Вы находитесь на странице: 1из 3

SK SUNGAI SENGIAN LABANG

SEBAUH
97100
SARAWAK

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT


SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
SITI HAJAR ASHNA BINTI SAMAT HARON
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

0
PUSAT SUMBER
SK SUNGAI SENGIAN LABANG

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa,
menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber dan
prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik
minat seluruh warga SK Sungai Sengian Labang untuk menggunakan PSS dengan optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa kemudahan
asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah
dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

2.2 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping mewujudkan situasi
P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.3 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan yang
lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

3.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

4.0 SASARAN
1
4.1 Guru-guru SK Sungai Sengian

4.2 Pengawas PSS 2018

4.3 Murid-murid SK Sungai Sengian

5.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN SUMBER


BELANJAWAN
(RM)
1. Rak buku (12 lubang) 1 340.00

2. Stationery cabinet A4 5 tier 1 78.00


Yuran Khas
3. Document tray 2 tier 1 21.80
Sekolah
4. Exercise book 80 pgs (fancy) 1 1.20
single line
Jumlah 441.00

6.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

(SITI HAJAR ASHNA BINTI SAMAT HARON) (MOHAMAD ARBIE BIN SA’EE)
Guru Perpustakaan & Media, Guru Besar,
SK Sungai Sengian Labang. SK Sungai Sengian Labang

Вам также может понравиться