Вы находитесь на странице: 1из 5

HBHE2203_SEM SEPT09/F_AR

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah
1. Sebagai guru kesihatan, kita perlu mempunyai pengetahuan dan dapat menghayati
kandungan sukatan pendidikan kesihatan keluarga.
Huraikan DUA daripada tiga perkara yang terkandung dalam sukatan pendidikan
kesihatan keluarga.
(4)

2. Proses kehamilan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal,


pertengahan dan akhir.
Jelaskan ciri-ciri peringkat pertengahan kehamilan.

(4)

3. Andaikan anda sebagai seorang penyedia makanan yang memasak makanan untuk
seisi keluarga.
Terangkan dengan ringkas EMPAT ciri penyedia makanan yang baik.
(4)

4. Pengurusan stres merupakan salah satu komponen kesihatan yang amat penting
terutama dalam zaman ke 21 ini.
Terangkan secara ringkas kaedah IDEAL (kaedah mengurus stres) .
(4)

1…
HBHE2203_SEM SEPT09/F_AR

5. Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada keadaan satu unit organisasi keluarga


yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah ataupun tidak.
Berdasarkan kenyataan ini berikan EMPAT punca keruntuhan rumahtangga.
(4)
(Jumlah: 20)

2…
HBHE2203_SEM SEPT09/F_AR

BAHAGIAN B

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.
SOALAN Markah
1. Kemahiran pengurusan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang
sentiasa sempurna.
(a) Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang
penting untuk hidup bahagia sepanjang hayat. Sebagai guru huraikan
dengan terperinci aspek pengurusan diri berserta contoh kepada pelajar
anda.
(12)
(b) Jelaskan bagaimana memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan
individu.
(8)
(Jumlah: 20)
2. Biasanya individu yang berjaya berasal daripada keluarga yang bahagia. Institusi
keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara.

(a) Dengan menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian, terangkan


matlamat dan objektif pendidikan kesihatan keluarga ke arah pembentukan
keluarga bahagia dan negara kukuh.
(8)
(b) Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan daya penerimaan seorang pelajar
tentang tajuk-tajuk sukar dalam pendidikan kesihatan dan keluarga.
Berdasarkan pengalaman sebagai guru, pilih EMPAT teknik yang boleh
digunakan dalam melaksanakan pendidikan kesihatan keluarga. Untuk
setiap teknik, pilih SATU tajuk yang sukar dan bincangkan cara
pelaksanaannya. Tajuk yang dipilih mesti berlainan untuk setiap teknik.
(12)
(Jumlah: 20)

3…
HBHE2203_SEM SEPT09/F_AR

3. (a) Akil baligh merujuk kepada fasa perubahan antara zaman kanak-kanak
kepada zaman remaja.
Kelaskan ciri-ciri fasa akhir baligh lelaki dan perempuan.
(10)
(b) Analisis fungsi organ reproduktif lelaki dan organ reproduktif perempuan.
(10)
(Jumlah: 20)

4. (a) Huraikan serta berikan contoh bagi membentuk pemahaman pelajar anda
terhadap ciri keluarga nukleus, extended dan poligami.
(6)
(b) Berdasarkan pengalaman dan bacaan anda, analisis kebaikan dan
keburukan keluarga nukleus dan extended. Sertakan contoh bagi
menyokong hujah anda.
(14)
(Jumlah: 20)

5. Kebahagiaan sesuatu keluarga terletak kepada kesedaran terhadap peranan yang


dimainkan oleh setiap ahli keluarga dan kemampuan sesuatu keluarga untuk
mengurus dengan baik.

(a) Meluangkan masa bersama ahli keluarga merupakan salah satu aspek
yang penting dalam membentuk keluarga bahagia. Bincangkan manfaat
meluangkan masa untuk keluarga dari aspek ibu bapa dan anak. Sertakan
contoh yang sesuai bagi menyokong hujah anda.
(14)
(b) Terangkan dengan jelas dan sertakan contoh yang sesuai bagi
membincangkan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa, suami isteri dan
anak dalam membentuk keluarga bahagia.
(6)
(Jumlah: 20)

4…
HBHE2203_SEM SEPT09/F_AR

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Tubuh badan manusia terbahagi kepada berbagai sistem. Dalam setiap sistem
terdapat beberapa organ dan peranan tersendiri. Analisis sistem dan peranan yang
dimainkan oleh sistem tubuh badan manusia dan sertakan contoh yang sesuai bagi
mengukuhkan hujah anda.
(Jumlah: 20)

2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat ciri-ciri tertentu yang ada
dalam keluarga bahagia. Sebagai orang yang berpengalaman bincangkan serta
cadangkan ciri-ciri keluarga bahagia.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться

  • HBML2203 0309
    HBML2203 0309
    Документ5 страниц
    HBML2203 0309
    wgf8860
    Оценок пока нет
  • Final Hbae2103 0309
    Final Hbae2103 0309
    Документ5 страниц
    Final Hbae2103 0309
    Ronie Jumil
    Оценок пока нет
  • HBML3403 083
    HBML3403 083
    Документ5 страниц
    HBML3403 083
    KP Piza
    Оценок пока нет
  • Hbae2203 Sem Sept08/f Ah
    Hbae2203 Sem Sept08/f Ah
    Документ5 страниц
    Hbae2203 Sem Sept08/f Ah
    adeqrisya
    Оценок пока нет
  • HBML3403 083
    HBML3403 083
    Документ5 страниц
    HBML3403 083
    KP Piza
    Оценок пока нет
  • Hbhe2103 0309
    Hbhe2103 0309
    Документ5 страниц
    Hbhe2103 0309
    Sarojini Gopaloo
    Оценок пока нет
  • Hbme2103 Jan09
    Hbme2103 Jan09
    Документ4 страницы
    Hbme2103 Jan09
    RAJA ROMLAH RAJA NGAH
    Оценок пока нет
  • HBAE1403 Jan08
    HBAE1403 Jan08
    Документ7 страниц
    HBAE1403 Jan08
    RAJA ROMLAH RAJA NGAH
    Оценок пока нет
  • Hbae1403 083
    Hbae1403 083
    Документ5 страниц
    Hbae1403 083
    Cai Eeling
    Оценок пока нет