Вы находитесь на странице: 1из 28

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

BAHASA MELAYU

Tarikh : 28 Mei
Masa : 8.00 – 9.00 pagi.
Tahun : 4 Bestari
Bil. Pelajar : 35 orang
Tema : Pembangunan
Tajuk : Putrajaya

Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
i. Membaca secara luncuran untuk memahami maksud teks
yang dibaca.
ii. menyenaraikan 5 isi penting petikan/teks.
iii. menjawab 5 soalan pemahaman yang terdapat dalam petikan.

1
Hasil Pembelajaran Utama (HPU):
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks.

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK):


6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
daripada teks.
Aras 1
i. Membaca dan menyatakan fakta yang terdapat dalam teks.
Aras 2
i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan
daripada pelbagai bahan bacaan.

Sistem Bahasa : Kata nama khas


Kosa Kata : pentadbiran, perdana, lokasi, strategi,
konsep, tradisional, rekreasi, internet.
Peribahasa : -

2
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pentadbiran
Nilai : Kesyukuran dan Menghargai
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
i. Kemahiran Berfikir (KBf) : mengenal pasti, menyenarai-
kan, membanding beza,
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikavsi (KTMK) :
iii. Kemahiran Belajar (KB) : Pemerolehan maklumat,
membaca pantas
iv. Kajian Masa Depan (KMD) : -
v. Kecerdasan Pelbagai (KP) : verbal linguistik,
interpersonal, muzikal

Bahan sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):


1 Borang KWLH
2 Petikan teks Putrajaya
3 Lembaran Pengurusan Grafik (LPG)
4 Radio/Perakam kaset
5 Kaset
6 Kertas sebak
7 Pen marker
3
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Set Induksi Seni kata lagu 1.Guru meminta pela-jar Kemahiran
( 5 minit ) “‘Fikirkan membentuk Berfikir:
0900 - 0905 Boleh” kumpulan antara 4 Mengenal pasti
– 5 orang. Kemahiran
2.Guru memperde- Belajar:
ngarkan rakaman Mendengar
lagu “Fikirkan aktif
Boleh”
3.Pelajar menyanyikan Kecerdasan
lagu “Fikirkan Pelbagai:
Boleh” berdasarkan Muzikal
lirik la-gu yang
disediakan. BSPP:
Seni kata lagu

4
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Langkah I Petikan 1 Guru mengedarkan Kemahiran
( 10 minit ) Rencana pe-tikan teks Berfikir:
Putrajaya Putrajaya. Kreatif
2 Pelajar diminta mem- Kemahiran
baca secara luncuran Belajar:
dan memahami Pemerolehan
maksud petikan yang Maklumat
dibaca dalam masa 4 Penilaian
minit. kendiri
3 Pelajar diminta Membaca
mencatatkan/meng- secara
gariskan maklumat luncuran
penting petikan yang Kecerdasan
dibaca. Pelbagai:
Verbal
Linguistik

BSPP:
Borang KWLH

5
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Langkah II Menyenaraikan 1 Guru mengedarkan Kemahiran
( 15 minit ) maklumat borang KWLH kepada Berfikir:
penting kumpulan pelajar. Kritis
tentang 2 Guru meminta
Putrajaya. kumpulan pelajar Kemahiran
i. menulis maklumat Belajar:
ii. tentang Putrajaya di Memproses
iii. ruangan K dan W maklumat
iv. dalam borang KWLH Pemerolehan
v. dengan bimbingan maklumat
vi. guru. Penilaian
3 Guru meminta pelajar kendiri
mencatatkan Kecerdasan
maklumat yang Pelbagai:
didapati tentang Interpersonal
Putrajaya di ruangan
L.

6
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
4 Guru menerangkan BSPP:
cara mendapatkan Borang grafik
maklumat tambahan. Petikan
5 Guru mengarahkan Putrajaya
pelajar mencatat Kertas sebak
maklumat tersebut di Pen marker
ruangan H Borang KWLH
6 Guru mengarahkan
wakil kumpulan pelajar
membentangkan hasil
perbincangan
kumpulan.

7
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Langkah III Putrajaya 1 Guru meminta Kemahiran
(10 minit) Senarai kumpulan pelajar Berfikir:
soalan-soalan membaca petikan Mengenal pasti
kefahaman: sekali lagi secara Menjana idea
i. luncuran dalam masa
ii. tiga minit. Kemahiran
iii. 2 Guru bersoal jawab Belajar:
iv. secara lisan tentang Membaca
v. Putrajaya. secara
3 Pelajar diminta luncuran
menjawab soalan- Mencari
soalan kefahaman di maklumat
dalam buku latihan di
rumah.

8
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Langkah IV Kata Nama 1 Guru meminta pelajar Kemahiran
(10 minit) Khas: merujuk petikan/ teks Berfikir:
Senaraikan Putrajaya. Kritis
Kata Nama 2 Guru mengedarkan Kreatif
Khas: Lembaran Pengurusan
i. Grafik (LPG). Kemahiran
ii. 3 Guru meminta Belajar:
iii. kumpulan pelajar Memproses
iv. berbincang tentang maklumat
v. kata nama khas yang Menganalisis
terdapat di dalam data
petikan/teks dan
mencatatkannya di Kecerdasan
dalam LPG. Pelbagai:
4 Guru meminta wakil Interpersonal
kumpulan
membentangkan hasil BSPP:
perbincangan mereka. Teks Putrajaya
LPG

9
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
Penutup Rumusan 1 Guru meminta 2 atau 3 Kemahiran
(10 minit) Pelajaran orang pelajar membuat Berfikir:
tentang rumusan tentang isi-isi Mengemukaka
Putrajaya penting petikan n idea.
Putrajaya yang telah Menyenaraikan
dipelajari. Membanding
2 Guru membimbing beza.
pelajar memaha-
mi/membuat rumusan Kemahiran
tentang tajuk yang Belajar:
dibincangkan dengan Penilaian
tepat. kendiri
3 Guru mengedarkan seni Kecerdasan
kata lagu “Keranamu Pelbagai:
Malaysia” Muzikal
Kinestatik

10
Langkah / Aktiviti Pengajaran
Isi Pelajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran

4 Guru meminta murid BSPP:


menyanyi lagu Radio
“Keranamu Malaysia” Kaset
seiring dengan Fotostat seni
rakaman lagu. kata lagu

Refleksi:

........................................................................................................................
........................................................................................................................
........................................................................................................................
........................................................................................................................
........................................................................................................................
........................................................................................................................

zabha.jpm.iptho.2007

11
LANGKAH PERTAMA: MEMBACA PETIKAN KARANGAN

Langkah pertama ialah membaca petikan karangan yang diberi dan memahami kandungannya. Bagaimanakah caranya membaca petikan karangan yang
diberi?
Bagaimana pula cara untuk memahami petikan itu?

a. Mengenal erti perkataan-perkataan

b. Mengenal organisasi dalam karangan atau bagaimana idea-idea disusun oleh penulisnya

d. Keupayaan berfikir secara logik

1. Sebelum memulakan bacaan sesebuah petikan karangan, antara soalan yang mungkin ditanya ialah:

a. Adakah pembacaan itu untuk mengetahui sama ada bahan itu menarik atau tidak, patut dibaca dengan teliti atau tidak atau perlukah ditolak sahaja
bahan bacaan itu kerana tidak perlu ketika itu?

b. Adakah pembacaan ketika itu semata-mata untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu dengan secepat mungkin?

c. Adakah pembacaan untuk kefahaman yang seluruhnya supaya bahan yang dibaca dapat diingat dengan baik?

d. Adakah pembacaan itu dibuat untuk mengesan binaan-binaan karangan untuk kemudiannya dirumuskan?

e. Apakah tujuan pembacaan itu dibuat? Untuk mendapat maklumat, untuk menelaah, untuk membuat rumusan, untuk peperiksaan dan sebagainya?

2. Semasa membacanya pula, antara soalan yang mungkin ditanya ialah:

a. Apakah agaknya yang dihuraikan oleh penulis dalam karangannya?

b. Adakah penulis menghuraikan sesuatu seperti yang telah disangka oleh pembaca?

c. Adakah penulis mengajak pembaca berfikir secara mendalam tentang sesuatu hal atau adakah dia menghuraikan sesuatu tentang apa yang sudah pun
diketahui oleh pembaca?

d. Bagaimanakah penulis mengorganisasikan tulisannya? Bagaimanakah pemerengganannya? Bagaimanakah isi utama dan isi-isi sampingan
12
ditampilkan?
Bagaimana pula kesimpulannya?

e. Adakah penulis membuat kesimpulan yang muktamad, memberi suatu tafsiran


yang sempit atau sebaliknya, adakah dia memberi peluang kepada pembaca
membuat tafsiran sendiri?

3. Selepas membaca teks ,soalan-soalan yang mungkin ditanya ialah:

a. Dapatkah diceritakan semula atau dihuraikan semula kepada diri sendiri atau kepada orang lain tentang apa yang dibaca.

b. Dapatkah diberi satu tajuk bagi satu perenggan, bagi keseluruhan teks ataupun bagi sesuatu berita yang telah dibaca?

c. Dapatkah diingati isi-isi sampingan dan juga detail-detail, jika dirasakan perlu?

d. Jelaskan bagaimana idea-idea dalam teks itu terjalin hingga menjadi satu kesatuan?

e. Dapatkah isi yang telah dibaca itu disusun semula?

f. Dapatkah dirumuskan apa yang telah dibaca?

LANGKAH KEDUA: MENGANALISIS BINAAN KARANGAN

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa sesebuah karangan akan terbina daripada tiga bahagian, iaitu bahagian pendahuluan, bahagian tubuh, dan bahagian
penutup atau kesimpulan.

Biasanya para pelajar tidak menghadapi masalah untuk mengenal pasti isi utama
dan kesimpulan sesebuah karangan yang diberi. Masalah utama para pelajar ialah untuk menentukan isi-isi sampingan karangan itu. Antara bentuk isi-isi
sampingan ialah;

a. Fakta
b. Pendapat
c. Perbandingan
d. Contoh atau kes
e. Pendapat penulis
f. Definisi
13
g. Pengalaman peribadi
h, Huraian mendalam
i. peribahasa

Panduan untuk memilih isi sampingan yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (1993) boleh digunakan oleh para pelajar.

i. Ambil satu contoh atau kes sahaja (yang dianggap paling penting) jika
terdapat lebih daripada satu contoh atau kes dalam karangan.

ii. Ayat-ayat yang memberi penjelasan lanjut terhadap sesuatu pendapat tidak
perlu diambil isinya.

iii Jenis-jenis isi sampingan yang perlu dikekalkan ialah:

a. Fakta-fakta utama
b. Contoh atau kes utama
c. Pendapat
d. Perbandingan

iv. Jika petikan karangan yang diberi tidak mengandungi banyak isi sampingan yang penting, barulah isi-isi sampingan yang kurang penting
dimasukkan. Pemasukan isi-isi sampingan yang kurang penting itu perlulah dibuat berdasarkan keutamaan peranannya dalam karangan.

v. Apabila teks asal mengandungi banyak isi, cara mengeluarkan isi ialah
dengan mengekalkan isi-isi yang amat penting dan diikuti isi-isi penting,
dan diikuti kurang penting jika ada ruang.

LANGKAH KETIGA: MENULIS RUMUSAN KARANGAN

Ayat pertama yang perlu ditulis ialah isi utama karangan

Para pelajar perlu menggunakan perkataan atau ayat-ayat sendiri sewaktu menulis rumusan

Seelok- eloknya isi utama itu hendaklah ditulis dengan bahasa yang mudah supaya mudah difahami oleh pembaca.
14
Selepas menuliskan isi utama, barulah anda beralih kepada isi-isi sampingan.

Daripada pelbagai isi sampingan yang ada, pilihlah isi sampingan yang paling penting, diikuti yang penting, dan seterusnya jika ada ruang, isi yang
kurang penting.

sebaik-baiknya isi-isi sampingan itu ditulis dalam sebuah perenggan.

Terdapat petikan karangan yang tidak mempunyai kesimpulan. Jika demikian para pelajar hendaklah menulis kesimpulan sendiri berdasarkan persoalan-
persoalan yang dikemukakan dalam karangan tersebut.

LANGKAH KEEMPAT: MENYEMAK RUMUSAN KARANGAN

Langkah menyemak semula karangan amat penting, terutamanya untuk mengelakkan markah bahasa rumusan menjadi terlalu rendah.

Kesilapan ejaan perkataan, penggunaan ayat, tanda bacaan, imbuhan, dan segala aspek kebahasaan akan dapat diperbetulkan dengan membuat semakan
ini.

Tanpa semakan, kesilapan itu akan menyebabkan markah bahasa rumusan para pelajar menjadi kurang.

Selain itu, para pelajar juga dapat memastikan panjang rumusan karangan itu menepati jumlah perkataan yang dikehendaki.

Seandainya jumlahnya lebih, maka dalam semakan ini pemotongan rangkai kata atau perkataan yang tidak perlu boleh dilakukan.

Sebaliknya jika jumlahnya terlalu kurang daripada batasan yang diberi, maka masa menyemak ini dapat digunakan untuk menambah isi-isi sampingan
yang tertinggal.

Antara bentuk isi-isi sampingan ialah;


15
a. Fakta
b. Pendapat
c. Perbandingan
d. Contoh atau kes
e. Pendapat penulis
f. Definisi
g. Pengalaman peribadi
h, Huraian mendalam
i. Petikan
j. Perumpamaan, kata-kata hikmat, peribahasa.

Namun jenis-jenis isi sampingan yang boleh dikekalkan sebagai isi sokongan ialah :

a. Fakta-fakta utama
b. Contoh atau kes utama
c. Pendapat
d. Perbandingan

DALAM Kertas 2 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah


( PMR ), terdapat tiga soalan yang perlu dijawab oleh pelajar, iaitu
Soalan 1 (Karangan), Soalan 2 (Merumuskan Karangan), dan
Soalan 3 (Melengkapkan Teks). Dari segi pemarkahan, Kertas 2
Bahasa Melayu ini memperuntukkan sebanyak 60 markah seperti
yang di bawah ini:
 
Soalan 1 : 30 markah
Soalan 2 : 20 markah
Soalan 3 : 10 markah
-----------------------------
Jumlah  :  60 markah
------------------------------

16
 
Berdasarkan peruntukan markah di atas, pelajar hendaklah bijak
membahagikan masa untuk menjawab soalan 1 hingga 3 tersebut
berdasarkan markah yang diperuntukkan. Masa yang dicadangkan
adalah seperti yang di bawah ini:
 
Soalan 1 : 45 minit
Soalan 2 : 30 minit
Soalan 3 : 15 minit
--------------------------
Jumlah  : 90 minit
--------------------------
 
Oleh hal yang demikian, untuk mendapat markah yang baik dalam
ketiga-tiga soalan itu, makalah ini akan membicarakan ketiga-tiga
aspek tersebut. Namun begitu, pada keluaran kali ini, makalah ini
akan membicarakan aspek penulisan karangan. Manakala aspek
yang lain akan diperkatakan dalam keluaran yang akan datang.
17
 
Penulisan Karangan
 
Dalam soalan 1, pelajar dikehendaki menulis SATU (1) daripada
LIMA (5) perkara atau tajuk yang dikemukakan. Karangan yang
ditulis ini mestilah dalam masa 45 minit yang panjangnya kira-kira
180 patah perkataan. Walaupun masa yang dicadangkan itu 45
minit, namun pelajar boleh menyesuaikan masa sendiri berdasarkan
kebolehan dan keupayaan pelajar menulis karangan.
 
Dalam penulisan karangan, pelajar dikehendaki menulis dua bentuk
karangan, iaitu karangan jenis berformat dan karangan tidak
berformat. Karangan jenis berformat ialah karangan yang
mempunyai bentuk yang khusus seperti surat kiriman, ucapan,
syarahan, ceramah, wawancara, laporan, dan berita. Karangan yang
tidak berformat ialah karangan yang tidak mempunyai bentuk yang
khusus. Karangan jenis ini mempunyai bentuk yang berbeza-beza
antara satu sama lain. Ini termasuklah karangan jenis keperihalan,
perbincangan, peribahasa, fakta, cereka, dan lain-lain lagi.
 
Oleh hal yang demikian, pelajar mestilah melengkapkan diri dengan
semua jenis bentuk karangan sama ada karangan berformat atau
karangan tidak berformat. Terdapat sebilangan pelajar yang
membuat persediaan karangan terhadap sesuatu jenis atau bentuk
karangan sahaja. Akibatnya, apabila jenis karangan yang diminati itu
tidak keluar, pelajar yang berkenaan menghadapi masalah untuk
menulis karangan yang tidak digemarinya. Ini menyebabkan markah
yang diperoleh nanti akan terjejas.

18
 
Bagi pelajar yang menguasai semua bentuk dan jenis karangan,
sudah tentu mereka dapat menulis dengan baik. Salah satu sikap
pelajar yang ingin memperoleh markah yang tinggi dalam penulisan
karangan adalah dengan cara menghafal sesebuah karangan yang
dijangka keluar dalam peperiksaan. Ditegaskan di sini bahawa
belajar cara begini akan mengundang risiko yang terlalu tinggi. Oleh
itu, belajarlah dengan cara yang betul dan pelajar dinasihati supaya
mendapat bimbingan daripada guru yang benar-benar pakar dan
berwibawa.
 
Analisis Soalan Karangan

Bentuk Soalan

Surat Rasmi ,Surat Tidak Rasmi ,Laporan, Ceramah / Ucapan / Syarahan ,Fakta
Keperihalan , Pendapat , Wawancara / Dialog
19
 
Selain karangan tidak rasmi, pelajar boleh juga menulis karangan
jenis dialog, cereka, wawancara, laporan atau keperihalan bagi
menjawab soalan 1(a). Manakala, Soalan 1 (d) bagi tahun 1997
boleh juga ditulis dalam bentuk rencana atau catatan selain bentuk
keperihalan.
 
Panduan Menjawab Soalan Karangan
 
Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian untuk
menulis karangan. Langkah-langkah tersebut adalah seperti yang di
bawah ini:
 
Langkah 1 - Memilih Soalan
 
Pelajar perlulah memilih soalan atau perkara yang disukai dan
dikuasai. Jika pelajar ragu-ragu atau ada aspek yang kurang
difahami, tinggalkan soalan yang berkenaan. Dalam setiap soalan
terdapat kata kunci. Setiap kata kunci ini akan menentukan jawapan
atau isi karangan yang perlu ditulis. Kata kunci ini berbentuk kata
atau frasa seperti nyatakan langkah-langkah..., ceritakan
pengalaman anda ..., tuliskan kembali maklumat..., huraikan
maksud pernyataan tersebut ..., dan sebagainya. Untuk
mengelakkan karangan yang ditulis itu terpesong, pelajar hendaklah
menulis berdasarkan kehendak kata kunci tersebut yang terdapat
dalam soalan atau perkara yang dikemukakan.
 
Langkah 2 - Membina Rangka
 
Setelah pelajar memilih perkara yang benar-benar disukai dan
dikuasai, langkah yang seterusnya ialah pelajar hendaklah membina
dan menyusun rangka karangan. Tujuannya adalah supaya pelajar
dapat menulis secara tersusun mengikut urutan isi atau fakta.
Menerusi cara ini, pelajar akan menulis berpandukan isi atau rangka
yang telah disediakan. Ini akan membantu pelajar supaya tidak
20
mengulang isi. Selain itu, pelajar dapat juga merancang kepanjangan
sesebuah karangan supaya tidak melebihi jumlah perkataan yang
telah ditetapkan.
 
Langkah 3 - Membina Perenggan
 
Karangan hendaklah ditulis dalam perenggan. Bilangan perenggan
yang hendak dibina adalah bergantung kepada jumlah isi. Jika
pelajar mempunyai 3 isi yang hendak dibicarakan, ini bermakna
anda perlu menulis dalam lima (5) perenggan, iaitu termasuk
perenggan pengenalan dan kesimpulan. Setiap perenggan hendaklah
mengandungi satu isi utama. Peluasan atau huraian isi utama ini
hendaklah disusuli dengan isi-isi sampingan berserta contoh atau
bukti. Isi dalam setiap perenggan hendaklah berurutan dan berkaitan
antara satu sama lain. Kesinambungan isi ini pula dipertautkan
dengan penggunaan penanda wacana yang sesuai. Kepanjangan
setiap perenggan isi pula hendaklah seimbang. Biasanya, panjang
perengan permulaan dan kesimpulan tidak melebihi perenggan isi.
 
Langkah 4 - Peringkat Menulis
 
Selepas menyediakan rangka karangan, pelajar dikehendaki menulis
karangan sepenuhnya termasuklah pengenalan, isi, dan penutup.
Ketika ini, pelajar perlulah memiliki kemahiran menulis dan
memperkembang isi supaya isi yang ditulis dalam karangan tersebut
tersusun dan sempurna seperti yang dikehendaki oleh soalan.
Langkah 5 - Menyemak Karangan
 
Peringkat yang terakhir ialah peringkat menyemak karangan.
Perkara-perkara yang perlu disemak ialah isi-isi penting, aspek
bahasa seperti ejaan, tanda baca, tatabahasa, dan sebagainya,
termasuk jumlah perkataan. Oleh hal yang demikian, jika terdapat
mana-maa isi yang tertinggal atau terdapat sebarang kesalahan,
pada masa inilah pelajar dikehendaki membetulkannya.

21
 
Panduan Menulis Karangan
Seperti yang telah diketahui oleh pelajar, sesebuah karangan itu
terdiri daripada pendahuluan, isi, dan penutup. Ketiga-tiga
komponen ini amat penting diketahui oleh pelajar dari segi
pembinaan perenggan dan huraian.
 
Perenggan Pengenalan
 
Dalam karangan, pengenalan amat penting untuk menggambarkan isi
karangan yang akan ditulis oleh pelajar. Jika dibandingkan dengan
tubuh manusia, pengenalan sesebuah karangan diibaratkan sebagai
wajah atau muka seseorang. Jika wajah atau muka seseorang itu
tidak kelihatan kemas dan menarik, ini akan menyebabkan
penampilan seseorang itu di khalayak akan terjejas. Begitu juga
22
dengan karangan, jika permulaan karangan itu tidak bagus dan tidak
menarik, ini sudah tentu akan membosankan pembaca terutamanya
pemeriksa untuk membaca karangan pelajar seterusnya. Oleh hal
yang demikian, pelajar mestilah mengetahui apakah yang perlu ada
dalam perenggan pengenalan.
 
Secara umumnya, dalam perenggan pendahuluan atau pengenalan
sesebuah karangan, pelajar hendaklah menulis dua jenis ayat, iaitu:
 
a. Ayat rangsangan
b. Ayat arahan
 
Ayat rangsangan ialah ayat yang merangsang pembaca untuk
membaca karangan tersebut seterusnya dan meninggalkan sesuatu
kesan kepada pembaca seperti "membimbangkan ..." ,
"menakutkan ...", atau "mendatangkan masalah ...". Ayat-ayat
pengenalan yang tidak merangsangkan pembaca akan
menyebabkan karangan itu bersifat biasa dan tidak dapat menarik
perhatian pembaca.
 
Ayat arahan pula bermaksud ayat-ayat yang menjawab kata kunci
karangan. Ayat-ayat ini akan menarik perhatian pembaca tentang isi
yang akan dibicarakan. Kebiasaannya, ayat-ayat seperti ini terdapat
pada bahagian atau ayat terakhir dalam sesuatu pendahuluan atau
pengenalan karangan. Lihat contoh ayat rangsangan dan ayat arahan
dalam contoh pengenalan sebuah karangan di bawah ini:
 
Soalan: Di negara kita, kemalangan jalan raya boleh dikatakan
berlaku pada setiap hari. Hal ini menyebabkan ada pendapat
yang menyatakan bahawa jalan raya di negara ini adalah
pembunuh nombor satu (1). Banyak keluarga yang kehilangan
insan yang tersayang akibat kemalangan tersebut.
 
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi kemalangan di jalan raya.
Jawapan Pendahuluan:
 
23
(1)          Hampir setiap hari media di negara kita, sama ada media
elektronik atau media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan
di jalan raya. (2) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak
pengguna jalan raya yang kehilangan nyawa atau mengalami
kecacatan anggota akibat kemalangan. (3) Menurut satu laporan di
akhbar baru-baru ini, negara kita merupakan negara yang tertinggi
di dunia yang mencatatkan kematian akibat kemalangan di jalan
raya. (4) Oleh hal yang demikian, pihak-pihak yang berkenaan
hendaklah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah ini.
 
Dalam jawapan contoh untuk pendahuluan karangan di atas, ayat
(1), (2), dan (3) adalah merupakan ayat rangsangan. Manakala,
ayat (4) adalah ayat arahan.
 
Perenggan Isi
Selepas pendahuluan, pelajar perlu menulis perenggan isi pula.
Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi
yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga, dan seterusnya.

Dari segi isi, pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu
perenggan sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar boleh
mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau
huraian.
 
Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya
mengandungi tiga ayat dalam setiap perenggan seperti yang di
bawah ini:
(a)Ayat Judul
(b) Ayat Huraian
(c) Ayat Bukti/Contoh
 
Ayat judul ialah ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang
menjawab pokok persoalan karangan. Ayat judul ini boleh
diletakkan pada bahagian awal, di tengah atau di hujung sesuatu

24
perenggan. Ini bergantung kepada huraian yang dilakukan oleh
pelajar.
 
Ayat huraian pula adalah huraian lanjut terhadap isi utama yang
dikemukakan yang bertujuan untuk memberikan penjelasan
terhadap perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
 
Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandungi
bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang
bertujuan untuk memperkuat hujah. Bukti dan contoh yang
dikemukakan mestilah bukti-bukti yang sahih dan bukan bukti-bukti
atau contoh-contoh yang sengaja diada-adakan.
 
Jawapan Contoh untuk Perenggan Isi
(1)         Pihak kerajaan hendaklah mengenakan denda yang lebih berat
kepada pengguna-pengguna jalan raya yang cuai dan tidak
bertimbang rasa. (2) Denda yang dikenakan ini sekurang-kurangnya
menakutkan atau memberikan kesedaran kepada
pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan
bersopan di jalan raya. (3) Sebagai contoh, cadangan untuk
menaikkan denda maksimum daripada RM300 kepada RM600
bagi sebarang kesalahan di jalan raya serta cadangan untuk
mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan memandu ketika
mabuk dan mengadakan perlumbaan di jalan raya hendaklah
disokong oleh semua pihak.
 
Dalam contoh jawapan di atas, ayat (1) adalah ayat judul, ayat (2)
adalah ayat huraian, manakala ayat (3) adalah ayat contoh (ayat
contoh ini adalah sahih berdasarkan laporan berita dalam akhbar
Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei 1998.
 
Perenggan Penutup
Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau
menyimpulkan isi-isi penting yang telah dibicarakan. Pada peringkat
ini juga, pelajar dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk
yang dikemukakan. Kesimpulan yang ditulis itu hendaklah bersifat

25
lebih umum dan padat. Dari segi kepanjangan, perenggan yang
dibina mestilah seimbang dengan perenggan isi dan pendahuluan.
 
Karangan Contoh
Bersukan merupakan satu kegiatan yang berfaedah. Lantaran itu,
pihak kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan
sukan di negara kita. Pada pendapat anda, apakah faedah bersukan
kepada rakyat dan negara.
 
Jawapan Contoh:
(1)        Bersukan merupakan satu kegiatan yang baik yang perlu disertai
oleh semua golongan rakyat. (2) Kini, bidang sukan semakin penting
kepada negara. (3)Oleh itu, tidak hairanlah jika kerajaan sanggup
memperuntukkan belanja yang besar bagi memajukan bidang sukan
di negara kita. (4) Kegiatan sukan banyak mendatangkan faedah
bukan sahaja kepada rakyat, malah kepada negara.
 
(1)         Bersukan boleh menyihatkan badan seseorang. (2) Bahan-bahan
kumuh seperti peluh boleh dirembeskan, seterusnya menjadikan
badan sihat dan cergas. (3) Badan yang sihat akan melahirkan otak
yang cerdas. (4) Rakyat yang sihat dan cerdas akan menjadikan
negara ini lebih produktif dan seterusnya akan membawa kepada
pembangunan dan kemajuan kepada negara. (5) Hal ini
berdasarkan kata-kata hikmat `Rakyat Sihat Negara Maju’.
 
Selain itu, (1) bersukan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum. (2) Hal ini
disebabkan dalam sesuatu permainan terutamanya dalam acara atau
permainan berpasukan, semangat kerjasama, tolong-menolong,
bersatu hati, dan sebagainya penting untuk sesuatu kejayaan. (3)
Dalam keadaan ini secara tidak langsung semangat perpaduan
dalam permainan tersebut akan diteruskan dalam kehidupan
seharian. (4) Semangat kesukanan yang timbul pula akan
mengelakkan perselisihan dan menggalakkan persefahaman.
 
Seterusnya, (1) aktiviti bersukan dapat membantu menghindarkan
rakyat daripada masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah,
26
melepak di kompleks beli belah dan sebagainya. (2) Hal ini
demikian kerana masa yang digunakan untuk aktiviti yang kurang
sihat tersebut dapat dimanfaatkan dengan kegiatan sukan. (3)
Sebagai contoh, aktiviti sukan yang dijalankan melalui Rakan Muda
seperti Rakan Sukan atau Rakan Rekreasi dapat membendung
remaja daripada kegiatan-kegiatan yang negatif. (4) Justeru, masa
lapang boleh digunakan dengan berfaedah.
 
(1) Sukan di peringkat antarabangsa pula boleh mengharumkan nama
negara. (2) Hal ini disebabkan kejayaan dalam bidang sukan
diiktiraf oleh kebanyakan negara di dunia. (3) Kejayaan pemain
skuasy dan boling negara kita di peringkat antarabangsa telah
menjadikan negara kita di kenali di seluruh dunia. (4) Selain itu,
Sukan Komanwel 1998 yang telah berlangsung di negara kita telah
meningkatkan imej negara kita di kalangan negara-negara luar. (5)
Perkara ini sekali gus akan menjadikan negara kita sebagai destinasi
pelancong yang utama kerana sukan kedua terbesar di dunia ini
mampu menarik kehadiran pelancong asing.
 
Kesimpulannya, (1) aktiviti bersukan banyak mendatangkan faedah
bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara juga. (2) Oleh hal
yang demikian, rakyat digalakkan menyertai kegiatan sukan baik
untuk kesihatan ataupun untuk kejayaan negara. (3) Pihak kerajaan
pula hendaklah menyediakan kemudahan-kemudahan sukan di
seluruh negara supaya setiap anggota masyarakat dapat melibatkan
diri dalam kegiatan tersebut. (4) Slogan yang berbunyi `Sukan
Untuk Semua’ dan `Majulah Sukan Untuk Negara’ hendaklah
dipupuk di kalangan rakyat.
 
Kesimpulannya, perlu ditegaskan bahawa pelajar perlu menguasai
aspek penulisan karangan. Bagi karangan di peringkat PMR ini,
pelajar perlu menulis sekurang-kurangnya tiga isi dalam lima
perenggan. Isi yang cukup jika diadun dengan penulisan yang baik,
sudah tentu akan membantu pelajar mendapat markah yang baik.
Oleh hal yang demikian, penguasaan bahasa yang baik, pengolahan
ayat yang menarik, penggunaan penanda wacana yang betul,
penghuraian dan hujah yang berkesan, serta kesalahan bahasa yang
27
minimum, sudah tentu akan membantu pelajar menghasilkan markah
yang baik. Tegasnya, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan
teknik yang berkesan untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang.

28

Вам также может понравиться