Вы находитесь на странице: 1из 11

ABSTRAK ARTIKEL PENYELIDIKAN DALAM JURNAL

JURNAL 1

PENGGUNAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN FIZIK: SATU KAJIAN TINDAKAN

(The Use Of The Constructivists' Approach in the Teaching and Learning of Physics: An Action

Research)

Penyelidik

Ng Kee Chuan

ABSTRAK

Kajian ini menunjukkan bagaimana pengajaran Fizik boleh dikendalikan dengan menggunakan

pendekatan konstruktivisme. Satu kerangka praktikal dengan sumber dan kaedah yang sesuai

digunakan dalam amalan pengajaran-pembelajaran ala konstruktivisme diusulkan berdasarkan

pengalaman pengkaji mengajar kelas Fiziknya. Kajian ini juga menunjukkan bahawa guru

pelatih yang pernah belajar sains pandai berselindung di belakang istilah-istilah sians dan

penerangan umum/standard yang telah dihafal tanpa kefahaman daripada buku teks/rujukan

apabila diminta menerangkan fenomena Fizik dalam konteks situasi harian. Pengkaji juga

menerangkan bagaimana dia sedar bahawa nilai utama konstruktivisme dalam pembelajaran

Fizik kelasnya ialah kesedaran dan penerimaan konsep baru oleh guru pelatihnya dan bukan

mereka menemui konsep itu dengan sendiri. Beberapa contoh perancangan pelajaran Fizik juga

1
dimuatkan dalam bahagian pembangunan laporan ini untuk membantu guru-guru sains mencuba

pendekatan konstruktivisme.

ABSTRACT

This research shows how the teaching of Physics could be carried out using the Constructivists'

Approach. A practical framework with suggested resources and methods used by the researcher

during his teaching-learning practice of the constructivists approach in his Physics class is

introduced. This research also reveals that teacher trainees who have previously learnt science

is able to hide behind science terminology and general/standard explanations that could be

memorized without much understanding when they are requested to explain physical phenomena

in the context of everyday situations. The researcher also describes how he came to realize that

the main value of constructivism in the respect of learning of his physics class was the

realization and readiness of his trainee teachers to accept new concepts and not in the self-

discovery of those concepts. A few examples of teaching plans for Physics are also included in

the development section of this report to help fellow science educators try the constructivists

approach.

2
JURNAL 2

Hubungan Di Antara Kepuasan Kerja Dengan

Skim Pampasan Pekerja Di Kalangan Eksekutif Di Malaysia

Azmi Abd.Manaf &

Nik Hairi Omar

ABSTRAK

Setiap Individu yang bekerja mengharapkan pampasan dan faedah daripada perkhidmatan yang

mereka berikan. Artikel ini membicarakan hubungan di antara skim pampasan dan kepuasan

kerja di kalangan eksekutif. Ia bertujuan untuk mengenalpasti komponen di dalam skim

pampasan yang mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan kerja. Penemuan kajian

menunjukkan skim pampasan berbentuk kewangan dan bukan kewangan mempunyai hubungan

yang kuat dengan kepuasan kerja di kalangan eksekutif. Di antara skim pampasan berbentuk

kewangan yang menyumbang kepada kepuasan kerja ialah elaun rumah, subsidi untuk

melanjutkan pelajaran, gaji, kemudahan pinjaman dan bonus tahunan, manakala skim pampasan

bukan kewangan yang menyumbang kepada kepuasan kerja pula adalah seperti kemudahan cuti

sakit dan cuti bersalin. Artikel ini mengenalpasti komponen skim pampasan seperti gaji, bonus

tahunan, rancangan persaraan, subsidi perubatan dan pelbagai kemudahan pinjaman sebagai

komponen pampasan yang penting dalam menyumbang kepada kepuasan kerja di kalangan

eksekutif. Oleh yang demikian, pihak majikan harus mengambilkira komponen skim pampasan

tersebut dalam merumus skim pampasan untuk eksekutif mereka.

3
JURNAL 3

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU:

Kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

PENYELIDIK:

Jeya Velu

Jusoh Mohamad

Ng Kee Chuan

Gerturude Jock

Cheah Chu Tai

ABSTRAK

Sebagai usaha meningkatkan pembangunan profesionalisme guru-guru yang berterusan,

Maktab Perguruan gaya telah mengendalikan satu kursus Kajian Tindakan untuk 16 orang

guru di sebuah sekolah menengah di Sabah pada bulan April hingga Ogos 2000. Peserta-

peserta kursus ini terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu. Kursus yang mengambil masa selama 15 jam telah

dilaksanakan dalam dua sesi tersebut. Kajian ini bertujuan meninjau kesan pendekatan

bimbingan berterusan, jangka masa kursus dan usaha kolaborasi di kalangan guru dalam

usaha memahami dan menguasai kemahiran menjalankan kajian tindakan bagi tujuan

pembangunan profesionalisme. Kajian ini juga telah meninjau ciri-ciri jurulatih yang

membantu pembelajaran peserta-peserta kursus dan pengalaman para penyelidik sebagai

jurulatih. Analisis soal selidik pra dan pasca kursus, jurnal penyelidikan dan temubual
4
dengan pengetua sekolah dan peserta-peserta kursus menunjukkan bahawa bimbingan

berterusan, usaha kolaborasi di kalangan peserta dan kemahiran jurulatih dalam perlaksanaan

kursus ini telah membantu peserta-peserta mempelajari kemahiran menjalankan kajian

tindakan. Ciri-ciri jurulatih yang mesra dan keterbukaan untuk mendengar serta membantu

peserta-peserta kursus merapatkan jurang perbezan antara jurulatih dan peserta-peserta

kursus.

JURNAL 4

Pentadbir Wanita di Universiti: Latar Belakang, Sikap dan Peranan.

Robiah Sidin. 1990.

Jurnal Pendidikan 15: 29-41.

ABSTRAK

Rencana ini membentangkan beberapa dapatan yang diperolehi daripada satu kajian yang dibuat

ke atas pentadbir wanita di beberapa buah universiti tempatan. Tujuan kajian untuk meninjau

golongan wanita selaku satu kelompok profesional. Kedua-dua jenis pentadbir, kerjaya dan

akademik, adalah dikaji. Aspek-aspek yang diberi tumpuan termasuklah latar belakang akademik

dan persediaan terhadap tugas pentadbiran, pengalaman, sikap mereka, suasana kerja yang dilalui

dan keperluan (needs) tersendiri yang dirasakan. Secara keseluruhan didapati bahawa pentadbir

wanita merupakan golongan minoriti dalam struktur kepimpinan profesional di universiti.


5
Mereka bersikap positif, ingin maju dan ingin meningkatkan penglibatan dan prestasi kerja.

Walaupun suasana kerja di peringkat organisasi adalah mengalakkan, mereka menghadapi

banyak kekangan yang mungkin lebih berkaitan dengan faktor sikap daripada institusi. Tajaan

untuk wanita meluaskan lagi pengalaman pentadbiran harus diberi dengan banyak dan wanita

sendiri patut mengambil lebih inisiatif untuk memasuki bidang ini.

ABSTRACT

This article presents the findings of a survey research on women administrators in some local

universities. The aim of the research was to study the women administrators as a profesional

group and both career and academic administrators were included in the survey. Focus of study

was on their academic background, preparation towards administration, their experience and

attitude towards work, the work environment and women specific needs. In general, women are

still a minority in the university profesional leadership structure. They show positive attitude

towards work, are motivated and are anxious to better themselves. Although the work

environment at the organizational level is encouraging, they still face a number of constraints

some of which may be more attitudinal rather than institutional. There should be more

sponsorship for women to be involved in administration and women themselves should show a

lot of initiative to participate in this line of work.

6
JURNAL 5

Aplikasi Konsep Dan Kaedah Lukisan Kejuruteraan Dalam Matematik Oleh Guru–Guru

Matematik Di Sekolah Menengah Teknik Seluruh Negeri Kelantan

Widad Othman & Hatta Ismail

ABSTRAK

Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan aplikasi Lukisan Kejuruteraan

dalam mata pelajaran matematik oleh guru–guru matematik di semua Sekolah Menengah Teknik

di negeri Kelantan. Semua guru matematik telah digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Set

soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu berbentuk kuantitatif dan kualitatif digunakan

bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyeluruh. Data dianalisis secara manual dan

dikemukakan dalam bentak peratus. Hasil kajian menunjukkan guru tidak mempunyai

pengetahuan tentang integrasi dua mata pelajaran tersebut, tahap aplikasi guru yang mempunyai

pengalaman mengajar Lukisan Kejuruteraan adalah baik dan biodata guru seperti pengalaman

mengajar dan kelulusan akademik tidak mempengaruhi pengetahuan dan aplikasi guru. Beberapa

cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, antaranya

guru–guru perlu diberi pendedahan tentang konsep dan kaedah mengajar Lukisan Kejuruteraan.

Di samping itu penyelarasan skema jawapan soalan matematik yang mempunyai kaitan secara

langsung dengan Lukisan Kejuruteraan perlu dilakukan.

7
ABSTRACT

The purpose of this research is to identify mathematics teachers level of knowledge in

Engineering Drawing, and the application of Engineering Drawing concepts and methodologies

in solving related mathematics problems in secondary technical schools in Kelantan. All

mathematics teachers were selected as samples. To obtain a more comprehensive result, both

quantitative and qualihtive data were collected using questionaires. The collected data were

analyzed manually and presented in percentages. The results showed that the Mathematics

teachers involved in this study have no knowledge integrating both subjects; mathematics and

Engineering Drawing. However, the application level of teachers who have experience in

teaching Engineering Drawing are better and the results showed that academic backkground

and years of teaching have no effect on the respondents knowledge and application level. To

improve the current situation, it is suggested that Mathematics teachers be exposed to the

concepts and methodologies of Engineering Drawing. In addition an answer scheme for

Mathematics questions which have applications in Engineering Drawing subject need to be

coordinated.

8
ABSTRAK TESIS

TESIS 1

FACULTY CHEMICAL AND NATURAL RESOURCES ENGINEERING

Doctor of Philosophy (Doktor Falsafah)

Universiti Teknologi Malaysia, 2000

LIM SUN FONG

Study On The Size Segregated Atmospheric Partilles In A Mixed Commercial Residential-

Industrial Airsheld

ABSTRAK

Tesis in melaporkan hasil penyelidikan terhadap zarahan terampai udara berlainan saiz yang

dikumpulkan dari Januari hingga Disember 1997 di Institut Kemahiran MARA (IKM), Tampoi

dan Pusat Kajian Kualiti Udara, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Stesen Tampoi

terletak di kawasan perdagangan-perumahan-perindustrian dan stesen Skudai terletak di kawasan

pinggiran bandar. Sejumlah 102 set sampel udara telah dikumpulkan di Tampoi dan 101 set

sampel dari Skudai. Diameter aerodinamik zarahan terampai (d a) udara yang dikumpulkan dari

tahap pertama ke tahap keenam alat 'Cascade Impactor' adalah : > 9.4 m m, 4.5 - 9.4 m m, 1.7 -

4.5 m m, 1.3 - 1.7 m m, 1.1 - 1.3 m m dan < 1.1 m m. Semua sampel telah dianalisis mengikut

jisim zarahan, komposisi unsur terpilih dan komposisi ion terpilih. Komposisi unsur terpilih telah

dianalisis dengan menggunakan alat Spektrofotometri Serapan Atom (AAS) dan komposisi ion

terpilih pula dianalisis dengan menggunakan alat Kromatografi Ion (IC). Kajian terhadap

9
perbezaan jisim zarahan, komposisi unsur dan komposisi ion pada masa dan di tempat yang

berlainan juga dijalankan. Kaitan antara zarahan halus (FP, da £ 1.7 m m), zarahan kasar (CP, da

> 1.7 m m) dan jumlah zarahan terampai (TP = FP + CP) juga dibincangkan. Peningkatan

kepekatan jisim zarahan, komposisi unsur terpilih dan komposisi ion terpilih adalah ketara

semasa jerebu berlaku. Kepekatan klorida (Cl) didapati berkurangan sebanyak 45 % dan 65 %

semasa ia sampai ke Tampoi dan Skudai. Pengaruh arah angin terhadap kepekatan jisim zarahan,

komposisi unsur terpilih dan komposisi ion terpilih juga dilaporkan.

ABSTRACT

The investigation of size segregated atmospheric particulate samples, collected from January to

December 1997 at the Institut Kemahiran MARA (IKM), Tampoi and Air Quality Monitoring

Station in the Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai is reported in this thesis. The

Tampoi station is located in a mixed commercial-residential-industrial airshed and Skudai

station situated in sub-urban area. A total of 102 set samples were collected at Tampoi station

and 101 set samples at Skudai station. The aerodynamic diameter (d a) of the particulate

collected on the first stage to sixth stage of the cascade impactor sampler are : > 9.4 m m, 4.5 -

9.4 m m, 1.7 - 4.5 m m, 1.3 - 1.7 m m, 1.1 - 1.3 m m and < 1.1 m m respectively. All the samples

were analysed for mass, selected elemental and selected ionic concentration. The selected

elemental concentration of the size segregated atmospheric particulate was analysed using

Atomic Absorption Spectrophotometer (AAS) while the ionic portion of the samples were

analysed by Ion Chromatography (IC). The temporal and spatial variation of the particulate

mass, selected elemental and selected ionic concentration of various sizes were investigated. The

relationship between fine particulate (FP, da £ 1.7 m m), coarse particulate (CP, d a > 1.7 m m)

10
and total particulate (TP = FP + CP) were also discussed. The atmospheric particulate mass,

selected elemental and selected ionic concentration showed obvious increase during the haze

period. The Cl concentration depleted 45 % and 65 % at Tampoi and Skudai as it travelled to

the sampling stations. Influence of wind direction on the particulate mass, selected elemental

and selected ionic concentration were also reported.

11

Вам также может понравиться