Вы находитесь на странице: 1из 7

Panduan untuk yg nak makan bubur.

Sarapan: bubur ikan/ayam/sawi/kailan/karot


Mkan pagi: epal /kurma /badam/ kismis
Tengahari : bubur ikan/ayam /sawi/kailan/karot
Minum petang: epal/ kurma/badam/kismis
Makan malam: bubur ikan/ayam/sawi/kailan/karot
Minuman: air suam/lemon suam/ lemon madu suam
Masa masak bubur jgn kerap di kacau n plan untuk makan pagi ke tengahari aje. Malam masak lain.
Amalkan untuk seminggu dua atau sehingga perut rasa ok sikit..lepas tu.boleh teruskan.dgn diet di
bawah. Selamat berjuang guys.
Cadangan pemakanan untuk pesakit gerd/gastrik (amended)
8am - nasi dan lauk gerd friendly/telur rebus 2 biji
10 am- epal ijau/merah 1 biji or pear 1 biji
12.30 pm- nasi + ayam stir fried/sup or ikan + sayur (kailan or sawi) dan air suam
3 pm- epal merah/ijau or pear 1 biji
kadang kadang kunyah badam
7-8pm- nasi + ayam stir fried/ steam/ sup/ bakar atas kuali/ atau ikan stim, rebus + sayur (kailan
goreng/sawi sup) + air suam
sebelum tido- epal atau pear
steam ayam/ikan- ayam (dada), bawang putih, bawang merah, halia,
carrot, lemon
ayam bakar atas kuali leper - sedikit minyak zaitun
stir fried- ayam di potong kecil kecil, tumis bawang putih, bawang besar, halia, campur karro.
sup-ayam di potong kecil, bawang merah, bawang putih, halia, carrot.
menu ni straight untuk 3 bulan sebelum bebetul baik
mungkin ada inginkan menu yang berlainan
suplement- multivitamin life pack nu skin (3 bulan) , probiotik kordel (sebulan), habatus sauda brand
baraqa dr mesir (1 bulan), madu manuka - 1 bulan (makan sekali dengan habatussauda) dan
vitamin c (sandoz) pharmasi suggest sbb saya mengadu sentiasa berasa panas badan mungkin dr
pengambilan ubat doktor sbelum itu.
and paling penting i dealt with the root of my anxiety (bukan dengan ubat) once and for all -
penyebab jantung laju, memikirkan soal mati dan resah gelisah yg tidak diketauhi dr mana
puncanya.
and no complaints what so ever ya through the process.
sepanjang 3 bulan saya mmg lansung tak mengambil apa apa ubat doktor.
sebelum tu saya berpantang juga tapi tak seketat nih. ubat doktor ada saya makan tp sekejap aje
selepas saya rasa tak de perubahan lansung.
kita memang susah nak tolak tottaly angin yang ada dalam food intake tapi sekurang kurangnya
cuba minimize kan. selain dari tu pi urut. ni aje cara yang cepat untuk buang angin.
tukar amalan seharian- tidur awal (11 pm), tinggikan bantal semasa tidur ( untuk elak asid reflux)
saya tidur almost mcm duduk tp dengan bantal yg banyak le, jgn tidur sekurang kurangnya 2 jam
selepas mengambil makanan berat.
bagi yg islam tuh, rajin rajinla bangun bertahajud, berzikir, membaca Al Quran serta doa.
dan saya totally cured. no more anxiety or masalah perut. Alhamdulillah.
Saya tak nampak di mana kurang nya zat yg anda makan di sini. bezanya cuma tidak mengambil
makanan yg kaya lemak spt deep fried atau bersantan. setakat hendak merasa makanan pedas
cubalah bersabar dulu. bila dah sembuh makan la apa yg ada suka tp dengan kadar yg minimum.
jgn seksa perut anda lagi. pantang makan bukan bermaksud anda tak makan lansung.anda masih
mengambil kabohidrat, protein, serat dan sebagainya. sila betulkan persepsi itu.
perubahan dapat saya rasa selepas 2 minggu saya amalkan cara pemakanan ni. sila jangan tanya
jenis jenis makanan lain seperti buah buahan lain, biskut, kuih , kek, ais krim, susu, kordial, jeruk
dan sebagainya sbb saya mmg lansung tak sentuh. saya hanya makan makanan yg saya nyatakan
di atas sepanjang 3 bulan tu.
punca masalah saya? kerisauan melampau yg mengakibatkan anxiety seterusnya menganggu
kesihatan fizikal saya.
saya dah melalui kebanyakan simptom yg ada semua rasai disini dan saya faham bagaimana
seksanya.
untuk sembuh, anda memerlukan kombinasi pelbagai perkara. bukan dr segi pemakanan sahaja.
tepuk dada tanya perut anda. sekian.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
****Cara pengambilan madu:
2 kali sehari
1 sudu teh
pagi dan petang
perut kosong
tanpa air
kemam dan telan. pastikan bercampur air liur sebelum telan.
Apple cider vinegar/cuka epal:
1 atau 2 sudu
segelas air suam
minum sekali sebelum sarapan
dan bila bila perlu semasa dada x selesa atau angin sangkut.
Vitamin C/ multivitamin
Anytime suko selepas makan.( Sehari sekali untuk 1000mg)
Lemon
sebelum makan. nak campur acv sekali pun ok.
P/s perlu di iringi pantang yg ketat ya. Kalau belasah makan tak yah la membazir membeli
suplement ni semua.
****************************************************************************************
****************************************************************************************
Sayuran dan angin
Kenapa sesetengah sayuran tidak boleh atau terpaksa dikurangkan pengambilannya untuk pesakit
gerd walaupun kita tau ia tinggi alkali dah amat berkhasiat? Kita ambil contoh brokoli..brokoli
merupakan jenis sayuran yg tinggi alkali. Masalahnya makanan alkali tidak berupaya untuk
mempengaruhi pembukaan atau penutupan les.
Brokoli merupakan salah satu jenis sayuran yg kaya sulfur (sulfur-rich vege). Sayuran jenis ini bila di
makan akan menyebab kan penghasilan gas dldm.perut. dan seperti kita semua tahu antara
masalah terbesar pengidap gerd adalah masalah angin. Tepuk dada tanya perut.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cara menghadapi rasa tidak puas bernafas
Sewaktu merasakan anda tidak puas bernafas, cuba amalkan visualisasi , pergi ke tempat yang
sunyi yang tiada gangguan kemudian bayangkan anda di tempat yang tenang, damai dan
menyenangkan. Seperti tempat percutian di pergunungan atau di tepi pantai .
Tumpukan perhatian anda pada tempat tersebut , bayangkan bunyi , bau , tekstur , dan perasaan
yang berkaitan dengannya. Bernafas dengan teratur.
Visualisasi boleh mengurangkan keresahan semasa tekanan. Ia juga boleh menurunkan kadar
degupan jantung dan tekanan darah .
************************************************************************
Dyspnea
♨Tak puas bernafas atau dyspnea berlaku akibat gerd kerana asid refluks telah menyebabkan
salur esofagus menjadi sempit. Menurut american speech languange hearing association apabila
asid ini sampai ke lipatan vokal, saluran pernafasan dan paru paru ia akan menyebabkan laluannya
bengkak dan membawa kepada tindak balas seperti asma. Kerosakan ini boleh menyebabkan batuk
atau nafas berbunyi dan menyebabkan pesakit sukar untuk menelan makanan pepejal. Gerd akan di
kaitkan dengan asma apabila:
-asma bermula sewaktu pesakit telah dewasa
-symtom asma semakin buruk selepas makan bersenam baring atau di malam hari
-gagal untuk bertindak balas pada sebarang rawatan
***************************************************************************
♨ Lain lain punca lebihan gas:
menelan udara:-
Ketika takut
Makan terlalu cepat
Mengunyah gula getah
Menghisap gula gula
Minum menggunakan straw
Bakteria jahat dldm usus kecil

Perut tidak dpt bertolenrasi dengan makanan contohnya makanan dr tenusu. Badan tidak

berupaya memecahkan gula dldm makanan tenusu.


Perasa tiruan

Sembelit

****************************************************************************
Kesan kesan refluk asid
Kesakitan akibat Asid refluks boleh bermula dari bahagian perut yg sangat rendah sehingga ke dada
. Kesakitannya akan dirasakan merebak sehingga anda tidak tahu dari mana titik puncanya. Selain
dari perut dan dada , sisi perut anda berasa seperti kekejangan . sakit di bahagian atas belakang
dan leher pula digambarkan seperti anda sedang ditikam di dada dan tembus ke belakang badan
dan belikat.
ada kalanya sesakitan ini tidak dijangkakan berkaitan dengan asid refluks kerana ia hanya akan
terjadi dalam jangka masa yg agak lama setelah anda menghadapi masalah asid refluks.
*********************************************************************
Sistem imun dan stress
Keupayaan sistem imun anda boleh menurun melalui stress (termasuk tekanan psikologi ) , dan
membuatkan seseorang mudah terdedah kepada penyakit . Adalah penting untuk kekal tenang
dalam semua keadaan, dan mencari jalan untuk menguruskan isu-isu yang menyebabkan anda
tertekan.
Jika anda mendapati diri anda dalam keadaan tertekan , mungkin anda perlu duduk, berehat dan
membuat keputusan " Adakah ini benar-benar penting ? " ,"Adakah ia berbaloi jika ia memusnahkan
sistem imun saya ? " Jika jawapannya adalah " tidak", anda perlu mengeluarkan diri anda daripada
situasi itu.
Hasilnya : sistem imun anda akan menjadi lebih kuat untuk menyokong badan anda semasa
tekanan atau stress yang perlu anda hadapi datang kemudian nanti.
***************************************************************************
Refluks senyap (silent reflux)
Selain berpotensi merosakkan esofagus di bahagian yang lebih rendah, (berdekatan dengan perut)
pedih ulu hati yang kerap juga boleh merosakkan tekak atas . Ini boleh berlaku jika asid perut yang
naik sehingga ke belakang tekak atau saluran udara hidung . Keadaan ini sering dirujuk sebagai
refluks laryngopharyngeal ( LPR ) .
LPR juga kadang-kadang dipanggil " reflux senyap , " kerana ia adalah gejala yang tidak mudah di
kesan. Adalah penting untuk individu yang mempunyai GERD diperiksa bagi mengesan LPR. Gejala
LPR termasuk yang berikut :
serak
perasaan ada ketulan dalam tekak
batuk kronik atau batuk yang membangunkan anda dari tidur
tercekik
masalah pernafasan
terasa sesuatu rasa yang pelik dalam tekak
hingus meleleh
masalah suara ( terutamanya penyanyi profesional)
*************************************************************************
Panick attack
Serangan panik atau ‘panic attack’ melibatkan perasaan ketakutan yang tiba-tiba menyerang tanpa
amaran . Episod ini boleh berlaku pada bila-bila masa , walaupun ketika tidur .
Orang yang mengalami serangan panik percaya bahawa mereka mengalami serangan jantung atau
mereka akan mati atau menjadi gila . Ketakutan ketika serangan panik yang di alami oleh seseorang
bukanlah keadaan sebenar dan mugkin tidak berkaitan dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
Kebanyakan orang dengan serangan panik mengalami beberapa gejala berikut :
Degupan jantung yang laju
Rasa lemah , pengsan , atau pening
Kesemutan atau kebas pada tangan dan jari
Rasa takut, atau bereasa seperti kematian menghampiri
Rasa seram sejuk berpeluh
sakit dada
kesukaran bernafas
Rasa kehilangan kawalan
Apa yang boleh anda lakukan ketika panik. Jangan berjalan ke sana ke sini. Ini akan memburukkan
keadaan anda. Cari tempat untuk duduk dan cuba bernafas dengan teratur.
Tarik nafas ikut hidung dan lepas kan ikut mulut dengan perlahan- lahan. Jangan bernafas ikut
kelajuan degup jantung anda. Fokus kepada perkara yang mengembirakan anda dan ingatlah
bahawa apa yang anda sedang alami cuma satu episod serangan panik yang akan berakhir jika
anda mampu mengawalnya.
Bagi yang beragama Islam bila telah agak tenang bolehlah berzikir atau membaca ayat ayat Al-
Quran.
**************************************************************************
Kekurangan asid perut dan akibatnya
Hypochlorhydria adalah istilah yang digunakan untuk kandungan asid perut yg rendah ,
berkemungkinan besar disebabkan oleh tekanan (stress) , pemakanan yang tidak seimbang ,
jangkitan bakteria , salah pengunaan ppi , dan kekurangan nutrien .
Asid perut yang tidak mencukupi membawa kepada pencernaan protein yg tidak mencukupi serta
membawa kepada pelbagai masalah , termasuk ketidakupayaan untuk mewujudkan enzim dan
hormon penting , dan ketidakupayaan badan untuk membaiki dan membina .
Kita memerlukan persekitaran yang berasid dalam perut kita untuk mengion mineral - di mana ia
adalah faktor penting untuk tindak balas kimia berlaku dalam tubuh kita pada setiap masa.
Kesan lain adalah penghadaman makanan yg lambat serta menyebabkan karbohidrat tidak di
cernakan dengan betul. karbohidrat adalah makanan bakteria. ini akan meyebabkan pengeluaran
gas sekali gus akan menolak makanan dan asid ke dalam salur makanan semula.
***************************************************************************
Penyebab gerd
Obesiti boleh dikaitkan dengan GERD. Faktor-faktor risiko yang lain untuk GERD termasuk
kehamilan,
merokok dan
Hernia hiatal (unjuran perut ke dalam rongga dada yang disebabkan oleh kecacatan dalam
diafragma , yang biasanya memisahkan dada dari abdomen ).
Menurut beberapa kajian dan kaji selidik, anxiety dan kemurungan juga boleh menjadi satu lagi
pencetus untuk pedih ulu hati .
Gejala GERD berbeza-beza dari seorang ke seorang
Tanda-tanda dan gejala GERD termasuklah:
Rasa terbakar di dada ( pedih ulu hati ) ,mencucuk di dada (semasa menarik nafas) kadang-kadang
merebak ke tekak , bersama-sama dengan rasa masam dalam mulut
Jika anda mengalami pedih ulu hati yang kerap atau lama ( dua kali seminggu secara tetap ) ,
berjumpalah dengan doktor anda .
Kesukaran menelan (dysphagia)
Batuk kering yang kronik , terutama pada waktu malam. GERD adalah penyebab biasa batuk yang
tidak dapat dijelaskan . Ia tidak jelas bagaimana batuk disebabkan atau diburukkan oleh GERD .
Serak atau sakit tekak
loya
Memuntahkan makanan atau cecair masam ( refluks asid )
Sensasi ketulan di tekak anda
Asma - Asid direflukskan boleh memburukkan asma dengan mengganggu saluran pernafasan dan
ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat asma boleh membuat GERD lebih teruk .
Peningkatan air liur secara tiba-tiba
Nafas berbau
******************************************************************
Mengapa terjadinya asid refluks
Perut mempunyai dua injap , sfinkter yang lebih rendah esophageal ( LES) ( di bahagian atas perut )
dan sfinkter pyloric ( di bahagian bawah perut ) . Sfinkter pyloric adalah injap sehala , manakala LES
direka untuk membuka kedua-dua hala .Apabila tekanan (penghasilan gas ) yang berlebihan
terkumpul di perut , di sebabkan ketidakhadaman makanan akibat kurangnya pengeluaran asid
serta pH asid yang tidak optimum (antara ph 1.5 ke 3) bagi membolehkan pembukaan sfinkter
pyloric , hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu : Buka LES .
Pembukaan LES membolehkan pelepasan tekanan (asid perut dan makanan separuh hadam ) ke
dalam esofagus dan itulah yang biasanya membawa kepada gejala pedih ulu hati dan refluks asid .
Walaupun perut anda tidak menghasilkan asid yang cukup , apa-apa jumlah asid pergi ke dalam
esofagus akan mengakibatkan gejala tidak selesa kerana esofagus tidak direka bentuk untuk
mengendalikan asid perut . Pembukaan kerap LES ke arah esofagus akan menyumbang kepada
injap lemah yang menggabungkan masalah itu .
*************************************************************************
Simptom anxiety
Apabila anxiety semakin hebat ke tahap menjadi serangan panik , tanda-tanda dan gejala-gejala
boleh termasuk gejala fizikal dan emosi seperti
berdebar-debar
sakit dada , sesak dada atau ketidakselesaan lain
rasa seperti mendapat serangan jantung
sesak nafas atau masalah pernafasan
berpeluh di tapak tangan
loya
menggeletar
berasa pening
derealization ( perasaan yang tidak benar )
depersonalization ( berasa terpisah daripada diri sendiri )
kebas atau kesemutan sensasi
seram sejuk
berasa seperti tercekik
perasaan seperti akan mati dalam masa yang terdekat.
*******************************************************************************
Terdapat banyak keadaan perubatan yang berbeza yang boleh mengubah warna air liur seseorang,
tetapi sebab-sebab yang paling biasa bagi menjadikan air liur berwarna putih adalah mulut kering ,
ubat-ubatan, jangkitan pada bibir , pipi , dan gusi , masalah penghadaman dan keadaan autoimun .
Kebanyakan kes tidak serius dan sering didapati bahawa air liur akan kembali normal dengan
sendiri.
Refluks asid yang kronik dan penyakit berpunca gastroesophageal kadang-kadang juga boleh
menyebabkan perubahan air liur . Air liur pekat dan ludah putih adalah symptom biasa apabila perut
seseorang cuba untuk mencerna makanan yang di ketahui akan menganggu saluran pencernaan.
Esofagus tidak direka untuk terdedah kepada kandungan asid dari perut. Badan kita akan
menafsirkan keadaan ini sebagai bahaya dan bahagian-bahagian sistem saraf autonomi
menganggap asid ini telah berada di tempat yang tidak sepatutnya . Isyarat amaran akan dihasilkan
. Ia memberitahu badan untuk bertindak balas untuk melindungi esofagus . Tisu badan bertindak
balas melalui pelbagai mekanisme termasuklah membuat mukus .
Ini adalah gejala yang biasa bagi sesetengah pesakit GERD. Ia begitu melekit sehingga mereka
berasa seolah-olah mereka terpaksa menarik keluar mukus itu keluar dari belakang tekak dengan
menggunakan tangan .Sensasi ini adalah disebabkan oleh bengkaknya tisu tekak kerana ketebalan
dan kepadatan lendir yang dihasilkan itu.
****************************************************************************
Pada pengidap gerd ada lenguh sini sana ada senak sini sana pedih sikit sini sana pening mata
kabur tinga berdesing abaikan aje. Kena elok dr gerd baru symtom tu semua hilang.
Cuba ni kalau ada:
Mcm ada benda sangkut kat tekak, panas perut/dlm badan/ sakit tekak - vitamin c soluble
Kembung - lemon suam, acv, minyak yuyi, hot water bag
Kebas kaki tangan - urut kat tangan n kaki bagi darah lancar
Pening- urut kepala kuat sikit, berjalan kaki ayam atas rumput tapi kalau cacing masuk x jamin.
Hhehehe
Sembelit - makan sayur over dose, bangun tido minum air kosong sebelum gosok gigi
Pedih perut - telan madu manuka sesudu kecit. Jgn campur air. Ikut cara akak ajar tu
Pitam - jangan makan lambat. Kalau nak ubah posisi dr duduk ke berdiri buat dgn perlahan.
Sengkak kat ulu hati atau sesak napas - ulu hati urut kuat sikit tolak ke atas byk kali n urut belikat
juga.
Dada pedih terbakar - minum acv/ lemon
http://gerdanxietynme.blogspot.my/…/saya-baru-menghidap-pen…
Antara kesilapan dlm berpantang:
-Lebihan nasi bubur dan lauk di panaskan keesokkan pagi
-Memasukkan rempah spt sup.bunjut ke.dlm sup
- memasukkan cendawan , kentang, ke dlm masakan
- Memasukkan perasa mcm ajinomoto n lain lain serbuk perasa.
- buah di simpan dlm peti ais.
- bubur yg kerap di kacau semasa memasak
- meletak fish ball fish cake n seangkatan dlm masakan
- memasukkan cili potong ke.dlm masakan sayur
- meletak ikan bilis dlm masakan
- makan terlalu banyak
- mkn bersulam air
- malas mengunyah makanan
- meletak suun , fucuk.dlm masakan
- meletakkan serbuk lada putih dan lada hitam
- baring/tidur selepas makan
- meletak gula dlm air lemon
- minum sambi berdiri
- tidur selepas makan walaupun sambil duduk
- mandi selepas maghrib
- melakukam kerja berat senaman berat
- lambat makan
- skip waktu makan
- membaca berita yg menganggu emosi
- tidur terlalu lewat (selepas 11 mlm)

Вам также может понравиться