Вы находитесь на странице: 1из 6

1

CONTOH LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

INSTITUT KEMAHIRAN MARAJASIN, MELAKASIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN &


REKABENTUK)LAPORAN LATIHAN INDUSTRIDISEDIAKAN OLEH :LUKMAN NUL HAKIM BIN
ABDULLAH871205-08-5231SESI LI : JANUARI 2007

MEI 2007

Laporan Latihan Industri :

Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)

Pada02 Januari 2007

15 Mei 2007Oleh :Lukman Nul Hakim bin Abdullah

Laporan Latihan Industri ini disediakan untuk Kursus Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk),
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka sebagai prasyarat untuk dianugerahkan Sijil Kejuruteraan
Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk).

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T.Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan Laporan Latihan Industri ini. Sepanjang lima bulan menjalani Latihan Industri ini,
pelbagai pengalaman dan kemahiran yang telah saya perolehi. Jika sebelum ini pengetahuan saya
lebih kepada teori, namun selepas menjalani Latihan Industri ini pengetahuan praktikal saya telah
bertambah dan dapat saya jadikan bekalan untuk bidang kerjaya saya selepas ini. Segala maklumat
mengenai tempat latihan industri dan kerja-kerja yang saya lakukan sepanjang 20 minggu ini telah
saya muatkan dalam laporan ini.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
majikan saya, Encik Fakhrul Alias dan penyelia saya puan Nur Iman Hakim yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan teguran selama saya menjalani latihan industri di syarikat ini. Ucapan terima
kasih juga buat staf-staf Kurnia Bakti Sdn Bhd yang telah menerima saya dengan baik dan memberi
layanan yang sewajarnya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar saya di
IKM Jasin, Puan Siti Mariam Majid, Encik Bakri Musa dan kesemua tenaga pengajar kursus yang telah
memberi tunjuk ajar, dorongan dan panduan selama 18 bulan saya berada di IKM Jasin. Terima kasih
juga buat komuniti IKM Jasin terutamanya Pengarah, Timbalan Pengarah, Peg.Perh.Industri dan
semua warga kerja yang telah banyak membantu urusan pembelajaran dan Latihan Industri saya
ini.Akhir sekali ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ibu bapa tersayang yang telah
banyak berkorban, sama ada dari segi masa, keringat dan wang ringgit bagi memastikan saya berjaya
dalam kehidupan terutamanya dalam aspek pendidikan ini.Terima kasih juga buat ahli keluarga,
sahabat dan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Laporan Latihan Industri ini, sama ada
secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga laporan Latihan Industri ini dapat memberi
manfaat kepada saya dan juga warga IKM Jasin secara keseluruhannya.Lukman Nul Hakim bin
Abdullah15 Mei 2007

ISI KANDUNGANBil.PerkaraMuka Surat

1Penghargaani2Isi Kandunganii3Bab 1 : Pengenalan14Bab 2 : Latar Belakang SyarikatNama


Syarikat4Sejarah Syarikat5

..SETERUSNYA SAMPAI BAB 5..

10Lampiran *

*Nota : Lampiran tidak perlu diletakkan no.muka surat

BAB 1PENGENALAN

Pelajar perlu menerangkan tujuan laporan ini disediakan

( contoh : sebagai syarat penganugerahan sijil dan mendapatkan pengalaman & persekitaran
pekerjaan sebelum memasuki alam pekerjaan)

dan apa-apa yang difikirkan sesuai oleh pelajar terutamanya yang memberi kesan positif kepada
pelajar & Kerjaya

(Rujuk Buku Log untuk Objektif LI dilaksanakan).

Pelajar juga perlu menerangkan tugas-tugas yang dilakukan sepanjang 20 minggu LI dijalankan.

(Secara Umum)

4
BAB 2LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1NAMA SYARIKAT

Terangkan nama syarikat tersebut (Gambar Syarikat boleh disertakan di sini)

2.2SEJARAH SYARIKAT

Terangkan sejarah syarikat tersebut (Bagaimana ditubuhkan, bila, oleh siapa, di mana dan apa-apa
yang berkaitan)

2.3OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKAT

Dapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.4PROFIL SYARIKAT

Jenis perniagaan yang dijalankan dan lain-lain yang berkaitan dengan profil sykt.

2.5LOGO SYARIKAT

Sertakan logo dan terangkan maksud di sebalik logo tersebut

2.6CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Dapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.7PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT

Nyatakan.

NOTA :

Pelajar perlu berbincang dengan pihak syarikat mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan di
atas semasa bulan pertama LI

(Ambil masa sehari untuk kumpulkan maklumat,contohnya jumpa Pengurus / Penyelia semasa masuk
kerja dan ambil maklumat tersebut semasa rehat atau selepas tamat waktu kerja).

Maklumkan maklumat tersebut diperlukan bagi penyediaan laporan LI. Minta kerjasama secara
bijaksana dan berkhemah.

BAB 3LAPORAN TUGAS/TANGGUNGJAWAB/PROJEK

3.1TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKAN

Nyatakan.

3.2PROSES TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKAN


Nyatakan (boleh secara esei atau hierarki gambarajah)

3.3KESESUAIAN KURSUS DENGAN TUGAS

Nyatakan sesuai atau tidak (sejauh mana kesesuaian tersebut, kaitkan dengan subjek/amali yang
telah diambil di IKM Jasin)

3.4KEMAHIRAN/TEKNOLOGI BARU YANG DIPEROLEHI

Nyatakan.

3.5MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN (TUGAS/PROJEK)

Nyatakan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas/projek dan apakah langkah
penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

(boleh juga diterangkan dalam bentuk gambarajah)

NOTA

:Contoh Kerja/Projek seperti gambar, graf, lukisan kejuruteraan dan sebagainya boleh diletakkan
dalam muka surat lampiran. Cuma perlu dinyatakan dalam penerangan.

Contoh: Pada 3.1, Tugas yang saya jalankan di syarikat ini adalah



..(rujuk contoh kerja di lampiran 1).

BAB 4CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Nyatakan cadangan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk dilakukan
penambahbaikan, sama ada dari aspek penempatan LI, kerja-kerja yang dilakukan di tempat LI,
perhubungan di antara pelajar dengan pihak syarikat, peralatan-peralatan yang digunakan dan
semua yang berkaitan dengan Latihan Industri.

Cadangan-cadangan tersebut boleh dibuat dalam bentuk poin (1,2,3) atau esei.

Bagi lebih tersusun, asingkan cadangan kepada pihak syarikat, cadangan kepada pihak BPL(K) MARA
& IKM, cadangan kepada pelajar LI dan cadangan-cadangan lain yang berkaitan di dalam perenggan
yang berasingan..

BAB 5PENUTUP
Dalam bab ini, anda kena simpulkan semua perkara yang berkaitan dengan LI, dari aspek
penempatan dan kerja yang dilakukan di syarikat. Kesimpulan juga merangkumi perjalanan LI secara
keseluruhannya dan nyatakan faedah-faedah yang diperolehi semasa menjalani LI ini. Huraikan kesan
pelaksanaan LI ini terhadap mutu kerja pelajar, pengalaman, pendedahan kepada teknologi baru dan
bidang kerjaya di masa akan datang.

LAMPIRAN

Sertakan lampiran yang berkaitan (gambar, rajah, lukisan kejuruteraan, graf dan sebagainya).

PENILAIAN LAPORAN LI

Pengenalan: 5%

Bab1 : 10 %

Bab2 : 10%

Bab3 : 30 %

Bab4 : 15 %

Bab5 : 10 %

BukuLog : 20 %

Jumlah: 100%
n

BagiProgram Diploma, pecahan20% bagimarkahPembentanganLI + 20% (BukuLog) & 60% (LaporanLI)

Nota : MarkahLulus adalah60%

Вам также может понравиться