Вы находитесь на странице: 1из 11

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

1.0 PENGENALAN

Membaca adalah untuk meneroka ilmu pengetahuan yang bertujuan bagi


meluaskan pemikiran dengan maklumat luas. Bacaan boleh didefinisikan sebagai
menterjemah bentuk tulisan ke dalam bentuk bahasa komunikasi yang menimbulkan
makna. Ia juga adalah untuk memahami bahan bertulis secara menterjemah huruf-
huruf yang tersusun dalam bentuk perkataan, frasa, dan ayat. Selain itu, membaca
juga merupakan kebolehan mengenal lambang-lambang tersebut kepada bunyi
bahasa dan memahami makna.

Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang datang lebih


kemudian, iaitu selepas kanak-kanak menguasai kemahiran lisan bahasa
pertamanya. Kanak-kanak yang mula belajar membaca telah pun menguasai sistem-
sistem bahasa pertamanya sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis atau
semantik/paragmatik. Ia sudah memiliki kosa kata yang perlu untuk komunikasi lisan
dalam kehidupan hariannya. Sehubungan itu, kanak-kanak seharusnya turut
mempunyai kesediaan untuk membaca sebelum mereka didedahkan dengan
bacaan.

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima


pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca
melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama
ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat- peringkat
lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan


sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi
dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal
kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya
menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam
bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

1
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya
terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-
belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di
sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang
berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan
semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat
tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur
enam tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat
mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak- kanak
yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat
orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita
untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak
sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan


membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih
dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,
malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa
dan guru.” Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah dengan
keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot- otot
tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap,
merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu
mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran
berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya
berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar, ini dapat kita rumuskan
perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan
seperti yang di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti
mendirikan kemahiran asas membaca) ,berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas
membaca ,berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) , dan berlari ( mahir
membaca peringkat tinggi).

2
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

Aktiviti kesediaan membaca dibahagikan kepada dua, iaitu peringkat


prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk


membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan
membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang
mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid
membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Di dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa kaedah proses membaca yang


boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak mahir dan mudah membaca. Antara
kaedah tersebut adalah seperti berikut :
1. Kaedah Fonetik
2. Kaedah Abjad
3. Kaedah Pandang dan Sebut

Di sini, kaedah yang akan difokuskan ialah kaedah pandang dan sebut.
Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini
dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah
memandang dan menyebut. Perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut
perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang
terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan
yang ditunjukkan.

Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja


atau membaca ejaan satu persatu Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan
menghafal tulisan serta menggabungkan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu
menyebut terus. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan

3
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar


dan murid belajar secara pandang iaitu visual.

Kaedah ini merupakan jenis bacaan mekanis di mana murid-murid boleh


membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga
boleh menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang
bermula dengan konsonan.

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan


kad- kad imbasan atau buku besar. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad
imbasan atau buku besar dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan
ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-
kanak dengan cepat. Di dalam buku besar perkataan tersebut boleh diimbas secara
menyelak satu persatu muka surat dengan cepat. Rasionalnya, kanak-kanak
dikatakan mempunyai ingatan foto iaitu “photographic memory ”. Sebab itulah, ia
hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam
ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba. Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga
pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan ini bolehlah dianggap
sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad.
Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu.
Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya.
Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada
pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut atau Kaedah Seluruh
Ayat ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan
seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang
dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah,
perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan
yang menunjukkan gambar dan perkataan.

Di dalam tugasan bagi mata pelajaran ini kami telah menghasilkan sebuah bahan
bantu mengajar iaitu buku besar yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
membaca dengan menggunakan kaedah pandang dan sebut ini. Daripada buku ini
kanak-kanak dapat memperoleh pengalaman mula membaca yang sangat menarik .
Buku besar ini dapat memberikan motivasi kerana motivasi ialah satu gesaan atau

4
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

punca mengapa seseorang mengambil tindakan serta memberikan sebab yang


kukuh mengapa tindakan tersebut diambil, bukan tindakan yang lain ( Mahzan
Arshad :2003). Kaitan antara motivasi dengan pencapaian dalam proses
pembelajaran telah banyak dijalankan dan memang terdapat kaitan yang signifikan
antara pelajaran yang berpendapatan tinggi dengan motivasi tinggi dan sebaliknya.
Bahan yang mudah difahami dapat memberi motivasi yang tinggi dan membantu
seseorang mencapai tahap pemahaman yang tinggi terhadap sesuatu bahan bacaan
yang dibacanya.

Buku memberikan kaitan yang penting antara belajar bertutur (lisan) dan belajar
membaca. Buku yang baik sangat bermanfaat bagi anak-anak. Buku besar ini
sangat mudah digunakan kerana menggunakan perkataan yang hampir dengan
pengalaman sedia ada murid serta dibantu dengan gambar yang besar dan menarik.
Pengalaman membaca buku seperti ini akan memberi impak terhadap
perkembangan berbahasa kanak-kanak.

Menggunakan Buku Besar adalah salah satu cara yang efektif dalam mengajar
membaca kepada kanak-kanak pada peringkat awal dan memberikan motivasi
kepada mereka untuk membaca. buku besar memiliki ukuran yang besar, dengan
gambar dan warna yang cerah dan menarik, perkataan, frasa, dan ayat yang
sederhana serta mengaplikasikan kaedah latih tubi dengan menggunakan perkataan
sama yang berulang untuk memberikan pengukuhan dan pengayaan sehingga
kanak-kanak mahir membaca.

Buku besar yang baik akan membuat kanak-kanak seronok belajar membaca
bersama guru atau ibu bapa dan seterusnya dapat mendorong kanak-kanak untuk
membaca menggunakan buku besar ini secara sendiri. Guru yang bergantung
semata-mata kepada satu kaedah untuk mengajar semua peringkat akan dapat
mencapai tujuan yang ada pada sisi kaedah itu sahaja dan manakala dinilaikan hasil
pengajaran itu dari beberapa segi maka tentulah keputusannya tidak memuaskan
hati. ( Marzhaki Nyak Abdullah :1994 )

5
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

2.0 MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Untuk memudahkan penggunaan buku besar ini, kami turut menghasilkan


manual cara penggunaannya untuk panduan kepada guru atau ibu bapa untuk
membaca bersama dengan kanak-kanak. Manual ini ditulis mengikut peringkat-
peringkat di dalam kaedah bacaan pandang dan sebut seperti di bawah :

PERINGKAT 1
PANDANG DAN SEBUT

Untuk permulaan sesi pembacaan, Ibu bapa tidak perlu


memperkenalkan nama-nama huruf abjad dan kanak-kanak tidak perlu
menghafalnya. Ibu bapa menunjukkan kepada kanak-kanak gambar dengan
menutup perkataan. Kanak-kanak diminta menyebut gambar-gambar yang dilihat.
Kemudian penutup perkataan dibuka, kanak-kanak mengikut ibubapa menyebut
semula secara latih tubi. Tutup gambar dan baca semula perkataan seperti tadi.
Semasa pembelajaran berlaku kata-kata pujian dan kata-kata perangsang harus ada
supaya semangat kanak-kanak untuk belajar tidak pudar. Itu juga boleh membuatkan
kanak-kanak minat untuk belajar. Cara menyebut juga boleh disebut secara berlagu.
Kreativiti ibu bapa dalam mencipta pengajaran yang lebih menyeronokkan amat
digalakkan
Contoh:
a. gambar ayam ditunjukkan tetapi perkataan ayam ditutup terlebih dahulu.
Kanak-kanak menyebut gambar tersebut. Contoh : “ayam”. Selepas itu, ibu
bapa boleh menunjukkan pula perkataan ayam tadi dan ibu bapa membimbing
kanak-kanak menyebut perkataan tersebut dan kanak-kanak menyebut
semula secara berulang kali.

b. gambar ikan ditunjukkan manakala perkataan ikan ditutup terlebih


dahulu.Kanak-kanak menyebut gambar tersebut. Contoh : “ikan”. Selepas itu,
ibu bapa boleh menunjukkan pula perkataan ikan tadi dan ibu bapa
membimbing kanak-kanak menyebut semula secara berulang kali.

6
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

Aktiviti ini diteruskan dan diulangi sehingga kanak-kanak mahir dengan gambar dan
perkataan yang lain.

PERINGKAT 2
MENCERAKINKAN PERKATAAN

Setelah kanak-kanak menguasai kaedah pandang dan sebut,ibu bapa perlu


menukarkan kaedah pandang dan sebut kepada kaedah yang baru iaitu
mencerakinkan perkataan kepada suku kata. Ibu bapa mencerakinkan perkataan
kepada suku kata :

contoh: a) api a......pi. ulang sebanyak tiga kali.


b) obor o......bor. Ulang sebanyak tiga kali.
c) ulat u.....lat. Ulang sebanyak tiga kali.

Perkataan yang seterusnya juga perlu dibaca berulang kali.Kanak-kanak


disuruh supaya mencerakinkan perkataan seperti contoh tersebut. Jika murid
mengalami sebarang masalah dalam mencerakinkan perkataan ibu bapa perlu
membimbing kanak-kanak dengan sabar. Latihan membaca secara berulang-ulang
setiap perkataan yang dicerakinkan. Sekiranya ada tanda-tanda kanak-kanak jemu
kepada pembelajaran sila berhenti sekejap kemudian sambung semula sesi
pembelajaran secara latih tubi. Latih kanak-kanak memulakan bacaan dari sebelah
kiri menggunakan jari sebagai penunjuk. Pandu mereka membaca suku kata
berdasarkan warna merah atau hitam. Latih mereka menggabungkan huruf atau
suku kata berdasarkan warna yang sama. Sebaik-baiknya ibubapa duduk
bersebelahan dengan kanak-kanak.

PERINGKAT 3
MEMBACA FRASA

Ibubapa membimbing kanak-kanak membaca frasa berpandukan gambar. Ibu


bapa tunjuk kepada kanak-kanak gambar dan mengajar kanak-kanak membaca
frasa. Mengajar kanak-kanak membaca secara mencerakinkan perkataan dengan

7
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

nada berhenti-henti. Contoh bacaan secara mencerakinkan setiap perkataan dalam


frasa kepada suku kata:

Contoh :
a) Rumah batu Ru.....mah ba.....tu
b) Bola baru Bo.....la ba.....ru

Kanak-kanak mesti baca secara latih tubi. Kanak-kanak perlu mengulangi teknik
tersebut sehingga mahir. Teknik membaca sedemikian perlu dilakukan atas setiap
frasa . Kanak-kanak dikehendaki membaca ayat secara terus. Ulang frasa yang
seterusnya secara latih tubi.

PERINGKAT 4
MEMBACA AYAT

Ibubapa membimbing kanak-kanak membaca ayat .

Contoh :
1) Itu ayam jantan.
2) Kasut roda saya baru.
3) Emak saya cantik.

Latih juga kanak-kanak membaca perkataan yang panjang dan banyak suku
kata. Jika pengulangan membaca ayat dibuat selalu maka kemahiran membaca
akan cepat diperolehi. Selang selikan dengan bantuan ibubapa dalam bacaan.
Perlukan kata-kata pujian selalu.

Perkenalkan bahan-bahan bacaan lain seperti buku cerita kanak-kanak , surat


khabar dan petikan-petikan menarik daripada majalah sebagai pengukuhan.
Suasana belajar mestilah ceria, tenang , menyeronokkan dan penuh dengan
pelbagai aktiviti pengukuhan. Sebaik-baiknya jadikan sesi belajar penuh dengan
aktiviti bermain. Pastikan anak-anak tidak berasa dipaksa belajar. Pengajar juga
mestilah bersifat sabar dan tenang. Sikap cepat marah akan menegangkan suasana

8
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

dan membantutkan pembelajaran. Pastikan anda sentiasa sejuk dan nada bacaan
dan teguran anda tetap ceria. Sekiranya kanak-kanak tidak bersedia, carilah masa
lain yang lebih sesuai.

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak
boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan
namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada
dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku
katanya jelas dan pola-pola suku kata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih
daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah
satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak
termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak
membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata
yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk
mengeja ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan
gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.

Kaedah Pandang dan Sebut ini juga haruslah mempunyai kaedah yang
berkesan agar kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Kanak-
kanak zaman sekarang sudah mengenali benda-benda serta ejaan yang senang di
hafalnya dan yang sering didengarnya jadi kita sebagai guru haruslah sentiasa
berfikiran yang abstrak dan terancang untuk meninjau dengan lebih mendalam
kemampuan kanak-kanak tersebut . Melalui penggunaan bahan bantu mengajar
seperti buku besar yang telah dihasilkan ini, ianya adalah merupakan salah satu
strategi yang dirasakan berkesan dan berkemampuan untuk membantu guru atau ibu
bapa mengajar kanak-kanak membaca menggunakan kaedah pandang dan sebut.

9
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penghasilan buku besar ini bagi mengajar kanak-kanak mula


membaca dengan kaedah pandang dan sebut ini telah meninggalkan kesan kepada
semua ahli didalam kumpulan ini. Ini kerana, tanpa komitmen dan kesungguhan
yang diberikan buku besar ini tidak mungkin dapat dihasilkan sebaik seperti ini. Buku
ini, diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk digunakan oleh guru di
sekolah atau ibu bapa di rumah untuk mengajar kanak-kanak membaca. Ianya amat
menarik dan mampu membuat kanak-kanak memberikan tumpuan dan keseronokan
ketika membaca.

10
MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009

BIBLIOGRAFI

1. Makhzan Arshad, “ Pendidikan Literasi Bahasa Melayu- Strategi Perancangan


dan Perlaksanaan ”, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur, 2008.
2. Marzhaki Nyak Abdullah, “ Kaedah Pelajaran Bahasa Melayu ( KBSR ) “,
Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1994.
3. Norul Azila Arifin,” Siri Nasihat Dari Rimba-Terpedaya oleh Raja Singa ( telah
diubahsuai),UG Press Sdn Bhd,2009.
4. “Beginilah caranya sayang”.Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran
Terengganu.
5. Modul Literasi Bahasa,Kementerian Pelajaran Malaysia,2009
6. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkat-
pengajaran membaca.html
7. http://www.mgp-be.depdiknas.go.id/cms/upload/publikasi/Unit%205.1.pdf

11

Вам также может понравиться