Вы находитесь на странице: 1из 19

<KOD KURSUS>

Faculty Of Education And Languages

MEI /2019

HBHE 2103

CONSOLIDATED HEALTHY SCHOOL PROGRAMME

NO. MATRIKULASI : 810812086124001


NO. KAD PENGNEALAN : 810812086124
NO. TELEFON : 011-36083747
E-MEL : priya8824@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE

0
KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 PENGENALAN 2

SOALAN 1 3-7

Membincangkan punca berlakunya


pencemaran persekitaran dan tindakan yang
boleh diambil oleh pihak berkuasa dengan
disokong oleh sumber yang relevan.

SOALAN 2
2 8-9
Sekiranya pencemaran persekitaran di
tempat anda tidak dibendung, apakah
perkara yang akan berlaku kepada alam
flora dan fauna
SOALAN 3
3 9-13
Merancang empat aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program
Bersepadu Sekolah Sihat di sekolah anda
bagi menangani masalah pencemaran
persekitaran beserta justifikasi setiap
aktiviti ini diadakan.
4 SOALAN 4 14-15

Sediakan satu brosur yang boleh


mempromosikan kesedaran tentang
penjagaan alam sekitar dalam kalangan
komuniti sekolah anda

5 KESIMPULAN 16

6 SUMBER RUJUKAN 17

1
PENGENALAN
Perkataan pencemaran bukan satu perkataan asing bagi negara kita. Pada zama n era
globalasi ini, pencemaran alam sekitar di mana-mana sahaja terutama di kawasan bandar,
mahupun di kawasan luar bandar. Manusia yang peka terhadap perkembangan pesat dunia
sering mengabaikan persekitaran atau alam sekitar yang merupakan kurniaan tuhan.
Manusia yang mengejar masa, duit, kerjaya sering mengetepikan masalah atau isu yang
berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka( DBP) pencemaran alam sekitar
membawa definisi sebagai suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengtorkan alam yang
sekali gus membawa maksud perbuatan manusia yang mencemarkan kebersihan alam
sekitar.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) pula menyatakan pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk sifat fizik,
kimia, biologi atau aras – aras radiasi mana – mana bahagian alam sekeliling yang boleh
menimbulkan sesuatu kesan atau bahaya kepada manusia atau kesihatan diri manusia .
bukan sahaja manusia malah, pencemaran alam sekitar berkait rapat dengan organisma –
organisma lain seperti haiwan dan tumbuhan.
Pencemaran persekitaran boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk pencemaran.
Antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran
radioaktif, pencemaran bunyi, pencemaran bau, pencemaran cahaya dan pencemaran
visual.
Walaupun terdapat beberapa bentuk pencemaran, hanya 3 bentuk pencemaran alam
sekitar yang kerap berlaku di negara mahupun di luar negara iaitu pencemaran udara,
pencemaran air dan pencemaran tanah.
Pencemaran udara berkait rapat dengan pencemaran seperti asap dari kilang dan
gas-gas. Pencemaran air pula berkait rapat dengan pembuangan sampah di air dan
pembuangan sisa toksik atau penumpahan minyak, mankala pencemaran tanah pula berkait
rapat dengan tanah seperti hakisa tanah yang disebabkan oleh pembalakan yang tidak
terkawal.

2
SOALAN 1
Seperti yang dibincangkan dalam pendahuluan, pencemaran persekitaran berkait rapat pada
perubahan pada alam sekitar. Terdapat beberapa faktor atau punca berlakunya pencemaran
persekitaran. Terdapat dua faktor utama yang berkait rapat denagn pencemaran
persekitaran. Antaranya ialah:

1. pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi.


Alam sekitar merupakan kurniaan tuhan. Walau bagaimanapun terdapat faktor
pencemaran semula jadi yang menyebabkan pencemaran persekitaran. Perkara-perkara atau
kejadian-kejadian yan tanpa diduga atau dirancang seperti letupan gunung berapi, rubut
taufan, gempa bumi adalah faktor semula jadi yang menyebabkan pencemaran
persekitaran. Faktor semula jadi merupakan salah satu faktor yang tidak boleh dielak dari
berlakunya.
Sebagai contoh, letupan gunung berapi yang sering berlaku di negara China boleh
menyebabkan pencemaran udara. Asap yang keluar semasa letupan boleh mengakibatkan
perubahan pada iklim cuaca yang sekali gus membawa masalah jerebu yang memberi
impak negatif kepada kesihatan manusia. Jerubu yang tebal boleh menyebabkan manusia
susah bernafas dan udara menjadi kotor yang boleh membawa penyakit seperti sesak nafas
dan gangguan pada paru-paru manusia. Seterusnya gempa bumi yang tidak diduga boleh
memberi kesan kepada pencemaran tanah seperti hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir
kilat.

2. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia boleh diertikan sebagai sikap
atau perbuatan segelintir manusia yang memberi kesan kepada alam persekitaran. Sikap
rakus manusia menjadi punca utama pencemaran persekitaran. Terdapat beberapa
pencemaran persekitaran yang disebabkan oleh faktor manusia. Antaranya ialah:
I: pencemaran udara
Pencemaran udara adalah perubahan kepada iklim udara yang melibatkan sebarang bahan
kimia , jirim atau biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada udara serta
merosakkan alam persekitaran apabila ia dibebaskan ke atmosfera, gas karbon dioksida,

3
sulfur dioksida, sisa radioaktif adalah contoh pencemaran udara. Pencemaran udara
biasanya berlaku disebabkan oleh pelepas asap kotor industri melalui cerobong asap kilang.
Asap yang dilepas melalui cerobong ini, akan bercampur dengan gas yang bersih di udara.
Selain itu , aktiviti pembangunan dan perindustrian juga merupakan satu punca
berlakunya pencemaran udara. Pada masa kini, dunia berkembang dengan pesat dengan
teknologi yang canggih. Boleh dikatakan perkembangan ekonomi sesebuah negara
bergantung pada bahan-bahan industri yang dihasilkan di perindustrian. Namun,
pembangunan dan perindustrian yang tidak terkawal boleh menyebabkan pencemaran
udara yang buruk yang boleh memudaratkan kesihatan manusia serta kepupusan flora dan
fauna.
Selain itu penggunaan kenderaan bermotor menyumbang pencemaran utama udara.
Pembakaran bahan api fosil boleh menyebabkan gas karbon monoksida dan habuk habuk
yang terhasil menyebabkan pencemaran udara. Seterusnya pembakaran yang tidak terkawal
seperti pembakaran di tapak pelupusan sampah, pembakaran hutan boleh menyebabkan
pencemaran udara dan sekali gus menyebabkan keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat. Keadaan ini bertambah buruk semasa musim panas yang mampu menjejaskan
kesihatan awam.
II) Pencemaran air
Pencemaran air sering membawa masalah kepada kerosakan pada sistem sungai
yang membekalkan air kepada manusia. Air merupakan sumber keperluan harian kepada
manusia. Manusia juga bergantung pada pendapatan sumber akuatik. Bayangkan nasib
manusia jika air tersebut menjadi cemar. Sudah pasti ia sesuatu yang tidak boleh
dibayangkan. Pembuangan sisa-sisa toksik di sungai oleh kilang-kilang merupakan punca
utama pencemaran air. Baru-baru ini, negara kita digemparkan oleh pembuangan sisa
toksik di Sungai KIM KIM Pasir Gudang, Johor Baharu yang mengakibatkan masalah
kesihatan teruk kepada penduduk yang tinggal di persekitaran tempat kejadian dan pelajar
sekolah yang belajar di persekitaran kawasan tersebut ( Utusan Malaysia April 29:2019)
yang menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menutup beberapa buah sekolah
yang terletak berhampiran kawasan kejadian untuk tempoh masa tertentu.
Selain itu, sikap segelintir manusia yang suka membuang sampah ke dalam sungai
juga bleh menyebabkan pencemaran air berlaku. Sampah tersebut akan menyekat aliran air

4
atau menyebabkan aliran air tersumbat. Keadaan ini boleh menyebabkan penghalang
pernafasan organisma akuatik. Sampah sarap atau najis boleh menyebabkan bakteria yang
bahaya terus membiak dan membawa kesan yang bahaya kepada individu yang
menggunakan air tersebut tidak kira manusia atau pun binatang.
III) Pencemaran tanah
Hakisan tanah sering dikaitkan dengan pencemaran tanah. Pencemaran tanah boleh
didefinisikan sebagai berlaku perubahan pada warna dan kesuburan serta hakisan tanah.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya pencemaran
tanah. Perkembangan Sains dan Teknologi , peningkatan penduduk memyebabkan pihak
kerajaan menjalankan aktiviti pembalakan untuk membina perumahan dan perindustrian .
selain itu, pembalakan bala dan kayu yang membawa keuntungan kepada negara secara
tidak langsung juga memneyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Pembalakan yang
tidak rapi atau tidak terkawal boleh menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana
ketiadaan akar pokok untuk mencengkam tanah yang boleh menyebabkan hakisan tanah
sekali gus menyebabkan keruntuhan tanah.
Selain itu, pembuangan sampah yang tidak terkawal atau menanam bahan buangan
dari kilang- kilang seperti minyak, sisa toksik juga boleh menyebabkan pencemaran tanah.
Kita kena peka bahawa pencemaran tetap akan berlaku walaupun bahan buangan tersebut
ditanam dalam tanah.
Pencemaran persekitaran perlu diberi perhatianuntuk kebaikan semua pihak dan
generasi pada masa akan datang. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting
dalam usaha membendung masalah pencemaran persekitaran.
Jabatan Alam Sekitar(JAS) perlu memainkan peranan yang penting dalam isu
pencemaran. Seperti yang disedia maklum, peranan Jabatan Alam Sekitar ialah untuk
mencegah, menghapus, mengawal dan memperbaiki alam sekeliling Sesebuah kilang
sebelum didirikan perlu mendapat nasihat sebelum menubuhkan organisasi. Ini adalah
kerana penubuhan kilang yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran persekitaran.
Jabatan Alam Sekitar perlu memantau kualiti, kuantiti dan semua aspek sebelum
menubuhkan sesebuah kilang.
Selain itu, Akta 127( Alam Sekitar 1974) juga boleh membendung masalah ini.
kerajaan perlu mengetatkan undang-undang terhadap pencemar persekitaran. Kerajaan

5
perlu peka terhadap isu dan akibat pencemaran persekitaraanini. Hukuman berat dan denda
perlu dilaksanakan dengan ketat Jika didapati ada pihak yang mencemarkan alam
persekitaran. Jika kerajaan menetapkan hukuman penjara sudah pasti orang ramai tidak
berani mencemarkan persekitaran. Baru- baru ini, pihak polis menangkap pesalah yang
dilaporkan penyebab sisa toksik di Pasir Gudang dan dihadapkan di mahkamah ( Utusan
Malaysia 2 Mei 2019) . kes masih dalam perbicaraan. Jika didapati bersalah, sudah pasti
hukuman penjara atau denda diberikan. Tindakan umpama ini boleh mengurangkan atau
membendung risiko berlakunya pencemaran persekitaran.
Selain daripada itu, Program Kitar Semula juga serba sedikit boleh membantu
membendung Masalah ini. pihak kerajaan boleh lah menyediakan tongtong kitar semula di
kawasan sesak manusia, kilang-kilang ataupun tempat awam. Program kitar semula ini
membantu masyarakat tidak membuang sampah di merata –rata tempat yang boleh
mencemarkan persekitaran. Sebagai contoh, tong-tong kitar semula boleh disediakan
tempat di mana manusia yang tinggal berhampiran dengan sungai kerana segelintir
masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai memang mempunyai tabiat yang tidak
bertanggungjawab dan suka membuang sampah di sungai yang sekaligusboleh
mencemarkan pencemaran air. Kerajaan juga perlu memastikan kitar semula ini dijalankan
mengikut cara yang betul supaya bahan-bahan yang dikitarkan semula dapat digunakan
semula.
Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh mengubal kurikulum sekolah dengan
memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar di semua kategori sekolah. Sebagai contoh
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidkan Alam Sekitar (1986). Seperti yang sedia maklum,
sekolah adalah tempat asas yang mendidik kanak-kanak menghargai alam sekitar yang
merupakan kurniaan tuhan. Seorang kanak-kanak akan belajar kepentingan alam sekitar
sudah pasti menghargai dan mengutamakan persekitaran pada masa akan datang. Perasaan
cinta dan bersyukur terhadap alam persekitaran perlu diterapkan di jiwa kanak –kanak
sejak di bangku sekolah lagi.
Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan Pendidikan Sivik dalam mata
pelajaran teras yang mewajibkan semua sekolah menerapkan sivik sekurang- kurangnya
sebulan sekali dalam mata pelajaran harian (kurikulum:Sivik:2019). Seperti ini, kerajaan
juga boleh memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar di semua sekolah Rendah ,

6
Menengah dan juga prasekolah. Usaha seperti ini dapat mengurangkan pencemaran
persekitaran.

SOALAN 2

7
Seperti yang kita mengetahui pencemaran persekitaran banyak meninggalkan kesan
kepada manusia tidak juga ketinggalan kepada flora dan fauna. Menurut Kamus Dewan
Dan Pustaka edisi keempat (2010) flora membawa maksud tumbuh-tumbuhan yang
terdapat pada satu daerah pada suatu masa , manakala fauna pula bermaksud seluruh
binatang yang hidup di suatu tempat. Flora dan fauna merupakan kurniaan tuhan. Ia juga
boleh disebit sebagai keindahan alam semula jadi. Biasanya flora dan fauna sangat berkait
rapat antara satu sama lain dan juga kepada manusia. Jika pencemaran di kawasan tempat
tinggal saya tidak dapat dibendung ia boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada flora
dan fauna yang terdapat di persekitaran tempat saya.
Antaranya ialah, kepupusan kehidupan haiwan. Seperti yang sedia maklum flora
dan fauna ini saling berkait antara satu sama lain. Binatang hidup berkait dengan fauna.
Sebagai contoh, terdapat banyak monyet yang tinggal di hutan-hutan kecil berhampiran
tempat tinggal saya. Jika manusia menebang pokok yang boleh menyebabkan monyet –
monyet tersebut kehilangan tempat tinggal dan makin lama ia akan pupus.
Selain dari itu, terdapat sebatang sungai besar di belakang rumah saya serng
menjadi tempat pembuangan sampah oleh segelintir penduduk di kawasan perumahan
tersebut. Sampah sarap ini sering kali menyekat aliran air di sungai tersebut dan juga
sampah itu bertimbun – timbun di atas permukaan air yang menyebabkan berbau busuk.
Situasi ini boleh memberi kesan kepada kehidupan akuatik dalam sungai tersebut. Sampah
sarap yang tertimbun akan menyekat aliran air, boleh menyebabkan ikan-ikan di dalam air
itu tidak dapat bernafas dan boleh mati. Sebagai contoh Empangan Temerloh dikenal pasti
masalah dengan bilangan ikan teruhut di sungai Perak semakin berkurangan.
Selain daripada itu, jika pencemaran di tempat saya tidsak dapat dibendung ia boleh
menyebabkan tumbuh-tumbuhan persekitaran kawasan saya mengalami kerosakan yang
teruk. Daun-daun tumbuhan boleh menjadi nekrosis. Nekrosis membawa maksud
keguguran yang teruk pada daun. Selain itu, berlaku klorosis pada tumbuh-tumbuhan
tersebut menyebabkan pertukaran warna dan juga perubahan pada fizikal pertumbuhan
tersebut. Kitaran hidup manusia sering berkait dengan tumbuh-tumbuhan yang menjadi
makanan utama mereka dalam amalan pemakanan. Biasanya pencemaran udara (asap yang
keluar dari kilang) yang menyebabkan pencemaran umpama ini.

8
Di tempat saya, pencemaran udara sering berlaku disebabkan oleh asap dari kilang.
Kawasan tempat tinggal saya merupakan tempat perindustrian. Walaupun faktor
perindustrian ini menyumbangkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan saya,
meningkatkan taraf hidup mereka tetapi tidak dapat dinafikan boleh secara tidak langsung
ia juga menyebabkan pencemaran persekitaran di tempat saya. Asap-asap yang keluar dari
kilang tersebut memberi kesan yang buruk kepada flora yang terdapat di kawasan tempat
tinggal saya. Asap yang bercampur dengan udara menyebabkan proses fotosintesis
tumbuhan tidak dapat berjalan dengan lancar. Tumbuhan memerlukan udara yang bersih,
cahaya matahari yang mencukupi untuk menjalankan proses foto sintesis. Jika udara dah
tercemar, sudah pasti proses fotosintesis tidak dapat dijalankan. Proses fotosintesis tumbuh-
tumbuhan juga membantu manusia mendapat gas oksigen untuk bernafa dan tumbuhan
pula memerlukan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia untuk proses
fotosintesis. Jika pencemaran udara menyebabkan kepupusan atau kesan kepada fauna,
sudah pasti gas karbon dioksida di udara melebihi gas oksigen di udara yang menyebabkan
manusia sukar bernafas.
Selain itu, pencemaran di kawasan tempat tinggal saya jika tidak dapat dibendung ia
akan memberi kesan kepada keseimbangan ekosistem terjejas. Keseimbangan ekosistem
merupakan proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup
yang wujud di alam sekitar. Proses keseimbangan ekosistem ini penting untuk memelihara
dan melindungi sumber tumbuhan di kawasan saya. Tidak dapat dinafikan bahawa
tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan. Jika
pencemaran persekitaran di tempat saya tidak dibendung ia memberi kesan buruk kepada
proses kesimbangan ekosistem yang boleh menyebabkan tumbuhan tidak dapat hidup
dengan subur.

9
SOALAN 3
Program Bersepadu sekolah boleh menjalankan beberapa aktiviti di sekolah untuk
menangani masalah pencemaran persekitaran. Antaranya ialah:
1. Program Kitar Semula
Kitar semula ialah proses kitar semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Program kitar semula di sekolah saya mampu mengurangkan risiko
pencemaran kerana program kitar semula ini mampu mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru, mengurangkan bahan buangan di sekitar sekolah yang menyebabkan
pencemaran persekitaran. Kertas, kaca, logam, plastik adalah antara beberapa contoh bahan
buangan yang boleh dikitar semula. Sudah pasti pihak sekolah sering menggunakan air
botol atau kertas di sesi pengajaran dan pembelajaran. Program kitar semula di sekolah
saya boleh mendedahkan pelajar tentang kepentingan pemeliharan dan pemuliharaan alam
sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran dalam amalan literasi hidup. Aktiviti
pengumpulan bahan-bahan boleh diperolehi di sekitar sekolah atau kawasan rumah warga
sekolah. Program ini dapat memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan dan
cara mengatasi pencemaran sekali gus menerapkan nilai nilai murni tentang pentingnya
alam sekitar kepada manusia.
Justifikasi program
Guru dapat bekerjasama dengan murid menyediakan suasana yang lebih selamat, ceria dan
sekali gus membendung masalah pencemaran persekitaran kawasan sekolah.
program Tempoh masa kos pelaksana Status pelaksana projek
Program kitar semula Setiap - Program 1. menyediakan tong
bulan(sepanjang Bersepadu sampah kitar semula
tahun) Sekolah 2. memungut bahan
Sihat buangan di kawasan
sekolah
3. setiap kelas
disediakan tong kitar
semula
4. penyelaras
merekodkan bahan –

10
bahan yang dikitar
semula
5. kelas yang paling
banyak mengumpul
bahan kitar akan diberi
hadiah.

2. Program bumi hijau (plant today, save tomorrow)


Program ‘plant today save tomorrow; adalah satu program di bawah program bumi
hijau yang boleh dilaksanakan bertujuan memupuk nilai murni mencintai alam sekitar di
kalangan warga sekolah. Selain itu, program ini juga meningkatkan tahap kesedaran warga
sekolah menyedari kepentingan pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Melalaui
program ini, semua pelajar dan guru akan diberi beg plastik dan sebuah pokok tumbuhan
atau bunga untuk di bawah balik dan ditanam di rumah serta menjaga tanaman tersebut
untuk tempoh masa tertentu. Selepas tamat masa tertentu, pelajar dan guru dikehendaki
membawah hasil tanaman mereka ke sekolah dan menanam di taman sekolah.. pelajar dan
guru tersebut bertanggungjawab atas tanaman mereka sepanjang masa
Justifikasi program
Guru dapat bekerjasama dengan murid menyediakan suasana yang lebih, ceria dan sekali
gus membendung masalah pencemaran persekitaran kawasan sekolah dan memberi
kesedaran kepada kepentingan tanaman hijau kepada alam sekitar.
program Tempoh kos pelaksana Status pelaksana
masa projek
Program Bumi Hijau 2 kali - Program 1. menyediakan
setahun Bersepadu palstik hitam dan
Sekolah benih tumbuhan
Sihat 2. memberi taklimat
ringkas
3. setiap warga
sekolah diedarkan
plastik dan benih.
4. warga seklah

11
diberi tempoh masa
tertentu menananm
dan menjaga
tumbuhan tersebut
di rumah
5. membawah
semula ke sekolah
dan tanam di taman
sekolah

3. Program gotong-royong
Program gotong-royong merupakan satu program yang sering dilaksanakan untuk
mengelakkan atau membendung masalah pencemaran persekitaran. Dalam program
gotong-royong murid dan guru digalakkan membersihkan kawasan sekolah serta
memulihara tanaman – tanaman di kawasan sekolah. Program gotong-royong dapat
memberi peluang kepada murid meningkatkan tahap kesedaran dalam penjagaan alam
sekitar. Selain itu, program gotong-royong juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama
antara warga sekolah dalam penjagaan alam sekitar. Pelajar- pelajar juga diberi peluang
menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan,
membendung pencemaran di kawasan sekolah.
Justifikasi program
Guru dapat bekerjasama dengan murid menyediakan suasana yang lebih, ceria dan sekali
gus membendung masalah pencemaran persekitaran kawasan sekolah serta menyediakan
kawasan sekolah lebih harmoni dan mewujudkan perasaan seronok hadir ke sekolah untuk
menimba ilmu.
program Tempoh masa kos pelaksana Status pelaksana projek
Program Gotong- 4 kali setahun - Program 1. menyediakan
royong Bersepadu peralatan.
Sekolah 2. memberi taklimat
Sihat ringkas
3.membersihkan
kawasan sekolah.

12
4. Pertandingan melukis dan mewarna bertema ‘ Cintai Alam Sekitar;
Pertandingan melukis dan mewarnai mencintai alam sekitar merupakan satu program yang
sering dijalankan di sekolah di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat. Program ini
sering mendapat sambutan yang positif di kalangan warga sekolah.l program ini juga
senang dijalankan tanpa sebarang masalah atau gangguan. Melalui program ini, pelajar
diberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia. Biasanya gambar-
gambar yang terdapat di pertandingan menekankan pemanadangan alam sekitar. Pelajar
juga diberi peluang menikmati keindahan adan kepentingan alam
sekitar sekali gus diberi peluang untuk mencungkil bakat mereka
dalam bidang kesenian.
Justifikasi program
Guru dapat memberi kesedaran kepada murid tentang
kepentingan alam sekitar melalui gambar
program Tempoh masa kos pelaksana Status pelaksana projek
Pertandingan Setiap bulan - Program 1. murid dibahagikan
melukis dan Bersepadu kepada dua tahap.
mewarnai poster Sekolah 2.Tahap 1 diberikan
bertema Sihat pertandingan mewarnai
mencintai alam manakala tahap 2 pula
sekitar melukis dan mewarnai.
3. pemenang akan diberi
hadiah

SOALAN 4

13
Pembebasan bahan kimia berbahaya
atau benda asing lain ke dalam
atmosfera. Contoh-contoh bahan
pencemaran nitrogen dioksida yang
dikeluarkan oleh kenderaan dan ki-
lang industri.

Kebocoran dan pembuangan


bahan kimia ke dalam sumber
air hingga mengubah keadaan
dan warnanya

Bunyi hasilan mesin,


haiwan atau manusia yang
mengganggu aktiviti atau
keseimbangan kehidupan
manusia atau haiwan

Pencemaran merupakan
kemasukan bahan pencemar
seperti bahan kimia, haba,
cahaya dan tenaga ke dalam
alam sekitar yang mengakibat-
kan kesan yang memusnahkan
sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengancam
sumber alam dan ekosistem.

14
1. Membuat kempen
kesedaran. Pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai
2. Penguatkuasaan undang-
undang. 2. Pembungan sampah sarap
merata tempat
3. Membina taman di Bandar.
3. Pembalakan tidak terkawal
4. Menapis asap kilang
sebelum dil pas- kan di udara. 4. Aktiviti penerokaan

5. Pendidikan alam sekitar. 5. Pembangunan yang tidak


ter- ancang
6. Mengurangkan penggunaan
kenderaan. 6. Pelepasan asap dari kilang
dan kenderaan
7. Penjagaan sungai
7. Pelepasan gas karbon
dioksida

PENUTUP

15
Bumi adalah satu-satunya tempat yang boleh menghidupkan organisma secara
bebas. Walaupun pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang besar yang melibatkan
banyak pihak , ia perlu dibendung dengan segera. Boleh juga dikatakan bahawa harga yang
dibayar kepada nafsu manusia menyebabkan khazanah bumi terpaksa dikorbankan.
Manusia tidak mempunyai sebarang hak terhadap alam sekitar. Ia merupakan kurniaan
tuhan. Jadi apakah hak manusia untuk mencemarkan alam persekitaran kurniaan tuhan.
Walaupun dunia berkembang dengan pesat dan maju dalam pelbagai bidang, namun
kepesatan itu tidak boleh memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kerajaan perlu
memberi perhatian yang serius membendung masalah ini. manusia juga perlu peka
terhadap isu-isu alam sekitar. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, sifat
bertanggungjawab boleh membuat pertimbangan. Maka manusia lah yang perlu rasional
menangani masalah ini. sebagai masyarakat prihatin, kita hendaklah berusaha dan
bekerjasama membendung masalah pencemaran persekitaran.

(2935 PATAH PERKATAAN)

16
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENS

1. DASAR PENGUBALAN KURIKULUM SIVIK; 2019

2. UTUSAN MALAYSIA APRIL 2019

3. https://www.utusan.com.my/topics/Subject/pencemaran-alam-2.343

4. http://www.astroawani.com/topic/pencemaran-alam-sekitar

5. http://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/pencemaran-alam-jenis-

pencemaran_20.html

6. http://www.kosmo.com.my/topics/Subject/pencemaran-alam-2.343

7. Evidence growing of air pollution’s link to heart disease, death di Wayback Machine (diarkibkan pada

Jun 3, 2010) // American Heart Association. May 10, 2010

8. "Newly detected air pollutant mimics damaging effects of cigarette smoke"

(PDF). Dicapai 2010-08-29

9. David Pennise and Kirk Smith. "Biomass Pollution Basics" (PDF). WHO^ "Indoor air pollution and
household energy". WHO and UNEP. 2011.

17
18

Вам также может понравиться