Вы находитесь на странице: 1из 14

BAB 5

PENURAS BAHAN BAKAR DIESEL

5.1 Pengenalan

Penuras merupakan satu elemen yang termasuk dalam penyelenggaraan


berjadual sesebuah kenderaan. Berbentuk seperti botol dengan bahan
penapis didalamnya yang bertindak menapis benda asing yang terdapat
pada bahan bakar sesebuah kenderaan. Penuras bahan bakar terletak di
bahagian hadapan di dalam ruang enjin bersama-sama dengan pam
pengatur bahan bakar.

5.1.1 Fungsi

Penuras bertindak menapis kotoran atau benda asing yang tidak


dapat di tapis oleh perangkap kotoran di bahagian tangki bahan
bakar. Ia juga bertindak untuk mengasingkan wap udara sebelum
bahan bakar di hantar ke pam bahan bakar untuk proses
pembakaran enjin.

47
Raj
ah 5.1 Fungsi penuras pada sistem bahan bakar kenderaan.

5.2 Spesifikasi Komponen

Rajah 5.2 Komponen-komponen pada penuras bahan bakar.

Komponen-komponen lain pada penuras bahan bakar pada Rajah 5.2 di


atas seperti:

48
i. Penuras Bahan Bakar.

Rajah 5.3 Penuras Bahan Bakar Jenis Katrij.

Rajah 5.3 adalah Penuras Bahan Bakar Jenis Katrij. Ia tidak boleh
dicuci dan mesti diganti baru setiap kali tempoh perjalanan mencapai
10,000km.

Rajah 5.4 Penuras Bahan Bakar Jenis Konvensional.

Rajah 5.4 adalah Penuras Bahan Bakar Jenis Konvensional atau


Mangkuk Enapan yang mana ia boleh dicuci setiap 5,000 km perjalanan
dan perlu ditukar pada tempoh 25,000 km hingga 30,000 km perjalanan.

ii. Soket penyambung suis ‘sedimentor’.

49
Rajah 5.5 Soket penyambung suis ‘sedimentor’.

Membolehkan isyarat di hantar ke panel kawalan kenderaan tentang


kondisi pada penuras bahan bakar.

iii. Hos bahan bakar diesel.

Rajah 5.6 Hos bahan bakar diesel.

Hos bagi aliran bahan bakar diesel dari tangki simpanan ke pam
pengatur.

iv. Pam Pengatur.

50
Terletak di bahagian atas penuras yang bertindak mengawal tekanan
bahan bakar dari tangki simpanan ke dalam penuras melaui hos minyak
yang bersambung dengan paip pada pam sebelum bahan bakar
disalurkan pamancit pembakaran enjin.

Rajah 5.7 Pam Pengatur.

vi. Suis ‘Sedimentor’.

Peranti yang mengesan kehadiran udara pada penuras dan menghantar


isyarat ke panel kawalan kenderaan.

Rajah 5.8 Suis ‘Sedimentor’.


vii. ‘O-Ring’.

51
Pelapik getah diantara suis ‘sedimentor’ dengan penuras bagi
mengelakkan berlaku kebocoran di antara dua sambungan komponen
tersebut

Rajah 5.9 ‘O-Ring’.

Proses penggantian penuras turut melibatkan bahagian lain bateri


kenderaan. Tujuannya adalah untuk memutuskan arus dalam sistem
elektrikal kenderaan yang mungkin mengakibatkan litar pintas atau percikan
api.

Rajah 5.10 Teminal Negatif Bateri.

5.3 Kaedah Kendalian

Kendalian penuras bahan bakar melibatkan tiga proses utama iaitu:

52
i. Membuka penuras bahan bakar dalam ruang enjin.
ii. Membuat tukaran dan pemasangan komponen bahan bakar.
iii. Pemasangan penuras bahan bakar dalam ruang enjin.

5.3.1 Kelengkapan dan Peralatan

Apabila menjalankan suatu prosedur yang melibatkan bahan mudah


terbakar seperti petroleum, langkah keselamatan merupakan perkara
utama dan mesti dipatuhi. Oleh itu peralatan dan kelengkapan
mestilah cukup supaya kendalian berjalan dengan lancar tanpa
membahayakan keselamatan.

i. Ragum Meja.

Digunakan untuk mengapit penuras dan penyumbat salur ketika


proses penggantian penuras.

Rajah 5.11 Ragum Meja.

ii. Playar.

53
Digunakan untuk buka dan pasang hos minyak pada paip pam
pengatur.

Rajah 5.12 Playar.

iii. Sepana Boleh Laras.

Digunakan untuk membuka penuras, pengikat kepala bateri dan


membuka penyumbat salur pada penuras.

Rajah 5.13 Sepana Boleh Laras.

iv. Berus Pencuci.

54
Digunakan bersama-sama minyak diesel ketika membersihkan
‘sedimentor’ penyumbat salur.

Rajah 5.14 Berus Cat.

5.3.2 Keselamatan

a. Membuka Penuras Bahan Bakar

i. Elakkan tumpahan dan percikan api ketika menjalankan


prosedur kerja kerana petroleum merupakan cecair mudah
terbakar.
ii. Buka terminal negatif bateri bagi menghentikan pengaliran
arus yang boleh menyebabkan litar pintas.
iii. Lepaskan tekanan yang terdapat dalam tangki bahan bakar
sebelum menjalankan prosedur kerja yang berkaitan dengan
sistem pembakaran enjin.
iv. Guna pelapik atau kain ketika membuka hos dengan playar
supaya tidak merosakkan hos.

b. Memasang Penuras Bahan Bakar

55
i. Jangan ketatkan terlalu kuat penyumbat salur agar tidak
rosak.
ii. Ketika pamasangan penuras, kedudukan penuras mestilah
tegak 90 darjah untuk mengelakkan udara terperangkap
dalam penuras yang boleh mengganggu sistem pembakaran.
iii. Jangan pakai ‘O-ring’ lama kerana mungkin menyebabkan
kebocoran ketika kenderaan berfungsi.
iv. Elakkan memutarkan engkol 30 saat sekaligus kerana boleh
menyebabkan kerosakan sistem penghidup kenderaan.

5.4 Prosedur Kerja

5.4.1 Membuka Penuras Keluar Dari Ruang Enjin

i. Buka kabel di terminal negatif bateri.


ii. Buka penutup pada isian tangki bahan bakar.
iii. Buka soket kabel suis ‘sedimentor’.
iv. Guna playar untuk keluarkan hos getah dengan paip pada pam
pengatur. Kemudian sumbat hos dengan penyumbat.
v. Pisahkan penuras daripada pam pengatur. Pusing arah lawan
jam.

5.4.2 Penukaran Penuras

i. Buang baki diesel pada penuras lama ke dalam bekas.


ii. Letak dan ikat penuras pada ragum dan ketatkan.
iii. Guna sepana boleh laras untuk buka penyumbat salur. Pusing
arah lawan jam.
iv. Cuci penyumbat salur dengan deisel menggunakan berus cat.
Kemudian keringkan.

56
Rajah 5.15 ‘O-ring’ pada penyumbat salur.

v. Ganti ‘O-ring’ baru. Sapu diesel pada pada ‘O-ring’ dan ketatkan
menggunakan sepana boleh laras.

Rajah 5.16 Penuras diikat pada ragum meja.

vi. Letak penyumbat salur pada ragum dan pasang penuras semula
penuras yang baru..

57
Rajah 5.17 Arahan ¾ pusingan seperti yang dicadangkan
pengeluar alat ganti komponen.

vii. Ketatkan penuras menggunakan tangan dengan ¾ pusingan arah


jam.
viii. Tuang diesel pada penuras hingga ke penuh.

5.4.3 Pemasangan Penuras Dalam Ruang Enjin

i. Sapu ‘O-ring’ dengan sidikit minyak diesel.

Rajah 5.18 Minyak disapu pada ‘O-ring’ penuras.

58
ii. Pasang penuras pada pam pengatur dengan kedudukan
berserenjang dengan permukaan.

Rajah 5.19 Pemasangan penuras pada pam pengatur dalam ruang


enjin.

iii. Pasangkan semula hos getah pada paip pam pengatur dan
ketatkan dengan pengapit hos menggunakan playar.
iv. Sambung kabel suis ‘sedimentor’.
v. Sambung kabel terminal negatif bateri.
vi. Gerakkan engkol selama 30 saat dengan dengan berhenti setiap
10 saat hingga enjin dihidupkan.
vii. Periksa keadaan penuras untuk memastikan tiada masalah
seperti kebocoran hos ketika pemasangan.

5.5 Kesimpulan

Maklumat yang diperoleh ketika melaksanakan prosedur ini sangat berguna


untuk memahami fungsi dan prosedur dari segi kendalian dan keselamatan
bagi bahan bakar diesel dalam sistem pembakaran enjin. Kelewatan
pengguna membuat pemeriksaan atau tukaran penuras bahan bakar akan
menyebabkan prestasi kenderaan menurun akibat saluran bahan bakar yang
tersumbat sekaligus menjadikan sistem pembakaran enjin tidak sempurna.

59
Latihan teknikal seperti ini sangat sesuai untuk pendedahan pelatih terhadap
potensi dalam bidang kemahiran mekanikal selain daripada pengetahuan am
yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting ialah
amali yang dipraktiskan berkali-kali telah meningkatkan keyakinan pelatih
sehingga mampu menjalankan sendiri amali tanpa bantuan orang lain.

60

Вам также может понравиться