Вы находитесь на странице: 1из 22

i

TAJUK TUGASAN :
APLIKASI PENGETAHUAN
ii

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH iii
SENARAI GAMBAR iv

BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 5
1.2 Definisi Pengurusan Pengetahuan 6
1.3 Kepentingan Pengurusan Pengetahuan 8
1.4 Pengaplikasian Pengetahuan 9

BAB II JENIS-JENIS PENGETAHUAN


2.1 Pengenalan 10
2.2 Taksonomi Bloom 11
2.3 Senarai Domain 12
2.4 Aturan Taksonomi Bloom 13
2.5 Knowledge Management System 13

BAB III PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN DALAM


PDRM
3.1 Pengenalan 14
3.2 Definisi Trim and Fit 14
3.3 Kajian kes 16
3.4 Kesimpulan 17

BAB IV CABARAN-CABARAN DALAM


PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN
4.1 Pengenalan 18

BAB V PENUTUP
5.1 Kesimpulan 21

RUJUKAN 22
iii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Halaman

Rajah (1) Jenis-Jenis Pengetahuan 10

Rajah (2) Taksonomi Bloom 11

Rajah (3) Enam Langkah Taksonomi Bloom 12

Rajah (4) Berat badan ideal 15

Rajah (5) Cara kiraan BMI 16


iv

SENARAI GAMBAR

No. Gambar Halaman

Gambar (1) An Integrated KM cycle 10


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam era perubahan ekonomi yang berasaskan pengetahuan, telah menjadi satu
kemestian untuk meletakkan pengetahuan itu sebagai pemandu utama ke atas
pembangunan ekonomi sesebuah negara. Pengetahuan perlu dipelihara sebagai
rujukan dan sumber sesebuah organisasi melalui pengurusan pengetahuan yang
berkesan. Dalam sesebuah organisasi isu pengetahuan kerap dibincangkan kerana
keupayaannya yang mampu mengubah pekerja dan organisasi. Pekerja yang
berpengetahuan tinggi akan memperolehi ganjaran, pengiktirafan dan disanjung
berbanding rakan yang kurang imu pengetahuannya. Manakala, organisasi yang dapat
mengenalpasti, menilai dan menghasilkan pengetahuan akan berjaya mencapai
matlamat yang telah dirancang. Menurut Johnson et al (2005), pengetahuan
diistilahkan sebagai “kesedaran, keinsafan atau kebiasaan yang diperoleh melalui
pengalaman atau pembelajaran”. Pengetahuan ini termasuklah pengetahuan spesifik
ataupun kombinasi pengetahuan melalui satu pembelajaran, latihan, pemerhatian dan
pengalaman kerja terdahulu.

Pada masa kini, pengetahuan mulai diterima dengan meluasnya dan ianya
dikenalpasti sebagai satu kaedah untuk mempertingkatkan daya saing sesebuah
organisasi. Kejayaan sesebuah negara atau masyarakat banyak bergantung kepada
keupayaannya menggunakan segala sumber yang ada di bawah kawalannya dengan
terancang dan baik termasuklah sumber intelektual rakyatnya iaitu pengetahuan. Bagi
memastikan pengetahuan itu kekal dalam organisasi meskipun pemiliknya sudah
tiada, perkongsian pengetahuan adalah satu jalan terbaik. Menurut Wang et al (2000),
pengetahuan yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif.
6

Perkongsian pengetahuan merupakan kesediaan seseorang pekerja untuk meyumbang


pengetahuan kepada pekerja lain dan kemampuan beliau untuk mengumpul
pengetahuan daripada pekerja lain dalam organisasi. Perkongsian pengetahuan ini
membolehkan pekerja menyelesaikan sesuatu masalah, mengurangkan kos yang
bertindih dan membolehkan penciptaan satu inovasi yang baru. Kajian lepas
mendapati amalan perkongsian pengetahuan yang berjaya akan menggalak inovasi
pekerja dan meningkatkan prestasi organisasi (Yu, Yanfei dan Hailin, 2007).

1.2 DEFINISI PENGURUSAN PENGETAHUAN

Secara konsepnya, pengurusan adalah proses perangangan (planning), menyusunatur


(organizing), memimpin (leading) dan kawalan (controlling). Menurut Daft (1993),
Pengurusan adalah pencapaian matlamat sesuatu organisasi secara cekap dan efisyen
melalui perancangan, menyusunatur, memimpin dan kawalan terhadap sumber-
sumber organisasi.

Pengetahuan (knowledge) merupakan satu sumber yang amat bernilai kepada


sesebuah organisasi bagi tujuan inovasi dan persaingan (Bollinger & Smith, 2001).
Manakala Kogut & Zander (1996), pula menyatakan pengetahuan adalah sumber yang
penting dan strategik kepada organisasi untuk mendapatkan kelebihan daya saing.

Pengetahuan adalah sumber yang penting dan strategik kepada organisasi


untuk mendapatkan kelebihan daya saing. Untuk memastikan pengetahuan tersebut
benar-benar dapat memberi manfaat dan nilai yang signifikan kepada organisasi, maka
organisasi perlu memproses dan menguruskan pengetahuan tersebut melalui kaedah
yang berkesan. Salah satu kaedah yang diakui keberkesanannya adalah kaedah
personalisasi iaitu perkongsian pengetahuan secara semulajadi, di mana organisasi
menyediakan platform bagi menghubungkan antara pencari pengetahuan dengan
individu yang mempunyai pengetahuan yang diperlukan (Schenkel &Teigland 2008).
Justeru, boleh dikatakan bahawa, pengetahuan adalah merupakan faktor kritikal yang
mempengaruhi tahap keupayaan sesebuah organisasi kekal bersaing dalam pasaran
global baru serta mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan yang diberi kepada
kumpulan sasaran.
7

Maka, pengetahuan perlu dipelihara sebagai rujukan dan sumber sesebuah


organisasi melalui pengurusan pengetahuan yang berkesan. Ramai Tokoh-tokoh
Pemikir dan Pakar-pakar Teori dunia telah mewujudkan pelbagai pengertian serta
definisi untuk menterjemahkan maksud Pengurusan Pengetahuan dalam Organisasi.
Antaranya, adalah seperti yang dinyatakan oleh Mc Shane & Glinow (2006), iaitu
Pengurusan Pengetahuan ialah kegiatan yang berstruktur untuk penambahbaikan
sesebuah organisasi melalui perkongsian maklumat serta penggunaan maklumat yang
betul bagi mencapai matlamat yang digariskan.

Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses yang bersistematik dalam


sesuatu organisasi untuk mencipta, menyusun, memindah dan menyebar pengetahuan
dikalangan ahli organisasi (Alhammad et al. 2009). Menurut seorang Pakar Teori
Organisasi dari Jepun yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan pengetahuan iaitu
Ikujiro Nonaka (1991), menyatakan pengurusan pengetahuan ialah maklumat yang
dapat difahami secara mendalam mengenai pengetahuan Tacit dan pengetahuan
Explicit yang amat berguna serta dapat dikongsi bersama untuk bekerja dalam satu
pasukan.

Salleh dan Goh (2002), mendefinisikan pengurusan pengetahuan adalah satu


proses pengumpulan pengetahuan sebagai cara mencapai inovasi dalam proses dan
produk atau perkhidmatan, keberkesanan pembuatan keputusan dan penyesuaian
organisasi terhadap pasaran untuk mencipta nilai perniagaan dan menjana kelebihan
bersaing kepada organisasi.

Sehubungan itu, pengurusan pengetahuan boleh dirumuskan sebagai ‘suatu


proses sistematik’ ke arah usaha untuk mencipta, menguasai, mendokumentasi,
memindah, mengstor dan mengaplikasikan pengetahuan dalam organisasi untuk
tujuan pembangunan dan memperbaiki organisasi ke arah ‘pencapaian matlmat’ yang
ditetapkan.
8

1.3 KEPENTINGAN PENGURUSAN PENGETAHUAN

Knowledge is at the heart of much of today’s global economy, and managing


knowledge has become a vital to companies success. While the importance of
knowledge is, at the very least, widely acknowledged, we are still missing a
comprehensive approach to managing knowledge in order to maximize returns (Kluge
& Licht, 2001). Menurut Wiig (2002), pengurusan pengetahuan memainkan peranan
utama bagi mewujudkan pentadbiran awam yang lebih berkesan. Lebih penting lagi
ialah pengurusan pengetahuan komprehensif yang dikuasai oleh pentadbiran awam
boleh membantu ke arah pencapaian matlamat masyarakat iaitu menyediakan faedah
yang lebih luas.

Seorang Profesor Ekonomi terkenal dari Universiti Stanford, Paul Romer


menyatakan bahawa hanya pengetahuan dan sumber pengetahuan yang paling
berpotensi untuk berkembang. Pengetahuan yang menjadi ‘tanda kuasa’ pada abad ke
- 19 menjadi aset yang dikongsi bersama pada abad ke - 20. Setelah memasuki abad
ke - 21, peranan pengetahuan semakin penting dan menjadi suatu tanggungjawab bagi
diri, ekonomi dan negara (Kao, 2000). Menurut Rowley (1999), menyatakan bahawa
syarikat yang dapat mengenalpasti, menilai dan menghasilkan pengetahuan serta bijak
dalam menguruskan pengetahuannya akan berjaya mencapai matlamatnya. Kuasa
pengetahuan dan sistem pengurusannya akan mempengaruhi perkembangan yang
berterusan dalam perniagaan, masyarakat dan negara. Menurut Malhotra (1998),
menyatakan pengurusan pengetahuan mengendalikan ‘isu kritikal’ seperti penyesuaian
organisasi, daya saing dan tahap kompetensi organisasi dalam menghadapi perubahan
persekitaran yang meningkat secara berterusan dalam dunia globalisasi. Justeru,
kepentingan pengurusan pengetahuan boleh dibentangkan seperti berikut;

i. Pengurusan pengetahuan mampu menjadi pemacu ke arah Inovasi,


tingkatkan pencapaian organisasi, pembangunan bangsa dan ekonomi negara.

ii. Pengurusan pengetahuan yang baik dan cekap akan melahirkan pekerja yang
berpengetahuan.

iii. Pengalaman budaya organisasi yang kondusif dan konstruktif boleh


mempengaruhi pengurusan pengetahuan dalam sesebuah organisasi.
9

iv. Pengurusan pengetahuan yang berterusan dan sistematik mampu mewujudkan


satu pembentukkan budaya berpengetahuan dalam organisasi.

v. Dalam era globalisasi, pengurusan pengetahuan yang cekap dan efisyen ibarat
nadi penggerak kemajuan sesebuah organisasi dan negara.

1.4 PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN

Menurut Lee & Yang (2000), maklumat akan ditukar menjadi pengetahuan apabila
individu membaca, memahami, mentafsir dan mengaplikasikan maklumat dalam
fungsi kerja yang tertentu. Pengetahuan tersebut akan menjadi lebih nyata apabila
individu yang berpengalaman mengaplikasikannya secara praktikal.

Beijerse (1999), berpendapat bahawa pengurusan pengetahuan perlu


diaplikasikan untuk mencapai matlamat syarikat melalui motivasi yang berdasarkan
strategi dan kemudahan. Ini membolehkan pekerja (berpengetahuan) untuk
membangun, meningkatkan dan menggunakan keupayaannya supaya data dan
maklumat dapat diinterpretasi melalui satu proses yang memberi makna kepada data
dan maklumat tersebut.

Sehubungan itu, pengaplikasian pengetahuan adalah satu kaedah di mana


pengetahuan digunakan dalam situasi baru yang mana para pengguna boleh belajar
dan menjana pengetahuan baru tersebut. Pengaplikasian pengetahuan juga adalah
berkenaan dengan manusia dan proses yang digunakan untuk berkongsi maklumat dan
menjana pengetahuan ke arah mengaplikasikannya dengan nilai pengetahuan yang
baru dan proses ini adalah satu proses yang berterusan. Dalam membincangkan
mengenai pengaplikasian pengetahuan, dua istilah yang biasanya akan digunakan
adalah seperti berikut;

a. Knowledge Reuse – Istilah yang membawa maksud dimana pengetahuan


digunakan untuk menggalakkan kecekapan dan inovasi untuk
memperkenalkan cara-cara yang lebih berkesan untuk melakukan sesuatu.

b. Knowledge Application– Istilah yang merujuk kepada penggunaan sebenar


pengetahuan yang telah dikutip atau dicipta dan dimasukkan ke dalam ‘Kitaran
10

Pengurusan Pengetahuan’ atau ‘Knowledge Management Cycle’. Gambarajah


di bawah menunjukkan An Integrated Knowledge Management (KM) Cycle;

Gambar (1) : An Integrated KM Cycle

BAB II

JENIS-JENIS PENGETAHUAN

2.1 PENGENALAN

Terdapat empat jenis pengetahuan yang sering digunakan dalam proses aplikasi
pengetahuan. Walaupun secara asasnya ianya adalah dari fungsi yang sama namun
terdapat perbezaan dalam penyampaian maklumat teresebut dan prosesnya seperti
berikut :

Capaian
Cepat

Jarang Jenis-jenis
pengetahuan Umum
guna

Kompleks

Rajah (1) : Jenis-Jenis Pengetahuan


11

a. Capaian Cepat : senang dipindah tetapi tidak dapat diaplikasikan kepada


semua seperti pengalaman kerja, perkongsian maklumat menggunakan sosial
media seperti youtube / facebook.

b. Pengetahuan Umum : mudah dipindahkan dan berguna dalam banyak keadaan


seperti suratkhabar, majalah, journal, buku.

c. Pengetahuan Kompleks : dipindahkan melalui latihan dan penerangan seperti


latihan tembak, latihan yang melibatkan kemahiran.

d. Pengetahuan Jarang Guna : sukar dipindahkan dan tidak dapat diguna dalam
banyak keadaan dan dipindah kepada yang berkaitan sahaja.

2.2 TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai
kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

DOMAIN DOMAIN
PSIKOMOTOR AFEKTIF

DOMAIN KOGNITIF

Rajah (2) : Taksonomi Bloom


12

2.3 SENARAI DOMAIN

a. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

b. Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah


diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-
persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti
dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

c. Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan


teknikal.

Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan
juga lawatan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang
digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif
yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

Rajah (3) : Enam Langkah Taksonomi Bloom


13

2.4 ATURAN TAKSONOMI BLOOM

a. Pengetahuan (Knowledge) - mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas,


definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran
yang lepas.

b. Pemahaman (Comprehension) - mengubah kefahaman daripada satu bentuk


kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

c. Aplikasi (Application) - menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,


termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.

d. Analisis (Analysis) - memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,


membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali
struktur organisasi.

e. Sintesis (Synthesis) - menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha


tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

f. Penilaian (Evaluation) - membuat pertimbangan termasuk memberi rasional


atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.

2.5 KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM

Knowledge Management System (KMS) adalah sebuah proses yang membantu


organisasi atau kumpulan untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam beberapa
peringkat mengikut kesesuaian penggunaan. Namun ianya amat relevan dalam
mewujudkan suasana perkongsian pengetahuan mengikut ciri-ciri berikut :

a. Memperoleh, mengindeks dan mengarkib

b. Memperoleh dan mengakses

c. Mencipta dan mencatat

d. Menggabung, menyusun dan ubahsuai serta menyemak.


14

BAB III

PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN DALAM PDRM

3.1 PENGENALAN

Kesihatan dan kecergasan yang baik merupakan aspek yang sangat penting di dalam
kehidupan seharian. Tahap kecergasan dan keupayaan fizikal kesihatan yang baik
dapat dihasilkan melalui amalan gaya hidup yang sihat. Setiap warga PDRM perlu
mempunyai tahap kesihatan, kecergasan dan ketangkasan yang tinggi bagi
membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Faktor-faktor
ini akan membentuk sahsiah dan keterampilan pegawai dan anggota PDRM tersebut.
Satu Dasar Trim And Fit Polis Diraja Malaysia telah dikeluarkan melalui Arahan
Ketua Polis Negara Bil.115 bertarikh 28 Disember 2016 dan telah berkuatkuasa pada
1 Januari 2018.

3.2 DEFINISI TRIM AND FIT

Masalah kegemukan bagi kategori Overweight dan Obesity adalah suatu masalah
global, ekoran berat badan sebenar melebihi berat badan ideal. Kegemukan
ditakrifkan sebagai suatu keadaan berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak
yang berlebihan di dalam badan. Tenaga berlebihan yang tidak digunakan disimpan
sebagai lemak di dalam badan melalui gaya hidup yang tidak aktif, makan berlebihan,
faktor genetik atau penyakit endokrin.

Masalah kegemukan boleh menyebabkan pergerakan seseorang itu terbatas


serta boleh mengganggu penampilan dan keyakinan diri. Yang lebih dikuatiri,
masalah ini berpotensi mengundang pelbagai penyakit. Bagi warga PDRM,
penampilan yang segak dan cergas merupakan aspek penting dan perlu bagi seorang
pegawai polis agar masyarakat lebih berkeyakinan dengan penyampaian perkhidmatan
yang hendak diberikan.
15

TINGGI LELAKI WANITA


150 cm 49-61 kg 43-45 kg
154 cm 51-53 kg 47-49 kg
159 cm 55-60 kg 50-55 kg
164 cm 60-68 kg 52-60 kg
169 cm 64-75 kg 55-65 kg
174 cm 68-82 kg 57-70 kg
180 cm 73-89 kg 60-74 kg
184 cm 77-96 kg 62-78 kg
Rajah (4) : Berat badan ideal

Trim and Fit menekankan penampilan yang segak dan cergas Warga PDRM di
mata masyarakat.Trim bermaksud 'Komposisi berat badan ideal' manakala Fit
melibatkan Daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot rangka, daya tahan otot,
fleksibiliti dan komposisi keseluruhan badan. Program ini telah diperkenalkan hasil
kerjasama Majlis Sukan PDRM bersama-sama pakar pemakanan dan nutrisi UiTM
dan Kementerian Kesihatan Wilayah. Pengetahuan ini dikaji adalah disebabkan
permasalahan yang dihadapi Warga PDRM iaitu masalah berat badan berlebihan yang
melibatkan beberapa faktor berikut :

a) Kesukaran untuk menjalankan tugas seharian.

b) Masalah kesihatan.

c) Kecaman oleh masyarakat.

Kategori-kategori ini diwujudkan kerana terdapat dikalangan Pegawai Kanan


yang mempunyai penyakit yang agak serius dimana boleh mendatangkan keburukan
terhadap diri dan boleh membahayakan diri sekiranya ketahanan badan tidak dapat
menerima beberapa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak.

a) Bagi peserta yang mempunyai BMI 27.5 ke atas yang sihat tubuh badan, akan
dibimbing untuk menurunkan berat badan dengan penggunaan tenaga
setanding dengan kesihatan mereka.

b) Manakala bagi peserta bacaan BMI 27.5 ke atas serta mempunyai masalah
kesihatan akan diberikan kelonggaran untuk mengikuti program ini dengan
syarat mengikut kemampuan tenaga serta kesihatan diri masing-masing.
16

Rajah (5) : Cara kiraan BMI

3.3 KAJIAN KES

Satu kajian telah dilaksanakan terhadap Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi
(StaRT), Bukit Aman. Jabatan ini mempunyai kekuatan seramai 1,205 orang yang
terdiri dari 187 orang Pegawai Kanan Polis, 598 orang Pegawai Rendah Polis dan 420
orang Pegawai Awam. Program ini telah mensasarkan pegawai-pegawai beruniform
(Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis) yang mempunyai BMI 27.5 dan ke
atas.

Berdasarkan pengumpulan data melalui Inbody Test, sebanyak 35% pegawai-


pegawai beruniform mempunyai Indek Jisim Badan (BMI) dengan bacaan BMI 27.5
dan ke atas iaitu Berat Berlebihan. Data tersebut menunjukkan seramai 114 orang
dikategorikan Level Overweight manakala 144 orang dikategorikan Level Obesity
menjadikan jumlah keseluruhan seramai 258 orang. Selari dengan hasrat Pucuk
Pimpinan tertinggi PDRM, satu program Trim and Fit telah dilaksanakan dengan
kerjasama Majlis Sukan PDRM, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Majlis
Sukan Negara dimana telah mendedahkan latihan serta teknik berkesan untuk
menurunkan berat badan.
17

Rajah (6) : Overweight dan ObesityJabatan StaRT dalam tempoh kajian

3.4 KESIMPULAN

Kesihatan yang ideal dapat menjamin kesihatan yang sihat sekaligus tugas yang
diamanahkan dapat dilaksanakan secara berkesan. Program Trim and Fit bertujuan
untuk memberikan ilmu serta teknik latihan di dalam membantu pegawai-pegawai
beruniform yang mempunyai berat badan berlebihan dalam usaha menurunkan berat
badan. Badan yang normal dapat menjamin kesihatan yang sempurna sekaligus dapat
melaksanakan tugas dengan baik. Program ini juga dapat memberikan impak yang
jelas kepada peserta di dalam pengawalan berat badan agar memiliki berat badan yang
ideal. Trim and Fit menekankan penampilan yang segak dan cergas Warga PDRM di
mata masyarakat.
18

BAB IV

CABARAN-CABARAN DALAM PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN

4.1 PENGENALAN

Walaupun pengaplikasian pengetahuan amat penting bagi sesebuah organisasi


terutamanya sebuah organisasi seperti PDRM yang mana mempunyai sumber manusia
yang luas dengan tanggungjawabnya bergantung kepada kualiti perkhidmatan
menjaga keselamatan sosial negara, namun didapati terdapat pelbagai halangan dan
cabaran yang boleh menyekat pelaksanaan pengaplikasian pengetahuan. Antara
cabaran yang penting adalah seperti berikut;

a. Pembentukan Budaya Pengetahuan – dalam mana-mana organisasi


terutamanya yang bergantung kepada sumber manusianya, pembentukan
budaya adalah halangan yang utama dalam melaksanakan perkongsian dan
pengaplikasian pengetahuan. Pekerja masih menganggap pengetahuan sebagai
alat saingan untuk kepentingan diri sendiri. (Wang, 1999). Budaya selalunya
dikatakan sebagai penghalang utama kepada pengaplikasian pengetahuan.
Oleh yang demikian, dalam organisasi yang mengamalkan budaya pengurusan
pengetahuan, anggotanya haruslah berkongsi idea dan pengetahuan untuk
diaplikasikan secara semulajadi dan sukarela, dan bukannya dengan paksaan
(McDermott dan O'Dell, 2001). Dalam sesebuah organisasi, terdapat budaya
yang menyokong perkongsian dan pengaplikasian pengetahuan, dan juga
budaya yang bertentangan dengannya. Dalam organisasi PDRM misalnya,
cabaran bagi pelaksanaannya adalah bagaimana organisasi PDRM itu
mencipta suatu budaya dominan yang menyokong perkongsian pengetahuan.
Budaya yang dominan selalunya menang (Elliott dan O'Dell, 1999).

b. Kepimpinan Organisasi - kepimpinan adalah satu proses harian yang berlaku


hanya apabila terdapat dua atau lebih orang berkumpul dalam sesebuah
organisasi. Kebanyakan penyelidik mendefinisikan kepimpinan sebagai
proses pengaruh sosial di mana seseorang itu mampu untuk memberi sokongan
19

kepada orang lain untuk memastikan kejayaan sesuatu tugas. Bass (1994),
menegaskan bahawa kepimpinan adalah satu bentuk interaksi antara dan dalam
kalangan individu dan kumpulan yang sering melibatkan, mewujudkan atau
mengubah situasi dan persepsi dan harapan mereka yang terlibat. Kaiser,
Hogan, & Crai, (2008), menakrifkan kepimpinan sebagai penubuhan visi, nilai
dan mewujudkan persekitaran supaya objektif organisasi boleh dicapai.
Kejayaan inisiatif pengurusan pengetahuan bergantung kepada ciri-ciri
kepimpinan transformasi yang sepatutnya ada dalam organisasi. Bagi sesebuah
organisasi mencapai perubahan dalam memantapkan lagi sistem pengurusan
pengetahuan, fakto kepimpinan organisasi itu memainkan peranan penting.
Sekiranya pucuk kepimpinan atau pihak atasan tidak ingin pada perubahan
mengikut arus pembangunan beracuankan pengetahuan terkini bahkan juga
tidak menggalakkan anggota bawahannya untuk mengikut arus perubahan
tersebut maka ketinggalanlah organisasi tersebut. Justeru, di dalam organisasi
seperti PDRM yang terikat dengan sistem hiraki berstruktur, penerapan budaya
dan pengaruh perubahan haruslah datangnya dari pihak atasan itu sendiri.
Pucuk kepimpinan dalam PDRM harus memainkan peranan dengan menerima
arus perubahan untuk membangunkan sistem pengurusan pengetahuan seperti
perkongsian dan pengaplikasian pengetahuan. Di samping itu, mereka juga
boleh menggalak dan menyemarakkan semangat anggota bawahan untuk turut
serta dalam arus perubahan tersebut demi mencapai matlamat dan objektif
organisasi.

c. Kemudahan Infrastuktur Teknologi – kejayaan sesebuah organisasi dalam


mencapai matlamatnya juga bergantung kepada kemudahan-kemudahan
infrastruktur teknologi yang sepatutnya disediakan terutamanya yang berkaitan
dengan teknologi maklumat dan pengetahuan. Walaupun penerapan budaya
dan ciri kepimpinan berubah ke arah pembangunan pengetahuan namun
sekiranya tiada platfom berteknologi untuk mengurus dan mengendalikan
‘Knowledge Ladder’ (data, information, intelligence & knowledge) maka
sukarlah organisasi tersebut untuk mengecapi arus perubahan yang disasarkan.

d. Kewangan – faktor kewangan merupakan cabaran utama bagi organisasi


awam seperti PDRM dalam menjayakan sistem pengurusan pengetahuan
20

kerana ianya bukanlah sebuah organisasi yang profit oriented. Bagi syarikat-
syarikat swasta yang lebih kepada product and service oriented jumlah
pelaboran kewangan untuk membangunkan keseluruhan sistem pengurusan
pengetahuan adalah cukup tinggi kerana mereka sedar pulangan yang akan
diperolehi nanti lebih dari setimpal dengan pelaburan. Sepertimana yang sedia
maklum peruntukan kewangan yang disediakan bagi agensi-agensi awam
dalam negara adalah di luar kawalan agensi tersebut kerana ia bergantung pada
dasar dan polisi kerajaan mengikut keadaan semasa. Apa yang termampu
PDRM dalam menangani cabaran ini adalah mengutamakan pembahagian
peruntukan yang diterima itu kepada pembangunan sistem pengurusan
pengetahuan untuk mencapai visi, misi dan objektif yang dirancang bagi
jangka panjang.
21

BAB V

PENUTUP

5.1 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, organisasi yang ingin mencapai matlamat dengan bercirikan


kepada pengurusan pengetahuan seharusnya mengambil langkah-langkah mengatasi
segala cabaran serta halangan yang sedang dan bakal dihadapi. Menyedari hakikat ini
PDRM seharusnya memainkan peranan penting dengan mewujudkan satu sistem
pengurusan pengetahuan yang bersistematik dalam mencipta, menyusun, berkongsi
dan menyebar pengetahuan di kalangan pegawai dan anggotanya. PDRM perlu
memberi perhatian serius pada pengurusan pengetahuan dan daya usaha dalam
pengaplikasian pengetahuan ke arah organisasi yang cekap dan berkesan. Pengurusan
pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan yang sistematik dan berterusan akan
menentukan tahap daya tahan, daya saing dan kelebihan bersaing. Semua ini dapat
dicapai sekiranya semua pihak dalam organisasi PDRM memainkan peranan bagi
menjayakan usaha mewujudkan pengurusan dan pengaplikasian pengetahuan yang
efisien dan sistematik.
22

RUJUKAN

Alhammead, Faori, S. Hasan, (2009). Knowledge Sharing In The Jourdanian


Universities: Journal of Knowledge Management Practices.

Beijerse,R.P, (1999). Question In Knowledge Management: Defining &


Conceptualizing A Phenomenon. Journal of KM, page 94 – 109.

Bollinger A.S and Smith R.D,(2001). Managing Organizational Knowledge As


a Strategic Asset. Journal of KM Vol 5, pp 8-18.

Elliortt.S and O’Dell.C,(1999). Sharing Knowledge and Best Practices. Health


Forum Journal 42(3).

Nonaka.I, (1991). The Knowledge-Creating Company. Harvard Business


Review 6(8), 96-104.

Rowley.J, (1999). What is Knowledge Management. Library Management


20(8): 416-420.

Wiig.K.M, (1997). Knowledge Management: Where did come from and where
will it go? Expert Systems with Applications, pp 1-14.

Eprints.utm.my/id/eprint/2676/1/71850 – Perkongsian Pengetahuan Di


Kalangan IKS di Malaysia. Artikel Jurnal UTM.

Вам также может понравиться