Вы находитесь на странице: 1из 4

Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda
dalam penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid tahun lima di Sekolah
Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.
ii. Objektif Ujian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.3.1 Melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu antara kumpulan rawatan
dengan kumpulan kawalan.
1.3.2 Untuk melihat perbezaan pencapaian markah karangan bahasa Melayu berdasarkan
jantina.
1.3.3 Untuk melihat perbezaan pencapaian markah penulisan karangan Bahasa Melayu
berdasarkan kaum.

iii. Reka bentuk kajian


Reka bentuk yang dipilih dalam kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan
kaedah kuasi-eksperimen untuk melihat keberkesanan penggunaaan peta minda dalam karangan
bahasa Melayu murid Tahap 2 di dalam kalangan murid tahun 5 di SK Taman Pantai Sepang
Putra. Terdapat dua buah kelas terlibat dalam kajian ini iaitu kelas Tahun 5 Anggerik dan 5
Cempaka. Kelas Tahun 5 Anggerik dijadikan kumpulan rawatan manakala kelas Tahun 5
Cempaka dijadikan kumpulan kawalan. Terdapat 25 orang pelajar dari kumpulan rawatan
manakala 25 orang kumpulan kawalan. Penyelidik menggunakan kesemua 25 orang pelajar
kumpulan rawatan dan 25 orang kumpulan kawalan sebagai sampel kajian. Kumpulan rawatan
akan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan berbantukan peta minda. Kumpulan
kawalan akan diajar oleh guru mereka membuat karangan dengan menggunakan kaedah
tradisional.

Iv Populasi dan sampel kajian


Sampel Kajian
Kajian ini akan melibatkan 50 orang pelajar Tahun 5 dan serta guru mata pelajaran
Bahasa Melayu yang mengajar di kelas yang berkenaan. Sekolah yang sama dipilih bagi
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah.
Pengkaji hanya menggunakan kelas yang berhampiran bertujuan untuk memudahkan
kawalan terhadap kajian yang dijalankan. Penggunaan satu aliran sahaja iaitu di sekolah
kebangsaan bagi kumpulan rawatan dan kawalan akan dapat memastikan sikap dan tahap
pencapaian yang hampir sama dalam kalangan pelajar yang dikaji. Berdasarkan objektif kajian,
penyelidik ingin melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam karangan bahasa Melayu
antara pelajar kumpulan rawatan dengan tradisional. Selain itu penyelidik ingin melihat
perbezaan pencapaian karangan bahasa Melayu antara jantina. Oleh yang demikian di dalam
jadual 2 dan jadual 3 ditunjukkan taburan sampel antara kumpulan rawatan dan kawalan.

Jadual 3.2: Taburan sampel mengikut jantina.


KUMPULAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
Rawatan 12 13 25
Kawalan 11 14 25

Berdasarkan Jadual didapati taburan sampel antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
adalah agak setara. Maklumat mengenai jantina ini diperoleh oleh penyelidik melalui buku
rekod pendaftaran pelajar.

v. Alat Kajian
Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi melihat pencapaian sebelum dan selepas
eksperimen dilaksanakan.
Jumlah perkataan tidak kurang daripada 80 patah perkataan masing-masing. masa bagi menulis
40 minit. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diberikan ujian pra. Tajuk yang sama
diberikan kepada kedua-dua kumpulan. Tajuk ujian pra ialah
Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Bagaimana cara-
cara kita menyayanginya.
Masa untuk menjawab karangan selama 40 minit. Panjang karangan ialah tidak kurang daripada
80 patah perkataan.Penyelidik mengutip skrip jawapan pelajar. 25 skrip jawapan ujian pra
dikutip daripada kumpulan rawatan manakala 25 skrip jawapan ujian pra dikutip daripada
kumpulan kawalan. Kesemua 50 skrip jawapan ini kemudiannya dinilai oleh penyelidik.
Selepas itu kumpulan rawatan diberikan rawatan iaitu menulis karangan dengan bantuan
peta minda. Mereka diajar oleh guru untuk menulis karangan dengan menggunakan peta minda
selama lapan minggu. Guru mengajar pelajar bagaimana mencari isi karangan dengan bantuan
peta minda. Pelajar diminta mencari isi karangan dengan mencipta peta minda berdasarkan tajuk
karangan yang diberikan oleh guru. Isi-isi karangan yang telah dihasilkan kemudiannya
dikembangkan oleh pelajar di dalam karangan yang ditulis. Kumpulan kawalan akan membuat
latihan karangan yang sama tetapi guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional.
Pelajar di dalam kumpulan kawalan diberikan tajuk karangan. Pelajar kemudiannya diminta
menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru mereka. Kedua-dua kumpulan
iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan diberikan tajuk karangan yang sama. Selama
lapan minggu pelajar kumpulan kawalan dan rawatan diberikan soalan yang sama bagi kedua-
dua kumpulan tetapi berlainan tajuk pada minggu yang berikutnya. Selepas lapan minggu,
kedua-dua kumpulan ini menjalani ujian pos untuk melihat keberkesanan penggunaan peta
minda dalam penulisan karangan berbanding kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulan
menjawab soalan ujian pos yang sama. Tajuk ujian pos ialah
‘Guru ibarat lilin yang membakar diri’. Terangkan bagaimana kamu menyayangi guru
kamu.
Kedua-dua kumpulan diberikan masa untuk menjawab karangan selama 40 minit.
Panjang karangan ialah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Setelah menjawab karangan
tersebut, penyelidik mengutip skrip jawapan pelajar. 25 skrip jawapan ujian pos dikutip daripada
kumpulan rawatan manakala 25 skrip jawapan ujian pos dikutip daripada kumpulan kawalan.
Kesemua 50 skrip jawapan ujian pos ini kemudiannya dinilai oleh penyelidik. Contoh bagi
soalan ujian pra dan pos boleh dirujuk di bahagian lampiran .
Pemeriksaan terhadap kertas ujian pra dan pos ini dijalankan oleh penyelidik. Kedua-dua
kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan menggunakan soalan ujian pra dan pos yang
sama. Kedua-dua kumpulan ju menggunakan soalan latihan karangan yang sama.
Tajuk karangan yang digunakan di dalam ujian pra dan pos serta latihan karangan diambil
dan diubah suai oleh penyelidik berdasarkan soalan karangan yang digunakan di dalam kajian.
Soalan ujian pra dan pos ini kemudiannya dibuat kajian rintis di sekolah ternama. Hasil kajian
rintis yang dijalankan menunjukkan bahawa soalan-soalan ujian pra dan pos sesuai digunakan
dalam kajian ini. Melalui perbincangan yang dijalankan bersama guru pakar dan ketua panitia ,
guru berpengalaman serta pemeriksa kertas bahasa melayu UPSR mereka menyatakan bahawa
soalan-soalan latihan yang digunakan adalah sesuai digunakan di dalam latihan menulis
karangan di tahap 2. Kesemua soalan latihan menulis karangan terdapat dalam lampiran.

vi. Tatacara pengumpulan data


Prosedur Pengumpulan Data
Data-data yang diperoleh oleh penyelidik melalui ujian pra dan pos dikumpulkan dan
dinilai. Penilaian dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah analisis. Kaedah analisis
digunakan bagi menilai sub-kemahiran dalam karangan iaitu aspek-aspek yang terdapat dalam
binaan sebuah karangan. Bagi kriteria pemarkahan, pengkaji mengambil kira pandangan Asraf
et al. (2001) serta penelitian penyelidik terhadap kaedah pemeriksaan kertas bahasa Melayu
peringkat UPSR serta perbincangan penyelidik dengan guru pakar bahasa Melayu, pemeriksa
kertas Bahasa Melayu dan empat orang guru mata pelajaaran Bahasa Melayu tahap 2. Kriteria
pemarkahan karangan ini berdasarkan ciri-ciri khusus yang terdapat di dalam sesebuah karangan,
Skema pemarkahan karangan yang diubahsuai oleh penyelidik bertujuan untuk membuat
penilaian yang berbentuk analisis ke atas karangan yang dihasilkan oleh pelajar berdasarkan
perkara yang berikut.

Pada tahun 2005, Pentaksiran Bahasa Melayu UPSR telah berubah. Kertas penulisan telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Jadual 3.3 : Pembahagian kertas penulisan dan kriteria pemarkahan

Bahagian A (10 markah) Memindahkan maklumat dari bahan grafik


Bahagian B ( 30 markah) Membina karangan
Bahagian C (20 markah) Membuat ulasan (nilai/pengajaran)

Pemeriksaan karangan dibuat secara holistik iaitu keseluruhan. Guru perlu membaca
secara keseluruhan untuk kali pertama untuk menentukan murid membuat karangan menepati
kehendak soalan dan menentukan kedudukan skor bagi karangan tersebut sama ada cemerlang,
baik, memuaskan atau pencapaian tahap minimum. Bacaan kali kedua untuk meletakkan
penandaan bagi idea yang disampaikan dan juga kesalahan bahasa. Kemudian, guru perlu
menetapkan skor bagi karangan tersebut berdasarkan criteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Jadual penskoran dapat dilihat seperti di lampiran .
Penilaian secara analitis digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Penilaian secara
analitis ialah memberikan markah kepada pelajar mengikut komponen-komponen tertentu
(Tunku Mohani Tunku Mohtar 1994). Pemarkahan secara analitis juga mengambilkira kaedah
yang digunakan oleh Nor Adibah Ghazali (1999) dan Dayangku Hajah Jauyah Pengiran Haji
Damit (1996) yang berpandukan kajian Omaggio (1986):Heaton (1989):Dickins dan Germine
(1993). Penilaian dibuat ke atas karangan dengan memecahkan karangan kepada subkemahiran
tertentu dan penyelidik mengubahsuai kaedah tersebut mengikut keperluan kajian ini. Justeru
itu, inilah rasionalnya mengapa penyelidik menggunakan kaedah pemarkahan secara analitis.

vii. Cara/Kaedah Penganalisaan Data


Skrip latihan karangan yang dibuat oleh pelajar kumpulan rawatan dan kawalan sepanjang 8
minggu eksperimen berjalan tidak dianalisis oleh penyelidik. Penyelidik hanya mengkaji skrip
jawapan ujian pra dan pos sahaja. Terdapat 50 skrip karangan dalam ujian pra iaitu 25 skrip
karangan pelajar kumpulan rawatan dan 25 skrip karangan pelajar kumpulan kawalan. Dalam
ujian pos terdapat 50 skrip karangan iaitu 25 skrip karangan pelajar kumpulan rawatan dan 25
skrip karangan pelajar kumpulan kawalan. Kesemua skrip karangan ini telah diperiksa oleh
penyelidik menggunakan kaedah penandaan kertas Bahasa Melayu UPSR. Kesemua markah
karangan ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan program kualitatif.

Вам также может понравиться