Вы находитесь на странице: 1из 50

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN DUA
2002

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Kementerian Pendidikan Malaysia

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TINGKATAN DUA
2002

Pusat Perkembangan Kurikulum


ISBN

Diusahakan
oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2000


©Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa
juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

i
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii
KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Buku ini juga menyediakan penerangan
bagi membantu guru melaksanakan Kemahiran Hidup Bersepadu dalam bengkel serta bilik darjah. Guru diharap dapat merancang strategi
yang lebih sesuai dengan kebolehan, minat, dan persekitaran murid supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

iv
KANDUNGAN

PILIHAN
Kata Pengantar .. .. .. .. .. iv
PILIHAN 1
Bidang Kemahiran Teknikal .. .. .. .. 34
Pendahuluan .. .. .. .. .. 1
PILIHAN 2
Perubahan Dalam Edisi Penyemakan .. .. 1 Bidang Ekonomi Rumah Tangga .. .. .. 41
Objektif Tingkatan Dua .. .. .. .. 3 PILIHAN 3
Bidang Pertanian .. .. .. .. .. .. 52
Organisasi Kandungan Tingkatan Dua .. 4
PILIHAN 4
Pendekatan Dan Penekanan ... .. .. 6 Bidang Perdagangan dan Keusahawanan .. .. 66
Format Huraian .. .. .. .. .. 10 LAMPIRAN

1. Perubahan Dalam Mata Pelajaran


Huraian Tingkatan Dua Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) KBSM .. .. 77
TERAS
2. Pemetaan Dan Kesinambungan Kandungan .. 85
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi .. .. 12

v
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

PENDAHULUAN

warganegara yang berpengetahuan serta


Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan berakhlak mulia demi menghadapi cabaran
Bersepadu satu mata pelajaran amali yang kehidupan masa kini dan masa akan datang.
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan
kepada semua murid di Tingkatan I hingga PERUBAHAN DALAM EDISI PENYEMAKAN
Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang
sedemikian rupa untuk mencapai matlamat Matlamat Tidak Dalam Huraian Sukatan Pelajaran (Semakan) ini,
ke arah mempertingkatkan produktiviti Berubah matlamat kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu
negara melalui penglibatan masyarakat tidak berubah daripada matlamat terdahulu dan
secara kreatif, inovatif dan produktif. kebanyakan objektif mata pelajaran dikekalkan.

Mata pelajaran ini digubal ke arah Matlamat Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup
membekalkan tenaga kerja yang Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang
berpengetahuan dan mahir dalam berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
teknologi dan ekonomi serta sanggup serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam
bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk
belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kehidupan harian.
kerja yang sedemikian rupa dapat
memenuhi inspirasi, aspirasi dan
keperluan negara yang sedang
membangun dalam zaman yang sedang
menyaksikan kemajuan teknologi
komunikasi maklumat. Kemahiran Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah
Teknologi, memperkembangkan kebolehan murid dalam
Perancangan dan pembangunan mata Kecenderungan kemahiran teknologi, kecenderungan mereka
pelajaran ini adalah selaras dengan Mereka Cipta dan cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran
semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Semangat asas yang sedemikian dapat digunakan
Kebangsaan yang berhasrat melahirkan Keusahawanan sepenuhnya untuk membolehkan murid

1
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

berdikari dan yakin diri serta mampu Dua tajuk dalam Bahagian Teras Huraian
menjalani kehidupan secara produktif Sukatan Pelajaran Edisi Tahun 1992 ia itu
dalam dunia teknologi dan ekonomi yang ‘Perdagangan dan Keusahawanan’ dan
kompleks dan sentiasa berubah. “Kekeluargaan” digugurkan. Elemen reka bentuk
dan teknologi diberi lebih fokus dan asas
elektromekanikal dimasukkan dalam mata
pelajaran pilihan Kemahiran Teknikal.
Murid juga digalakkan mengambil inisiatif
dan merebut peluang yang ada secara
bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap Pertukaran nama tajuk juga berlaku. Tajuk
yang positif dan budaya kerja yang baik “Kemahiran Manipulatif” dalam Bahagian Teras
diterapkan semasa murid menjalankan Edisi 1992 ditukar kepada nama baru iaitu “Reka
aktiviti amali demi meneruskan konsep Bentuk dan Teknologi” dan Pilihan “Kemahiran
kesepaduan dalam mata pelajaran. Manipulatif Tambahan” ditukar kepada
“Kemahiran Teknikal”.

Perubahan Perubahan dari segi kandungan Walaupun tajuk Perdagangan dan


Kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Keusahawanan digugurkan daripada bahagian
Kemahiran Hidup Bersepadu telah disusun teras sukatan pelajaran 1992 tetapi dalam edisi
semula, digugurkan atau ditambah, semakan ini satu bidang baru iaitu Perniagaan
dengan hasrat untuk mengukuhkan dan Keusahawanan merupakan satu-satunya
kesinambungan dan mengelakkan bidang yang merentasi tiga pilihan iaitu Pilihan 1,
pertindihan serta mengemaskinikan 2 dan 3. Di samping itu, satu pilihan baru
kandungannya. diwujudkan sebagai Pilihan 4 iaitu Perdagangan
dan Keusahawanan.. Ia merupakan tambahan
kepada senarai pilihan yang sedia ada.

2
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

Keseluruhan perubahan kandungan 4. Mengenal pasti prinsip mudah asas


diringkaskan dalam Lampiran 1. elektromekanikal dalam dunia teknologi
yang maju.

OBJEKTIF TINGKATAN II
5. Menghasilkan artikel mudah dengan
menggunakan mesin jahit.
Objektif Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan II adalah untuk
membolehkan murid: 6. Mengenal pasti hidangan dan mengurus
sajian.

1. Mengamalkan kreativiti, inovasi


dan berdaya usaha dalam mereka 7. Membuat kompos dan menanam sayuran
bentuk dan menghasilkan produk jenis buah.
daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan
komposit
8. Memilih bahan, alatan dan perkakas
serta menggunakannya dengan teknik
2. Mengamalkan sikap peka yang betul.
terhadap masalah sekeliling dan
mendapatkan idea daripada
pelbagai sumber untuk mereka 9. Mengenal pasti kepentingan perniagaan,
bentuk dan menghasilkan produk. perkembangannya pada masa depan
yang bercirikan k-ekonomi dan
perniagaan dalam negeri dan
3. Menjalankan kerja-buat-sendiri, antarabangsa.
menyenggara dan membaik pulih
mudah kerja elektrik dan paip
dalam kehidupan harian. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran,
kaitannya dengan permintaan dan proses
pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

3
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

10. Mengumpul, memproses dan Untuk tujuan ini, murid menggunakan teknik dan
mendokumentasikan maklumat proses pembuatan yang melibatkan bahan
secara sistematik dan binaan seperti kayu, papan lapis atau bahan
menggunakannya dengan bijak komposit.
dalam membuat keputusan rekaan
dan penghasilan projek.
Murid juga berpeluang mereka bentuk dan
menghasilkan artikel jahitan dengan
11. Mengamalkan peraturan dan menggunakan mesin jahit, di samping berpeluang
budaya kerja yang baik dan juga untuk menghias kawasan persekitarannya
selamat. dengan tumbuhan hiasan yang dihasilkan. Selain
daripada itu, murid juga melakukan kerja
penyenggaraan dan baik pulih elektrik dan paip
ORGANISASI KANDUNGAN yang ditumpukan kepada pendawaian plag tiga
TINGKATAN II pin, lampu pendafluor, tangki simbah, pili dan
perangkap.

Dua Bahagian Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua


bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Berikut Bahagian Pilihan Murid memilih salah satu daripada empat bidang
adalah penerangan mengenai organisasi pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. Pilihan
kandungan khusus untuk Tingkatan II. murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III.

Bahagian Teras Bahagian Teras mengandungi satu bidang Pilihan 1: Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit
pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Kemahiran pembelajaran yang membolehkan murid
Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua Teknikal mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam
murid. elektrik dan asas elektromekanikal.

Reka Bentuk dan Bidang Reka Bentuk dan Teknologi


Teknologi menyediakan murid Tingkatan II dengan
pengetahuan dan kemahiran teknologi
untuk menghasilkan produk yang berlainan
dengan menggunakan proses reka bentuk.

4
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

Dalam pembelajaran elektrik, murid Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis
mengkaji litar siri dan litar selari untuk fabrik dan memperoleh kemahiran memilih
mengetahui kaitan antara voltan, arus dan pakaian. Murid menjahit dan menghias skirt
rintangan. Murid akan menggunakan berkasing untuk kerja jahitan.
meter pelbagai untuk menguji keterusan
litar dan mengukur nilai perintang tetap.
Pilihan 3: Pertanian Bidang Pertanian memberi peluang kepada murid
Di samping pengiraan kuasa elektrik, mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam
murid juga diberikan rumusan untuk pembinaan kompos dan penanaman sayur-
mengira rintangan dalam litar siri dan litar sayuran. Murid berpeluang memilih jenis sayur-
selari. sayuran yang hendak ditanam, mengenal pasti
kesesuaian tanah dan baja serta merancang
Pendedahan kepada konsep pergerakan projek penanaman sayur-sayuran.
elektromekanikal bertujuan untuk
membolehkan murid mengetahui dan Melalui penanaman sayur-sayuran, murid akan
memahami bagaimana komponen memerhati kesan daripada penggunaan kompos
elektronik boleh mengawal dan mem- dan amalan giliran tanaman terhadap tumbesaran
pertingkatkan pergerakan mekanikal. dan penghasilan sayur-sayuran.

Pilihan 2: Ekonomi Bidang Ekonomi Rumah Tangga Pilihan 4: Bidang Perdagangan dan Ke-usahawanan
Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan Perdagangan dan menyediakan murid dengan pengetahuan serta
dan kemahiran tentang makanan dan Keusahawanan amalan perniagaan yang merangkumi langkah-
pengendalian makanan, masakan, pakaian langkah penubuhan dan pengendalian
dan jahitan. Murid membuat kerja amali perniagaan serta pengenalan kepada bidang-
dalam penyediaan sarapan dan minum bidang pengeluaran yang telah
pagi atau minum petang serta berpeluang
mereka cipta resepi hidangan tersebut.

5
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

sedia wujud. Murid juga diperkenalkan dan kesepaduan pelbagai disiplin dan tajuk harus
kepada pelbagai jenis dokumen penting dititikberatkan. Sehubungan ini, dalam Kemahiran
bagi penubuhan dan pengendalian Hidup Bersepadu, pembelajaran perniagaan dan
perniagaan. keusahawanan perlu digabungjalinkan dengan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi serta
Antara tujuan bidang ini adalah untuk lain-lain bidang pilihan.
memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin
diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid
didedahkan secara tidak langsung tentang Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
kaedah mencari dan menggunakan (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam
peluang perniagaan dengan bijaksana. pengajaran dan pembelajaran yang mana daya
imaginasi dan kreativiti murid perlu dijanakan dan
Pendedahan murid kepada konsep dalam diperkembangkan.
proses pengeluaran membantu mereka
membuat pengiraan kos sesuatu projek Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan
secara sistematik dalam unit pembelajaran “Reka Bentuk dan
PENDEKATAN DAN PENEKANAN Teknologi” termasuk:

Pembelajaran Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu - Merekabentuk dan membina projek baru
Melalui tumpuan diberi terhadap pembelajaran dengan menggunakan pendekatan
Pengalaman melalui pengalaman. Mata pelajaran ini penyelesaian masalah
harus dikendalikan secara tidak langsung
semasa mengendalikan aktiviti amali. - Menjana idea untuk mereka bentuk dan
membina projek
Dalam mengendalikan kelas amali,
penggabungjalinan antara teori dan amali, - Membuat keputusan pemilihan idea dan
aktiviti dalam dan luar bilik darjah reka bentuk, pembinaan projek, alatan
tangan dan bahan yang sesuai

6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

berupaya menghasilkan produk yang dapat


- Menghasilkan lukisan projek dimanfaatkan serta memberi sumbangan ke arah
menentukan hala tuju masa depan.
- Merancang dan melaksanakan
kerja projek mengikut prosedur Dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji
pengurusan bengkel yang sesuai keadaan yang sedia ada, mencari alternatif,
membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan
- Menilai kualiti projek yang telah produk yang berkenaan. Di samping itu murid
siap supaya bersesuaian dengan juga boleh menjangka dan meramalkan kesan
hasil yang dihasratkan atau impak produk baru mereka dalam senario
masa depan.
- Mempersembahkan reka bentuk
atau projek bagi tujuan Nilai Murni Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja
mendapatkan maklum balas yang relevan harus merentasi aktiviti yang
daripada orang lain untuk dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap
memperbaiki atau menambahbaik- positif seperti berusaha mencapai
kannya. kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia
menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati
Kaedah Kajian Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, murid menggunakan sumber dapat dipupuk supaya
Masa Depan juga perlu mengembangkan daya berfikir menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan
secara kritis dan kreatif ke arah urusan hidup murid.
membentuk masa depan yang lebih
sempurna. Begitu juga dengan kesedaran tentang kos
sesuatu projek, harus diberi penekanan dalam
Unsur penting Kajian Masa Depan harus semua projek yang dihasilkan.
diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup untuk
merangsang daya intelek agar mereka

7
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

Kemahiran interpersonal seperti Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh
menghargai pendapat dan usaha orang diperkembangkan seperti melayari laman web,
lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan
menerima kritikan membina, memberi data serta berkomunikasi secara elektronik.
dorongan kepada orang lain yang
menemui kegagalan, menjalin Keselamatan dan Walaupun hanya satu unit diperuntukkan bagi
persahabatan, belajar secara koperatif dan Pengurusan “Organisasi Bengkel dan Keselamatan”,
bekerja secara kumpulan dan memupuk peraturan dan langkah keselamatan hendaklah
semangat kerjasama dengan rakan sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kali
sebaya perlu juga diterapkan semasa menjalankan kerja amali.
pengajaran dan pembelajaran.
Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang
mudah boleh dilakukan secara bergilir-gilir di
Kerelevanan Aktiviti amali harus dihubungkaitkan kalangan murid bagi memberi mereka
dengan amalan dalam kehidupan dan pengalaman tambahan serta menanamkan
pekerjaan agar sesuatu pengajaran dan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna, berdisiplin.
menyeronokkan dan berguna kepada
murid. Teknik ini boleh menarik minat KESINAMBUNGAN DAN PEMETAAN
murid terhadap sesuatu aktiviti atau tajuk. KANDUNGAN
Teknologi Murid perlu digalakkan menggunakan Kesinambungan Kesinambungan kandungan kurikulum Kemahiran
Maklumat dan teknologi maklumat dan komunikasi atau Kandungan dari Hidup dari peringkat pendidikan rendah ke
Komunikasi information and communication technology Peringkat peringkat menengah rendah ditunjukkan dalam
(ICT) dalam pembelajaran mereka Pendidikan Lampiran 2. Dengan merujuk jadual
terutamanya dalam pengumpulan, Rendah ke kesinambungan ini, guru yang mengajar
pemilihan dan pemprosesan maklumat. Menengah Rendah Kemahiran Hidup pada tahun tertentu,

8
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

sama ada di sekolah rendah atau Di Tingkatan I dan II, proses


menengah, akan mendapat gambaran mereka bentuk dipelajari secara
menyeluruh mengenai susunan sistematik.
kandungan mata pelajaran ini.
- Murid dikehendaki mengkaji
secara lebih mendalam jenis
Contoh maklumat yang boleh didapati bahan dan pengikat agar mereka
daripada jadual kesinambungan adalah boleh menggunakan pengetahuan
seperti berikut: ini dalam proses perancangan,
pembinaan dan pengubahsuaian
projek. Semua pengalaman dan
Contoh Contoh 1 kemahiran ini diaplikasikan dalam
Tingkatan III di mana murid perlu
Kandungan Kreativiti dan Reka Cipta menghasilkan projek reka cipta.
berkait rapat dengan kandungan Reka
Bentuk dan Penghasilan Projek (rujuk
Lampiran 2).
Contoh 2
- Di sekolah rendah, murid Tahun
Empat dan Lima diberi latihan
tentang kreativiti dan penyelesaian Di sekolah rendah, elektrik dan elektronik
masalah. Mereka dibimbing dalam dipelajari sebagai satu unit pembelajaran. Di
merekabentuk projek mengguna- sekolah menengah, untuk mempelajari
kan kayu, logam dan bahan kitar kandungan ini secara mendalam, elektrik dan
semula serta mengamalkan teknik elektronik diasingkan kepada dua unit
penggunaan alatan tangan yang pembelajaran.
sesuai.

Murid mengaplikasikan kemahiran Pemetaan Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran


dan pengalaman ini untuk mereka Kandungan Kemahiran Hidup Bersepadu daripada Tingkatan
cipta projek di Tahun Enam. Tingkatan I-III I hingga Tingkatan III

9
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

ditunjukkan dalam Jadual Pemetaan Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga


Kandungan Sukatan Pelajaran seperti di aras. Pemeringkatan kemahiran dan
Lampiran 3. pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan
untuk membantu guru menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan
Peruntukan masa yang dinyatakan mengambil kira kadar pembelajaran dan
merupakan cadangan untuk membantu keupayaan murid.
guru dalam penyediaan perancangan
pengajaran. Masa untuk pengajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu ialah empat Aras Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai
waktu seminggu dan setiap waktu meliputi oleh semua murid sebelum mereka meneruskan
40 minit. pembelajaran ke Aras 2.

FORMAT HURAIAN Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu


dipelajari oleh semua murid selepas mereka
menguasai kandungan Aras 1.
Tiga Lajur Huraian Sukatan Pelajaran ini diperincikan
dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk
Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Aras 3 merupakan aras pengkayaan untuk murid
Cadangan Aktiviti Pembelajaran. yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1
dan 2.

Bidang, Unit dan Dalam lajur pertama, bidang Dengan ini pembangunan dan perkembangan
Hasil Pembelajaran pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk pembelajaran meningkat dari Aras 1 hingga ke
yang berkenaan dinyatakan. Dalam lajur Aras 3.
kedua dinyatakan hasil pembelajaran,
keluasan dan kedalaman skop setiap unit.
Hasil pembelajaran dihuraikan dalam
bentuk objektif perlakuan yang boleh
diukur.

10
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

Cadangan Aktiviti Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti


Pembelajaran Pembelajaran bertujuan membantu guru
merancang dan merekabentuk
pengalaman pembelajaran yang sesuai
dan bermakna kepada murid.

Guru boleh menyesuaikan cadangan ini


dan merekabentuk aktiviti tambahan yang
secocok dengan kebolehan murid dan
keadaan persekitaran mereka terutamanya
persekitaran sekolah.

11
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Reka Bentuk dan
Teknologi

1.3. Reka Bentuk dan


Penghasilan Projek

( Cadangan peruntukan masa


ialah 7 minggu )

b. Faktor reka bentuk x Mengenal pasti faktor utama Faktor utama reka bentuk
reka bentuk
- Fungsi
- Rupa bentuk
- Kesesuaian bahan
- Kaedah pembinaan
- Ketahanan
- Kos
- Kemasan
- Keselamatan
- Nilai komersial

12
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Jenis bahan dan pengikat Aras 1 Guru mengimbas kembali pengetahuan


x Mengenal pasti saiz, sifat dan murid tentang bahan dan pengikat yang
penggunaan bahan serta telah dipelajari sebelumnya
kesesuaiannya
Bahan logam yang perlu dipelajari ialah
alumunium dan keluli lembut manakala
bahan plastik ialah perspek dan PVC.

Mengetahui kekuatan dan kelemahan


alumunium, keluli lembut, perspek dan
PVC

13
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Contoh saiz bahan di pasaran

Bahan Saiz dipasaran Catatan

½ “ diameter Diperolehi
PVC ¾ “ diameter dalam bentuk
1” diameter paip
Boleh
diperolehi
4’ x 8’
Perspek dalam pelbagai
2’ x 4’
warna dan
ketebalan

3’ x 6’ Dengan
Aluminium
4’ x 8’ pelbagai saiz
tolok ( tebal )
Dalam
20 ‘ x ½ ‘
Keluli pelbagai
hingga
lembut bentuk dan
20’ x 3’
ketebalan

14
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Mengenal pasti jenis-jenis pengikat Pengikat yang diperkenalkan ialah ribet, glu
panas dan skru benam sendiri (self tapping
screw)

x Menyatakan cara penggunaan Gunakan rivetter dan hot glue gun


pengikat

d. Alatan tangan dan mesin Aras 1 Nama dan fungsi alatan tangan yang perlu
x Mengenal pasti nama dan fungsi dipelajari ialah pisau pemotong perspek,
alatan tangan gandin getah, penebuk pusat, rivetter,
hot glue gun dan stapler gun

Tunjukcara penggunaan alatan tangan

Aspek keselamatan diri dan rakan perlu


diutamakan

Aras 1
x Mengenal pasti nama dan fungsi Nama dan fungsi mesin mudah alih yang
mesin mudah alih perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig,
cordless screw driver dan sander

x Mengguna dan menyenggara mesin Tunjukcara penggunaan dan


penyenggaraan mesin

15
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Sentiasa mengamalkan dan


mengutamakan langkah keselamatan
e. Proses semasa menggunakan mesin.

i. Lukisan projek Aras 1


x Membuat lakaran reka bentuk Melakar beberapa lakaran untuk
memperkembangkan idea.

x Menilai dan memilih lakaran Memilih reka bentuk yang paling sesuai
yang paling sesuai dibina.

Memberi ukuran pada reka bentuk yang


dipilih

ii. Pembinaan

Aras 1
x Mengukur, menanda dan
memotong Tunjuk cara mengukur, menanda,
memotong dan membina

x Mengenal pasti cara membentuk Proses mencantum adalah seperti


dan mencantum membuat tanggam, mengglu, memaku,
memasang skru, meribet dan merekat
dengan stapler gun.

16
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Membina dan mencantum Bahan pemasangan seperti engsel, braket


bahagian projek dan penyangkut boleh digunakan.

Guru membimbing murid tentang proses


iii. Kemasan Aras 1 cantuman yang paling sesuai dengan
x Mengenal pasti alat dan bahan projek
kemasan yang sesuai

Gred dan cara penggunaan kertas las

Cara penggunaan tepung penyumbat

x Membuat kemasan Contoh alat kemasan ialah berus cat, berus


syelek dan pengikis

Jenis dan cara aplikasi kemasan

Contoh bahan kemasan ialah seperti cat


licau, cat sembur, syelek, varnis, tona kayu
(timber tone ), semburan lekar jernih (clear
lacquer spray) dan pelekat (sticker).

Guru membuat tunjuk cara aplikasi


kemasan

17
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

f. Reka bentuk projek Aras 1


x Mengenal pasti masalah atau Guru memberikan tema sebagai panduan
i. Pernyataan masalah keperluan yang hendak diselesaikan untuk membantu murid.
atau keperluan
Contoh tema :

x Menentukan aspek masalah yang - Peragaan


hendak diselesaikan - Penyusunan

x Mengumpul maklumat dan data Cara mengumpulkan maklumat dan data


adalah melalui pemerhatian, lawatan,
sumbangsaran, pembacaan, melayari
internet, penyelidikan dan bimbingan guru

Gunakan maklumat reka bentuk seperti


fungsi, penampilan, keselamatan dan kos
produk sedia ada untuk membantu murid
mendapatkan pelbagai idea.

x Menyenaraikan pelbagai alternatif Murid menyelesaikan masalah


penyelesaian masalah dalam menggunakan peta minda, lakaran bebas
bentuk lakaran bebas sumbangsaran dan perbincangan
kumpulan.

18
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Rumusan daripada aktyiviti ini


diterjemahkan dalam bentuk lakaran bebas
dua dimensi (2D) atau tiga dimensi ( 3 D )

Aras 1
ii. Perancangan, x Menentukan dan merancang Guru mengimbas kembali pengetahuan
pembinaan dan pembinaan projek murid tentang bahan dan pengikat yang
pengubahsuaian telah di pelajari
projek
x Menyediakan jadual kerja Murid menyediakan jadual kerja yang
lengkap
x Menyenaraikan bahan, alatan
tangan dan mesin yang Perbincangan mengenai kekuatan dan
diperlukan kelemahan bahan yang akan digunakan
serta memilih bahan yang paling sesuai
x Membina projek berdasarkan
lukisan kerja yang dipilih.

x Menguji dan menilai sendiri Murid menilai sendiri kefungsian projek dan
projek menilai mengikut aspek rupa bentuk,
fungsi, keselamatan, kos, penggunaan
sumber dan nilai komersial dengan
bimbingan guru

19
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Mengubahsuai projek untuk Mengubahsuai projek untuk menambah


mendapat hasil yang lebih nilai
berkualiti (value added) jika perlu

iii. Pendokumentasian Aras 1


x Mengumpul, merekodkan Tunjukkan cara mengurus fail dengan
maklumat projek kemas dan teratur.

Sistem maklumat disusun bermula dari


penyataan maslah hingga membuat
pengubahsuaian projek.

Rekod ini ditulis atau ditaip dan perlu


dibukukan.

x Mengira kos pengeluaran Guru membimbing murid mengira kos


pengeluaran (kos pengeluaran = kos
bahan+kos upah+ kos overhed)
x Membuat persembahan projek

20
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Elektronik

( Cadangan peruntukan masa


ialah 5 minggu )

a. Nama, simbol dan


fungsi komponen Aras I
elektronik x Mengenal pasti nama, fungsi Guru menerangkan tentang nama, simbol
dan simbol komponen elektronik dan fungsi komponen yang dipelajari iaitu
ƒdiod memancar cahaya (LED),
ƒ perintang,
ƒsuis,
ƒkapasitor,
ƒtransistor,
ƒbuzer

x Mengenal pasti jenis perintang, Jenis perintang ialah


suis, kapasitor dan transistor. - Perintang tetap
- Perintang boleh laras (VR)

Contoh suis ialah seperti


- Suis togel
- Suis tekan buka
- Suis tekan tutup

21
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Jenis transistor ialah


- NPN
- PNP

Jenis kapasitor ialah


- kapasitor berkutub seperti kapasitor
elektrolitik dan kapasistor tantalum
- kapasitor tidak berkutub seperti
kapasistor seramik dan kapasistor mika

x Menyatakan unit asas komponen Unit asas bagi komponen ialah


Perintang – ohm (: )
Kapasitor – farad ( F )
x Membaca nilai perintang tetap. Penerangan tentang kod warna perintang

x Membanding beza antara Komponen aktif diperbuat daripada semi -


komponen aktif dengan konduktor ( bahan separa pengalir ) seperti
komponen pasif silikon atau germanium. Komponen ini
boleh membentuk, mengawal dan
memproses isyarat elektrik

Contoh komponen aktif ialah transistor.


Komponen pasif ialah peranti sokongan
yang dapat membantu operasi komponen
aktif. Contoh komponen pasif ialah
perintang dan kapasitor.

22
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Penerangan tentang keselamatan


penggunaan komponen elektronik dan cara
a. Membaca dan menterjemah Aras 1 penyimpanannya.
lukisan skematik x Membaca dan menterjemah
lukisan skematik kepada lukisan Lukisan skematik dan lukisan bergambar
bergambar disediakan oleh guru bagi tujuan aktiviti
latihan
x Menterjemah lukisan skematik
atau lukisan bergambar untuk Guru menyediakan lukisan skematik dan
membuat projek lukisan bergambar

b. Penghasilan projek Aras 1


i. Alatan tangan x Mengenal pasti nama dan fungsi Alatan tangan yang dipelajari ialah :
alatan tangan
ƒ pelayar muncung tirus,
ƒ pemotong sisi,
ƒ penjalur wayar,
ƒ alat pemateri elektrik,
ƒ penyedut pateri ( desoldering tool )
ƒ set pemutar skru ( precision
screwdriver )

23
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyenggara alatan tangan Aspek keselamatan yang perlu ditekankan:


ƒ cara penggunaan,
ƒ penyenggaraan
ƒ cara penyimpanan alatan tangan.

Sentiasa menggunakan pemegang alat


pemateri ketika kerja pematerian dijalankan
iii. Memateri Aras 1
x Mengenal pasti kelengkapan dan Guru perlu menunjukkan cara
bahan pematerian menggunakan Pemegang alat pemateri dan
pemegang bod litar.

Kelengkapan pematerian yang digunakan


ialah pateri, fluks, kertas las dan span

x Mengenal pasti komposisi bahan Komposisi bahan pateri yang sesuai ialah
pateri 60 : 40 di mana 60 % timah dan 40 %
plumbum

x Memateri dengan tepat, kemas, Tunjuk cara proses pematerian


kukuh dan selamat
Alat pateri yang dicadangkan berkuasa
15W – 30 W

24
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

iii. Membuat projek Aras 1


x Membentuk kaki komponen Projek yang dihasilkan hendaklah
mempunyai salah satu daripada tema
x Memasang komponen seperti pada berikut iaitu ;
lukisan skematik atau lukisan - bunyi
bergambar - cahaya

x Menyemak semula kedudukan


komponen berpandukan litar Guru boleh memilih projek lain yang sesuai
skematik atau lukisan bergambar dengan komponen yang dipelajari tetapi
murid hanya perlu membuat satu projek
sahaja
x Memateri kaki atau tamatan
komponen Bit alat pemateri hendaklah sentiasa bersih
dan cukup panas
x Memotong kaki komponen yang
berlebihan dengan kemas Sekiranya projek tidak berfungsi, kerja
pembaikan perlu dilakukan.

x Menguji projek yang telah siap dan Pelajar digalakkan membuat


membuat kerja pembaikan jika perlu pengubahsuaian pada projek tetapi
mestilah mengambilkira aspek
keselamatan, peruntukan masa dan kos
yang terlibat.

25
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.7 Lukisan Teknik x Membersih dan menyimpan semua Cara penyimpanan alat pemateri yang betul
alatan dan bahan hendaklah diamalkan.
( Cadangan peruntukan
masa ialah 3 minggu )

a. Alatan lukisan teknik Aras 1


Mengenal pasti nama dan penggunaan Alatan lukisan teknik yang digunakan :
alatan lukisan teknik ƒpensel,
ƒpembaris
ƒpemadam
ƒpapan lukisan
ƒsesiku T
ƒsesiku set
ƒ jangka lukis
ƒ jangka tolok

Bahan lukisan yang boleh digunakan


bersama dengan alatan lukisan :
ƒKertas grid
ƒKertas lukisan

Gred pensel yang selalu digunakan ialah


pensel 2H, H, HB dan 2B

26
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Jenis garisan Aras 1 Tunjuk cara melukis pelbagai jenis garisan


dengan menggunakan alatan lukisan.
x Melukis pelbagai garisan dengan
menggunakan alatan lukisan Contoh jenis garisan yang terdapat dalam
yang sesuai lukisan teknik ialah :

- garisan menegak
- garisan mendatar
- garisan bersudut 30º, 45º dan 60º
- garisan binaan
- garisan objek
- garisan tersembunyi
ƒ garisan penengah

x Melukis bulatan, segi empat dan Melukis bulatan, segi tiga dan segi empat
segi tiga dengan menggunakan alatan dan bahan
yang berkaitan.

27
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Unjuran ortografik Aras 1 Tunjuk cara melukis unjuran ortografik

x Melukis unjuran ortografik Guru boleh menggunakan beberapa contoh


bongkah bagi membantu murid memahami
topik ini.

x Mendimensi lukisan unjuran Guru menerangkan tujuan utama


ortografik mendimensi lukisan unjuran ortografik.

Tunjuk cara mendimensi.

1.9 Masakan
(Cadangan peruntukan Aras 1
masa 3 minggu) x Menyenaraikan faktor penting Sumbangsaran faktor penting yang perlu
dalam merancang menu diambil kira dalam merancang menu.
a. Perancangan
Menu

b. Penyediaan dan Aras 1


penyajian hidangan x Menerangkan maksud hidangan Hidangan sepinggan lengkap ialah
sepinggan lengkap hidangan seimbang yang mempunyai
kandungan nutrien yang lengkap.

28
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Ia boleh disediakan sebagai hidangan


utama dan juga hidangan sampingan

x Mengenal pasti hidangan Guru menunjukkan alatan dan kelengkapan


sepinggan lengkap dapur.

x Mengenal pasti alatan dan Kelengkapan dapur seperti alas meja, kain
kelengkapan dapur dapur, gubahan bunga dan kad menu
digunakan semasa memasak dan menyaji
hidangan.

Tunjuk cara penyediaan hidangan


sepinggan lengkap cara timur seperti
Bihun Goreng, Nasi Goreng dan Kuetiau
x Menyedia, memasak, menghias, Goreng.
menyaji dan membuat pengiraan
kos hidangan sepinggan lengkap
cara timur
Murid menyedia, memasak, menghias,
menyaji dan membuat pengiraan kos
hidangan sepinggan lengkap seperti Bihun
Goreng, Nasi Goreng dan Kuetiau Goreng.

29
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Tunjuk cara penyediaan minuman


berkhasiat

x Menyedia, memasak, menghias, Murid menyedia, memasak, menghias dan


menyaji dan membuat membuat pengiraan kos minuman
pengiraan kos minuman berkhasiat.
berkhasiat
Minuman berkhasiat adalah minuman
bersusu atau bercoklat.

Tunjuk cara penyediaan hidangan


sepinggan lengkap cara barat.

x Menyedia, memasak, Murid menyedia, memasak, menghias,


menghias,menyaji dan membuat menyaji dan membuat pengiraan kos
pengiraan kos hidangan hidangan sepinggan lengkap cara barat
sepinggan lengkap cara barat seperti Burger, Pizza dan Hot Dog.

Tunjuk cara penyediaan minuman


menyegarkan.

x Menyedia, memasak, menghias, Murid menyedia, memasak, menghias,


menyaji dan membuat pengiraan menghidang dan membuat pengiraan kos
kos minuman menyegarkan minuman menyegarkan seperti jus buah-
buahan dan sayur-sayuran.

30
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 2 Membersih dan menyimpan alatan dan


x Menyedia, memasak, kelengkapan dapur.
menghias,menyaji dan
membuat pengiraan Tunjuk cara penyediaan hidangan
kos hidangan sepinggan sepinggan lengkap mengikut budaya
lengkap mengikut budaya setempat.
setempat
Murid menyedia, memasak, menghias,
menyaji dan membuat pengiraan kos
hidangan sepinggan lengkap mengikut
budaya setempat seperti Nasi Kerabu,
Lontong, Bubur Nasi dan Roti Canai
dengan Kuah Dal.

Murid menilai hasil kerja sesama sendiri


dengan bimbingan guru.

c. Etika makan Aras 1 Sanitasi sebelum, semasa dan selepas


x Menerangkan pengertian menyedia dan memasak makanan perlu
etika makan diberi penekanan.

x Mengenal pasti adab dan Etika makan adalah adab dan sopan
sopan semasa makan semasa makan.

x Mengamalkan etika makan Guru dan murid mengamalkan etika makan


yang sopan di meja makan.

31
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.11 Tanaman Hiasan

(Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu)

d. Pemasuan semula

i. Memasu semula Aras 1


x Mengenal pasti tujuan memasu Sumbangsaran tujuan memasu semula
semula tanaman hiasan.

Ciri-ciri tanaman hiasan dalam bekas yang


x Mengenal pasti ciri-ciri tanaman perlu pemasuan semula ialah :
hiasan yang perlu pemasuan
semula - medium padat
- pasu retak
- air bertakung dipermukaan medium
- akar kelihatan keluar dari pasu

x Memilih pasu atau bekas yang Membincang ciri utama dalam pemilihan
sesuai untuk pemasuan semula bekas pemasuan semula.

32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyedia medium memasu Tunjuk cara menyedia medium memasu


iaitu campuran tanah, bahan organik dan
pasir dengan nisbah 7 : 3 : 2 atau 3 : 2 : 1.

x Memasu semula tanaman Tunjuk cara memasu semula tanaman


hiasan. hiasan.

Aras 1
ii. Penjagaan x Menjaga tanaman hiasan selepas Murid menjaga tanaman hiasan selepas
pemasuan semula. pemasuan semula dilakukan.

33
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.1 Lukisan Teknik

(cadangan peruntukan masa


ialah 7 minggu )

a. Lukisan isometrik Aras 1


x Mengenal pasti paksi lukisan Lukisan isometrik merupakan lukisan
isometrik piktorial

Paksi lukisan isometrik bersudut 30º

x Melakar lukisan isometrik Menunjuk cara melakar lukisan isometri


pada kertas isogrid .

Aras 2
x Melukis lukisan isometrik Menunjuk cara melukis lukisan isometrik

Guru menyediakan bongkah mudah untuk


latihan

x Mendimensi lukisan isometrik Menunjuk cara mendimensi lukisan


isometrik

34
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 3
Menterjemah unjuran ortografik kepada Guru menyediakan beberapa lukisan
lukisan isometrik ortografik untuk latihan ini.
b. Lukisan Hamparan
Aras 1
i. Lukisan Hamparan x Menyatakan konsep hamparan Guru menyediakan contoh hamparan.
Kaedah Garis Selari x Melukis lukisan hamparan kaedah
garis selari Menunjuk cara melukis hamparan garis
selari.

Murid melukis hamparan kuboid dan


silinder.
Aras 1
ii. Lukisan Hamparan x Melukis lukisan hamparan Menunjuk cara melukis hamparan garis
Kaedah Garis Jejari kaedah garis jejari jejari

Murid melukis hamparan kon dan piramid.

Guru boleh menggunakan objek lain untuk


latihan ini.
Aras 1
c. Lukisan Keratan Penuh x Menyatakan konsep lukisan Guru menjelaskan konsep lukisan keratan
keratan penuh penuh

Menggunakan bongkah contoh untuk


menerangkan konsep ini.

35
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Melakar lukisan keratan penuh Menunjuk cara melakar lukisan keratan


penuh

Murid melakar lukisan keratan pada kertas


grid

Guru menyediakan bongkah contoh untuk


latihan ini

Aras 2
x Melukis lukisan keratan penuh Menunjuk cara melukis lukisan keratan
penuh

Murid melukis lukisan keratan penuh


1.3 Elektronik

( Cadangan peruntukan
masa ialah 7 minggu )

a. Nama, simbol dan fungsi Aras 1


komponen x Mengenal pasti nama, simbol Penerangan mengenai nama, simbol dan
dan fungsi komponen elektronik fungsi komponen elektonik

Komponen yang perlu dipelajari ialah


- diod
- perintang peka cahaya ( LDR )

36
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

b. Membaca dan
menterjemah lukisan Aras 1
skematik x Membaca dan menterjemah Guru menyediakan beberapa latihan untuk
lukisan skematik kepada lukisan murid menterjemah lukisan skematik
bergambar kepada lukisan bergambar dan sebaliknya.

c. Penghasilan projek
Aras 1 Projek yang dihasilkan hendaklah
x Membentuk kaki komponen mempunyai sensor atau kombinasi
x Memasang komponen mengikut cahaya ,bunyi dan sensor
lukisan skematik atau lukisan
bergambar Guru boleh menggunakan komponen
x Menyemak semula kedudukan tambahan untuk menghasilkan projek.
komponen berpandukan lukisan
skematik atau lukisan bergambar
Sentiasa mengamalkan langkah
x Memateri semua kaki dan tamatan keselamatan semasa bekerja
komponen
Guru membimbing murid semasa kerja
pematerian

x Memotong kaki komponen yang


berlebihan dengan kemas

x Menguji projek yang telah siap dan Menguji kefungsian projek


membuat pembaikan

37
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Membersih dan menyimpan semua Guru menerangkan cara pembuangan sisa


alatan dan bahan dengan betul dan mengaitkan dengan
pencemaran alam sekitar
1.6 Perniagaan dan
Keusahawanan

( Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu )

b. Asas
keusahawanan Aras 1
x Menerangkan pengertian Perbincangan tentang perbezaan peniaga
usahawan dan keusahawanan dengan usahawan

Ciri utama usahawan seperti kreatif,


ii. Ciri utama usahawan Aras 1 inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak
x Mengenal pasti ciri utama mengambil peluang, daya usaha
usahawan berterusan
x Menerangkan faedah menjadi Sumbangsaran, temubual dengan
usahawan berbanding makan gaji usahawan yang berkaitan dengan kerjaya
yang ingin diceburi oleh murid

x Mengenal pasti bidang kegiatan Perbincangan tentang bidang kegiatan


usahawan usahawan berkaitan dengan kerjaya yang
ingin diceburi oleh murid.

38
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Aras 2
x Menilai diri dan membuat Membanding diri dengan ciri usahawan
perbandingan dengan ciri
usahawan melalui borang penilaian
diri
Mengkaji biodata usahawan yang berjaya
iii. Usahawan dalam negeri Aras 1 dalam negeri atau sekitar tempat tinggal
x Mengenal pasti usahawan dalam murid. Kajian boleh dibuat dari aspek latar
negeri dan faktor kejayaanya belakang diri (seperti pendidikan dan
latihan) dan cabaran serta cara
mengatasinya

NOTA:
Contoh cabaran:
Kekurangan modal, kekurangan
pengetahuan, penipuan atau
penyelewengan, masalah pemasaran, tiada
bimbingan berterusan

Contoh cara mengatasi cabaran:


Khidmat nasihat melalui persatuan atau
dewan perniagaan, mengkaji kes lain dan
cara cabaran diatasi menggunakan
kemudahan agensi yang disediakan,
memperolehi pengetahuan melalui
pembacaan dan latihan.

39
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Melawat ke premis usahawan yang berjaya

Ceramah atau dialog oleh usahawan yang


berjaya
iv. Peranan kerajaan dalam Aras 1
membantu usahawan x Mengenal pasti pelbagai agensi Mengumpul risalah mengenai agensi
kerajaan yang membantu kerajaan yang membantu usahawan
usahawan contohnya MARA, UDA

Rujuk laman web agensi berkenaan

x Menerangkan jenis bantuan dan Ceramah daripada agensi yang berkenaan


kemudahan yang disediakan oleh mengenai peranan dan jenis bantuan.
kerajaan kepada usahawan

NOTA:
Peranan kerajaan dalam membantu
usahawan:
bimbingan dan latihan, prasarana, kajian
dan penyelidiakan, galakan dan kewangan

40
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

PILIHAN 2 : EKONOMI RUMAH TANGGA

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.1 Pemakanan dan


Pengurusan Sajian
(Cadangan peruntukan masa
4 minggu)
e. Penyediaan dan Aras 1
penyajian makanan x Menerangkan pengertian Makanan bekal ialah makanan yang
makanan bekal dimasak dan dibungkus untuk dimakan di
tempat lain.

x Mengenal pasti faktor penting Bekas untuk membungkus makanan


memilih bekas untuk hendaklah tidak mudah pecah, tahan haba
membungkus makanan dan mudah dibawa.

Sumbangsaran faktor penting yang perlu


diambil kira semasa memilih bekas untuk
membungkus makanan.

x Mengenal pasti faktor utama Faktor utama merancang menu untuk


merancang menu untuk makanan bekal adalah seimbang, mudah
makanan bekal dibawa, tidak berkuah, tahan lama dan
mudah disediakan.

41
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyediakan rancangan kerja Murid memilih menu dan menyedia


untuk makanan bekal rancangan kerja.

x Menyedia, memasakan dan Tunjuk cara penyediaan makanan bekal.


membuat pengiraan kos
makanan bekal Murid menyedia, memasak dan membuat
pengiraan kos makanan bekal.

x Membungkus makanan Tunjuk cara pelbagai teknik membungkus


makanan seperti menggunakan daun
pisang atau kertas lilin.

Murid membungkus makanan.


Aras 2
x Memilih dan merancang menu untuk Murid memilih menu dan menyedia
hidangan tengahari dan makan rancangan kerja.
malam
Hidangan tengahari dan makan malam
adalah merupakan hidangan utama.

x Menyedia, memasak, menghias, Tunjuk cara penyediaan hidangan makan


menghidang dan membuat tengahari dan makan malam.
pengiraan kos makan tengahari dan
makan malam.

42
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

BIDANG / UNIT / TAJUK CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Murid menyedia, memasak, menghias,


menghidang dan membuat pengiraan kos
makan tengahari dan makan malam.

Hidangan yang disediakan hendaklah


mengandungi minuman dan pencuci mulut.

x Mengenal pasti alatan peranggu Peralatan peranggu meja seperti kutleri,


meja untuk hidangan utama gelas, pinggan, alas meja dan servit.

x Menyediakan peranggu meja Tunjuk cara menyediakan peranggu meja.

Murid menyediakan peranggu meja untuk


hidangan utama serta membuat lipatan
servit.

Aras 1
f. Reka cipta resepi x Mereka cipta resepi hidangan untuk Murid mereka cipta resepi hidangan
pesakit pesakit.

43

Вам также может понравиться