Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Pendahuluan
Sekolah adalah wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan
kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum,
kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar
serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan.
Dalam senario ini pula, proses pendidikan dan pembelajaran di negara kita merupakan satu isu yang sentiasa
bergerak dan berubah mengikut kehendak perubahan negara. Fenomena salah laku pelajar juga turut berubah
dan kian rencam. Sejajar dengan itu perlu dilahirkan sebuah buku panduan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Panduan serta maklumat yang tepat dan terkini adalah penting diselaraskan dalam
menangani masalah disiplin pelajar ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sedar akan masalah yang wujud dari fenomena salah laku pelajar di
negeri ini dan satu langkah yang pragmatik harus diambil. Sebagai sebuah institusi pendidikan, Jabatan
Pendidikan negeri Kelantan mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam usaha membendung perbuatan
melanggar disiplin sekolah di kalangan pelajar terutama di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan
peningkatan jumlah salah laku pelajar yang terlibat dalam perlanggaran disiplin seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas, melawan guru, gangsterism, merokok dan seumpamanya semakin berleluasa, adalah difikirkan
satu tatacara tindakan patut diadakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk bertindak terhadap
pelajar-pelajar manakala tindakan itu tidak mudah goyah oleh cabaran luar.
Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengetua, guru besar
dan guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang berhubungkait dengan disiplin pelajar di
sekolah.
Bab 2 buku ini akan memberi panduan tentang segala aspek pendokumentasian disiplin. Pihak sekolah diharap
dapat memastikan segala aspek yang termuat dalam bab ini dimiliki sepenuhnya.
Bab 3 pula menyediakan prosedur tindakan yang wajar diambil berdasarkan kategori kesalahan – ringan,
sederhana, berat dan jenayah yang dilakukan. Hal ini merangkumi dokumen-dokumen yang perlu ada dalam
setiap tindakan. Adalah dinasihatkan agar semua pengetua, guru besar dan guru-guru benar-benar
memahami,menguasai dan akur kepada setiap prosedur tindakan disiplin yang telah digariskan dalam buku ini
untuk mengelakkan pihak sekolah dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak puas hati.
Bab 4 mengandungi pelbagai cadangan program bagi tujuan mempertingkatkan mutu disiplin di sekolah-
sekolah.Program-program tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan disiplin
pelajar.Pihak sekolah boleh mengubahsuai program bagi memenuhi keperluan setempat.
Pada keseluruhannya penghasilan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar berasaskan prinsip-prinsip garis
panduan berkaitan pengurusan berkualiti serta berbudayakan kecemerlangan ini, akan mencapai matlamat "
Zero Defect" serta dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
Rasional
Sejak kebelakangan ini, sekolah dilihat sebagai sebuah rumah kaca. Pelajar dirotan hingga tercedera, pelajar
dicubit hingga berdarah, berlari dengan memakai seluar dalam, dijemur di tengah padang dan sebagainya,
segera mendapat liputan media massa. Segala tindak tanduk pihak sekolah dalam menangani disiplin pelajar-
pelajar telah menjadi pengetahuan masyarakat umum.
Di samping itu terdapat pula insiden-insiden yang berlaku secara senyap-senyap di dalam bilik darjah dan juga
di persekitaran sekolah serta terlindung daripada penglihatan kita; pelajar-pelajar disingkir dengan cara
dipandang sepi atau dilontar kata-kata kesat. Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku
pelajar-pelajar ini telah meninggalkan impak terhadap sekolah dan institusi pendidikan. Sementelah pihak
masyarakat semakin sedar dan lebih sensitif terhadap ketidaksepadanan dan ketidakadilan pihak sekolah
mengambil tindakan disiplin. Rasa tidak puas hati masyarakat umum ini sudah pasti akan menjejaskan
kewibawaan kita sebagai pendidik.
Justeru itu, satu prosedur yang lebih mantap dalam mengurus disiplin pelajar-pelajar di sekolah adalah amat
diperlukan.
Matlamat
Buku panduan ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara sekolah dan masyarakat.
Manakala pelajar-pelajar akan berasa diri mereka selamat, serta dihargai bagi merangsang pembelajaran.
Objektif
1. dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin pelajar dengan lebih bersistematik dan mudah rujuk.
PENDOKUMENTASIAN
Pengenalan
Pendokumentasian ini sebagai garis panduan melaksanakan tindakan disiplin dengan cara yang betul
dan berkesan, berasaskan dokumen-dokumen yang sahih. Pengetua/Guru dan guru-guru perlu
mengetahui jenis-jenis dokumen yang perlu ada sebagai panduan dan rujukannya supaya tatacara
yang diambil tidak menimbulkan masalah perundangan.
Sekolah perlu mempunyai sistem penyimpanan dan kawalan dokumen yang teratur dan kemas serta
memastikan segala maklumat disebarkan untuk panduan dan pengetahuan semua warga sekolah
termasuk ibu bapa dan penjaga.
Rujukan
1. Ordinan Pelajaran
1.1 SCHOOL (SOCIETIES) REGULATIONS 1956
2. Buku-Buku Panduan
Dokumen
4. Peraturan Sekolah.
Fail
6. Rotan (02/04/006)
1. Kedai-kedai buku.
1. Tempat Penyimpanan :
3. Kawalan :
PROSEDUR TINDAKAN
Pengenalan
Kategori Kesalahan
Kesalahan Berat
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
Kesalahan Ringan
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
KATEGORI KESALAHAN
JENIS HUKUMAN
BIDANG KUASA
BERAT
- Rotan (3 – 7 kali)
- Gantung Sekolah
- Buang Sekolah
- Pengetua
- Pengetua
SEDERHANA
- Nasihat / Kaunseling
- Amaran / Denda
RINGAN
- Nasihat
- Amaran
- Denda
Pengenalan
Aspek disiplin perlu diberi keutamaan dalam membina sebuah sekolah yang berkesan.
Masalah disiplin yang telah dapat ditangani dengan baik dan bijaksana akan menjatuhkan imej
sekolah, menimbulkan masalah pembelajaran selain menjejas dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Program pembangunan disiplin di sekolah perlu selari dengan aspek perkembangan insan dari
akademik, kegiatan kokurikulum, kepemimpinan dan sahsiah, program yang dibuat secara
terancang dan berfokus kepada masalah dapat mengurangkan masalah tersebut.
Bab ini memberikan beberapa cadangan dan panduan program pembangunan disiplin di
sekolah.
1. Kemudahan Fizikal
1.1.2 Kantin.
1.1.3 Tandas.
1.1.4 Perpustakaan.
1.1.13 Surau.
1.1.16 Kipas.
1.3 Keselamatan
1.3.4 Pagar.
2.2.1 Peraturan
sekolah.
2.2.3 Kecemerlangan
sekolah.
2.2.4 Kemudahan
sekolah.
2.3.1 Kepemimpinan.
2.3.2 Motivasi.
2.3.3 Kerjaya.
2.3.4 Kemahiran
belajar.
Program Pencegahan
1. Mengemaskini pengurusan kokurikulum sekolah.
Program Pemulihan
2. Program Keibubapaan.
3. Program Lawatan.
4. Program Perkhemahan.
6. Ceramah.
RUMUSAN :
Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini jika dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan dimantapkan lagi
melalui penilaian dan pemantauan yang sistematik mungkin akan dapat membantu pihak sekolah dalam
menangani masalah salahlaku di kalangan pelajar.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah haruslah berperanan mendidik dan memulihkan tingkah laku
negatif pelajar. Oleh itu diharapkan sebarang tindakan hendaklah mengambilkira aspek kebajikan,
kesejahteraan dan kemanusiaan pelajar terlibat. Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini, sekiranya diikuti
dengan betul, akan dapat mencapai matlamat menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
Semoga dengan pemahaman yang lebih oleh pengetua, guru besar dan guru-guru tentang prosedur-prosedur
tindakan disiplin, maka dapatlah mereka menjalankan tugas-tugas mendisiplinkan pelajar dengan lebih adil,
tegas dan penuh yakin serta berkesan.
Buku Panduan Pengurusan Disiplin tetap memerlukan sokongan program-program lain dari pelbagai pihak
sama ada pihak jabatan, daerah , sekolah atau lain-lain lagi agar perkembangan yang seimbang seseorang
pelajar sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.