Вы находитесь на странице: 1из 3

BENTUK

KERTAS
Saiz : A4 (210 mm x 297 mm) (semasa merepang, jangan lebih daripada 2 mm)
Jenis – Salinan pertama hendaklah menggunakan kertas jenis simili dengan berat
sekurang-kurangnya 70 gsm. Bagi salinan berikutnya, kertas fotostat atau ofset yang
baik mutunya sahaja dibenarkan.
Putih sahaja dibenarkan.

PENAIPAN

Jenis Huruf
Calon hendaklah menggunakan huruf biasa; hanya pencetak yang bermutu huruf
dibenarkan. Calon dinasihatkan supaya menggunakan huruf Times New Roman atau
Arial (Arabic) pada keseluruhan tesis (kecuali bahagian yang melibatkan bahasa
asing) supaya pindaan senang dilakukan, jika perlu
Apabila timbul ketidakpastian tentang jenis huruf yang boleh digunakan, calon boleh
merujuk kepada Pusat Pengajian Siswazah.
Saiz huruf yang dibenarkan ialah 12 poin.

Penaipan Tajuk
Semua tajuk (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR tebal di
tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Selain itu calon hendaklah
mematuhi arahan menaip tajuk-tajuk tersebut mengikut jarak daripada jidar atas.

Santak Teks
Teks hendaklah ditaip santak kiri kanan

Selang Baris
Satu setengah langkau bagi teks am manuskrip.
Satu langkau dibenarkan untuk
o Pengakuan
o Penghargaan
o Abstrak dan Terjemahan Abstrak
o Senarai kandungan (Antara tajuk satu setengah langkau
dibenarkan)
o Senarai Jadual dan Ilustrasi
o Catatan bawah
o Rujukan
Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah tiga langkau di
bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya.

Perenggan
Perenggan yang pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri. Ensotan
bagi memulakan perenggan seterusnya ialah pada ketukan yang keenam atau 12.5
mm dari jidar kiri.

CETAKAN DAN PENDUAAN

Cetakan

Pada sebelah halaman sahaja. Semasa menjilid, halaman ini hendaklah diletak di
sebelah kanan.

Penduaan
Hasil fotostat atau cetakan ofset yang baik mutunya sahaja akan diterima. Cetakan
stensil atau salinan yang menggunakan kertas karbon tidak diterima.

PENJILIDAN

Naskhah Untuk Pemeriksaan


Naskhah-naskhah untuk pemeriksa luar, pemeriksa dalam dan penyelia/penyelia
utama bersama/ Jawatankuasa Siswazah hendaklah dijilid oleh calon dengan
menggunakan kulit jenis kad manila.

Naskhah Akhir Untuk Universiti


Lima (5) hingga tujuh (7) naskhah tesis untuk Universiti hendaklah dijilid oleh calon
setelah tesis tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Pemeriksa. Satu daripada
naskhah tersebut hendaklah salinan asal.
Sebelum dijilid calon hendaklah terlebih dahulu
membuat segala pembetulan kepada tesis berkenaan jika dikehendaki
oleh Jemaah Pemeriksa Siswazah. Tesis berkenaan hendaklah dijilid
dengan menggunakan kulit jenis balakrom dan keterangan pada kulit
hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna emas
mendapatkan perakuan Pusat Pengajian Siswazah
WARNA KULIT
Warna kulit hendaklah seperti yang berikut :
Sarjana = merah tua

KETERANGAN PADA KULIT

Di Hadapan
Maklumat-maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas
berukuran 18 hingga 24 poin dan mengikut susunan seperti berikut :
o Tajuk tesis - (Disusun dalam bentuk piramid terbalik - 60 mm dari
birai atas) [Birai ialah tepi kertas]
o Nama penuh penulis (Seperti dalam kad pengenalan/pasport
antarabangsa)
o UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Nama Universiti 60
mm dari birai bawah)
(LAMPIRAN A)

Pada Tulang Belakang


Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18
hingga 24 poin mengikut susunan seperti berikut :
o Nama penulis (60 mm dari birai atas)
o Ijazah (Singkatan ijazah dalam bahasa Melayu) Sarjana Sains = S.Sn.
o Tahun penyerahan naskhah akhir tesis
o UKM (Singkatan Nama Universiti - 60 mm dari birai bawah)
(LAMPIRAN B)

Вам также может понравиться