Вы находитесь на странице: 1из 5

PENGENALAN:

Prof Azimi Hamzah, 57, telah mendedikasikan 35 tahun hidupnya di mengejar bidang
Pembangunan Pemuda sebagai bidang kajian dan amalan. Dia berasal dari Rembau Negeri
Sembilan.Dengan menggunakan bidang kekhususannya sebagai kenderaan, Prof Azimi Hamzah
telah memberikan sumbangan ilmiah dalam semua aspek Pembangunan Pemuda-Pemuda Affair,
Pemuda Perkhidmatan dan Gerakan Pemuda. Kontribusinya sangat diakui baik tempatan
mahupun luar negeri. 

Dilengkapi dengan Diploma Pertanian, Prof Azimi mengambil keuntungan dari kedudukannya
sebagai Pembantu Pertanian Bahagian, Negeri Sembilan, dan bekerja sama dengan NGO pemuda
dan agensi pembangunan lain, mengembangkan program khusus untuk mengangkat status sosial-
ekonomi dari pemuda pertanian di daerah Tampin dan Rembau. Setelah menerima nya Magister
Pembangunan Pemuda dan Perpanjangan Pendidikan, Prof Azimi Hamzah melaksanakan sistem
rangkaian dengan institusi-institusi pembangunan dan NGO di Malaysia. Dengan sokongan kuat
dari Pengarah Pemuda kemudian (sekarang Perdana Menteri), Prof Azimi tesis dioperasionalkan
ke dalam siri program latihan dalam perkhidmatan untuk para perwira muda di Malaysia. 

Prof Azimi Hamzah telah berperanan dalam meletakkan Universiti Putra Malaysia sebagai
pusat terkemuka di negara-negara di bidang Pembangunan Sumber Pemuda. Melalui Centre,
sebuah hubungan yang lebih sistematik telah dipelihara dengan baik lembaga nasional mahupun
agensi antarabangsa (termasuk UNESCO; Commonwealth Sekretariat London; Commonwealth
Youth Program - Asia Pasifik; ASEAN Sub-Jawatankuasa Pemuda; Olimpik Nasional Memorial
Centre, Jepun; Korea Centreuntuk Remaja dan Anak, dan Shanghai Akademi Sains Sosial)
dalam mengembangkan generasi muda Malaysia.
Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah telah berjuang selama 25 tahun dalam dunia kaunseling
sebagai bidang pengajian dan praktis. Dengan mengaplikasi bidang pengkhususan sebagai
perantara, beliau telah menyumbang secara ilmiah dalam beberapa aspek kaunseling khususnya
Kaunseling Kerjaya dan Penilaian dalam Kaunseling. Kini beliau memegang jawatan Timbalan
Dekan (Akademik), Fakulti Pengajian Pendidikan. Beliau juga merupakan Ahli, Lembaga
Penasihat Kaunselor Malaysia; Fello, Penyelidik Institut Belia Negara; Pengamal Berlesen dan
Kaunselor Berdaftar; Ahli Majlis Persatuan Kaunseling Malaysia; dan Ketua Editor, Jurnal
PERKAMA. Selain mengajar,beliau juga telah menghasilkan beberapa penemuan baru yang
berkaitan dengan ilmu kaunseling. Beliau telah memperkenalkan satu pendekatan baru dalam
kaunseling yang dikenali sebagai ‘Kaunseling Berorientasikan Matlamat’ dan ‘Model
Perkembangan Kerjaya Bersepadu’. Beliau telah menerbitkan lapan buah bertajuk
Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis, Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling, Reka
Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis, Pembinaan Modul: Bagaimana Membina
Modul Latihan dan Modul Akademik, Muslim Religiosity and Personality Indexing: Implication
for Nation Building, Handbook on Social Skills and Social Values in Technical Education and
Vocational Training, Manual Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan
Panduan Rasmi MEdSI . Beliau juga telah berjaya menghasilkan Inventori Personaliti Sidek
(IPS), Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS), dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS) dan
Inventori Personaliti Warna (IPW). Kesemua ujian-ujian ini telah digunakan secara meluas di
Malaysia khususnya dalam kaunseling kerjaya. Dalam bidang latihan dan pengembangan, beliau
aktif mengendalikan latihan dan pengembangan dalam pelbagai kapasiti, di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Ketika ini  beliau mengetuai tiga projek utama di peringkat
kebangsaan iaitu sebagai Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Ujian MEdSI; Pengerusi,
Ahli Jawatankuasa Perunding Pembinaan Ujian Malaysian University Selection
Inventory(MUnSyI) dan Ketua Projek kajian Exit Survey di bawah pembiayaan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
SINOPSIS:

Jurnal Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti ini
membincangkan konsep,teori,nilai-nilai etika dan integriti serta cadangan model pemantapan
integriti dalam pembentukan sesebuah organisasi yang berkualiti dan berintegriti. Perbincangan
dalam jurnal ini menitikberatkan pengamalan elemen integriti dalam pengurusan organisasi.
Bahagian pertama jurnal ini menerangkan konsep integriti iaitu dari aspek etika dan nilai yang
boleh diamalkan dalam peningkatan integriti organisasi. Integriti organisasi tercermin dalam
pelaksanaan kod etika,piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
arahan terbaik. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan pengurursan yang berkualiti.

Seterusnya,penulis menerangkan tentang peranan dan kepentingan integriti di kalangan staf.


Antara kepentingan yang disentuh oleh penulis di dalam kajiannya ini ialah integriti berperanan
membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik dan bebas daripada tingkah laku
kaunter produktif. Selain itu juga integriti juga mempengaruhi kejayaan emosi,kejayaan kerjaya
dan kewangan,kejayaan kerja,kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf di mana kejayaan
emosi merupakan pengaruh untuk menjadi gembira,puas hati atau tenang dan sebaliknya
risau,cemas,kecewa,marah atau tidak berpuas hati. Kejayaan kerjaya dan kewangan di
definisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal kebiasaan perbelanjaan dan
simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang. Kejayaan kerja
didefinisikan dalam aspek produktiviti tinggi,keseronokan bekerja,dedikasi terhadap tugas dan
optimis terhadap kerjaya seseorang berbanding kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat
dipercayai,hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia,kecenderungan melakukan
aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan.
Kejayaan dalam perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum,keharmonian dan
hubungan yang menggembirakan dengan rakan,rakan sekerja,saudara-mara dan pasangan
berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik,pertentangan,kekecewaan,perpisahan dan
kesengsaraan. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek kebiasaan berorientasikan kesihatan
dan penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan pengabaian kesihatan dengan
kekurangan nutrisi,penyalahgunaan arak,tembakau dan penagihan dadah serta kekerapan
pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat penyakit kesilapan sendiri.
Penulis telah membincangkan dengan lebih mendalam tentang elemen-elemen yang terkandung
dalam membentuk staf yang berintegriti yang terdiri daripada nilai-nilai integriti dan nilai dan
etika dalam perkhidmatan awam. Dalam nilai dan etika dalam perkhidmatan awam ini terdapat
10 nilai yang telah diutarakan oleh penulis iaitu nilai Kesucian Hati,nilai Tonggak Dua
Belas,Nilai Murni Profesional,Nilai Etika Pentadbiran Awam,Nilai-Nilai Peribadi Asas,Nilai
Mengutamakan Pelanggan,Nilai-Nilai Kepimpinan,Nilai-Nilai Profesionalisme,Nilai-nilai
Produktif atau Kualiti dan Nilai-nilai Keagamaan.

Seterusnya penulis turut membincangkan tentang pendefinisian terhadap konsep integriti


dengan mempamerkan model integriti yang merangkumi empat komponen penting iaitu
ilmu,motif atau niat yang betul,penghayatan nilai-nilai murni dan komitmen terhadap nilai
tersebut. Penulis juga turut menyertakan model integriti yang mana apabila dibincangkan
didapati bahawa hamper mempunyai persamaan dengan akhlak. Perbezaan diantara keduanya
adalah pada piawaian dan motif nilai. Piawaian integriti adalah berasaskan nilai etika yang
diterima sebagai nilai yang positif dan baik secara universal manakala piawaian nilai akhlak pula
berpaksikan kepada nilai yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah.

Terdapat empat peringkat dalam proses pembentukan integriti iaitu ilmu,motif atau
niat,penghayatan dan komitmen atau amalan. Oleh itu,penulis berpendapat bahawa untuk
mengukuhkan integriti staf,empat aspek perlu diambil kira iaitu ilmu dan kesedaran iaitu dengan
mengetahui misi dan visi organisasi,mengetahui peranan staf kepada pencapaian matlamat
organisasi,mengetahui spesifikasi tugas dengan jelas dan mengetahui matlamat,kepentingan dan
falsafah setiap nilai murni kepada diri dan organisasi. Seterusnya dari aspek menetapkan motif
atau matlamat yang ingin dicapai,penulis telah menggariskan beberapa komponen dibawahnya
iaitu menetapkan niat dan matlamat diri,memastikan matlamat diri selari dengan matlamat
organisasi dan menetapkan nilai-nilai murni yang ingin dihayati dan diamalkan. Dari aspek
penghayatan nilai-nilai murni pula,penulis menekankan tiga komponen penting dibawahnya iaitu
menjadikan nilai-nilai murni sebagai nilai diri,membincangkan setiap nilai yang dihayati dan
menggalakkan orang lain mengamalkan nilai-nilai murni manakala dari aspek komitmen atau
amalan,penulis mengetengahkan dua komponen utama iaitu mengaplikasikan nilai-nilai murni di
tempat kerja dan mengaplikasikan nilai-nilai murni di mana sahaja.
Jadual 2 yang dicadangkan oleh penulis ialah sebagai nilai-nilai integriti yang perlu dihayati
bersama dan setiap nilai tersebut dikelaskan kepada lapan jenis nilai iaitu nilai amanah iaitu nilai
wajib yang membolehkan individu menyempurnakan amanah atau tanggunjawab yang
diberikan,nilai bijaksana iaitu nilai yang menuntut kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak
dalam mencapai misi dan visi organisasi,nilai terminal iaitu tujuan terakhir sesuatu tingkahlaku
seperti nilai kehidupan selesa,keamanan,kebebasan,kebahagiaan,keharmonian dan kejayaan
organisasi,nilai instrumental iaitu cara bertingkah laku seperti nilai rajin,dedikasi,bersopan,jujur
dan pemaaf,nilai pusat atau utama iaitu nilai utama yang paling penting terhadap organisasi,nilai
pinggiran atau sekunder iaitu nilai pengembangan daripada nilai-nilai teras sperti
syukur,sabar,sederhana,bersopan dan adil,nilai eksplisit iaitu nilai luaran individu manakala nilai
implicit iaitu nilai dalaman individu. Penulis menekankan lima nilai teras iaitu
berilmu,beriman,amanah,ikhlas dan tenang dan berpendapat ianya merupakan teras untuk
menggapai kejayaan hidup.

Penulis telah mengetengahkan Rajah 4 sebagai cadangan model pemantapan integriti di dalam
kajiannya.Dalam model ini,penulis mencadangkan supaya setiap individu perlu mengambil
inisiatif untuk meneguhkan integriti mereka.Pihak organisasi juga harus melakukan
pemantauan,menyediakan persekitaran yang membina untuk menyemai nilai integriti dan
menghasilkan mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa.Penulis juga
berpendapat organisasi digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan staf
berintergriti tinggi ke dalam organisasi memandangkan pemantapan nilai integriti mengambil
masa yang lama dan komitmen yang padu.

Вам также может понравиться