Manakala komputer membawa pengertian kepada suatu peranti elektronik,


magnet, optik, elektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau
sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, yang melaksanakan fungsi
logik, aritmetik, storan dan paparan, dan termasuk apa-apa kemudahan storan data
atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali
bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang
berkaitan, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf
berautomat, atau suatu mesin kira pegang tangan mudah alih atau peranti seumpama
yang lain yang tidak boleh diprogram atau yang tidak mengandungi apa-apa
kemudahan storan data;

1.3 JENIS-JENIS PENIPUAN JENAYAH SIBER

Ancaman jenayah siber memberi cabaran yang hebat kepada tugas kepolisan
terutamanya di dalam kes-kes penipuan atas talian. Fenomena ini telah membentuk
satu kumpulan masyarakat yang memerlukan kawalan dan pemantauan polis.
Masyarakat ini dipanggil netizen atau masyarakat maya. Kumpulan masyarakatnya
wujud tetapi ahlinya tidak boleh dilihat dan dikenal pasti secara positif. Menjejak
identifikasi inilah yang menjadi cabaran baru dalam dunia kepolisan kerana
penjejakannya bukan melalui cap jari atau elemen-elemen biologi (DNA) atau rupa
paras, tetapi ia adalah melibatkan nombor-nombor arimetik, abjad dan simbol yang
memerlukan kepakaran teknologi informasi. Di antara penipuan jenayah siber yang
lazim berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:

1.3.1 Love Scam

Suspek akan memperdaya mangsa dengan kata-kata romantis dan janji-janji palsu
terutamanya kepada lelaki atau wanita yang belum berkahwin/ kesunyian/ lanjut usia
dan memerlukan teman hidup. Di Malaysia, The Star melaporkan bahawa Internet
Romance Scams adalah tersenarai sebagai jenayah komersil kedua tinggi. Harian
Metro turut melaporkan bahawa dalam 8 bulan pertama tahun 2011, seramai 774
wanita Malaysia telah diperdaya dengan jumlah kerugian sebanyak RM24 juta. Di
antara website yang banyak membicarakan kes ini adalah
romancescamkl.blogspot.com.
5

Modus operandi bagi kes ini adalah seperti berikut:

a) Mangsa berkenalan dengan suspek melalui emel, facebook, twitter, dan lain-
lain jaringan media sosial.

b) Suspek menggunakan kata-kata manis, janji-janji palsu dan panggilan manja


bagi menawan hati mangsa.

c) Dalam tempoh perkenalan, mereka tidak pernah bertemu dan menjadi erat
melalui perbualan telefon.

d) Setelah mangsa terjerat dengan cinta, suspek akan mula menagih simpati dan
meminta pelbagai pertolongan kewangan dari mangsa.

e) Mangsa yang terpedaya akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun


suspek.

f) Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus menghilangkan diri.

1.3.2 Macau Scam

Ia merupakan satu bentuk kegiatan penipuan wang oleh sindiket tertentu melalui
telefon dan atas talian seperti Whatsapp dan juga SMS. Sindiket-sindiket ini
beroperasi di Macau, Hong Kong, Jepun, Thailand dan juga beberapa negara lain.
Banyak dakwaan yang diterima PDRM termasuklah dakwaan kes tunggakan pinjaman
bank, penculikan ahli keluarga, langgar lari, urusniaga wang haram termasuklah kes
pengedaran dadah. Meskipun telah banyak amaran dikeluarkan di TV, website dan
sebagainya, masih ramai yang kerap ditipu. Taktik ini digunakan suspek untuk
memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.
Modus operandi bagi kes ini adalah seperti berikut:

a) Mangsa mendapat panggilan telefon mendakwa kononnya kad kredit miliknya


di sebuah bank tempatan telah digunakan di sebuah pusat membeli-belah.

b) Mangsa menafikan mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan


sindiket berjanji akan berhubung dengan bank negara mengenai masalah yang
berlaku.
6

c) Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada


seorang individu yang kononnya daripada bank negara dan meminta semua
maklumat peribadi mangsa.

d) Sindiket akan memaklumkan mangsa bahawa tunggakan hutang kad kredit


yang kononnya atas nama mangsa telah mencecah jumlah yang
membimbangkan dan menasihati mangsa segera ke ATM berdekatan bagi
tindakan selanjutnya.

e) Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon
yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai.

f) Mangsa hanya akan sedar telah ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari
mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga.

1.3.3 Macau Scam(Scam Call)

Panggilan telefon berbentuk Missed Call dilakukan oleh Fraudster menggunakan


nombor telefon (Caller ID) seperti +265882615012 atau +265882615017 dan
sebagainya kepada mana-mana mangsa. Mangsa yang membuat panggilan semula ke
nombor berkenaan akan dikenakan cas panggilan yang amat tinggi oleh pihak
penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan berasa tertipu. Untuk mengelak menjadi
mangsa penipuan ini:

a) Jangan sesekali membuat panggilan semula kepada mana-mana nombor


telefon antarabangsa yang tidak dikenali.

b) Gunakan website seperti stopting.us atau unknownnumbers.com untuk


mendapatkan maklumat lanjut tentang nombor telefon antarabangsa yang tidak
dikenali.
7

1.3.4 Penipuan SMS

Masyarakat sering diingatkan supaya tidak percaya dengan khidmat pesanan ringkas
(SMS) yang menyatakan telah memenangi hadiah wang tunai daripada syarikat
minyak, minuman, telekomunikasi terkenal di Malaysia dan sebagainya. Mangsa
kebiasaannya mudah 'gelap mata' dengan tawaran/ hadiah yang tidak munasabah,
kelak diri dan keluarga mungkin menderita. Sindiket penipuan ini menggunakan taktik
seperti berikut:

a) Mangsa menerima sms mengatakan "tahniah, simkad anda telah memenangi


hadiah wang tunai yang bernilai ribuan ringgit daripada syarikat xxx".

b) Mangsa yang teruja akan menghubungi nombor tertera dan mengikut segala
arahan yang diberikan oleh suspek melalui telefon.

c) Mangsa akan diarahkan pergi ke mesin ATM untuk memasukkan sebilangan


wang proses pengurusan bagi mendapatkan hadiah utama.

d) Mangsa seterusnya akan diminta menunggu beberapa hari bagi tujuan


pemprosesan hadiah dan akan dihubungi semula.

e) Mangsa hanya akan tahu telah ditipu setelah tiada panggilan semula oleh
suspek dan semakan dengan pihak syarikat yang sebenar mendapati tiada
sebarang pertandingan dibuat dan suspek gagal dihubungi.

1.3.5 Macau Scam (Penipuan atas talian)

Sindiket penipuan ini biasanya akan memperdaya mangsa dengan cara menyamar
sebagai pihak berkuasa yang memaklumkan bahawa ahli keluarga mangsa sama ada
ayah, ibu atau anak mereka telah ditahan bagi tujuan membantu siasatan. Lebih-lebih
lagi, nombor telefon yang tertera di skrin adalah sama dengan nombor telefon balai.
Kaedah ini dipanggil Spoofing iaitu teknik di mana sindiket akan berkomunikasi
menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan
sindiket meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya mangsa bahawa
sememangnya nombor telefon balai. Sindiket kemudiannya akan mengarahkan
8

mangsa memasukkan wang demi menyelamatkan ahli keluarga mangsa tadi daripada
merengkok di dalam lokap. Masyarakat sering diperingatkan dengan isu ini supaya:

a) Jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan telefon terutamanya


yang meminta memasukkan wang ke dalam sesuatu akaun bank.

b) Jangan sesekali takut, gelisah atau malu untuk menghubungi semula mana-
mana balai polis yang dikatakan tempat ahli keluarga itu ditahan.

c) Jangan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda di dalam


talian telefon.

d) Jangan sesekali membuat transaksi wang kepada sesiapa yang tidak dikenali di
dalam talian telefon.

e) Jangan sesekali menyerahkan akaun bank sendiri kepada sesiapa bagi tujuan
menyalahi undang-undang.

1.3.6 Online Scam (Penipuan e-Dagang)

PDRM menasihati masyarakat terutamanya golongan pelajar kolej/ wanita/ surirumah


agar berhati-hati dengan sindiket yang menawarkan penjualan produk di atas talian
menerusi website (Mudah.my, Lelong.my, eBay), aplikasi Whatsapp/ Facebook.
Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket yang didalangi warga tempatan
ataupun warga asing ini adalah menawarkan produk dengan harga yang jauh lebih
murah berbanding harga pasaran. Disini mangsa yang tidak memeriksa lanjut
maklumat penjual akan membuat transaksi pembayaran tanpa sebarang keraguan.
Rata-rata mangsa akan ketahui ditipu setelah produk yang dibeli tidak diterima dalam
tempoh yang sepatutnya diterima dan panggilan terhadap sindiket gagal dihubungi.
Menurut laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kira-kira 30,000 aduan
berhubung penipuan di Portal jualan atas talian terkenal iaitu Mudah.my diterima
sejak tahun 2017. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan
online, masyarakat dinasihatkan agar:
9

a) Sentiasa ada perasaan syak wasangka dan tidak mudah percaya terhadap
tawaran-tawaran harga murah produk oleh mana-mana individu yang tidak
dikenali.

b) Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada


mana-mana individu yang tidak dikenali.

c) Jangan membuat transaksi wang kepada mana-mana individu yang tidak


dikenali.

1.3.7 Online Scam (Tawaran kerja di rumah)

PDRM menasihati orang ramai yang ingin mencari rezeki sampingan khususnya
golongan suri rumah agar berwaspada dengan sindiket yang menawarkan peluang
pekerjaan di rumah menerusi ruangan iklan di akhbar tempatan mahupun atas talian.
Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah memasukkan iklan
tawaran yang amat menarik bagi menjerat mangsa seperti "Lipat sampul di rumah,
dapat RM3,000 sebulan". Mangsa yang tertarik dengan tawaran iklan tersebut akan
menghubungi/ SMS nombor yang diberikan sebelum suspek mengarahkan mangsa
memasukkan wang ke dalam satu nombor akaun kononnya bagi tujuan pemprosesan
data di syarikat suspek. Bagi meyakinkan mangsa, suspek akan meminta mangsa
menghantar maklumat diri/ salinan kad pengenalan/ slip bank pindahan wang tadi ke
satu alamat pejabat kosong bagi mengaburi mata mangsa. Suspek kemudiannya akan
menghilangkan diri bersama wang pendahuluan yang dikutip daripada mangsa-
mangsanya. Nasihat daripada PDRM adalah:

a) Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang minta
berhubung melalui telefon bimbit atau SMS.

b) Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian


Sumber Manusia dahulu.

c) Dapatkan juga khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna


Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan.
10

d) Sentiasa waspada dengan taktik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat


atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan.

e) Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, lapor segera kepada pihak
berkuasa.

1.3.8 Web Phishing

Skim penipuan phishing ini masih menjadi ancaman paling serius kepada mana-mana
syarikat. Malah syarikat gergasi internet seperti Google dan Facebook pun telah ditipu
$100 juta melalui skim phishing emel apabila seorang penggodam menyamar sebagai
vendor komputer. Jenis web phishing yang pernah terjadi di Malaysia seperti
pengklonan website Maybank, CIMB, BSN bagi mencuri katalaluan. Di antara kes
yang pernah menarik perhatian satu ketika dulu ialah 'Pencuri 1 sen' yang
memindahkan duit pemilik akaun Hock Hua Bank tanpa disedari hingga melibatkan
jumlah RM 4.01 juta ringgit. Masyarakat awam umumnya sering diperingatkan
PDRM agar berhati-hati dengan emel yang dikatakan dihantar oleh mana-mana
institusi kewangan supaya mengemaskini apa-apa maklumat perbankan melalui
pautan yang diberikan. Ini merupakan salah satu taktik backdoor malware yang
menggunakan perisian Linux/ CMD dimana ia akan menyerupai dengan website asal.
Disini mangsa akan percaya dan akan menjadi mangsa penipuan tanpa disedari.
Modus operandi bagi kes ini adalah seperti berikut:

a) Sindiket akan menghantar emel secara rawak bagi mempengaruhi mangsa


supaya mengemaskini maklumat perbankan mereka.

b) Emel yang dihantar akan disertakan pautan yang menghubungkan pengguna


kepada sebuah laman web palsu sesebuah bank.

c) Mangsa akan dikehendaki mengisi maklumat di ruangan yang disediakan oleh


sindiket di laman palsu tersebut.

d) Maklumat kewangan yang diperolehi seperti kata laluan dan password akan
digunakan oleh sindiket untuk masuk ke dalam perbankan intenet mangsa.
11

1.4 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA SIASATAN PENIPUAN


JENAYAH SIBER

Bagi kesalahan penipuan, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan kerana menipu; yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10
tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, akta
yang turut digunakan bagi merujuk undang-undang kesalahan siber adalah Akta
Jenayah Komputer 1997. Akta ini digunakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira
kewarganegaraan seseorang yang berlaku di mana-mana sahaja tidak kira sama ada di
dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Perbuatan melakukan jenayah capaian tanpa kuasa telah didefinasikan menurut


Seksyen 2(2) Akta Jenayah Komputer 1997, iaitu mengubah atau memadamkan atur
cara data; menyalin atau mengalihnya ke mana- mana bahantara storan selain daripada
di mana ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan;
menggunakannya; atau menyebabkan ia di output daripada komputer di mana ia
disimpan sama ada dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara
lain, dan rujukan kepada capaian kepada suatu atur cara atau data dan kepada suatu
niat untuk mendapat capaian sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Selain itu, Seksyen 2(5) Akta Jenayah Komputer 1997 juga telah menjelaskan
capaian dalam apa- apa bentuk oleh mana-mana orang kepada apa-apa atur cara atau
data yang disimpan dalam komputer adalah tanpa kuasa jika dia sendirinya tidak
berhak untuk mengawal capaian dalam bentuk yang berkenaan kepada atur cara atau
data itu; dan dia tidak mempunyai keizinan atau melebihi apa-apa hak atau kebenaran
untuk mencapai olehnya dalam bentuk yang berkenaan kepada ataur cara data itu
daripada mana-mana orang yang berhak.

Menurut Seksyen 3(1) Akta Jenayah Komputer 1997, seseorang adalah


melakukan suatu kesalahan jika dia menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-
apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data
yang disimpan dalam mana-mana komputer; capaian yang dia berniat untuk didapati
adalah tanpa kuasa; dan dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan
fungsi itu, demikian berlakunya. Mengikut seksyen ini, kesalahan capaian tanpa kuasa
12

ialah suatu kesalahan di mana seseorang telah melakukan capaian kepada mana- mana
atur cara atau data yang bukan miliknya kepada mana- mana komputer dan dia berniat
dan tahu perbuatannya itu ialah untuk melakukan capaian tersebut.

Manakala Seksyen 3(2) Akta Jenayah Komputer 1997 telah menjelaskan


bahawa walaupun seseorang itu tidak berniat melakukan capaian tanpa kuasa terhadap
sesuatu atur cara atau data, niat itu ialah tidak material. Hanya niat melakukan capaian
tanpa kuasa diambil kira di bawah peruntukan tersebut. Hal ini menunjukkan
walaupun sesorang itu hanya berniat melakukan capaian tanpa kuasa kepada data
milik A, tetapi telah melakukan capaian tanpa kuasa pada data milik B, seseorang itu
masih boleh didakwa di bawah peruntukan ini kerana dia masih telah melakukan
capaian tanpa kuasa. Peruntukan di bawah seksyen ini telah diadakan untuk
mengelakkan seseorang daripada melakukan capaian tanpa kuasa walaupun kepada
mana- mana komputer. Peruntukan ini boleh dianggap sebagai suatu perisai untuk
menyekat pencerobohan privasi mana-mana orang daripada dicabuli dengan cara
capaian tanpa kuasa.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan Akta Jenayah


Komputer 1997, jenayah capaian tanpa kuasa ialah suatu jenayah di mana seseorang
itu telah berniat memasuki data atau atur cara yang mana ia tidak mempunyai kuasa
terhadapnya dan capaian itu adalah dengan pengetahuannya. Jika seseorang itu
melakukan jenayah capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan lain,
maka dia juga boleh dipertanggungkan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah
Komputer 1997 iaitu capaian tanpa kuasa bagi melakukan kesalahan lanjut. Selain itu
juga, mengikut Seksyen 4(2) Akta Jenayah Komputer 1997, adalah tidak material
sama ada kesalahan itu dilakukan pada masa yang sama ataupun pada masa yang lain.
Tertuduh akan bertanggungan di bawah peruntukan ini walaupun jenayah-jenayah
tersebut tidak dilakukan pada suatu masa yang sama.

Bagi Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, merupakan kesalahan bagi
seseorang yang membuat capaian kepada kandungan satu komputer dan menyebabkan
pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem. Manakala Seksyen 5(2) Akta
Jenayah Komputer 1997 telah menjelaskan bahawa perbuatan material merujuk
13

kepada mana-mana program atau data yang tertentu; suatu bentuk program atau data;
atau suatu program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang
tertentu.Di bawah ini adalah beberapa kesalahan lazim yang terdapat di dalam Akta
Jenayah Komputer 1997 beserta denda yang diperuntukkan:

a) Kesalahan : Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa;


denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya
sekali.- Seksyen 3(3) Akta Jenayah Komputer 1997

b) Kesalahan : Membuat capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan


atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut; denda tidak melebihi RM
150,000.00 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.- Seksyen 5(4) Akta
Jenayah Komputer 1997

c) Kesalahan : Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana


komputer; denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali.- Seksyen 4(3) Akta Jenayah Komputer 1997

1.5 KES-KES LEPAS: PENIPUAN JENAYAH SIBER

Kes (1) - Di dalam kes Mohd. Aizul Abd. Manaf (warganegara Malaysia), tertuduh
telah didakwa memindahkan wang pelanggan menggunakan perkhidmatan e-bank
(electronic bank) tanpa kebenaran pelanggan tersebut. Dia telah bertanggungan di
bawah seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan telah dihukum di bawah
seksyen 4(3) Akta Jenayah Komputer 1997.

Kes (2) - Di dalam kes Attorney-General’s Reference (No. 1 of 1991), seorang bekas
pekerja sebuah kedai pemborong kunci telah pergi melawat bekas majikannya bagi
tujuan membeli sedikit barang. Namun, semasa berseorangan didalam bilik kedai
tersebut (pembantu kedai telah keluar sebentar dari bilik), pekerja tersebut telah
menggunakan komputer di dalam bilik itu untuk memberi diskaun kepada barangan
yang dibeli. Tertuduh telah diputuskan bersalah mengikut Seksyen 1 Computer
Misuse Act 1990 United Kingdom, pari materia dengan Seksyen 3 Akta Jenayah
Komputer 1997 Malaysia.
14

Kes (3) - Tan Shi Wei, 26, pemilik kedai dan pekerjanya, Chee Han Hing, 38
disabitkan 18 pertuduhan kerana mendaftarkan nombor telefon kad sim menggunakan
identiti palsu dengan membuat capaian kepada kandungan satu komputer, iaitu sistem
Multi Channel Portal (MCP) Digi Telecommunications Sdn Bhd dan menyebabkan
pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem MCP berkenaan. Berikutan itu,
kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997
yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh didenda
tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya
sekali.

1.6 CABARAN DAN PENDEKATAN PDRM DALAM MEMERANGI PENIPUAN


JENAYAH SIBER

Polis Diraja Malaysia sentiasa memandang serius perkara ini dan menjangkakan
sekiranya ia tidak ditangani dengan efisien, kadar kerugian mangsa penipuan jenayah
siber akan terus meningkat dan ditambah lagi dengan sikap masyarakat yang mudah
dijadikan mangsa serta hanya membuat laporan polis setelah ditipu. Berdasarkan kes-
kes yang berlaku, beberapa cabaran atau halangan telah dikenalpasti yang dihadapi
PDRM dalam usaha membendung penularan gejala jenayah ini, diantaranya:

a) Mangsa tidak dapat memberikan maklumat dengan tepat, dimana dalam


laporan polis mangsa hanya menyatakan bahawa berlaku kehilangan duit di
dalam akaun bank dan dipercayai akaun kena scam.

b) Kesukaran mendapatkan kerjasama pantas dari pihak bank atau agensi-agensi


berkaitan dalam membekalkan maklumat jenayah yang diperlukan pihak polis
atas alasan perlu mengikut protokol dan sebagainya.

c) Kelemahan pendakwaan akaun keldai (mule account) yang digunakan oleh


sindiket penipuan dimana permasalahan ini membuatkan pendakwaan sukar
dibuat kerana pemilik akaun keldai tidak pernah berjumpa dengan suspek
utama.
15

d) Tiada kesedaran pemilik akaun keldai (mule account), dimana sanggup


menjadi mangsa atau bersekongkol dengan sindiket semata-mata untuk
mendapatkan komisyen.

e) Telco yang didaftarkan oleh sindiket adalah di atas nama yang tidak wujud.

f) Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tidak meneruskan kes (dakwa) pemilik akaun
kerana semasa tangkapan dibuat, tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan
dengan jenayah seperti kad ATM, telefon, komputer riba dan sebagainya.

g) Teknologi penjenayah semakin berkembang dan modus operandi sentiasa


berubah-ubah.

Sehubungan itu PDRM telah melaksanakan beberapa pendekatan yang


melibatkanagensi-agensi serta masyarakat dalam memerangi jenayah siber seperti
berikut:

a) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


Malaysia (SKMM) telah memperkukuhkan kerjasama bagi membendung dan
memerangi jenayah siber dengan menubuhkan Jawatankuasa Jenayah Siber
PDRM-SKMM.

b) Memperkasakan pengawasan alam siber, harrassment, serta memberi amaran


kepada pengguna internet untuk tidak menyalahi undang-undang siber.

b) Memantapkan pengurusan maklumat, peralatan dan kelengkapan risikan


terkini. Sebagai contoh, Pengarah JSJK Bukit Aman, telah bekerjasama
dengan syarikat telekomunikasi untuk menaik taraf sistem mereka bagi
membantu pihak polis mengesan alamat Protokol Internet (IP) yang digunakan
oleh 'scammer' atau penjenayah siber.

c) Mewujudkan dan mengkaji peruntukan undang-undang bagi mengenalpasti


peruntukan yang bersesuaian dengan kesalahan dan kelemahan undang-undang
dalam pendakwaan pesalah jenayah siber.
16

d) Kolaborasi agensi lain seperti MKN, SKMM, Cyber Security Malaysia,


MyCERT, Syarikat penyedia perkhidmatan (ISP), Institusi Perbankan dan
lain-lain.

e) Melaksanakan program dan kempen bagi meningkatkan ilmu pencegahan dan


kesedaran masyarakat tentang ancaman jenayah siber serta beretika semasa
menggunakan internet.

1.7 KESIMPULAN

Penipuan jenayah siber berupaya menjejaskan keyakinan masyarakat dan


mengganggu kestabilan sosio-ekonomi sekiranya tidak dibendung atau ditangani
secara serius dan menyeluruh. Masalah-masalah ini jika semakin berleluasaakan
menjejaskan pembangunan dan ketenteraman negara pada masa hadapan.

Pada masa kini, banyak kes penipuan atas talian yang dilaporkan kepada pihak
polis melibatkan penyalahgunaan dan penipuan melalui emel, panggilan palsu dan
sebagainya. Di dalam menangani penipuan jenayah siber, jalan yang terbaik ialah
setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa
dan kemampuan yang ada dengan penuh beretika serta sentiasa berpengetahuan dan
peka dengan isu-isu semasa berkaitan jenayah ini. Masyarakat turut dinasihati
melindungi sistem komputer dengan menggunakan software terkini dari sumber yang
sahih seperti antivirus, firewall dan apasaja security software yang boleh membantu
daripada diserang dan menjadi mangsa jenayah siber.
17

RUJUKAN

Adnan Pitchan. (2017). Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial:
Kajian terhadap pengguna internet di Lembah Klang. UKM Bangi.

Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). International Law Book Services

Ikhsan Radiansyah. (2016). Analisis ancaman phishing dalam layanan online


banking. UMM Jawa Timur.

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Bahagian Keselamatan ICT dan Rahsia Rasmi.
Ancaman Keselamatan.

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Bahagian Keselamatan ICT dan Rahsia Rasmi.
Ketirisan Maklumat : Ancaman kepada Keselamatan Negara.

MyCERT. (2019). Incident Statistics. https://www.mycert.org.my/statistics/2019.php

MStar. (2015). Penipuan Tangga Teratas Jenayah Siber - CyberSecurity


https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/02/penipuan-jenayah-
siber/#Dkh72hVaU5hQ3kf1.99

PDRM. (2016, Mei 09). Jenayah Siber: Polis nasihat jangan mudah terpedaya tawaran
murah. https://web.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/jenayah-siber-
polis-nasihat-jangan-mudah-terpedaya-tawaran-murahjabatan-
siasatan/1180344555309183/?_rdc=1&_rdr

Samsul Ismail. (2015). Jenayah siber: pengkelasan di antara Al-Jaraim dan Al-Jina'I
menurut sistem perundangan islam. UM Kuala Terengganu.

Soscili. (2017). Kisah pegawai bank Malaysia yang mencuri 1 sen sampailah dia jadi
jutawan. https://soscili.my/kisah-pegawai-bank-malaysia-yang-mencuri-1-sen-
sampailah-dia-jadi-jutawan/

Zaini Othman. (1999). Dunia tanpa sempadan : Teknologi Maklumat dan Persoalan
Keselamatan Negara.

Вам также может понравиться