Вы находитесь на странице: 1из 327

Dyadila

Bab 1
M
AZLIANA duduk santai di
bangku empuk milik Azlin.
Rutin hariannya selepas
mendapat segulung ijazah, ijazah ya bukan Hamzah ek,
adalah duduk lepak menghabiskan masa yang memang untuk
dibuang. Memang bukan cerita rekaan tapi kenyataan sampai
sekarang lebih sepuluh temu duga tapi tiga yang lekat dan
yang lekat tu tak kena langsung dengan jiwa. Kononnyalah.
“Maz nak duduk sini ke? Tak nak ikut akak?” Azlin
sudah sedia berdiri di depan pintu.
“Malaslah, lagipun Kak Ani ada depan tu.”
“Okey, akak tak lama dalam dua puluh minit aje,”
janji Azlin.
“Emmm... iya ke dua puluh minit? Kalau dah jumpa
buah hati dua puluh jam pun tak sedar.” Mazliana ketawa
kuat.
Doktor Azlin mencebik. Jelas sangat ketawa yang
dibuat-buat, bukan dia tak tahu macam mana hubungan
Mazliana dengan Johan.

1
Doktor Cinta

“Orang suruh cari kekasih tak nak, lepas tu jealous


pulak.”
“Eiii... pleaselah ek nak cemburu-cemburu segala
ni tak ada dalam kamus hidup Mazliana Haji Nordin tau!”
Doktor Azlin menjelir lidah ke arah adik
kesayangannya. Dia keluar meninggalkan klinik. Dia sudah
lewat. Muka monyok Johan terbayang di kotak fikiran.
Bertambah laju kakinya melangkah.

BOSAN. Mazliana memandang sekeliling, apa yang ada di


atas meja semuanya tidak menarik perhatian. Dia terpandang
name tag yang terletak cantik di jubah putih kakaknya.
Doktor Mazliana, ewah... sempat lagi berangan. Tanpa sedar
jubah itu sudah tersarung di tubuhnya. Cantik!!! Eiii... boleh
jadi doktor aku ni.
“Ya sakit apa? Boleh saya tolong? Okey, awak boleh
ambil ubat di luar.” Mazliana berdialog sendiri. Satu lagi
penyakit keturunannya iaitu kuat berangan. Makanlah pil
atau herba atau akar kayu tujuh hutan sekali pun penyakit ni
tak akan boleh sembuh.
Dia tersenyum, gerak geri Doktor Azlin dilakonkan.
Dia kembali duduk di kerusi yang ditinggalkan tadi. Novel
Suratan Kasih dibuka semula, minatnya pada bidang
kesenian. Cakap saja apa yang ada kaitan dengan seni
semuanya dia minat. Masih terdengar bebelan Haji Nordin
dan Puan Maznah sampai ke hari ini. Tapi dia tahu walau
setinggi mana pun marah mak dan ayah, di hati mereka tetap
ada dia. Ewahhh... bak kata orang dalam hati ada taman.
“Doktor, doktor! Tolong kawan saya ni!” Tiba-tiba

2
Dyadila

dua orang pemuda merempuh masuk ke dalam bilik. Habis


terpelanting novelnya entah ke mana. Mazliana mengurut
dada. Eiii... bagilah salam dulu kalau nak minta tolong pun.
Eh... ada ke orang minta tolong bagi salam?
Dua orang lelaki berbadan tegap sudah berdiri di
depannya, seorang sedang mengerang kesakitan. Mungkin
sakit, laaa... dah nama pun dalam klinik takkan dia datang
nak order teh O ais pulak. Eh? Nak buat apa ni???
“Ermmm... kenapa ni?” Mazliana bertanya bodoh.
Dia menggaru kepalanya, melihat lelaki itu sedang
mengerang kesakitan. Bukan perlahan tapi macam nak pecah
gegendang telinga. Wajah garang lelaki itu memang
menakutkan.
“Dia jatuh masa game tadi, tak boleh nak bangun.”
Hanya pemuda yang masih berjersi bola itu
menjawab. Seorang lagi masih mengerang kesakitan.
Mazliana panik, dia mendekati lelaki yang sudah duduk di
kerusi roda. Sempat memandang sekilas wajah berkerut itu.
“Dekat mana sakit ni?” Mazliana cuba berlembut.
“Kakilah, tak akan kepala! Aduh!!!” Lelaki itu
menjerit.
Amboi! Sakit pun kurang ajar lagi, bisik Mazliana
perlahan.
“Apa doktor?” tanya lelaki itu. Wajahnya berkerut
menahan sakit. Sakit sangat ke? Tak ada darah pun, hesy... ini
mesti kes manjalah ni. Macam ayam, bertelur sebiji tapi
sampai satu kampung dia nak inform.
“Hah! Tak ada, macam ni sebenarnya...” Mazliana
cuba berterus terang. Tapi gagal.
“Aduhhh!!!”

3
Doktor Cinta

Lelaki yang duduk di kerusi roda menjerit kuat.


Terangkat bahu Mazliana kerana terkejut, Mazliana menggigit
bibir. Dia bertambah kalut.
Takkan dia nak cucuk punggung lelaki ini dengan
ubat penenang kut? Hesy, mana boleh sakit kaki aje lagipun
kecederaan tak serius sangat. Habis tu nak buat apa? Matanya
sempat meninjau ke arah pintu, mana tahu kalau Kak Lin
dah balik.
“Doktor, kenapa? Kaki dia ni patah ke???” Suara itu
kedengaran bimbang.
Mazliana sekali lagi menggaru kepalanya,
“Hah??? Entah....” Cuba untuk menjelaskan
keadaanya sebenar tapi usahanya sekali lagi gagal.
“Entah? Maksud doktor?” Zikri bertanya hairan.
Doktor di hadapannya kelihatan pelik. Dari tadi dia hanya
berdiri dan melihat keadaan Tengku Iskandar dari jauh.
“Eh, tak! Maksudnya, mana saya tahu, sebab saya
tak periksa lagi.” Sekali lagi Mazliana mengutuk dirinya
kerana menipu. Tapi jelingan pemuda di sebelahnya betul-
betul membuatkan dia terperangkap.
“Doktor tengoklah cepat!” Sergahan pemuda yang
mengerang sakit itu sekali lagi membuatkan jantungnya
seakan mahu gugur. Eiii... suka menjerit betul mamat ni.
Keturunan Tarzan ke apa? Sempat matanya meneliti wajah
kesakitan di depannya, nasib baik hensem, bolehlah cover
perangai buruk tu.
“Encik, boleh tak jangan memekik macam tu. Kalau
encik beristighfar banyak-banyak tak adalah sakit sangat,
kalau encik terus menjerit macam tu bukan encik yang mati
nanti silap hari bulan saya yang kena serangan jantung!”
marah Mazliana geram. Tengku Iskandar terkedu.

4
Dyadila

Zikri pula tersenyum mendengar kata-kata doktor


muda itu. Dalam hatinya mengekek gelak melihat wajah kelat
Tengku Iskandar. Wajah garang Tengku Iskandar semakin
hilang. Tak sangka pulak CEO MM Holding kena tengking
hari ni.
“Sakitlah doktor!” Sekali lagi pemuda yang bernama
Tengku Iskandar itu bersuara tapi tidak sekuat tadi.
“Sakit pun anugerah juga, saya tahulah encik sakit
tapi janganlah menjerit macam perempuan.” Mazliana
berkata selamba. Pantas dia tunduk melihat kaki lelaki itu
yang sudah membengkak.
Ala sikit aje, menjerit macam nak mati, Mazliana
bermonolog sendiri. Wajah lelaki itu dipandang sekali imbas.
Dia tersenyum lagi, kali ini dia jumpa penyelesaian. Bijak
betul Mazliana Haji Nordin, sejuk perut mak melahirkan.
Tengku Iskandar meneliti wajah yang tersembunyi
di sebalik juntaian rambut yang menutup separuh dari
wajahnya. Baju kurung putih berbunga merah berselindung
di balik jubah putih yang tersarung di tubuh langsingnya.
Cantik tapi mulut boleh tahan pedas. AZLIN. Sempat dia
membaca tanda nama yang terlekat di jubah.
“Emmm... tak ada apa-apa kaki awak ni, cuma
terseliuh sikit aje.”
“Sikit doktor kata? Tapi kenapa sakit sangat?” Suara
lelaki itu tinggi mencakar langit. Mak ai... garangnya spesies
harimau ke apa? Terasa macam nak tutup aje telinga.
“Eh... saya tahulah. Saya doktor ke awak doktor?”
Giliran Mazliana mengaum. Kalau kau harimau, hah aku ni
keturunan singa!
Tengku Iskandar menjeling tajam kepada Zikri yang
tergelak kecil. Semua salah sahabatnya itu, sibuk ajak main

5
Doktor Cinta

bola. Padahal dia sendiri tahu yang Tengku Iskandar Tengku


Mazlan ni tak akan pernah mengotorkan kakinya. Baginya
permainan bola sepak adalah permainan yang kurang bijak.
Satu bola berebut ramai-ramai. Teringat rayuan sahabatnya
itu beberapa hari lalu.
“Is tolonglah aku... team aku tak cukup kaki ni.”
“Ohhh no, no.... Kau dah lama kenal aku, kan?
Jawapan aku TIDAK.”
“Ala... aku tahu kau pandai main.”
“Zik, kenapalah kau nak main permainan bodoh tu,
kalau kau nak sangat bola tu aku boleh belikan. Berapa orang
team kau? Satu sorang aku bagi bola tak payah berebut.”
Rayuan Zikri masih terdengar-dengar di hujung
telinga. Seribu alasan yang diberi beribu-ribu ayat memujuk
keluar. Entah atas dasar apa dia menerima tawaran yang
diberikan. Akhirnya inilah yang dia dapat, sakit satu badan.
Namun hakikatnya memang permintaan sahabat merangkap
saudaranya itu tak pernah diabaikan.
“Jadi macam mana doktor?” Suara Zikri, membawa
kembali Tengku Iskandar ke dalam bilik klinik entah apa-apa
ni. Matanya kembali kepada wanita yang masih tunduk
membelek kakinya.
“Ini urut sikit ni okeylah,” cadang doktor muda
sekali pakej senyuman manisnya.
“Urut???” Mata dua lelaki itu berpandangan. Ada
sesuatu yang meragukan. Zikri menggaru kepalanya. Rasanya
tadi dia ke klinik, bukan pusat urut. Aduh!!!
Mazliana tunduk melihat kaki lelaki itu. Dia
mengaplikasikan kemahiran mengurut turun temurun arwah
neneknya. Tengku Iskandar menjerit kecil setiap kali jari itu

6
Dyadila

menyentuh kakinya. Zikri pula hanya menjadi pemerhati


setia. Leka melihat doktor muda itu. Matanya jatuh ke wajah
bersih milik Mazliana. Cantik. Dia memuji dalam diam. Tiba-
tiba matanya beralih pada Tengku Iskandar, dia tersenyum
rupanya Tengku Iskandar juga melakukan perkara yang
sama.
“Okey.” Suara itu membuatkan mata Zikri dan
Tengku Iskandar terarah pada wajah Mazliana.
“Awak boleh ambil ubat sejam dari sekarang,”
sambung doktor muda yang memakai name tag Azlin itu
memberi arahan.
“Kenapa sejam doktor? Lamanya?” Zikri bertanya
pelik.
Mazliana memikir ayat yang sesuai. Matanya
melilau mencari idea. Tu la menipu lagi, kan dah susah, bisik
hatinya. Matanya kembali kepada dua lelaki yang asyik
memandangnya. Dia tersenyum lagi.
“Sebab klinik saya dah kehabisan ubat, so lagi sejam
awak datang balik. Okey awak berdua bolehlah keluar.” Satu
senyuman kecil dilemparkan.
Sebaik sahaja bayang dua pemuda itu tidak
kelihatan, Mazliana melepaskan keluhan berat. Dia memikir
kembali pembohongan kecil yang dibuat. Hesy, kerja gila.
Nasib baik terseliuh buatnya sakit jantung. Tak pasal-pasal!
Pantas dia membuka jubah putih yang dipakai. Tak mahu
akan ada salah faham lagi selepas ini. Mazliana melangkah
keluar dari bilik menuju ke kaunter pendaftaran.
“Kak Ani, kenapa benarkan pesakit tu masuk?”
“Hah? Kenapa pulak?” Dahi wanita berusia awal
tiga puluhan itu berkerut.

7
Doktor Cinta

“Kak Lin tak ada dalam bilik, Kak Ani tak nampak
ke dia keluar tadi?”
“La... akak tak tahu pulak Doktor Lin tak ada, habis
macam mana pula mamat hensem tu tak kata apa-apa
pulak?”
Mazliana mencebik, mamat hensem ke? Hesy, tak
ada maknanya hensem, gabra semacam. Tak tahu langsung
erti kesabaran.
“He he he... sebab Maz yang jadi doktor.” Keningnya
dijongket-jongketkan beberapa kali. Senyuman nakal muncul
di wajah.
“Ya Allah budak ni, biar betul?”
“Betullah, Doktor Cinta.” Mazliana tergelak besar.
Kak Ani hanya mampu menggelengkan kepala. Dia
lebih senang apabila bersama Mazliana berbanding Azlin.
Azlin seorang yang tegas tapi adiknya seorang gadis yang
periang dan sentiasa tersenyum. Kadangkala ada saja benda
yang dia buat membuatkan orang ketawa.

“SEMUA kau punya pasal.” Tengku Iskandar memandang wajah


selamba Zikri. BMW hitam bergerak perlahan meninggalkan
klinik.
“Bukan aku yang buat kau jadi macam tu, biasalah
dalam permainan bola sepak kalau tak jatuh bukan mainlah
namanya, kan?” Wajah berkerut Tengku Iskandar dikerling
sekilas di sebalik cermin mata hitam.
Bukan sehari dua dia kenal Tengku Iskandar Tengku
Mazlan, tapi sejak kecil lagi. Sikap panas baran sahabatnya itu

8
Dyadila

tak pernah surut. Lagi semakin bertambah dari berkurang


ada la.
“Doktor tu satu, suka hati mulut dia aje nak
bercakap.” Tengku Iskandar melihat kakinya. Sakitnya sudah
berkurang. Cuma bengkaknya sudah kelihatan.
“Ala... aku tengok kau pun syok tadi kena urut
dengan dia.”
“Kata aku. Kau pun apa kurangnya, mata macam
nak terkeluar pandang muka dia.” Gelak mereka kedengaran.
Masing-masing tidak lupa kenangan bersama doktor muda
itu.

PERISTIWA di klinik masih terbayang-bayang. Mazliana


menggaru kepalanya beberapa kali. Puas juga dia dimarahi
Azlin. Tapi dia yakin marah Azlin kepadanya tidak akan lama.
Dia cukup faham dengan perangai kakaknya itu.
“Hai... jauh anak mak ni mengelamun.” Puan
Maznah duduk di sebelah anaknya.
“Emmm... tak jauh mana pun mak. Sekarang ni
minyak mahal, tak boleh jauh-jauh sangat,” usik Mazliana.
“Hesy, macam tu pulak, main-main ek.” Pipi gebu
anaknya dicubit perlahan.
“Kenapa muka kakak tu semacam aje mak tengok?”
sambungnya lagi.
“Entahlah mak, gaduh dengan Si Johan tu kut,”
jawab Mazliana mengelak.
Tangannya kembali menari di atas kanvas. Satu per
satu warna dicalit. Cuba menyembunyikan masalah sebenar.

9
Doktor Cinta

Takkan nak bagi tahu sebab aku muka kakak masam semacam
aje kut. Hesy, kantoi ar nanti.
“Amboi, sedapnya bahasa anak mak ni!” Puan
Maznah menampar lembut bahu anak manjanya itu. Lukisan
yang terlakar di depan matanya dipandang. Cantik! Memang
anaknya itu sejak kecil lagi sudah berbakat.
“Anak mak lukis apa ni?”
“Emmm... perasaan.” Mazliana tersenyum dengan
jawapan itu. Itulah tema hasilan terbarunya itu.
“Perasaan???” tanya Puan Maznah tidak faham.
“Emmm... lukisan yang menggambarkan perasaan
kita manusia yang tak dapat diluahkan, tapi calitan warna ni
boleh menerangkan segala-galanya.”
Berkerut dahinya mendengar penerangan jelas dari
mulut anaknya itu.
“Tak fahamlah tu....” Mazliana bersuara lagi. Melihat
wajah maknya menunjukkan wanita itu tidak memahami.
Puan Maznah tersenyum, anaknya terlebih dahulu membaca
apa yang bermain di mindanya.
“Manalah mak tahu, kalau cerita pasal ikan masak
asam pedas mak fahamlah.” Ketawa mereka bersatu.
“Memandangkan mak memahami ikan masak asam
pedas, apakah gerangannya jika tuan hamba memasaknya
esok untuk hamba, kerna teringin benar rasanya tekak ini.
Oh, sedapnya.” Terbayang ikan pari masak asam pedas.
Perghhh... terangkat kalau mak mentua lalu pun buat tak
nampak.
“Boleh saja tapi dengan satu syarat... tolong urutkan
beta dulu, sakit-sakit badan beta ni. Terasa-rasa aje tangan
ajaib anakanda beta ini urut,” usik Puan Maznah lagi.

10
Dyadila

“Amboi... beta tuuu mak. Baiklah, patik menurut


perintah tuanku.” Sekali lagi dia gelak besar.
Maknya adalah wanita teratas dalam hidupnya tak
mungkin ada pengganti. Pantas tangannya memainkan
peranan. Puan Maznah tersenyum menikmati urutan
anaknya. Rasa syukurnya melimpah apabila melihat anak-
anak yang semakin berjaya.

PAGI itu seperti biasa Mazliana akan menghabiskan masa


di taman. Sudah menjadi kebiasaannya, dia cukup gemar
berjoging. Oleh kerana hari minggu, kakaknya awal-awal lagi
sudah angkat tangan tak nak ikut. Maknya pula sibuk dengan
kenduri rumah Kak Senah Kepo, nak ajak ayah lagilah jangan
harap.
Tapi macam biasa Mazliana Haji Nordin akan
teruskan moto hidup, bukan beli kari tapi berdiri di atas kaki
sendiri. Matanya memerhati keadaan sekeliling, mana tahu
kut ada mamat-mamat hensem yang sesat nak join dia
berjoging, he he he... ewah so gatal. Sempat discan ke kiri
dan ke kanan. Sejak-sejak tak ada kerja ni dia suka cari kerja
yang tak berapa berfaedah.
Peluh sudah menitis bermakna jogingnya kali ini
berjaya walaupun hanya seorang diri. Larian diteruskan
namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang wanita
yang sebaya maknya duduk di bangku rehat. Mukanya
berkerut seperti menahan sakit.
“Mak cik kenapa ni?” tanya Mazliana prihatin.
Wajah wanita itu dipandang, gayanya nampak
seperti baru lepas berjoging. Wah... main teka-teki pula, suka

11
Doktor Cinta

hati baca riak muka orang. Mazliana sudah duduk di sebelah


wanita itu.
“Entahlah, ni pinggang mak cik ni tiba-tiba sakit.”
“Mak cik datang sorang aje ke ni?”
“Driver mak cik hantar tadi tapi dia balik sebab
anak dia demam panas.”
Mazliana mengangguk perlahan. Fuh... ada driver
tu! Ada driver tu maknanya kayalah. Lagi mau terkejut.
“Emmm... saya hantar mak cik baliklah kalau
macam tu?”
“Eh, tak menyusahkan ke? Tak apalah, mak cik
tunggu. Tadi anak mak cik kata dia akan datang ambil mak
cik.”
“Hesy... panas ni mak cik, nak tunggu apa lagi. Mari
saya hantarkan.”
“Iyalah,” jawab wanita itu bersetuju.
Mazliana tersenyum. Akhirnya dia berjaya memujuk
wanita itu. Baiknya dia hari ni, nasib baiklah mak cik ni
jumpa aku yang baik hati. Mazliana tersenyum memuji diri
sendiri. Mazliana membantu langkah mak cik yang entah
siapa namanya.
Sebaik sahaja mereka keluar dari taman, langkah
diatur sedikit perlahan. Eh! Macam mana nak hantar mak cik
ni? Dia mana ada kereta.
“Mak Cik sebenarnya...” Belum sempat dia ingin
menjelaskan keadaan sebenar, sebuah BMW series warna
hitam muncul betul-betul hampir nak merempuh mereka.
Menjerit tayar kereta ala-ala KL drift.
“Hesy... gila ke bawa kereta macam ni?” marah
Mazliana. Sia-sia kerajaan buang banyak duit semata-mata

12
Dyadila

nak buat papan tanda kurangkan laju. Tapi langsung tak


diguna pakai.
Seorang pemuda keluar dari kereta itu sambil
menanggalkan cermin mata hitamnya, terus mendapatkan
wanita di sebelahnya. Tangan wanita itu dicium perlahan.
Mazliana memandang lama.
Macam pernahku lihat mamat ni tapi dekat mana
ek? Pelakon ke? Hesy... tak mungkin! Pantas rambutnya
ditarik ke depan menutup separuh wajah.
“Maaf Mak Engku, Zik lambat... kereta pula buat
hal. Tu bawa kereta Is ni.” Nasib baik dia cepat, kalau tidak
mesti kena bambu dengan Tengku Iskandar.
“Tak apa Zikri, lagi pun tak lambat mana pun.” Zikri
tersenyum matanya beralih ke wanita yang berdiri tak jauh
dari mereka.
“Kenapa Mak Engku ni?”
“Pinggang ni sakit sikit.”
Wajah lelaki itu berubah risau, tangannya terus
memegang tangan wanita di sebelahnya mengambil alih
tempatnya tadi. Mungkin anak dia. Tapi wajah lelaki itu
mengundang resah di hatinya. Kantoilah macam mana boleh
jumpa pula mamat ni.
“Eh, doktor buat apa dekat sini?”
La... mamat dekat klinik tu ke. Baru Mazliana dapat
ingat jelas wajah itu. Matilah aku!!! bisiknya perlahan.
“Zikri kenal ke? Nasib baik dia ada tolong Mak
Engku, kalau tidak... tak tahulah macam mana Mak Engku
nak jalan.”
“Emmm... rasanya kenal. Dialah doktor...”
“Eh... dah lewat ni, saya balik dulu. Lagipun ada hal

13
Doktor Cinta

sikit nak buat.” Potong Mazliana apabila lelaki itu seperti


mahu memperkenalkan dirinya kepada wanita itu.
Mazliana melangkah laju meninggalkan dua insan
yang masih memandang ke arahnya. Jangan pandang
belakang Mazliana, terus jalan kalau nak hidup lama.

14
Dyadila

Bab 2
M
AZLIANA membawa
lukisan hasil tangannya
ke klinik. Sengaja dia ingin
menghadiahkan satu lukisan untuk kakak kesayangannya.
Bukan apa, sengaja nak ambil hati, maklumlah baru lepas
kena marah. Salah dia juga yang buat lawak yang tak berapa
nak lawak. Kes penyamarannya itu boleh disabitkan sebagai
satu kesalahan jenayah. Itulah yang dibebelkan Kak Lin.
“Hai... apa mimpi bagia karya mahal Maz ni dekat
akak?” Azlin berdiri sambil bersandar di tepi kaunter. Pagi ini
kliniknya masih belum ada pesakit. Tahu sangat taktik
adiknya.
“Ala... sengaja nak menghiasi klinik buruk Kak Lin
ni.” Bulat mata Doktor Azlin mendengar kata-kata adiknya.
Mazliana menyangkut sendiri lukisan pemandangan
senja itu di sudut tepi klinik yang memang kosong. Memang
dah menjadi tugas tak rasminya menjaga keceriaan klinik
milik kakaknya itu. Ewahhh! Hakikatnya itu sebenarnya satu
umpan untuk memancing semula hati kakaknya.

15
Doktor Cinta

“Buat apa sebenarnya ni?”


“Lukisan sebenarnya boleh dijadikan terapi, tahu
tak? Kalau pesakit-pesakit akak datang tak adalah asyik baca
maklumat tentang diabetes, darah tinggi, jantung segala ni.”
Jarinya menunjuk ke arah paparan yang melekat kemas di
dinding klinik.
“Emmm... yalah tu, ke nak ambik hati akak?”
“Hesy... akak ni tak baik tahu tak buat tuduhan
macam tu, tak baik untuk kesihatan. Ada fakta yang
menyatakan bila dahi kita dikerutkan seperti yang akak buat
tu proses penuaan akan lebih cepat. Itu sebab sekarang ni
kalau akak jalan dengan mak mesti orang ingat mak tu adik
Kak Lin tahu.”
“Amboi... sedap mulut tu mengata ek. Mari sini biar
akak jahit sikit.”
Ketawa Mazliana kedengaran. Kak Ani turut sama
tersenyum mendengar telatah Maz.
“Hah, cantik tak Kak Ani?” tanyanya sambil
memeluk bahu wanita itu.
“Cantik... tak sangka Maz pandai melukis macam
ni.”
“Dia ni bukan pandai melukis aje Kak Ani, pandai
menari, pandai bercakap dan apa yang penting dia ni pandai
berlakon, sampai jadi pandai menipu,” sindir Azlin. Sengaja
mengusik adik kesayangannya.
“Ala... nak perli orang ar tu tapi disebabkan
kepandaian yang melampau inilah Kak Ani, Doktor Azlin ni
dapat Si Johan tu tau!” Giliran Azlin pula terkena.
Johan atau Doktor Johan adalah salah seorang
pensyarahnya. Johan jatuh cinta pandang pertama apabila

16
Dyadila

Azlin menghantar tugasan adiknya Mazliana. Tak pasal-pasal


dia yang sangkut.
“Ek, akak tolong Maz tau!” ujar Azlin. Mazliana
mencebik, alasan Azlin tak diterima.
“Emmm... yalah tu. Tolong sambil menyelam
minum air. Orang suruh tolong hantarkan tugasan, dia boleh
pula jual minyak dengan Si Johan tu, Kak Ani.” Kata-kata itu
membuatkan lengannya menjadi mangsa cubitan. Sakit. Kak
Ani ketawa kecil.
“Kan Maz ni Doktor Cinta, mestilah pakar dalam
bab-bab macam ni, kan?” Kak Ani pula menyampuk. Sengaja
mengusik anak manja kesayangan Haji Nordin itu.
“Pandai pun Kak Ani ni. Tak sia-sia Maz turunkan
ilmu. Bagus, bagus.” Pujian Mazliana membuatkan Kak Ani
tersipu-sipu malu.
Azlin mencebik. Sekali lagi lengan adiknya menjadi
mangsa. Hesy, kalau adalah perang yang bersenjatakan
cubitan dah confirm Kak Lin menang.
“Dahlah jom, kata nak keluar makan.”
“Ni yang sayang Kak Lin ni, tahu aje bila perut
orang ni dah berbunyi. Jom Kak Ani. Doktor Azlin nak
belanja!”
“Eh, tak apalah. Kak Ani tunggu klinik. Lagipun
akak dah makan tadi.”
“Okeylah kalau macam tu Kak Ani, jangan sampai
Kak Ani pun menyamar jadi doktor sudah.” Ucapan Azlin
membuatkan Mazliana terkedu. Dia tahu kakaknya sengaja
mengusiknya.
Kak Ani hanya ketawa perlahan. Azlin menjeling.
Memang kalau ikutkan hatinya masih marah dengan

17
Doktor Cinta

Mazliana tapi selama manalah marah itu akan bertahan.


Sejak kecil kalau mereka bergaduh pun mesti tak sampai
sehari. Mazliana bukan saja adik malah teman dan kawan
baiknya. Mazliana juga kadangkala menjadi kakaknya.
Mereka singgah di Restoran Melayu, makanan di
sini memang pergghh! Sedap gila!!! Tambah-tambah gulai
lemak masam manis, rugilah kalau siapa tak makan. Macam
biasa mereka mengambil tempat yang sedikit jauh dari orang
ramai. Itulah Azlin. Dia sukakan tempat yang privasi. Sedang
asyik Mazliana melayan perasaan dia dapat menangkap
bayangan Johan yang berjalan ke arah mereka.
Muncung ditarik ke depan, selera makan yang tadi
membara padam tiba-tiba.
“Akak ajak dia sekali ke?” Suaranya kedengaran
malas.
“Yup... lagipun akak memang dah janji dengan dia
nak makan sekali.”
“Kenapa tak cakap awal-awal? Tak sukalah macam
ni!”
Ucapan itu membuatkan Azlin tersenyum. Dia tahu
adiknya itu tak pernah selesa dengan Johan. Semuanya
disebabkan perang dingin yang dilancarkan Mazliana kepada
bekas pensyarahnya itu.
“Kenapa pula? Apa yang Maz tak suka sangat
dengan Abang Johan tu?”
“Hello girls.” Johan tersenyum memandang ke arah
tunang dan bakal adik ipar kesayangannya itu. Wajah masam
mencuka Mazliana sudah menjadi hiasan biasa wajah itu.
“Abang tak ada kelas ke?” Suara Azlin kedengaran
memecah kesunyian antara adik dan tunangnya.

18
Dyadila

“Emmm... tak ada cuma malam nanti pukul lapan.”


Kata-kata itu begitu lembut di gegedang telinganya. Cis,
depan kakak aku pijak semut pun tak mati. Kalau dalam kelas
mahu nak terkeluar anak tekak menjerit. Atuk gajah pun
boleh kena serangan jantung.
“Maz apa khabar?”
“Baik.” Ringkas jawapannya acuh tak acuh.
“Lama tak jumpa Maz, makin tembam abang
tengok.”
Maz mencebik. Makin tembam dia kata aku?
Kurang asam jawa! Kau ingat kau tu hensem sangat??? Kakak
aku aje buta mata, buta hati, buta cinta, bebel Maz dalam
hati.
Mazliana betul-betul tak selesa. Berdepan dengan
bekas pensyarahnya itu ibarat dia menahan kentut. Senak
perutnya. Doktor Johan Datuk Hashim, anak orang kaya yang
banyak mencetuskan kemarahan di hatinya.
“Helo? Ha la ya ke? Okey, okey... aku datang
sekarang.” Tiba-tiba Maz memecah kesunyian. Nokia 3310
nya didekatkan di telinga.
“Aik, tak dengar bunyi telefon pun?” tanya Azlin
pelik.
“Silent mode. Okeylah, Maz ada hal. Sorry tak dapat
join makan sekali. Kita makan dekat rumahlah ek.” Pantas
Mazliana meninggalkan kedua-dua insan itu. Lagi lama dia
dekat situ lagi panas sistem penjanaan otaknya.
“Sorry abang, tak sangka dia buat lagi,” ucap Azlin
kesal. Johan hanya tersenyum.
“Marah betul dia dengan abang, kan?” Kenyataan
itu membuatkan Azlin turut tersenyum.

19
Doktor Cinta

“Sebab dia marahkan abanglah kita dapat jumpa


dan sampai sekarang ni bahagia, kan?” Kata-kata Azlin
mencetuskan ketawa kecil Johan. Mazliana bekas pelajarnya
yang banyak menimbulkan kontroversi sehinggakan semua
pensyarah akan bercakap mengenainya.
Masih teringat kepetahan Mazliana mematahkan
hujahnya ketika di dalam kelas. Masih terbayang bagaimana
pelajarnya itu mempengaruhi dekan fakulti seni untuk
menerima projek akhirnya selepas direject oleh Johan.
Mungkin disebabkan banyak salah faham antara mereka yang
membuatkan hubungan mereka jauh begini walaupun
mereka bakal menjadi sebuah keluarga.

MAZLIANA menyumpah-nyumpah dalam hatinya, kenapalah


hatinya panas bila bertentang mata dengan Si Johan tu, kalau
boleh sekarang juga dia memaksa kakaknya memutuskan
pertunangan dengan lelaki itu. Hesy, tak masuk dengan jiwa
rock aku pensyarah macam tu.
Memanglah tak sampai kesalahan dosa besar yang
Si Johan tu buat, tapi dia sendiri tak tahu kenapa akalnya tak
boleh memproses perkataan maaf untuk lelaki itu. Hakikatnya
dia bakal menjadi abang ipar aku.
Tiba-tiba matanya terpandang seorang yang seperti
dikenali. Hah??? Bukan mamat dua orang tu ke? Kenapa pula
ada scene pertembungan macam ni. Alamak! Sembunyi,
sembunyi! Cepat selamatkan diri. Dia hilang di sebalik orang
ramai yang lalu lalang. Cukup yakin mamat yang berdiri di
tepi kereta itu memandang ke arahnya.
“Kau tengok apa tu Is?”

20
Dyadila

“Entah, aku macam perasan seseorang tadi. Macam


nak berjalan ke sini tapi tiba-tiba hilang,” ujar Tengku
Iskandar.
“Siapa?” Mata Zikri turut mencari gerangan yang
dimaksudkan. Terlalu ramai yang berdiri di tempat yang
dimaksudkan oleh Tengku Iskandar, dia sendiri tak tahu yang
mana satu.
“Dahlah kita dah lambat ni. Jom!” arah Tengku
Iskandar, baginya masa itu lebih bernilai dari emas.
Mazliana menarik nafas lega. Hesy, dahlah hari tu
sikit punya payah nak melarikan diri. Tak sangka pulak mak
cik tu mak pemuda yang ditipunya. Kalau lambat bertindak
mesti mati dia terjerat dengan penipuan tak disengaja itu.
Macam mana kalau mamat tu tahu dia menipu? Matilah kau
Mazliana, terbayang kehidupannya di dalam penjara. Fuh,
malang betul! Takutnya, muka secantik dia terpaksa dikurung
di penjara.
“Wei, apa hal termenung dekat sini?”
Hampir luruh jantungnya disergah begitu. Dia
kembali ke alam nyata. Matanya tepat memandang seorang
wanita yang tak berapa cukup wanitanya. Dengan jeans lusuh
yang koyak bahagia lutut, rambut berwarna-warni. T-shirt
yang dipakai juga berwarna hitam. Lama matanya meneliti
cuba mengenalpasti siapakan gerangan minah rempit di
depannya.
“Wei Maz, kau jangan buat muka tak ada perasaan,
akulah Syamin a.k.a Mimi comel.” Ingatannya kembali
berputur. Mimi comel? Mendengar gelaran itu secara
automatik tekaknya loya.
“La... kau ke Mimi Al-Bosan.” Sebaris gelaran itu
membuatkan mereka berpelukan dan ketawa. Lama juga dia

21
Doktor Cinta

tak jumpa dengan kawan baiknya itu. Rasanya hari konvokesyen


adalah hari terakhir. Mereka terputus hubungan. Masing-
masing bawa haluan sendiri. Mana mungkin dia lupakan
Syamin teman sebantal dan sepinggannya.
“Kau buat apa dekat sini?” soal Syamin.
“Buat bodohlah.”
“Tak payah buat, dah terserlah pun.” Mereka ketawa.
Trademark mereka sudah keluar.
Mazliana berjalan mengelilingi Syamin. Matanya
meneliti dari atas ke bawah, keningnya terangkat melihat
wajah yang pelik tapi benar. Syamin agak berbeza dari
kebiasaan. Kalau tak silap Syamin sekarang setiausaha tapi...
“Lamanya tak jumpa kau tapi kenapa kau macam...”
“Aku baru balik dari latihan teater la. Ni watak
terbaru aku.”
“Teater? Bestnya! Kau aktif lagi ke?” Satu-satunya
tempat yang membuatkan mereka bertambah serasi. Mereka
berkongsi minat yang sama, masing-masing teruja dalam
bidang teater dan bidang kesenian.
“Eh mestilah. Aku mana boleh berpisah dengan
dunia pementasan.” Syamin tersenyum bangga dengan
kenyataannya.
“Kau macam mana? Apa kau buat sekarang?” tanya
Mimi lagi. Dia lihat Mazliana masih macam dulu.
“Aku macam nilah. Tak buat apa, tanam anggur
dekat depan rumah aku.” Mazliana tersenyum, mungkin
belum ada kerja yang kena dengan jiwanya. Bayangkan
sepuluh kali pergi temu duga. Dia dah cukup serik.
“Hai... best student macam kau tak ada kerja?” perli
Syamin.

22
Dyadila

“Amboi perli aku nampak? Kau kerja dekat mana


sekarang?” Giliran Mazliana mengajukan soalan.
“Aku kerja dekat MM Holding, yang penting lari
jauh dari ijazah yang aku ada. Setiausaha tu beb, jangan tak
percaya.” Syamin menjelaskan kedudukannya.
“Baguslah tu dari tak kerja langsung. Jomlah kita
minum-minum, makan-makan. Kau belanja.” Maz memeluk
bahu sahabatnya itu.
“Amboi... aku pulak yang kena.”
“Yalah, aku bukan ada kerja pun.” Mazliana tayang
muka kesiannya.
“Kau ni tak pernah berubah, pandai betul
memanipulasi orang ek. Jomlah.” Mereka berjalan seiringan,
masih banyak yang ingin dibualkan. Tambah-tambah tentang
rahsia-rahsia yang masih menjadi rahsia.
Syamin Farhana Mohd Tahir. Jangan mudah tertipu
dengan wajah naifnya, kawan dan teman merangkap sahabat
Mazliana sejak kecil lagi. Mereka membesar di kampung yang
sama. Terpisah bila Syamin berjaya melanjutkan pelajaran ke
MRSM dan bertemu kembali di universiti. Muka aje selamba
tapi result gempaq. Moto hidup dia, belajar biar lepak result
biar gempaq. Merupakan anak Pak Tahir, jutawan kampung.
Anak orang kaya sebenarnya sebab dekat kampung pun
rumah dia ada orang gaji. Moral of the story, jangan hina
orang kampung sebab orang kampung sekarang suka low
profile.

23
Doktor Cinta

Bab 3
T
ENGKU MARIAM tersenyum
melihat gelagat gambar anak-
anaknya ketika kecil. Terasa baru
semalam Zikri masuk ke dalam keluarga mereka. Kini
kedua-dua anaknya itu sudah dewasa. Sejak kecik tak pernah
berenggang, di mana ada Tengku Iskandar di situ juga ada
Zikri Alif.
Peristiwa tiga tahun dulu terkesan hingga kini,
disebabkan perempuan tak guna itu, hati anaknya terluka.
Tengku Iskandar banyak berubah, dia ada mendengar
rungutan pekerja syarikat yang mengadu anaknya terlalu
tegas di pejabat. Kalau dulu wajah itu selalu tersenyum tapi
selepas kegagalan cinta pertamanya sikap Tengku Iskandar
berubah.
Nasib baik ada Zikri, dia tahu Zikri bukan saja anak
yang baik malah menjadi teman terbaik anaknya. Dari kecil
semua isi hatinya akan diluahkan pada Zikri. Malah selalunya
dia akan menggunakan Zikri untuk mengetahui kisah anak
bujangnya itu. Satu lagi peristiwa yang membuatkan dia
sesak nafas sekarang adalah bilalah anak-anaknya itu nak

24
Dyadila

menamatkan zaman bujang. Bukan seorang dua gadis yang


dikenalkan malah berpuluh tapi semua direject mentah-
mentah.
“Ni dia yang kau nak,” Zikri meletakkan Nasi
Goreng Pattaya Restoran Ambang di atas meja. Tengku
Iskandar tersenyum manja. Zikri mencebik. Dia menarik
kerusi di depan Tengku Iskandar dan duduk bersandar di situ.
“Ni yang aku sayang kau ni. Kaulah saudara aku
dunia akhirat Zik.” Aroma nasi goreng pattaya kegemarannya
itu dicium dengan rasa tak sabar.
Hakikat sebenarnya bukan mamanya tak boleh
masakkan nasi goreng tersebut untuk dia malah lagi sedap,
tapi sengaja dia mendera Zikri. Bukan senang nak buli
sahabat merangkap abangnya tu.
“Banyaklah dunia akhirat. Kau tahu tak jauh gila
restoran tu, banyak kerja terpaksa tangguh.” Suaranya
sengaja dikuatkan biar semua orang dengar. Zikri memang
aset penting MM Holding. Kalau bukan Zikri yang
membantunya mungkin dia tak akan sempat untuk duduk
diam macam sekarang.
“Ala... lagipun aku jadi macam ni pun sebab kau,
kan.” Tengku Iskandar mengangkat kakinya yang pernah
sakit itu.
“Amboi... bukan kaki kau tu dah dua minggu baik?
Sengaja nak mengada-ada, kan?” Senyuman lebar Tengku
Iskandar membuatkan dia mencebik.
Tengku Mariam menuruni tangga sambil
tersenyum. Riuh rendah suara anaknya dan Zikri
membuatkan hatinya tertarik untuk menyertai mereka. Dia
suka bila Tengku Iskandar bersama Zikri, anaknya itu akan
menjadi dirinya sendiri. Bukan lagi Tengku Iskandar pewaris

25
Doktor Cinta

MM Holding yang sentiasa tegas dan tak mungkin akan


memberi senyuman kepada pekerjanya.
“Apa mama dengar bising-bising ni?”
“Ni Is buli Zik, Mak Engku.” Zikri mengadu sambil
memeluk bahu wanita yang selama ini menjaganya dengan
limpahan kasih sayang. Cuma sejak dia berkerja di MM
Holding dia memilih tinggal di kondo hadiah dari Tengku
Mazlan. Katanya lebih suka hidup berdikari. Seminggu juga
Zikri mendengar bebelan Mak Engku.
“Hah? Iskandar!!!” Bulat matanya mendengar aduan
anak angkat kesayangannya itu. Lengan anaknya dicubit
perlahan. Kasih sayangnya antara Zikri dan Tengku Iskandar
tak pernah berbeza.
“Mama dengarlah cakap budak ni bukan boleh
pakai. Dia buli Is adalah, sampai patah-patah kaki orang tak
fikir?” Suaranya tegas.
“Eh... pembetulan, bukan patah tapi terseliuh.
Amboi... pandai-pandai buat fitnah ek. Lepas tu tokok tambah
cerita.” Zikri masih bermanja dengan Tengku Mariam.
“Sama ajelah, ejaan aje lain.”
“Kalau kaki kau patah mesti sampai sekarang tak
elok lagi tahu.” Masing-masing masih menegakkan hujah.
Macam anjing dengan kucing aje tapi bila tak jumpa kang
sibuk tanya. Tengku Mariam menggeleng perlahan.
“Hah... dah, dah! Jangan nak macam budak kecik,
awak dua orang tu dah besar panjang.”
“Anak manja mama ni la.” Tengku Iskandar
menunjuk ke arah Zikri.
Memang Zikri anak angkat kesayangan mamanya
sampai kadangkala dia sendiri terasa hati tapi masa kecik

26
Dyadila

dululah, sekarang ni tak mungkin. Zikri sendiri dah macam


saudaranya.
Zikri tersenyum lalu mencapai sebungkus nasi
goreng pattaya di depan Tengku Iskandar pantas tangannya
menyuap nasi ke dalam mulutnya. Bulat mata Tengku
Iskandar melihat gelagat Zikri. Tak sempat dia menyelamatkan
nasinya.
“Wei Zik, tu nasi akulah!” jerit Tengku Iskandar
kuat.
“Ada aku kisah?” Selamba mulutnya mengunyah
nasi yang sudah penuh di dalam mulut. Langsung tidak
mempedulikan wajah masam Tengku Iskandar.
Tengku Mariam hanya ketawa melihat telatah anak-
anaknya. Hatinya terhibur, memang kehadiran Tengku
Iskandar dan Zikri menceriakan hari-harinya. Dengan adanya
kasih sayang anak dan suami, dia sudah menjadi wanita yang
sempurna. Cuma kadangkala dia rasakan lebih bahagia jika
ada anak perempuan dalam keluarganya.
Zikri Alif bersyukur melihat Tengku Iskandar yang
semakin pulih. Dia sudah cuba sedaya upaya menarik Tengku
Iskandar keluar dari rasa kecewa dan dunia derita akibat
ditinggalkan wanita pujaannya. Tapi dia tahu Tengku Iskandar
bukanlah seorang lelaki yang lemah cuma perubahan sikap
Tengku Iskandar yang membuatkan dia kurang selesa.
Tengku Iskandar Tengku Mazlan yang sekarang
agak berbeza. Tengku Iskandar sekarang lebih suka bergaul
dengan perempuan, lebih senang menghabiskan duitnya
kepada perempuan dan apa yang pasti lebih serius bila di
pejabat. Hilang ramah mesranya dengan kakitangan syarikat.

27
Doktor Cinta

MAZLIANA duduk di tepi padang futsal. Melihat anak-


anak muda bermain tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Kalaulah Kak Ida ada mesti dia ada kawan melepak. Mazliana
berjalan sendirian entah ke mana dia sendiri tak tahu. Baru
dua hari lepas dia menjual lukisannya, bangga kerana setiap
lukisannya memuaskan hati pembeli.
Macam tu la caranya kalau agak-agak duit dah nak
sempit, dia akan menjual lukisannya. Tapi untuk menjadi
pelukis yang betul-betul menjual hasil tangannya belum lagi
terniat di hati. Bukan malas tapi baginya seninya bukan
untuk duit. Tapi seninya untuk masyarakat Ewahhh!!! Tiba-
tiba pulak teringat akan kata-kata Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee itu.
“Hai... boleh berkenalan?” Pantas dia menoleh ke
arah jalan. Kereta kancil hitam itu dipandang lama. Cuba
mengecam pemandunya, yang masih tersengih dan tayang
muka yang tak berapa nak hensem.
“Wei, kau ke mangkuk tingkat???” jerit Mazliana
kepada Bobo atau nama dalam IC, Boharin.
“Aku dah hensem sangat ke sampai kau tak kenal
aku?”
“Emmm... hensemlah sampai aku punya jantung
terhenti bila nampak kau tadi,” ujar Mazliana sambil ketawa.
Boharin adalah teman sekuliahnya di Art and
Design. Satu-satunya kawan lelaki yang sehingga kini tahan
dengan perangainya selain arwah Najmi.
“Meh ar masuk pekena teh tarik ke roti canai ke,”
ajak Bobo.
“Kau belanja,” ujar Mazliana sepatah.
Bobo tersengih dan mengangguk.

28
Dyadila

“Kau ni Maz, dari dulu tak pernah berubah,


memang kaki kikis. Aku belanja no, hal punya.”
Mazliana meloncat masuk ke dalam kereta Boharin.
Nasib baik, kalau tak mesti dia terpaksa berebut bas untuk
balik ke rumah. Satu lagi masalah Mazliana Haji Nordin ada
lesen kereta yang disimpan dalam muzium, hanya saat
terpaksa saja akan digunakannya.
Restoran Menanti menjadi pilihan Boharin. Mereka
duduk di tempat yang jauh dari pelanggan yang ada. Mazliana
tersenyum melihat menu utama hari ini, Laksa Johor. Kalau
bab jalan-jalan cari makan serahkan saja pada dia. Tanya
sajalah tempat makan mana yang sedap dekat KL. Mesti
pejam mata dia boleh sampai. Sasarannya sebulan jelajah
lebih enam kedai makan.
“Kau buat apa sekarang? Jangan kata buat bodoh
okey,” tanya Bobo. Siap dengan jawapan yang sudah bermain
di fikiran Mazliana. Macam tahu-tahu aje. Jawapan copy paste
yang nak keluar.
“Ala tak buat apa pun. Aku macam biasalah, bebas.”
Boharin ketawa geli hati. ‘Bebas’ perkataan yang
cukup sinonim bagi temannya itu sejak dulu lagi. Kalau
tidak, takkan Mazliana digelar Burung Merpati di kalangan
kawan-kawan lelakinya. Memang jinak tapi nak tangkap
cukup payah. Contoh yang gagal siapa lagi kalau bukan dia
sendiri.
“Hai... bilalah kau ni nak ditakluk ek... asyik bebas
aje.”
“Ala, kau macam tak kenal aku, bukan senang tahu
nak jadi Mazliana Haji Nordin ni.” Milo ais di depannya
disedut perlahan. Aik, sedapnya air free. Hi hi hi....
“Kau pula buat apa? Dah kahwin?” Giliran Mazliana

29
Doktor Cinta

pula mengajukan soalan yang sama. Cuma tambah sedikit


imbuhan perkataan bagi sedap.
“Aku kerja sendiri aje. Adalah masuk sikit-sikit.
Isteri aku baru seorang, anak baru satu.”
“Hahh??? Fuyooo... powerlah kau, kahwin tak ajak
aku pun ek.”
“Macam manalah aku nak ajak kau, lepas kita habis
belajar aje kau hilang macam tu aje. Kalau aku jumpa kau
mesti aku tak jadi kahwin,” katanya selamba. Terkenang saat
cintanya ditolak oleh Mazliana. Tapi kini hatinya hanya milik
isteri tercinta yang bernama Azinani.
Mazliana mengangguk faham. Seolah-olah apa yang
keluar dari mulut Boharin langsung tak ada kaitan
dengannya. Ala, bukan dia tak tahu kisah cinta Si Bobo ni,
heboh satu kampus. Dia sentiasa mendoakan Bobo dan Nani
akan bahagia hingga ke akhir hayat.
“Mesti... kau dah kahwin, kan?” duga Boharin lagi.
Sengaja mengusik walaupun dia sendiri dah tahu
jawapannya.
“Kahwin?” Mazliana ketawa lagi Bobo di depannya
dipandang
“Aku ni siapalah yang nak, ganas, brutal semacam.
Lelaki pun takut, tahu tak?” sambungnya lagi.
“Emmm... kau tu memilih sangat, aku yang hensem
ni pun kau reject ni mesti nak cari anak raja tak pun kau nak
tangkap Tan Sri ke Dato’ ek?” Tekaan melulu Bobo. Memang
sangat tidak sayangkan mulut. Nasib baik tak jadi kisah
kasutku di bibirmu. Tapi apa yang diucapkan Bobo langsung
tak berbekas di hatinya.
“Hesy... kau ni, antara kita dah memang tak tertulis

30
Dyadila

dalam buku jodoh pertemuan akan bersama. Tapi apa yang


penting kau kahwin dulu sebelum aku.” Mazliana menutup
cerita. Malas dia mengenang peristiwa lama.
Teh O ais gelas besar dihirup perlahan, sesekali dia
memandang ke arah Mazliana yang masih sama cuma rambut
Mazliana kini panjang hingga ke bahu dan diikat satu seperti
ekor kuda. Dulu wajah itu lebih comel berambut pendek dan
sekarang menjadi cantik bila berambut panjang.
“Sekarang kau masih melukis ke?” Sesi soal jawab
masih belum berakhir.
“Lukisan dengan aku mana boleh dipisahkan. Kalau
aku ni tak boleh melukis aku rasa boleh mati. Tahu tak?”
Boharin tersenyum. Dia tahu itulah yang membuatkan
hubungan mereka menjadi rapat. Minat mereka sama.
“Mesti banyak masuk kau ni. Relaks aje aku
tengok,” tanya Bobo. Bukan dia tak tahu nilai hasil tangan
Mazliana sudah menjadi tumpuan sejak mereka di universiti
lagi.
“Emmm... adalah sikit-sikit. Sekarang ni orang kita
dah mula hargai seni.”
“Betul... aku setuju.”
“Alamak, aku dah lambat ni! Aku dah janji dengan
mak aku nak temankan dia shopping. Aduh... ni mesti balik
ni aku kena basuh.”
“Jomlah, aku hantarkan kau.” Pelawa Bobo ikhlas.
“Ni yang aku sayangkan kau ni, macam tahu-tahu
aku nak suruh kau hantarkan.” Ketawa Mazliana membuatkan
Boharin tersenyum. Memang Mazliana tidak pernah berubah.

31
Doktor Cinta

PERLAHAN-LAHAN dia masuk ke dalam ruang tamu


rumah, matanya melilau mencari bayang Puan Maznah. Dia
melepaskan nafasnya perlahan. Macam manalah dia boleh
lupa janjinya. Dia menyesal kerana terlalu sibuk dengan
urusan sendiri. Maklumlah hari ni agak sibuk sukat jalan.
“Kalau orang yang mungkir janji adalah orang yang
munafik.” Suara lembut dari belakang kedengaran dekat di
telinga, Mazliana pejam mata. Aduh... menusuk ke jantung.
Pantas tubuh Puan Maznah dipeluk erat.
“Sorry mak, Maz betul-betul terlupa.”
“Tu la anak, sampai lupakan mak yang melahirkan.”
Hah, mak dah start drama.
“Okey, macam ni la. Malam ni Maz belanja makan
dekat luar, okey?” Mazliana cuba memujuk hati ibu
kesayangannya. Dalam masa yang sama dia sedar Haji Nordin
yang muncul tiba-tiba dari dapur.
“Hah? Betul ni Mazliana Haji Nordin nak belanja
makan? Macam pelik bunyinya.” Haji Nordin menyampuk
dari belakang. Kelihatan dahi ayahnya berkerut. Soalan yang
diajukan agak menyindir.
“Betullah... malam ni kita makan dekat luar, tempat
terserah kepada panel hakim yang arif lagi bijaksana.”
“Okey kita ke Restoran Seri Melayu malam ni,”
putus Puan Maznah. Keputusan nampaknya muktamad. Tiada
talian hayat. Atau talian berbayar atau talian menggunakan
prepaid. Mazliana menggaru kepalanya. Menyikat kembali
rambut kusutnya dengan jari.
“Hah??? Seri Melayu? Mahal tu....” Berkira-kira
dalam kepalanya bajet yang akan dikeluarkan. Ada duit ke ni?
“Aik? Merungut nampak?” Pantas Haji Nordin

32
Dyadila

bersuara, sengaja ditahan tawanya apabila melihat wajah


kerut anak kesayangannya itu.
Mazliana anak yang paling pandai berjimat, juga
paling pandai mengambil kesempatan, nasib baik semua yang
ada dalam hati anaknya itu dah cukup masak baginya. Sekilas
perubahan wajah anak bongsunya itu dia dulu dapat
merasakan. Walaupun dilihat anak gadisnya itu banyak
kekurangan tapi Mazliana ada satu kelebihan iaitu suka
menolong orang. Itu adalah sikap yang memang semula jadi
ada sejak anaknya kecil lagi. Walaupun kadangkala membantu
pada jalan yang salah.
“Emmm... okey beres, yang penting permaisuri hati
ayah ni akan terpujuk hatinya. Patik rela melakukan apa
sahaja, sekalipun patik terpaksa mengorbankan nyawa patik.
Segalanya untukmu.” Mazliana mencium tangan maknya.
Tubuh wanita itu dipeluk lagi.
“Apa merepek ni???” Perlahan pipi anaknya
ditampar. Tak suka dia mendengar ayat yang keluar dari
mulut Mazliana. Akhirnya dia tersenyum. Terpujuk dengan
sikap manja anaknya itu.

33
Doktor Cinta

Bab 4
T
ANGAN melibas-libas tuala yang
dipegang, menari mengikut
rentak muzik. Lagu Mari Menari
Denganku nyanyian Zahid dan Sarah kuat kedengaran.
Tangannya pantas menguatkan lagi volume komputer riba di
atas meja. Sengaja dia berlonjak suka, cuba menghilangkan
beban yang tersangkut di otaknya. Muzik bukan untuk
keasyikan tapi boleh digunakan sebagai terapi.
“Ya Allah, anak dara apa ni? Nak tercabut telinga
mak ni dengar bunyi bising ni Maz oi!!!” Puan Maznah
memperlahankan lagu yang membingitkan telinga. Gelagat
anak daranya dipandang geram.
“Ala mak, kenapa tutup lagu tu?”
“Nak cair tahi telinga mak ni dengar lagu entah
apa-apa kau pasang tu. Tahu tak?” bebel Puan Maznah. Satu
lagi perangai buruk anak daranya. Kalau dengar lagu mesti
macam nak pecah.
“Mak, kalau cair nanti tak adalah mak mengalami
sakit sebab tahi telinga tu keras. Hah, masa tu baru mak

34
Dyadila

berterima kasih dengan anak mak ni,” ujar Mazliana dengan


muka selambanya.
“Banyaklah terima kasih, cepat turun! Ayah panggil
tu. Sarapan sekali.”
“Aikkk? Permata hati mak tu tak kerja ke hari ni?”
Pelik Mazliana sambil menjeling jam di dindingnya sudah
menunjukkan pukul sembilan pagi.
“Tak. Hari ni ayah cuti, katanya ada hal nak bincang
dengan Maz.”
Mazliana menggaru kepalanya. Macam tak sedap
hati aje aku dengar ni, mesti nak promote anak-anak kawan
dia ni. Hesy... ayah ni pun satu, macam dah tak sabar nak
bermenantu. Tunggulah Kak Lin dulu. Ni aku juga yang dia
sibukkan.
Ayahnya seorang bekas guru. Walaupun sudah
bersara tapi perkhidmatannya masih diperlukan di sebuah
rumah anak-anak yatim. Macam biasalah kalau namanya
anak pendidik dia mestilah dididik dengan peraturan yang
kemas. Eh, kemas ke? Bukan ke dia yang selalu didenda masa
dekat sekolah menengah dulu? Siapa yang pecahkan tingkap
sekolah? Anak Cikgu Nordin. Siapa yang ponteng kelas? Anak
Cikgu Nordin. Berbirat jugaklah tangan dirotan oleh ayah
ketika itu.
“Hah! Menung apa lagi tu? Cepat!” Suara Puan
Maznah bergema kembali.
“Baik mak, bagi lima minit nanti Maz turun.”
Tangga dituruni satu per satu. Sambil itu mulutnya
tak henti-henti menyanyikan lagu Rindu. Entah kenapa sejak
kecil itulah penyakitnya pantang duduk sorang pasti berpuluh
lagu akan dihafal. Tapi kalau setakat menyanyi dalam bilik air
bolehlah. Suara macam katak panggil hujan mana boleh buat

35
Doktor Cinta

album nanti menangis pulak Datuk Siti dengar aku nyanyi


lagu dia.
“Hai... awal puteri ayah bangun hari ni?” Hah, dah
kena sindir. Mazliana hanya tersenyum sambil menarik kerusi
bertentangan dengan maknya.
“Emmm... tak adalah awal sangat ayah... biasanya
pukul sebelas, ni kira okeylah pukul sembilan, kan mak?”
kata Mazliana sambil mencapai kuih gelang di hadapannya.
Dikunyah perlahan.
“Subuh ke tak ni?” Pertanyaan ayah membuatkan
dahinya berkerut.
“Hai ayah, ini Mazliana Haji Nordin tau. Mana
pernah tinggal solat. Lagipun kan solat tu tiang agama.”
“Memanglah solat tu tiang agama tapi tidur balik
lepas subuh boleh tutup pintu rezeki, tahu tak?” bidas Haji
Nordin. Mazliana tersenyum. Terkena lagi.
“Mak kata ada hal ayah nak bincang. Kenapa? Ayah
nak kahwin lagi ke?”
Tersedak Puan Maznah saat ayat itu keluar dari
mulut anaknya. Pantas lengan Mazliana dicubit kuat. Geram.
“Aduh! Sakitnya. Alamak, lupa pulak permaisuri
ketam ada dekat sini.” Dia tersenyum melihat jelingan Puan
Maznah. Macam mana mulut ni lancang kuning betul!
kutuknya sendiri. Terdengar ketawa ayahnya masih belum
reda.
“Amboi... ayah kalau cerita pasal nak buka
cawangan baru senyum sampai ke telinga ek! Jangan nak
lebih-lebih ek bos, tadi tu tersasul,” sambung Mazliana.
Giliran Puan Maznah ketawa apabila melihat tawa suaminya
terhenti tiba-tiba.

36
Dyadila

“Sudah, jangan nak kenakan ayah. Malam ni Maz


jangan pergi mana-mana. Ada orang nak datang dalam pukul
sembilan.”
“Emmm... agak dah.” Mazliana bersuara malas.
“Apa yang dah agak?”
“Tak ada apalah ayah, dah agak yang hari ni akan
hujan.”
Mazliana menghabiskan kuih yang baru separuh
dimakan. Puan Maznah hanya memandang kelibat anaknya
bangun dan berlalu dari meja makan. Macam ada yang tak
kena!
“Lain macam aje bang?” tanya Puan Maznah kepada
suaminya.
“Itulah yang abang hairan tu. Selalunya dah awal-
awal lagi membangkang. Dia tak sihat ke?”
“Hesy... abang ni. Elok aje saya tengok budak tu?”
“Jangan dia buat pasal lagi sudah, macam sebelum
ni. Malulah saya dengan Kamal nanti. Apa saya nak cakap
dengan Imam nanti,” bisik Haji Nordin perlahan. Bimbang
jika rancangannya didengari Mazliana.
Mazliana mundar-mandir di dalam biliknya. Sekejap
duduk, sekejap berdiri. Satu per satu langkah diatur seakan
dia mengira silang karpet merah yang dipijak. Hesy... apa aku
nak buat ni? Takkan nak berserah kut? Ke nak pura-pura ayu?
Ke nak buat perkara yang memalukan? Teringat peristiwa
bulan lepas. Menantu pilihan ayahnya anak Imam Mahadi. Si
skema.
“Awak suka makan apa?”
“Nasi,” jawab Mazliana sepatah.
“Baguslah saya pun sama.”

37
Doktor Cinta

“Emmm... awak pandai baca al-Quran?” Mazliana


menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.
“Bolehlah setakat untuk diri sendiri.” Hesy...
mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau
tanya!!!
“Awak kerja apa?”
“Tak kerjalah, duduk rumah. Makan tidur lepas tu
makan lagi sekali-sekala pergi tandas.”
“Saya suka dengar lagu nasyid, mesti awak pun
suka, kan?” Si skema bertanya lagi membuatkan dia
mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya
yang membisik antara satu sama lain.
“Emmm... taklah. Saya suka lagu rock Metalica,
Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan
yang tercipta yang paling seksi... ah ah.” Tiba-tiba Mazliana
berlagu kuat siap dengan gaya. Kamal tersedak. Tersebur
sedikit air dari mulutnya.
“Mazliana!!! Maaf Kamal... anak mak cik memang
macam ni suka bergurau.”
“Emmm... tak apa mak cik.”
“Ehhh... Kamal tak makan ulam ke?” tanya Puan
Maznah
“Emmm... saya tak berapa suka, mak cik.”
Mazliana mencebikkan mukanya. Macam nak
muntah, orang kampung tak makan ulam memang mengada-
ada!
“Ehhh... rugilah awak. Saya suka petai dengan
jering ni, kena pulak makan dengan telur rebus. Fuhhh...
kalau awak tercekik pun mesti saya buat bodoh aje. Lagi satu
kalau awak makan benda-benda ni boleh hadamkan makanan.

38
Dyadila

Kentut pun power giler bau dia, kan mak?” Mazliana ketawa
kuat. Muka Kamal mulai kemerahan. Jelingan mak dan
ayahnya tidak dipedulikan.
Pintunya diketuk perlahan. Dia tersedar kembali ke
alam nyata. Perlahan dia bangun merapati pintu bilik. Wajah
maknya menjenguk sebelum sempat dia membuka pintu.
“Maz! Tak siap lagi? Dah pukul berapa ni. Cepatlah!”
Eh... mak ni macam aku nak nikah pula malam ni.
Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Mak dan ayah
memang tak serik-serik memadankan dia dengan si skema
tu.
Mazliana gelisah sendiri di dalam bilik. Kak Lin tak
ada pula, gatal nak kursus masa ni juga kalau tidak ada juga
orang nak selamatkan aku. Kepalanya ligat berfikir. Tiba-tiba
dia tersenyum. Senyuman yang membawa seribu erti.
Tingkap bilik yang terbuka luas dipandang.

DARI tadi dia tak berhenti ketawa. Tak dapat dibayangkan


bagaimana rupa Si Kamal tu bila sedar dia dah lari. Nak
sangat kenal dengan aku, hah ambik kau! Mesti lepas ni kau
tak sanggup nak datang dah. Wajah Syamin yang berkerut
seribu dipandang. Nasib baik Syamin sempat sampai tepat
pada masanya, kalau tidak...
“Hah! Maknanya ni kau larilah?” jerit Syamin.
“Kalau ya pun terkejut, tak payahlah over sangat
sampai macam tu,” ngomel Mazliana.
Syamin tersenyum. Wajah temannya dipandang.
“Patutlah kau kata soal hidup mati, sampai aku nak

39
Doktor Cinta

mekap pun tak sempat,” kata Syamin dengan muka yang


tersengih. Kelakar agaknya.
“Ala setakat minum tepi jalan macam ni tak payah
kau nak membazir mekap tu.”
“Eh... kau jangan tak tahu, kadang-kadang di
tempat-tempat terbuka macam ni la jodoh kita sampai.
Bukannya kita tahu.” Kata-kata Syamin membuatkan dia
ketawa sendiri.
“Dahlah Mimi, jangan nak berangan.”
“Habis kau keluar ikut mana tadi?”
“Tingkap.” Pendek saja jawapan Mazliana tapi cukup
membuatkan tawa Syamin kuat kedengaran.
”Wei, kontrol sikit gelak tu. Mamat sebelah tu asyik
tengok aje, tak nampak?” tegur Mazliana lagi. Tawa Syamin
terhenti tiba-tiba. Pantas dia berpaling ke arah yang
dimaksudkan Maz.
“Hesy... kau ni kenapa tak bagi sign dari tadi? Malu
aku!”
“Dia yang gelak tak ingat dunia, salahkan aku pula!”
usik Maz. Suka dia melihat temannya yang kembali berlakon
ayu. Dasar pelakon terbaik betullah.
“Tak ingat dunia tak apa tapi akhirat aku ingat
sentiasa.” Syamin menyedut air fresh orange di hadapan.
Cuba mengawal keterlanjurannya tadi. Beberapa mata yang
melihat dihadiahkan dengan senyuman manis.
“Kalau duduk dengan kau mesti sifat keayuan aku
ni hilang,” sambung Syamin lagi.
“Ala, keayuan kau tu memang plastik pun. Macam
aku tak tahu. Macam manalah mak dan ayah aku sekarang
ni? Mesti hijau muka si skema tu bila tahu aku lari.”

40
Dyadila

Ketawanya meletus lagi membuatkan Syamin langsung


terkedu.
“Kau ni dah jodoh datang ke rumah, kau lari. Kalau
aku, Dataran Merdeka aku tadahkan. Sekarang ni bukan
senang nak cari lelaki yang baik, Si Kamal tu cikgu lagi. Hesy,
kalau dalam sepuluh tu seorang pun payah nak jumpa.”
“Tu kau, bukan aku. Kalau tak ada cinta, hidup kita
ni tak ada makna, tau.”
“Amboi... kau bercakap macam pakar sangat dengan
cinta, bukan ke kau sekarang ni lari dari cinta ke Cik
Mazliana? Over tahu tak?”
“Bukan lari tapi masih mencari. Prinsip hidup aku
senang aje, hidup biar lepak amalan biar gempaq, Mimi.”
Tenang saja Mazliana bercakap. Ada saja yang ingin
dibahasnya.
Syamin mencebik. Kalau bercakap dengan perempuan
ni sampai subuh esok pun tak akan habis. Siapa tak kenal
dengan Mazliana.
“Lepak, gempaq, silap-silap balik ni kena sepak
dengan Haji Nordin baru padan dengan muka kau. Emmm...
tapikan... kalau kau nak, aku boleh kenenkan kau dengan bos
aku. Baik orangnya hensem pulak tu,” tambah Syamin lagi.
“Emmm... kalau kau nak jual bos kau tu, kau jual
dekat orang lain aje. Aku tak nak,” ucap Mazliana sambil
bangun untuk meninggalkan Syamin.
“Kau ni macam Puteri Gunung Ledang pulak.”
“Best juga kalau aku macam Puteri Gunung
Ledang. Mesti satu hari nanti jadi lagenda. Mazliana Haji
Nordin satu nama yang akan disebut-sebut oleh anak cucu
kita nanti, kan?” Mazliana sempat memasang angan-angan.

41
Doktor Cinta

“Elehhhh... perasan!”
Mereka meninggalkan port lepak mereka. Lagipun
kata orang tua-tua, tak baik anak dara lepak waktu macam ni.
Tak elok orang pandang. Ewah... kat KL ni ada lagi ke falsafah
macam tu dipakai?
“Tapikan Maz, aku hairan bin pelik juga, bukannya
tak ada yang minat dekat kau, tapi kenapa kau susah sangat
nak suka dekat insan yang bernama lelaki ni?” Soalan lagi
dari Syamin, sambil enjin kereta dihidupkan.
“Entahlah Mimi. Mungkin hati aku ni belum
terbuka lagi kut. Semalam aku jumpa Bobo, dah ada anak
bini dah mamat tu.” Mazliana segera mengubah haluan
cerita.
“Ya? Emmm... tu gara-gara frust dengan kau ar tu,
kira jumpa ex-boy lah ni? ” Syamin ketawa lagi. Matanya
masih menumpukan perhatian ke arah jalan raya.
“Cantik muka kau ex-boy... teman tapi mesralah.”
“Jangan ramai sangat teman tapi mesra, buatnya
lepas ni berduyun datang payah pula kau nak pilih. Masa tu
barulah kau sedar yang teman tapi mesra kau tu tak bawa
untung pun.”
“Emmm... bagus juga cadangan kau tu, mesti ayah
aku suka aku bawa sampai seratus orang menantu untuk dia,
kan?”
“Gila!!!” gumam Syamin.
Ketawa Maz kedengaran.
“La... bukan kau punya cadangan ke? Kata aku gila
pulak!” ujar Mazliana sambil ketawa.
“Malaslah aku cakap dengan anak Haji Nordin ni.
Degil!!!” ngomel Syamin dengan muncungnya ditarik panjang.

42
Dyadila

“Dah... jangan bercakap. Pandu cermat jiwa


selamat. Kata orang lebih, dia tu dua kali lima aje.” Ujar
Mazliana sambil tersenyum.

SUASANA teres dua tingkat itu masih sunyi. Hanya lampu


kalimantang yang menerangi seisi rumah. Dia memberi isyarat
selamat tinggal kepada Syamin. Perlahan kakinya melangkah
seolah-olah dia meniti lantai papan yang akan berbunyi
apabila dipijak. Tiba-tiba ruang tamu terang benderang.
“Emmm... nak ke mana tu?” Suara garau Haji
Nordin.
Fuh! Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu ini.
“Dah buat salah tak nak minta maaf?” Sekali lagi
ayahnya bersuara. Wajah Puan Maznah di sebelah juga
masam mencuka. Marah sangat ke?
“Ala... Maz bukan buat salah tapi menegakkan
kebenaran.”
“Kebenaran apa?” Soalan ayahnya membuatkan dia
terdiam.
Eh... kebenaran apa ek? Kebenaran dari dipaksa
kahwin ke? Ek... bila pula ayah paksa aku kahwin?
“Dahlah bang, lagipun budak tu dah balik.”
Dah tiba masanya Puan Maznah turun padang.
Selalunya memang mak akan menjadi orang tengah.
“Emmm... kesian ayah tengok budak Kamal tu
tadi.” Haji Nordin tidak mempedulikan kata-kata isterinya.
Mata masih lagi tepat memandang anak kesayangannya itu.

43
Doktor Cinta

“Kenapa? Ayah suruh dia makan ulam ke?”


Melawaklah pulak.
“Banyaklah ulam Maz. Dia mana suka makan ulam,
mana boleh nak paksa-paksa,” bidas Haji Nordin geram, ada
saja jawapan dari anak daranya sorang itu.
Mazliana memandang maknya. Macam biasa Puan
Maznah akan memberi isyarat mata kepada anaknya supaya
jangan menjawab.
“Kalau ayah tak nak paksa dia makan ulam sebab
dia tak suka, kenapa mesti ayah paksa Maz untuk terima
sesuatu yang Maz juga tak suka?” bahas Mazliana perlahan.
Haji Nordin menyembunyikan senyumannya.
Kalau bercakap dengan anak yang sorang ni mesti ada saja
jawapan yang keluar. Degil! Macam aku juga, bisik Haji
Nordin.
“Jadi Maz samakan Kamal macam ulam?”
“Kalau dia ulam dah lama Maz patah-patahkan dan
cicah dengan sambal belacan kemudian makan,” kata
Mazliana selamba.
Apabila mendengar sahaja kata anaknya itu
membuatkan Puan Maznah ketawa kecil. Namun cepat
disembunyikan tawa itu apabila menyedari jelingan
suaminya.
“Ada saja jawapannya.”
“Anak Haji Nordin, kan.” Maz tersenyum. Senyuman
di hujung bibir Haji Nordin semakin lebar.
“Pandai nak salahkan ayah pulak? Dah makan
belum?”
“Dah, dengan Mimi tadi.”
“Ayah nak Maz minta maaf dengan Kamal. Walau

44
Dyadila

suka atau tak, jangan buat orang macam tu. Tak baik.” Arah
Haji Nordin. Dia tak mahu anaknya melukakan hati dan
perasaan orang lain.
“Baik bos!”
Haji Nordin terus bangun meninggalkan anaknya.
Mazliana hanya tersenyum. Dia tahu ayah tak akan memaksa
cuma kadang-kadang mengikut perasaan sebab terpengaruh
dengan radio bergerak dekat taman ni. Dia pun pelik entah
apa penyakit orang taman ni yang sibuk jaga tepi kain orang.
“Anak dengan ayah sama aje.” Sempat Puan Maznah
menarik lembut hidung mancung anaknya. Kemudian berlalu
mengekori langkah suaminya. Mazliana tersenyum.

MAJALAH diselak satu per satu. Tiada yang menarik


perhatiannya. Nak melukis pun mood tak ada hari ni. Dia
memandang siling yang putih bersih. Macam ada sesuatu
yang difikirkan, tapi apa? Hesy... nampak sangat aku ni tak
boleh pakai, nak fikir apa pun tak tahu. Dari tadi dia hanya
bersenang-lenang di atas katil. Jauh dia terbang entah ke
mana.
“Hah! Menung apa tu?” Pintu terbuka luas.
“Kak Lin ni tak reti nak bagi salam ke masuk bilik
orang? Kalau Maz ada lemah jantung dah lama gol, tahu tak?”
katanya berpura-pura marah. Dia tahu kakaknya sudah
memberi salam, sengaja tak disuruh masuk.
“Eh... akak dah bagi salam dua kali, tahu tak? Dia
yang duk melayan perasaan.”
“Ek?”

45
Doktor Cinta

Azlin berbaring di sebelah adiknya. Dia suka masuk


ke bilik adik bongsunya itu. Cantik. Pelbagai jenis lukisan
membuatkan biliknya terasa tenang. Ditambah pula dinding
dengan warna biru lembut. Damai.
“Akak dengar ada yang lari ikut tingkap?”
“Eleh... pura-pura tanya lagi. Ni mesti reporter dah
hantar report lengkap dekat akak, kan?”
Siapa lagi kalau bukan mak kesayangan mereka.
Apa sahaja tentang dirinya pasti akan dikongsikan dengan
Azlin. Tak ada rahsia langsung.
“Tak baik tau cakap mak macam tu.”
“Hah... kan betul mak dah cerita,” balas Mazliana,
Azlin tersenyum. Bijak adiknya memerangkap.
“Kenapa adik akak buat macam tu?”
“Saja nak buat cerita novel kisah seorang
perempuan cantik terjun tingkap sebab takut dikahwinkan,”
beritahu Mazliana selamba. Azlin ketawa. Muka selamba
Mazliana membuatkan dia geli hati.
“Kenapa ayah tu asyik nak carikan jodoh untuk
Maz? Padahal Kak Lin dengan Kak Ida tak kahwin lagi. Nak
suruh Maz langkah tangga ke?”
“Langkah bendul, lah.” Azlin membetulkan ayat
adiknya. Suka hati aje nak guna perkataan.
“Sama ar tu.”
“Ala... ayahkan sayangkan adik akak ni. Mestilah dia
nak yang terbaik untuk Maz. Kalau Maz teliti betul-betul,
ayah tu macam tak adil. Dia lebihkan Maz, tengok Maz tak
kerja pun ayah okey aje.”
“Ala... Maz ni bodoh sikit dari Kak Lin dengan Kak

46
Dyadila

Ida.” Ada nada sayu di hujung kata-katanya. Bear besarnya


dipeluk erat.
Memang sejak sekolah lagi kedua orang kakaknya
akan membanggakan keluarga dengan keputusan yang
cemerlang. Tapi dia? Bukannya tak pandai tapi dia memang
tak berminat nak belajar. Kalau semua orang pandai siapa
pula nak jadi orang tak pandai, kan? Eh... betul ke? Lantak
ar....
“Siapa kata adik akak ni bodoh? Dalam adik-beradik
kita, Maz yang paling berbakat. Keluarga kita bangga dengan
adanya Maz. Tu tengok lukisan Maz tu ada harga walaupun
Maz conteng aje,” puji Azlin.
Mazliana tersenyum. Kata-kata pujian itu
membuatkan hatinya kembali mekar.
“Maz, akak nak tanya sikit boleh?”
“Sejak bila nak tanya minta kebenaran?” Mazliana
memandang wajah kakak kesayangannya.
“Kalau diberi pilihan, lelaki macam mana Maz
suka?”
“Wah! Soalan berani mati tu. Dah habis fikir ke tadi
nak tanya soalan tu? Ke akak dah tak ada soalan lain nak
tanya?” Sengaja dilontarkan sindiran itu ke arah Azlin. Riak
wajahnya serius tiada senyuman menghiasi wajah itu.
Berlakon la apa lagi. Melihat wajah serba salah kakaknya
membuatkan dia tersenyum.
“Kalau diberi pilihan lelaki macam Johan tu mesti
ditolak ke tepi dulu.”
“Kenapa pula? Apa kena mengena dengan Abang
Johan pulak?” tanya Azlin tak berpuas hati dengan kata-kata
adiknya.

47
Doktor Cinta

“Eh, suka hatilah! Pilihan Maz bukan Kak Lin yang


punya.”
“Emmm... okey. Teruskan.” Azlin akur.
Mazliana diam dalam beberapa saat, sengaja
membiarkan Kak Lin dalam penantian.
“Emmm... macam ayah kut.” Akhirnya keputusan
tepat tak payah guna talian hayat.
“Hah??? Macam ayah? Ayah yang garang tu?” Sekali
lagi dia menyoal adiknya. Biar betul?
Azlin membuat kenyataan berani mati. Hesy...
buatnya dengar dek ayah tak ke kena sekeh kepala. Mazliana
tersenyum. Senyuman adiknya dipandang dia kembali duduk
di katil. Mazliana memeluk erat bear pink kesayangannya.
“Emmmm... dalam banyak-banyak lelaki dalam
dunia ni ayah adalah contoh terbaik yang Maz pernah jumpa.
Kak Lin tengoklah cara ayah layan kita, terutamanya cara
ayah sayang mak. Emmm... memang tokoh lelaki romantik.
Cara ayah cakap dengan orang... first man in the world. Ayah
buat kita respek dia, bukan takut. Hah, tu ar lelaki namanya
bukan macam Abang Johan tu.”
“Ooo... patutlah ramai kena reject, kenapalah Maz
tak suka sangat Abang Johan tu?”
“Entahlah... Doktor Johan tu macam trauma fobia
dalam hidup Maz ni, tahu tak?” ujar Mazliana bersungguh.
Azlin ketawa kuat mendengar kata-kata adiknya.
“Jadi Maz tak suka akak kahwin dengan dia?”
“Emmm... itu hak akak, lagipun yang penting akak
bahagia.”
“Ni yang akak sayang adik akak ni. Mari peluk sikit.”
Azlin memeluk erat tubuh adik kesayangannya. Mazliana

48
Dyadila

menjerit rimas. Akhirnya kedengaran gelak tawa dua beradik


itu.
Di sebalik pintu ada satu senyuman terukir.
Perbualan anak-anaknya membuatkan hatinya terusik. Haji
Nordin kembali dengan niatnya untuk minum air di dapur.
Tapi senyuman masih mekar di bibir. Itulah kelemahannya
dengan anak bongsunya itu. Ada saja yang menyejukkan rasa
marahnya. Baru saja nak marah terus reda. Senyumnya saja
dah membuatkan hati tuanya lega.

49
Doktor Cinta

Bab 5
“K
AU simpan lagi gambar-
gambar kita ni?” Syamin
tersenyum meneliti satu
per satu kenangan mereka di UiTM. Sejak dari semester satu
hinggalah di hari konvokesyen. Mazliana memang suka
merakamkan memori mereka setiap detik.
“Seronokkan masa ni? Kalau aku diberi pilihan,
hidup masa ni seronok sangat. Tak payah nak fikir masalah
duit, masalah kerja,” ujar Syamin sambil tangannya
membelek album.
Mereka saling tersenyum. Mereka berempat
memang rapat. Kadangkala nama mereka sering disatukan
dalam apa-apa tugas penting untuk majlis di kampus.
Mazliana, Syamin, Boharin dan Najmi.
Tangan Syamin terhenti pada gambar mereka
bertiga di taman universiti. Dia, Mazliana dan Najmi. Sama-
sama bergaya dengan lukisan masing-masing. Najmi bersama
potretnya. Dia bersama lanskap pemandangan dan Mazliana
dengan lukisan Red Heartnya. Masa ini mereka bersama-

50
Dyadila

sama dalam pertandingan amal. Hasil lukisan yang dijual


akan didermakan kepada anak yatim. Red Heart Mazliana
mendapat nilai jualan tertinggi.
“Kalau Najmi ada lagi mesti best, kan?” Suara itu
berbisik perlahan. Senyuman Mazliana mati. Dia turun ke
permaidani tempat Syamin duduk bersimpul bersama
timbunan album dan lukisannya.
Matanya sekali lagi menatap gambar yang menarik
minat Syamin tadi.
“Aku pun kadang-kadang rindu juga dekat dia.
Kalau dia ada mesti aku ada geng nak kenakan kau.”
Ketawanya perlahan di hujung sendu. Najmi antara teman
yang paling memahaminya. Tak mungkin dia akan melupakan
saat manis dan pahit yang dilalui bersama Najmi.
Syamin menjelir lidah. Memang kalau Najmi dan
Mazliana bersatu hati dalam kejahatan mesti dia yang akan
menjadi mangsa. Teringat rancangan jahat Mazliana dan
Najmi yang menconteng mukanya ketika dia tertidur di
dalam kelas. Punyalah malu bila dia keluar dari dewan kuliah
semua orang ketawa sampai senak perut.
“Kau memang rapat dengan dia, kan.” Tangan
Syamin bergerak kepada gambar Najmi dan Mazliana dalam
senyuman yang begitu mekar.
Mazliana tersenyum lagi. Dia mengiakan kata-kata
Mimi.
“Tak apalah Mimi, kita doakan dia berada dalam
kalangan yang diredai, cuma ada satu hajat dia yang aku tak
dapat nak buat lagi.” Syamin mengemaskan kembali album
yang bertaburan di permaidani.
“Apa dia?”

51
Doktor Cinta

Mazliana kembali tersenyum, tubuhnya dihumban


ke atas katil. Membetulkan tulang-tulang belakang yang
semakin reput. Maklumlah dah tua. Soalan itu dibiarkan
berlalu, biarlah hanya dia yang tahu.
“Cantiklah bilik kau ni. Suka aku lepak dekat sini.”
Mazliana mencebik. Ni pujian bermaknalah ni.
Syamin sudah baring di sebelahnya. Mata masing-masing
memandang tepat ke arah kipas di syiling yang berputar laju.
“Nak apa? Baik kau ikut highway, tak payah nak
berbelit berputar.” Hesy... Mazliana ni suka merosakkan
bahasa, suka bercakap ikut suka dia aje.
“Tadikan mak kau ada masak pengat pisang, aku
dah lama teringin nak makan, macam tahu-tahu aje aku ni
kempunan nak makan pengat pisang mak kau.” Syamin
sudah tersengih.
“Emmm... aku agak dah. Mesti ada tujuan kebaikan
kau ni.”
“Bukan apa, aku ni dah la lama tak balik kampung,
jadi rumah kau ni dah lebih kurang macam rumah akulah
juga. Mak kau mak aku ayah kau ayah aku, makanan kau pun
jadi makanan aku la. ”
Mazliana membaling teddy bearnya, pantas
disambut oleh Syamin.
“Jomlah, lagipun mak aku dah pesan sebelum dia
keluar tadi, dia suruh kau makan puas-puas.”
“Hah... itulah sebenarnya yang cuba aku sampaikan
dari tadi.” Bisik Syamin lagi.
Mereka ketawa lagi. Syamin tak pernah kekok bila
berada di rumah itu. Layanan Mak cik Maznah masih sama
macam dulu. Mesra dan sentiasa lembut.

52
Dyadila

“SOFEA mana fail yang saya nak? Nak tunggu sampai kucing
bertanduk baru nak bagi ke?” Suara itu meninggi kuat.
“Tapi bos, saya...”
“Apa lagi??? Saya tak nak dengar alasan... and one
more thing saya tak nak dengar perkataan tidak atau tak
keluar sebagai alasan!”
Sofea terkedu. Tidak sangka Tengku Iskandar akan
meminta fail projek yang sudah lama terkubur.
“Hah!!! Tercegat apa lagi dekat situ??? Cepat!!!”
sergah Tengku Iskandar lagi.
Wanita itu tersentak. Laju dia menuju ke tempatnya
mencari apa yang diinginkan oleh bosnya.
Zikri menggeleng perlahan. Hari-hari ada saja
angin ribut taufan. Ketegasan Tengku Iskandar kadang-
kadang menimbulkan rasa takut dan bukannya rasa hormat
di kalangan pekerjanya. Tengku Iskandar yang peramah
menjadi tegas semacam. Tengku Iskandar yang setia menjadi
seorang yang lebih suka bertukar-tukar pasangan wanitanya.
“Kenapa tu bos? Tak makan ubat ke tadi?” tanya
Syamin perlahan. Di tangannya ada beberapa buah fail
berkulit keras.
“Apa awak cakap?”
“Bukan apa bos, saya ni nak nasihat pun segan
sebab dia bos saya, tapi kalau dah hari-hari muka berkerut
lapan belas ribu macam tu, alamatnya tua sebelum usialah
Tengku Iskandar tu.”
Zikri tersenyum.
“Awak segan atau awak takut nanti dengan awak-
awak sekali kena sembur?” duga Zikri.
Tahu sangat apa yang bermain di fikiran wanita

53
Doktor Cinta

elegen itu. Salah seorang kakitangan MM Holding yang


berkaliber.
Syamin tersenyum. Segera menutup mulutnya
tanda tiada lagi ayat penegasan selepas ini. Mulut tak boleh
lepas sangat nanti tak pasal-pasal makan pasir. Apa lagi kalau
lawan bos? Kena buang kerjalah jawabnya.
“Syamin!!!” panggil Tengku Iskandar separuh
menjerit. Dari tadi dia menekan interkom setiausahanya itu
tapi tak siapa yang jawab. Rupanya duduk bersembang.
“Saya bos!” Syamin berlari anak mendapatkan
bosnya. Pintu bilik ditolak laju.
“Apa kerja awak dekat sini?”
“Setiausaha kepada bos,” jawabnya antara dengar
tak dengar.
“Jadi perlu ke saya ingatkan awak apa saja tugas
awak sebelum ni?” Syamin kalut. Soalan cepumas. Dia
mengangguk kemudian menggeleng laju.
“Kalau awak dah faham awak boleh buat tugas awak
sekarang. Jangan nak buat kerja lain.”
“Emmm... bos, tadi Cik Marina, Juzila, Izzah, Sally
dan beberapa orang lagi call. Mereka ajak bos keluar malam
sabtu ni, lepas tu...”
“Minggu ni saya sibuk... just cancel semua date.”
“Tapi...”
“Just do what I say!!!” Jeritan Tengku Iskandar
bergema di lubang telinga. Mak ai, boleh menangis anak
telinganya hari-hari kena jerit macam ni.
Syamin hanya mengangguk persis buruk belatuk.
Dia keluar dari bilik bosnya menuju ke mejanya. Dia hujung
meja, Zikri sudah tersenyum. Kalau ikutkan perasaan

54
Dyadila

memanglah best kerja di MM Holding dikelilingi dunia


glamor setiap hari. Ada bos-bos yang hensem lagi menjadi
kegilaan ramai tapi sengsara juga bila setiap kali bosnya
Tengku Iskandar datang bulan. Kerjanya asyik nak
mengamuk.
“Aik? Bukan awak nak nasihatkan bos ke tadi?”
sindir Zikri. Dia suka mengusik pekerjanya itu. Syamin
seorang yang ceria dan banyak cakap. Walaupun kadangkala
cakap benda yang tak sepatutnya. Banyak auta dari fakta.
Syamin mencebik.
“Belum sempat saya nak nasihat, dia dah tengking
saya bos,” ucap Syamin sayu mengundang ketawa besar.
“Kalau hari-hari macam ni boleh kurus anak kucing
saya bos tengok saya menangis macam ni,” sambung Syamin
lagi. Semakin galak Zikri ketawa. Tapi dia cukup kagum
kerana Syamin adalah pekerja yang paling lama kekal menjadi
setiausaha Tengku Iskandar. Kalau yang sebelum ni tak
sampai sebulan dah cabut.
“Bukan hari-hari, kan dia mengamuk?” usik Zikri
lagi.
“Encik Zikri Alif, memanglah tak hari-hari tapi bila
dia dah buat, boleh kecut buah pinggang saya ni, tahu tak?
Alamatnya belum sempat saya umur empat puluh dah mati
sebab lemah jantung.”
Zikri masih dalam sisa tawanya. Syamin menjeling
bosnya tu. Walaupun Zikri pengarah projek yang mempunyai
kepentingan sama macam Tengku Iskandar tetapi bosnya
yang sorang ni lebih mudah dibawa berbincang. Senang
berunding dan tak ada angin taufan yang tiba-tiba.
“Sudahlah Syamin, awak buat kerja awak. Saya
yakin dia tak akan marah kalau awak buat kerja perfect, kan?”

55
Doktor Cinta

Syamin mengangguk. Dalam hatinya dia saja yang tahu, ingat


senang ke nak jadi sempurna. Mana ada orang dalam dunia ni
sempurna.
Siapa yang tak kenal Tengku Iskandar Tengku
Mazlan, bakal pewaris MM Holding. Sentiasa mengamalkan
prinsip kurangkan manis dalam senyuman. Kenapa?
Sebabnya jangan kata nak maniskan senyuman, nak tengok
dia senyum pun bukan main payah.
Zikri Alif juga merupakan anak angkat Tengku
Mazlan. Memiliki raut wajah yang tak kurang hebatnya tapi
mempunyai penyakit keturunan Tengku Mazlan. Mungkin
berjangkit sebab dah lama hidup dalam keluarga itu. Apa lagi
kalau bukan penyakit gila kerja. Malah kadang-kadang sikap
gila kerjanya lebih melampau dari pewaris MM Holding itu.
“Wei Syamin, kau menung apa tu?” tegur Sofea dari
belakang.
Syamin mengurut dadanya. Terkejut. Nasib baik tak
ada penyakit jantung. Kalau tak...!
Wajah Sofea dipandang dalam-dalam.
“Kau ni tak reti nak bagi salam ke? Hah??? Kenapa
dari tadi terjerit-jerit?”
“Eh... marah pulak, aku tanya bos kita tu kenapa?
Muka masam semacam aje.”
Syamin meletakkan fail yang dari tadi berada di
tangannya ke atas meja. Dia duduk di kerusinya. Hari ni
mood kurang baik. Pagi-pagi ayam dalam hutan baru nak
makan dah telinga dia kena bebelan berbisa bosnya. Kali ni
hidup dia diganggu pulak dengan pelakon opera cina. Mekap
tebal seinci.
“Tak ada apalah. Kau ni suka sangat jaga tepi zip

56
Dyadila

orang apahal? Baik kau pergi buat kerja kau tu lagipun aku
tengok kau ni macam tak ada kerja aje.”
Sofea mencebik.
“La... memang aku tak ada kerja, nak buat macam
mana,” bisiknya perlahan tanpa ragu. Lagipun kalau dia
berjaya memikat hati salah seorang dari bosnya mesti
hidupnya akan senang. Saat itu duit tak akan pernah menjadi
masalah.
“Emmm... betul jugak kau cakap tu, tapi aku pelik
juga sepatutnya bukan kau ke yang seharusnya sangat sibuk
di antara orang yang sibuk dalam MM Holding?”
“Aku dah siapkan semualah.” Raut wajah Sofea
berubah. Syamin memang sengaja.
“Kalau kau dah tak ada kerja, apa kata kau tolong
aku siapkan fail Projek Taman Damai tu sebab bos dah tanya
pasal tu,” bisik Syamin perlahan. Nadanya sengaja menakutkan
wanita yang duduk santai di depannya.
“Eh... betul ke bos nak tengok?”
“Nampak gayanya macam tu la dan aku rasa alasan
yang kau selalu buat pada Encik Zikri tu baik kau simpan aje
sebab bos kita ni bukan boleh jangka tindakannya.” Sekali
lagi Syamin sengaja menekan.
Syamin ketawa kecil melihat langkah laju Sofea
meninggalkan mejanya. Hah, ambik kau kena tipu dengan
aku! Boleh pulak kata tak ada kerja. Ingat MM Holding ni
bapak dia punya ke?
Telefon di depannya tiba-tiba berbunyi.
“Helo, selamat pagi, MM Holding. Siapa di sana?”
“Min, tolong suruh Tengku Iskandar dan Encik
Zikri masuk bilik saya.” Satu arahan keluar dari hujung

57
Doktor Cinta

talian. Eh siapa pulak ni, pagi-pagi nak bagi arahan. Suka


hati dia aje... ingat ini syarikat dia ke? bebel Syamin lagi.
“Siapa ni?” tanyanya sedikit pelik
“Syamin, awak mimpi ke apa? Saya Tengku Mazlan.”
Ucapan tegas itu membuatkan dia menikus. Terduduk di atas
kerusi. Aduh, macam manalah dia boleh tak perasan itu
panggilan dari dalam. Syamin terdiam seketika. Alamak...
memang syarikat dia pun. Pantas dahinya diketuk dengan
gagang telefon.
“Maaf Tengku, saya ingat tadi kekasih-kekasih bos
tadi.”
“Tak apa tapi tolong pastikan yang telefon syarikat
bukan untuk tujuan peribadi. Sampaikan dekat kekasih-
kekasih bos awak tu.” Arah Tengku Mazlan.
Syamin mengangguk faham, ini bukan arahan
pertama dan dah macam-macam yang keluar dari mulut
Tengku Mazlan tapi arahan hanya tinggal arahan.
Dia sendiri ingin menyahut cabaran apabila
menerima tawaran MM Holding sebagai setiausaha. Mesti
kedengaran pelik tapi sebenarnya kalau bukan disebabkan
pertolongan Pak cik Ramlan yang merupakan kawan baik
ayahnya mesti dia tak diterima di MM Holding. Kira pakai
kabel jugalah.
Bertugas di MM Holding membuatkan dia semakin
faham dengan seisi penjuru syarikat tersebut. Dari keuntungan
sehinggalah kerugian, dari pengawal hinggalah kepada CEO
syarikat semua dalam poketnya.

58
Dyadila

Bab 6
M
AZLIANA tersenyum melihat
dirinya di depan cermin. Lama
juga tak kenakan Si Mimi ni.
Mesti dia terkejut beruk kali ni. Kalau tak terkejut beruk, dia
mesti masuk hospital sebab serangan jantung.
Dia ketawa kuat. Kau cabar aku, kan. Kau tak tahu
siapa Mazliana Nordin. Bercelarulah hidup kau hari ni.
Selendang lusuh yang dipakai menutupi rambutnya. Dia
tersenyum gigi warna hitam dan cermin mata besar
membuatkan dia yakin kali ini lakonannya berjaya. Siaplah
kau Mimi... senyumannya semakin melebar.

ZIKRI dan Tengku Iskandar melangkah masuk ke lobi


MM Holding. Syarikat kebanggaan Tengku Mazlan. MM
Holding dipilih sempena nama Tengku Mazlan dan Tengku
Mariam. Tengku Iskandar kini dipertanggungjawabkan untuk
menerajui MM Holding. Apa yang pasti di sebelah kirinya akan

59
Doktor Cinta

sentiasa ada Zikri yang akan bersama-samanya ketika jatuh


bangun.
“Kau jangan lupa malam ni. Nanti bising pulak
mama.”
“Emmm... tengoklah. Biasanya kalau malam
minggu kau pun mesti lari, kan? So, jangan nak kenakan aku
pulak.”
Tengku Iskandar tersenyum. Memang niat untuk
mengenakan Zikri sudah terbit di hujung akalnya. Dia
tersenyum sinis.
“Hah... tu dah keluar senyum ala-ala jahat. Kau
jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan aku
memutarbelitkan fakta Is. Jangan sampai kau makan kasut
aku ni.”
“Eh Zik... aku ni profesional, tahu tak?” Tengku
Iskandar berwajah serius. Yang pasti malam minggu ni kau
kena! bisik hatinya jahat.
“Banyaklah profesional kau tu.” Butang lif ditekan.
Mereka beriringan masuk.
“Ya Allah!” Tengku Iskandar terkejut. Dia mengurut
dadanya. Begitu juga Zikri.
“Fesyen datang dari mana pulak ni, Syamin?” tanya
Zikri dalam sisa terkejutnya. Wajah serius Tengku Iskandar
dipandang. Wajah kecut Syamin membuatkan dia terus
ketawa. Lawak pulak bila terkenangkan Tengku Iskandar yang
terkejut tahap beruk. Dia ketawa lagi. Mana taknya, jumpa
pekerja sendiri macam nampak hantu.
“Selamat pagi bos!”
“Pagi,” jawab Tengku Iskandar serius.
Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

60
Dyadila

Sebab terlalu lewat bersama Mazliana semalam membuatkan


dia tidak sempat mencuci rambut yang diwarna dengan
warna merah. Wajah kedua-dua bosnya dipandang. Aduh!
Kantoi. Ketawa Encik Zikri membuatkan hatinya senang tapi
wajah serius Tengku Iskandar membuatkan dia terus
menunduk. Macam manalah boleh tertembung dengan
bosnya ni?
“Fesyen apa ni Syamin?” tanya Zikri kembali. Cuba
menahan rasa geli hatinya. Menakutkan. Tiba-tba ada
perempuan berambut merah di dalam lif. Nyaris tak gugur
jantung.
“Saya tak sempat nak cucilah, Encik Zikri.”
“Kalau nak jadi pelakon jangan datang kerja. Jadi
aje pelakon.” Tengku Iskandar pula bersuara serius.
Bukan dia tak tahu aktiviti setiausahanya. Hesy...
budak ni, tak cukup ke aku bagi gaji sampai macam ni sekali
jadinya? Rambut merah Syamin dipandang. Macam gaya apa
entah.
“Maaf Tengku Iskandar saya...” Belum sempat dia
menghabiskan ayat. Pintu lif sudah terbuka luas. Tengku
Iskandar keluar tanpa menunggu jawapan pekerjanya itu.
Syamin menunduk malu. Tulah cari pasal sangat.
Sempat dia melihat Zikri yang mengangkat ibu jari tanda
bagus padanya. Dia tersenyum. Memang dia sentiasa senang
dengan Encik Zikri kerana bosnya yang sorang lagi tu lebih
peramah. Tapi Tengku Iskandar pun baik juga. Siapa tak
sayang bos oiii!!!

61
Doktor Cinta

JAM menunjukkan pukul satu. Lunch time!!! Janjinya malam


ini dengan Mazliana bermain di minda. Dia suka perwatakan
temannya itu yang tidak hipokrit. Kalau hitam katanya
maka hitamlah dia. Kalau kuning alamat jadi kuninglah dia.
Hal itulah yang membuatkan hubungan mereka sentiasa
rapat. Minat yang sama dalam pementasan teater mengikat
dia dan Mazliana. Cuma sejak kebelakangan ini dia dan
Mazliana sibuk dengan hal masing-masing. Nasib baik tuhan
pertemukan mereka.
“Hai... hensem Encik Zikri hari ni?”
Senyuman bertambah mekar. Wajah perempuan di
depannya dipandang sekilas.
“Hari lain pun saya hensem juga.”
“Tapi hari ini lain macam sikit Encik Zikri. Tu...
sebab tu.” Jarinya menunjuk ke arah kot hitam yang dipakai.
Selama ini dia hanya melihat bosnya itu dengan kemeja dan
memakai tali leher serabut. Tapi hari ini jelas menampakkan
wajah kacak kegilaan ramai.
“Apa awak menungkan tu? Saya tengok macam tak
ada dekat sini aje. Dah sampai mana?”
“Encik Zikri... bos marah ke?”
Zikri tersenyum. Itu rupanya yang dimenungkan.
“Macamlah baru sehari awak kerja dengan dia.”
“Tapi... macam biasalah bos.”
“Biasa tak biasa. Walau watak apa pun awak bawa
dalam lakonan pentas awak tu jangan sampai awak bawa ke
pejabat.” Teguran perlu diberikan kerana itu tanggungjawabnya.
Apa pulalah kata pelanggan nanti tengok secretary pengurus
besar macam tu. Hesy... rosak reputasi MM Holding. Syamin
tersenyum lantas menggaru kepalanya. Dia tahu sekarang dia

62
Dyadila

dalam pemerhatian. Walaupun Zikri baik orangnya tapi lelaki


itu tegas dalam urusan kerja.
“Lain kali saya tak buat lagi bos.”
“Tak ada dah lain kali. Ini yang pertama dan yang
terakhir rambut awak merah. Nasib baik saya dengan Tengku
Iskandar tak ada masalah jantung, kalau tak dah lama
padam.”
Syamin ketawa kecil. Zikri terus menghilangkan
diri dalam bilik pengurus besar.
“Hoi Syamin, ada mak cik nak jumpa kau!” Jeritan
Nisa membuatkan dia terkejut. Hesy... tak boleh nak layan
feel sikit. Ada aja yang ganggu. Kacau betul.
“Siapa?” Syamin mengangkat keningnya tak puas
hati. Aushhh... gaya gengster habis tapi habuk pun tak ada!
Siapa pulak waktu-waktu rehat ni nak jumpa aku ni?
“Tu....” Nisa memanjangkan muncungnya mengarah
ke arah ruang menunggu MM Holding.
Eh... minah ni main tunjuk dengan mulut pulak,
kalau cantik tu tak apalah. Ini bibir merah merekah bak
kereta wira bapak aku aje. Lagi mahu tunjuk.
Syamin melangkah perlahan merapati seseorang
yang sedang membelakanginya. Siapa pula ni? Mak ke? Hesy...
takkan orang tua tu datang tak bagi tahu. Dia berdiri rapat
dengan wanita sebaya maknya yang bercermin mata besar.
Puas dia mengamati wajah itu tapi gagal. Siapa pulak ni?
Eh... senyum pulak kat aku.
“Ya? Mak cik cari siapa?”
“Syamin... Syamin tak kenal mama?” Berkerut
seribu dahinya. Sudah... mama mana pulak ni?
“Eh... mak cik silap orang ni. Mak saya ada kat

63
Doktor Cinta

kampung. Lagipun sejak bila pulak saya ada mama?” soalnya


cuak.
“Sampai hati mak Syamin tak cerita pasal mama.”
“Maksud mak cik?”
“Mama yang susukan Syamin dari kecik, sebesar
semut. Bila dah jadi sebesar gajah ni, sampai hati Syamin
lupakan mama.”
“Hah??? Susu? Biar betul mak cik??? Seingat
sayalah, sepanjang saya kenal susu, semua susu botol, susu
lembu.” Syamin bertambah pelik. Cuak juga dia tetiba ada
manusia mengaku ibu susuannya. Mustahil. Siap samakan
aku dengan semut dengan gajah. Sesuka hati aje.
“Sampai hati Syamin samakan mama dengan
lembu.”
“Eh... bukan macam tu mak cik. Aduh... mak cik
salah orang ni.”
“Kalau mak cik salah orang, tak mungkin mama
salah orang sebab mama bawa ke mana saja gambar Syamin
masa kecik. Hah, tengok ni comel aje macam mama dia.”
Wanita itu mula mengalirkan air mata. Hah...
sudah! Drama air mata bermula. Ada beberapa pasang mata
sedang menjadi pemerhati. Syamin masih berdiri di
tempatnya tanpa berganjak. Suasana menjadi sepi sebentar.
Hampir semua kakitangan di tingkat dua belas sudah keluar
makan, nasib baik.
“Kenapa ni?” Satu suara muncul dari arah belakang.
Semua memberi laluan. Alamak bos!!! Kantoi... wajah wanita
tua itu selamba aje. Masih dengan air mata.
“Syamin???” Tengku Iskandar bertanya serius.
“Siapa ni?” Soalan bertalu-talu menimpa.

64
Dyadila

“Emmm... saya...”
“Saya mama Syamin.” Wanita itu tersenyum ke
arah lelaki itu. Hensem. Tapi muka masam mencuka. Eh?
Macam pernah tengok la mamat ni. Mazliana menggigit
bibirnya cuba mengingati sesuatu.
“Macam mak cik pernah tengok anak ni... tapi dekat
mana ek?”
“Ooo... mungkin dalam majalah,” jawab Tengku
Iskandar sopan.
Bagus. Hormat orang tua. Mazliana membetulkan
tudungnya. Lakonannya hari ini memang berkesan. Wajah
kantoi Syamin membuatkan dia rasa nak terguling-guling
gelak. Kini tumpuannya pada lelaki serius di depannya.
“Mak cik buat apa dekat sini?” tanya Tengku
Iskandar.
“Mak cik rindukan anak mak cik ni.”
“Syamin? Your mom?” Pertanyaan Tengku Iskandar
mengejutkan Syamin. Dia mengangguk lepas tu menggeleng.
Eh tidak! Aku keliru!!! jerit hatinya.
Mazliana meneliti wajah Tengku Iskandar sekali
lagi. Tiba-tiba otaknya ligat memproses maklumat. Hah?
Bukan mamat ni ke yang aku jumpa dekat klinik Kak Lin?
Aduh... kantoi! Tiba-tiba matanya menangkap lagi satu wajah
yang baru masuk ke ruang tersebut. Hah, sudah! Sah lagi
sahih memang mamat dua orang ni. Sebelum apa-apa terjadi
baik cabut dulu ni.
“Tak apalah nak... biarlah mak cik balik dulu
lagipun mak cik banyak kerja lain.”
“Eh... kenapa tiba-tiba mak cik nak balik?”
“Siapa ni Is?” tanya Zikri.

65
Doktor Cinta

“Mak Syamin.”
“La... sihat mak cik?” Zikri menghulurkan
tangannya. Tapi tidak disambut. Wanita itu hanya tersenyum.
Mazliana gabra. Mana boleh bersentuhan lelaki perempuan
bukan muhrim hukumnya haram.
“Tak apalah mak cik, kami nak keluar ni. Kami
minta diri dulu,” minta Zikri sambil memandang ke arah
Tengku Iskandar yang masih memandang wajah orang tua tu.
Hesy... biar betul Si Iskandar ni, tak akan first love dengan
mak Si Syamin ni pulak? Pantas tangan Tengku Iskandar
dicuit. Membuatkan lelaki itu tersedar dah terus jalan
meninggalkan dua beranak itu. Mazliana menghembuskan
nafas lega. Selamat!
“Tak apalah mak cik balik dulu.” Dia yakin Mimi
dapat menghidu lakonannya.
“Nanti dulu!” Langkahnya tiba-tiba terhenti. Suara
Syamin dari tadi diam, kedengaran jelas.
“Mama tinggal dekat mana?”
“PJ eh... maksud mama Pulau Jinjang.”
“Pulau Jinjing? Dekat mana tu?” Syamin bertanya
pelik. Dia tidak pernah dengar nama Pulau Jinjang.
Hmmm....
“Sebelah Pulau Pinang bawah sikit dari Perlis
jauhlah dari Perak,” jawab Mak cik Mazliana penuh yakin dan
selamba.
Syamin tersenyum. Dia dah dapat menangkap mata
itu kepunyaan siapa.
“Amboi! Jauh juga mama duduk. Macam manalah
boleh hantar susu dekat saya masa kecik dulu, ek?”
Syamin merenung tajam ke arah pelakon terbaik

66
Dyadila

itu. Sengaja mempamerkan riak marah, tangannya sudah


dicekakkan di pinggangnya.
“Okey, mak cik balik dulu.”
”Mazliana Hj Nordin!!!” jeritnya mematikan langkah
Mazliana. Dia berpaling dan tersenyum.
“Kurang asam jawa punya budak! Nak rasa agaknya
macam mana tidur dalam tanah!!!” Marahnya. Ketawa kuat
sudah kedengaran. Bahu Mazliana ditepuk kuat. Aduh sakit.
Kasar betul ar minah ni. Boleh retak bahu aku. Maz
menggosok perlahan bahunya.
Lakonannya dapat dikesan. Hesy, baru nak intro. Ni
semua mamat dua ekor tu punya pasal. Kalau tak mesti
segalanya berjalan lancar. Jantung aku ni pun satu juga yang
berdegup kencang aje bila nampak mamat tu kenapa? Tu la
bukan senang hidup dalam penipuan.

ZIKRI dan Tengku Iskandar berpandangan. Melihat kelibat


wanita tua itu yang memandu laju kereta Gen 2 milik Syamin.
Mereka kaku di tempat letak kereta.
“Hesy... biar betul mak cik tu, bawa kereta macam
pelumba F1. Betul ke tu mak Si Syamin, Is?”
“Kau tanya aku, manalah aku tahu.”
“Yang kau ni apa hal dari tadi aku tengok kau
tengok mak cik tu lain macam aje?” tanya Zikri tak puas hati.
Tengku Iskandar masih memandang arah kereta yang sudah
lenyap entah ke mana.
“Entahlah, aku rasa macam pernah tengoklah mak
cik tu tapi aku tak boleh nak tangkap dekat mana.”

67
Doktor Cinta

“Ya ke?”
“Jangan-jangan kau jatuh cinta dengan mak cik tu
tak?”
“Kau ni dah lama agaknya tak makan penampar,
kan. Aku rasa nak bagi kau sekarang ni juga.” Tengku
Iskandar bersuara geram.
“Eh... tak payahlah susah-susah aku dah makan nasi
tadi. Kenyang lagi rasanya,” jawab Zikri selamba sambil
tersengih. Bukan boleh dilayan sangat Tengku Iskandar ni.
Kalau dibuatnya naik angin, dengan aku-aku sekali kena. Tapi
tak mungkin sahabatnya itu akan menamparnya. Dia tahu
siapa Tengku Iskandar.
“Hai... bos-bos saya ni takkan berdiri dekat sini aje
kut?” sergah Syamin dari arah belakang. Dua mata lelaki itu
terarah kepadanya.
“Panjang umur awak Syamin.”
“Kenapa?”
“Ni bos kita ni dah minat dekat mak awak tu.” Zikri
ketawa kuat. Tengku Iskandar hanya memandangnya tajam.
Ceh... mulut tak ada insurans betul!
“Hah??? Tengku Iskandar?”
“Awak dengarlah cakap Encik Zikri ni, bukan betul
sangat otak dia ni.”
“Tapi kalau Tengku Iskandar nak jadi papa tiri saya
boleh juga,” bisik Syamin. Tersembur ketawa Zikri yang
ditahan dari tadi. Syamin hanya ketawa kecil. Tapi Tengku
Iskandar buat muka blur.
“Itu bukan mak sayalah bos. Dia kawan saya dari
kecik.”
“Hah??? Macam mana awak boleh berkawan baik

68
Dyadila

dengan mak cik tu?” tanya Zikri tak puas hati. Pelik pun ada
juga.
“Dia kawan sayalah bos-bos. Dia sebaya dengan
saya. Dia tu pelakon terbaik masa kitorang belajar dulu,”
terangnya kepada dua orang bos mudanya. Dia sering
menggunakan panggian bos-bos jika berbual dengan Zikri
dan Tengku Iskandar.
“Maksud awak, tadi tu dia berlakonlah?” tanya
Tengku Iskandar geram. Syamin hanya mampu mengangguk
suka. Tertipu juga bos-bosnya dengan lakonan berkesan
Mazliana.
Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan. Tiba-tiba
ketawa Zikri kedengaran kuat. Kagum dia dengan lakonan
kawan Syamin yang dia sendiri tak kenal. Tapi apa yang pasti
dia juga tertipu. Patutlah masa aku nak salam dia tadi dia
tolak. Dia kembali tersenyum.
“Sukanya kau?”
“Tak sangka kita pun dia berani tipu. Hebat
perempuan ni.”
“Memang dia seorang yang hebat Encik Zikri.”
“Menipu awak kata hebat???” tanya Tengku Iskandar
serius mematikan senyuman yang mekar di bibir Syamin.
Hesy... bos ni dua puluh empat jam bad mood.
“Saya yang cabar dia bos, tak sangka pulak dia
seberani itu datang ke pejabat macam tu. Cuak juga saya tadi.
Nasib baik bos-bos selamatkan saya. Kalau tak mesti lagi
teruk saya kena tadi.” Syamin tersenyum. Cuba menerangkan
keadaan sebenar. Dari nada suara bosnya dia tahu Tengku
Iskandar tidak marah.
“Tak apalah Syamin... lagipun dia datang waktu

69
Doktor Cinta

lunch time, so tak kisahlah.” Ujar Zikri menjadi penyelamat


keadaan.
“Sudah, ini bukan waktu berborak tentang benda
yang tak membawa faedah.” Tengku Iskandar melangkah
meninggalkan Zikri dan Syamin. Dia tak berminat untuk
terus mendengar cerita tentang ‘pelakon terbaik’ itu.

DARI tadi duduknya tak senang. Sekejap bangun sekejap


duduk. Zikri yang dari tadi duduk santai hanya tersenyum
melihat aksi sepupunya. Hasrat mamanya semalam betul-betul
membuatkan dia lemas. Rimas. Entah apa yang dirancang
mamanya selepas ini dia sendiri tak tahu. Terencat niatnya
untuk mengenakan Zikri. Alih-alih dia yang terkena.
“Macam mana ni?” tanya Tengku Iskandar. Geram
dia melihat senyum meleret temannya.
“Kau boleh duduk tak?”
“Kau nak suruh aku duduk? Kau tahu tak aku dah
macam tak cukup nafas ni.”
“Haiii...Tengku Iskandar, kenapalah kau ni gabra
sangat, mana dia Tengku Iskandar yang maco, berani dan
gagah perkasa tu?”
“Banyaklah kau gagah perkasa. Aku dah tak boleh
berfikir sekarang ni.”
“Tak payah fikir. Ala... Mak Engku baru suruh kau
kahwin. Tapi macam gaya nak menunggu kematian aje aku
tengok.”
“Kau ni cakap senanglah Zik, bukan kau yang kena
kahwin. Aku ni ha yang kena kahwin. Lagi satu, kau ingat

70
Dyadila

dalam dunia ni senang ke aku nak cari perempuan yang boleh


memenuhi syarat-syarat mama aku tu? Kau sendiri pun tau.”
“So, kau terima ajelah pilihan dia tu, apa susah!”
ujar Zikri senang. Tengku Iskandar menggigit bibirnya.
Geram dia melihat wajah selamba Zikri.
“Kau ajalah yang kahwin dengan dia.”
“Eh... kenapa aku pula yang jadi mangsa?” kata
Zikri sambil membuka majalah di depannya.
“Kau pun bukan orang lain, anak dia juga. Peliklah
mama ni. Macam hidup zaman dahulu kala aje main kahwin
paksa macam ni. Aku lari baru tahu!” ngomel Tengku
Iskandar tidak puas hati.
Zikri mengekek menekan perutnya. Kelakar dia
mendengar idea gila Tengku Iskandar.
“Ala... apa susah Is, kau tak payah lari. Kau pilih
sajalah mana-mana girlfriend keliling pinggang kau tu buat
isteri, kan senang.”
“Senang tu kata kau... tapi yang susahnya aku.”
“Emmm... macam ni. Mak Engku kalau boleh nak
kau ada pilihan sendiri. So, kau kena cari calon isteri kau tu
buat masa ni. Bila dah kenalkan nanti, kau buatlah sesuatu
supaya Mak Engku tak suka calon isteri kau tu. Lepas tu
mesti dia takkan paksa kau kahwin sebab kau masa tu konon-
kononnya dah putus cinta.”
“Emmm... bagus juga cadangan kau ni tapi ni dah
kes menipu mama ni Zik. Berdosa.”
“Masalahnya... kalau kau nak jadi anak yang soleh,
kau ikut ajelah cadangan mama untuk kahwin dengan pilihan
dia. Siapa tu? Anak Tan Sri Hamid? Hamud? Apa ke nama dia
tah,” terang Zikri panjang lebar.

71
Doktor Cinta

“Tapi siapa calon isteri aku tu?” soalnya buntu.


“Laaa... takkan kau tak ada calon kut?” duga Zikri.
“Kau nikan Zik, kalau aku kata kau bodoh nanti kau
marah. Kalau aku dah ada calon tak payahlah aku nak tipu
mak aku macam idea pening kau ni,” ujar Tengku Iskandar.
Zikri menggaru dagunya, seakan memikirkan sesuatu yang
dia sendiri tak tahu. Dia olok-olok aje bagi cadangan tetapi
tak sangka Tengku Iskandar ambil serius dengan apa yang
dikatakannya. Biar betul! Sudah... masalah! Kalau Mak Engku
tahu mampus aku kena.
“Ex-girl kau yang ramai-ramai tak ada?” tanya Zikri
lagi.
“Tak boleh pakai semuanya.”
“Emmm... kawan-kawan perempuan kau?”
“Aku mana ada kawan perempuan.” Tengku Iskandar
menjawab perlahan. Memang dia tak suka menjalinkan
persahabatan dengan insan bergelar perempuan. Baginya
perempuan susah untuk memahami perasaannya.
“Ha ar... aku lupa pula kau ni jenis Romeo Must
Die.. Takkan tak ada satu pun perempuan yang terlintas kat
kepala kau? Emmm... Syamin?”
“Hesy... dia tu sekutu mama. Mana boleh. Nanti tak
pasal-pasal dia buat laporan lengkap hantar dekat mama.”
Tengku Iskandar memuncungkan mulutnya. Zikri ketawa
kecik.
“Mak Syamin.” Tiba-tiba wajah tua pagi tadi terlintas
di mindanya.
“Apa?”
“Bukan orang macam tu ke yang kita nak cari?”
“Maksud kau?” Soal Tengku Iskandar. Zikri tersenyum.

72
Dyadila

Bab 7
“M
ACAM MANA?” tanya
Zikri. Inginkan kepastian.
Wajah keruh Tengku
Iskandar sudah menjawab segala soalannya.
“Hai... awek sikit punya banyak berbaris tunggu
kau, takkan seorang pun tak sangkut kut?”perli Zikri. Sengaja
membakar hati sahabatnya.
“Masalahnya semua yang tersangkut dekat aku,
semua spesies tak boleh bawa berunding.”
“Tina?”
“Dia mintak seratus lima puluh ribu.”
“Mak ai.. seratus lima puluh ribu? Dia ingat dia
cantik macam Erra Fazira ke nak mintak banyak macam tu?
Hesy... buang masa betul!”
Tengku Iskandar tersenyum pahit. Baru dia tahu
selama ini dirinya dikelilingi wanita yang tiada bezanya
dengan kaca. Tiada harga kalau pecah berderai. Nampak
cantik tapi...

73
Doktor Cinta

“Yang lain?”
“Entahlah Zik, aku dah mati akal ni, mana boleh
main redah macam tu aje, kes ni melibatkan mama, aku
kalau boleh tak nak dia terluka.”
“Aku ada cadangan.” Dia membisikkan sesuatu pada
Tengku Iskandar.
Dahinya berkerut-kerut memikirkan cadangan gila
Zikri. Tengku Iskandar terdiam. Kejap dia duduk sekejap dia
bangun. Kalau terus macam ni memang alamatnya sampai
esok pun tak selesai. Wajah tua milik mak palsu Syamin
terlayar di mindanya.
“Apa kau fikir lagi ni?”
“Kau biar betul Zik, nanti kalau mama tahu kerja
kita ni, tak pasal-pasal masuk ICU.” Zikri ketawa kuat.
“Ala... takkanlah Mak Engku nak buat kau macam
tu, kau tukan anak kesayangan dia,” ujar Zikri tenang sambil
membelek majalah di tangannya.
Tengku Iskandar menggigit bibirnya. Geram. Matanya
merenung tajam lagak Zikri yang selamba. Macam tak ada
masalah. Aku macam nak pecah fikir masalah ni dia boleh
pulak senang-lenang baca majalah entah apa-apa tu. Tengku
Mariam tu bukan boleh dilawan cakapnya sesuka hati, silap
hari bulan mengamuk. Siapa yang susah nak pujuk? Aku
juga. Kalau nak harapkan Si Zikri ni menambahkan masalah
lagi adalah. Kenapalah mama beria-ia sangat nak dia memilih
calon isteri buat masa terdekat ni? Pelik. Kalau ikutkan umur
memang ar dia dah wajib mendirikan rumah tangga tapi
kalau nak ikutkan zaman sekarang masih banyak lagi masa,
baru nak masuk tiga puluh tahun bulan tujuh ni. Muda lagi.
“Kenapa mama paksa aku? Kenapa kau, dia buat
bodoh aje?” tanya Tengku Iskandar tak puas hati. Zikri

74
Dyadila

tersenyum lagi. Macam la muka hensem sangat senyum


macam tu, sindir Tengku Iskandar dalam hati.
“Kau kan dah wajib. Lagipun bukan muda lagi.”
“Amboi, cara kau cakap tu macamlah kau muda
dari aku! Kau jangan nak buat hilang ingatan yang umur kau
tu tua setahun dari aku, tahu tak?” Kini giliran Tengku
Iskandar pula tersenyum sinis.
“Ooo... ya ke? Lupa pula. Maklumlah jiwa muda.”
“Muda konon....” Tengku Iskandar kembali ke
mejanya. Kalau dilayan Zikri sampai esok pun kerjanya tak
siap.
“Habis apa keputusan kau?”
“Entah aku pun tak tahu Zik, tapi cara terbaik
sekarang ni aku ikut cadangan gila kaulah,” putus Tengku
Iskandar.
“Cadangan gila konon tapi ikut juga,” perli Zikri
sambil tersenyum.
“Tapi kau kena pastikan budak yang akan berlakon
jadi calon isteri aku tu senonoh sikit. Jangan kau cari yang
macam Syamin tu sudah.” Pesan Tengku Iskandar awal-awal.
Kalau tidak, naya aje!
Zikri terdiam sempat matanya memandang ke arah
pintu. Mana tahu kalau tiba-tiba Syamin muncul. Kemudian
matanya kembali kepada Tengku Iskandar. Diam. Akhirnya
kedengaran gelak ketawa kuat dari dua lelaki pujaan Malaya
itu.

75
Doktor Cinta

TANGANNYA terhenti dari menulis sesuatu. Dia pantas


berpaling ke arah pintu bilik Tengku Iskandar yang tertutup
rapat. Apahal bos-bos aku tu gelak macam tak ingat dunia?
Bahaya ni, mesti mengumpat. Tak pun cerita pasal benda
bukan-bukan. Hesy.... Ya Allah selamatkanlah hati bos-bos
aku. Dia mengangkat tangan mendoakan sesuatu.
“Apa awak doakan tu Syamin?”
Tiba-tiba wujud satu suara di depannya. Pen yang
dipegangnya terpelanting entah ke mana.
“Opocot mak kamu berdoa untuk bos aku!!!”
Syamin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Doa apa?” usik Zikri lagi.
“Doa untuk bos... eh bukan... doa kesyukuran. Eh
bukan... doa cepat dapat jodoh bos-bos.” Syamin menggaru
kepalanya lagi. Hah, dah datang penyakitnya. Zikri galak
ketawa sehingga hampir menitis air matanya.
“Apa ni Encik Zikri.” Syamin bangun dengan
perasaan tidak puas hati. Nasib baik bos, kalau orang lain dah
lama aku sekeh kepala dia.
“Awak ni kelakarlah Syamin, saya baru sergah
macam tu awak dah melatah macam tu sekali.”
“Penyakit keturunan, bos.”
“Apa awak doa tadi? Panjang aje saya tengok?”
“Tak ada apa- apa. Kawan saya kata dalam apa sahaja
yang kita buat kita kena sentiasa berdoa untuk diberi
perlindungan. Mana la tahu kut-kutlah ada yang mengumpat
kita waktu ni, tak adalah kita cepat terasa.”
Zikri tersenyum. Alamak, dia dengar ke aku dengan
Is mengumpat dia? Hah... ni Iskandarlah punya kerja. Wajah
Syamin dipandang lagi. Dia selesa dengan Syamin walaupun

76
Dyadila

otaknya gila-gila tapi boleh dibawa ke mana saja. Pandai


sesuaikan diri dengan keadaan.
“Saya ada hal nak bincang dengan awak ni.”
“Hal apa Encik Zikri? Nak kahwin ke?” Syamin
tersengih.
“Hesy... tu bab lain tapi ada bersangkutan jugalah.
Tapi bukan saya tapi bos besar kita tu!” Muncungnya
dihalakan ke arah bilik Tengku Iskandar yang tertutup rapat.
“Hah??? Tengku Iskandar nak kahwin?” tanya
Syamin separuh menjerit.
Biar betul??? Tak pernah pulak dia melihat bosnya
itu melayan mana-mana perempuan. Semuanya tahap kawan
biasa aje. Kalau lebih pun tak sampai nak kahwin kut. Malah
dengan dia sendiri hanya bercakap mengenai benda yang
penting saja. Betul ke apa yang dia dengar ni?
“Hesy... awak ni Syamin, cuba rendahkan sikit
volume suara tu. Nak bagi satu syarikat tahu ke?”
“Biar betul Encik Zikri ni? Jangan main-main benda
macam ni. Siapa perempuan malang tu?” Bulat mata Zikri
mendengar soalan yang lahir dari mulut pekerjanya.
“Opss sorry... siapa perempuan yang bertuah tu?”
Syamin menyedari keterlanjurannya terus membuat
pembetulan. Mulut tak ada insurans macam tulah.
“Awak pun kenal siapa dia dan hanya awak saja yang
boleh tolong.”
“Siapa? Saya kenal ke?” tanya Syamin tak sabar bila
nama dia dikaitkan. Tak akan bos minat dekat aku kut?
Impossible....
Anggukan Zikri menambahkan lagi unsur saspens.
Hesy... macam cerita Detective Conan pulak main saspens-

77
Doktor Cinta

saspens ni. Siapa yang dia kenal? Budak syarikat ni ke?


Sempat dia bermonolog sendiri. Mengabaikan sekejap
makhluk yang berdiri tegak di depannya.
“Siapa Encik Zikri, Milah? Kak Yam? Dewi? Atau
jangan bagi jawapan Sofea perempuan gedik tu sudah.”
Semua nama dah disenaraikan tapi Zikri masih tetap
menggeleng kepala.
Syamin mulai bosan dan kemudian dia duduk
kembali ke kerusi yang tadi ditinggalkannya.
“Habis siapa?” tanyanya separuh geram. Sengaja
menyuarakan nada tidak puas hatinya.
“Entah, saya pun tak tahu nama dia tapi saya yakin
awak tahu.”
“Hesy... apa ni Encik Zikri main-main pulak! Cuba
cakap betul-betul siapakah gerangan yang dah mencuri hati
batu keluli bos kita tu?”
“Mak awak.” Jawapannya ringkas dan cukup tenang
tetapi kenyataan itu membuatkan Syamin berdiri tegak
semula tanpa mampu menarik dan menghembus nafas.
“Hah??? Mak saya? Tengku Iskandar dengan Encik
Zikri ni gila ke apa? Mak saya dekat kampung tu dah sebaya
dengan Tengku Mariam. Lagipun saya tak rela nak biarkan
Tengku jadi bapa tiri saya. Walaupun dia hensem tapi tak
semestinya mak saya jadi pilihan. Saya tak boleh terima
permintaan ni Encik Zikri, tolonglah!” Syamin bersuara
keras. Sampai hati mak buat Mimi macam ni. Sejak bila mak
kenal Tengku Iskandar ni? Tidakkkk!!!
“Apa awak merepek ni Syamin? Bukan mak awak
yang dekat kampung tu la.”
“Habis tu?”

78
Dyadila

“Mak awak yang datang ke pejabat hari tu. Pelakon


terbaik tu.” Zikri cuba membantu Syamin mengimbas
kembali peristiwa yang dimaksudkan.
“Hah... Mazliana,” ujar Syamin pendek.
“Mazliana ke nama dia? Emmm... sedap juga,” kata
Zikri sambil tersenyum.
“Maksud Encik Zikri, Mazliana?” tanya Syamin. Dia
masih bingung dengan permintaan bosnya itu.
“Yup... kawan awak yang datang menyamar jadi
mak awak tu.” Zikri tersenyum lagi. Jelas wajah terkejut
beruk Syamin.
“Bila mereka bercinta?” tanya Syamin lagi tidak
puas hati.
“Lepas ni.” Dia memberi isyarat kepada Syamin
supaya memperlahankan suara. Bimbang kalau ada mata-
mata FBI Tengku Mariam yang terdengar.
Dia tahu Mak Engku banyak pasang spy di dalam
syarikat untuk mengintip pergerakan dia dan Tengku
Iskandar. Hati ibu itulah yang membuatkan dia sentiasa
menyayangi Tengku Mariam lebih dari segalanya. Melebihi
kasih seorang ibu yang tak pernah dikenalinya.
“Apa maksud Encik Zikri ni?” Syamin keliru.
Suaranya separuh berbisik.
“Panjang ceritanya. Lepas ni awak masuk bilik saya.
Saya akan ceritakan dari A to Z.”
Zikri meninggalkan Syamin dalam keadaan
tertanya-tanya. Mazliana? Hesy... apa pulaklah plan bos kali
ni. Tapi kenapa Mazliana? Mungkin Tengku Iskandar jatuh
cinta pandang pertama kut. Eh... tapi tak mungkin. Bukan
senang nak tackle hati Si Maz tu. Keras macam konkrit

79
Doktor Cinta

bangunan dua puluh empat tingkat. Bukan satu dua lelaki di


kampus dulu yang kecewa dengan Mazliana, malah Doktor
Amir lecturer Act and Designnya pun boleh tersangkut
dengan temannya itu. Buktinya setiap kali waktu Doktor
Amir pasti nama Mazliana akan meniti di bibirnya. Dalam
satu masa boleh katakan sepuluh kali nama Mazliana naik.
Tapi yang peliknya Mazliana buat muka tak bersalah bila tolak
lamaran yang datang. Mazliana... Mazliana.

LANGKAHNYA nampak sumbang, memang sumbang pun.


Walaupun pemegang tali pinggang hitam tapi tak bermakna
dia akan melibas kepala orang sesuka hati tanpa belas
kasihan. Dia memandang wajah sayu budak lelaki yang masih
memegang beg sandangnya. Aku baru nak bersuka hati jalan-
jalan cari makan, budak ni sesuka hati dia aje cilok beg aku
dari belakang. Nasib baik tak makan tendangan penjurunya,
kalau tak... mesti tidur hospital budak ni.
“Maafkan saya. Saya tak sengaja.”
“Mencuri kau kata tak sengaja? Ingat ini peraduan
gores dan menang ke?” Eh, ada kaitan ke? Hentam sajalah
labu.
“Saya orang susah kak, dah dua hari adik saya dekat
rumah tak makan.”
“Siapa nama kau?” tanya Mazliana lagi. Ada sedikit
keraguan dengan kata-kata budak lelaki di hadapannya itu.
Tapi dari cara meragut yang tak berapa profesional itu, dia
dapat meneka memang budak ni tak berpengalaman.
“Taufiq,” katanya takut-takut.

80
Dyadila

“Mengikut pengiraan aku yang tak berapa pandai


mengira ni, kau belum habis sekolah lagi, kan? Tak sekolah
ke? Ponteng?” Hah, soalan bertubi-tubi. Budak lelaki di
hadapannya hanya tunduk memandang lantai. Maklumlah
taktik orang bersalah memang macam tu.
“Saya dah habis sekolah,” jawabnya perlahan.
Matanya masih menunduk memandang ke arah jalan tar.
“Habis sekolah?” duganya lagi, sengaja provokasi
digunakan.
“Saya tak sekolah kak, dah lama berhenti belajar.”
“Kenapa?” Persoalan dalam hatinya masih belum
tamat.
“Mak tak mampu, lagi pun adik-adik lain nak
sekolah.”
Mazliana terdiam. Tersentuh pulak hati kecilnya.
Aduhhh... asal tiba-tiba touching pulak ni? Tiba-tiba masuk
cerita sedih, macam nak menangis pulak rasanya. Taufiq di
hadapannya itu diteliti dari atas ke bawah. Mata bundar di
hadapannya itu semakin mengecil, mungkin takut dianalisis
begitu sekali.
“Mazliana tersenyum. Dia menarik keluar telefon
bimbit buruknya. Nokia 3310 tu... siapa pakai lagi? Ewah...
bangga pulak! Mana ada insan zaman sekarang pakai telefon
macam ni lagi. Paling-paling teruk pun yang ada MMS. Terasa
diri serba kekurangan.
“Akak saya minta maaf. Tolong jangan panggil polis,
saya mintak maaf saya sujud kaki akak!”
“Siapa kata akak nak call polis? Akak nak buat
panggilan sekejap. Kau tunggu situ.” Nombor Syamin didail.
Apa lagi macam biasa tolong coverkan line sebab lambat.

81
Doktor Cinta

Mazliana meraba poket seluarnya, lama dia terdiam


tapi matanya masih memandang ke arah Taufiq. Anak muda
yang dirasakan malang, kalau tak dibentuk dengan baik akan
sesat entah ke mana. Dua keping not lima puluh ringgit
dihulurkan. Taufiq terkejut. Wanita di depannya dipandang
tidak percaya.
“Apa ni kak?”
“Laaa... duitlah.” Aduh... lagi mau tanya.
“Tapi kenapa kak?” tanya Taufiq bingung.
“Tak apalah. Kira akak bagi upah dekat kau sebab
bagi akak senaman ringan hari ni. Bukan senang tahu tak
akak nak lari sejauh ni tapi disebabkan kau terambil beg akak
jadi terpaksalah buat senaman sikit.”
“Tapi...” Taufiq serba salah. Sekali lagi dia tunduk
kesal. Sungguh dia tidak pernah mencuri sebelum ini tetapi
kali ini dia terpaksa, adik-adiknya perlu makan. Mak dah dua
hari demam.
“Anggap saja akak belanja Taufiq makan.” Kepingan
wang kertas itu bertukar tangan. Akhirnya terselit juga
senyuman di wajah muram Taufiq.
“Kali ni akak lepaskan. Tapi ingat, walau susah
macam mana pun kita jangan rendahkan maruah kita dengan
kerja yang salah. Jangan sampai akak nampak lagi Taufiq
kena tangkap macam ni.” Itu satu nasihat, ugutan atau
amaran dia sendiri tak pasti.
“Terima kasih kak....”
“Mazliana Haji Nordin... panggil Kak Maz,” ujar
Mazliana memperkenalkan diri.
“Kak Maz memang baik. Taufiq minta maaf sebab
curi beg akak,” ujar Taufiq kesal.

82
Dyadila

“Emmm... tak apa. Lagipun bukan ada apa pun


dalam beg tu. Buat penat aje kalau nak ragut pun.” Mazliana
tersenyum. Memang beg sandangnya itu tiada barang yang
berharga. Cuma ada kunci rumah dan sebuah buku yang
berjudul Zikir Cinta. Paling mahal pun Nokia 3310
kesayangannya. Eh... mahal ke?
“Hebat akak lari tadi,” puji Taufiq lagi.
“Ah... baru kau tahu. Jangan menilai orang melalui
luaran.” Sekali lagi kata-kata nasihat dikeluarkan. Macam
ustazahlah pulak rasanya.
“Okeylah Taufiq, akak ada hal. Nanti kalau ada apa-
apa, call akak,” sambung Mazliana sambil menarik tangan
Taufiq dan menulis nombor telefonnya di tapak tangan
Taufiq.
“Terima kasih kak.” Ada nada sayu di hujung kata-
katanya. Sekali lagi Mazliana berpaling. Rasa simpatinya
tumpah.
“Jangan buat lagi ek.” Dia terus meninggalkan
Taufiq. Satu lagi peristiwa berlaku dalam skrip hidupnya hari
ini. Mazliana tersenyum.

“MANANYA kawan awak ni Syamin?” Zikri sudah gelisah,


panas hatinya terpaksa menunggu lama macam ni.
“Nantilah bos. Tadi dia call kata lambat sikit.”
“Ini bukan lambat sikit tapi lambat banyak. Awak
yang minum satu gelas pun dah sampai tiga gelas jadinya dek
menunggu dia yang tak muncul-muncul lagi ni,” ngomel
Zikri.

83
Doktor Cinta

“Hai... Encik Zikri ni merungut nampak? Bukan


Encik Zikri ke yang suruh tambah tadi?” perli Syamin.
“Saya suruh tambah sebab awak yang bising nak
tambah.”
“Isy... kedekut punya bos,” bisik Syamin perlahan.
“Apa awak kata Syamin?”
“Eh... tak ada apa. Saya kata takut. Takut kalau Maz
buat hal.” Dia melihat jam di tangannya. Mana pulak minah
ni tadi kata pukul empat, ni dah pukul tujuh.
Mazliana melajukan langkahnya dari berjalan dan
berlari-lari anak. Dari jauh dia dapat melihat wajah resah
milik Mimi. Ni mesti kena marah sikit lagi, baik kau tadah
telinga Maz. Jam di tangannya dilihat sekali lagi. Ala... bukan
lewat sangat pun baru lambat tiga jam. Hah, tiga jam??? Mak
ai... lama ya aku lepak dengan Taufiq tadi. Aik? Siapa pula
mamat dekat Mimi tu? Takkan dia bawa pakwe sekali dalam
acara lepak santai ni?
“Hoi!” jerit Mazliana.
“Hoi... mak kau kapal terbang jatuh... lari bos kapal
terbang jatuh!” latah Si Syamin. Kepalanya digaru-garu tidak
gatal.
Mazliana ketawa kuat. Sengaja dia mengusik ratu
latah kampus, lama juga tak buat kerja jahat ni.
Memang sejak di kampus lagi Syamin terkenal
dengan latahnya sampai satu ketika dia melatah dalam bilik
kuliah ketika final exam. Semuanya gara-gara kerusi jatuh.
Apa lagi satu kelas keras perut ketawa tak berhenti. Cuma
sejak bertugas di MM Holding penyakitnya itu dapat dikawal.
“Kau ni nak makan kasut aku ke?” Sinis wajah
Syamin membuatkan Mazliana tersenyum.

84
Dyadila

Zikri dari tadi hanya mendiamkan diri. Wajah


wanita di depannya dipandang lama. Doktor? Eh... diakan
orangnya? Tapi dia ke doktor yang sama? Dia keliru. Wajah
putih bersih itu dipandang lagi. Tapi dulu wajahnya nampak
gelap sikit.
“Ehem... ehem.” Zikri berdehem. Syamin menepuk
dahinya, macam mana dia boleh lupa Encik Zikri yang duduk
di depannya.
“Eh... Encik Zikri kenalkan ini Mazliana Haji
Nordin, dialah yang kita tunggu. Maz, ini bos aku Encik Zikri.
Dia yang nak jumpa dengan kau.”
“Bos? Aku ingat kekasih gelap kau tadi.” Dia
berpaling ke arah lelaki yang sedari tadi meneliti wajahnya.
Hesy... mamat ni bilang jerawat aku ke apa?
Dahi Mazliana berkerut, hairan. Nak jumpa aku
kenapa pulak? Senyuman yang tadinya mekar mati tiba-tiba.
Eh? Ala.. mamat ni ke? Mazliana berpaling semula ke arah
Syamin. Dia tahu rahsianya akan bocor sebentar lagi.
“Eh... bukan awak doktor yang...”
“Eh... bukan! Bukan! Encik salah orang kut.”
“Tak mungkin saya salah orang. Saya pasti awaklah
orangnya.”
Senyuman Mazliana membuatkan dia bertambah
yakin yang ada di depannya adalah orang yang sama
mengurut kaki Tengku Iskandar dulu. Juga orang yang sama
bersama Mak Engku. Tapi diakah orang yang sama menyamar
jadi mak Syamin?
“Siapa sebenarnya awak?” Soalan cepumas pertama
lahir dari mamat di depannya.
“Hai... apa ni Syamin? Aku duduk pun tak sempat

85
Doktor Cinta

lagi, bos kau dah terjah aku. Ingat aku artis ke nak terjah-
terjah ni?” ujar Mazliana dengan nada yang agak sinis pada
Syamin walaupun sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada
Zikri.
Zikri serba salah. Merah padam mukanya ditegur
sebegitu. Kemudian pantas dia menarik kerusi di sebelahnya
mempelawa puteri entah datang dari mana untuk duduk.
Wanita itu nampak santai dengan seluar jeans biru dan
T-shirt saiz XL warna biru gelap lengan panjang. Baju abang
dia ke? Mazliana duduk di sebelah Syamin. Sikap romantik
Zikri sia-sia. Syamin hanya tersenyum melihat wajah kantoi
bosnya.
“Saya Mazliana Haji Nordin.” Sekali lagi Maz
memperkenalkan namanya.
“Zikri.”
“Bos aku ni ada sesuatu nak minta tolong dari kau.”
“Aik? Kesian betul bos. Saya ni bukannya kaya
sangat sampai bos nak mintak tolong. Duit pun ada sepuluh
hengget aje dalam poket,” terang Mazliana walaupun tidak
diminta untuk diterangkan. Hesy... yang Si Mimi ni pun satu,
ingat aku ni pusat kebajikan masyarakat ke nak mintak
tolong segala ni? Nak kena budak ni!!!
“Saya nak tawarkan awak jadi pelakon.”
“Hah??? Pelakon watak apa?” tanya Mazliana tak
sabar, dia membetulkan gaya duduknya. Terus menunjukkan
minat.
“Heroin.”
“Hah??? Biar betul bos? Saya memang minat
berlakon tapi tak pernah bermimpi pun nak terjun ke dunia
glamor tu. Lagipun, saya ni manalah ada rupa nak harapkan

86
Dyadila

bakat yang tak seberapa, setakat tipu Si Syamin ni bolehlah.”


“Tapi saya rasa awak berbakat.”
“Itu bos rasa, saya tak rasa apa-apa pun.” Ketawanya
lagi.
Memang banyak berita kelakar dalam skrip hidup
Mazliana hari ini. Lama Mazliana memandang wajah maco di
hadapannya. Tiba-tiba dapat tawaran berlakon ni kenapa?
Angin tak ada ribut jauh sekali tiba-tiba hujan. Sepanjang
sejarah keturunan aku tak ada lagi yang jadi pelakon. Buatnya
Haji Nordin tahu? Hesy... aku boleh kena kurung dekat
setahun dalam bilik.
“Tak bolehlah bos. Lagipun kalaulah Haji Nordin
tahu saya jadi pelakon boleh putus kepala. Dia bukan suka
dunia artis ni. Terdedah sana terbuka sini,” jelas Mazliana
panjang lebar. Gerun apabila terbayang wajah ayahnya.
Walaupun Haji Nordin seorang ayah yang terbaik
daripada ayah-ayah terbaik dekat dunia ni. Tapi kalau kena
mengamuk sekali terkantoi juga nanti. Tak boleh nak bela
diri walaupun buat rayuan dekat mahkamah tinggi.
“Tapi dunia lakonan awak ni tak glamor pun, kita
tak akan filemkan lakonan awak.”
Mazliana menggaru kepala sekali lagi, persis terasa
kebodohan dengan kata-kata yang masuk ke telinganya.
Hesy... ini lawak gila-gila ke versi ujang bos Si Syamin ni?
“Ini nak buat lawak tak kelakar ke? ” tanyanya yang
jelas kebodohan. Dipandang wajah Syamin yang tersenyum
sedangkan dari tadi asyik membisu.
“Kau berlakon dalam realiti sayang.”
“Maksudnya apa sebenarnya ni? Dunia realiti ala-ala
Pilih Kasih dengan Akademi Fantasia?”

87
Doktor Cinta

“Ala-ala versi kita sendiri.”


“Ya Allah Mimi, mana kau dapat bos kau ni? Cakap
berbelit-belit aku dah pening ni. Sikit lagi kalau aku pengsan,
aku tahu kau yang jadi penyebabnya.” Mazliana menyalahkan
Syamin.
“Apa pulak aku?” bidas Syamin tidak puas hati.
“Habis yang kau kenalkan aku dengan bos kau ni
nak buat apa? Boleh mental aku dekat sini tahu tak? Aku
belum lagi nak join kawan-kawan kau yang dekat Tanjung
Rambutan tu.”
Ketawa Zikri kedengaran kuat mematikan kata-kata
Mazliana. Eh... aku buat lawak ke dia suka sampai macam tu?
“Macam ni....”
Zikri menceritakan dari A to Z kepada Mazliana
termasuklah kisah Tengku Iskandar yang merangkap bos
kepada kawan baiknya. Permintaan ini juga merupakan satu
keinginan dia sendiri untuk membantu seorang kawan.
Hasrat Mak Engku juga diceritakan.
“Gila!!!”
Mazliana bangun dari duduknya. Rupanya itulah
tawaran yang dimaksudkan. Suka-suki hati dia nak aku jadi
calon isteri. Ingat aku ni apa? marah Mazliana dalam hati
namun dia bijak mengawal perasaan. Untuk apa dia melatah,
lagi pun itukan baru tawaran bukan paksaan pun. Boleh
jawab ya atau tak. Ada talian hayat lagi. Cool Maz, cool.
“Kami akan bagi berapa saja awak nak, tapi
berpatutanlah.”
“Tak nak!”
“Bolehlah Mazliana,” rayu Zikri
“Tak boleh!”

88
Dyadila

“Bolehlah....”
“Eiii... bos ni gila ke apa? Ingat ini cerita kartun ke?
Saya tak boleh buat.”
“Saya yakin awak boleh buat.”
“Saya tak yakin.”
“Awak boleh.”
“Tak boleh!!!” jerit Mazliana kuat. Meja di depannya
ditepuk sekali sambil mata terpejam.
Tiba-tiba suasana sunyi. Tiada satu suara. Perlahan
matanya dibuka semula. Semua mata memandang ke
arahnya. Termasuklah mamak yang menebar roti canai. Eh...
alamak tempat awam ni! Aduh... malu! Mana nak sorok muka
ni? Dia tersenyum lalu duduk kembali di kerusinya.
Wajah mengharap Zikri dan Syamin dijeling dengan
ekor mata.
“Aku bukan nak kenakan kau Maz tapi tak ada
orang yang lebih layak selain kau.” Syamin cuba memujuk
temannya. Kesian pula dia melihat bosnya yang terlampau
mengharap itu.
“Kau ni kawan aku, kan.” Suaranya diperlahankan,
bimbang kalau-kalau jadi perhatian seperti tadi.
“Tengku Iskandar tu baik orangnya. Lagipun bukan
kau kena berlakon lama pun, cuma malam tu aje.”
Dua wajah di depannya dipandang lama. Hesy... ni
yang aku lemah ni. Buat muka kesian pulak dua makhluk ni.
Mazliana meneliti jam tangannya, konon-konon membiarkan
waktu terus menjawab persoalan yang bermain di minda dua
insan di depannya itu. Kalau nak difikirkan, tak adalah payah
sangat watak itu nak dibawa. Lagipun malam tu aje. Hesy...
kacang goreng aje tu.

89
Doktor Cinta

“Kau ingat muka kau cantik ke buat macam tu?”


Syamin tersenyum. Kalau ayat itu yang lahir dari
mulut Mazliana, mesti ada harapan cerah.
“Cantiklah juga.”
“Okeylah aku setuju, itu pun bukan sebab duit tapi
atas rasa kesian saya pada muka minah ni dan muka bos yang
tak berapa hensem ni.”
Zikri tersenyum, tak hensem dia kata aku. Tapi tak
apa, janji dia sudah mendapatkan pelakon terbaik untuk misi
berat malam tu. Sekali lagi wajah itu dipandang, comel pula
budak ni, bisik hati kecilnya.
“Terima kasih, saya tahu awak tak akan kecewakan
saya,” ujar Zikri yakin. Mazliana mencebik, poyo aje ayat.
“Terima kasih bukan kenyang pun bos. Kalau kena
milo ais dengan roti canai ni best juga.”
Syamin menggeleng, dia tahu niat temannya itu.
Habislah bos aku lepas ni kena dengan Maz.
“Hah. Eh... orderlah, saya bayar.”
“Yalah, takkan saya pulak yang bayar.”
Zikri terkedu. Amboi... boleh tahan juga dia ni.
Syamin hanya tersenyum. Mazliana ni agak-
agaklah. Zikri tersenyum. Satu masalah dah selesai, matanya
menilai kembali wajah milik wanita di depannya. Macam
dialah tapi.... Kenangan di klinik terimbau kembali. Dia ke?

90
Dyadila

Bab 8
M
AZLIANA mengelap peluh yang
menitik di dahinya. Ini versi
filem mana pulak aku kena jadi
tiang tepi Mall ni. Jam Gucci hitam hadiah Kak Lin dipandang
lama. Nasib baik ada Kak Lin, kalau nak harapkan aku beli
benda mahal macam ni, kirim salam aje la. Nampak sangat
nak cari pasal budak dua orang ni. Janji Melayu betulah. Eh,
kenapa pula janji Melayu? Ingat orang Melayu aje ke pandai
mungkir janji? Jason anak Uncle Mick pun suka buat janji
kosong ape. Salah betul fakta janji Melayu tu.
Ini kali kelapan belas nombor Mimi a.k.a dalang
segala masalah didail. Semua masuk peti suara. Maaf
panggilan anda tidak dapat dihubungi. Panas hati dah aku
duduk terpacak dekat sini. Dari jauh kelihatan lambaian
mesra satu Malaysia dari Syamin. Mazliana tersenyum sinis.
“Maaf Maz terlambat, kami ada meeting tergempar
tadi. Lama tunggu?” Wajah Zikri tak bersalah.
Kura-kura dalam perahu, suka hati buat tak tahu.
Nak rasa makan kasut aku? bisik hati Mazliana sempat lagi

91
Doktor Cinta

buat pantun tiga kerat. Dia melontarkan senyuman yang


masam-masam manis.
“Eh... tak apa. Lepas ni korang pulak yang kena
gempar,” bisiknya lagi.
“Awak marah ke Maz?”
“Eh... tak apa. Saya tak kisah bos,” jawabnya
bersahaja. Syamin menggaru kepalanya. Tahu sangat
lenggong bahasa temannya itu. Matilah! Jelingan Mazliana
meramalkan sesuatu yang buruk akan terjadi.
Lagi nak tanya aku dah panas hati duduk dekat sini.
Ingat cantik sangat ke muka aku duk tayang dekat depan
orang ramai ni. Dahlah ada yang siap bagi duit syiling! Ingat
aku ni mintak sedekah. Eiii... memang nak kena ajar budak
dua orang ni. Kalau nak kenal siapa Mazliana Haji Nordin
inilah masanya.
Nak rasa sangatkan lakonan ala-ala membalas
dendam... one... role... action!!!
“Apa dosa Maz???” jerit Mazliana kuat tiba-tiba
sambil meluru ke arah Zikri. Syamin dan Zikri terkejut
mereka saling berpandangan.
Air mata mengalir deras, esakan mula terhasil. Dia
terduduk di situ. Berkerut dahi Zikri matanya terus dihalakan
ke wajah Syamin di sebelah. Apa dah jadi ni? Ada mata yang
memandang. Ada juga yang berhenti melihat aksi spontan
Mazliana. Orang ramai yang lalu di situ berhenti sambil
memandang ke arah mereka bertiga.
“Sampai hati abang! Apa kurangnya Maz berbanding
perempuan ni?” Hah... sudah! Dia dah mula dah. Wajah
Syamin berona merah. Dia tahu niat sebenar Mazliana.
Aduhhh. Matilah macam ni. Ada yang sudah berbisik-bisik.

92
Dyadila

“Eh... kenapa ni Maz?” Zikri cuak. Semua mata


memandang ke arahnya.
“Sebab perempuan ni cantik abang pilih dia? Sebab
dia ada harta? Abang sanggup tinggalkan Maz dan anak dalam
kandungan ni? Apa salah kami bang?” Merah muka Zikri.
Malu. Perlahan tali lehernya diungkai. Butang atas kemejanya
dibuka. Panas. Peluh mula menitis di dahi.
Mazliana masih berwajah sedih. Dalam hati, ha ha
ha... padan muka nak main drama sangat dengan Mazliana
Haji Nordin. Memang pelakon betullah kau ni Maz!
“Apa sebenarnya yang berlaku ni, dik?” tanya
seorang perempuan sebaya ibunya. Mazliana tersenyum.
Muncul dah pelakon tambahan. Tubuh wanita itu sengaja
dipeluk menambahkan lagi keberkesanan lakonannya.
“Kak, apa salah saya sampai kawan baik saya sendiri
bermadu kasih dengan suami yang saya sayang? Apa salah
saya?”
Wanita itu memandang wajah Syamin dan Zikri
dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Marah.
Syamin tersenyum kelat. Sempat dia menangkap senyuman
sinis Mazliana.
“Sabarlah dik jangan sedih. Mungkin adik bukan
untuk lelaki macam ni. Jangan bazirkan air mata untuk
perempuan perampas macam ni!” Hah... ambik kau sebijik.
Dalam hatinya macam digeletek. Kelakar tengok muka
Syamin dan Zikri dimarah pelakon tambahan. Bersemangat
pulak mak cik ni.
“Okeylah mak cik, kami pergi dulu.”
Syamin menarik kuat tangan temannya. Gila
betullah budak ni buat malu aku. Zikri mengejar langkah dua
wanita itu dari belakang. Masih belum keluar dari lakonan

93
Doktor Cinta

palsu Mazliana. Masih terbayang wajah sedih Mazliana. Dia


blur....
“Kau memang nak makan kasut saiz enam, kan?”
Syamin mendengus. Marahlah konon. Geram dia mendengar
ketawa kuat Mazliana.
“Marah ke?” tanya Mazliana sambil mengangkat
sebelah keningnya.
“Taklah. Suka sangat!!!”
“Janji pukul berapa?” tanya Mazliana kembali.
Syamin terdiam. Alamak! Dia tersengih macam
kerang busuk.
“Kau ingat kau cantik buat muka macam tu?” balas
Maz geram. Dia mencubit pipi temannya kuat.
Sekali lagi Syamin tersengih. Zikri hanya berdiam
diri. Tak sangka Mazliana seberani itu. Memang niatnya nak
angin aje dengan perempuan ini tapi melihatkan ketawa ceria
tiba-tiba Si Mazliana ni tadi, dia membatalkan niatnya.
“Sorrylah bos. Saya ni panas sikit kalau bab-bab
tunggu menunggu ni, memang keturunan saya ni tak
dilahirkan untuk menunggu.”
Zikri tersenyum.
“Ala... kita bukan sengaja, bakal calon suami kau
yang tiba-tiba buat meeting.”
Terhenti gerakan tangan Mazliana. Hampir
terkeluar air yang diminum. Calon suami? Hesy... tu
hiperbola melampau tu. Kalau cikgu sastera aku tahu Si
Syamin ni suka-suka guna perkataan mesti kena denda
pusing padang bola. Bahasa kita budaya kita, kata cikgu
akulah.
“Kami minta maaf kalau buat Maz tertunggu, saya

94
Dyadila

tak sempat nak call tadi,” ucap Zikri dengan nada sedikit
kesal.
“Itulah susahnya kalau kita semakin maju ni,
teknologi secanggih mana pun tak berfaedah kalau tak
digunakan.”
“Tapi gilalah kau Maz, gerun aku dengan mak cik tu
tadi. Macam nak dicekiknya aku.”
“Yalah. Kau kan perampas suami orang.” Ketawanya
kuat.
“Tak sangka awak seberani itu. Terkejut juga saya
tadi tetiba awak melolong macam orang hilang pertimbangan.”
Zikri menyampuk.
“Itulah yang dia dapat sebab suka sangat kawan
dengan orang-orang dekat Tanjung Rambutan and Tampoi.”
Giliran Mazliana pula kena. Syamin ketawa kecil.
“Kau ni macam tahu-tahu aku ni ramai bestfriend
dari sana, kan? Termasuklah kau.”
“Betul-betul bak kata pepatah macam lembu
dicucuk hidung,” celah Syamin.
“Betul sangatlah tu macam kau dicucuk hidung.
Kalaulah Cikgu Salmah masa kita form five dengar kau punya
peribahasa tu mesti dia menangis tiga hari tiga malam.
Hesy... bahasa Melayu kau dapat apa, ek?”
Ketawa Zikri pecah tiba-tiba, memang Syamin ni
bendul betullah. Suka hati mulut dia nak kata apa, janji dia
faham walaupun orang sekeliling tak faham pun apa yang dia
cakap.
“Sebenarnya bos secara tulus ikhlas lahir dari hati
saya yang suci ni, saya tak berminat langsung dengan watak
yang bos nak bagi tu. Tapi disebabkan paksaan anasir-anasir

95
Doktor Cinta

Si Mimi ni saya terpaksa. Tapi seperti kali keseratus satu saya


cakap, segalanya hanya untuk malam itu saja.” Fuh... panjang
lebar penerangan. Macam penerangan formula kimia yang
aku tak pernah nak lulus. He he he....
“Tak apa Maz, saya faham. Saya berterima kasih
sangat dengan bantuan awak.”
“So, apa yang perlu saya buat dengan watak tu?”
“Okey, semuanya bermula di sini....”
Bermulalah satu hikayat yang panjang lebar dari
mulut Zikri. Matanya tepat memandang ke arah mata hitam
bulat itu. Ada kejujuran di situ, wajah yang putih bersih
kelihatan sentiasa berseri. Bibir merah melambangkan dia
pengikut setia kempen Tak Nak Merokok.
Kalau dianalisis ikut teori sains memang Encik
Zikri memiliki wajah yang lengkap pakej kekacakannya.
Senyumannya saja dah boleh buat wanita terduduk. Nasib
baik aku memang dah duduk. Mazliana terus mengukur
wajah di depannya. Mengikut apa yang Syamin kata Encik
Zikri ni mix blood gak, berdarah Cina. Emmm... patut ar
hensem. Kan...? Kan...?
“Okey. Awak faham Mazliana?”
Mazliana masih memandang tepat wajah lelaki di
hadapannya itu. Masih kaku.
“Mazliana?” panggil Zikri lagi apabila melihat mata
itu masih tepat memandang ke arahnya.
“Hoi Maz!!!” Penampar Syamin hinggap di bahu
temannya membuatkan Maz tersedar semula ke alam nyata.
Aduh!
“Kau faham tak?” tanya Syamin lagi. Berangan pula
minah ni. Tak cover langsung! Kalau ya pun nak berangan

96
Dyadila

pilihlah tempat yang logik sikit. Ini tengah restoran yang


bingit dengan suara orang ramai ni pun boleh dilayan
berangan tu.
“Hah? Faham... faham.” Eh, apa yang aku faham?
Dia menggaru kepala yang tak gatal. Memang mangkuk
tingkatlah kau ni Mazliana! Sempat mengutuk dirinya
sendiri.
“Ini semua tentang Tengku Iskandar. Saya harap ini
dapat membantu awak mengenai perwatakannya dengan
lebih rapat.” Fail hitam itu bertukar tangan. Dahi Mazliana
berkerut. Air liur ditelan perlahan. Mak aiiikk tebalnya.
Macam aku rajin aje nak baca tebal-tebal macam ni.
“Perlu ke saya baca semua ni?”
“Saya nak malam tu adalah malam yang sempurna,
Jadi untuk elakkan awak tersasul maka awak kenalah baca.”
Juling mata Mazliana memandang wajah lelaki di
depannya. Skemalah mamat ni.
“Kalau tebal macam ni saya kena baca, semua
tentang luar dalam Encik Iskandar??? Hesy... malaslah!
Syamin kau baca untuk aku.” Fail itu ditolak ke arah Syamin.
“Eh... apa pula aku?” Ditolak semula fail itu.
“Nanti kalau kau dah habis baca kau present dekat
aku okey. Okeylah bos, saya gerak dululah. Ada hal sikit ni.”
Mazliana bangun meninggalkan Syamin dan Zikri yang
terpinga-pinga.
Mazliana hanya mengangkat tangannya tanpa
berpaling ke belakang. Ada ke suruh aku membaca. Dia tak
tahu ke yang aku ni spesies mamalia yang fobia dengan
membaca, kena pula baca benda tebal bertambah pening
pulak baca pasal diri seseorang. Hesy... apekehal?

97
Doktor Cinta

“Kan saya dah cakap tadi, Encik Zikri tak percaya.”


Fail hitam tebal itu sudah dipegang.
“Ni siapa pula nak baca all about Tengku Iskandar
ni?” tanya Syamin lagi.
“Siapa lagi, awaklah.” Zikri bangun. Not sepuluh
ringgit diletak atas meja kemudian berlalu meninggalkan
Syamin yang leka membelek fail biodata Tengku Iskandar.
“Hah... aku pulak yang kena. Encik Zikri, tunggu!”
Syamin mengejar bosnya dari belakang.

MAZLIANA meletakkan kepala di riba Puan Maznah.


Rambutnya diusap lembut. Inilah perkara paling best yang
tidak dapat dilupakan.
“Anak mak ni dah besar rupanya.” Maz tersenyum
mendengarnya.
“Tapikan Mak. Maz rasa macam tak nak jadi besar,
kalau Maz kecik mesti hari-hari Maz dapat tidur atas riba
mak, kan?”
“Dah besar macam ni pun boleh baring lagi atas
riba. ” Kata-kata itu mengundang ketawa besar anak dan ibu
itu.
“Sayang mak.”
“Mak pun sayang anak mak ni. Mak tak sabar nak
tengok Maz duduk atas pelamin.”
“Emmm... jomlah kita pergi sekarang.”
“Ke mana?” tanya Puan Maznah bingung.
“La... kedai mak andamlah. Kan kata nak tengok

98
Dyadila

Maz duduk atas pelamin.” Bulat mata Puan Maznah


mendengar lawak anaknya. Mazliana sudah ketawa melihat
muka kelat maknya.
“Main-main, ek.”
“Laaa... mak ni suka terbalik code tau. Sepatutnya
Kak Lin dengan Kak ida dulu laaa, takkan Maz pula nak
langkah bendul.”
“Bukan apa, anak sayang mak ni manja sangat. Kak
Lin dan Kak Ida tak macam Maz nak dua puluh empat jam
berkepit bawak ketiak mak. Kalau apa-apa jadi dengan mak
dan ayah macam mana? Itulah sebab mak nak Maz ada
seseorang untuk bergantung.”
“Mak jangan risau ek. Kalau jodoh Maz dah sampai,
mak la orang pertama yang akan tahu. Mak ni, tengok
kakilah! Maz dah besarlah, lagipun ingat baju ke nak
gantung-gantung? Lagi satukan, mak punya ketiak wangi...
tu sebab Maz suka.” Ketawanya kuat.
“Hesy... budak ni.”
“Amboi manja ya budak busuk ni?” Azlin keluar dari
dapur bersama mug berisi milo di tangan. Kak Lin nampak
cute dengan tocang dua dan klip berwarna pink menarik
depan rambutnya.
“Cemburulah tu!”
“Tak ada masa!” Azlin duduk di sofa sebelah Puan
Maznah. Mazliana tersenyum manja, bahagia dikelilingi
orang-orang tersayang.
“Lin dengar tadi ada yang nak kahwin ek mak?”
“Emmm... tapi tu la dia Si Johan tu lambat
bertindak. Slow betul la mamat tu... kata maklah,” sampuk
Mazliana.

99
Doktor Cinta

Puan Maznah menampar lembut bahu anaknya.


Pandai menambah cerita pulak.
“Amboi... mengumpat akak tadi, ek?”
“Bukan mengumpat, mengenang....”
Pantas peha adik bongsunya dicubit kuat. Mazliana
menjerit. Mak aik, sakitnya peha aku. Boleh lumpuh sistem
endoktrin macam ni.
“Sakitlah... akak ni doktor tapi main cubit-cubit
orang pulak! Apa hal?”
“Tu ubat untuk orang yang sengaja cari penyakit.”
Kata-kata Azlin mati di situ apabila melihat Haji
Nordin muncul di pintu dengan senyuman. Jelas kepenatan.
Sudah pukul sembilan malam baru ayahnya balik? Hesy...
sibuk sangat ni, kalah doktor. Haji Nordin memberi salam
perlahan lalu disambut oleh tiga beranak yang setia
menantinya di ruang tamu.
“Lambat abang balik hari ni?” Ah, baru aku nak
tanya dah mak take over dulu.
“Ada perbincangan sikit dengan budak-budak ni
tadi, ada yang tak faham dengan apa yang abang ajar.”
“Hesy... apa yang susah sangat diorang nak faham
tu, ayah? Kan ada masa perundingan kenapa tak datang masa
tu?” Mazliana tak puas hati. Haji Nordin ni kalau dengan
pelajar dia baik sesangat.
Rungutan anaknya dibalas dengan senyuman. Malas
nak bagi jawapan yang entah ke berapa ratus, dah memang
itu tugas dia sebagai pendidik terpaksalah dia berkorban.
Anak-anaknya susah nak faham.
“Itulah ayah suruh Maz jadi cikgu Maz tak nak.
Kalau sekarang Maz mengajar, tentu Maz faham keadaan

100
Dyadila

ayah,” usik Haji Nordin dengan nada yang lembut. Dia hanya
tersenyum melihat memek muka Mazliana.
“Maz ni ayah... bukan tak nak jadi cikgu tapi kerja
cikgu tu yang tak nak dengan Maz.” Ketawanya pecah. Kepala
ayahnya sudah menggeleng.
Sejak aku baru merangkak-rangkak membaca ABC
sejak itu juga cadangan ayah sentiasa terdengar sebelah
telinga aku.
“Maz nanti dah besar jadi cikgu ye sayang.”
“Anak ayah ni nanti besar mesti bijak, boleh jadi
seorang guru.”
Mazliana tersenyum. Hesy... kesian ayah aku dari
dulu berangan-angan nak aku jadi seorang pendidik tapi
malangnya dapat anak hampeh. Jangan kata pendidik, bau-
bau mempelam nak jadi pendidik pun tak ada. Terus tersasar
jauh.
“Abang nak minum?” tanya Puan Maznah tiba-tiba.
“Emmm... boleh juga tapi abang nak air kopi dari
tangan anak manja awak ni. Maz buatkan ayah kopi.” Alahai...
malasnya aku nak bangun. Tulah... dia terlalu pakar sangat
buat kopi, kan dah ada permintaan.
“Akak, pergilah buat kopi untuk ayah,” bisiknya
pada Azlin yang asyik menonton skrin TV di depannya. Entah
cerita apa entah. Plastik betul.
“Ayah kan nak anak manja dia yang sorang ni buat.
Tak reti-reti bangun?” Mazliana tersenyum apabila matanya
bertembung dengan ayah dan mak. Mata tu dah bagi isyarat
suruh dia bangun sebelum apa-apa terjadi.
Mazliana memang anak yang pada luarannya
nampak degil tapi pada dasar dia adalah anak yang mudah

101
Doktor Cinta

dibawa berunding. Dalam banyak hal pendapat yang lahir dari


mulut anak bongsunya itu sering diguna pakai. Haji Nordin
sendiri mengakui sikap anaknya itu sangat disenangi oleh
ramai orang termasuklah jiran tetangganya.
“Untuk mak sekali ya.” Hah... lagi satu order. Laris
jualan hari ni. Kebiasaan keluarga Haji Nordin kalau dah
seorang nak air, alamatnya kena buat untuk semualah. Siapa
yang selalu jadi mangsa? Tak payah tanyalah, mesti aku!!!
“Baik bos!” Mazliana berlari ke dapur. Kopi mesti
disiapkan dalam masa dua minit untuk mengelakkan
sebarang rungutan atau perli-memerli di kalangan bos-bos
tak terlatih.

JARUM JAM telah menunjukkan ke angka sebelas malam.


Dia kini berada dalam kamar beradunya. Baru sekejap tadi dia
mengirimkan e-mel skrip hidupnya hari ini kepada Kak Ida.
Memang itu sajalah cara untuk mereka berhubung. Kalau
selama ini Kak Idalah tempat dia bercerita segala masalah,
kini dia lebih senang mengirimkan skrip harian untuk
tatapan kakaknya. Setiap minggu skrip hidup Mazliana Haji
Nordin akan diberi kritikan.
Selepas seharian berhempas pulas berkejar ke sana
ke mari, ini adalah waktu privacy yang dinanti-nanti iaitu
acara bersenang-lenang di atas katil. Mazliana memang
seorang gadis aktif tapi punya satu kelemahan yang ramai
orang tak tahu, iaitu sebelum tidur mesti kena nyanyi versi
untuk diri sendiri secara solo.
Kalau masa kecil dulu Puan Maznah akan
mendendangkan pelbagai lagu dari pelbagai genre muzik tapi

102
Dyadila

kini dia terpaksa berdikari. Maksud berdikari adalah pasang


lagu dan nyanyi sendiri untuk diri sendiri.

The Colour of My Love

I’ll paint my mood in shades of blue


Paint my soul to be with you
I’ll sketch your lips in shaded tones
Draw your mouth to my own

I’ll draw your arms around my waist


Then all doubt I shall erase
I’ll paint the rain that softly lands on
Your windblown hair

Bukan lagu versi lidah berbelit-belit saja yang


singgah di bibir Mazliana tapi sampai satu tahap apabila
datang angin dari timur yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Lagu yang sering membuat dia tersenyum sendiri.

Lagu Tiga Kupang

Lagu tiga kupang


Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

103
Doktor Cinta

Bila sudah masak


Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah


Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey!

Dari lagu omputih sampailah habis lagu keluar dari


bibir selagi mata tak pejam dengan sendiri, selagi itu jangan
haraplah mata ni nak tidur. Tiba-tiba telefon berbunyi
menandakan ada SMS yang masuk. Masuk SMS ini, dah
seratus tiga SMS aku terima sepanjang tiga hari ini. Entah
ingatan yang ke berapa aku sendiri tak tahu. Siapa lagi kalau
bukan dari Syamin atau nama tak berapa popularnya Mimi.
Layan mesej Syamin ni aku juga boleh sewel.

Jgn lpe temujanji dgn ‘calon suami’ ek.

Ala ko ni Mimi mng OVER kn... dh 100 x arr...


bosannnn!

xpe mla2 bosan nti suke he3

ko jgn smpai aku kahwinkan ko dgn bos ko


tu... bru knl ko Mazliana

104
Dyadila

gurau senda di hari ry pun mrh... cm singa


zoo taiping arr ko

klau aku singa ko arr dulu aku baham... k nite

k nite Puan Mazliana...sweet dream ek..he3

nite...C U

Nokia 3310 kesayangannya dicampak ke tepi katil.


Bosan pulak aku minah ni. Masalah betul bila ikutkan rasa,
inilah padahnya badan juga yang binasa. Disebabkan bakat
yang tak seberapa mengenakan orang ni tak pasal-pasal aku
terjerumus dalam masalah peribadi orang. Muka calon suami
sendiri tak pernah tengok, harap nama aje Tengku Iskandar...
sedap tapi boleh percaya ke dengar nama aje? Lembu Nek
Wan dekat kampung dulu pun nama dia Micheal. Hesy...
macam mana la rupa calon suami aku ni ek? Micheal dengan
Tengku Iskandar mana lagi hensem? He he he....

105
Doktor Cinta

Bab 9
S
UASANA bilik yang agak suram
dipenuhi bau wangian Lavender,
wangian kesukaannya sejak
dari bangku sekolah lagi. Sejak kecil lagi dia diajar untuk
memastikan kebersihan. Walaupun dia satu-satunya anak
tunggal Tengku Mazlan dan Tengku Mariam tapi dia sudah
biasa melakukan semua kerja sendiri. Tapi sejak kedatangan
Zikri dalam keluarganya dia rasa ada tempat bergantung
sehinggakan kadangkala semuanya dilakukan oleh Zikri.
Berlemaklah katakan.
Nasib baiklah mama tangguhkan makan malam
perdana yang dirancang dengan anak Datuk mana entah.
Sekurang-kurangnya ada masa lagilah dia mencari jalan
keluar dalam kemelut paksaan mamanya sendiri. Rancangan
gila Si Zikri juga berjalan lancar. Cuma dia belum berjumpa
dengan bakal calon isterinya untuk satu malam tu.
“Hai anak mama, termenung jauh nampak?”
Tengku Mariam tersenyum melangkah ke arah anak
kesayangannya.

106
Dyadila

“Bukan termenung tapi berfikir.”


“Fikir pasal apa? Pasal bakal menantu mama ke?”
“Mama ni... ke situ pulak dia.” Tengku Iskandar
duduk di depan meja tulisnya.
“Mama berkenan betul dengan Natasha tu, cantik,
baik, bahasa pun bagus. Hormat orang tua.”
Tengku Iskandar mencebik. Mula dah promosi
hebat, tawaran beli satu dapat satu.
“Is dengar tak apa mama cakap ni?”
“Emmm... dengar,” jawabnya malas.
“Ala mama, Is muda lagilah. Masa depan Is masih
jauh,” sambungnya kemudian.
“Muda? Is... kalau zaman mama dulu, sebaya Is ni
dah ada anak lima, tahu tak?” Bulat mata Tengku Mariam
memandangnya anak lelakinya. Degil macam papa dia.
Memang Tengku Iskandar lebih mirip wajah
suaminya. Mata yang sama, bibir yang sama, hidung yang
sama. Apa yang pasti Tengku Iskandar lebih ke arah wajah
Melayu bukan sepertinya Melayu baba nyonya. Ibunya
seorang wanita keturunan baba dan orang putih yang
berkahwin dengan lelaki Melayu. Jadi tak hairanlah jika
wajahnya lebih ke arah nyonya Melaka. Pertemuaan dengan
Tengku Mazlan juga banyak mengajarnya kembali ke adat
Melayu yang lama ditinggalkan. Sejak mengikut papanya
berhijrah ke Indonesia dia lebih terdedah dengan adat yang
bercampur.
“Hai.... mama ingat papa ke?”
“Tiga puluh tahun mama tak pernah berpisah
dengan papa. Siapa kata tak ingat?” akui Tengku Mariam.
Tengku Iskandar tersenyum.

107
Doktor Cinta

“Papa pergi seminggu aje. Mama jangan la risau.


Kalau tak esok, maybe lusa dia sampai la.” Wanita seperti
mamalah yang dicari selama ini. Setia dan jujur dalam
melimpahkan kasih sayang. Cuma suis mulut saja yang tak
boleh nak off.
“Dahlah... mama nak masuk tidur. Jangan lupa
makan malam nanti. Mama tak suka orang yang mungkir
janji. Mungkir janji tu maknanya...”
“Orang munafik,” sambung Tengku Iskandar.
Tengku Mariam tersenyum.
“Zikri jangan lupa ajak sekali, budak tu kalau tak
ada hal mustahak susah sangat nak jumpa batang hidung
dia,” rungut Tengku Mariam.
“Emmm... dia sibuk mama.”
“Sibuk dengan apa?”
“Cari calon isteri.” Kata-kata Tengku Iskandar
terhenti. Aduh... terlepas pula.
“Calon isteri? Maksud Is?” tanya Tengku Mariam
meminta kepastian.
“Hah??? Eh... tak adalah. Dia tengah nak mencari
calon isteri untuk dialah mama.”
“Betul ke? Ya Allah... itulah yang mama doakan
selama ni. Terbuka juga hati Zik tu.” Melihatkan mamanya
yang tersenyum gembira membuatkan Tengku Iskandar
tersenyum. Memang mama sayangkan Zikri. Tapi bukan
calon isteri tu untuk aku ke? He he he....
“Dah, jangan tidur lewat sangat.”
“Okey mama. Nite. Sayang mama,” bisiknya
perlahan sambil mencium dahi Tengku Mariam. Itulah
rutinnya setiap malam. Kalau dulu dahinya dicium lembut

108
Dyadila

oleh mamanya tapi kini giliran dia memberi kasih sayang


kepada mamanya pula.

LANGKAHNYA semakin laju. Alamak, dah lambat ni! Kalau


aku tahu macam ni tadi baik naik teksi. Ini semua driver
bas punya pasal, bawa macam siput. Kalau lumba dengan
kura-kura gerenti kalahnya. Boleh buat cerita teladan baru
‘kura kura dengan bas 67’. Nasib baik jugalah perut aku pagi
ni tak meragam kalau tak mesti selamat dalam bas. Nokia
3310 dikeluarkan. Baru dia ingin mendail destinasi pilihan...
debummm!!! Satu rempuhan kuat dari depan. Nokia 3310
kesayangannya terpelanting.Tidak!!!
“Hoi, tak nampak orang ke? Jalan pakai mata ke
pakai telinga???” Aduhhh... mana sayang aku ni? Dia mencari-
cari sesuatu. Apa lagi kalau bukan 3310nya.
“Pakai kaki,” jawab lelaki itu selamba.
“Awak yang jalan pakai mulut tu pasal apa?”
sambungnya lagi.
Hahh??? Berdesing telinga. Macam nak jatuh segala
kesabaran yang ada di dada. Kalau aku ada kuasa laser dah
lama mulut mamat ni terbakar.
“Eh... saudara, encik, tuan, sesuka hati sedara aje
terjah orang, bukan nak minta maaf!” marah Mazliana.
“Saya takkan minta maaf kalau bukan salah saya.”
Mamat tu blah macam tu aje tanpa ucapan selamat
tinggal. Tanpa sedikit senyuman. Ehhh... pasal apa pulak nak
senyum dengan aku? Mazliana mengutip Nokia 3310nya.
Hah??? Sayang... tanpa perasaan bersalah dia tinggalkan

109
Doktor Cinta

tempat kejadian dengan sumpah seranah yang berbakul-


bakul. Harap muka saja aje kelas A+, perangai E. Hampeh!
MM Holding berdiri megah di hadapannya.
Menyesal pula dia menapak ke sini. Kalau lepak dekat rumah
tadi, kan best. Hari ni ada tayangan Bujang Lapok. Hesy...
rugi betul! Perlu ke ada pertemuan dengan calon suami dan
calon isteri ni? Nama pun drama pendek takkan nak buat
versi episod bersiri sampai suruh aku datang jumpa dia dekat
sini. Memang mainan orang kaya macam ni kut? Jangan jadi
sinetron sudah, sampai seratus episod tak habis. Gerenti
penonton bosan.
Wajah tersengih Syamin menyambut kedatangannya.
Mazliana mengisi bangku bertentangan dengan Syamin.
Marahnya masih belum reda.
“Eh... awalnya kau sampai? Tak sabar nak jumpa
calon suami ke?”
“Mimi, nanti kalau aku tertampar muka kau, aku
minta maaf ek.” Syamin tersengih macam biasalah tayang
muka ala-ala blurnya. Ada yang tak kena dengan nada suara
kawan baiknya ni.
“Kenapa muka macam baru bercerai aje. Bukan kau
baru nak dapat calon suami ke?” soal Syamin ingin tahu.
“Aku panas betullah. Ada sorang mamat ni tadi
langgar aku sampai bersepai sayang aku ni cium jalan. Dia
boleh blah macam tu aje, siap buat muka tak bersalah tu.
Kalau ikutkan hati aku dah lama aku backhand mamat tu.”
“Baguslah... aku nak sangat jumpa mamat tu.”
“Kau nak buat lawak antarabangsa ke lawak dalam
negara?” tanya Mazliana tak puas hati. Bukan dia tak tahu
tahap cemburu Mimi dengan 3310nya. Dasar perempuan tak
boleh bermadu... eh??? Ada kaitan ke???

110
Dyadila

“Sepatutnya dari dulu lagi kau buang sayang kau


tu, mana ada orang pakai lagi dah 3310 kau tu. Dah boleh
letak dekat muzium, tahu tak? Habis tu okey tak?”
“Nasib baik okey....” Nokia 3310 ditayang ke kiri ke
kanan. Syamin mencebik.
“Ala, kalau sayang kau tu kena langgar dengan lori
sepuluh tayar pun okey lagi. Inikan pulak baru tercium
jalan.”
“Hai... tu ayat versi menghina ke apa?” perli
Mazliana kembali. Syamin ni suka buat hiperbola.
“Bukan hinaan tapi kenyataan, bilalah kau nak
buang telefon kau tu dalam sungai? Aku tak sabar-sabar nak
tunggu waktu tu.”
Hesy... laju sungguh mulut minah ni. Apalah dosa
Nokia 3310 aku ni dekat dia.
“Kalau kau nak semua tu terjadi kau hanya sekadar
bermimpi sayang,” ujar Mazliana geram.
Syamin tersengih-sengih mendengar kata-kata
Mazliana. Tangannya menongkat dagu memandang wajah
temannya. Satu-satunya sahabat yang suka cari pasal,
memang betullah hobi dia suka jalan-jalan cari pasal. Sampai
sekarang Mazliana tak ada kerja tetap. Semua tak kena
dengan jiwa, kata dialah.
“Kau analisis aku ni semata-mata nak tayang gigi
kau yang cantik tu ke?” perli Mazliana.
“Eh... lupa pula kau nak jumpa bos, kejap ek Maz,”
kata Syamin sambil tersengih-sengih.
Mazliana menggelengkan kepalanya. Mimi... Mimi.
Orang suruh makan nasi pergi makan semut buat apa. Kan
dah dapat penyakit pelupa.

111
Doktor Cinta

“Bertuah kau lepas ni dapat bakal suami kaya,


Tengku lagi tu,” tambah Syamin.
“Kau jangan sampai aku tarik balik persetujuan
perjanjian aku tu,” ugut Mazliana.
“Okey... okey, aku gurau ajelah. Sejak bila pula
Mazliana Haji Nordin sensitif ala-ala perempuan Melayu
terakhir ni?”
“Kau ni kalau Si Erma Fatima tu dengar mesti dia
saman kau. Cerita Perempuan Melayu Terakhir tu satu-
satunya filem Melayu yang baik, tahu tak? Kesenian Melayu
yang diketengahkan, kita kena berbangga,” leter Mazliana
panjang lebar.
Aduhh... silap time pulak kutuk filem Melayu depan
Mazliana.
“Ala... aku tahulah kau subjek Kritikan Seni dapat
A++, janganlah marah.”
“Bukan marah tapi nasihat. Kalau bukan kita yang
sokong filem kita, siapa lagi? Takkan nak suruh Bibik
Sumanti kau! ”
Syamin tersenyum. Bibik Sumanti orang gaji dari
Indonesia yang sudah lama berkhidmat untuk keluarganya.
Baru beberapa kali bibik dan Mazliana berjumpa tapi mulut
bibik tak habis-habis bertanyakan keadaan kawan baiknya itu.
“Hah... sebut pasal bibik, dia dah banyak kali tanya
aku bila kau nak datang rumah lagi. Entah ayat apa kau baca
dekat dia asyik nama kau aje dia sebut.”
“Ayat-ayat cinta. Bibik tu dah jadi geng aku. Kalau
aku ada masa nanti aku lepak rumah kau. Mana bos kau?”
tanya Mazliana selamba. Kalau dilayan Syamin sampai esok
tak habis.

112
Dyadila

“Ada dalam bilik Tengku Iskandar. Kau jumpa dia


nanti hati-hati sikit. Dia tu keturunan harimau bintang, tiap-
tiap pagi mengaum.”
“Ada aku kisah? Bagi tahu aku dah sampai.” Satu
arahan, lagaknya macam baru dilantik jadi CEO MM Holding
semalam.
“Amboi... arahan ke apa tu?”
“Akukan bakal calon isteri bos besar kesayangan
kau tu, cepat-cepat!”
“Baik madam besar!” Syamin memberi tabik
hormat. Gaya macam askar pencen. Mazliana ketawa
perlahan. Sengal punya budak.

KAKINYA berhenti di depan pintu sebuah bilik yang agak jauh


dari bilik-bilik yang ada di MM Holding. Emmm... biasa ar bos
mestilah tempat istimewa sikit, memang dah tradisi orang
dekat Malaysia ni kut asal bos aje mesti bilik ala-ala rumah
gitu. Cantik. Mewahlah serba-serbi. Mungkin sofa ni buatan
Itali yang harganya mencecah ribuan ringgit, bukan rupiah
ek. Matanya terhenti pada lukisan seorang wanita cantik di
atas kulit lembu, cantik. Unik. Tapi kenapa wajah wanita
tu macam menangis? Dia terus meneliti makna di sebalik
lukisan di depannya. Belum pernah dia melihat lakaran
seunik ini, mesti karya ini boleh mencecah jutaan ringgit.
“Ehemmm... ehemmm....” Zikri berdehem beberapa
kali.
“Eh bos, bila masuk? Jemputlah duduk buat macam
bilik bos.” Laju ayat itu keluar dari bibir Mazliana.

113
Doktor Cinta

Ketawa Zikri pecah dengan gaya selamba Mazliana.


“Memang bilik saya pun.”
Mazliana menyelak juntaian rambut yang menutup
matanya. Ditolak ke belakang telinga. Cuba menutup malu.
Dia tersenyum lagi tapi senyuman itu tak lama. Mati. Darah
merah dalam sistem salur darah seakan terhenti. Matanya
digosok berkali-kali. Ya Allah betul ke apa aku lihat ni? Eh...
ini ke mamat yang akan jadi calon suami aku ni? Bukan
mamat ni ke yang redah aku pagi tadi? Hesy... ini betul-betul
lawak antarabangsa versi tak berapa kelakar. Tetiba rasa aje
macam sakit perut.
“Awak???” Mereka berkata serentak.
Berkerut dahi Tengku Iskandar. Sedari tadi matanya
tak lepas memandang wajah di depannya. Perempuan ni
jugalah yang melanggarnya pagi tadi. Nyaris dia terlambat
untuk masuk ke bilik mesyuarat mendengar amarah dari
mulut yang tak berhenti itu. Dia berjalan mengelilingi calon
isteri di depannya. Memang penipu betul.
“Ini dia yang kau cerita tu?” Sinis pertanyaan
Tengku Iskandar.
Mazliana tersentak. Ceh!!! Terasa terhina mendengar
soalan dari calon suaminya. Dia berpura-pura menyelak
majalah entah apa nama di depannya. Diorang ni kalau nak
diagnosis aku pun biarlah aku tak ada dalam bilik ni. Sengal
betul!
“Dialah calon yang paling layak.”
“Kau tak jumpa perempuan yang baik sikit ke untuk
harga lima puluh ribu?” bisiknya perlahan tapi dia yakin
wanita itu mendengarnya.
Sesuatu yang disengajakan. T-shirt hitam dan jeans

114
Dyadila

hitam yang tersarung di tubuh kecil itu membuatkan dia


meneliti sekali lagi. Hesy... macam tangkap muat aje
perempuan ni. Ada sesuatu yang menarik ingatannya tapi apa
ya???
Mazliana mencebik. Dia tetap berlagak tenang. Satu
hinaan sepanjang keturunan aku. Ingat aku ni jahat ke?
Kalau setakat kena gantung sekolah tu pernahlah tapi belum
lagilah tahap membunuh. Tapi macam akan ada aje yang kena
bunuh dengan niat sikit lagi. Wajah Zikri jelas serba salah.
“Alaaa... kau jangan banyak ragam, aku dah dapat ni
dah cukup bagus dah,” bisik Zikri geram.
“Aku tengok lain macam aje?”
“Apa lagi ni Is... kau jangan sampai aku batalkan
segala plan kita ni.”
“Masalahnya Zik, budak tu boleh ke...? Kau
tengoklah jeans yang dia pakai dengan baju saiz sama macam
kau. Mama boleh terima ke?”
“Ala... nanti kita make overlah dia,” kata Zikri
tegas.
Wajah Mazliana dipandang lagi. Buta apa Si
Iskandar ni, sikit punya comel budak Maz ni. Cuma...
perangai aje sikit kureng... dia tersenyum.
Mazliana menggigit bibirnya. Hesy... panas hati aku
dengar ayat mamat dua ekor ni. Ada pulak yang makan bubur
sepanjang hayat kang!!!
“Helo... bos kalau nak mengata pun belakang-
belakang ar. Ni mengata depan, dah lama hidup ke?” Matanya
masih tak beralih dari majalah yang dipegang. Memang nak
cari nahas! bisik hatinya.
Zikri tersenyum sumbing. Dia menampar perlahan

115
Doktor Cinta

bahu Tengku Iskandar. Tengku Iskandar mencebik. Ugutan


gaya gengster yang langsung tak menakutkan.
“Mazliana, saya kenalkan ini Tengku Iskandar, Is ini
Mazliana Haji Nordin.” Mereka hanya bertukar pandang. Maz
tetap menayangkan muka selambanya. Perlu ke aku salam?
Hesy... mak aku kata bukan muhrim tak boleh salam. So,
buat bodoh....
“So... inilah calon suami saya itu?” tanya Mazliana.
Zikri hanya mengangguk perlahan.
“Saya rasa Encik Zikri dah terangkan tugas awak
yang sebenar. So, saya harap awak jalankan tugas dengan baik
supaya berbaloi dengan bayaran yang awak terima,” kata
Tengku Iskandar dengan angkuhnya.
Mazliana tak terus menjawab. Dia hanya mengangkat
keningnya, tak puas hati. Poyonya mamat ni!!! Kalau aku
tahu dulu masa kaki kau sakit aku urut sampai terpusing
segala sendi baru padan muka. Dahlah rempuh aku tadi tak
minta maaf langsung. Memang gagal subjek tatasusila betul.
“Lagi satu, nanti malam tu tolong jangan makan
benda dalam mulut awak tu,” arah Tengku Iskandar. Serius.
Tiada langsung segaris senyuman.
Kunyahannya terhenti. Mazliana memandang sekali
imbas wajah di depannya. Eh... belum apa-apa lagi nak
mengajar aku nampak. Gula-gua getah atau nama
omputihnya chewing gum tetap dikunyah, tanda dia tak kisah
pun dengan arahan itu.
“Apa faedahnya makan getah macam tu?” Soalan
pertama lahir dari mulut bos besar tanpa mempersilakan
tetamu duduk. Memang tak sopan. Dia ni mesti nak balas
dendam dekat aku sebab kes pagi tadi. Sengaja!

116
Dyadila

Mazliana tetap diam menahan perasaan. Kalau


ikutkan hati muda dah lama dia angkat kaki keluar. Tapi
mengenangkan perjanjian dah ditandatangani, dia berserah.
Satu per satu kritikan tak membina dari bos besar ditelan
mentah-mentah. Kedengaran ketawa kecil dari Encik Zikri
yang duduk di sofa sambil relaks santai.
“Kalau betul pun nak scan pakailah antivirus yang
power sikit bos. Kalau setakat pakai mata bulat tu susah sikit
nak detect perangai saya ni.”
“Maksud awak?” tanya Tengku Iskandar tak puas
hati.
“Sepajang hidup saya nilah, kalau tak silap saya dah
dua orang masuk hospital sebab terlepas cakap.”
“Kenapa pula masuk hospital?” tanya Zikri
bersungguh. Menarik pula cerita Mazliana di telinganya.
“Sebab saya pun tak sengaja terlepas penampar,”
jawab Mazliana bersahaja.
Tengku Iskandar tersenyum sinis. Berani ke?
tanyanya dalam hati. Zikri tersenyum.
Terbayang aksi Mazliana menampar muka Tengku
Iskandar Tengku Mazlan. Fuhhh... mesti front page Metro
esok. Pecah tradisi kemacoan Tengku Iskandar kalau macam
tu. Pewaris MM Holding ditampar di syarikatnya sendiri. Oh...
sesuatu yang sangat memalukan.
Tengku Iskandar menjeling sekali lagi ke wajah
milik wanita di depannya. Boleh tahan juga melawannya.
Mazliana berjalan menuju ke arah Zikri. Dia duduk di sofa
yang tak jauh dari lelaki itu. Senyuman Zikri dibalas dengan
jelingan tajam, secara automatik mematikan senyuman
manis Zikri.

117
Doktor Cinta

“Ada saya suruh awak duduk?” tanya Tengku


Iskandar tegas.
“Ada saya kisah bos besar suruh saya duduk ke tak?
Yang penting saya dah lenguh berdiri. Bos besar nak apa
jumpa saya?”
“Don’t call me bos besar, just Tengku Iskandar.”
Satu amaran kad kuning dikeluarkan. Mazliana buat tak
dengar.
“Macam ni sajalah bos besar, saya ada banyak hal ni.
Kalau ada apa-apa nanti kita bincang kemudian. Lagipun saya
dah maklumkan segalanya pada bos ni.” Matanya terarah
kepada Zikri yang dari tadi hanya menjadi pemerhati bebas.
Dia bangun dari sofa ingin melangkah keluar, tetapi
langkahnya terhenti, dia berpaling kembali mendapatkan
Tengku Iskandar yang sedang berdiri memandangnya.
“Ini untuk bos besar, baik untuk sistem pernafasan
supaya tak berbau busuk bila cakap dengan orang ramai. Lagi
satu, baik untuk senaman mulut nanti kalau banyak bercakap
tak adalah rahang tercabut ke, jatuh ke,” ujar Mazliana
kemudian hilang di balik pintu.
Zikri sudah ketawa kuat, tak tertahan rasanya
melihat wajah kelat Tengku Iskandar disindir face to face.
Gula-gula getah di atas meja Tengku Iskandar dipandang.
Sempat juga Mazliana menyindir Tengku Iskandar.
“Budak dari planet mana kau bawa ni Zik?” tanya
Tengku Iskandar geram. Dia kata mulut aku busuk?
“Kau tu main terjah sesuka hati siapa suruh? Kan
dah dapat sebijik. Nasib baik tak dapat buku lima.” Senyum
Zikri bersambung lagi.
Tengku Iskandar memegang kepalanya, banyak
benda berat yang terpaksa difikirkan. Dia anak yang tak

118
Dyadila

pernah ingkar kata kedua ibu bapanya tapi bila urusan masa
depan ini dipersoalkan, dia jadi serba salah.
“Boleh ke budak tu? Kau tahukan mama aku.”
“Sebab aku kenal mama kaulah dia yang aku pilih.
Kau jangan risau, aku akan bereskan.”
Tengku Iskandar tahu apa yang dimaksudkan Zikri.
Memang kadangkala mamanya lebih mendengar nasihat
Zikri. Apa ilmu yang mamat ni pakai dia pun tak tahu.

MAZLIANA menapak ke meja Syamin yang sedang asyik


bermain mouse di tangan. Matanya tekun memandang skrin
di depannya. Konon-konon kerjalah tu. Meja Syamin diketuk
perlahan dengan tangan. Pantas temannya berpaling.
“Aik, sekejapnya?” tanya Syamin.
“Bos kau tu mamalia spesies apa ek?”
“Kenapa?” tanya Syamin pelik. Melihat muka asam
keping Mazliana dia tahu ada yang tak kena.
“Dia suka telan minyak urut ke? Angin satu badan?
Macam bagus!”
“Apa yang dia buat dekat kau?” tanya Syamin risau.
“Ada ke dia pertikaikan aku ni boleh ke tak?
Memang pantang datuk nenek aku kalau orang jeling tak
puas hati macam tu. Nasib baik MM Holding ni papa dia
punya. Kalau Haji Nordin punya dah lama aku suruh dia balik
kampung tanam jagung!”
“Amboi... marah nampak?”
“Cik Syamin, bos besar kau tu la mamat yang

119
Doktor Cinta

rempuh aku pagi tadi. Lepas tu buat muka tak bersalah,”


marah Mazliana. Ketawa Syamin meledak juga akhirnya.
“Patutlah kau hangin sangat, macam ada jodoh aje
kau dengan dia ek.”
“Banyaklah kau jodoh, gado-gado adalah. Okeylah,
aku nak balik dulu. Lagipun panas dekat sini,” ujar Mazliana.
“Nak balik dah? Lepaklah dulu.” Syamin cuba
memujuk.
“Lepak... lepak... pergi Setapaklah kawan!”
Mazliana terus meninggalkan Syamin. Kalau lagi
lama dia dekat situ alamat boleh terbakar MM Holding ni.
Siapa juga yang susah kalau tak mereka dah keluarga mereka.
Belum pun selangkah kakinya keluar dari lobi tingkat dua
belas MM Holding kedengaran ada suara yang memanggil
namanya.
“Suara sumbang siapa pulak tu?” Pantas dia
berpaling ke belakang. Zikri sudah termengah-mengah di
belakangnya.
“Emmm... nasib baik awak tak balik lagi,” ujar Zikri
lega.
“Kenapa bos? Kena kejar hantu ke puteri bunian?”
Pertanyaan Mazliana dijawab dengan senyuman meleret. Mak
aiii... senyuman pembunuh betul kalau hari-hari senyum
dekat aku macam tu, boleh tergugat iman.
“Jom, saya hantar awak balik,” pelawa Zikri.
“Kenapa pula bos kena hantar saya balik?”
“Arahan bos besar, dia tak nak bakal isteri dia jalan
kaki,” jawab Zikri bersahaja. Mazliana mencebik.
“Saya jadi calon isteri dia sehari saja bos. Sampaikan
saja terima kasih saya dekat bos besar tu. Lagipun selama ni

120
Dyadila

saya jalan kaki juga. Tak ada pulak apa-apa,” kata Mazliana
kemudian terus berjalan keluar. Tapi Zikri tetap mengekorinya
dari belakang.
“Itu selama ni, tapi sekarang saya kena hantar awak
balik.”
Selepas sepuluh minit bersidang di tepi jalan
akhirnya dapat juga persetujuan untuk naik kereta mewah
milik Zikri. Mewahlah walaupun Gen 2 macam Syamin,
mewah bagi orang yang tak ada kereta macam dia. Yalah,
kalau fikir-fikir balik daripada menapak turun bas naik LRT
baik naik kereta. Bak kata orang dahulu, rezeki jangan ditolak
maut jangan dicari. Padahal ajal, maut, rezeki semua terletak
pada empunya skrip dunia. Dia yang maha mengetahui.
“Lapar.” Satu perkataan keluar dari mulutnya secara
tak sengaja.
“Kenapa, awak lapar ke Mazliana?” Zikri memandang
sekilas ke arah wanita yang duduk di sebelahnya.
“Nampak gayanya perut ni dah berbunyi juga.”
“Okeylah. Kita makan dulu lepas tu saya hantar
awak balik. Awak nak makan dekat mana?”
Dia diam sejenak memikirkan persoalan yang
sebentar tadi lahir dari mulut Encik Zikri. Jari telunjuknya
dimainkan ke bibir seolah-olah memikirkan sesuatu yang
berat.
“Macam nilah bos, jalan dulu. Depan tu ada gerai,
bos berhenti dekat situ,” arah Mazliana sambil tangannya
menunjukkan ke arah jalan yang dimaksudkan.
Tidak sampai sepuluh minit mereka sampai di
tempat yang dimaksudkan. Zikri menarik tali lehernya lalu
dicampak ke dalam kereta. Terasa agak formal apabila dia

121
Doktor Cinta

mengenakan tali leher di tempat macam ni. Mazliana terus


melulu masuk ke dalam gerai kecil itu. Zikri hanya
mengekorinya dari belakang. Jual apa dekat gerai sekecil ini?
Ingatkan restoran besar mana yang dicadangkan Mazliana
rupanya gerai tepi jalan.
“Awak memang suka makan benda ni ke?”
“Emmm... suka tapi tak selalu. Seminggu sekali
kalau tak sibuk.” Burger daging special dihulurkan kepada
Zikri.
“Sedap ke?” Wajah Zikri sedikit ragu-ragu.
“Bos tak pernah makan ke?”
“Pernah tapi dekat McDonalds. Itu pun masa belajar
dulu.” Mazliana menganggukkan kepala.
“Kalau macam tu bolehlah makan, sedap tahu!
Rugilah siapa yang tak makan.”
Kemudian burger di tangannya digigit, matanya
terpejam kononnya menikmati keenakan burger di
tangannya.
“Kenapa bos tengok saya? Kenapa tak makan?”
sambung Mazliana apabila Zikri hanya melihat dia makan.
Zikri hanya tersenyum, lalu memasukkan burger di
tangan ke dalam mulut. Sengaja melarikan matanya dari
terus menikam mata hitam Mazliana.
“Mestilah kita kena makan dengan perasaan,
barulah perut ni kenyang,” ujar Mazliana.
Zikri membetulkan bungkusan burger di tangannya.
Memang dia bukan dari anak orang berada tapi sejak bersama
dengan keluarga Tengku Mazlan dia diberi layanan yang sama
seperti Tengku Iskandar. Dia bersyukur kerana bertemu
Tengku Iskandar sekeluarga.

122
Dyadila

“Awak jangan ambil hati kata-kata Tengku Iskandar


tu. Dia memang macam tu tapi hati dia baik.”
“Baik??? Saya dah lama hidup dengan manusia bos.
Saya tahu sangat bos besar tu spesies yang macam mana.
Lagipun saya tak kisah. Kalau tak kerana janji, dah lama saya
blah tadi.”
“Dia insan yang mengajar saya erti kasih sayang.
Dia juga satu-satunya teman yang sanggup berkongsi apa saja
dengan saya.”
“Baguslah tapi pandangan mata saya jelas melihat
perangainya yang sebenar,” tegas Mazliana.
“Mungkin awak belum kenal dia lagi, orang kata tak
kenal maka tak cinta.”
“Manalah pulak kaitannya kenal maka tak cinta
ni....”
“Awak kerja apa sebenarnya Maz?” tanya Zikri lagi.
“Kenapa?”
“Saya pasti awak bukan seorang doktor,” duga Zikri
lagi. Mazliana menelan air liurnya perlahan. Kantoi.
“Kenapa, saya tak ada kriteria seorang doktor ke?”
“Emmm... bukan, tapi hati saya yakin awak bukan
doktor, kan?” tanya Zikri lembut.
Anggukan Maz menjawab segala persoalan di
mindanya.
“Jadi betullah awak orang yang sama mengurut
kaki Iskandar dulu?”
Dari jauh dia dapat melihat kelibat Taufiq yang
melambai-lambai ke arahnya. Yes... peluang nak larikan diri.
Bungkusan burger yang sudah licin dimasukkan ke dalam

123
Doktor Cinta

tong sampah. Mestilah kena sambut kempen kerajaan jangan


buang sampai merata-rata.
“Eh, Taufiq!” Sengaja dikuatkan panggilan itu.
“Siapa?” Zikri turut melihat pemuda yang melambai
ke arahnya.
“Itu tunang saya,” jawabnya selamba.
“Tunang???” Terlopong mulutnya.
“Mudanya tunang awak. Betul ke dia?“
“Muda tak bermaksud dia tak boleh bersama saya.
Cinta tiada ukuran umur bos. Okeylah bos, saya gerak dulu.
Burger tu kira saya belanjalah ek. Kalau nak bungkuskan
untuk bos besar pun boleh juga. Biar dia tahu orang miskin
pun boleh makan sedap.”
Mazliana mendapatkan Taufiq yang tersenyum
manis kepadanya. Zikri hanya memerhatikan gelagat mereka
persis pasangan kekasih. Laju langkahnya masuk ke dalam
kereta. Ada perkara yang perlu disiasat. Iaitu segalanya
tentang Mazliana Haji Nordin.

124
Dyadila

Bab 10
M
ACAM MANALAH mamat dua
orang tu boleh muncul lagi
dalam hidupnya? Zikri dan
Tengku Iskandar. Emmm... betullah mamat dua ekor tu yang
lantik aku jadi doktor terkejut. Patutlah aku macam pernah
tengok bos dengan bos besar tu. Kalau aku tahu nak jumpa
lagi, dah lama aku cucuk bontot dia dengan ubat tidur. Biar
tidur selama-lamanya. He he he... hesy... tak baik betul. Dosa,
dosa.
“Kak, okey ke buat kerja tu?” tanya Taufiq. Mazliana
tersedar.
“Ala... tengok sikulah adik oiii....” Dia mengelap
peluh yang menitis di dahinya. Fuhhh... panas juga duduk
depan ni. Daging burger yang sudah masak dibalikkan sekali
lagi. Satu senyuman menawan dihadiahkan kepada seorang
brother yang berbaju hitam. Bungkusan burger siap
dihulurkan.
Hensem juga brother ni dari tadi duk tengok aku.
Hesy... ni yang keayuan aku kembali memuncak ni. Control

125
Doktor Cinta

Maz... sabar, tenangkan jiwa. Eh... asal pula mamat ni tak


pergi lagi?
“Emmm... kenapa abang tengok saya macam tu?
Tahulah saya cantik. Jangan la tengok macam tu. Berdosa.”
Mamat tu tersenyum. Aduhhh... senyumlah pulak. Mazliana
tersenyum malu.
“Awak memang cantik tapi lagi cantik kalau awak
bagi saya baki bayar burger tadi.” Senyumannya mati.
Wajahnya kembali serius.
“Eh... saya memang nak bagi dekat abang, kejap ek.
Cari duit tukar.” Aduhhhh... haiiii malu siott! Kalau ada
tingkap ni aku dah terjun.
Tiga ringgit tiga puluh sen bertukar tangan. Dia
dapat melihat senyuman menyindir dari brother tu. Hesy...
baik jangan pandang dah Maz. Tunduk... tunduk buat kerja.
Dia berpura-pura membalikkan daging yang belum masak
pun. Sengaja menyibukkan diri.
“Jangan bakar tangan ek....” Aduihhh... pesanan
ringkas itu membuatkan jantungku berhenti. Brother tu blah
macam tu aje tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih
kerana dimalukan sedemikian rupa.
“Kenapa kak?”
“Hah??? Tak ada... abang tu minta nombor telefon,”
tipunya lagi. Taufiq terus membungkus pesanan burger yang
diterima.
“Selalunya siapa yang tolong Taufiq?” Cepat dia
mengalihkan tajuk cerita. Cuba melupakan peristiwa
memalukan tadi.
“Kadang-kadang adik datang tolong. Itu pun kalau
diorang tak sekolahlah.” Mazliana mengangguk faham.

126
Dyadila

Tangannya ligat membungkus burger yang dipesan pelanggan.


“Siapa dengan akak semalam?”
“Ooo... tu bos kawan Kak Maz. Kira sekarang ni
merangkap bos akak jugalah.” Wajah Zikri terlayar di ruang
mata.
“Kak Maz dah dapat kerjalah?” Senyuman kelat
ditayangkan. Kerja ke? Emmm...
“Lebih kurang macam tulah.”
“Baguslah nanti boleh belanja Fiq, kan Kak Maz?”
“Sekarang pun kalau nak belanja boleh sangat, tapi
bayar sendirilah. Tak pun akak buat burger untuk kau, nak?”
Ketawanya kedengaran.
Sejak peristiwa lumba lari berganti-ganti dengan
Taufiq, mereka menjadi rapat. Taufiq sudah menjadi salah
seorang ahli kelab melepaknya. Sejak gerai kecil ini dibuka,
Mazliana banyak menghabiskan masanya di depan kuali
burger. Lagipun kalau duduk situ dapat makan burger hari-
hari. He he he... yang penting free.
“Mak dah sihat?” tanya Maz lagi. Mata pemuda itu
kembali redup.
“Macam tu la kak. Demam sekejap okey sekejap tak.
Sekarang ni bolehlah bangun juga tapi sikit-sikit.”
“Kenapa tak bawa pergi klinik?”
“Emmm... mak tak nak. Dia kata jangan bazirkan
duit.”
“Tak apa, nanti akak datang rumah pujuk mak.
Nanti akak ajak Kak Lin sekali tengokkan mak Fiq tu.”
“Emmm... mak kata jangan susahkan akak. Lagipun
modal untuk buka gerai ni pun dah susahkan Kak Maz. Itu

127
Doktor Cinta

belum lagi kira hutang ayah. ” Ada sendu di akhir kata-kata


itu.
“Hai... mulalah tu nak buat lakonan air mata. Kak
Maz tolong ikhlas dari hati bukan dari kaki. Apa yang Fiq
kena buat, masak dan burger jual. Mana tahu satu hari nanti
Fiq akan buka restoran burger macam McD, KFC, Pizza Hut.
Masa tu Kak Maz akan berbangga dengan FIQGER.” Eh...
restoran ke? Bukan francais? Eh... sama ar tu. Sepupu
sepapat dia juga.
“FIQGER??? Apa tu kak?”
“La... lagi mahu tanya. Tu la, lain kali upgrade sikit
memori tu, FIQGER adalah Taufiq dan burger.” Ketawanya
meletus sendiri. Sedap juga nama ciptaannya tu.
Taufiq turut ikut ketawa, memang kalau dilayan
kakaknya yang sorang ni, boleh putus urat saraf sebab ketawa
memanjang. Taufiq menghulurkan baki duit kepada
pelanggan yang sedari tadi menunggu. Boleh pulak dia
bersembang sakan dengan Kak Maz. Patutlah muka budak tu
dah hijau. Lambat sangat.
“Mak cik, burger satu!” Satu suara sumbang
kedengaran. Mazliana mengangkat kepalanya. Agak dah....
“Weiii Bobo, hidup lagi kau?” Boharin tersenyum.
Dah sudah dapat mengagak ayat yang lahir dari bibir wanita
di depannya itu.
Mazliana macam biasa dengan jeans dan T-shirtnya.
Cuma apa yang berbeza malam ini dia memakai topi berwarna
merah, itu pun masa form five punya. Kalau jual dekat barang
bundle gerenti tak ada siapa beli tapi comel pulak. Bobo
tersenyum.
“Aku ingat pakwe manalah yang jual burger,
rupanya bekas makwe aku rupanya,” usik Boharin senang.

128
Dyadila

“Wei... mulut kau memang ala-ala mesin rumput,


kan? Bila pulak aku bekas makwe kau? Nak rasa pipimu di
bibir kuali burger?”
Taufiq ketawa melihat gelagat Abang Boharin yang
buat-buat takut. Dia mengenali Abang Bobo melalui Kak Maz.
Sejak itu Abang Bobo menjadi pelanggan tetapnya. Walaupun
gerainya masih baru dan ada banyak kekurangan tapi dia
sudah lebih yakin. Dari dia terpaksa mencuri lebih baik dia
berniaga burger.
“Kalau sebab kau Maz, aku rela kena masak macam
burger hari-hari.”
“Banyaklah kau... ni datang sini nak apa?” tanya
Mazliana lagi.
“Aku cadang nak beli One Drop Perfumes, ada?”
Hambik kau, jenama minyak wangi.
“Ada juga yang kena simbah dengan minyak panas
ni kang!” Mazliana menjeling geram. Buat aksi raja lawak
pula dekat sini.
“Kau ni tanyalah soalan ilmiah sikit. Dah tentu-
tentulah aku datang nak beli burger, takkan nak beli tayar
kereta, kut?”
Bummm!!! Bagai sebiji batu besar menimpa kepala,
aduhhh pedih. Tak sanggup dimalukan sebegini rupa.
Memang nak kenalah Si Bobo ni. Taufiq di sebelah sudah
tersengih-sengih. Adakah hari ini hari dimalukan sedunia?
Hati Mazliana menjerit.
“Fiq, kalau nak ketawa tu jangan ar tahan-tahan,
nanti kena penyakit batu karang pulak!” sindir Mazliana.
Senyuman Taufiq terus melebar. Dia kembali menyiapkan
pesanan burger yang bersusun di depannya.

129
Doktor Cinta

“Nak berapa?” tanya Maz kepada Bobo di depannya.


“Bagi daging dua. Lagipun aku dengan Noni aje ada
dekat rumah.”
“Anak kau mana?”
“Aku hantar rumah mak mentua aku.” Bobo sudah
duduk di bangku plastik tak jauh dari Mazliana.
“Kenapa???”
“Alaaa... kau ni macam tak faham-faham pula,
sajalah aku nak honeymoon. Takkan nak cerita dengan kau
kut? Lagipun kau bukan cukup umur lagi kalau cerita pasal
alam perkahwinan ni,” usik Boharin lagi.
“Kau ingat aku nak dengar sangat cerita alam
perkahwinan kau tu? Eiii... memang kau ni sudip keluli tahu
tak?”
“Hah??? Apa Maz??? Sudip keluli kau panggil aku?”
Ketawa mereka bersatu. Memang dia dah lama
melupakan kisah silam mereka berdua. Kini mereka adalah
kawan yang akan sentiasa bergurau senda. Lagipun kata
orang hubungan kekasih boleh berpisah, hubungan suami
isteri boleh bercerai tapi bila hubungan kawan sukar nak cari
satu ayat untuk memutuskannya. So, moral of the story
berkawan biar seribu berkasih pada yang satu. Ewah....
“Apa mimpi kau tolong jual burger pulak ni?” tanya
Boharin lagi.
“Dah ini rezeki aku, nak buat macam mana?
Lagipun anak dekat rumah kena juga bagi makan,” jawab
Mazliana selamba.
“Anak kucing.” Boharin menyambut kata-kata
Mazliana.
“Pandai... pertama kali aku dengar kau menjawab

130
Dyadila

dengan bijak.” Burger yang siap dibungkus bertukar tangan.


Not sepuluh ringgit dihulurkan kepada Mazliana.
“Wei... berapa ringgit satu burger ni?” Baki lima
ringgit yang dihulurkan Mazliana dipandang lama.
“Dua ringgit lima puluh sen aje,” jawab Mazliana
selamba.
“Mak aiii mahalnya!!!”
“Harga sebenar seringgit tujuh puluh sen tapi kira
kawan-kawan aku tak berkira sangat dengan kau,” ujar
Mazliana lagi, ketawanya sudah kedengaran.
“Asal pulak dengan kawan-kawan jadi mahal?”
“Sebab aku buat dengan penuh kasih sayang. Kira
lapan puluh sen tu untuk servislah,” jawab Mazliana lagi.
“Macam tu pulak?” tanya Boharin lagi. Bukan dia
berkira sangat dengan harga burger tapi sengaja
menimbulkan masalah.
“Dah, jangan banyak bunyi, pergi balik! Nanti
tertunggu-tunggu pula Si Noni tu,” ujar Mazliana dengan
nada seperti menghalau.
“Yalah... halau customer pulak.” Maz ketawa kecil.
Boharin meninggalkan gerai selepas memberi
salam. Sempat juga dia memberi kata nasihat kepada Taufiq.
Tak sangka Boharin akan memilih Noni. Kalau
dulu semasa di kampus Nonilah wanita terakhir yang akan
menjadi pilihannya. Semuanya disebabkan salah faham.
Teringat peristiwa Noni yang jatuh tergolek di
tangga pusat pelajar. Semuanya gara-gara terlanggarkan
tubuh besar Bobo. Apa lagi sebakullah sumpah seranah
disembur dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sejak itu
Nani menjadi senarai akhir pilihannya. Tapi kalau dah

131
Doktor Cinta

namanya jodoh dalam kuali bertemu juga. Tak gitu? He he


he....
“Emmm... Abang Bobo tu kelakar, kan Kak Maz?”
“Tu la, kalau dia masuk Raja Lawak mesti jadi
juaralah.”
“Emmm... betul tu Fiq setuju!”
“Nampaknya laris juga burger kita hari ni, ek Fiq?”
Mazliana bersuara lagi.
“Emmm... sebab ada akaklah. Kalau akak datang
hari-hari, mesti boleh buka FIQGER cepat.”
Ketawa mereka bersatu.
“Masa tu Fiq kena bayar akak lebihlah sebab jadi
duta burger,” katanya dalam tawa yang masih bersisa.
“Beres....”
Mereka mengemas semua peralatan memasak.
Walaupun orang kata anak bongsu tu manja dan jarang buat
kerja tapi aku spesies anak bongsu yang kena buat kerja.
Bukan sebab rajin tapi keadaan memaksa aku melakukan
semua kerja rumah. Maklumlah dah aku aje yang selalu
melepak dalam rumah. Siapa lagi yang buat sepah kalau
bukan Mazliana. Siapa lagi yang kena kemas balik kalau
bukan Mazliana.
“Fiq lapar tak?”
“Akak lapar ke? Fiq masakkan akak burger special
nak?”
“Hesy... mana boleh hari-hari makan burger nanti
badan jadi macam belon. Jom kita pekena mi kari Restoran
Melayu”
“Tapi...” Ada riak kerisauan di wajah muda itu.

132
Dyadila

“Ala... semua unsur berbentuk kewangan akak


bayar, jangan risau.” Terlakar senyuman di wajah itu. Taufiq
tersenyum.

“AKAK selalu makan dekat sini?”


“Hesy... tak adalah selalu. Kalau selalu boleh botak
kepala.” Mazliana melihat menu yang tertera di depannya.
Dekat sini harga boleh tahan. Kalau tak ada duit alamat kena
basuh pingganlah.
“Apa lagi Fiq? Orderlah apa yang Fiq rasa nak
makan,” kata Mazliana mempelawa.
“Dulu arwah ayah selalu bawa Fiq datang sini. Mak
suka sangat mi udang dekat sini.”
Mazliana terdiam. Dia tersenyum memandang
wajah suram anak muda itu. Memang besar tanggungjawab
yang terpaksa dipegang pemuda ini. Taufiq terpaksa bersusah
payah selepas ayahnya meninggal dalam kemalangan. Semua
aset yang ada terpaksa dijual semuanya disebabkan beban
hutang. Betullah kata ayah, kalau kita kaya jangan kaya
dengan hutang nanti kelak akan memakan diri sendiri.
Buktinya apa yang berlaku kepada keluarga Taufiq.
“Nanti balik, Fiq tapau mi udang untuk mak ek,
bawa untuk adik-adik sekali.”
“Betul ke kak?” tanya Taufiq sekali lagi.
Mazliana mengangguk perlahan. Sengaja ingin
mengembalikan semangat dalam dirinya. Mereka makan
dengan penuh berselera. Ada beberapa mata yang
memandang, mana taknya dua orang manusia makan tak

133
Doktor Cinta

ingat dunia. Tanpa sedar ada mata yang melihat mereka dari
jauh.
“Hahhh... tu mamat mana pulak dengan pelakon
kau tu Zik?” tanya Tengku Iskandar geram. Macam tu nak
jadi calon Isteri aku?
“Emmm... itu budak yang aku nampak semalam.”
“Siapa dia?” Tengku Iskandar menarik gelas Milo
aisnya lalu disedut perlahan.
“Kata Maz tunang dia,” jawab Zikri perlahan.
Bersembur keluar air yang diminum. Tengku
Iskandar menepuk dadanya beberapa kali. Tersedak mendengar
ayat yang lahir dari mulut Zikri.
“Wei Is, kau okey tak? Kau minum tak baca doa
ke?”
“Banyaklah kau punya doa! Eh... kau jangan buat
gila Zik main dengan tunang orang ni! Kau dah lama hidup
ke?” Tengku Iskandar tak senang duduk. Dia memandang
geram Zikri di depannya yang tersengih.
“Ala... bukan nak jadi isteri betul pun, lakonan
semata-mata tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang
mati. Lagipun kau tengoklah tu, budak lagi.” Matanya
diarahkan pada wajah lelaki yang berada di depan Mazliana.
“Kau jangan cari pasal, perempuan sekarang bukan
kira tua ke muda. Semua diorang sapu.”
“Ala... kau jangan risau, aku dah siasat semua
tentang dia. Esok juga aku hantarkan report penuh pada kau.
Itu mungkin kawan dia,” kata Zikri lagi.
“Aku tak nak rancangan kita gagal Zik. Nanti kalau
aku susah, kau aku bawa sekali,” ugut Tengku Iskandar. Zikri
tersenyum.

134
Dyadila

“Kau ni memang tak boleh tengok aku senang, kan?


Akukan mastermind semua ni. So, jangan risaulah tapi kau
tak rasa berdosa ke tipu Mak Engku macam ni?” katanya
perlahan.
“Terasa juga... eh bukan kau ke mastermind? Dosa
kau tanggunglah!” Tengku Iskandar ketawa lagi.
“Ooo... kau punya hal, dosa aku tanggung. Siapa
cikgu kau?”
“Macam mana kau boleh terfikir dia?” tanya Tengku
Iskandar kembali. Teringat amarah yang disembur ke
mukanya ketika dia terlanggar wanita itu. Memang pada
mulanya dia nak minta maaf, tapi terus hilang apabila
mendengar ayat-ayat laser Mazliana.
“Ingat tak masa kaki kau terseliuh dulu?”
Tengku Iskandar mengangguk.
“Dialah Doktor Cinta yang duk urut kaki kau tu.”
“Hah???” Sekali lagi dipandang wajah yang duduk
agak jauh dari tempat mereka itu. Matanya digosok berkali-
kali.
“Dia ke?”
“Aku yakin dia, sebab kali kedua aku jumpa dia
masa ambil Mak Engku dekat tasik. Masa tu dia tengah
berbual dengan mama kau.”
“Jadi mama aku kenal dia?” tanya Tengku Iskandar
lagi.
“Entah, aku pun tak pasti. Tapi apa yang pasti aku
yakin dia orang yang sama.” Zikri menggosok dagunya. Persis
penyelesaian kes dalam cerita Detective Conan.
“Jadi dialah orangnya. Patutlah mulut laju
semacam.” Perlahan Tengku Iskandar membuat kesimpulan.

135
Doktor Cinta

Tapi kenapa ketika itu iris Mazliana terasa lembut. Mungkin


masa tu rambutnya dibiar melepasi bahu.
“Sakitlah doktor!!!”
“Sakit pun anugerah juga. Saya tahulah awak sakit
tapi janganlah mengerang. Macam perempuan. ”
“Emmm... tak ada apa-apa kaki awak ni, cuma
terseliuh sikit aje.”
“Sikit doktor kata? Kenapa sakit sangat???”
“Eh... saya tahulah. Saya doktor ke awak doktor?”
Tengku Iskandar tersenyum. Ingatannya di klinik
masih segar. Mazliana Haji Nordin.
“Jadi dia doktor?” tanya Tengku Iskandar ingin
kepastian.
“Aku dah siasat, klinik kita pergi tu kakak dia yang
punya.”
“Jadi hari tu?” tanya Tengku Iskandar sedikit
bingung.
“Sendiri mahu ingatlah. Diakan pelakon terbaik,”
bisik Zikri sambil menjongket-jongketkan keningnya.
Tengku Iskandar menggeleng sekali lagi. Ceh...
tertipu lagi! Hebat juga perempuan ni.
“Esok kau suruh dia datang pejabat. Ada perkara
aku nak bincang,” arah Tengku Iskandar.
“Baik bos besar.” Ujar Zikri mengusik. Bulat mata
Tengku Iskandar mendengar panggilan Zikri.
Zikri ketawa. Akhirnya dia tersenyum. Kelakar juga
budak tu. Teringat Mazliana ingin tetap memanggilnya bos
besar. Bos besar. Perkataan itu meniti lagi di bibirnya. Dia
tersenyum.

136
Dyadila

TUALA yang membungkus rambutnya ditarik dan dicampak


ke atas katil. Segar rasanya dapat mandi, rasa macam kambing
gurun pula tak mandi dari petang tadi. Macam biasa, lewat
malam ni orang tua pesan jangan mandi nanti dapat penyakit.
Tapi nanti kalau tak mandi kena pula penyakit lain.
Sedari tadi Nokia 3310nya tidak mengeluarkan apa-
apa sound. Tak ada orang nak call ke hari ni? Senyap aje
sayang aku dalam beg. Pantas tangannya menarik keluar
telefon bimbitnya dari dalam beg.
“Mak ai... patutlah tak berbunyi kau ek, rupanya
bateri habis. Kesiannya sayang aku ni. Inilah dia, kalau ada
kes kecemasan dah tak dapat nak hubungi, nampak sangat
teknologi ni ada juga kelemahannya,” bebel Mazliana sendiri.
Butang on ditekan lama. Mengaktifkan kembali Nokia 3310
miliknya.
Apabila aktif sahaja telefon kesayangannya itu, tiga
mesej diterima;
Mesej pertama.

Maz... akak g langkawi ada seminar. Plz... esok


amik baju akak dekat Abg Johan.

Mesej kedua.

sok pkl 3 kat McD k... akak dah g tau Abg


Johan.

Mesej ketiga.

137
Doktor Cinta

jgn lupe..love u!

Hesy... nilah dia namanya kes menyusahkan orang.


Kak Lin dah tahu aku ni anti-Johan tu lagi mahu suruh
jumpa. Memang drama betullah kakak aku ni. Mesej dibalas.

katakan TAK NAK pada Johan.

Kemudian ditekannya butang send. Dia ketawa


kuat, mesti Kak Lin mengamuk balik nanti. He he he.... Dia
terus kembali ke atas katil sambil memeluk komputer riba di
dada, lalu suis ON ditekan. Terus tangannya menari-nari
membuka e-mel. Dia tersenyum. E-mel yang ditunggu-
tunggu sudah tersedia di kotak inboxnya. Satu mesej unread
diklik.

To my sweet sis...
Amboi... hebat bangat ya adiknya Mazlinda ni.
Kalau ayah dengan mak tahu alamat kirim
salamlah Maz. Akak kat sini sihat tapi sibuk
sikit melayan perangai omputih ni, pening!
Kalau Maz nak tahu, biji mata ni dah nak
terkeluar membaca buku. About your calon
suami, hati-hati tau. Jangan terlajak cinta
sudah. Siapa yang susah nanti? Mereka dan
keluarga mereka. He he he... tapi kalau betul
pun apa salahnya ya. Oh... thanks for your
wonderful flower. Lukisan Maz tu akak dah
gantung depan pintu. Semua puji termasuk
omputih. Kalau nk jual leh akak lelong. Hi hi

138
Dyadila

hi.... Okey sis, kita cerita lain kali ek. Sorry


lately akak busy. Apa-apa pun jangan lupa
send your skrip hidup. Muahhh!!!

From :
Maz_cute@yahoo.com

Mazliana tersenyum, memang Kak Ida sentiasa


memahami kehendak hatinya. Dia tergolek-golek di atas katil.
Gembira membaca balasan e-mel daripada Kak Ida. Lap-top
Acer 3640 yang berusia lima tahun itu ditutup. Nasib baiklah
kau elok lagi, kalau tidak mesti aku tak ada kawan malam-
malam macam ni. Bosan pula malam ni nak balas mesej Kak
Ida. Dia sibuk sekarang ni. Malas nak jadi jin pergi
mengganggu orang menuntut ilmu, berdosa. Apa nak buat ni
ek?
Tretttt... trettttt... tereetttt.... Hah, itulah ringtone
yang seharian tidak didengarinya. Siapa pula yang call tengah
malam buta ni? Janganlah Kak Lin. Mati ar aku kalau dapat
dengar dia berceramah. Boleh kalah Doktor Fadhilah
Kamsah. Eh... nombor siapa pulak ni?
“Helo... assalamualaikum.” Suara yang serba
keayuan, mana tahu kut pakwe sesat. Kedengaran suara garau
itu menjawab perlahan salamnya. Fuh... maco aje bunyi
suara.
“Marliana, saya ni,” kata suara itu.
“Saya ni??? Saya tu siapa?” Mazliana bertanya pelik.
“Encik Zikri.”
“Hah???” Badannya dipusing laju tiga ratus enam
puluh darjah.

139
Doktor Cinta

Debbuukkmmm!!! Bunyi nangka busuk jatuh.


Aduh, sakitnya! Patah tulang punggung aku. Mazliana
menggosok bahunya. Sakit.
“Helo... helooo... Maz kenapa? Helo?”
“Helooo....” Suaranya kembali di talian. Berkerut
dahinya menahan sakit. Dia kembali memanjat katil. Nasib
baik telefon aku tak ada 3G, kalau tidak mahu aku simpan
muka dalam laci seminggu. Aduh... sakitnya!
“Kenapa dengan awak Maz?” tanya Zikri di hujung
talian.
“Hah? Tak ada apa. Saya halau kucing.”
“Rumah awak ada kucing ke?”
“Bukan kucing aje, beruang pun banyak.”
Dipandang bear yang berderet di atas katilnya. Dicapai satu
dan dibawa ke pelukannya.
“Kenapa bos call saya malam-malam buta ni?” tanya
Mazliana lagi.
“Kenapa awak tengah tidur ke?” tanya Zikri kembali
tanpa menjawab pertanyaan Mazliana tadi.
“Taklah, saya tengan cuci tingkap KLCC. Ada apa
malam-malam... eh pagi buta ni call saya, bos?” Dikerling
jam dinding yang sudah menunjukkan ke angka dua pagi.
Pening apa Encik Zikri ni call aku waktu ni.
Kemudian masing-masing senyam tidak bersuara
selama beberapa minit.
“Bos? Ooo... bos!” panggil Mazliana kuat. Hilang
keayuan suaranya tadi.
“Ni... saya nak esok awak ke MM Holding,” beritahu
Zikri kemudian.

140
Dyadila

“Buat apa?”
“Datang dulu nanti saya beritahu.” Ini satu arahan.
Payahnya kalau hidup suka mengarah orang ni.
“Okey.” Itu saja jawapan yang lahir dari mulutnya.
Lalu talian dimatikan.
Boleh pulak dia call aku semata-mata nak suruh
datang esok. Tak tahu aku sampai tertonggeng dari katil
sebab dia. Hesy... sengal betul Encik Zikri ni!
Kertas lukisan di tepinya dicapai. Pensel di
tangannya menari-nari. Tiba-tiba dapat ilham malam ni
mungkin kejutan sebab jatuh katil. Ibu jarinya digosok
perlahan menebarkan warna pensel yang hitam. Masa berlalu
menginjak detik demi detik. Mazliana terus tenggelam dalam
dunianya sendiri.

141
Doktor Cinta

Bab 11
D
UA INSAN berlari-larian sambil
berpegangan tangan, tersenyum
menatap wajah yang sangat
kacak. Tersenyum, tersengih, main cak-cak di sebalik pokok.
Ala-ala macam cerita Kuch-Kuch Hota Hai versi pakai seluar
jeans. Bergolek di atas rumput yang menghijau. Dunia terasa
indah.

Sohe maahi re... maahi maahi re...


Maahi maahi re... maahi maahi re...
Maahi maahi re... Maahi maahi re...
Aaja mahi mere... aaja mahi mere
Aaja mahi mere... aa
Aaja mahi mere... aaja mahi mere
Aaja mahi mere... aa

Aa dhoop maloon main... tere haathon mein


Aa sajda karoon main... tere haathon mein

142
Dyadila

Ho subah ki mehendi... chalak rahi hai


Aaja..Aaja mahiya... aaja mahiya
Aaja..Aaja mahiya... ho... aaja mahiya
Aaja mahi mere... aaja mahi mere

Gedebukkkkk!!!
“Aduh!!!” jerit Mazliana kuat. Sekali lagi adegan
terjun katil. Kali ni bukan macam nangka busuk tapi lebih
dahsyat. Nangka made in India mari, sudah jatuh tergolek.
“Hah... aduh... gila apa? Mimpi aku ni boleh pulak
masuk lagu hindustan ni. Bila pulak aku layan hindustan?
Aduhhh... sakitnya! Apa ke malangnya cerita ni asyik jatuh
katil aje. Penulis tak ada adegan lain ke? Mesti tak ada idea,”
rungutnya sendiri.
Dia bangun membetulkan kedudukan pinggang
yang dah tak berapa betul. Kalau dua kali lagi aku jatuh katil
alamat arwah terus. Lepas ni nekad aku tidur bawah katil.
Aduh... sekali lagi dia menggosok belakangnya. Bos besar???
Macam mana pula dia boleh tembus masuk dalam mimpi aku
ni? Maknanya aku main lari-lari dekat pokok dengan bos
besar??? Eiii... ngerinya mimpi!!!

“HAI... anak dara baru nak bangun. Kenapa ni?” Puan


Maznah menjenguk di muka pintu. Mazliana hanya mampu
tersenyum.
“Jatuh katillah mak.”
“Jatuh katil?” Puan Maznah menggeleng sambil

143
Doktor Cinta

mengutip bantal yang sudah bersepah di lantai. Memang versi


anak King Kong tidur.
“Ni subuh tak, tadi?” sambung Puan Maznah,
tangannya ligat mengemas pensel warna yang bersepah di
tepi katil.
“ABC la mak.”
“ABC???” Berkerut dahi si ibu. Jawapan tak ada
makna. Maknanya tak fahamlah tu.
“ABC tu Allah Bagi Cuti la mak,” jelas Mazliana.
Faham sangat dengan kerutan di dahi maknya. Dia ketawa.
“Hari ni tak keluar ke?”
“Emmm... ada hal pukul sepuluh,” balas Mazliana
malas. Teringat janjinya dengan bos pagi ni. Sejak
menandatangani perjanjian, secara rasminya dua jejaka itu
menjadi bosnya. Walaupun pahit tapi kenyataan itu terpaksa
ditelan. Lagipun dapat duit.
“Pukul sepuluh???”
“Iye mak kesayangan hamba.” Pipi Puan Maznah
dicium perlahan, tubuh itu dipeluk, sayangnya dia pada
wanita ini, tak boleh nak diterangkan dengan kata-kata.
“Mazliana Haji Nordin....”
“Ya Puan Maznah isterinya Haji Nordin.” Mazliana
berbaring di riba ibunya.
“Sekarang ni dah pukul sepuluh empat puluh lima
pagi....” Dengan selamba Puan Maznah menayangkan jam
loceng Sincan yang ditarik dari atas.
“Hah??? Ala... kenapa mak tak bagi tahu semalam?
Aduh... lambat dah ni. Matilah!”
Dia terus meloncat dari katil ke bilik air. Mandi ala

144
Dyadila

kadar aje la. Lagipun kena sokong kempen kerajaan jimatkan


air. Puan Maznah menggeleng sekali lagi. Dia keluar
meninggalkan bilik anak daranya itu.
“Eh... Maz tak nak sarapan dulu?” tanya Puan
Maznah sebaik saja kelibat anak daranya melintas laju.
“Emmm... dah lambat ni mak.” Dia kelihatan
tergesa-gesa. Nasib baik rambut lurusnya persis iklan
shampu, guna jari pun boleh. Tak payah fikir nak sikat-sikat.
Redah aje. Ditarik getah ikat belacan yang sedia ada di tangan
dan rambut ditocang satu macam ekor kuda.
“Hai... lupa something nampak?” perli Puan Maznah
sambil tersenyum melihat langkah anaknya terhenti.
Mazliana berpaling memandang wajah ibu
tersayang. Aisehman! Mesti lupa something yang wajib.
Hesy... macam mana ni? Nasib baik mak ingatkan. Dia
melangkah laju mendapatkan Puan Maznah semula. Satu
ciuman nipis melekap di dahi dan pipi.
“Sayang mak....” bisik Mazliana. Sekali lagi
membuatkan Puan Maznah tersenyum. Itulah bezanya
Mazliana dengan kakak-kakaknya, anak gadisnya itu terlalu
mudah mempamerkan kasih sayang. Setiap kali mahu keluar
rumah mesti tangan dan dahinya dikucup terlebih dahulu.
“Jalan diri elok-elok. Jangan nak langgar orang
pulak.” Sempat lagi Puan Maznah berpesan.

DIA berjalan perlahan. Lelahnya belum lagi habis lagi tapi


sudah terpacul wajah Encik Zikri di muka pintu masuk MM
Holding tingkat dua belas. Dah la tinggi nak mampus! Aku

145
Doktor Cinta

juga kena panjat tangga! Eh bukan... naik lif. Kalau kena naik
tangga dah tentu-tentu aku tak naik.
“Kenapa lambat?” tanya lelaki tu. Tak sempat bagi
salam.
“Sebab tak cepat, so lambatlah.” Zikri tersenyum
mendengar jawapan Mazliana.
“Dah cepat. Dia dah lama tunggu.” Tahu sangat dia
yang dimaksudkan, siapa lagi kalau bukan calon suami aku.
Wajahnya ditundukkan dari memandang renungan
tajam lelaki di depannya. Macam biasalah buat muka
bersalah. Memang salah pun... tiada senyuman di wajah lelaki
di depannya. Garang semacam aje. Ingat aku takut ke?
“Janji pukul berapa?”
“Sepuluh pagi,” jawab Mazliana pendek.
“Sekarang?” tanya Iskandar lagi .
“Sebelas empat puluh lima pagi bos besar. Bos besar
tak ada jam ke?”
“Saya tak suka orang yang tak menepati masa,” ujar
Tengku Iskandar serius.
“Tahu... saya pun tak suka.”
“Habis?” sergah Tengku Iskandar kepada calon
isterinya.
“Tak habis lagi bos besar, cerita baru nak mula.
Belum pun masuk klimaks.” Mazliana berdiri tegak . Dari tadi
bos besar itu kelihatan sibuk dengan fail di depannya.
“Awak memang suka menjawab, ek?” kata Tengku
Iskandar sinis.
“Kalau saya tak jawab nanti bos besar cakap sorang-
sorang pulak... tak pasal-pasal dapat cop Tanjung Rambutan,”

146
Dyadila

ucapnya selamba. Mazliana duduk di kerusi bertentangan


dengan Tengku Iskandar.
“Ada saya suruh awak duduk?”
“Seumur hidup saya ni bos besar, tak pernah lagi
orang suruh saya duduk baru saya duduk. Selalunya saya
duduk dulu baru dia suruh duduk.” Mazliana tersengih.
Hah... pening kau kena ayat pusing fening aku. Jelas muka
tak puas hati bos besarku. Nasib kaulah Tengku Iskandar.
“Awak jangan buat lawak bodoh dekat sini!” marah
Tengku Iskandar. Panas hatinya apabila terpaksa menunggu.
“Bila pulak aku buat lawak? Kalau buat lawak
masuk raja lawaklah,” katanya sendiri. Cukup perlahan.
“Apa awak cakap Mazliana?”
“Hah??? Tak ada apa-apa. Bos besar nak jumpa saya
buat apa? Nak belanja makan ke?” tanyanya lagi. Saja nak
tukar topik.
“Kenapa awak lambat?” soalan dijawab soalan.
Penyakit betul.
“Lewat bangun bos besar.”
“Lewat bangun??? Alasan darjah berapa awak bagi
ni?”
Mazliana menggaru kepala, la... betul apa aku
bangun lewat. Takkan nak cerita aku bangun lambat sebab
mimpi ngeri. Berlari-lari tepi pokok, aku sebagai heroin dan
dia sebagai hero. Hesy... dil to pagal hai!
“Kenapa awak diam???” sergah Tengku Iskandar.
Marahnya masih belum reda.
“Mak kau menari atas pokok!!!” Mazliana menekup
mulutnya dengan tangan. Hah... sudah berjangkit dari
Syamin.

147
Doktor Cinta

“Apa???” Tengku Iskandar memandang tepat ke


wajah yang kelihatan kusut di depannya.
“Dil to pagal hai bos... eh!!! Bos besar ni janganlah
main sergah macam tu... ingat nyawa saya ada jual dekat Mid
Valley ke?” ujar Mazliana sedikit keras.
Senyum di bibir disembunyikan. Lawak juga budak
ni. Marahnya beransur surut. Tengku Iskandar sekali lagi
berdehem.
“Awak baca ni.” Fail merah itu ditolak ke arahnya.
Hesy......dahinya berkerut memandang fail yang
ditolak dekat dengannya. Dari keturunan manalah bos-bos
aku ni? Sikit-sikit kena baca, sikit-sikit kena baca! Bosan
betul! Tahulah belajar tinggi, dah terlebih pandai tak payahlah
buat kempen Jadikan Membaca Amalan Kita dekat aku.
Malas!
“Apa awak merepek seorang diri ni?”
“Hah? Mana ada! Bos besar tak nampak ke saya
tengah baca ni?”
“Awak baca apa?” tanya Tengku Iskandar tidak puas
hati.
“La... isi dalam fail ni la.” Mazliana tayang muka tak
puas hati. Mereka dipisahkan dengan meja buatan Itali yang
unik. Di atas mejanya hanya ada sebuah komputer riba dan
beberapa frame gambar yang mengadap bos besar.
“Awak sekolah dekat mana baca terbalik macam
tu?” tegur Tengku Iskandar. Fail yang terbalik dipandang.
Ehhh... haa sudah... terbaliklah pulak!!! Cepat-cepat fail itu
dibetulkan.
“Saya biasanya memang baca terbalik pun bos
besar,” jelasnya sambil tersengih. Hakikatnya nak tutup malu

148
Dyadila

aje. Dia membaca apa yang tertera di dalam fail itu. Macam
budak sekolah disuruh baca. So? Kena baca la!

( Dua Puluh Lima Syarat ‘Calon Isteri’ )

“Apa ni bos besar?”


“Tak akan awak tak pandai baca?” sindir Tengku
Iskandar. Mazliana menggigit bibirnya geram. Kalau ikutkan
hati dah lama aku buka bunga silat dekat mamat ni. Sengaja
nak sakitkan hati nurani aku. Teringat mimpinya pagi tadi.
Dia tersenyum.
“Syarat? Macam masuk Akademi Fantasia pulak.”
Mazliana bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“Itu adalah syarat yang awak kena ikut sebelum
saya putuskan awak bukan calon isteri di depan mama dan
papa saya.”
“Kenapa dua puluh lima? Letaklah seratus ke seribu
ke biar juling mata aku baca,” bisik Mazliana sendiri.
“Apa awak cakap?” Hesy... telinga lintah juga bos
besar ni.
“Eh... tak ada apa-apa ar bos besar, tapi bukan ke
perjanjian kita sehari aje?”
“Ya, tapi sebelum dan selepas masalah saya selesai,
saya nak nama awak bersih.”
“Bos besar ni ingat nama saya ni tong sampah ke?
Memang selama ni nama saya bersih,” ujar Mazliana tak puas
hati.
“Itu apa yang awak rasa tapi bukan apa yang orang
lain tengok,” balas Tengku Iskandar.

149
Doktor Cinta

“Eh... apa kaitan orang lain tengok dalam cerita


ni?”
“Banyak kaitan. Saya pewaris MM Holding. Cerita
saya diburu wartawan. All about Tengku Iskandar Tengku
Mazlan akan diperkatakan.”
“Apa kaitan saya dengan Tengku Iskandar Tengku
Mazlan?”
“Sebab awak calon isteri saya untuk sehari,” jawab
Tengku Iskandar tanpa jemu. Mazliana mencebik.
“Awak juga akan dikaitkan dengan saya selepas ni.
Jadi awak kena ikut perancangan.”
“Baik bos besar!” Nasib baik aku dah amik duit
pendahuluan buat pelaburan gerai burger Taufiq. Kalau tak
dah lama aku blah dari sini. Dia bangun, niatnya untuk
keluar, malas berlama di situ.
“Eh... nak ke mana tu?”
“Keluarlah.”
“Saya tak suruh awak keluar, duduk depan saya,
baca.”
Langkahnya terhenti. Baca depan dia? Apa kes.
Kenapa macam diktator pula mamat ni?
“Saya baca dekat luar ajelah bos besar.”
“No... just do what I say,” arah Tengku Iskandar
tegas. Mazliana akur. Perlahan dia duduk semula. Dia kembali
membaca isi kandungan dalam fail itu.
Kalau aku ketawa nanti dikatakan kurang ajar,
kalau aku senyum kang dia kata aku sindir dia pulak. Kalau
aku buat tak tahu nanti dituduh mengabaikan tanggungjawab
pulak. Tapi aku memang tak boleh terima lawak sekelakar ini
dalam hidup aku. Akhirnya ketawa yang dari tadi ditahan

150
Dyadila

terlepas juga. Syarat yang terlakar di atas kertas putih itu


dibaca. Hesy... dah macam segmen cari jodoh, kena baca
kriteria-kriteria pilihan.
“Kenapa awak ketawa?” tanya Tengku Iskandar
pelik. Wajahnya cukup serius.
“Bos, apa kaitan semua ni dalam cerita kita ni?”
Mazliana masih ketawa.
“Kait atau tak kait saya tak mahu dengar apa yang
patut awak buat. Ikut sahaja apa yang ada dalam tu,” kata
Tengku Iskandar serius.
“Syarat kelima belas saya tak boleh keluar dengan
lelaki tanpa izin bos besar?” tanya Mazliana meminta
penjelasan.
“Yup... tak boleh sama sekali,” jawab lelaki itu yang
masih tekun dengan kerjanya.
“Kalau ayah saya?” Satu lagi soalan tak berapa
ilmiah ditujukan kepada Tengku Iskandar. Dia menggigit
bibir. Dia tahu Maz sengaja mengenakannya.
“Kalau ayah awak bolehlah. Jangan la jadi bendul!”
balas Tengku Iskandar sedikit geram.
“Hah... lain kali tulislah selain daripada dalam
kurungan mereka yang terlibat. Barulah betul.” Mazliana
mengambil pen yang ada di depannya lalu menambah apa
yang diucapkan.
“Apa awak buat tu?”
“Bos besar, kalau perjanjian kita ni dibawa ke
mahkamah tinggi, pihak pendakwa atau pembela dari kedua-
dua pihak akan mempertikaikan syarat kontrak kita ni.
Lagipun manalah tahu kalau saya berniat nak saman bos
besar,” tutur Mazliana panjang lebar.

151
Doktor Cinta

Tengku Iskandar memandang tepat ke arahnya.


Matanya membulat selagi boleh. Eiii... semacam aje mamat
ni marah.
“Awak ada niat nak saman saya?” duga Tengku
Iskandar. Wanita di depannya terasa kecil.
“Saya kata kalau, kalau tu bermaksud sama ada ya
atau tidak,” jelasnya sambil menelan air liur. Gerun juga
tengok muka bos besar kalau naik angin. Walaupun hensem
tapi mak ai... garang tak bertempat.
“Bos besar, syarat kesembilan. Saya mesti pandai
memilih kawan mestilah seorang manusia.” Ketawa Mazliana
pecah lagi. Hampir nak keluar air matanya. Tak lulus bahasa
Melayu ke apa bos aku ni?
“Apa yang awak suka sangat?” Sekali lagi dia
menggigit bibir. Tercabar apabila syaratnya ditertawakan.
“Memanglah selama ni saya berkawan dengan
manusia. Bila pulak saya kawan dengan orang hutan,”
katanya dengan tawa yang masih bersisa. Sengaja dia
mempertikaikan sesuatu yang jelas. Bukan dia tak tahu
maksud ayat tu.
“Maksudnya awak kena bijak memilih kawan.
Jangan berkawan dengan perompak ke pencuri,” jelas Tengku
Iskandar serius mematikan ketawa Mazliana.
Dia kembali tunduk meneliti syarat di depannya.
Muka tak ada perasaan.
“Syarat kedua puluh. Saya kena berpakaian sopan.
Hai bos besar, bila masa pula saya pakai pakaian yang
mencolok mata?” tanya Mazliana tak puas hati.
“Emmm... awak tengok sendirilah dekat cermin
besar dekat luar tu. Getah rambut awak tu orang dah buat

152
Dyadila

bungkus belacan, tahu tak? Mencolok mata takpe tapi jangan


menyakitkan mata,” sindir Tengku Iskandar. Kali ini lelaki itu
tersenyum sinis.
“Tapi...”
“Okey, kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar
dekat sana pintu.” Ceh... siap tunjuk pintu lagi. Aku tak habis
cakap lagi.
“Saya tahulah tu pintu. Lagipun bukan saya nak
jadi cicak woman pulak keluar ikut suka hati, panjat ikut
dinding.” Ketawa Mazliana pecah walaupun lawaknya tak
berapa menjadi di depan Tengku Iskandar tapi dia punya
motif mengenakan bos besarnya itu.

“INI semua tak adil!!!” katanya sambil menghentak kuat meja


Syamin.
“Ooo... mak kau tak mandi pagi! Eh... aku tak
mandi semalam!” Syamin melatah. Dia mengurut dadanya
perlahan.
“Apa ni main ketuk-ketuk? Ingat ni mahkamah ke
nak adil tak adil?” sambung Syamin lagi tak puas hati.
“Kalau boleh bawa ke mahkamah, kau adalah orang
pertama yang akan dihukum mati mandatori, tahu tak?”
“Eh... atas kesalahan apa pula?”
“Atas kesalahan mencabul hak kedamaian dan
kebebasan aku,” tegas Mazliana.
“Amboi... sejak bila pula ada undang-undang
macam tu sampai hukuman bunuh pula tu? Nampak sangat
tak layak jadi lawyer.”

153
Doktor Cinta

“Hah... kau jangan nak loyar buruk dengan aku,


kang tak pasal-pasal ada yang makan sup ikan bilis sebulan.
Nak?” Mazliana kembali duduk di kerusinya. Sejak keluar dari
bilik bos besar tadi hangin dalam badannya bergelora kuat.
Fail merah di tangannya diberikan kepada Syamin
yang tekun membaca. Dia ni mesti dah kena virus bos dia.
Maklumlah anak buah. Tapi memang sejak pertama kali
mengenali Syamin temannya itu memang hantu novel. Cakap
aje nama penulis mana, novel apa, semua dia tahu. Jadi
memang secocok macam pinang dibelah dualah dia kerja
dekat tempat ni. Penyokong Membaca Budaya Kita.
“Mak ai biar betul bos ni, macam nak jadikan kau
isteri betul dia aje ni?”
“Mulut kau jangan terlajak perahu ek. Kalau
ikutkan aku, dah lama aku sekeh-sekeh kepala bos kau tu.
Kalau tak sebabkan kau kerja dekat sini dah lama aku...”
“Dah lama awak nak buat apa Mazliana?” celah satu
suara dari belakang.
Gerakan tangannya kaku. Terasa nafasnya terhenti.
Perlahan dia berpaling. Tengku Iskandar di belakangnya
dengan Encik Zikri yang tersengih-sengih. Alamak, macam
mana pulak dia ada dekat sini? Erk... memang la dia ada dekat
sini dah syarikat dia. Dia menggaru kepalanya macam tetiba
aje ada kutu. Gatal semacam.
“Apa awak nak cakap tadi?” tanya lelaki itu sekali
lagi. Jelas dia mendengar setiap butiran wanita itu tapi
sengaja lagi ditanya.
“Saya nak cakap dah lama saya ada dekat sini.
Moleklah kiranya saya beransur pulang, lagipun masih
banyak urusan yang belum diselesaikan,” bohong Mazliana.
Dia berpaling terus berjalan laju menuju ke pintu keluar.

154
Dyadila

“Tunggu!!!”
“Ada apa lagi bos besar??” Mata lelaki itu sekali lagi
memandangnya dari atas ke bawah.
“Fesyen ke?” tanyanya tiba-tiba.
Mata berhenti di kakinya. Alamak kasut sebelah
lain... aduh! Malu makkk!!! Wajah putihnya berona merah.
Zikri dan Syamin turut memandang ke arah yang
sama. Belum pun sempat menarik nafas bertenang,
telinganya terdengar ketawa kuat mengekek dari tempat
Syamin dan Zikri. Bos besar hanya tersenyum sinis. Memang
sengaja nak malukan aku. Nanti, ada ubi ada batas!!!
“Ni fesyen terbaru la. Bos besar mana tahu. Lagipun
sekarang ni apa yang pelik itu adalah seni.” Dia cuba
menegakkan benang yang dah memang basah.
“Kalau ya fesyen, takkan sampai kasut sebelah lain.
Siapa punya kasutlah awak sapu ni?” tanya Tengku Iskandar
seakan memerli.
“Emmm... tak perasanlah tadi. Main redah aje.
Nasib baik pakai kasut kalau tak, lagi masalah,” jelas
Mazliana. Walaupun penjelasannya nampak sia-sia.
Tengku Iskandar mengeluarkan sesuatu dalam
poket seluarnya. Kad berwarna emas diletakkan di tapak
tangannya. Mazliana pelik. Apa benda pulak ni? Takkan kad
pokemon kut???
“Awak boleh guna kad ni hari ni di bawah
pemantauan Encik Zikri,” arahnya sambil memandang ke
arah Zikri dan lelaki itu mengangguk perlahan. Mengerti
akan tugasnya selepas ini.
“Apa ni???” Mazliana bertanya sebaik saja bayang
bos besar hilang.

155
Doktor Cinta

“Kau ni nama aje belajar tinggi, tu kad kreditlah.”


Jawapan tulus ikhlas dari Syamin.
“Kau ni memang ala-ala mangkuk tingkat, kan?
Aku tahulah ini kad kredit tapi apa kaitannya dengan cerita
ni?” Jawabnya geram. Banyak bunyi pula Si Syamin a.k.a
Mimi ni. Hesy!
“Dah, jangan banyak soal. Jom kita pergi sekarang.”
Syamin dan Zikri berjalan laju meninggalkan Mazliana yang
terpinga-pinga. Pergi mana???

KALAU ditanya pada mana-mana perempuan pasti inilah


tempat yang paling disukai. Kalau setiap hari datang
menghabiskan masa dekat sini pun tak apa. Tapi bagi insan
bernama Mazliana Haji Nordin, aduhhh... tempat macam
inilah yang buat dia lemas. Bukan tak suka tapi bukan diri
dia kalau berjam-jam berjalan ke sana ke mari semata-mata
nak mencari sepasang kasut atau baju. Tapi ni dah namanya
kes terpaksa.
Mulut Encik Zikri senget ke kiri dan ke kanan,
kepala Syamin menggeleng perlahan. Satu keluhan berat
kedengaran keluar dari mulut Mazliana. Dah masuk sejam
dah cuba sepuluh pasang baju. Dari tadi masuk keluar bilik
persalinan.
“Wei... ini dah kes melampau. Ingat aku ni model
pasar malam ke nak cuba semua baju? Ingat ni skim Touch
and Go ke? Senang-senang aje?” rungutnya lagi dengan
mulutnya yang sudah memuncung.
Sudah hampir sepuluh kali dia mencuba baju-baju
di butik Rozy, naik berbulu mata pelayan tu tengok muka

156
Dyadila

seringgit lima puluh sen aku. Hesy... buat malu orang


kampung aje.
“Masalahnya tak sesuailah.” Syamin memberi
pandangan.
“Emmm... itulah. Saya pun rasa macam tu.” Mereka
masih meneliti penampilan Mazliana yang mengenakan blaus
labuh bersama kain satin putih. Nampak terlalu over.
“Eh... ingat ini segmen masakan ke nak main rasa-
rasa? Jangan sampai aku buat benda bukan-bukan dekat sini.
Ada jugak yang malu seumur hidup kang,” ugut Mazliana.
Wajah Syamin keruh. Zikri sudah tersengih-sengih.
“Ala... sabarlah. Lagipun baru sepuluh pasang awak
cuba.”
“Bos, jangan sampai bos pula yang kena pakai baju
ni, nak?” Blaus di tangannya dihulurkan kepada Zikri.
“Eh... apa pulak saya!”
“Mana tahu kalau bos boleh berlakon jadi calon
isteri bos besar tu,” perli Mazliana lagi.
Syamin ketawa. Kelakar melihat muka Zikri yang
dikenakan Mazliana. Merah muka bos aku. Sekali tengok dari
jauh macam sepadan pulak Maz ni dengan Encik Zikri tapi
kalau dengan Tengku Iskandar pun macam cute aje. Mazliana
kemudian masuk semula ke dalam bilik persalinan. Kalau
dibiarkan, alamat bermaharajalela la mamat dengan minah
ni. Dia kembali dengan uniform asalnya tadi, jeans dan
T-shirt lusuh. Dia berjalan laju meninggalkan dua orang yang
tergesa-gesa mengejarnya dari belakang.
“Apa kata kita cuba tengok dekat butik depan tu?”
cadang Zikri. Langkahnya masih laju mengikut pantasnya
langkah Mazliana.

157
Doktor Cinta

“Apa kata kita balik aje, kaki saya ni dah nak


tercabut. Kalau bos nak, pergilah dengan Syamin.”
“Apa pulak aku, yang nak beli barang bukan aku
tapi kau!” ujar Syamin sedikit tidak puas hati dengan kata-
kata Mazliana.
“Siapa pulak kata aku nak beli?” Mazliana berhenti
tiba-tiba. Break kakinya pegun di situ.
“Eh... bukan kau yang nak beli tapi kau kena beli!”
Syamin cepat-cepat membetulkan ayatnya.
Zikri melihat jam di pergelangan tangannya. Lama
juga mereka menghabiskan masa di sini. Susah juga nak
bawa perempuan ni shopping. Selama ni, dia hanya
menemani Mak Engku ke butik tapi tak pernah pulak ambil
masa selama macam ini.
“Okeylah. Macam ni, awak berdua carilah apa yang
sepatutnya. Saya ada meeting pukul empat ni.”
“Hah... kalau macam tu, lebih baik bos pergi dulu,”
kata Mazliana sambil tersenyum.
“Halau saya nampak?” perli Zikri sambil mengangkat
keningnya.
“Bukan halau tapi mempersilakan,” sindir Mazliana.
“Syamin, awak pastikan segalanya berjalan lancar
ek,” pesan Zikri lagi.
“Beres bos!” tabiknya hormat.
Mazliana mencebik. Panjang muncungnya ke
depan. Nampak sangat suka kipas bos. Patutlah Si Syamin ni
jadi pekerja contoh. Silap tema betullah.
“Bos bawa kereta elok-elok ek,” ujar Syamin
lembut.

158
Dyadila

Amboi... siap buat pesanan ringkas lagi. Syamin


melemparkan senyuman ke arah Encik Zikri. Zikri melangkah
pantas bimbang kalau dia tak sempat sampai ke MM Holding.
“Hah... dahlah. Bayang bos kau dah hilang pun,
amboi senang hati kau kenakan aku,” ujar Mazliana geram.
Syamin hanya tersengih memperlihatkan giginya.
“Bertuahlah kau Maz. Apa lagi, jomlah kita
shopping. Kad kredit dah ada tu!” jerit Syamin separuh riang.
“Amboi... terus hilang keayuan dan kesopanan kau,
kan? Dah tak payah dah nak bazir duit. Setakat nak pakai baju
untuk malam tu, baju aku banyak,” kata Mazliana kemudian
meneruskan langkahnya.
“Ala... bazir duit bos aje. Tak apa, bukan duit kita,”
ujar Syamin senang.
“Hah... banyaklah kau. Nanti kau seronok, aku yang
dapat nama! Aku balik tidur lagi baik!”
“Tak nak beli apa-apalah ni?” duga Syamin. Dia
kenal siapa Mazliana. Tak mungkin temannya itu boleh duduk
lama di shopping mall. Lainlah kalau dalam galeri seni. Mesti
sampai malam pun tak apa.
“Tak payah. Balik aku kata!” ujar Mazliana seraya
menarik tangan temannya itu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia memandang
tepat ke arah pasangan yang tersenyum mesra tidak jauh dari
tempatnya berdiri. Eh... macam kenal mamat tu, tapi siapa
pulak dekat sebelah dia tu? Eh... siap main cubit-cubit lagi.
Hesy... melampau betul!
“Apa kau tengok tu Maz?” Syamin turut
mengalihkan pandangan ke arah yang sama.
“Eh... itu bukan Doktor Johan ke? Eh? Siapa pulak

159
Doktor Cinta

perempuan cantik sebelah dia tu?” sambung Syamin lagi.


Suara Syamin itu membuatkan dia tersedar.
“Kurang ajar punya jantan! Kau nak main-mainkan
kakak aku ek!” Marah Mazliana perlahan.

160
Dyadila

Bab 12
S
EKALI LAGI penampilan
terakhirnya dilayarkan di cermin.
Mak oi... macam lawak aje aku
pakai baju kurung. Sopan semacam. Tapi bukan aku memang
sopan ke? Tettt... kononnyalah. Syamin tersenyum sedari
tadi. Kalau boleh senyum tiga ratus enam puluh darjah, mesti
dah senyum membulat. Maklumlah hasil dari jari-jemarinya
yang tak berapa nak berseni tu berjaya mengubah penampilan
Mazliana malam ini. Kalau bos tengok mesti juling biji mata
dia.
“Mimi, kau rasa aku patut bagi tahu Kak Lin ke
pasal hari tu?”
“Emmm... kau rasa?” Syamin meneruskan solekan
di mata Mazliana. Pertama kali dia dibenarkan mencalitkan
warna di iris temannya itu. Dia cukup berhati-hati. Niatnya
hanya satu, nak buat Mazliana jadi meletop hari ini.
“Aku rasa Si Johan tu memang tak ikhlaslah dengan
kakak aku,” teka Maz lagi. Matanya masih pejam.
“Tapi aku tengok Doktor Johan tu macam serius

161
Doktor Cinta

sayang dengan Kak Lin, tapi siapa ek perempuan tu?”


Terbayang wajah perempuan manis di sisi bekas pensyarahnya
itu. Cantik. Gaya pun nampak macam bukan calang-calang
orang.
“Sayang? Emmm... lama-lama melayang. Aku akan
siasat sampai lubang cacing. Kalau betullah mamat tu ada
niat nak main-mainkan hati kakak aku, memang dia sengaja
tempah batu nisan dia sendiri!”
“Amboi... berani semacam aje aku dengar? Kau nak
buat apa?”
“Aku akan pastikan dia makan bubur seumur
hidup!” ujar Mazliana serius.
“Kalau kita tersalah sangka macam mana?” tanya
Syamin lagi.
“Kalau salah? Kaulah makan bubur seumur hidup!”
Ketawa Mazliana lagi.
“Eh... apa kau buat dekat muka aku ni Mimi? Kau
jangan buat aku jadi pelakon opera Cina dah. Nanti tak pasal-
pasal heart attack pulak calon mentua aku,” sambung
Mazliana lagi. Kemudian ketawa mereka bersatu.
“Aku tahulah,” jawab Syamin yakin.
“Lama lagi ke? Sakitlah tengkuk aku!” ngomel
Mazliana dengan mulutnya dimuncungkan.
“Maz, baik kau diam sebelum aku cucuk mata kau
dengan lip gloss ni,” gertak Syamin dengan matanya sengaja
dibulatkan.
“Amboi... kau ingat aku jin mata buta? Senang-
senang aje nak cucuk mata orang!” kata Mazliana tidak puas
hati. Syamin ketawa lagi. Memang sepanjang dia berkawan
dengan Maz tak pernah sekali pun dia lupa cara nak ketawa.

162
Dyadila

Wajah Mazliana didongakkan semula. Kalau dah


memang tak boleh duduk diam memang payahlah. Berkali-
kali dia tersalah caturan. Nasih baik tak tercucuk mata. Kalau
tak, buta mata temannya tercucuk maskara Maybelline.
“Mana kau dapat semua ni Mimi?” Mazliana
membelek alat mekap penuh sebakul.
“Ala... aku pinjam kat Cikgu Siti, cikgu teater aku.”
“Emmm... agak dah, nampak sangat barang pinjam.
Kau pun bukan banyak pun barang macam ni.” Mimi
tersenyum mendengar rungutan Mazliana.
“Habis, dah aku suruh kau beli, kau pulak kata
jimatlah, jangan bazir duit la, duit oranglah. Seribu satu
alasan kau bagi,” jawab Syamin panjang lebar.
“Yalah, nak buat apa kita bazirkan duit bos kau tu.
Karang kalau dia muflis, kau juga yang tak ada kerja.”
“Cik Mazliana Haji Nordin, kalau kau nak tahu aset
Tengku Mazlan tu tujuh keturunan pun tak habis tahu tak?
Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikit pun,” ujar Syamin
terang. Mazliana hanya mencebik.
“Ada aku kisah? Eh, bos jemput aku naik apa?”
“Kenapa?” Soalan yang dijawab dengan soalan.
Memang hobi tak rasmi Syamin a.k.a Mimi.
“Kalaulah dia muncul dengan Saleen S7 Twin
Turbo... mesti best!” Mazliana tersenyum sendiri. Memasang
angan-angan.
“Saleen S7 Twin Turbo? Apa tu?” soal Syamin
sambil tayang muka blur.
“Satu lagi model terpantas keluaran Amerika
dikenali sebagai Saleen S7 Twin-Turbo yang dicipta hasil
gabungan teknologi dan kepakaran daripada Saleen, Hidden

163
Doktor Cinta

Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd.


Model ini menggunakan enjin Aluminium OHV lapan silinder
(V8) yang menghamburkan 550 hp. Pada tahun dua ribu
lima, S7 diganti model S7 Twin Turbo berharga USD585,296.00
yang diperkuatkan dengan kuasa turbo dari Garret
Turbocharger sekali gus meningkatkan kuasanya ke 750 hp,
membolehkan ia memecut sehingga empat ratus dua km/h!
Bayangkan kalau Mazliana Haji Nordin bawa kereta ni. Fuh!
Mantap!!!”
Ternganga Syamin. Biar betul minah ni???
Penerangan mengalahkan buat esei penulisan masa SPM.
Mantap, tepat dan padu. Rambut Mazliana ditarik dari
belakang.
“Sakitlah! Apa ni Mimi?” ujar Mazliana tidak puas
hati. Kepalanya digosok perlahan dengan tangan.
“Kau ingat kau anak raja ke nak dijemput pakai
kereta macam tu? Lagipun kau tu nak pergi rumah bakal
mentua kau aje, bukan nak masuk race car. Tadi ayat macam
bukan mata duitan aje, alih-alih nak kena jemput dengan
kereta bukan-bukan tu,” tempelak Syamin.
“Ala... manalah tahu kalau bos kau ada kereta tu.
Kau juga cakap hobi dia suka kumpul kereta, kan? Bukan aku
nak pun, tapi kalau dapat naik okey juga. Bolehlah cerita
dekat anak cucu bila dah tua nanti.” Mazliana kemudian
bangun dari kerusi dan terus meloncat ke atas katil.
Meregangkan tulang belakangnya.
“Banyaklah kau! Wei, habislah mekap kau tu!” tegur
Syamin.
“Bukan aku yang suruh, kau yang over, kan!”
Mazliana sengaja memeluk bantal peluk milik Syamin.
Sedapnya kalau dapat tidur. Nasib baik mak percaya aku

164
Dyadila

bermalam dekat rumah Syamin. Tak pasal-pasal aje dapat


dosa menipu.
Mak maafkan Maz, bukan niat Maz nak menipu.
Tapi keadaan memaksa. Balik nanti kena cium mak sepuluh
kali ni, kira basuh dosa. Wajah tak puas hati Syamin
dipandang.
“Eh... kau rasa aku kena pakai macam ni ke?” tanya
Mazliana bingung.
“Mesti. Inilah dia Mazliana Haji Nordin yang
sebenar. Kau tu cantik sebenarnya tapi satu aje masalah kau
ni, selekeh.” Wajah ayu milik Mazliana dipandang. Dia
tersenyum puas.
“Amboi... sedapnya kau mengata aku. Kalau nak
buat kritikan menyakitkan hati kecil aku ni, buatlah off
record cerita dekat belakang. Ini live, siaran terus menerus
pulak tu. Kalau mak aku dengar mesti dia kecik hati, tahu
tak?”
“Sebab aku ni kawan kaulah aku beritahu live,” jelas
Syamin.
“Eleh... selekeh-selekeh pun, muka ni juga jadi
pilihan bos kau tu, kan?” Mazliana membanggakan diri.
Biasalah, siapa lagi nak tekan lif kalau dah masuk, diri
sendirilah tekan.
Ini kali kedua dia melihat wajah ayu milik temannya
itu. Kali pertama semasa hari konvokesyen mereka. Kali
kedua adalah pada jam dan saat ini. Sikap sempoi Maz
membuatkan dia tidak langsung mementingkan penampilan.
Teringat peristiwa Maz yang masuk ke bilik kuliah dengan
memakai sweater dan seluar track hitam. Gayanya itu
disambut dengan gelak tawa seisi kelas. Tapi dia hanya tayang
muka selamba aje.

165
Doktor Cinta

“Ala... kau macam tak biasa pulak. Aku kan


sempoi.”
“Sempoi kau tu dah tahap perlukan bantuan
kecemasan. Tahu tak?”
“Kenapa pulak?” soal Mazliana tidak puas hati.
“Sebab kau ni kalau nak dibandingkan dengan mak
cik mereng depan kampus dulu, dia lagi lawa. Kau tahu tak?”
terang Syamin bersungguh.
Ketawa Mazliana pecah. Wajah mak cik mereng
berbaju kebaya merah ketat dan kain batik belah terlayar di
mindanya. Ketawanya pecah lagi.
“Kau ketawa kenapa?” tanya Syamin. Pelik.
“Mak cik mereng... oittt jalan kalah ratu cantik,
body mak ai... ala-ala pelakon Bollywood. Sekali suara jantan!
Kah kah kah!!!” Ketawanya pecah lagi. Kali ini dia menekan
perutnya.
Syamin turut tertawa. Siapa tak kenal mak cik
mereng, mak nyah yang paling popular. Meletop mak! Tiba-
tiba bunyi hon dari luar mengejutkan mereka. Syamin
menjenguk dari tingkap. Kelihatan kereta BMW milik bosnya
sudah tersadai di bibir pagar. Encik Zikri keluar dari pintu
sebelah pemandu.
“Hah... tu bos kita dah sampai.”
“Bos kau aje okey.”
“Ala... kan kau dah kerja dengan dia sekarang.”
“Tak ada maknanya, aku ni part time aje. So, itu bos
kau,” tegas Mazliana. Dia menarik sedikit baju kurung ungu
lembut yang dipakai, lalu duduk di birai katil.
“Eh... boleh pulak kau duduk balik. Cepatlah, bos
dah tunggu tu. Nanti lambat pula!” desak Syamin. Pening

166
Dyadila

juga dia kalau Maz mogok tak nak keluar, silap hari bulan
kena buang kerja macam ni.
“Hidup kita ni biar lepak tapi hasil dia gempak,”
bisik Mimi di telinganya. Mazliana mencebik.
“Banyaklah kau punya lepak, kang kena sepak baru
kau tahu!”
Zikri berdiri tegak di sebelah kereta macam tengah
nyanyi lagu Negaraku pulak. Matanya tertancap pada wajah
ayu di hadapannya. Cantik! bisik hati kecilnya. Lama dia
terdiam memuji tanpa suara. Zikri merapati dua wanita yang
sudah melepasi pagar itu. Mazliana nampak manis dengan
baju kurung ungu lembut, rambutnya dibiarkan lepas ditiup
angin malam. Ringkas tapi menawan.
“Cantik Mazliana malam ni,” puji Zikri perlahan.
Syamin di belakang hanya tersenyum kambing. Mekar
senyumannya apabila temannya mendapat pujian. Bukan
senang bos nak puji orang. Bahu Maz dicuit sambil keningnya
diangkat beberapa kali.
“Ala... kalau kambing Nek Wan saya dulu pakai
macam ni pun nampak cantik. Pokok pangkal hati mahu
bersih,” tambah Mazliana.
Senyuman Syamin mati mendengar kata-kata yang
lahir dari mulut Mazliana. Terkedu seribu bahasa. Ada ke
disamakan dengan kambing. Penat aku mekap dia, kambing
Nek Wan juga yang dapat nama. Pantas satu cubitan hinggap
di lengan Mazliana.
“Aduh... sakitlah. Apa???”
“Kau ni mulut tu cuba kawal sikit. Cuba sehari ni
kau jadi perempuan Melayu terakhir, tak boleh?” marah
Syamin.

167
Doktor Cinta

“Mimi, kalau aku jadi perempuan Melayu terakhir


tak adalah kau dekat sini,” usik Mazliana dengan tawanya.
Bunyi Nokia E63 membuatkan dua mata wanita itu
tertumpu kepadanya. Zikri menjawab panggilan tanpa sempat
meneruskan kata.
“Emmm... kami on the way ni, lagi sepuluh minit
kami sampai. Jangan takut, aku akan pastikan semua beres.”
Kedengaran suara itu tenggelam timbul. Siapa lagi yang call
kalau bukan big boss!
“Marilah, kita pergi sekarang. Lagipun dah lewat
ni.” Sengaja ditunjukkan jam di tangannya. Pintu kereta
dibuka memberi ruang untuk Mazliana masuk. Alamak! Rasa
macam Cinderella pula malam ni. Hesy... dah Mazliana,
jangan nak berangan! Semua ni lakonan semata-mata, tiada
kaitan dengan orang yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia.

TENGKU MARIAM melihat jam di tangannya. Baju kurung


jenis sutera Korea yang dipakainya diperbetulkan agar nampak
kemas. Sekali lagi matanya diarah ke pagar besar. Gembira
bukan main malam ni. Tak sabar rasanya nak menemukan
anaknya dengan bakal menantu pilihan hati. Kalaulah mereka
jadi, mesti aku cepat dapat cucu.
“Kenapa awak ni Cik Yam, dari tadi tak duduk
diam.” Suara Tengku Mazlan dari belakang membuatkan dia
terkejut. Tangannya mengurut beberapa kali dadanya, cuba
meredakan rasa.
“Anak kesayangan awaklah ni... entah mana dia
pergi. Sikit lagi Datin dan Datuk dah nak sampai dengan

168
Dyadila

Natasha, tapi bayang Si Is ni pun tak nampak lagi. Macam


mana ni abang?” ngomel Tengku Mariam risau.
“Kan dia dah janji nak balik. Jangan risaulah. Mesti
dia balik sekejap lagi. Lagipun bukan ke anak kesayangan
awak Si Zikri tu ikut sekali tadi? Lagipun bukannya anak
awak tu tak pernah jumpa Si Tasha tu. Selalu sangat tengok,
entah-entah dah jemu,” terang Tengku Mazlan pada isteri
kesayangannya itu.
Senyuman kelihatan di wajah kerut isterinya. Itulah
sifat Tengku Mariam yang menarik hatinya. Sekali pandang
terus terpikat. Teringat saat ingin dijodohkan oleh keluarga.
Dialah yang menentang habis-habisan tapi apabila menatap
pilihan ibunya itu, hatinya terus cair. Rasa cinta yang tak
pernah wujud tiba-tiba datang. Mereka bahagia dan
bertambah bahagia apabila dikurniakan Tengku Iskandar dan
Zikri.
“Apa yang awak termenung tu Bang Lan?” Itulah
nama manja mereka, Cik Yam dan Bang Lan. Sejak dulu
nama itulah yang memekarkan lagi kasih sayang Tengku
Mazlan dan Tengku Mariam.
“Emmm... teringat masa kita muda-muda dulu.
Kalau saya tahu awaklah cinta saya, tak payah saya buat
mogok tiga hari masa papa nak satukan kita dulu.”
“Emmm... konon tak suka jodoh keluarga, tapi last-
last tengok siapa yang angau Bang Lan oi!”
“Itulah sebab saya sambar awak masa tu juga, sebab
I love you.” Berkerut dahi Tengku Mariam, buang tabiat ke
orang tua ni? Umur dan banyak nak ber ‘lap-lap’ lagi. Tapi
akhirnya dia tersenyum.
“Abang rasa Is terpikat tak dengan Tasha?”
“Emmm... tak boleh nak ramal perangai anak

169
Doktor Cinta

teruna awak tu. Semakin hari semakin pelik,” jawab Tengku


Mazlan perlahan.
“Itulah yang buat saya risau tu bang. Semenjak Si
Julia tu tinggalkan dia, saya tengok dia macam dah tak ada
hati dengan perempuan. Saya risaulah bang.” Tengku Mariam
meluahkan kerisauannya terhadap anak terunanya itu.
“Hesy... awak ni. Kita dah bagi dia didikan yang
cukup. Dia dah besar.” Tengku Mazlan cuba menutup
kebimbangan isterinya. Walaupun hakikatnya dia sendiri
risau dengan keadaan anak tunggalnya tu.
Bukan sedikit kekecewaan Tengku Iskandar apabila
ditinggalkan begitu saja oleh seorang gadis yang sangat
dicintainya. Bukan dia tak nampak betapa menderita hati
anak tunggalnya walaupun Tengku Iskandar sentiasa
tersenyum. Sampai sekarang berita tentang Julia masih
hambar. Julia Hana, model terkenal yang menjaring cinta
dengan anaknya sejak dari universiti lagi tapi akhirnya hilang
tanpa khabar berita. Lenyap macam tu saja.
“Bang, Datuk dengan Datin dah sampai tu.”
Tengku Mazlan tersedar apabila mendengar suara
isterinya. Kereta mewah yang menjalar masuk ke halaman
rumah disambut dengan senyuman mesra.
“La... dah sampai dah orang yang kita tunggu.”
“Mestilah kita sampai, kan kita dah buat janji.”
Ketawa Datin Jamilah dan Tengku Mariam bersatu. Ketika itu
Tasha hanya tersenyum malu.
Tengku Mazlan memandang sekilas ke arah bakal
menantu pilihan isterinya. Macam ni nak jadi menantu aku?
Pakai baju tak cukup kain, tak cukup benang? Ya Allah, kau
selamatkanlah anakku dari percaturan ini. Tengku Mazlan
berdoa dalam diam.

170
Dyadila

KERETA BMW 5 series black memecut laju. Encik Zikri


mempamerkan tahap kecekapan pemanduan ala-ala pemandu
taraf lima bintang. Mak ai... boleh tercabut rambut palsu!
Kalau Michael Schumacher dengan Fernando Alonso tengok
mesti diorang menangis dua hari.
“Bos, kalau ya pun dah lewat agak-agaklah bawa
kereta tu. Ingat nyawa saya ada jual dekat bengkel Ah Hong
Jalan TAR ke?” tegur Mazliana selamba. Zikri tersenyum.
Sama aje bos-bos ni memang tak pandai nak hargai nyawa
orang. Eh... nyawa aku.
“Kalau ada jual dekat situ senanglah,” jawabnya
perlahan.
“Awak dah bersedia dengan tugasan awak malam
ni? Pastikan rahsia kita selamat,” sambungnya lagi.
“Rasanya selamat, tapi kalau bos bawa kereta
macam ni takut kita dua-dua yang selamat. Kalau tak orang
ziarah dekat ICU, mereka ziarah kita dekat tanah perkuburan
Islam,” perli Mazliana.
Ketawa Zikri meledak keluar. Dia memperlahankan
pemanduannya. Memang betul laju juga macam mana boleh
tak sedar. Bahaya betul. Jelas terlihat hembusan nafas lega
dari wajah Mazliana. Entah kenapa dia senang dengan
Mazliana. Sikap Mazliana membuatkan dia betul-betul selesa.
“Jauh lagi ke rumah Tengku Iskandar ni?”
“Dah nak sampai dah. Awak bolehlah kalau nak
betulkan apa yang tak betul.” Mazliana menjeling tajam.
Sesuka hati dia nak perli aku. Ingat ini siaran tak berbayar ke
nak betul-betulkan channel. Melampau.
“Tengku Mariam dengan Tengku Mazlan tu okey
ke?” tanya Mazliana ada nada gementar di situ.

171
Doktor Cinta

“Kenapa, awak takut?” duga Zikri.


“Emmm... saya takut nanti mereka yang takut
tengok saya.”
“Tak mungkin mereka akan takut tengok bakal
menantu secantik ini,” puji Zikri lagi.
“Bos ni kenapa dari tadi puji melambung-lambung
ni? Saya tak makan pujilah bos, saya makan nasi.”
Aku bukan boleh kena puji ni, kalau salah puji kang
ada pula yang kena keji. Masa tu nak menangis air mata darah
sekali pun tak berguna lagi. Terasa jauh pula perjalanan ni.
Tiba-tiba signal sebelah kiri dinyalakan tanda nak belok ke
kiri.
“Eh... nak ke mana pulak ni?” tanya Mazliana.
“Tu....” Muncung Zikri panjang ke depan mengarah
ke arah Gen 2 hitam. Kelihatan Tengku Iskandar sedang
berdiri resah di tepi kereta. Kali ini lelaki itu nampak santai
dengan T-shirt putih dan jeans hitam. Rambutnya disisir rapi
ke belakang. Cahaya lampu jalan membuatkan dia dapat
menganalisis penampilan lelaki di depannya.

“MANA dia budak kelibut tu?” Tengku Iskandar meninjau-


ninjau ke arah kereta.
“Kelibut?” tanya Zikri pelik.
“Kelam campur kabut sama dengan kelibut,” jelas
Tengku Iskandar. Zikri ketawa perlahan, tapi ketawanya mati
apabila melihat jelingan Mazliana. Tengku Iskandar masih
mencari-cari.
“Kenalkan, saya Mazliana Haji Nordin,” bisiknya

172
Dyadila

perlahan tapi cukup untuk memberitahu kewujudannya di


situ.
Tengku Iskandar memandang sekilas ke arah wanita
ayu di sebelah Zikri. Diam. Meneliti sedalam-dalamnya wajah
di depannya. Hah??? Dia cuba menahan ketawanya tapi
akhirnya ketawa itu kedengaran kuat. Zikri hairan, Mazliana
bertambah pelik. Apa kena bos besar ni tertelan gigi palsu ke?
Atau kena tegur dengan ‘sesuatu’? Eiii... tiba-tiba bulu
romanya tegak berdiri.
“Macam mana kau make over budak ni sampai aku
pun tak kenal? Bagus betullah. Tak sangka mekap boleh
jadikan awak macam Miss World.”
Bulat mata Mazliana mendengar ulasan bos besar.
Gurauan kutub selatan mana pulak ni. Memang menguji
tahap kesabaran. Kalau ada senapang patah dah lama aku
tembak lubang hidung mamat ni.
Wah! Hebat betul gaya bos kau ni berbicara,
Syamin. Berbudi bahasa kau kata bos kau ni. Eiii... hampeh!!!
Rupa ada tapi perangai reject. Mulut bau longkang. Mazliana
menarik nafasnya perlahan-lahan. Cuba memadam kemarahan
yang membara di hatinya.
“Saya ingat tiang manalah terpacak tepi jalan ni,
rupanya bos besar. Bos buat apa sampai jadi tiang lampu tepi
jalan macam ni?” Mazliana bersuara.
Zikri tersenyum. Mula dah....
“Zik, kau bawa teruslah kereta aku tu. Aku bawa
kereta kau.”
Zikri mengangguk faham, kemudian terus berjalan
mendekati BMW milik Tengku Iskandar yang dipandunya
tadi.

173
Doktor Cinta

“Eh... awak nak ke mana tu?” tanya Tengku Iskandar


apabila melihat Mazliana mengekori belakang Zikri.
“Laaa... pergi mana lagi, kata nak ke rumah bos
besar. Takkan nak main sorok-sorok pulak dekat tepi jalan
ni!”
“Habis tu awak nak ke mana?”
“Ikut Encik Zikrilah,” jawab Mazliana senang.
“Hah... awak calon isteri siapa? Saya ke dia?” tanya
Tengku Iskandar dengan nada menyindir.
“Bos besar,” jawabnya perlahan
“So... tunggu apa lagi?” Satu arahan kedengaran.
Mazliana terdiam. Dah macam bola ping pong pulak aku rasa.
Ke sana ke mari.
Dalam kereta, masing-masing melayan perasaan.
Sepi. Mazliana mencipta dialog yang bakal dilakonkan
sebentar nanti. Tengku Iskandar pula masih menumpu ke
arah jalan. Tak sampai sepuluh minit mereka sampai di
sebuah mahligai yang tersergam indah. Pintu pagar emas itu
terbuka sendiri apabila Tengku Iskandar membunyikan hon.
Mata Mazliana menangkap kilauan cahaya yang menyimbah
mahligai di hadapan matanya itu. Mak ai... ni rumah ke
istana???
“Cik Mazliana Haji Nordin, kalau kau nak tahu aset
Tengku Mazlan tu tujuh keturunan pun tak habis, tahu tak?
Setakat beli lipstik ni tak bagi kesan sikit pun.” Kata-kata
Syamin terdengar kembali. Memang betullah bapak punya
kaya.
Mereka berjalan beriringan. Encik Zikri di belakang
sedang asyik dengan panggilan telefon tetapi tetap mengekori
langkah dia dan bos besar. Dari situ mereka berjalan melepasi

174
Dyadila

satu taman yang sangat cantik, siap dengan kolam air pancut.
Seni ukiran pada bangku rehat di dalam taman cukup
menarik perhatiannya. Cantik! Matanya masih mengagumi
keindahan yang ada di sekeliling.
“Dah, mari kita masuk!” Tangannya menarik tangan
Mazliana laju. Tindakan spontan Tengku Iskandar itu
membuatkan dia terkejut. Secara automatik darah naik ke
muka. Macam baru lepas kena renjatan elektrik.
“Saya dah lama hidup dekat atas bumi ni bos besar.
Saya tahu jalan sendiri.” Pantas ditarik kasar tangannya.
“Tapi wahai calon isteriku, awak kena buat lakonan
yang real hari ni, bukan lakonan tipu daya semata-mata!”
Pap!!! Tersentap lagi. Memang mulut tak habis belajar ni.
“Lagi satu, saya tak nak dengar awak panggil saya
bos besar,” pesan Tengku Iskandar lagi. Tegas aje nada
suaranya.
“Habis tu nak panggil apa?”
“Apa-apa aje... abang, sayang, but not big boss.”
Erk! Abang??? Mazliana mencebik. Abang pergi Subanglah.
Nak berabang-abang pulak. Eiii... geli tekak aku!
Zikri sudah pun melangkah masuk ke dalam
mahligai itu meninggalkan mereka berdua yang sedari tadi
masih tak habis berbincang.
“Kan saya kata jangan makan getah tu.”
“Ala... bukan tak boleh buang, saya dah biasalah.
Sekali-sekala kena juga buat senaman mulut.” Mazliana
membela dirinya.
“Pakai baju kurung cantik dah, tapi kenapa mesti
nak kunyah benda tu?” Sekali lagi Tengku Iskandar tak puas
hati.

175
Doktor Cinta

“Apa kaitan?” soal Mazliana juga mulai tidak puas


hati. Suka hati la nak makan apa pun!
“Buang!” Kali ini suara bos besar lebih tegas.
Dari tadi Encik Zikri sudah mendesaknya agar
membuang gula-gula getah yang dikunyah tapi jelas arahan
itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebaik sahaja
melangkah masuk ke dalam mahligai mewah itu. Tiba-tiba
jantungnya berdegup laju. Alamak kenapa gabra semacam aje
ni???
“Bos besar, agak-agak Tengku Mariam tu garang
tak?”
Tengku Iskandar tersenyum dengan pertanyaan
Mazliana.
“Don’t call me bos besar,” bisik Tengku Iskandar
tegas.
“Ops... tersasul. Sorry!”
“Awak jangan takut. Mama saya adalah wanita
terbaik yang pernah awak jumpa,” bisiknya lagi.
“Terbaik konon tapi anak dia menipu juga!” balas
Mazliana selamba.
“Apa dia?” Bulat mata Tengku Iskandar. Kepala
wanita di sebelahnya disekeh perlahan.
“Apa ni bos besar? Sakitlah!” Hesy... dia ni main
sekeh-sekeh kepala pulak. Ingat kepala tak bayar zakat ke?
“Tu baru sikit.” Tengku Iskandar tersenyum sinis.
“Jangan nak panggil bos besar lagi dekat dalam
nanti. Kalau saya dengar saya jentik mulut awak tu!”
sambung Tengku Iskandar lagi. Sepantas kilat Mazliana
menutup mulutnya. Hesy... ugutan ni!

176
Dyadila

“Bos, mulut ni aset tahu tak? Ni mulut cari makan.


Kalau apa-apa terjadi siapa nak tanggung saya? Bos?”
Mazliana mengomel lagi.
“Dah, jangan banyak bunyi boleh tak? Come!”
Tengku Iskandar menghulurkan tangannya tapi
tidak disambut. Mazliana meluru ke depan meninggalkan bos
besar dengan gaya price charmingnya. Salah oranglah bos!
Nak romantik-romantik ni bukan jiwa Mazliana Haji Nordin.
Tengku Iskandar menggeleng perlahan. Hesy... spesies apalah
yang kau bawa ni Zikri???
“Macam mana kalau dia halau saya?” soal Mazliana
tidak puas hati.
“Awak kata Mazliana Haji Nordin tak akan kalah
pada dugaan tapi... ni la orang kata cakap aje lebih tapi habuk
pun tak ada!” duga Tengku Iskandar sinis.
“Amboi... bos besar ni jangan terlajak perahu ek....”
Sekali lagi kepalanya disekeh.
“Aduhhh!!! Apa ni bos? Sakitlah! Kalau rosak sel
kulit kepala saya macam mana? Biol empat puluh hari, tahu
tak?”
“Dah kalau mulut awak tu nak merepek tak tentu
pasal, saya suruh awak balik kang, nak?” ujar Tengku
Iskandar sedikit mengugut.
“Hah? Balik? Betul???” Mazliana mengangkat
keningnya.
“Emmm... dah, cepat jalan!” Tengku Iskandar
meneruskan langkahnya. Malas nak layan mak cik sorang ni!

177
Doktor Cinta

“HAI Abang Is... lama Tasha tunggu. Habis dah cair mekap
tau....” Tiba-tiba kedatangan mereka diserang oleh seorang
girl yang sangat gedik. Dia melentok di hujung bahu Tengku
Iskandar. Wajah Mazliana berkerut. Siapa pulak ni? Dipandang
wajah serius Tengku Iskandar jelas tak berminat dengan
kedatangan gedik girl itu.
“Siapa suruh tunggu?” tingkah Tengku Iskandar.
Mazliana menahan senyum melihat wajah kelat wanita di
sebelah bos besarnya.
“Mama dan papa pun ada sekali. Tasha ada hadiah
untuk abang, emmm... cuba teka... tekalah!” Eiii... lintahnya
budak ni. Nak aje aku bagi tazkirah dekat sini. Mazliana tak
jemu memandang ke arah wanita seksi yang memakai skirt
hitam dan jaket berwarna coklat. Pakaiannya mencolok mata.
Tubuhnya terlentuk ke kiri ke kanan... memang macam
lintah.
Tengku Iskandar membuka bungkusan di tangannya.
Bukan sekali dia menerima hadiah dari wanita itu, dah
berpuluh kali. Sebanyak itu juga hadiah yang sama
dipulangkan. Bulat mata Mazliana apabila melihat hadiah
yang dibuka oleh Tengku Iskandar. Jam tangan emas
dipandang tak berkelip. Mak aiii cantiknya! Boleh silau mata
aku.
“Emmm... terima kasih Tasha, tapi abang dah ada
banyak benda ni.” Mazliana cuba mempamerkan senyuman
plastik apabila mata hitam wanita itu menikam wajahnya.
“Abang ingat tak masa dekat Milan dulu kita ada
beli satu bear besar. Tasha masih simpan lagi tau! Bila tidur
aje mesti Tasha peluk. Macam peluk abang.” Mazliana ketawa
kecil. Ketawanya mati apabila Tengku Iskandar menjeling
tajam. Marah pulak. Bukan salah aku.

178
Dyadila

“Abang, siapa pula ni?” tanya Tasha ingin tahu.


Tasha memandang wajah di sebelah Tengku
Iskandar dengan pandangan yang meluat. Jelas matanya
bagai nak terkeluar apabila bos besar memperkenalkan aku
sebagai kekasih hati merangkap calon isteri. Terbangun
semua yang duduk di sofa buatan luar negara itu. Tengku
Mariam memandang Tengku Mazlan. Mereka saling
berpandangan hanya mata yang memberi isyarat. Wajah
Datin Jamilah sudah kelat.
“Ini Mazliana Haji Nordin, bakal isteri Is,” ujar
Tengku Iskandar memperkenalkan Mazliana kepada semua
yang berada di situ. Zikri menyimpan senyum apabila melihat
wajah terkejut Mak Engku dan Pak Engku. Kelakar. Kalau
tidak fikirkan dia sebahagian dari cerita, dah lama dia gelak
terguling-guling.
“Isteri???” tanya Tengku Mariam sekali lagi. Tengku
Mariam tiba-tiba rebah. Tubuhnya sempat disambut oleh
Tengku Mazlan.
“Mama!!!”
“Mak Engku!!!”
Zikri dan Tengku Iskandar berlari serentak
mendapatkan tubuh wanita itu. Mazliana cuak. Terpaku di
situ tanpa bergerak walau satu inci pun. Nafasnya seakan
terhenti. Hai... hodoh sangat ke wajah aku sampai calon
mentua tengok pun pengsan??? Nak buat apa ni? Panggil
polis? Bomba??? Arghhh!!!

179
Doktor Cinta

Bab 13
T
AUFIQ memasukkan sisa
makanan ke dalam tong sampah.
Semua pinggan di singki sudah
habis dicuci. Tiba-tiba terasa sakit di dadanya, berdenyut
perlahan. Dia duduk di kerusi sambil menggosok perlahan
dadanya dengan tangan. Cuba menarik nafas perlahan. Kenapa
pulak ni... sekali lagi dia menarik nafas dan menghembus
perlahan.
“Kenapa along? Along sakit?”
“Eh mak. Kenapa bangun? Kan mak tak sihat.”
“Tak apa. Badan ni dah sihat sikit, along dah
makan?”
“Emmm... dah mak. Lagipun hari ni tak ramai
sangat orang. Hujan.”
“Tak apalah, mungkin rezeki kita tak ada hari ni,”
ujar Mak Kiah. Dia tersenyum memandang wajah sayu anak
sulungnya. Berat beban anak ini terpaksa menanggung
keluarga walaupun sepatutnya dia bergembira dengan masa
mudanya.

180
Dyadila

“Along... mak minta maaf,” ucap Mak Kiah perlahan


dalam selang batuknya.
“Kenapa pulak mak nak minta maaf dengan along?”
“Sebab mak, along hidup tak macam kawan-kawan
lain. Kalau along sekolah mesti along dah berjaya,” ujar Mak
Kiah sebak.
“Mak... along tak pernah minta lebih, mak.
Cukuplah kalau mak sentiasa tersenyum setiap kali along
pandang mak. Lagipun mak dah lahirkan along, itu dah
cukup bagi along.” Ada nada sendu di hujung kata-kata itu.
“Along tak kisah keadaan kita sekarang?” tanya Mak
Kiah.
“Along tak pernah kisah sebab along ada mak.”
Tubuh wanita itu didakap. Tak pernah dia malu
sebagai lelaki untuk melahirkan rasa kasih terhadap seorang
ibu yang melahirkan dan membesarkannya.
Bukan dia tak ada cita-cita, bukan dia tak ada
impian untuk berdiri sama dengan kawan-kawannya yang
lain tapi mak dan adik-adik adalah segalanya. Walaupun ayah
pergi tanpa meninggalkan apa-apa tapi semangat ayah tetap
ada dalam hati along. Along akan jaga mak dan adik-adik,
ayah jangan risau.
“Mak bangga dapat anak macam along. Kalau ayah
ada mesti dia pun rasa apa yang mak rasa.” Mak Kiah menyapu
air mata yang menitis.
“Along sanggup buat apa saja untuk mak dan adik-
adik.”
Mak Kiah mengangguk perlahan. Tersenyum.
“Dahlah, along pergi tidur. Esok kena buka gerai
lagi.” Tangan si ibu mengusap lembut rambut anaknya itu.

181
Doktor Cinta

“Mak tidur dulu ek. Emmm... pasal yuran sekolah


angah dengan acik mak jangan risau, along dah sediakan,”
ucapnya perlahan. Mak Kiah mengangguk lagi.
“Along jangan kerja kuat sangat,” pesan Mak Kiah.
Dia meninggalkan bilik anak sulungnya. Taufiq kemudian
mengeluarkan dairi merahnya.
Taufiq mencatat jumlah keuntungan hari ini, dia
tersenyum. Beberapa duit syiling dikutip dan dimasukan ke
dalam tabung. Separuh lagi disimpan dalam kotak untuk
modal. Walaupun tak banyak tapi kini dia berjaya membawa
dirinya dan keluarga keluar dari kehidupan kais pagi makan
pagi. Taufiq tersenyum sendiri teringat kata-kata Kak Maz.
“Kais pagi makan burger kais petang makan burger,
hah... mari-mari Kak Jenap, Kak Senah beli burger! Rasa
sekali nak datang berkali-kali. Burger pengikat kasih
keluarga, mari beli Burger FIQGER!”
“Boleh ke buat promosi macam tu kak?”
“Hesy... mana pulak tak boleh. Kita kalau nak maju
berniaga kena pandai cakap, tengok macam mulut akak ni.
Mulut rezeki ni.”
Kata-kata itu lekat di mindanya. Bijak juga Kak
Maz. Walaupun nampak ganas tapi Kak Maz adalah pembakar
semangat untuk dia berjuang dalam hidup. Kak Mazliana
juga yang menyelamatkan dia dari tersimpang jauh
disebabkan kesempitan hidup.
“ Ambik ni.” Bungkusan coklat bertukar tangan.
“Apa ni kak?”
“Kau ni suka tanya benda yang dah nampak, kan?
Duitlah, takkan ais krim Malaysia dua puluh sen, kut!”
“Nak buat apa?”

182
Dyadila

“La... kata nak buka gerai... lebih tu bayar hutang


ayah. Ni akak tolong mulakan modal, yang lain Fiq urus
sendirilah,” jelas Mazliana perlahan. Sampul bertukar tangan.
“Banyak sangat ni kak.”
“Lebih buat simpanan untuk adik-adik dengan mak.
Lagi satu beli T-shirt baru. Akak tengok setiap kali jumpa,
kau pakai T-shirt ni. Kalau Mr. Bean tengok mesti dia ambik
kau berlakon.”
“Kenapa pula?”
“Jimatlah... tak payah cari sponsor baju.” Ketawa
mereka bersatu.
Taufiq tersenyum lagi. T-shirt yang tersarung di
badannya disentuh. Memang T-shirt yang sama.
“Kak Maz... Kak Maz....” Ucap Taufiq perlahan
sambil menggelengkan kepala. Nama itu bermain di bibirnya.

“AHAKKK... AHAKKK....” Mazliana menepuk-nepuk dadanya.


Aduh... tersedak pulak. Siapa pulak punya kerja sebut nama
aku masa macam ni. Tak tahu ke aku tengah dalam nyawa di
hujung tanduk ni. Lagi mau bikin susah.
“Kenapa?” tanya Mak Engku, semua mata beralih
kepadanya.
“Bibik, bawakan air!” Sekali lagi suara Mak Engku
memecah sunyi suasana.
“Eh... tak apa mak cik... mama... eh... Tengku, saya
okey.” Mazliana menggaru kepalanya. Sempat dia menangkap
senyuman yang terukir di wajah Zikri. Kurang asam bos,
gelakkan aku pulak. Dah ar jantung ni trauma semacam.

183
Doktor Cinta

Tiba-tiba dia pulak yang pengsan kang. Siapa nak jawab?


Hah, terbitlah tajuk cerita hari pengsan sedunia.
Jelingan minah lintah menusuk ke muka. Mak aiii...
aku rasa kalau ada pisau mesti dah lama dia tikam aku empat
puluh lima kali tanpa rasa ehsan. Muka dah bertukar warna,
bukan hijau lagi dah, mungkin kelabu-kelabu anak itik. Eh...
ada ke warna kelabu anak itik? Haish!!!
Datin Jamilah berpeluk tubuh. Persis Hang Jebat
nak memulakan langkah.
“Apa pula kali ni Engku Yam?” Kasar sedikit
bunyinya. Mazliana mengurut perlahan dadanya. Fuh! Macam
halilintar!
Datuk Mardan bangun dari duduknya. Wajahnya
berkerut.
“Sabarlah... cuba bincang elok-elok,” bisik Datuk
Mardan dari belakang, takut-takut memegang bahu isterinya.
Risau pula kalau-kalau Tengku Mariam pengsan lagi dengan
sergahan isterinya. Maklumlah suara Datin Jamilah ni kalau
marah frekuansinya boleh pekak dua puluh tiga saat kalau
dengar.
“Awak diam!!! Awak bukan tahu apa-apa!” sergah
Datin Jamilah. Datuk Mardan menikus. Hah... ni spesies takut
bini ar punya cerita. Cerita bertambah menarik. Mazliana
hanya jadi pemerhati bebas.
“Hai... apa ni Engku Yam? Awak sengaja nak
malukan kita ke??? Dahlah abang, mari kita balik. Jangan nak
buat muka tak malu duduk di sini lama-lama!” ajak Datin
Jamilah sinis.
“Bukan macam tu Datin, kita sendiri tak tahu apa
yang berlaku ni!” pujuk Tengku Mariam. Dahlah pengsan,
lepas tu kena sembur pulak.

184
Dyadila

“Sudahlah. Jom kita balik Tasha!” Datin Jamilah


menarik tangan anaknya.
“Tapi mama... kita belum habis lagi,” rengek Tasha
dengan gaya gediknya itu.
“Tak habis apanya! Dah tamat!!!” jerit Datin
Jamilah. Mazliana tersenyum. Macam dramalah pulak.
“Tapi Tasha lagi cantik dari perempuan ni... mesti
Abang Is kena guna-guna dengan perempuan ni!” ujar Tasha
kuat.
Jari telunjuk minah lintah ini mengena tepat ke
muka comel aku. Hesy... ni dah main tunjuk-tunjuk muka ni
dah lebih ni, ada yang nak kena ni. Mazliana menggigit bibir,
menahan geram. Dekat gila jari minah gedik ni dengan muka
aku, nasib baik tak masuk dalam lubang hidung. Tak ke batal
puasa. He he he....
“Hah... sudah, jangan nak malukan mama! Jom kita
balik!” bentak Datin Jamilah lagi.
Menonong Datuk Mardan dan Datin Jamilah
meninggalkan Teratak Kasih tanpa penjelasan. Datin Mariam
mendengus geram. Sakit hatinya, Tengku Iskandar hanya
mendiamkan diri sama begitu juga suaminya Tengku Mazlan
yang duduk meneliti majalah Usahawan di sofa. Memang
anak bapak betul.
“Tengku Iskandar Tengku Mazlan!!!” Suara Tengku
Mariam memecah kesunyian yang tercipta sedari tadi.
Peluh memercik membasahi dahi. Rasa macam
dalam bilik tahanan yang sedang disoal siasat sebab mencuri
telur ayam dua biji. Kesalahan tak besar mana tapi macam
nak dijatuhkan hukuman mati mandatori. Memang kisah
benar lagi betul, bakal mama mertua aku pengsan bila tengok
bakal menantu. Hai... nasib kaulah Tengku Mariam. Kalau

185
Doktor Cinta

masuk dalam majalah Gosip ni gerenti jualan penghabisan


stok.
Si bos besar boleh relaks aje macam tak buat salah.
Dari tadi bakal mama mentua aku tak berhenti mengeluh.
Ada rasa kesian pada wajah itu. Tak patut betul anak dia buat
macam tu.
“Maafkan saya Tengku, saya tak ada niat nak buat
Tengku sakit hati. Kalau kedatangan saya membuatkan hati
ibu sebaik Tengku terguris, saya rasa saya tak sepatutnya ada
di sini.” Hah... dah start dialog Cinta Antara Benua. Tapi
sebenarnya ikhlas dari hati bukan cubaan.
“Mama... please....” Akhirnya bersuara juga
mangkuk ni. Mazliana menjeling tajam ke arah bos besar
yang masih lagi buat muka tak ada perasaan. Eh... tapi muka
dia mana pernah ada perasaan pun. Muka ala-ala ais kutub
utara.
Tengku Mariam tak senang duduk dari tadi, kejap
dia ke kiri sekejap ke kanan. Malu bukan kepalang. Sakit
hatinya apabila teringat kata-kata pedas Datin Jamilah yang
masuk ke rongga telinganya tadi. Semuanya disebabkan oleh
kejutan anak teruna Tengku Mazlan ni. Betul-betul
menyusahkan!
“Sudahlah Yam.” Suara Datuk Mazlan.
Macolah gaya Datuk Mazlan. Mazliana teruja lalu
tersenyum di dalam hati. Bapak sikit punya maco yang anak
pulak hancur!!! Hesy... salah kromosom kut bos besar ni.
“Bertenang abang kata? Malu kita bang dengan
keluarga Datin tu,” bisik Tengku Mariam perlahan.
“Nak malu apanya? Bukan tak pakai seluar pun,”
ujar Tengku Mazlan lagi. Mazliana ketawa mendengar kata-
kata Tengku Mazlan. Boleh pulak orang tua ni buat lawak.

186
Dyadila

Tapi tawanya tak lama apabila hanya dia seorang yang ketawa
dan yang lain beku aje. Dari satu sudut, Zikri menghantar
isyarat supaya dia diam.
“Kejutan apa ni Is?” Tengku Mariam sudah kembali
ke alam nyata. Nasib baik pengsan dalam beberapa saat, kalau
beberapa tahun tak ke jadi kes bunuh tanpa niat? Semua
mata beralih ke arah bos besar.
“Mama kan nak jumpa pilihan Is. Dialah wanita
yang selama ini Is cari.”
“Kenapa selama ni Is tak cakap apa-apa dengan
mama?” tanya Tengku Mariam tidak puas hati.
“Mak Engku, sebenarnya dah lama Is nak bawa Maz
balik tapi belum tiba waktu yang sesuai.” Giliran bos pula
menambahkan perisa dalam penipuan. Eiii... berdosa betul!
Dari tadi Mazliana hanya diam sambil tunduk memandang
permaidani yang tebalnya hampir dua inci. Emmm... mesti
harga pun tebal. Sempat lagi dia menilai.
“Jadi Zik dah lamalah tahu yang Is dah ada pilihan?
Kenapa tak bagi tahu Mak Engku?” Ada nada kecewa di situ.
Tengku Mariam kembali duduk di sisi suaminya.
“Emmm... biarlah Yam... yang penting anak kita tu
bahagia,” pujuk Tengku Mazlan perlahan. Diusap-usapnya
bahu isterinya lembut.
Mazliana bersetuju dalam hati. Melihat perangai
Tengku Mariam mengingatkannya pada Haji Nordin. Siapa
lagi kalau bukan ayahanda kesayangan. Memang perangai
copy and paste sebijik sama.
Tengku Mariam bangun semula. Dia melangkah
perlahan ke arah Mazliana yang seakan ketakutan. Mungkin
salah dia kerana menakutkan wanita itu. Cantik! bisik hatinya
dalam diam.

187
Doktor Cinta

“Saya macam pernah tengok awak ni tapi dekat


mana ek?” Dia cuba mengingatkan sesuatu.
“Dialah doktor yang Mak Engku jumpa masa dekat
tasik, masa joging dulu... ingat tak?” Zikri cuba
mengembalikan ingatan Mak Engku. Dia pasti wanita itu
akan terlayar di minda Mak Engku. Berbakul pujian diberikan
oleh Mak Engku kepada Mazliana walaupun pertama kali
berjumpa.
Sekali lagi wajahnya discan. Mazliana hanya
berdiam diri. Sengal betul bos ni, yang pergi tambah lagi dosa
penipuan tu buat apa? Yang ada ni pun belum tentu
terampun. Lagi satu, dah tentu-tentu tahu aku ni bukan
doktor. Yang pergi menipu lagi tu buat apa? Eiii... plastik
betullah mamat ni!!!
“Yes... that girl! Tapi kenapa nampak lain?” Tengku
Mariam kelihatan gembira. Tengku Iskandar ternganga. Ha
sudah... mood mamanya bertukar tiba-tiba.
“Berapa lama dah Maz kenal Is?” tanya Tengku
Mariam lagi. Entah kenapa hatinya seolah-olah berbisik
riang. Terhalau semua marahnya apabila terkenang peristiwa
di tepi tasik.
“Empat hari....”
“Hah???”
“Eh... maaf Tengku, dah empat tahun,” jawabnya
pantas. Aduh... tersasullah pulak.
“What??? Empat tahun tapi Is tak pernah beritahu
mama?” tanya Tengku Mariam tidak puas hati.
“Macam ni Mak Engku, Iskandar dah kenal Maz
lama dulu tapi baru dua bulan ni mereka jadi rapat.” Zikri
cuba menyelamatkan keadaan. Maklumlah yang reka skrip

188
Dyadila

cerita dia. Dia yang memandai bagi idea bodoh ni pada


Tengku Iskandar.
“Jadi Zik pun dah lama kenal Maz?” soal Tengku
Mariam lagi.
“Emmm... lebih kuranglah Mak Engku,” jawab Zikri
acuh tak acuh.
“Jadi tak salahlah kalau cadangan Mak Engku nikan
Zikri Alif?” duga Tengku Mariam lagi.
“Hah???” Matanya laju memandang ke arah Tengku
Iskandar dan Mazliana.
“Cadangan apa mama?” tanya Tengku Iskandar laju.
Tengku Mariam tersenyum. Mazliana menelan air
liurnya perlahan, senyuman ala-ala membawa berita tak
sedap didengar aje ni. Dia mula tak senang duduk. Kalau tadi
hatinya sudah tenang kini kembali berdegup aktif.
“Kahwin!!!” ujar Tengku Mariam girang. Semua
mata tepat memandang ke arah Tengku Mariam. Tengku
Mazlan hanya tersenyum.
“So, macam mana?” sambung Tengku Mariam lagi.
Tengku Mazlan tersenyum lagi apabila melihat gaya
isterinya langsung tidak berubah. Nasib kaulah Tengku
Iskandar, nak main sangat dengan kejutan. Sekali mama kau
buat kejutan baru. Terkejut beruk kau!
“Macam mana apa mama?” Tengku Iskandar mula
bosan. Kenapa mamanya tak pernah nak faham. Ini masa
depan dia.
“Is... mama tak pandai nak ulang untuk yang ke
seratus kali.”
Hah... ambik kau kena sebijik. Mazliana memandang
wajah cuak bos besar. Tak apa Mazliana Haji Nordin, kau wait

189
Doktor Cinta

and see dulu apa yang berlaku. Kalau rasa boleh izin laluan
baru kau masuk.
Zikri mati akal. Dari tadi dia cuba menarik keluar
Tengku Iskandar dari masalah tapi apa yang berlaku
nampaknya masalah lagi besar. Dia memandang pelik wajah
Mazliana yang tenang. Bulat matanya apabila melihat
senyuman meleret Mazliana. Eh... biar betul? Minah ni suka
pulak dia? Ke memang dia nakkan perkahwinan ni?
Tengku Mariam menjeling suaminya dan sempat
melontarkan isyarat mata. Tengku Mazlan tersenyum. Tahu
sangat taktik isterinya itu. Dia bangun dari duduknya menuju
ke arah Mazliana. Gadis itu nampak sopan, kalau nak
dibandingkan dengan Tasha memang jauh sangat.
“Maz... mari kita makan. Lagipun mesti Maz lapar,
kan?” ajak Tengku Mariam senang. Mazliana tersenyum.
Memang betul bagai dikata, orang mengantuk disorongkan
bantal.
“Emmm... lapar juga, dari tadi duk nyanyi lagu
Ghazal untuk Rabiah,” jawab Mazliana selamba. Tengku
Mariam dan Tengku Mazlan tersenyum. Mereka menuju ke
meja makan.
“Mazliana berapa orang adik-beradik?” tanya Tengku
Mazlan.
“Emmm... tiga orang Tengku,” jawab Mazliana sopan.
“Panggil Mak Engku dengan Ayah Engku aje,” ujar
Tengku Mazlan senang.
“Mak ayah ada lagi?” soal Tengku Mariam pula.
“Emmm... ada,” jawab Mazliana pendek.
“Ayah kerja apa?” tanya Tengku Mariam lagi.
“Emmm... ayah cikgu, mak full time suri rumah,”

190
Dyadila

jawab Mazliana. Dia memandang deretan lauk yang


memenuhi meja. Mak aiii... nak makan yang mana satu ni?
“Kenapa Maz? Tak makan ke lauk macam ni?” tanya
Tengku Mariam apabila melihat muka pelik Mazliana.
“Hesy... tak adalah Mak Engku, banyak sangat tak
tahu mana nak pilih,” sangkal Mazliana cepat-cepat. Tengku
Iskandar mencebik. Zikri hanya tersenyum pahit. Manis pula
mulut budak ni.
“Abang tahu tak, Maz ni pandai mengurut, sampai
sekarang terasa lagi bekas tangan dia.” Amboi... puji
melambung pulak mama ni. Hah... kembanglah budak
kelibut ni sikit lagi.
“Hesy... mana ada Mak Engku ni. Setakat urut biasa
tu bolehlah,” ujar Mazliana berbasi-basa.
“Maz ambiklah lauk tu, jangan malu-malu,” pelawa
Tengku Mazlan lembut.
“Hah... yalah awak, makanlah. Kenapa nak malu
sebelum ni tak malu pun. Hah... ni sambal belacan. Awak
sukakan?” Tengku Iskandar memasukkan lima sudu sambal
belacan ke dalam pinggan Mazliana. Bulat matanya. Hai...
macam tak puas hati aje bos besar ni. Nak bunuh aku ke?
“Is kenapa banyak sangat? Nanti pedas!” soal
Tengku Mariam bimbang.
“Eh tak apa mama... dia memang suka sangat
sambal belacan.” Tengku Iskandar berkata geram. Tapi
senyuman plastiknya masih terpamer di wajahnya.
Mereka menikmati makan malam, kedengaran
suara Tengku Mariam dan Tengku Mazlan berselang-seli
dengan gelak dan pujian Mazliana. Dari tadi tak berhenti
mulut Mazliana bercerita. Ada saja yang diceritakan.

191
Doktor Cinta

Mazliana dapat menangkap mimik muka bos


besarnya. Dia tersenyum sinis. Zikri mengangkat udang galah
masuk ke dalam pinggannya. Tiba-tiba dia rasa berselera
sekali. Belum pun nasi masuk ke dalam mulut, kakinya
disepak dari arah bertentangan. Siapa lagi kalau bukan
Tengku Iskandar.
“Kalau macam tu... bolehlah kita jumpa keluarga
Maz, bincang apa yang patut.”
Datuk Mazlan mengangguk perlahan mendengar
cadangan isterinya. Zikri terperanjat. Sekali lagi kakinya
menjadi mangsa sepakan Tengku Iskandar.
“Tapi diorang tak boleh kahwin Mak Engku,” jerit
Zikri tiba-tiba. Tindakan refleks selepas disepak.
“Kenapa pula Zik?” tanya Tengku Mazlan pelik.
“Maz sebenarnya sakit,” ujar Zikri tiba-tiba. Dari
mana tah datangnya idea bodoh tu.
“Sakit???” tanya Tengku Mariam. Mazliana
memandang tepat ke arah Zikri. Bila pulak aku sakit?
“Sakit apa?” tanya Tengku Mariam lagi. Kali ini
meminta jawapan dari Mazliana sendiri. Mazliana
mengangkat kening ke arah Zikri. Nak jawab apa?
“Emmm... sakit... sakit... hah, dia ada buasir Mak
Engku!”
Terkeluar sedikir air dari mulut Tengku Iskandar.
Dia tersedak. Mazliana? Mukanya blur, tak ada apa-apa
respons. Buasir???
“Buasir tukan boleh dirawat. Hesy... Zik ni buat
lawak pula masa makan macam ni.” Tengku Mazlan tertawa.
“Tak apa Maz, Mak Engku tak kisah. Itu kita fikir
kemudian.” Bisik wanita itu perlahan sambil tersenyum.

192
Dyadila

“Hah???” Mazliana hilang punca, akhirnya dia


sekadar tersenyum. Cicak kobeng punya bos! Ada ke dia kata
aku kena buasir? Tak ada ke penyakit lain yang sedap
didengar? Buasir ek... nanti kau. Kita tengok siapa yang kena
buasir nanti!
Zikri dan Tengku Iskandar berpandangan. Tengku
Iskandar mengangkat kening tanda tidak puas hati. Ilmu apa
perempuan ni pakai sampai siap pegang-pegang tangan
dengan mama. Mesra jangan dicakaplah, macam dah kenal
sepuluh tahun. Tengku Iskandar memberi isyarat mata agar
Zikri mengikutnya.

SUASANA MALAM diterangi cahaya bulan. Taman mini milik


Tengku Mariam terang disimbahi lampu neon yang pelbagai
bentuk. Ilham rekaan yang betul-betul dikagumi sesiapa yang
singgah ke Teratak Kasih.
“Apa cerita ni Zik? Kau jangan nak buat aksi
Wakenabeb dekat sini,” kata Tengku Iskandar bingung.
“Masalahnya sekarang, aku pun tak tahu siapa yang
terkena. Tak sangka pula Maz boleh tawan hati Mak Engku
macam ni aje,” kata Zikri sambil memetik jarinya.
“Habis tu apa motifnya mama aku pengsan tadi?”
soal Tengku Iskandar lagi. Dia bertambah bingung.
“Nak sedapkan cerita kut,” balas Zikri sambil duduk
di bangku kayu. Matanya melihat ikan yang berenang-renang
di dalam kolam. Mati jugak akalnya nak memproses masalah
yang bakal mendatang ni. Kalau silap hari bulan dia pulak
yang kena nanti.

193
Doktor Cinta

“Habis tu macam mana ni?” Sekali lagi Tengku


Iskandar mengutarakan soalan tanpa jawapan.
“Susah-susah kau kahwin ajelah, habis cerita!” usul
Zikri senang.
“Kau nak merasa bermalam dekat tanah perkuburan
ke? Kau nak aku kahwin dengan budak kelibut tu?” kata
Tengku Iskandar dengan nada mengugut.
“Okay what?” Zikri tertawa kecil, sengaja menduga
hati sahabat baiknya itu.
“Kau ajelah ambik dia.”
“Eh... apa aku pulak?” ujar Zikri dalam tawanya.
“Padanlah dia dengan kau kelibut dengan Mat
Poyo!” ujar Tengku Iskandar geram.
“Hesy... kau ni dua tiga menjak ni aku tengok
macam lain aje?” Zikri meneliti Tengku Iskandar beberapa
saat.
“Apa yang lain?”
“Kau bukan Tengku Iskandar yang dulu. Kalau dulu
tak ada perasaan, tapi sekarang siap boleh buat lawak
antarabangsa lagi. Ni mesti sebab jangkit penyakit budak
kelibut kau tu, kan?”
“Jangan merepek and jangan nak tukar topik. Aku
tak pernah nak bergurau dengan masa depan aku,” kata
Iskandar tidak puas hati.
“Okay fine. Janganlah marah sangat, relakslah...
cerita belum habis lagi. Tapi aku tengok Maz tu macam suka
pula dengan cadangan Mak Engku tu.”
“Emmm... itu lagi satu aku pelik dari mula sampai
akhir, senyum aje memanjang.”

194
Dyadila

Sekali lagi Zikri ketawa.


“Entah-entah memang ini rancangan dia dari awal,
tak?” teka Tengku Iskandar lagi. Zikri terdiam. Cuba
memproses kata-kata Tengku Iskandar.
“Maksud kau?” soal Zikri tidak faham.
“Zik, semua orang sanggup buat apa saja sebab duit,
dan kau tahukan berapa kita bayar dia buat kerja ni.” Tengku
Iskandar meluahkan apa yang bermain di fikirannya. Tengku
Iskandar duduk bertentangan dengan Zikri, menyesal pun
ada sebab terlibat dalam rancangan tak berilmiah ni. Kalau
betul perempuan kelibut tu ada rancangan sendiri memang
dia sengaja nak cari pasal dengan Tengku Iskandar Tengku
Mazlan.
“Kau buat apa tu Zik?”
“La... tengah berfikirlah ni,” ujar Zikri sambil
menekan-nekan telefon bimbitnya. Dia sendiri tak tahu apa
yang difikirkan.
“Fikir apa?” Satu suara datang dari belakang.
Mazliana tersenyum manis. Dia merapati kedua-dua bosnya
yang kelihatan resah.
“Ada masalah ke?” tanya Maz lagi seperti tiada apa
yang berlaku.
Kedua-dua lelaki itu merenungnya dengan satu
pandangan yang sukar dimengertikan. Hah sudah... dah
macam aku pulak yang bersalah. Mazliana mengisi tempat
menghadap kedua-dua lelaki pujaan Malaya itu. Kononnyalah.
“Kenapa tadi awak macam suka aje?” tanya Tengku
Iskandar geram.
“Suka? Bila?”
“Mazliana, yang awak senyum memanjang dekat

195
Doktor Cinta

dalam tadi tu bukan suka ke?” ulang Tengku Iskandar lagi.


Dia geram dengan sikap Mazliana yang kelihatan bersahaja
itu.
Tawa Mazliana pecah. Dari tadi memang itulah yang
nak dilakukan. Ketawa. Terasa lawak pula apa yang berlaku
malam ni. Macam dalam kartun Ujang.
“Aduh... sakitlah!”
“Yang ketawa macam pontianak tu buat apa? Nak
bagi satu rumah dengar?” Wajah Tengku Iskandar merah
menahan marah. Mazliana mencebik, perlahan dia
menggosok kepalanya. Apalah suka main kepala, pantang
datuk nenek aku orang main kepala ni.
“Dah bos suruh saya senyum aje, tak ingat? Tugas
awak malam tu senyum dan ya kan apa saja yang saya cakap,”
ajuk Mazliana. Arahan itu bermain di minda Tengku Iskandar.
Ada ke dia cakap macam tu? Zikri memandang wajah Tengku
Iskandar tak puas hati.
“Habis awak setuju dengan cadangan mama saya
tu? Awak jangan ingat saya terdesak sangat sampai kena
kahwin dengan awak, Mazliana!” marah Tengku Iskandar.
Zikri menyiku lengan Tengku Iskandar, memberi
isyarat agar merendahkan suaranya. Hesy... sejak bila pulak
Iskandar pandai cakap main lepas ni?
“Bos besar, bila pulak saya nak kahwin dengan bos
besar? Ingat saya terdesak ke nak kahwin dengan bos?” jerit
Mazliana dengan matanya tajam memandang Tengku
Iskandar.
“Tapi awak membuatkan mama dan papa saya fikir
yang bukan-bukan!”
“Apa pulak salah saya? Takkan saya nak cakap yang

196
Dyadila

bos besar upah saya untuk berlakon sebab tak nak kahwin
dengan minah lintah tu?”
“Syyy!!! Hesy... tak boleh ke cakap volume rendah?
Nak bagi tahu Mak Engku dengan Pak Engku ke?” Zikri
mengingatkan Tengku Iskandar.
“Apa tutup-tutup mulut? Dah la saya macam nak
mati makan sambal belacan! Tahu tak saya tak boleh makan
sambal belacan? Ni lagi satu, bila pulak saya ada buasir???
Kalau nak dapat dosa free pun buatlah sesuatu yang tak
sakitkan hati orang lain, tak boleh?” Mazliana bangun. Panas
hati betul layan mamat dua ekor ni.
“Janganlah terasa Maz, saya tak terfikir langsung
penyakit lain tadi,” ujar Zikri kesal.
“Apa terasa-terasa? Ingat ini hari Selasa ke nak
terasa-terasa?” balas Mazliana geram tapi dia duduk kembali.
“Habis macam mana ni?” Zikri bertanya perlahan.
Dia bingung.
“Lu pikirlah sendiri!” ucap Tengku Iskandar dan
Mazliana serentak. Pinjam ayat Nabil Raja Lawak.
Mazliana meninggalkan dua lelaki itu. Kalau lama
lagi dekat situ boleh betul-betul kena buasir. Lagi layan lagi
boleh hilang pertimbangan. Zikri dan Tengku Iskandar saling
berpandangan. Tengku Iskandar melepaskan keluhan berat.
“Kau dengar dia panggil Tasha apa?” tanya Zikri
meminta kepastian.
“Apa?” tanya Tengku Iskandar tidak tahu.
“Minah lintah....” Tengku Iskandar dapat
menangkap ayat itu tadi, cuma dia tak pasti. Mereka saling
berpandangan dan akhirnya tersenyum.
“Gila....” Tengku Iskandar tersenyum lagi.

197
Doktor Cinta

Bab 14
F
UHHH!!! Mazliana melepaskan
lelahnya. Memang payah hidup
dalam kesesakan hutan konkrit
ni. Kena redah lautan kereta baru sampai tempat yang
dituju. Kalau aku Superman bolehlah juga terbang. Mesti
tak tersangkut atas jalan. Eh? Boleh ke kau jadi Superman
Maz? Jadi Doraemon bolehlah. He he he... jam di tangan
menunjukkan dia lewat setengah jam. Satu senyuman jahat
muncul, ala... tak kisah, bukan tiga jam pun. Biar mengembang
sistem pernafasan dia tunggu aku. Padan muka! Bila lagi nak
kenakan orang.
“Hah! Awak lambat kenapa???” Satu tengkingan
kuat di dalam dewan kuliah. Bergema sound telinga.
“Saya terlewat bangun Doktor Johan.”
“Awak terlewat bangun atau awak sengaja nak
tunjukkan yang awak boleh langgar peraturan? Saya dah
pesan dari kuliah pertama, saya tak suka orang yang mencuri
masa!!!” Mata yang besar bertambah besar.
“Tapi saya tak curi Doktor Johan. Cuma terlewat

198
Dyadila

sikit aje. Masa pun satu, tak tunggu saya pulak hari ni.” Satu
kelas bergema dengan gelak tawa. Lelaki itu menjeling
geram.
“Awak keluar sekarang! Saya tak suka orang yang
nak masa tunggu dia!!!” halau Doktor Johan.
“Tapi...”
“Keluar!!!” jerit lelaki itu lagi.
Pon! Pon! Bunyi hon kereta mengejutkan Mazliana.
Hesy... kenangan pahit tu pulak yang tetiba teringat pasal
apa? Dia menggigit bibir, kenangan yang menyebabkan
Doktor Johan termasuk dalam senarai Afundi keluar dalam
hidupnya.
Depan mata tersergam besar lambang KFC, tiba-
tiba perutnya berbunyi. Ceh... macam tahu-tahu perut ni.
Eh... tapi tak boleh, kena control. Dia bakal berdepan dengan
musuh. Jangan mudah terperdaya dengan lambaian Cheesy
Wedges, ayam spicy. Mengucap Maz, memang Si Johan ni
sengaja nak psiko aku. Kau kena pertahankan prinsip. Jangan
goyah, hidup mesti terus berjuang. Ewah... macam kekanda
di medan perang la pulak.
Sebaik saja kakinya melangkah terus terlayar di biji
mata lambaian mesra Doktor Johan. Eleh... nak buat baik
dengan akulah tu. Ingat aku cair ke dengan senyuman plastik
kau tu? Jangan harap. Entah apa mimpi di siang hari, paksa
aku keluar siap umpan dengan KFC lagi. Eleh... ada aku kisah
dengan KFC? Keeeruttt... keeruuttt... dia memegang
perutnya. Alamak! Eh... perut, kau jangan nak buat malu ek
berbunyi kuat-kuat depan mamat tu. Jangan bikin malu
orang kampung. Dia meneruskan langkah. Malas. Muka
jangan cakaplah... tapi comel lagi. He he he....
“Hah! Nak apa???”

199
Doktor Cinta

“Amboi... macam nak bergaduh aje dengan abang?”


ujar Johan. Terkejut dia dengan sergahan Mazliana yang kuat
itu.
“Abang??? Hidung berlubanglah nak berabang-
abang!” Ada hati dan perasaan nak suruh aku panggil dia
abang? Mazliana tetap duduk walaupun hatinya berat. Lelaki
itu masih ketawa, walaupun entah part mana yang
dikelakarkan. Tak tahu ke ini drama serius.
“Abang ada benda nak cakap dengan Maz.”
“Eiii... Doktor Johan belum lagi jadi suami kakak
saya, jadi tak payah nak berabang-abanglah, geli buah
pinggang saya dengar, tau?” Lelaki itu tersenyum lagi, konon-
konon sabarlah tu.
Johan bangun, mungkin lebih baik makan dulu
sebelum berterus terang.
“Nak pesan apa?” Sekali lagi tanya soalan tak logik.
“Emm... roti canai satu dengan teh tarik,” jawab
Mazliana ringkas.
“Hah??? Mana ada benda macam tu adik sayang oi,
dekat sini ayam goreng adalah,” ujar Johan sedikit terkejut.
“Habis, lagi mahu ambik order buat apa?” Johan
sekali lagi menggeleng, terkena lagi dia. Benci betul Mazliana
padanya. Salah dia juga memandang rendah dengan gaya dan
perangai tak berapa betul bekas pelajarnya itu.
Perlahan Johan melangkah ke kaunter. Mulutnya
terkumat-kamit, Mazliana tersenyum. Tu mesti kes tak puas
hati dengan aku. Macam manalah Kak Lin boleh terpikat
dengan mamat menyusahkan ni. Skema tahap buat surat
cinta pun pakai pembaris, inilah dia.
Sejak peristiwa dihalau tanpa penjelasan di dalam

200
Dyadila

bilik kuliah, dia melancarkan perang dingin terhadap


pensyarah muda itu. Kalau dia tahu Kak Lin akan jatuh hati
gara-gara hantarkan tugasannya, mesti dari awal lagi dia
pergi hantar sendiri. Biarlah demam teruk macam mana pun.
Itulah, tak ada masalah cari masalah. Tengok? Hah... tengok!
Boleh pulak Kak Lin terjatuh cintan, sungguh tak kena
tempat!
Johan kembali dengan hidangan KFC, Mazliana
buat muka flat tingkat Damansara.
“Kenapa Maz marah sangat dekat saya?” Setelah
beberapa minit berlalu, satu soalan terkeluar dari mulut
lelaki itu.
“Bila pulak saya marah? Eiii... tak mainlah nak
marah-marah orang ni, bukan dapat apa pun,” jawab Mazliana
sinis.
“Jadi kenapa Mazliana macam bermasalah dengan
saya?” tanya Johan tidak puas hati.
“Saya tak pernah bermasalah dengan doktor, tapi
saya nak ingatkan doktor supaya jangan nak main-mainkan
kakak saya. Kalau itu yang bermain dalam hati Doktor Johan,
saya tak teragak-agak nak buat perkara yang boleh
memalukan doktor sendiri!” kata Mazliana memberi amaran.
Huyooo... berani giler! Kalau Syamin dengar ni mesti dia
menangis air mata darah.
Lelaki itu masih tersenyum.
“Sebab saya nak buat sesuatu dekat kakak awaklah
saya nak jumpa awak,” ucap Johan dengan nada yang masih
tenang.
“Boleh tak... tak payah ikut jalan jauh, penat aje
kerajaan buat lebuh raya sikit punya dekat street to the point
ajelah. Apa masalah Doktor Johan nak jumpa saya ni?”

201
Doktor Cinta

Ada ke patut, nak cakap dengan aku nak ikut gaya


Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang. Skema
betullah.
“Saya nak awak...”
“Hah? Gila ke???” Mazliana bangun dari duduknya.
Semua mata di situ melihat aksi spontan Mazliana.
“Apa masalah kau ni???” tengking Mazliana. Hah...
hilang dah pangkat Doktor Johan. Penat belajar tinggi-tinggi.
“Itulah masalah awak ni Mazliana. Saya belum
habis cakap awak dah naik angin,” ujar Johan kesal. Keluhan
berat kedengaran.
“Suka hati akulah nak naik angin ke nak buang
angin ke? Kau peduli apa???” marah Mazliana lagi. Semua
sistem salur darah macam nak pecah. Doktor Johan ketawa
lagi. Hesy... mamat ni Bipolar Disorder ke apa? Ingat aku
buat lawak sarkas ke? Tak nampak ke aku nak bertukar hijau
ni?
Johan menggeleng perlahan. Dia tersenyum apabila
melihat wajah manis yang tersenyum padanya. Wanita itu
baru melepasi pintu masuk. Mazliana mencebik. Patutlah
muka berubah jadi manusia balik, rupanya awek dia dah
datang. Dasar gajah jantan!!! Marahnya masih belum reda.
Azlin tersenyum manis lalu duduk di sebelah Johan.
“Eh Maz... nak ke mana ni?” soal Azlin terpinga-
pinga.
“Baliklah, panas duduk dalam ni!” jawab Mazliana
geram. Azlin tersenyum lagi, tahu sangat masalah sebenar
adik kesayangannya tu.
“Panas apanya? Ingat kita makan tepi jalan ke?” soal
Azlin lagi.

202
Dyadila

“Makan tepi jalan lagi senang, tahu tak?” Mazliana


mencebik. Dua orang di hadapannya itu dilihat dengan ekor
mata.
“Senang apanya?” Azlin melawan kata.
Emmm... macam biasalah, nak menang depan buah
hati kesayangannya tu. Mazliana menjeling ke arah Doktor
Johan yang kelihatan tenang. Dasar mamat gigi jarang!
“Senang nak buang angin!” balas Mazliana.
Tersembur ketawa Johan yang ditahan sejak tadi. Memang
sejak dia memilih Azlin mendiami hatinya, dia tak pernah
ambil hati dengan perangai Mazliana walaupun kadangkala
nampak melampau.
“Sebenarnya Abang Johan ada sesuatu nak cakap
dengan Maz.” Kali ini Azlin bersuara terlebih dahulu.
“Cakap... cakap... macam ikan siakap aje...apa
halnya?”
“Amboi... garangnya adik awak ni sayang.” Johan
sengaja menambah kemarahan Mazliana yang juga bekas
pelajarnya yang sentiasa bermasalah tapi juga pemegang title
pelajar terbaik.
“Garang tak garanglah, kalau nak rasa kasut selipar
saiz enam melekat dekat muka try ar!” Kali ini dia tidak lagi
mengawal bahasa. Tatabahasa ke koma ke titik ke semua dia
langgar.
Johan tersenyum. Dia menoleh ke arah Azlin lalu
mencapai tangan wanita kesayangannya itu. Biarpun di depan
adik kesayangan intan payungnya. Biarlah Mazliana yang
menjadi saksi cinta mereka. Mazliana mencebik. Ala... nak
main drama cinta pula depan mata aku. Ingat aku tempah
tiket nak duduk depan ni tengok adegan cinta diorang ke?
Hesy....

203
Doktor Cinta

“Wei... ni apa pegang-pegang ni? Tak ada ikatan


tahu tak berdosa?” Pantas tangan Azlin dilepaskan. Mazliana
berwajah serius dalam hati bersorak suka, padan muka. Muka
Johan berona merah. Azlin menampar lembut tangan
adiknya, dia malu sendiri ditegur tanpa peribahasa dengan
adiknya sendiri. Tapi memang betul apa yang dikatakan
Mazliana. Azlin tersenyum lagi melihat wajah bersalah Johan.
Mazliana bosan. Kalau lama lagi boleh gugur bulu
mata tengok adegan cinta kakaknya.
“Kalau nak main pandang-padang jeling-jeling baik
orang baliklah.” Dia bangun sambil mencapai beg sandang.
“Nantilah Maz....” Serentak kedua-duanya berpaling.
Mazliana menggigit bibir menahan geram. Hesy...
ada juga yang makan penampar dalam KFC ni kang. Nasib
baik Tok Wan dah pesan dengan aku, silat jangan
disalahgunakan, kalau disalahgunakan akan memakan diri
sendiri. Belum sempat dia nak membuka mulutnya seorang
gadis cantik muncul di sebelah Johan. Johan tersenyum,
begitu juga kakaknya.
“Eh... hah akak inilah perempuan yang Maz nampak
berkepit dengan mamat ni! Maz dah cakap, dia ni spesies
yang curang ni, spesies gigi jarang akak tak nak dengar!!!
Hesy... ni siap bawa depan mata ni nak buat cerita di sana
menanti di sini menunggu ke??? Ak...”
“Maz, stop!” Mulutnya ditutup rapat dengan tangan
Azlin. Johan dan perempuan di sebelahnya itu ketawa kecil.
“Apa Kak Lin ni?” tanya Mazliana tidak puas hati
apabila diperlakukan begitu.
“Ini Liyana. Nur Liyana, adik Abang Johan. Bila
pula Maz nampak Abang Johan berkepit dengan Liana? Tak
bagi tahu akak pun?” Hah sudah! Adiklah pulak. Nama dah la

204
Dyadila

ala-ala kadar macam nama dia. Liana VS Mazliana. Macam


pakat-pakat pulak eh penulis skrip ni. Ai... malu ni! Malu!!!
Okey... relaks Maz... buat muka tak bersalah, buat muka biasa
kontrol ayu. Cari idea, idea!!!
“Aduh!!!”
“Kenapa Maz?” Azlin memegang tangan adiknya.
Bimbang melihat kerutan di dahi Mazliana.
Mazliana memegang kuat perutnya. Tubuh
ditundukkan sedikit.
“Aduh... sakit perutlah kak. Maz balik dulu ek. Nice
to meet you. Emmm... siapa tadi Luna.. eh... Lana Clark
Superman tu ek? Okey, bincang lain kali ek.” Macam dia
pernah tengok Liyana ni tapi tak pasti dekat mana. Mindanya
cuba memproses ingatan tapi gagal.
Mereka saling berpandangan. Johan menggeleng
sambil tersenyum. Hai bakal adik ipar aku ni....
“Abang sempat cakap tak?” tanya Azlin.
“Baru intro dia dah mengamuk,” ujar Johan. Azlin
tersenyum. Cuba mentafsir jawapan Johan.
“Pelik adik akak tu, kan?” sampuk Liana. Benci
yang sudah lama terpendam terbit semula. Tak sangka dunia
ni begitu kecik.
“Pelik tapi itulah satu-satunya adik kesayangan
akak.” Balas Azlin sambil menghantar langkah laju Mazliana
yang tak menoleh lagi. Liana mencebik.

MAZLIANA melangkah laju. Hesy... memalukan diri sendiri


aje kalau lama-lama dekat sini. Panggilan Azlin tidak lagi

205
Doktor Cinta

masuk dalam telinganya. Apa yang penting? Kerjasama!


Eh... bukan, larikan diri lagi penting! Hesy... kalau boleh
aku simpan muka ni, dah lama aku simpan masuk dalam
poket seluar, bebelnya sendiri. Mazliana membetulkan ikatan
rambutnya. Dah haru-biru sejak tadi. Tiba-tiba dia merempuh
seseorang. Aduh!!!
“Alamak, sorry kak!” Air Pepsi sudah selamat
melakarkan corak di baju wanita itu.
“Eh... jalan tak pakai mata ke?” sergah seorang lagi
wanita yang berdiri di sebelah wanita yang jadi mangsa
langgar tak sempat nak lari.
“Eh, tak apa... okey aje. Cuma air aje tumpah sikit.”
Orang lain yang kena langgar orang lain pulak yang marah.
“Tak apalah adik... sikit aje,” ucap wanita itu kepada
Mazliana.
Mazliana hanya tersengih menampakkan gigi putih
sebarisnya. Memang sikit aje.
“Tapi baju you ni mahal, Hana!” bising perempuan
bergincu merah menyala itu. Mak ai... macam ni merah kalau
lembu nampak ni confirm dia cium dah.
“Tak apa Giji... tak ada apalah.”
Buat muka bersalah cepat Mazliana! Aduh... cantik
pulak kakak ni, dia memuji dalam diam. Lama matanya
meneliti penampilan elegan wanita yang sedang juga
memandang ke arahnya.
“Maaflah kak, saya tak nampak tadi. Saya Mazliana.”
Alamak... kenapa tiba-tiba jadi ramah tamah macam Mak
Timah ni?
“Eh... tak apa, sikit aje. Nama akak Julia Hana. Ini
kawan akak, Kak Giji,” balasnya lembut.

206
Dyadila

Mazliana tersenyum tanda pengenalan, tapi


senyumannya mati apabila tiba pada Si Gigi.
“Itulah, lain kali jalan pakai mata!” sergah minah
over di sebelah wanita cantik itu.
Eh ehhh... akak sorang ni over betul, yang kena
langgar tak apa-apa yang dia pulak yang lebih-lebih! Inilah
dia orang kata tak cukup dengan sudu dengan senduk nak
ambil kuah. Terlebih sudah!!!
“Maaflah Kak Gigi, saya jalan pakai kaki selalunya,
hari ni mungkin kaki saya ni tak berapa pandai berjalan. Tapi
akak ni cantiklah. Pujian ikhlas ni, bukan bodek.” Hah...
ambik kau, kan dah kena dengan mulut Mazliana Haji
Nordin! Kak Hana tersenyum.
“Kurang ajar punya budak, Giji okay not Gigi!”
Bebel Giji.
Nama glamor ar tu, nama kad pengenalan Nor
Aziah. Mazliana melangkah keluar merentasi lautan manusia.
Waktu makan memang la penuh. Julia Hana tersenyum
mengingatkan panggilan Giji.
Mazliana mengutuk diri sendiri, tak pasal-pasal
malu kau Mazliana. Padan dengan muka kau main terjah tak
tentu pasal! Siapa yang menanggung malu sepanjang hayat
sekarang ni? Kau juga! Hesy... malu dengan Si Johan tu tak
habis lagi dah kes langgar tak sengaja pula sekali lagi kena
sergah. Apalah nasib hari ni. Ni mesti ada yang mengumpat
aku ni, dia masih terus membebel sambil kakinya tetap
mengatur langkah. Ke mana? Dia sendiri tak tahu.

207
Doktor Cinta

PINTU kereta ditutup, mulutnya masih tak berhenti


membebel.
“Kurang ajar betul budak tadi. Kalau I jumpa dia
lagi, siaplah!” marah Giji.
Julia Hana tersenyum. Kotak KFC diletak di atas
ribanya.
“Kan dia dah minta maaf. Lagipun salah I juga dah
nampak dia tapi nak jalan juga. Nasib baik tak apa-apa.”
Kelakar juga bila teringat aksi kemalangan tak sengaja tadi.
“Apa yang you nak sangat makan benda ni? Masa
dekat UK dulu tak pulak you nak makan KFC segala ni?”
bebel Giji. Bukan dia tak tahu apa yang bermain dalam fikiran
teman merangkap bosnya tu.
Lama kotak merah putih itu dipandang.
“Dulu Is selalu bawa I makan dekat sini, dia suka
sangat ayam goreng.” Senyuman tawar muncul di bibir.
“Itu dia yang suka and you tak makan. Tahu tak
benda-benda macam ni berlemak, nanti body lari duit pun
lari, tahu tak?” bebel Giji lagi.
“Ala Giji... aku makan hari ni aje. Esok-esok dietlah
balik, okey?” pujuk Julia Hana lembut.
Memang sudah lama dia nak ke tempat itu tapi
kesibukan menghalangnya. Kalau dulu dia terlalu suka bila
ada yang datang memuji kecantikan tapi kini kecantikan itu
juga yang membawa dia jauh dari rasa bahagia. Kalau dulu
dia bebas ke mana saja tapi sekarang semuanya terbatas.
Alasan? Popular? Peminat? Dia bosan.
Giji melepaskan keluhan kecil. Dia menampar
mulutnya yang terlalu laju, tak sempat nak break langsung.
“Kenapa?” tanyanya perlahan.

208
Dyadila

“Aku teringin nak ke pantailah Giji,” pintanya


perlahan.
“Aduh... Hana, kita tak ada guardlah sekarang. Apa
kata esok-esok aje, ek? Kau nak lepas dari KFC tadi pun
susah. Inikan nak pergi tempat public macam tu,” terang Giji
bersungut.
“Emmm... tapi aku teringin sangat nak pergi Giji,
please....” Dia cuba sekali lagi merayu.
“Okay... okay but just dari dalam kereta, okey?” Dia
mengangguk laju.
“Sayang kau Gigi....” Ketawanya pecah lagi.
“Hah... ikutlah budak tak betul tu!” Marah Giji.
Mereka menyusur perlahan. Kalau bukan sebab keinginan
Hana dah lama mereka akan keluar dengan pemandu. Ini tak
pasal-pasal dia yang kena bawa kereta. Dahlah KL ni panas.
Bebelnya dalam hati.

TENGKU ISKANDAR memicit perlahan dahinya. Walaupun


tak sakit tapi terasa ada beban yang sedang difikirkan. Dah
dua hari dia cuba menghubungi Mazliana tapi gagal. Manalah
perginya budak kelibut ni. Dia berjalan menuju ke set sofa.
Dia duduk bersandar. Cuba merehatkan otak yang serabut.
Matanya membelek majalah terbaharu yang diletak oleh
Syamin. Memang Syamin seorang pekerja yang bagus, cuma
perangainya kadang-kadang tak berapa nak normal.
Satu per satu majalah dibelek. Tiba-tiba matanya
terhenti pada iris yang selama ini menjadi tatapannya.

209
Doktor Cinta

JULIA HANA KECANTIKAN ASIA.

Apa yang tertulis di cover majalah meniti di


bibirnya. Dia mengeluh perlahan. Salahkah dia menilai Julia?
“Wei... jauh dah tu. Nak ke mana?” Zikri menepuk
bahunya perlahan. Sempat juga Si Iskandar ni berangan.
“Eh... bila kau masuk? Tak reti nak ketuk pintu?”
sindir Tengku Iskandar.
“Macam nak pecah pintu tu aku ketuk. Kau
kenapa?” Matanya menangkap wajah model antarabangsa
yang menjadi bualan kini.
“Dekat sini rupanya dia,” ujar Zikri lagi. Matanya
melirik ke arah wajah yang memenuhi cover depan yang
tersenyum indah. Siapa lagi kalau bukan wanita yang pernah
membuatkan temannya itu tiga suku selama dua bulan. Penat
juga Mak Engku dan Ayah Engku mengubat perasaan Si
Iskandar.
Majalah Big Model ditarik dari tangan Tengku
Iskandar. Emmm... memang dia cantik tapi banyak
kekurangan. Kenapalah Is tak pernah nampak cacatnya
perempuan bernama Julia Hana ni, bisik hati Zikri.
Majalah itu dicampak kembali ke atas meja.
“Kan betul apa aku cakap selama ni.” Matanya
menatap wajah Tengku Iskandar yang buat-buat macam
membaca majalah.
“Sudahlah Zik, aku malas nak dengar lagi benda-
benda remeh macam ni.”
“Kau rindukan dia?” tanya Zikri serius.
“Untuk apa?”

210
Dyadila

“Untuk jawapan pada soalan aku yang selama ini tak


pernah kau jawab.” Terdengar keluhan dari Tengku Iskandar.
Rindukah dia? Ada lagi ke rasa rindu dalam hatinya?
Zikri mengangkat keningnya. Sebijik macam Ziana
Zain tapi versi lelakilah.
“Kau nak dia balik?” Soalan tertutup. Hanya
jawapan ya atau tidak.
“Soalan apa ni Zik? Dahlah...” jawab Tengku
Iskandar sekadar mengelak untuk menjawab soalan-soalan
cepumas Zikri itu.
“Kalau kau nak dia, macam ni aje boleh dapat.”
Zikri memetik jarinya. Sengaja menduga hati Tengku
Iskandar.
Betul kata Mak Engku, Is seorang yang terlalu
memendam rasa. Dia sendiri kadang-kadang susah nak faham
hati dan perasaan sebenar temannya dari kecil itu. Walaupun
hakikatnya jatuh bangun mereka bersama. Tapi kalau bab
hati dan perasaan ni mesti dapat gred F. Itu pun selepas gagal
beberapa kali juga.
Tengku Iskandar diam. Dia sendiri belum pasti
dengan apa yang bermain di fikirannya. Sekarang apa yang
penting adalah MM Holding. Segala yang lain ditolak tepi.
“Aku tak nak dengar dah,” putus Tengku Iskandar.
“Tapi yang ni kau kena dengar...” sambung Zikri
pula. Dia tersenyum, menayangkan gigi yang putih bersih.
Pakai kayu sugi tu....
Tengku Iskandar berpaling malas.
“Apa?” soal Tengku Iskandar pendek. Senyuman
Zikri mengundang sesuatu yang tak baik.
“Mak Engku dah sibuk nak buat majlis pertunangan

211
Doktor Cinta

kau dengan Mazliana. Semalam dia ajak aku pergi beli


cincin.”
“Hah??? Kenapa kau tak cakap semalam?” ujar
Tengku Iskandar terperanjat.
“Ala... mana sempat, semalam aku sibuk.” Alasan
yang tak berapa nak diterima dek akal. Apa la punya alasan.
“Habis tu macam mana sekarang ni?”
“Macam mana apa pulak? Selamat bertunang
sahabatku.” Senyuman meleret Zikri sengaja dipamerkan.
Tengku Iskandar serius. Tiada tanda-tanda dia akan
tersenyum dengan berita yang dibawa Zikri.
“Ini semua kau punya pasal, kau tahukan prinsip
aku? Masalahnya ke mana perginya pelakon kau tu? Dah lesap
macam tu aje!” marah Tengku Iskandar.
“Aku dah cuba call dia tapi tak dapat. Mungkin
Syamin tahu dia dekat mana. Lagipun Mak Engku nak jumpa
dia nak suruh teman carikan cincin,” ucap Zikri tenang.
Untuk mengatasi masalah Tengku Iskandar yang dah panas
meluap-luap, jadi dia kena cool... sejuk macam ais.
Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Terus ke
meja lalu interkom ditekan, Syamin dipanggil. Ada nada
marah di hujung suaranya. Zikri menggeleng perlahan.
Faham dah apa maksud intonasi temannya tu. Sikit lagi
meletup la gunung berapi. Dalam masa yang sama dia cuba
menghubungi Mazliana. Tapi tetap orang yang sama
menjawab ‘maaf nombor yang anda hubungi sedang sibuk,
terima kasih’.
“Ada apa Tengku?” tanya Syamin sebaik sahaja tiba
di dalam bilik bosnya itu.
“Mana pergi kawan awak?”

212
Dyadila

“Kawan siapa?” tanya Syamin kembali. Tak faham


dan tak dapat nak tangkap.
“Siapa lagi... Mazlianalah!” dengus Tengku
Iskandar.
“Hah??? Emmm... saya tak pastilah pulak. Dia pun
dah dua hari tak call saya,” jawab Syamin teragak-agak. Dia
terkejut disergah begitu.
“Saya nak awak cari dia sekarang juga, suruh dia
jumpa saya pagi esok! Jangan dah dapat duit nak lesap macam
tu aje. Ingatkan dia pasal kontrak yang dia tandatangan tu,
faham???” Tersentap sedikit bahu Syamin. Mak aiii... marah
aje bunyinya bos aku ni. Apalah yang Si Maz dah buat dekat
dia.
“Baik bos!” Syamin mengangguk laju.
“Lagi satu saya nak awak pastikan dia sentiasa on
telefon. Jangan setiap kali nak call, saya terpaksa bercakap
dengan mesin. Faham?”
“Faham bos!”
“Dah, keluar!” Kali ini volumenya kembali normal.
Belum sempat bernafas, sepantas kilat Syamin
sudah menutup pintu. Di sebalik pintu dia mengurut
perlahan dadanya. Hesy... mengamuk pulak bos ni kenapa?
Boleh kena serangan jantung bertubi-tubi macam ni. Eiii...
Mazliana Haji Nordin!!!

MAZLIANA mengeluh kuat. Pantas telefon 3310nya diletak


di atas meja. Taufiq angkat kening? Dia tersenyum lalu
membalasnya dengan tindakan yang sama. Ewah! Main

213
Doktor Cinta

angkat-angkat kening macam Ziana Zain pula. Padahal tak


sampai sedepa pun jauhnya.
“Kenapa tak jawab kak?” tanya Taufiq sedikit pelik
dengan tingkah Mazliana.
“Biarlah, kalau dia penat karang dia diamlah.”
Sekali lagi Mazliana menjenguk skrin bercalar balar 3310nya.
Dah boleh masuk muzium sayang aku ni.
Entah yang ke berapa puluh kali deringan telefon
membingitkan anak telinga akhirnya dia mengambil tindakan
drastik untuk menjawab. Kesian pula dia dengan si
pemanggil, siapa lagi kalau bukan Si Mimi kucing parsi.
“Helo... rumah mayat Kota Bharu, siapa bercakap?”
Suara Mazliana perlahan.
“Hah... banyaklah kau rumah mayat, sikit lagi kau
jadi mayat. Ke mana kau menghilang? Kau tahu dah berapa
kali aku call? Kalau telefon ni boleh bercakap , mesti dia kata
penat, tahu tak?” ngomel Syamin di hujung talian.
“Tahu....” Mazliana menjauhkan sedikit jarak telefon
dari telinga. Kalau tak buat macam tu alamatnya boleh
mengalami cacat pendengaran seumur hidup. Volume
maksimum 3310 aku pun kalah.
“Dah, datang rumah aku sekarang! Ada masalah
sikit,” putus Syamin.
“Ala... kau ni ada masalah aje cari aku, carilah orang
lain. Itulah, orang suruh kahwin tak nak... lepas tu ada
masalah cari aku. Kalau kau ada suami mesti tak susahkan
aku!” bebel Mazliana.
“Dah habis cakap? Aku bagi kau masa dalam tiga
puluh minit, kalau kau tak sampai juga putus kawan!”
Talian dimatikan. Mak aiii... mamalia berdarah

214
Dyadila

sejuk pulak minah ni, siap main putus-putus kawan. Ingat


aku budak tadika ke nak main ugut macam tu. Tapi kalau
betul macam mana? Hesy... masak juga kepala aku fikirkan
nanti.
“Fiq, akak gerak dulu ek. Nanti kalau ada masa yang
sengaja akak nak buang, akak lepak dekat sini, ek.” Ujar
Mazliana meminta diri.
“Okey... beres bos!” Mazliana meninggalkan gerai
burger. Semakin laris jualan burger Taufiq. Dalam diam dia
memuji kesungguhan anak muda itu. Bersemangat waja
macam akak dia ni jugak. Eh? Akak dia semangat kereta Waja
bolehlah!

MAZLIANA duduk sambil membelek Majalah Mempelam. Dia


tersenyum melihat aksi artis-artis Malaysia. Cantik juga artis
Malaysia. Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik
hati tiada memikat. Lirik lagu itu terlintas di kepalanya.
“Mazliana Haji Nordin, saya bercakap dengan awak
ni!!!” jerit Syamin. Dia menarik keras majalah yang ditatap
Mazliana sedari tadi. Penat dia berceloteh macam-macam,
boleh pulak minah ni senyum-senyum pula.
“Apa masalahnya?” soal Mazliana bersahaja.
“Eh... kau tahu tak bos cari kau?”
“Tahu,” jawab Mazliana pendek.
“Habis?” tanya Syamin tidak puas hati.
Mazliana bangun menuju ke arah balkoni bilik
Syamin.
“Tak habis lagi,” balas Mazliana selamba. Syamin

215
Doktor Cinta

bengang. Kalau ada senduk dekat tangan ni memang dah


kena layang sekali dekat kepala minah ni. Biar biol empat
puluh empat hari.
Mazliana masih pegun di kerusi empuk Syamin.
Sedaplah kalau dapat tidur ni, mesti hidup bahagia sampai
syurga macam lagu Faizal Tahir. Eh? Ya ke? Entah... tak
minat sangat Faizal Tahir tapi kalau dapat pakwe macam
muka dia, okey juga.
“Maz, kau dengar tak apa aku cakap ni?” jerit
Syamin. Layan perasaan pulak minah kelibut ni. Teringat
gelaran Mazliana. Sedap juga. Pandai bos bagi.
“Ala... kau ni dengan bos kau sama aje, kan? Mulut
tak boleh nak berehat. Cuba kau jangan sesakkan otak kau tu,
kesian otak kau tu. Dia pun nak rehat juga.”
Syamin mencebik. Dia duduk di sebelah Mazliana
sambil melepaskan satu keluhan berat.
“Kau tak tengok macam mana dia tengking aku
tadi. Nasib baik tak terkencing, tahu tak?” Mazliana
tersenyum nipis. Majalah di depannya sekali lagi dicapai,tak
habis baca lagi tadi. Konon-konon minatlah. Minat kemende,
majalah fesyen bukan senarai top ten aku.
Bunyi telefon bergema satu bilik. Mak aiii... volume
berapa kasi bubuh ni? Boleh pekak telinga dengar! Syamin
berlari mendapatkan beg tangannya di hujung katil.
“Alamak bos! Bos... boslah!!!” Dia meloncat dari
katil.
Mazliana ketawa kuat. Bukan sebab panggilan bos
tapi aksi Syamin yang mengalahkan tarian kuda kepang.
Sejak bila entah berlatih.
“Kalau ya pun bos yang call... angkat ajelah, yang

216
Dyadila

kau menari-nari tu buat apa?” ujar Mazliana dalam sisa


tawanya. Pelik. Minah ni bila gabra jadi tak tentu arah betul.
“Mazliana ada dekat sini bos. Ya, dia ada dengan
saya sekarang.” Pantas telefon itu dihulurkan kepadanya.
Eiii... mangkuklah budak ni. Sejak bila jadi insan berterus
terang tahap tak ada dosa langsung ni? Saja nak kenakan aku!
“Mazliana, awak dekat mana?” Soalan pertama
kedengaran di hujung talian.
“Emmm... saya ada lagi dekat Malaysia, baru nak
kemas-kemas barang nak balik India jumpa Datuk Shah Rukh
Khan.” Hah kan dah kena! Dah tahu-tahu aku dekat rumah
Syamin yang pergi buat soalan terbuka tu buat apa?
“Encik Zikri nak apa?” tanya Mazliana kembali.
“Awak tahu tak bos besar awak tu dah mengamuk
macam nak kena histeria saya tengok ni?”
“Apa masalahnya ni? Bila bos besar mengamuk
semua cari saya ni kenapa? Ingat saya kaunter pendaftaran
wad sakit jiwa ke? Kalau dia dah teruk sangat bawa pergi
Tanjung Rambutan.”
“Tapi...” balas suara di hujung talian.
“Hah tapi naik kereta api, saya nak pergi tandas ni.
Sejak kena buasir ni payah sangat nak masuk tandas. Okey
tatatititutu!” Talian dimatikan. Dia ketawa kuat.
Syamin ternganga luas. Macam nak cabut kepala
lutut dia dengar jawapan tulus ikhlas Mazliana. Dia menepuk
perlahan dahinya. Aduh... adakah dia bermimpi di siang hari
sekarang ni? Mazliana Haji Nordin!!!
Zikri memandang telefon di tangannya. Perlahan
dia menggeleng. Kalau Tengku Iskandar dengar ni mesti dia
tak boleh terima kenyataan. He he he...

217
Doktor Cinta

Mazliana menarik ikatan rambutnya. Dibiarkan


lepas. Syamin masih lagi beku di tempat kejadian.
“Kau cakap dengan siapa tadi?” tanya Syamin
teragak-agak.
“Siapa lagi bos kesayangan kaulah, Encik Zikri. Dia
kan mana boleh kalau bos besar tu susah hati sikit.” Mazliana
menarik bantal berbentuk love dalam pelukan. Bersantai atas
katil, betul-betulkan pinggang.
“Habis tu macam mana?” Syamin masih tak
bergerak.
“Yang kau keras dekat situ kenapa? Jangan nak jadi
pelakon terlampau okey!” Syamin tersenyum.
“Gilalah kau Maz cakap dengan bos macam tu.
Nasib baik Encik Zikri, kalau Tengku Iskandar? Eiii... tak
tercapai dek akal!” Syamin turut sama baring, bersantai di
atas katilnya.
“Apa bos kata tadi?”tanya Syamin lagi ingin tahu.
“Tak ada apa. Dia nak bagi tahu bos besar kau tu
dah sakit jiwa. So... aku dengan rasa rendah dirinya memberi
saranan jujur supaya daftarkan aje dekat Tanjung Rambutan.”
Ketawa mereka pecah.
Telefon Mazliana menjerit kuat tiba-tiba. Ketawa
mereka terhenti.
Mazliana pantas bangun dan terjun dari katil.
“Eh... mana beg aku eh? Sayang aku menjerit tu!
Mana, cari cepat!” Syamin turut sama mencari beg sandang
Mazliana entah ke mana.
“Tu la, atas meja!” ujar Syamin sambil menunjuk ke
arah meja. Kemudian dia kembali duduk di atas katil.
Mazliana tersenyum lalu berlari mendapatkan sayangnya

218
Dyadila

yang masih menjerit. Siapa pulak call waktu-waktu macam


ni? Mesti Kak Lin ni. Nak marah akulah tu!
“Mazliana Haji Nordin!” Huhhh!! Siapa ni? Siap
nama penuh ni, hormat dan penuh dengan protokol.
“Siapa ni? Nak apa?”
“Saya Tengku Iskandar!” Mazliana diam. Ala... satu
penyesalan mengangkat telefon. Penyesalan yang bertimpa-
timpa.
“Hah, kenapa bos besar cari saya sampai pelusuk
dunia ni? Satu Malaysia tahu bos besar cari saya. Kenapa tak
buat iklan dalam TV3 aje? Mesti saya popular nanti.” Dia
ketawa kecil. Hakikatnya nak tutup rasa takut juga
sebenarnya.
“Saya tak ada masa nak dengar awak membebel.
Minggu depan awak siap sedia, kita bertunang!” Hampir
terjatuh telefon 3310nya. Bukan tu saja, kalau boleh nampak,
jantung dia pun sekarang jatuh sekali.
“Mama saya akan datang hari Selasa malam. Semua
Zikri akan uruskan. Awak cuma perlu setuju. Okey, kalau ada
apa-apa awak boleh tanya Zikri.” Sambung bos besar lagi.
“Tapi...” Tut... tut... tut.... Suara Tengku Iskandar
hilang. Dia tergamam. Tunang??? Blur... hari bermasalah
sedunia ke hari ni?

219
Doktor Cinta

Bab 15
D
IA berjalan ke kiri kembali
ke kanan kemudian ke kiri
balik. “Ini memang dah tahap
melampau, memang melampau!” Tangan digenggam. Jari
dipatahkan satu per satu. Kalau boleh terjun tingkat lapan
puluh lapan KLCC ni dah lama dia terjun. Eh, mana bolehlah,
gilo ko apo? Dah tak ada iman?
Mazliana menarik getah ikat belacan di tangannya,
rambut diikat tinggi ala-ala ahli sumo nak beradu tenaga.
Lengan T-Shirt hitamnya ditarik hingga ke siku. Dari tadi dia
tak senang menunggu bos besar dan bos yang kononnya
sedang bermesyuarat. Hai... ni jalan aku redah kang, aku juga
yang malu.
“Apa bos kau buat lama-lama dekat dalam bilik tu
Mimi?”
“Entah, makan pulut kuning kut.” Mulutnya
disengetkan ke kanan. Sendaloka hari raya pula minah ni.
Kang aku tertampar dua belas kali tanpa henti berselang lima
saat baru tahu.

220
Dyadila

“Kau jangan sampai aku cencang halus mulut tu


buat goreng berempah, nak?” Syamin pantas menutup
mulutnya dengan tangan. Alamak Mazliana Haji Nordin
marah!!!
“Kenapa kau cari dia?” Soalan lazim dari Syamin.
Pen di tangan diletak ke tepi.
“Saja aku nak jumpa bakal suami aku, tak boleh?”
Mazliana duduk kembali di kerusi. Gelisah. Macam ayam nak
bertelur.
“Amin... aku pun dapatlah makan nasi minyak.”
Memang kawan kurang asam garam betul Syamin ni. Tak
nampak ke muka aku tengah serabut ni, lagi nak bikin panas.
“Cakaplah. Kenapa kau nak jumpa Tengku Iskandar
ni?” Syamin tak putus asa. Dia buat muka minta belas ehsan.
Hesy... jangan harap aku nak cakap pada internet bergerak ni.
Kalau aku buka cerita bos besar lamar aku jadi tunang dia,
boleh bertabur gigi dia dekat atas meja ni kang. Baik ambil
langkah berdiam diri jauhi bahaya.
“Ada masalah sikit. Dia nak minta tolong aku. Full
stop! Titik! Noktah! Sebarang soalan lagi tidak dilayan, harap
maaf!” Jawapan menyahut seruan mencegah lebih baik dari
mengubati. Syamin mencebik geram.
Dia kembali duduk di depan Syamin yang asyik dari
tadi menganalisis muka cantiknya. Bukan dia tak tahu mata
kawannya itu tak lepas dari memberi isyarat supaya dia
bertenang. Masalahnya sekarang... perasaan, emosi, hati, jiwa
hah... apa lagi yang ada dalam badan ni dah tak tenang. Rasa
macam nak meletup.
Nasib baik aku bukan keturunan Tun Teja. Kalau
tidak, dah lama aku lipat bos besar tu jadi kecik macam kotak
mancis. Suka hati jiwa raga dia aje angkat aku jadi tunang

221
Doktor Cinta

tanpa minta persetujuan pun. Dia ingat Mazliana Haji Nordin


ni apa, ikan kembung sekilo tujuh ringgit dekat pasar tani
ke? Memang nak kena sumbat dengan sambal belacan mamat
berdua ni!
“Eh... Maz buat apa dekat sini? Nak jumpa Is ek?”
Suara Tengku Mazlan kedengaran ceria. Senyum sampai ke
telinga orang tua ni. Oh! My calon bapak mentua.
“Emmm... nampak gayanya macam tu la Ayah
Engku, nak jumpa Ayah Engku nanti takut ada yang marah
pulak.” Ewahhh... bersenda guraulah pulak, plastik sampah
betul kau Mazliana!
“Maz sihat?”
“Sihat, Ayah Engku macam mana?”
“Sihat, nanti kalau senang datanglah rumah. Mak
Engku asyik tanya pasal Maz aje. Dah penat Si Iskandar
menjawab,” ramah Tengku Mazlan.
Baiknya bakal bapak mentua aku ni. Kenapalah
anak dia tak mewarisi genetik baik ni, mesti ada something
tak kena ni. Cacat kut bos besar ni. He he he... memang
hubungan dia dengan keluarga Tengku Iskandar rapat sejak
peristiwa rancangan malam pertemuan tu. Selalu jugalah
Mak Engku telefon dan selalu jugalah dia menipu. Eiii...
tambah dosa aku aje bos besar ni.
Mazliana membalas dengan senyuman seolah-olah
bahagia akan menjelma. Macam berada dekat taman bungalah
kononnya. Tapi senyumannya mati apabila melihat lelaki
berkemeja biru dan bertali leher rona yang sama keluar dari
bilik. Hah... mangkuk inilah yang dia cari. Satu isyarat
mengancam keselamatan sedunia dituju khas. Lelaki itu
masih asyik dengan perbincangan dengan mamat mana
entah.

222
Dyadila

Pintu bilik dirempuh tanpa bagi salam. Ditutup


kasar. Dilihat Zikri turut sama di situ sedikit terkejut. Lama
wajah Mazliana dipandang. Macam marah.
“Apa cerita ni bos besar? Jangan kata bos dah tukar
jawatan jadi pengurus Raja Lawak pulak!!!” marah Mazliana
sebaik saja Tengku Iskandar duduk di tempatnya. Biasalah
bos.
Zikri berdiri di depan Mazliana, jari telunjuk
diletakkan ke bibir.
“Syyy... Maz janganlah cakap kuat sangat,” tegur
Zikri lembut. Mazliana menjelir lidah.
“Suara saya sejak lahir memang macam ni. Apa
pulak dosa saya sampai saya kena jadi tunang bos besar ni?”
ujar Mazliana geram.
Tengku Iskandar masih lagi tenang duduk di kerusi
empuknya. Dia tersenyum. Mengamuk juga minah ni.
Ingatkan suka jadi tunang orang kaya.
“Kan awak suka, bertunang dengan seorang putera
yang kaya raya, bukan itu ke impian awak selama ini?” perli
Tengku Iskandar bersahaja.
Mazliana mengetap bibir. Eh... ada juga yang makan
selipar terbang ni.
“Bila masa pula itu impian saya?” nafi Mazliana
cuak. Mana pula dia tahu ni? Siapa yang bocor rahsia?
Syamin? Ayah? Kak Lin? Hesy!!!
“Memanglah! Saya nak putera yang kaya-raya tapi
putera tu bukannya bos besar yang besar kepala!” ujar
Mazliana tiba-tiba. Bulat mata Tengku Iskandar mendengar
kata-kata luhur dari mulut Mazliana.
“Baik bertunang dengan Pak Mat hujung simpang

223
Doktor Cinta

yang jual pisang goreng. Hari-hari boleh makan pisang


goreng.” Sempat dia berbisik perlahan. Zikri tersenyum
mendengar kata-kata Mazliana.
“Awak dah sain kontrak Mazliana.” Perlahan Tengku
Iskandar berkata sambil menarik keluar fail merah dari laci.
“Apa pulak kaitan kontrak dalam cerita kita ni?
Jangan nak buat cerita cinta kontraklah pulak dekat sini bos
besar oiii! Orang dah biasa sangat buat cerita macam tu,
penonton dah bosan!”
Tengku Iskandar menggeleng perlahan, memang
sesuai nama kelibut itu dengan Mazliana. Mulut tak boleh
nak diam.
“Awak tengok syarat kesembilan belas.”
Fail merah bertukar tangan. Mazliana mencebik
namun matanya tetap membaca isi fail.

19- Sebarang keputusan adalah bergantung


kepada Tengku Iskandar, dan keputusan
adalah dibuat tanpa rundingan kedua belah
pihak.

Laju matanya dilarikan ke arah Tengku Iskandar


yang mengangkat kening ke arahnya.
“Bila masa pulak ada syarat macam ni? Ini dah kes
penipuan bersiri. Saya diberi tugas hanya untuk malam itu
saja, itu pun untuk menutup mata Mak Engku. Tapi ini bila
pulak buat filem the movie ni ada sambungan episod???” Dia
bertanya geram.
Matanya tajam merenung ke arah Tengku Iskandar
yang tenang di kerusi sambil bersandar selesa. Kurang prinsip

224
Dyadila

perlembagaan betul bos besar ni. Ni kalau tanya rukun negara


mesti tak lepas.
“Saya tak setuju!!! Ingat bertunang ni macam main
pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan
saya, saya tak nak kahwin dengan bos besar, faham tak???”
jeritnya lagi sambil melepaskan fail merah ke meja. Bergema
satu MM Holding. Itulah kau Maz, dulu tak nak baca betul-
betul, main redah aje! Sekarang siapa dah buta kayu? Kau
juga....
Tengku Iskandar tersenyum.
“Siapa pula kata nak kahwin dengan awak?”
Mazliana terkedu, perlahan air liur ditelan terasa pahit.
Mukanya kemerahan, kenyataan yang memalukan.
“Bos besar ni sejak bila pulak pandai buat lawak
antarabangsa ni? Habis tu semalam tu bos besar mimpilah?”
marahnya masih belum reda.
“Saya cuma nak ambil awak jadi tunang saya, bukan
isteri,” jelasnya tanpa ada rasa bersalah telah memalukan
seorang wanita yang baik hati macam aku. Eh? Bukan baiklah
tapi kategori yang boleh diterima lagi buat calon menantu.
Matanya tepat memandang wajah selamba milik
Tengku Iskandar. Memanglah spesies mamalia berdarah
putih. Jantung aku macam nak meletup dengan cadangan
mamat ni, boleh pulak dia tayang muka tak ada perasaan.
“Bos besar ni kenapa? Ingat saya sayur dekat pasar
dua ringgit seikat ke? Suka-suka nak buat keputusan sendiri!”
Hah, kan dah keluar suara hati aku. Ni belum suara kepala
siku, mesti duduk hospital seminggu makan bubur nasi.
Tengku Iskandar bangun, langkahnya diatur
menuju ke arah wanita yang bakal menjadi tunangnya sikit
masa lagi. Memang dia dah bersedia dengan serangan

225
Doktor Cinta

Mazliana dan memang itulah jangkaannya sebaik saja dia


memberitahu niatnya semalam. Zikri hanya bertindak sebagai
pemerhati.
Kini jarak mereka hanya sedepa, rapat, mata Tengku
Iskandar kekal menikam tajam wajah wanita yang bertocang
tinggi di depannya. Memang setiap kali mereka berjumpa
itulah gaya familiar yang dibawa Mazliana. Entah ke mana
perginya wajah ayu ketika makan malam dulu dia pun tak
tahu. Hakikatnya inilah sebenarnya Mazliana Haji Nordin.
“Saya tak setuju!” jerit Mazliana lagi.
“Ada saya kisah?” Bulat mata Mazliana mendengar
jawapan pendek tanpa tanda baca Tengku Iskandar.
“Masalahnya yang nak dijadikan mangsa sekarang,
saya! Tak kiralah bos besar kisah ke tak, saya tetap tak setuju
walau apa sekali pun yang berlaku!” putusnya. Kalau Tengku
Iskandar Tengku Mazlan ni biskut dah lama kena telan.
“Senang saja, kalau awak tak nak macam yang kita
dah janjikan, awak akan bayar tiga kali ganda bayaran yang
telah saya berikan.” Ugut Tengku Iskandar. Dia tersenyum.
Wajah Mazliana berkerut. Hah??? Tiga kali ganda?
Mana nak cari duit??? Masalah Mazliana....

DARI pintu dapur dia meneliti siapa yang menyertai


rombongan malam ini. Kalau ikutkan hati, dia dah lari ikut
tingkap tapi sebabkan taktik tu dah dijalankan sebanyak dua
kali jadi secara rasminya tingkap semua ditutup dan dikunci
rapat dengan mangga oleh empunya rumah Haji Nordin.
“Emmm... bolehlah kita buat sekali dengan majlis

226
Dyadila

Azlin nanti,” bisik Puan Maznah. Bisik ke? Kalau bisik volume
mesti cover line. Ini satu taman boleh dengar macam nak
buat pengumuman raya.
“Patutlah selama ni kita carikan dia buat tak peduli
buat tak layan, rupanya dalam diam dah ada pilihan.” Giliran
Haji Nordin pula masuk forum.
“Samalah dengan anak kita Si Iskandar ni. Macam-
macam alasan, rupanya dia dah jumpa bidadari Haji Nordin.”
Ketawa mereka bersatu lagi.
Mazliana mencebik, wajah Zikri yang tersenyum
manis menyakitkan hati. Memang mangkuk! Kalau tak
fikirkan dia dilahirkan dalam keluarga yang cukup didikan,
dah lama dia halau rombongan merisik terkejut itu. Sekali
lagi wajah mak dan ayahnya dipandang. Bahagianya.
“Maaflah Tengku, saya tak tahu yang anak dara saya
ni berkawan dengan anak Tengku. Tapi kami ni orang biasa
kalau nak bandingkan dengan Tengku jauh sangat,” ucap Haji
Nordin merendah diri. Dia sedar darjat mereka tidak sama.
Terusik hati Mazliana mendengar kata-kata
ayahnya. Tetiba rasa macam nak nangislah pulak. Ala Haji
Nordin ni, kenapa masuk slot tangkap leleh pulak.
“Tapi anak dara saya ni banyak kekurangannya.
Kalau nak masak tu masak air bolehlah.” Hah??? Ketawa
mereka bersatu. Mazliana mencebik. Hesy... ini kes
memalukan diri sendiri ni. Apalah ayah ni!
“Tak apalah Haji, mata kita ni sejuk bila tengok
Mazliana tu. Tak tahulah kenapa. Tiba-tiba kita rasa sayang
dekat anak Tuan Haji ni,” balas Mak Engku. Mazliana terkedu.
Dia tunduk memandang lantai dapur. Baiknya Mak Engku.
“Tak apa mak cik, saya pilih Mazliana bukan untuk
dia jadi chef dekat rumah,” sampuk Tengku Iskandar. Hampir

227
Doktor Cinta

mengalir air mata darah dengar ayat bos besar. Kalau ada
Yusof Haslam ni mesti dah boleh jadi pengganti Awie dalam
filem.
“Maz, mana air tak sampai lagi ni???” Kedengaran
suara Puan Maznah kuat dari ruang tamu.
Di dapur Mazliana dapat menangkap gelak tawa
mereka yang hangat berbincang, apa lagi kalau bukan
mengata aku. Kedengaran sesekali maknya tersasul
memanggil panggilan Tengku walaupun sudah beberapa kali
Tengku Mariam menegur, ‘panggil Cik Yam dengan Cik Lan,
baru mesra’. Kononnyalah mesra, aku dekat dapur ni dah tak
boleh nak terima kenyataan.
Maz menggaru kepalanya. Rambut yang kusut
dilurut dengan tangan.
“Memang nak cari pasal mamat ni!” Dia menggigit
bibir. Lantas senyuman mekar tiba-tiba. Cili padi merah
menyala di dalam peti ais dicapai. Sasaran dikenalpasti
Tengku Iskandar dan Zikri Alif.
Mazliana tersenyum sambil membawa air dan kuih-
muih yang sudah disiapkan sejak petang tadi.
“Jemputlah minum Mak Engku, Ayah Engku,”
pelawa Mazliana lembut. Sengaja muka dimaniskan.
Zikri tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya ke
arah Tengku Iskandar yang kemudian membuat muka blur.
Mazliana menyimpan ketawa. Senyum ek, lepas ni jangan
harap. Wajah tak boleh nak terima kenyataan bos besarnya
pula dipandang. Mata mereka bertembung. Sempat jelingan
maut dihadiahkan tanda protes. Dia tersenyum sinis.
Mereka menikmati hidangan yang dihidang. Sempat
Tengku Mariam melurut rambutnya perlahan. Mazliana
tersenyum. Senyuman ikhlas untuk Mak Engku dan Ayah

228
Dyadila

Engku, senyuman plastik ditujukan kepada Zikri dan Tengku


Iskandar.
Senyuman manis Zikri mati, wajahnya kemerahan.
Tengku Iskandar mengangkat kening. Zikri beralih pandang
ke arah Mazliana. Lidahnya terasa terbakar. Pedas!!! Air apa
ni? Tapi soalan itu hanya dimainkan dengan bahasa isyarat.
Dia tahu Mazliana tersenyum. Kini giliran Tengku Iskandar,
dengan gaya maco dan menawan ala-ala model bos besar
mengangkat gelas, Zikri dan Mazliana menanti dengan sabar.
“Pedas!!!” jerit Tengku Iskandar kuat tapi tak keluar
suara. Mazliana sempat mengangkat ibu jarinya tanda bagus.
Padan muka. Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan.
“Kenapa Iskandar? Tak sedap ke air tu?” tanya Puan
Maznah lembut.
“Eh tak adalah sedap sangat,” perli Tengku Iskandar.
Dia seboleh-boleh menahan rasa.
“Kenapa muka merah ni Is? Zik?” tegur Tengku
Mariam.
“Tak ada apalah Mak Engku, panas kut?”
“Panas???” Tengku Mazlan menggeleng perlahan.
Macam-macam budak ni. Mazliana menahan ketawa. Hai...
lepas ni boleh buasirlah kau Zikri and you too bos besar!

MAJLIS PERTUNANGAN berjalan serba sederhana. Tapi


berita pertunangannya menjadi perbualan. Mana taknya,
masuk berita CNN versi Taman Indah. Anak Haji Nordin
bertunang dengan anak Tengku. Boleh jatuh semua gigi
palsu Mak Senah, Mak Jenap wartawan hiburan sensasi. Dari

229
Doktor Cinta

seminggu sebelum bertunang dah tercanang satu taman


nama dia. Apa yang pasti AKU TERPAKSA!!!
Hah... menjeritlah sampai Benua Afrika pun tak
akan ada yang dengar dah masa ni. Apalah nak jadi kau ni
Mazliana Haji Nordin. Dia melihat sekali lagi wajahnya di
cermin. Baju dah memang cantik tahap diva, malangnya
muka memang ala-ala tak boleh terima kenyataan.
“Wei... apa tengok cermin lama-lama tu? Dah cantik
dah!” tegur Syamin.
Wajah Syamin yang menjenguk masuk dipandang
sekilas. Hah... datang jugak mangkuk ni, memang nak kena.
“Aduhhh! Sakitlah!!!” Balingan bantal berbentuk
hati tepat kena dekat muka. Hah, ambik kau!
“Kau memang nak kena bunuh dengan aku, kan?
Relaks aje kau kan, sebab kau tahu aku tak akan jadi
pembunuh dengan niat. Kau boleh senyum lagi waktu ni,
kan?” Apa jenis punya kawan memang mamalia berdarah
sejuk betul. Boleh pulak buat muka tak bersalah.
Syamin berlagak tenang duduk di birai katil yang
terhias cantik. Dia sendiri terkejut dengan cadangan bosnya.
Kalau bukan sebab penerangan panjang lebar Encik Zikri dah
lama kena lipat bosnya itu sebab buat kawan baik dia macam
tu. Sekali lagi senyuman iklan gigi terlayar di wajahnya.
“Kau dah terima, kan?”
“Kalau ikutkan aku dah rasa bersalah sangat sebab
tak pasal-pasal aku terpaksa menipu mak dan ayah aku. Kau
tengoklah macam mana tersenyum lebarnya Haji Nordin
dengan Puan Maznah dekat luar tu.” Intonasi suaranya sudah
berbeza dari tadi.
Syamin menggosok bahu temannya lembut. Cantik

230
Dyadila

Mazliana hari ni. Sekali lagi pujian terluah di dalam hatinya.


“Ala... kau jangan nak lebih-lebihlah. Aku tahu apa
rancangan bos besar dengan kau, pandailah kau berlakon
dengan aku konon-konon jadi mangsa, kan?” Perlahan bahu
Mazliana ditampar.
Mazliana tersengih macam kerang busuk. La... dah
tahu ke? Hesy... macam ada skandal aje bos besar dengan
Syamin, ni tak ada rahsia langsung.
“Aku memang terpaksalah. Kau ingat boleh ke aku
terima mamat muka skema pilihan keluarga aku tu? Seram
bulu roma aku. Sekurang-kurangnya lamaran Tengku
Iskandar ni boleh jugalah tutup mulut mak dengan ayah
aku.”
Syamin tersenyum.
“Hahh... aku dah agak dah kalau tidak, tak akan kau
senang-senang nak terima, kan? Lepas ni mesti kuciwa jiwa
si mamat skema tu.” Ketawa mereka bersatu. Terbayang
wajah Kamal.
“Hesy... tak baik betullah kau ni, tapi aku rasa
bersalah pulak tipu Mak Engku dengan Ayah Engku, memang
nasiblah dapat anak macam bos kau tu, mental betul!”
“Ala... mental-mental pun akan jadi tunang kau
juga!”
“Tunang, dalam kurungan terpaksa okey.” Mazliana
memperbetulkan kata-kata Syamin.
“Yalah tu....” Syamin mencebik namun dalam
hatinya terdetik juga kalaulah semua ini betul-betul
membawa Maz ke pelamin, seronok juga.
“Hah... kau jangan nak berangan tahap melebih ek.
Muka kau tu dah memperlihatkan angan-angan negatif yang

231
Doktor Cinta

tak boleh diterima kamus hidup aku!” kata Mazliana seperti


dapat membaca isi hati sahabat baiknya itu.
“Hesy... kau ni tahu aje apa aku fikir. Eh Maz, kau
pakai ilmu apa ek sampai Tengku Iskandar Tengku Mazlan
boleh terima syarat kau tu?” tanya Syamin ingin tahu.
“Ilmu alam.” Ketawa kuat Mazliana kedengaran.
Pantas mulutnya ditutup tapi sisa tawanya tak dapat
disembunyikan.
“Aku ngantuklah, lambat lagi ke?” rungutnya.
Memang mata dah tak boleh nak buka ni. Macam dah ada
bintang buat bulatan dekat atas kepala.
“Eh... kau jangan buat gila, sikit lagi sampailah
rombongan. Mana ada masa nak tidur lagi, dah cantik-cantik
macam ni nak tidur pulak!” tegur Syamin. Hesy... ada-ada
saja Maz ni!
“Emmm... yalah. Eh Mimi, kau buat apa dekat sini?
Pergilah tolong dekat dapur tu!”
“Mak kau suruh aku temankan kau. Mungkin dia
takut kut kau terjun tingkap lagi.” Ketawa Syamin bergema.
Sempat juga berniat nak mengenakan aku!
“Dah... tak payah nak teman-teman. Aku bukan
budak tiga tahun. Kau keluarlah nanti kalau dah sampai
rombongan baru kau masuk. Lagipun aku nak bertenang ni,”
halau Mazliana. Tak tenteram jiwalah jawabnya kalau minah
rambut kena racun lalang ni ada dalam bilik. Sejak bila pulak
rambut Si Mimi ni perang, dia pun tak tahu. Dah jadi hamba
fesyen kawan aku ni.
“Hoi, kau halau aku ek?” ujar Syamin dengan
muncung dah ditarik panjang sedepa.
“Bukan halau, cuma jemput keluar aje. Eh, bila

232
Dyadila

pula rambut kau bertukar warna ni?” Soalan itu terluah juga.
“Eh... cantik tak? Aku tukar demi untuk majlis
pertunangan kau, tahu tak?” ucap Syamin ikhlas.
“Emmm... cantiklah, sama macam rumput baru
lepas kena racun dekat kebun Tok Wan aku.” Perli Mazliana
suka hati dia aje. Senyuman Syamin mati. Mazliana ketawa
kuat. Sempat dia menyambut bantal yang dibaling Syamin,
nasib baik tak kena muka. Ketawanya bersambung lagi
walaupun bayang Syamin sudah menghilang di balik pintu.
Aduh... lambatnya!

“HESY... buat malu betullah budak ni!” Kedengaran suara


Puan Maznah menerjah masuk ke dalam telinga. Dia menarik
bantal rapat ke sisi.
“Maz, bangunlah. Maz!!!” Sedikit kuat panggilan itu
sambil menampar bahunya. Hesy... siapa pulak yang duk
mengganggu ketenteraman awam ni? Tak nampak ke aku
tengah tidur???
“Mazliana Haji Nordin!!!” Satu jeritan dekat di
telinga membuatkan dia meloncat bangun. Duduk tegak,
kaku matanya memandang orang di sekeliling. Wajah Mak
Engku yang tersenyum dipandang.
“Eh... buat apa ramai-ramai dalam bilik ni? Ada
kenduri ke?” ucapnya dalam mamai. Otaknya mula kembali
beroperasi secara normal. Alamak!!!
Ketawa Haji Nordin masih bergema di ruang tamu,
Mazliana mencebik. Tak pasal-pasal jadi perbualan hangat
pulak kisah hidupnya hari ni. Nasib baik Kak Ida tak jadi

233
Doktor Cinta

balik, kalau ada alamatnya lagilah jadi mangsa keadaan aku


hari ni. Kak Lin pun ketawa tak agak-agak petang tadi.
Menjadi-jadi kuatnya.
“Bertuah betul anak awak ni tahu tak Haji Nordin!
Mana tidaknya, dia sedap peluk bantal lagi, nasib baik tak
keluar air liur basi!” usik Puan Maznah. Malu juga dia tadi
tapi melihat aksi tenang Tengku Mariam yang tersenyum
melihat perangai anak manjanya membuatkan dia turut
tersenyum.
“Orang ngantuklah ayah, dahlah lambat sangat nak
berpantun berkerat-kerat buat apa?” luahnya tak puas hati.
Dia menjeling tajam Azlin yang tak habis lagi ketawa. Hai...
ada juga yang kena sumbat dengan majalah ni.
“Nasib baik adik sayang akak ni tidur. Kalau buatnya
terjun tingkap, tak ke hijau muka mak nanti,” usik Azlin lagi.
Bukan senang nak kenakan anak manja Haji Nordin ni.
“Nasib baik adik sayang akak ni terjun tingkap dari
Maz tercall Doktor Johan cakap dekat dia yang akak tak jadi
kahwin dengan dia, nak???”gertak Mazliana pula. Tawa Azlin
mati. Dia mencebik.
“Apa kaitan dengan Abang Johan pulak?” ngomel
Azlin tidak senang.
“Hah... tahu takut! Gelaklah lagi kalau nak rasa
lawak tak berapa serius Mazliana Haji Nordin,” ucapnya
serius. Azlin menjelir lidah.
“Hah... dah, jangan nak macam anjing dengan
kucing pulak! Dua-dua nak jadi bini orang dah, cuba jangan
nak berperangai macam budak-budak,” tegur Puan Maznah
pada anak-anak daranya itu.
Haji Nordin tersenyum mendengar kata-kata
isterinya. Anak-anaknya dah besar, mereka akan bersuami

234
Dyadila

dan akan meninggalkan rumah. Mungkin dia akan kehilangan


keriuhan keluarga ini sikit masa lagi. Ada kesayuan terselit di
sudut hatinya.
“Ayah... Lin nanti dah besar nak jadi doktor, nanti
boleh selamatkan orang sakit.”
“Ida nak belajar rajin-rajin, Ida pun nak jadi doktor
macam Kak Lin.”
“Bagus anak ayah. Nak jadi doktor kena belajar
rajin-rajin, hah anak ayah yang comel ni nak jadi apa?”
“Emmm... adik tak nak jadi doktor. Adik takut
darah. Eiii... nanti cucuk orang, orang mati. Takut, kan ayah?”
“Habis Maz nak jadi apa?” tanya si ayah.
“Adik nak jadi puteri kahwin dengan anak raja!”
Ketawa mereka bersatu.
Haji Nordin tersenyum. Impiannya nak anak-
anaknya bahagia pun sudah tercapai. Senang hatinya.
Mazliana sudah ada tempat untuk mengadu kalaulah
ditakdirkan dia pergi, segalanya diterima dengan hati terbuka.
Dia tahu anaknya akan bahagia.
“Hai... ayah ni senyum sorang-sorang ni kenapa?”
Tanya Mazliana dan Azlin serentak sambil memeluk bahu kiri
dan kanan Haji Nordin.
“Ayah senyum bila anak ayah semua tersenyum.”
Ringkas jawapannya tapi cukup membuatkan mereka di situ
turut tersenyum. Ayah memang lelaki terbaik dalam hati
Maz. Bisik Mazliana dalam hati sambil mencium pipi
ayahnya.

235
Doktor Cinta

ZIKRI meneliti album yang berada di atas meja. Album


berbentuk hati berwarna merah.
“Cantik... comel aje!” Mak Engku memuji bakal
menantunya.
“Hai... puji melambung nampak Mak Engku?” usik
Zikri.
Tengku Iskandar mencebik di sebalik majalah yang
dibaca. Dia tak berminat untuk meneliti album yang ditengok
oleh mamanya. Dari tadi tengok benda yang sama.
“Mama rasa tak salah Is pilih dia. Mama tengok
budaknya baik betul. Mama suka cara dia layan Puan Maznah
dengan Haji Nordin.”
“Kalau macam tu, boleh terus satukan ajelah Mak
Engku.” Majalah yang dibaca terbang tepat melekat di dada
Zikri. Dia ketawa. Tahu Tengku Iskandar marah dengannya.
“Emmm... betul juga kata Zikri tu, buat apa kita
tunggu sampai dua tahun, duit bukan masalah. Mama pun
tak faham kenapa agaknya Mazliana minta sampai dua
tahun.”
“Dia banyak lagi benda nak buat mama. Cita-cita
dia tak tercapai lagi,” terang Tengku Iskandar. Padahal dia
yang mengugut Mazliana supaya mengutarakan cadangan itu.
Kalau ikutkan mamanya, esok pun boleh majlis berlangsung.
Zikri tersenyum, menipu lagi Si Iskandar ni.
“Zikri pulak macam mana?”
“Dia nak suruh mama tolong carikan.” Tengku
Iskandar pulak yang menjawab. Tengku Mariam tersenyum.
Zikri cuak. Bulat matanya memandang ke arah Tengku
Iskandar. Ces... mentang-mentang kau dah lepas, nak
kenakan aku pulak ek.

236
Dyadila

“Nak Mak Engku carikan ke Zik?” tanya wanita itu


dengan senyuman melebar. Mungkin dah terbayang calon-
calon yang menjadi pilihan.
“Eh... tak apalah Mak Engku. Zik rasa belum
masanya lagi. Biarlah Iskandar lepas dulu,” ujar Zikri
mengelak.
“Apa pulak? Kalau nak buat sekali pun tak ada
masalahnya,” ujar Tengku Mariam senang.
Zikri tersenyum sambil menggaru kepalanya, cuba
mencari alasan yang terbaik. Wajah selamba Tengku Iskandar
dipandang. Tengku Iskandar tersenyum, tahu pun kau kalut.
Dulu masa aku kena tak pulak tersenyum kambing macam
tu.
“Mama... Zik tu dah ada calon. Cuma tunggu masa
dan ketika yang sesuai untuk kenalkan kat mama.” Tengku
Iskandar berkata perlahan.
Tengku Mariam tersenyum. Wajah kedua anak
terunanya dipandang.
“Mama tak kisah bila pun. Bawa aje. Janji anak
mama dua orang ni bahagia. Mama akan sentiasa sokong
siapa pun pilihan Zikri atau Iskandar.”
Mereka sama-sama tersenyum. Tengku Iskandar
cuba memproses ayat mamanya. Macam mana perasaan
mama kalau dia tahu yang semua ini adalah lakonan semata-
mata?

237
Doktor Cinta

Bab 16
K
ETAWA Bobo masih belum
menunjukkan tanda merah
untuk berhenti. Memang ada
yang nak makan kasut saiz lima ni. Dah alang-alang berita
memalukan memang patut rasanya kalau buat anak orang
sakit perut sebab makan kasut ni. Dia menjeling geram.
Mazliana menggigit bibir.
“Kau nak ketawa lima hari lima malam ke?” Satu
amaran tak puas hati dilepaskan. Tapi malangnya ketawa
mamat di depannya bertambah kuat. Jelingan maut
dilontarkan.
Boharin menutup mulutnya. Jelingan maut
Mazliana menandakan supaya dia berhenti. Bukan takut tapi
hormat dengan perasaan temannya itu. Boharin menggaru
hujung dagunya. Macam mana dia boleh jatuh sayang dengan
perempuan di depannya ini dulu?
“Dahlah tak ajak aku, nak gelak sikit pun marah.
Apa punya kawan entah!” rajuk Bobo.
Mazliana mencebik.

238
Dyadila

“Kau kalau nak merajuk pergi masuk dalam peti


sejuk. Tak ada masanya aku nak layan rajuk majuk kau tu!”
Suara Mazliana kedengaran. Ada lagi sisa marahnya. Sempat
tangannya mengelap meja di depan Bobo.
“Okeylah, sorry jangan marah ek. Patutlah kau
reject aku, mentang-mentang rupanya nak tunggu anak
Tengku datang meminang rupanya,” usik Bobo sambil
tersenyum.
Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Masuk
telinga kanan keluar telinga kiri saja apa yang dikatakan oleh
Boharin. Ala... tunang koboi, buat apa nak beritahu satu
dunia. Bukannya dia artis terkenal pun.
“Hah... itulah. Aku pun tak sampai hati nak berterus
terang dengan kau dulu, tapi demi nak jaga hati kau, aku
terpaksalah cari alasan yang lebih logik.” Ketawa Boharin
kedengaran lagi. Dia tahu Mazliana sengaja mengusiknya.
Memang kebal betul minah ni.
Bobo tersenyum, tak sabar rasanya dia ingin
berjumpa dengan lelaki yang berjaya membuka hati Mazliana.
Wanita yang pernah singgah di hatinya dulu.
“Tapi sejak bila kau bercinta dengan Tengku
Iskandar tu ek? Tak cerita dekat aku, pun?”
“Kau pernah tak dengar cinta itu datang dalam
sesaat?”
Anggukan Boharin membuatkan Mazliana tersenyum.
Dia turut melakukan perkara yang sama, macam reallah
pulak cerita ni.
“Macam tulah cinta aku dengan dia. Cinta sesaat...
bukan rokok SAAT yang kau selalu hisap masa tak ada duit
masa dekat kampus dulu. Itu saat mengira tarikh kematian.”

239
Doktor Cinta

“Hesy... kau ni. Aku kan dah lama berhenti menjadi


perokok. Aku sekarang presiden Kelab Katakan Tak Nak Pada
Rokok, tau?” terang Boharin panjang lebar.
“Cerita pasal rokok ni, aku ada dengar Profesor
Anim nak buat satu teater amal. Cerita pasal penyesalan
akibat menjadi perokok tegar. Aku dan try test tengok dia
punya skrip, mantap jugalah. Kau tak nak join ke?” Mazliana
sengaja mengubah topik. Kalau cerita pasal diri dia sampai
esok pun tak habis.
“Eh, macam menarik aje aku dengar, kau?”
“Aku? Aku kena tengok keadaan dulu. Kau tahulah
kakak aku dengan Si Johan ala-ala mangkuk tingkat tu dah
nak kahwin. Jadi aku kenalah join club mak aku siapkan apa
yang patut, kesian pulak karang mak dengan ayah sayang aku
tu buat semua benda.”
Boharin tersenyum. Pandangannya bertemu dengan
wajah Taufiq yang sedang sibuk melayan pelanggan.
“Hesy... kau ni tak baiklah label bakal abang ipar
macam tu. Lagipun nanti dia jadi keluarga kau juga.”
“Sebab itulah aku pun menyibukkan diri ni dalam
urusan segala plan nikah kahwin ni. Kalau tak, dah lama aku
pergi bercuti. Tahu tak?”
“Tak apalah. Nanti ada apa-apa yang nak aku tolong,
kau just roger-roger aje ek.” Pesan Bobo lagi.
“Emmm... mesti. Roger and out!” Mereka sama-
sama berbalas senyuman.

240
Dyadila

HARI ni secara rasmi dan termaktubnya dalam perlembagaan


kisah hidup Mazliana Haji Nordin genap seminggu atau dalam
bahasa mudah kiranya tujuh hari dia menjadi tunangan orang.
Tunangan orang yang ala-ala orang utan di Zoo Taiping.
Selama tujuh hari tujuh jam tujuh saat ini tak pernah sekali
pun bos besar menghubunginya. Tapi jangan bimbang, episod
Mazliana Haji Nordin menyusahkan hidup Tengku Iskandar
Tengku Mazlan baru bermula. Huk... huk... huk....
“Okey, kalau awak setuju ikut cakap saya, saya akan
ikut syarat awak.”
“Apa saja syarat bos besar sanggup???”
Yes, persetujuan tak rasmi Tengku Iskandar Tengku
Mazlan.
Senyum mekar di bibir. Syarat yang ni dia paling
suka. Siapa lagi yang sanggup ikut idea gila Tengku Iskandar
kalau bukan dia. Tapi kira permainan ni tak ada yang kalahlah
sebab dia tak tahu syarat Mazliana Haji Nordin yang ngeri
lagi menakutkan. He he he.... Kau ingat kau pandai sangat
ek? Kau tak tahu aku ni ratu buli balik.
Seribu kerutan di dahi lelaki itu tak berjaya
menutup kekacakan dan kemacoannya. Pandangan mata
Tengku Iskandar sedikit pun tak mencabar.
“Awak bagi tiga sebab kenapa saya kena ikut cakap
awak?” tanya Tengku Iskandar mematikan senyuman
Mazliana.
“La... kenapa bos besar tak minta tiga puluh sebab?
Ini tiga sebab aje. Sebab pertama bos besar dah janji nak ikut
cakap saya. Kedua, perjanjian terbaharu kita tak akan hilang
ingatan kut. Ketiga, saya nikan tunang bos besar.” Sengaja
ditekankan perkataan tunang itu. Biar jelas lagi nyata.
“Jadi awak nak ambil kesempatan la ni? Awak

241
Doktor Cinta

sengajakan buat syarat macam tu?” ujar Tengku Iskandar


tidak puas hati.
“Bukan ambil kesempatanlah bos besar, ni cuma
saya nak ambil peluang yang ada depan mata,” kata Mazliana
bersahaja. Tengku Iskandar membulatkan matanya.
Ek eleh mamat ni, memang pelakon melampau.
Macamlah aku mintak separuh harta dia nak bulat-bulat
mata dengan aku macam tu. Kalau aku ubah syarat suruh dia
wariskan semua harta dia dekat aku baru tertanggal semua
gigi. Menangis air mata darahlah kau sampai tua. Nasib baik
ini bukan cerita pembunuhan, kalau tak mesti ada adegan bos
besar yang hensem ni kena bunuh dengan tunang dia.
“Saya sibuk sekarang, apa kata awak ajak Syamin
atau Zikri sajalah.”
“Ada saya kisah? Orang yang mungkir janji adalah
sama dengan orang munafik. Ustaz saya dulu cakap kita
jangan pandai membuat janji kalau kita tak boleh tepati.”
“Ustaz awak tak cakap ke memaksa orang itu juga
satu perbuatan keji?” balas Tengku Iskandar.
Mazliana menggaru kepala.
“Emmm... mungkin ustaz saya tak sempat nak
cakap masa tu, sebab dia kena balik Negeri Sembilan. Isteri
keempat dia nak bersalin.” Mazliana ketawa kuat. Tengku
Iskandar mencebik. Loyar buruk pulak minah kelibut ni.
Tengku Iskandar gigit bibir. Geram. Tiba-tiba
Mazliana di depannya terasa macam semut api. Mazliana
tersenyum manis. Matanya dikenyit lagi. Sengaja membakar
kemarahan bos besar. Padan muka! Nak sangat kenakan aku,
kan? Sekarang kau akan kenal siapa Mazliana Haji Nordin
yang sebonarnya. Kata orang nogori sembilan. Eh, kenapa
asyik orang negeri aje ni?

242
Dyadila

“Saya tak ada masalah nak ke tempat entah apa-apa


tu.”
“Okey.” Telefon di depan Tengku Iskandar dicapai
sambil matanya masih memandang wajah bos besar
merangkap tunangnya sekarang.
Dahi Tengku Iskandar berkerut pelik melihat
Mazliana yang mengangkat telefon bimbitnya di atas meja.
“Nak call siapa pulak tu?” tanyanya lagi.
“Siapa lagi, Mak Engkulah. Nak hantar laporan anak
dia ni sia-siakan pengorbanan tunang yang sanggup bersusah
payah menapak ke sini.”
“Mazliana Haji Nordin!!!”

Buah cempedak di luar pagar,


Masak sebiji di atas peti,
Ini Mazliana jangan dicabar,
Kan bos besar juga yang susah hati.

Mazliana tersenyum. Pendekatannya berjaya. Bukan


pendekatan tapi lebih kepada ugutan.
Wajah di depannya diteliti sekali lagi antara percaya
atau tak. Hati memang tak percaya tapi akal ni macam
menidakkan apa yang hati cakap. So, siapa yang betul? Akal
ke hati? Orang kata ikut hati nanti mati ikut rasa binasa,
maknanya kita kena ikut sukalah! He he he....
Kerutan di dahi Tengku Iskandar jelas kelihatan.
“Cepatlah!” jerit Mazliana.
“Kenapa kena naik benda ni?” Tidak lepas dia
memandang kenderaan di depannya. Apa lagilah yang nak si

243
Doktor Cinta

kelibut ni buat, tak habis-habis menyusahkan. Keturunan


Mak Bawang Merah ke apa dia ni? bisik Tengku Iskandar
sambil melihat keadaan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau ada
mata yang memandang.
“Sebab kalau naik kereta mewah bos besar tu nanti
ada saja yang duk pin pon pin pon!”
“Tapi takkan sampai kena naik besi buruk ni?”
katanya geram. Tengku Iskandar menggigit bibirnya.
“Besi buruk? Amboi... sesedap rasa bos besar
berbahasa ek? Langsung tak jaga tatabahasa. Nak dapat besi
buruk ni pun bukan senang, tahu tak? Saya kena menapak
tiga buah rumah mintak tolong Pak Jali pinjamkan, tau?”
Mazliana tak puas hati. Memang payah jadi orang kaya ni.
“Tak apa, saya call Zikri suruh dia hantarkan kereta
dia.”
“Eh... eh... tak payah. Kita naik ni aje.” Mulut
Mazliana muncung menunjuk arah. Dahi Tengku Iskandar
berkerut.
“Saya tak nak.”
“Kenapa pulak bos besar tak nak? Malu?” duga
Mazliana lagi.
“Bukan!!!” nafi Tengku Iskandar lagi. Walaupun
hakikatnya itu adalah jawapan yang memenuhi peratusan.
Tapi ada sebab lain....
“Habis tu?”
“Nyatakan sebab apa kita kena pergi naik besi buruk
ni?” Tengku Iskandar melonggarkan tali lehernya. Terasa
sedikit lemas dengan permintaan gila tunangnya itu.
“Hesy... tak baik bos besar kata macam tu. Tok Wan
saya cakap jangan hina harta orang sebab nanti harta sendiri

244
Dyadila

tak kekal, tu BMW, Ferrari dan lain-lain seangkatan milik bos


besar tu lama-lama nanti jadi besi buruk juga.” Hah... kan
dah dapat sindiran ikhlas dari Mazliana.
“Mazliana, awak jangan nak buat lawak. Semua
kereta saya tu jaminan seratus tahun,” ujar Tengku Iskandar
takut-takut.
Eleh... bangga tahap tak sedar diri dah bos besar ni,
mesti tidur tak baca doa. Inilah manusia yang ingat dunia tak
ingat akhirat.
“Hah... baguslah. Kereta memanglah jaminan
seratus tahun, tapi nyawa bos ada cop Sirim ke jaminan
sampai seratus tahun?” Bulat mata Tengku Iskandar. Memang
mulut tak ada insurans!!!
“Cakap dengan awak ni tak pernahnya menang,”
rungut Tengku Iskandar perlahan. Mazliana tersenyum. Tu
ayat menyerah kalah aje bunyinya.
“Saya cuma ingatkan bos besar selaku tunang
dalam kurungan, bukan soal menang atau kalah. Tak salah
kalau kita naik besi buruk ni sebab kalau kita naik kereta
mewah bos besar tu nanti ada yang bentang permaidani
merah pulak. Tak naklah publisiti murahan.” Keningnya
diangkat tinggi. Tengku Iskandar hanya mampu menggeleng
perlahan.
“Suka hati awaklah,” ujar Tengku Iskandar malas.
Sekali lagi senyuman kemenangan terlakar di wajah
Mazliana. Dia menghulurkan helmet kepada bos besarnya.
Nasib baik sempat sembur dengan minyak wangi helmet ni,
kalau tak alamatnya bau longkanglah. Hesy... Pak Mat ni naik
motor bukan pernah pakai helmet. Saman dah lima belas kali
tapi tak pernah nak insaf.
“Siapa punya besi buruk ni awak curi?”

245
Doktor Cinta

Bulat mata Mazliana, hai bos besar ni buat ayat


menghina pulak. Ingat muka cantik macam ni muka pencuri
ke?
“Ini motor jiran sayalah bos. Tak mainlah curi-curi,
buat apa tambah dosa yang ada.” Kurang ajar betul, sekali
kena hentak dengan helmet ni kang tak ke terkeluar biji
mata.
“Bos besar, boleh ke ni?” tanya Mazliana meminta
kepastian.
“Kenapa, awak tak percaya saya?” Ada getar di
hujung suaranya.
Ketawa Mazliana pecah tiba-tiba. Kalaulah boleh
rakam aksi ni mesti boleh menang awardlah bos besar aku ni.
Pakai kemeja sikit punya kemas rambut tersisir rapi sekali
duduk atas Honda kapcai. Ketawa Mazliana bergema kuat.
“Kenapa awak gelak?”
“Bos besar pernah bawa motor ke tak?” tanyanya
kurang yakin. Melihat Tengku Iskandar yang terkial-kial nak
menghidupkan enjin motor.
“Tak pernah,” jawab Tengku Iskandar selamba.
Mazliana ternganga. Tak pernah tu maknanya? Eh, tak ada
maknanya!
“Hah... jadi untuk mengelakkan masalah berat
berlaku, baik bos duduk belakang. Saya bawa!” ujar Mazliana
memberi cadangan.
“Awak jangan nak buat kerja gila. Mana pernah
perempuan bawa lelaki, awak jangan nak malukan saya!”
Emmm... ego juga mamat ni. Tak tahu tu, buatlah cara tak
tahu. Lagi mahu berlagak pandai! Aku penampar secara tak
sengaja juga mamat ni kang.

246
Dyadila

“Bos besar, kita sekarang bukan duduk zaman batu,


sekarang ni perempuan dah jadi pemandu kapal terbang, tahu
tak?”
“Tapi...”
“Tapi, tapi, tapi. Dah, tepi! Sebelum saya call Mak
Engku, baik bos besar naik!” Gertak Mazliana baran. Fuhhh...
ada kena telan ni karang!
Hari ni satu sejarah dalam hidup Tengku Iskandar
menjadi pembonceng motosikal yang merbahaya. Bukan
sebab dia yang tak pernah naik motor tapi sebab yang
membawanya adalah penunggang yang berhemah. Bawaan
yang mengalahkan perlumbaan di litar Sepang. Mazliana
tersenyum di sebalik topi keledar yang dipakai menutup
muka. Baru kau kenal Mazliana juara tiga kali berturut-turut
race game.

“AWAK ni ada lesen ke tak?” marah Tengku Iskandar sebaik


mereka sampai. Dia mengurut dadanya perlahan. Terasa
nyawa di hujung tanduk. Bukan hujung lagi dah nak hampir
jatuh ke tanah.
“Seronok tak bos besar?” ucapnya sambil tersenyum
panjang. Bukan dia tak tahu ini first time bos besar naik
motor. Fuhhh... kalau tak sebab kepalanya diketuk beberapa
kali dari belakang mesti dah berdesing.
“Apa perasaan bos besar pertama kali naik motor?”
“Siapa kata saya tak pernah naik motor? Saya...”
Belum sempat ayatnya habis Mazliana sudah ketawa terkekek-
kekek.

247
Doktor Cinta

“Kenapa?”
“Untuk pengetahuan bos besar, orang mana ada
pakai helmet terbalik macam ni... nampak sangat tak pernah
guna.” Penerangan Mazliana itu membuatkan Tengku
Iskandar menahan geram. Mukanya kemerahan melihat
Mazliana yang masih dalam suhu ketawa tak ingat dunia.
“Saya akan pastikan awak takkan bawa besi buruk
ni lagi.”
“Kenapa pulak?” Pertanyaan Mazliana tidak
dihiraukan. Tengku Iskandar terus mencampak helmet putih
yang dipakainya. Lalu meninggalkan parking motosikal itu.
Mazliana mencebik. Poyo betul mamat ni, hampeh! Takut ar
tu.

TENGKU ISKANDAR mencebik. Malas. Dia duduk di tengah-


tengah galeri seni yang penuh dengan bahan ukiran kesenian.
Dari tadi dia terpaksa mengikut langkah si budak kelibut.
Sekejap ke sana sekejap ke sini. Kalau boleh kakinya bercakap,
dah lama bagi amaran berhenti sebelum tercabut. Macam
mana dia boleh sampai ke tempat macam ni, dia pun tak
tahu.
“Bos besar! Apa lagi yang duduk dekat situ, marilah
sini tengok!”
Wajah Tengku Iskandar berona merah. Dia
menggigit bibirnya geram.
“Boleh tak awak jangan banyak cakap. Just do what
you want,” katanya sambil memandang tepat ke arah
Mazliana.

248
Dyadila

Wanita itu tersenyum. Mengangkat jari telunjuknya


ke bibir.
“Alamak, gunung berapi nak meletup. Baik
selamatkan diri!” Mazliana menjarakkan diri dari Tengku
Iskandar.
Lebih baik dia menghayati sendiri hasil lukisan di
depan matanya. Kalau ajak bos besar pun bukan dia tahu
benda-benda macam ni. Dia tu buta kayu, buta logam, hati
konkrit mana tahu menilai seni ni. Satu per satu calitan
warna yang terlakar di kanvas putih itu menarik
perhatiannya. Pandai pelukis memainkan tone warna.
Gayanya macam betul-betul hidup.
“Berminat?” Seorang lelaki menegurnya dari
belakang. Eh... macam kenal suara mamat ni, macam biasa
dengar. Mazliana berpaling. Tersenyum. Mak aiii... hensemlah
pulak. Anak sapo pulak ni.
Mazliana menilai sekilas lelaki di sebelahnya.
“Hensem.” Pantas dia menutup mulut. Aduh...
terlepas ar pulak. Lelaki itu tersenyum.
“Hensem?” Kening lebat itu terangkat sedikit.
Kononnya buat-buat tak fahamlah maksud keterlanjuran
kata-kata aku tadi.
“What do you mean by hensem?” tanyanya lagi.
Mazliana menggaru kepalanya. Hah... sudah,
mamat ni spesis perasan juga. Hensem mestilah kau, takkan
aku pulak yang hensem. Mazliana melihat sekelilingnya cuba
mencari idea yang mungkin boleh menyelamatkan diri dari
malu seumur hidup.
Matanya jatuh pada lukisan potret di depannya. Dia
tersenyum.

249
Doktor Cinta

“Lukisan ni hensem, walaupun ilusi pelukis tapi


saya rasa boleh jatuh cinta dengannya walaupun sekadar
lukisan.” Hah... ambik kau! Jawapan macam jawab exam.
Skema habis!
“Oh, I see.” Pendek aje jawabnya. Lelaki itu turut
sama meneliti potret yang dimaksudkan.
“Memang betul apa awak cakap Mazliana Haji
Nordin.”
Mazliana terpaku. Eh? Kalau tak salah pendengaran
dia panggil nama aku. Nama aku Mazliana Haji Nordin, tak
ada orang lain dah.
“Macam mana awak kenal saya?” soal Mazliana
pelik.
Sekali lagi lelaki misteri itu tersenyum
“Saya kenal awak melalui lukisan awak yang telah
membuatkan banyak hati yang tertaut.” Lelaki itu berbisik
macam ada yang mendengar perbualan mereka. Padahal
hanya mereka berdua di situ.
“Lukisan?”
“Saya salah seorang peminat Red Heart,” akuinya
tanpa malu. Mazliana tersenyum. Red Heart hasil tangannya
sejak di kampus lagi. Red Heart yang membawa dia berjaya di
peringkat antarabangsa. Wah... hebat juga aku ek. Tapi
dululah.
“Di mana Red Heart sekarang?”
“Entah... saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu
masa majlis amal tu ada seseorang dah membelinya dan
sampai sekarang Red Heart dah hilang macam tu aje,
mungkin dia buang dalam tong sampah kut.”
“Saya rasa tak mungkin,” ujar lelaki itu yakin.

250
Dyadila

“Itu awak rasa....” Mazliana meneliti lagi lukisan di


depannya. Memang dia cuba mencari lukisannya itu tapi
sampai sekarang gagal. Mana entah. Silap hari bulan dah
masuk tong sampah.
“Kalau ada sekarang mesti harga mencecah puluhan
ribu, kan? Tak rasa rugi?” duga lelaki itu. Mazliana tersenyum
bangga. Bukan senang nak kena puji ni. Kembang sekejap
hidung aku.
“Emmm... bagi saya Red Heart bukan untuk dijual
beli semata-mata. Saya harap siapa pun yang menjadi pemilik
akan tahu hargainya.” Tiba-tiba dia jadi rindu dengan hasil
tangannya itu. Kalaulah bukan disebabkan cadangan kawan-
kawan sekuliahnya, mesti lukisan itu masih tersimpan cantik
dalam biliknya. Sengal betullah kau Mazliana, bisiknya
sendiri.
“Saya dah agak pelukisnya juga secantik Red
Heart.” Sekali lagi lelaki itu memuji. Hai... ni macam segmen
mari puji memuji. Kalau dari tadi duk puji memuji ni bila
nak habis? Ke ayat nak mengorat aku ni? Hah... okey juga,
macam sepadang aje. Bak pinang dibelah lima belas.
“Hadi Ridzwan.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya
sambil menghulurkan tangan.
“Mazliana Haji Nordin.” Tangan itu tidak disambut
membuatkan Hadi tersenyum faham akan maksud lirikan
mata wanita di depannya. Tak boleh salam sayang... bukan
muhrim. Ewah... sayanglah pulak!
“Hadi Ridzwan??? Maksud awak Hadi Ridzwan
yang... yang...” Tiba-tiba pulak gagap Mazliana ni. Mana
taknya, jumpa pelukis terkenal tanah air.
“Bukan awak tinggal di luar negara?” sambung
Mazliana lagi.

251
Doktor Cinta

“Emmm... saya dah tiga bulan balik Malaysia,”


jawab Hadi Ridzwan bersahaja.
“Alamak, tiba-tiba jadi macam gabra jumpa awak?
Tak sangka awak akan ke sini.” Mak aiii... kalau Syamin tahu
ni mesti dia menyesal seumur hidup sebab tak ikut aku tadi.
He he he....
“Tapi saya berbangga dapat jumpa Mazliana.” Sekali
lagi kata-kata itu membuai perasaannya. Senyuman yang
terlakar di bibir Mazliana terasa bagai ada yang tak kena.
“Okeylah. Saya kena cari kawan saya tadi. Nanti
takut dia kena awet pulak untuk dijadikan pameran dekat
sini,” seloroh Mazliana sambil tersengih.
“Nice to meet you.” Mazliana tersenyum sambil
matanya mencari satu wajah yang dari tadi menghilang entah
ke mana. Dia cuba mencari di celah-celah pelancong yang
datang. Tak jumpa... hai mana mamat ni?
Tengku Iskandar melihat senyuman manis Mazliana
bersama seorang lelaki yang tak dikenali. Mereka kelihatan
mesra. Dia pantas mengalihkan pandangan apabila melihat
Mazliana yang sudah berjalan menghampirinya. Sengaja
ditayangkan wajah tak puas hati. Dia tahu wanita itu dari tadi
mencarinya.
“La... hidup lagi bos besar ni. Ingatkan dah jadi
patung kat dalam cermin tu.”
“Dah habis?” tanya Tengku Iskandar selamba.
“Dah,” jawab Mazliana pendek.
“Jom balik!” Laju langkah lelaki itu meninggalkan
ruang galeri. Mazliana sempat menghadiahkan senyuman
pada Hadi yang masih mengawasi langkahnya, kemudian laju
mengejar langkah Tengku Iskandar a.k.a tunangnya.

252
Dyadila

“Bos besar janganlah laju sangat.” Langkah Tengku


Iskandar bertambah laju. Dia sengaja mendera Mazliana yang
mengejarnya.
“Aduhhhh!!!”
Mazliana menggosok kakinya. Entah macam mana
anak tangga terakhir mengakibatkan dia jatuh terduduk.
Langkahnya sumbang apabila merempuh seseorang yang
entah mana datangnya. Mungkin dari langit. Terasa kakinya
baru dirempuh lori. Sakit siot!!!
“Ya Allah... maafkan saya, saya tak sengaja!” Suara
wanita yang melanggarnya.
La... perempuan ni lagi!!! bisik hati Mazliana.
“Tengku Iskandar???”
“Hana?”
Dua mata saling bertentangan. Pegun. Mazliana
terdiam melihat apa yang berlaku di depannya. Kakinya yang
tadinya terasa sakit, hilang sakitnya tiba-tiba. Belum pun
sempat Mazliana membuka mulut, tangannya ditarik kuat.
“Iskandar! Iskandar!!!”
Mazliana berpaling dalam langkah laju. Tangannya
masih ditarik oleh Tengku Iskandar yang laju ke depan tanpa
menoleh ke belakang. Hah... sudah dramalah pulak dua orang
ni, bisik hatinya.
“Bos besar, dia panggil bos tu.”
“Dah... diam! Balik!!!” Jeritan Tengku Iskandar
membuatkan Mazliana mengunci mulut. Langkah Tengku
Iskandar dituruti juga walaupun terasa denyutan di kakinya.
Aduh sakittt!!!

253
Doktor Cinta

Bab 17
P
IPINYA masih lagi basah dek
kerana air mata yang tak henti
menitis. Satu kotak tisu sudah
membukit di tepi sofa mahal mamanya. Datin Jamilah hanya
mampu menggelengkan kepala. Walaupun hati ibunya juga
terluka dengan berita kemeriahan upacara pertunangan
Tengku Iskandar tapi dia masih mampu mengawal diri.
Amukan anaknya masih belum reda.
“Sabarlah sayang, mungkin dia bukan jodoh Tasha,”
pujuk Datin Jamilah lembut.
“Uhuk... uhuk... tapi Tasha sayangkan Abang Is.”
Hembusan mukus kedengaran lagi. Dari tadi habis semua
barang yang ada di bilik terbang melayang. Bukan setakat
bedak, sikat, bantal malah cadar dengan tilam pun menjadi
mangsa.
“Mama tahu sayang sedih tapi bukan ini caranya
nak selesaikan masalah. Kalau menangis air mata darah
sekali pun Iskandar dah pun bertunang.” Penjelasan itu
disambut dengan deraian air mata lagi.

254
Dyadila

Rambut anaknya diusap lembut. Tasha anak yang


dimanjakan sejak kecil lagi. Apa saja yang terniat di hati pasti
akan ada bila esoknya datang. Tak pernah dalam sekali
hidupnya dia gagal memenuhi permintaan anak tunggalnya
itu. Tapi kali ini dia bukan saja gagal tapi telah
menghancurkan hati Tasha. Ini semua salah keluarga Tengku
yang tak guna tu. Puas dicanang semasa meeting persatuan
yang dia akan berbesan dengan Tengku Mariam, tapi akhirnya
menggigit jari.
Teringat perancangan awalnya bersama Tengku
Mariam yang berjalan lancar tanpa ada bantahan. Tapi entah
dari mana wujudnya perempuan yang menjadi batu
penghalang itu, dia sendiri tak tahu. Malu sungguh mukanya
apabila Tengku Iskandar sendiri memperkenalkan buah
hatinya di depan semua orang. Malah lebih kecewa lagi dia
gagal mengawal perasaannya bila berdepan dengan Tengku
Mariam.
“Tasha benci perempuan tu! Kalau Tasha dapat,
siaplah dia!!!” Amarah keras keluar dari mulut anak gadisnya.
Dalam sisa tangis dia sempat memaki hamun tunangan
Tengku Iskandar itu.
“Sabar sayang. Bukan semua benda kita kena
selesaikan dengan kekerasan. Apa pun Tasha sabar dulu.
Mama tahulah apa yang mama nak buat.” Pujuk Datin
Jamilah tak mahu anaknya terus-terusan menyeksa diri.

MAJALAH JUITA dan F&N perisa anggur masih dipegang.


Mazliana melangkah masuk ke dalam lif. Sejak jadi tunang
secara rasmi bos besar, dia menjadi sebahagian dari MM

255
Doktor Cinta

Holding. Dia mendapat jawatan penting dalam MM Holding


iaitu PT bahagian pentadbiran. Apa itu PT? PT adalah
‘Penganggur Terhormat’ yang diberi mandat untuk keluar
masuk MM Holding sesuka hati. He he he... sekaranglah,
kalau dulu tak berani jugak.
“Selamat pagi Cik Wanis,” tegur Mazliana.
Wanis tersenyum. Dia sendiri tak tahu apa jawatan
Wanis dalam syarikat ini. Tapi apa yang pasti, dia senang
dengan wanita yang ramah tamah itu. Tak payah nak korek
apa-apa dah tersebar semua cerita pasal setiap insan dalam
syarikat ni. Betullah kata Syamin, Wanis ni ratu gosip.
“Eh... Cik Maz, lama dah sampai?” sapa Wanis
ramah.
“Lama jugalah, adalah dua tahun,” usik Mazliana.
Punya lama aku terpacak kat sini lagi mau tanya. Wanis
ketawa kecil, coverlah tu!
“Cik Maz nak tahu, ada cerita panas hari ni!” bisik
Wanis perlahan. Hah... dia mula dah. Mazliana tersenyum
sinis sambil menggaru kepalanya. Memang tak ada kerja
lainlah minah sorang ni.
“Tak apalah Cik Wanis, saya ada hal sikit... nak
cepat. Cik Wanis kumpul dulu gosip tu banyak-banyak, nanti
kita cerita, okey?” Wanis mengangguk dan ketawa besar. Ibu
jarinya diangkat tanda setuju dengan cadangan Mazliana.
Senyumnya semakin melebar. Kalau tak ada orang macam ni
tak best jugak.
Sebagai seorang yang tak pernah melukakan hati
orang, Mazliana lebih suka mengambil inisiatif layannn....
Teringat trademark Fafau dalam Melodi. Selagi kita mampu
menggembirakan hati orang lain selagi itu kita akan bahagia.
Eh, ya ke??? Hipokrito tu namanya. Hipokrito kira macam

256
Dyadila

abang angkat hipokrit jugaklah. Cuma dia lebih kepada untuk


orang baik-baik macam aku. Ahaks!
Dari jauh matanya dapat melihat kelibat seorang
lelaki yang agak maco tapi...
“Kenapa muka macam asam keping aje ni bos?”
Pertanyaan Mazliana hanya dijawab dengan senyuman. Wajah
Zikri masih nampak kusut, macam mati binilah pulak.
“Projek I-line first gagal, mereka dah ada pembekal.
Nampaknya MM Holding kena tundalah kerjasama dengan
mereka tu.” Walaupun entah apa yang keluar dari mulut Zikri
satu haram pun tak faham tapi Mazliana tetap berlagak bijak,
kepala mengangguk konon-konon faham. Cover cunlah
dalam bahasa senang faham... takkan nak cakap tak faham.
“Baru gagal sekali muka dah macam tertelan tayar
kereta api. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya,
kan? Bos ni... hidup mesti diteruskan.” Sedikit motivasi
petang diberikan. Tapi macam tak berkesan sebab ayat copy
paste, semua orang cakap senanglah.
“Mana awak belajar kereta api ada tayar?”
“Eh... tak ada ke?” Mazliana tersengih. Nampak
sangat tak prihatin kemajuan negara.
Otaknya masih ligat berfikir. Wajah Zikri di
sebelahnya masih berona yang sama. Teringat kata-kata
Wanis tentang ketidakprihatinan lelaki itu terhadap
kegembiraannya sendiri. Fuhhh! Ayat melangkau laras tinggi.
Membimbangkan kemungkinan lelaki kesepian di depannya
ini membuat sesuatu yang tak masuk akal. Maka otaknya
ligat berfikir kaedah menyelesaikan masalah. Mana tahu
buatnya bos Syamin ni potong telinga sendiri ke, siapa yang
susah???
“Awak ni suka buat benda ikut suka awak. Kalau la

257
Doktor Cinta

kaki awak patah tadi macam mana?” bebel Zikri tiba-tiba aje.
“Masalahnya saya dah cuba bagi tahu tapi bos besar
nampak aje perempuan tu, dia terus buat larian seratus
meter. Mana sempat nak cakap,” ujar Mazliana sambil
mencebik.
“Tengok kaki awak ni, bengkak dah.”
“Ala sikit aje. Auchhhh, sakitlah!!!”
“Awak ni dari menjerit macam tu baik berselawat ke
apa. Sekejap lagi kita jumpa doktor. Saya tak pandai nak urut
kaki orang macam awak.” Pap! Aduhhh... macam jatuh
ditimpa tangga, sempat juga bos memerlinya.
Mazliana tersenyum, tiba-tiba kenangannya
bersama bos besar terlintas di layar ingatan. Entah kenapa
bila teringatkan peristiwa itu dia tersenyum sendiri. Tapi
kenapa bos besar lari bila nampak awek secantik tu? Takkan
dia setia sangat dengan aku kut? Ketawa Mazliana pecah tiba-
tiba. Atau dia dengan Encik Zikri ada ehem... ehem.... Eiii...
biar betul???
“Apa awak termenung tu Mazliana, ketawa sorang-
sorang?” Mazliana tersedar, tersenyum memandang Zikri
yang menggeleng perlahan. Sedar kini dia berada bersama
bos yang sedang kuciwa.
“Apa yang bos paling tak suka buat?” Pertanyaan
spontan Mazliana membuatkan dia memproses agak lambat
pertanyaan Mazliana.
“What?”
“Aduh... hah, inilah orang kita selalu sangat cakap
omputih sampai soalan bahasa Melayu pun tak boleh nak
jawab. Apa benda yang paling bos tak suka buat?” Sekali lagi
soalan siaran ulangan.

258
Dyadila

Zikri mencebik. Laju betul mulut tunang Is ni.


“Emmm... sesuatu yang membuang masa macam
bersembang dengan awak ni,” jawabnya ringkas. Mazliana
gigit bibir, geram. Hesy... buat lawak bodoh pulak bos ni.
Sepak kang patah gigi.
“Bosan. Saya tak suka membuang masa tak tentu
pasal. Contohnya orang memancing hanya untuk mendapatkan
seekor ikan, tapi kadangkala terpaksa duduk berjam-jam
semata-mata sebab seekor ikan.” Jawapan yang tak berapa
bernas yang dilafazkan Zikri membuatkan tekak Mazliana
loya tiba-tiba. Nak muntah. Dasar tak ada kesedaran sivik
betul. Ini mesti jangkit dengan bos besar.
“Kalau macam tu jom ikut saya!” ajak Mazliana
tiba-tiba.
“Nak ke mana?” soal Zikri ingin tahu.
“Ikut tanpa sebarang bantahan boleh tak? Ikut
ajelah!” ujar Mazliana tegas. Terkebil-kebil Zikri mengikut
langkah laju Mazliana. Mazliana berlagak serius.
Apa lagilah yang nak dibuat Si Mazliana ni.
“Tapi Maz, saya ada kerja ni. Lagipun ini waktu
kerja.” Zikri cuba mengelak. Langkah Mazliana terhenti tiba-
tiba, eh nasib baik tak accident. Zikri mengundur selangkah
ke belakang apabila terasa dia terlalu dekat dengan Mazliana.
“Sekarang ni dah pukul empat lima puluh petang,
lagi sepuluh minit pukul lima petang. So, kita jalan slow
version. Sampai dekat kereta tepat pukul lima.” Cadang
Mazliana membuatkan Zikri tersenyum melebar. Sempat dia
menarik keluar Nokia 3310 untuk menghantar mesej kepada
Taufiq. Apa lagi... bantuan! Bantuan!!! Over! Over!!!

259
Doktor Cinta

TENGKU ISKANDAR mengetuk perlahan pintu bilik Zikri.


Namun tidak kedengaran suara. Pintu terus ditolak. Tiada
siapa, kosong. Aik? Mana pulak Si Zik ni? Dia meneliti jam di
tangan. Takkan dah balik?
“Tengku cari Encik Zikri ke?”
“Ya, dia ke mana Sofea?” Pertanyaan serius Tengku
Iskandar membuatkan pekerjanya itu sedikit kecut.
“Tadi saya nampak Encik Zikri keluar dengan Cik
Mazliana.” Teragak-agak Sofea memberi jawapan. Bimbang
jika jawapan itu akan membuatkan bosnya itu mengamuk.
“Ke mana mereka?” tanya Tengku Iskandar lagi
tidak puas hati.
“Saya tak pasti Tengku, tapi apa yang pasti mereka
pergi berdua. Encik Zikri pun nampak macam ada masalah
aje tadi, langsung tak senyum,” tambah Sofea lagi sempat dia
mereka cerita. Padahal apa yang dia nampak hanyalah sisi
belakang dua insan itu sahaja.
“Emmm... tak apalah kalau macam tu.” Dia terus
berlalu meninggalkan Sofea yang masih tersenyum sendiri.
Memasang angan-angan kalau-kalau boleh mendampingi
lelaki yang kelihatan sempurna di mata semua perempuan
itu. Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Takkan ada yang akan
berfikir dua kali jika lelaki ini yang datang bertamu di hati.
Berita pertunangan Tengku Iskandar bukan saja
memeranjatkan semua staf tapi juga membuatkan ramai
pekerja perempuan MM Holding hilang semangat untuk
berusaha memenangi hati peneraju MM Holding itu. Putus
harapan dan putus perasaan.
“Weiii Sofea!!! Kau tengok apa tu?”
“Hesy... Kak Wanis ni, terkejut saya!”

260
Dyadila

“Kau tak payah nak duk menenang bos kita tu. Dia
dah ada yang punya.”
“Ala... orang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan
pulak baru bertunang.” Ringkas jawapan Sofea membuatkan
Wanis menggeleng geram.
Macam-macam jenis gila manusia ni. Tapi apa yang
pasti dia senang dengan tunang bosnya itu, dan dia sentiasa
berdoa kebahagian Tengku Iskandar dengan Mazliana.
“Ek eh budak ni! Jangan mimpi di siang harilah
Sofea. Nanti kau gigit jari. Bawa-bawalah tengok cermin.”
Sempat dia memerli. Padan muka! Berlagak diva!
Sofea mencebik lalu meninggalkan Wanis yang
masih memandangnya.

MAZLIANA tersenyum sambil melambai tangan ke arah Taufiq


yang baru saja berlalu dengan moto Honda EX5 birunya. Buat
masa ini adiknya itu sentiasa bersama saat susah dan senang.
Memang tak sia-sia Tuhan menemukan mereka.
“Rapat awak dengan dia?”
“Lebih rapat dari saudara.” Ikhlas jawapannya dari
lubuk hati yang paling dalam.
Kelibat Taufiq hilang dari pandangan. Entah apa
hubungan Mazliana dengan pemuda itu dia sendiri tak tahu.
Apa yang pasti pemuda itu seringkali bersama dengan
tunangan Iskandar ni.
“Nak buat apa dekat sini?” Akhirnya dia bertanya.
“Hai... takkan nak bermandi-manda pulak? Ni tak
nampak saya bawa apa ni?” Batang pancing dihulurkan ke

261
Doktor Cinta

arah Zikri. Lalu disambut malas. Apa lagi pulak ni??? Adoiii!!!
“Ehhh... bila masa pulak saya nak memancing ni?”
tanya Zikri keliru.
“Masa inilah, apa guna jam mahal tu kalau masa
pun duk tanya orang?” perli Mazliana.
“Mana ada orang memancing pakai kemeja dengan
tali leher,” ucap Zikri tak puas hati. Dia malu bila ada mata
yang melihat dan memandang ke arahnya. Mazliana menyimpan
senyum. Kalau nak ikutkan memang nak ketawa terguling-
guling, tapi sengaja wajah serius dicorakkan.
“Ada saya kisah? Dah, duduk!”
Zikri berdengus geram, tapi akhirnya dia akur juga.
Kemudian dia melontar mata kail ke dalam air tasik.
“Apa benda yang boleh membuatkan bos rasa
damai? Selain hubungan kita dengan-Nya?” soal Mazliana
setelah beberapa minit berada dalam mood senyap.
“Hah???”
Aduhhh... lagi sekali tak faham bahasa Melayu. Riak
wajah Mazliana membuatkan Zikri tersenyum. Dia tahu apa
yang akan lahir dari mulut wanita itu.
“Tiga benda. Emmm... dapat projek besar, prestasi
syarikat meningkat, berjaya tingkatkan mutu kerja,” ujarnya
bangga.
Mazliana mencebik, hamba kerja betul mamat ni.
Patut muka kusut aje.
“Kenapa?” tanya Zikri kembali apabila melihat
wajah tak puas hati Mazliana.
“Dapat projek besar boleh damai ke? Bosannya,”
kata Mazliana mencebik.

262
Dyadila

“Awak pulak?” tanya Zikri seakan menduga.


Matanya masih menikmati pemandangan tasik yang cantik.
Dia terasa da..? Damai?
“Emmm... saya banyak benda boleh buat saya rasa
tenang dan damai. Duduk atas riba mak pun boleh buat saya
rasa nak tersenyum.”
“Emmm... seronokkan ada mak?” Ada nada sendu
dalam suara Zikri. Pantas Mazliana beralih topik. Gatal betul
mulut dia ni.
“Tiga benda yang saya rasa mendamaikan hati.
Pertama laut. Kedua bulan dan bintang dan yang ketiga
awan,” ucapnya dengan penuh yakin lagi bersungguh-
sungguh, tiada keraguan.
Kening Zikri terangkat. Awan? Laut?
“Kenapa?” soal Zikri kurang faham.
Matanya jatuh kepada senyuman manis yang
menghiasi wajah mulus wanita di sebelahnya. Dia tahu
Mazliana ada kelebihan. Kalau tidak takkan hati sekeras
Tengku Iskandar pun mampu ditundukkan. Tak sangka bila
mendengar cerita Tengku Iskandar ke galeri naik motor???
Tak mungkin akan terjadi dalam kamus hidup temannya itu.
Tapi Mazliana seakan mengubah sejarah dan mungkin akan
mencipta sejarah.
“Cuba bos tengok awan tu....” Mereka mendongak
memandang ke arah awan yang membiru, dihiasi awan putih
yang persis kepulan asap.
“Kalau kita berada di laut, kita akan dapat lihat
pertemuan langit dan bumi. Bila tengok laut, bos akan
nampak tiada perbezaan antara langit dengan bumi kerana
akhirnya bersatu juga dekat tengah-tengah garisan.”

263
Doktor Cinta

Zikri menganalisis wajah yang masih mendongak


ke langit. Hebat kata-kata wanita ini, patutlah Mak Engku
pun boleh terpikat.
“Jadi pepatah bagai langit dengan bumi tu tak boleh
pakailah?” duga Zikri lagi. Mazliana tersenyum.
“Emmm... bagai langit dengan bumi memang
berbeza, tapi pertemuannya samalah macam pipit dengan
enggang. Memang pipit tak boleh terbang dengan enggang
tapi hakikatnya dua-dua terbang di udara dan kadang-kadang
terbang di tempat yang sama, jadi tak ada bezanyalah. Tapi
peribahasa tu perlambangan yang dibuat orang dulu
membawa pada sindiran yang berlapik, jadi boleh diterimalah.”
“Susah jugak bercakap dengan orang seni ni,” ujar
Zikri senang. Dia tersenyum.
“Semua kita adalah orang seni bos. Bos pakai baju
pun nak ikut warna yang sama. Baju biru tali leher mesti
sesuai dengan baju, kan? Itu semua seni.” Sekali lagi Zikri
tersenyum. Tiba-tiba dia terasa masalah yang terbeban di
kepalanya beransur pergi bersama angin yang bertiup lalu.
“Kaki awak dah okey?” tanya Zikri pula.
“Hmmm...okey la. Kenapa? Bos besar ada cerita
apa-apa eh?” soal Mazliana selepas menjawab pertanyaan
Zikri.
Ketawa Zikri menampar telinga. Teringat ketawa
sakan dia dan Tengku Iskandar apabila peristiwa yang
menimpa Mazliana menjadi perbualan mereka. Mazliana
menjeling geram.
“Tapi kenapa bos besar lari bila nampak perempuan
tu?” Pertanyaan Mazliana meredakan ketawa Zikri. Dia
tersenyum.

264
Dyadila

“Mungkin lebih baik jika soalan itu awak tujukan


kepada Iskandar. Saya tak ada jawapan untuk itu,” jawab Zikri
bijak. Dia juga tiada jawapan yang terbaik untuk diberikan.
“Elehhh... kalau saya jatuh tergolek pun bos besar
cerita, tak mungkin bos tak tahu pasal perempuan tu.
Mustahil!” duga Mazliana serkap jarang.
Zikri hanya diam. Soalan Mazliana dibiarkan
berlalu begitu sahaja.
Tiga puluh minit berlalu, Zikri sudah melonggarkan
tali lehernya. Butang baju yang menutup lehernya dibuka.
Wajah tenang Mazliana di sebelah dipandang lama.
“Ada ikan ke tak ni?” tanya Zikri mulai bosan.
“Mana ada ikan dalam tasik ni, inikan tasik buatan,”
ujar Mazliana selamba sambil bangun dari duduknya. Bulat
mata Zikri. Ayat Mazliana betul-betul membuatkan mukanya
berubah merah.
“Habis tu kita buat apa dekat sini?”
“Buat bodoh....” Mazliana tersenyum.
“Mazliana!!!” jerit Zikri menahan geram. Kurang
asam punyai budak!!!
“Jomlah balik, dah nak maghrib ni,” bisik Mazliana
perlahan. Dia ketawa kecil. Terkena juga bosnya tu.
Sebaik sahaja meninggalkan rumah Mazliana, Gen
2 hitamnya bergerak perlahan menyusuri kesibukan jalan
raya yang sesak. Dia tersenyum sendiri terkenangkan
peristiwa dia dengan Mazliana tadi. Kenapalah dia bodoh
sangat sampai tak terfikir yang dia memancing di tempat
yang langsung tak ada ikan. Patutlah banyak mata yang
memandang ke arah mereka, rupanya memang mereka
melakukan sesuatu yang tak masuk dek akal langsung.

265
Doktor Cinta

“HAI dari manalah anak kesayangan Haji Nordin ni?” Teguran


Azlin membuatkan Mazliana tersenyum manja.
“Pergi mancing.” Ringkas jawapan Mazliana
membuatkan semua mata di situ memandang tepat ke
arahnya. Kenapa, tak percaya??? He he he....
“Sejak bila pulak anak ayah ni suka memancing?”
“Haah... bukan ke itu benda yang paling Maz tak
suka?”
Mazliana tersenyum manis. Wajah Puan Maznah
dicium lembut. Saja buat Kak Lin cemburu. Cebikan wajah
ayahnya membuatkan dia mengambil tempat di sebelah Haji
Nordin. Tangannya melingkari lengan ayahnya lalu bersandar
mesra.
“Sebab ayah kesayangan hamba ni suka memancing,
jadi anakanda nak belajar bagaimana rasa meminati hobi
yang sama,” ujar Mazliana mengusik.
“Emmm... yalah tu, ke pergi dengan buah hati
kesayangan tuan hamba?” Haji Nordin mencuit hidung
anaknya. Mazliana tersenyum. Siapa buah hati sayangnya?
Bos besar? Eiii... jangan haraplah bos besar nak temankan dia
pergi memancing. Lama juga dia tak bertemu tunangnya tu.
Rindulah pulak... ewah!!!
“Iskandar apa khabar? Lama juga dia tak datang
sini,” tanya Puan Maznah pula.
“Maz bukan pergi dengan dialah mak,” ujar Mazliana
manja.
“Habis dengan siapa pulak? Naik apa? Ke mana Maz
pergi dah senja baru balik?” Sekali lagi soalan bertubi-tubi
dari Puan Maznah. Huiii... tak ada stop langsung.
“Encik Zikri,” jawab Mazliana malas. Mesti ada

266
Dyadila

soalan berkait. Lepas ni baik cepat ambik langkah


pencegahan. Dia pantas bangun menuju ke tangga.
“Nak mandi dululah... dah bau kambing.”
Azlin yang baru nak membuka mulut terus
tersenyum. Nak larikan dirilah tu. Macam la orang tak tahu.

LANGKAHNYA terpaku di situ. Punyalah besar dan luasnya


Malaysia ni macam mana boleh jumpa dekat sini juga minah
lintah ni. Dia cuba berlagak tenang. Teringat semburan
amarah sekali dengan air liur memercik-mercik dari Tasha.
Aduhhh... malang betul petang ni!
“Eh... Cik Tasha, kebetulan pulak!”
“Bukan kebetulan tapi I memang nak cari you!”
Kegedikan gaya lintah sedikit hilang. Mungkin ada lagi sisa
marah dan sakit hatinya. Maklumlah tak pasal-pasal dia
dituduh perampas kebahagiaan wanita di depannya sekarang.
Air liur ditelan perlahan. Kalau ikutkan pada gaya
bahasa badan yang dilontarkan oleh minah lintah ni macam
ada lagi yang tak kena ni. Mazliana masih mengambil langkah
berjaga-jaga, manalah tahu kalau tiba-tiba kena siram dengan
asid macam drama dalam televisyen. Fuhhhh... tak ke kes
cacat seumur hidup nanti.
“You dengar tak apa I cakap ni???” jerit Tasha dari
jarak dekat. Berdesing telinga memecahkan sisa-sisa syak
yang berkembang di otak sebelah kanannya.
“Hah??? Dengar... eh, tak dengar!”
“Dengar ke tak???”
“Secara tak ikhlasnya dengar tapi kalau secara jujur

267
Doktor Cinta

dan ikhlas lahir dari hati suci bersih saya ni tak berapa nak
dengar, boleh Cik Tasha ulang siaran?” ujar Mazliana selamba.
Tasha mencebik benci.
Amboi... tayang pulak muka sombong lagi bongkah
kayu depan aku. Hesy... kang ada juga anak orang yang
makan penampar ni kang. Mazliana cuba melontarkan
senyuman paksa. Pantang datuk nenek dia bermasam muka
dengan orang lain nanti, cepat pulak jadi warga emas. Siapa
yang susah??? Aku... juga.
“I nak you ingat, jangan nak pandai-pandai rapat
dengan Iskandar!!! Dia milik I dan akan selamanya jadi milik
I! I tak akan biarkan you sesuka hati rampas dia dari I!!!”
Amaran daripada si minah lintah. Ala... ayat copy paste aje.
Dah berapa kali nak cakap entah.
“You dengar tak apa I cakap ni???” ulang Tasha tidak
puas hati. Mazliana melangkah setapak ke belakang. Kalau
dekat sangat ni boleh pekak telinga.
“Emmm... saya rasa dah dekat sepuluh kali Cik
Tasha ulang benda ni dekat telinga saya. Bukan saja dengar,
dah naik hafal pun, tapi itulah saya pun nak buatlah balik
siaran tertunda mungkin Cik Tasha terlepaslahkan. Saya
sekarang dah menjadi tunang Tengku Iskandar dan saya tak
ada masalah pun sebenarnya kalau nak tinggalkan dia. Cuma
yang menjadi masalahnya dia yang tak boleh tinggalkan saya,
macam mana?” Bulat mata Tasha mendengar apa yang lahir
dari mulut Mazliana.
“Awak memang kurang ajar!!!” Sekali lagi Tasha
menjerit tapi kali ini dengan tangannya sekali diangkat.
“Auchhh... sakit!!!” Tasha cuba menarik tangannya
yang terkunci di dalam genggaman kuat Mazliana.
“Saya guna bahasa elok. Jangan paksa saya

268
Dyadila

tinggikan penggunaan bahasa kepada tahap kurang ajar yang


Cik Tasha cakap tu. Saya rasa mak ayah saya cukup mendidik
saya dari kecik sampai besar, jadi Cik Tasha bukanlah orang
yang layak untuk menidakkan ajaran mak dan ayah saya!”
Tubuh itu ditolak ke depan. Tasha menggosok pergelangan
tangan yang terasa sengal. Cengkaman kuat Mazliana tadi
meninggalkan bekas.
Tasha berundur ke belakang. Dia tahu Mazliana
bukan perempuan biasa. Satu-satu air matanya sendiri
melahirkan suara esakan kecil.
Aduhhh... menangislah pulak. Aku baru buka
langkah sikit dah keluar air mata. Ni yang lemah sikit.
Kepalanya digaru perlahan. Alahai... berdramalah pulak
perempuan lintah ni.
Satu per satu tisu dari kotak dikeluarkan.
Dihulurkan kepada Tasha yang masih menghembuskan air
hidungnya. Hesy... kalau aku lelaki, dah reject seribu kali
tanpa pertimbangan. Wajah Tasha kelihatan sangat sedih.
“Dahlah tu, ramai orang tengoklah, malu!” pujuk
Mazliana.
Mazliana hanya mampu tersenyum apabila ada
mata yang memandang ke arah mereka. Mana taknya, tengah
jalan orang ramai ni. Aduh... mana nak simpan muka ni?
Kalau ada kuasa hilangkan diri dah lama aku hilang. Mazliana
mengeluh lemah, cuba mencari jalan keluar.
“Sampai hati Abang Is buat macam ni,” ucap Tasha
dalam esakan.
Hai... tadi macam garang semacam, ni dah
jiwanglah pulak minah lintah ni. Masak macam ni!
“Masalahnya Si Iskandar tu ada hati ke?” Ops...
terlepas cakap. Pantas mulutnya ditutup rapat.

269
Doktor Cinta

“Apa dia?” Tasha tak dapat menangkap apa yang


dikatakan oleh Mazliana.
“Eh... tak ada apa. Emmm... kalau nak nangis,
nangislah. Saya temankan lagi sepuluh minit.”
Tiba-tiba ringtone volume lima Nokia 3310nya
memecah sunyi.
“Opocot kau bunyi keluar... eh seluar kau berbunyi
tak angkat eh... diangkat ehhh... berbunyi lagi!” latah Tasha
perlahan. Mazliana ketawa kuat. Melatah rupanya minah ni.
Ketawanya bersambung di dalam hati.
“Hello... yes?” jawabnya malas. Sakit hati juga bila
tunangnya itu tak datang, janji nak belanja aku tengok
wayang... penipu betullah bos besar ni. Alasan sibuk? Bukan
ke itu alasan tak berapa bijak???
“Hospital??? La... okey, okey. Saya datang sekarang!”
“Siapa masuk hospital???” tanya Tasha dalam esak
sedihnya.
“Cik Tasha bawa kereta ke datang sini?” Anggukan
Tasha melegakan hati. Mana nak cari teksi waktu ni.
“Jom kita pergi hospital!” sambung Mazliana lagi
mengajak.
“Tapi siapa yang masuk hospital?” tanya Tasha lagi
masih tak puas hati.
“Tengku Iskandar!”
“Hah??? Oh My God! Cepat!” Belum sempat habis
ayat, Tasha sudah meluru laju meninggalkan Mazliana.
Haiii... laju ya...?

270
Dyadila

Bab 18
K
ELUARGA Haji Nordin sibuk
dengan persiapan-persiapan
terakhir majlis antara Doktor
Johan dan Doktor Azlin. Terdengar di telinga pujian
melambung jiran-jiran tentang tuah Haji Nordin dan Puan
Maznah.
“Bertuahnya badan kau Nah. Seorang dapat Tengku
seorang lagi dapat doktor. Ya Allah... kalau aku la,
bahagianya!” Kedengaran suara volume empat puluh lima
Mak Jenab. Macam biasalah wartawan tak diiktiraf sijilnya.
Persis gelang sampai kat lengan. Hai mami jarum alahai
mami jarum, menyampai cerita cepat dari berita. Stop! Dah
tu. Hesy... sempat nyanyi pulak orang tengah sibuk ni.
Mazliana membantu menyiapkan persiapan di bilik
pengantin yang bertemakan warna emas. Eiii... pleaselah
warna emas. Ini yang keseratus satu kali dia membantah
warna pilihan pengantin tu. Jawapan Kak Lin senang aje, ada
aku kisah???
“Kak Lin ni buta warna ke apa? Warna emas tak

271
Doktor Cinta

cantik langsung. Cuba fikir warna ke arah kesejahteraan sikit.


Ni nampak sangat kebendaan,” bebel Mazliana. Azlin hanya
tersenyum mendengar omelan adik kesayangannya itu.
“Warna banyak makna konon, kalau nak makna
sangat pilih aje warna hitam. Hah... hitam itukan menawan,”
perli Mazliana lagi. Azlin tahu Mazliana tak puas hati apabila
cadangannya untuk menggunakan warna putih dan merah
hati ditolak mentah-mentah tanpa rayuan.
“Ala... kalau kamu nak, nanti kamu kahwin nanti
kamu buat sendiri. Nak warna-warni pun mak long tak
kisah.”
Aduh!!! Kan dah kena! Alamak, macam mana dia ni
ada dekat tempat kejadian ni. Hajah Kamariah merupakan
kakak sulung dan satu-satunya adik-beradik yang mak ada.
Dua beradik aje. Mengenangkan ayah aku anak tunggal jadi
Hajah Kamariah dan suami tercinta iaitu Haji Hussin adalah
satu-satunya pak long dan mak long yang aku ada.
“Eh... mak long bila sampai?” Ewah.... tukar topik,
pura-pura sopan.
“Tahun lepas…”
Gulppp yes!!! Terkena lagi. Mak long memang suka
tengok cite Mr. Bean. Itu sebab kadang-kadang dia suka
bergurau. Kononnyalah.
Puan Maznah masih tersenyum lebar. Melihat
gambar kenangan anak gadisnya yang manis bergaya di majis
pertunangan mereka. Kedatangan Haji Hussin dan Hajah
Kamariah satu-satunya keluarga yang sanggup datang dari
jauh membuatkan dia terharu.
“Tak sangkakan kak long...” Puan Maznah memecah
sunyi.

272
Dyadila

“Apa yang penting budak-budak ni bahagia Nah.


Lagipun kalau nak ikutkan aku berkenan sangat dengan
menantu-menantu kau tu. Sedap hati ni tengok.”
“Senang hati saya kak long, nak pergi nanti pun tak
adalah hati ni tak senang sebab dah ada orang yang tolong
tengok-tengokkan anak bertuah tu.” Sempat Puan Maznah
mencuit bahu Mazliana yang berbaring di riba mak longnya.
Manja, macam budak umur tiga tahun.
“Emmm... bertuah betul anak kesayangan mak long
ni, mak mentua pun baik hati.”
Mazliana tersenyum manis, dia masih baring manja
di ribaan mak long kesayangannya. Tengku Mariam yang
duduk di sisi maknya juga tersenyum.
“Maaflah engku, anak dara ni memang manja
dengan saya. Kalau saya ada, macam kucing siam asyik nak
melekat aje,” jelas Hajah Kamariah. Tak mahu wanita itu
salah sangka.
“Tak apalah Hajah. Dia nak bermanja,” ujar Tengku
Mariam sambil tersenyum.
“Tak apalah mak long. Kalau mak long nak tahu,
Mak Engku ni adalah salah seorang daripada ibu-ibu yang
tersenarai sebagai ibu penyayang. Tahu tak? Kata omputihnya...
a good mother,” puji Mazliana. Bukan bodek tapi ikhlas dari
hati.
Memang sejak kecil lagi Mazliana rapat dengan mak
long dan pak longnya, tambah-tambah lagi Haji Hussin dan
Hajah Kamariah memang tidak dikurniakan anak. Jadi
Mazliana la menjadi tempat mereka mencurahkan kasih
sayang. Puan Maznah hanya tersenyum mendengar kata-kata
anaknya.
“Hesy budak ni, mestilah mak tu risau. Macamlah

273
Doktor Cinta

mak long tak kenal siapa Maz tu. Semua yang ada dalam
kepala kamu tu ada dalam poket mak long, tahu tak?”
Mazliana tak jadi melangkah, dia kembali berpaling.
“Hah??? Kalau ada dalam poket mak long, nak
tengok! Nak tengok!” Mazliana meluru kembali ke arah Hajah
Kamariah. Tubuh tua itu dipeluk erat. Dia berpura-pura ingin
melihat sesuatu pada mak longnya.
Puan Maznah tersenyum mendengar latah kak
longnya, ketawa Mazliana kedengaran riang mengusik mak
longnya.
“Hesy... budak ni bilalah nak berubah, suka sangat
mengusik,” rungut Hajah Kamariah lagi.
“Apa yang buat Maz jatuh hati dengan Tengku
Iskandar yang hensem tu?” Mazliana terkedu dengan soalan
cepumas mak longnya. Hah... inilah soalan yang sepatutnya
difikirkan jawapannya sejak dulu.
“Hah??? Itu mak long kena tanya dialah sebab
bukan Maz yang jatuh cinta pada dia dulu tapi dia yang
terpikat dengan anak kesayangan mak long ni,” jawab
Mazliana senang.
Ewah... banggalah pulak. Sejak bila pulak bos besar
jatuh cinta dengan dia entah. Perasanlah pulak! Kalaulah
Tengku Iskandar dengar pengakuan berani mati aku ni,
alamat mesti dia terus duduk dalam bilik tak keluar-keluar
sebab tak sanggup nak terima kenyataan. Terlakar senyuman
nakal di wajahnya. Hesy... jangan merepeklah. Si Julia Hana
tu nak campak mana? Tengku Mariam hanya tersenyum
mendengar jawapan dari mulut gadis itu. Memang dia akui
dia senang berada dalam keluarga serba sederhana itu.
“Maaflah Kak Engku, budak ni kalau bercakap
bukan tengok orang kiri kanan.” Segan pulak rasanya dia

274
Dyadila

dengan Tengku Mariam yang hanya tersenyum dengan


telatah anak gadisnya itu. Manja sangat!!!
“Tak apalah, sebab dia macam nilah saya pun dah
terpaut sayang,” akui Tengku Mariam jujur. Dari pagi tadi dia
duduk membantu apa yang patut. Dalam diam juga dia
semakin terpikat dengan telatah bakal menantunya itu.
“Ni yang sayang Mak Engku ni. Muahhh!!!” Satu
flying kiss dari jauh dilayangkan ke arah bakal mentuanya.
Gila laaa… kalau cerita sebenar terbongkar mesti Mak Engku
kecewa.
“Hesy... budak ni ada ke pulak buat macam tu.
Bertuah punya budak!” Hajah Kamariah mencubit kuat pipi
anak buah kesayangannya. Membiarkan Mazliana menjerit
sakit.
Mereka yang ada di situ ketawa sama melihat
gelagat dua beranak itu. Azlin yang sibuk ke hulu ke hilir
berhenti seketika untuk turut serta dalam keriuhan di ruang
tamu itu. Memang kalau tak ada Mazliana alamat sunyilah
rumah.
Mak Engku merapati Mazliana yang sedang
mencucuk bunga di pasu.
“Maz, Si Iskandar dengan Zikri ni mana tak sampai-
sampai?” tanya Tengku Mariam perlahan. Semalam dia sudah
mengingatkan anaknya tentang majlis ini. Tak mungkin Zikri
juga lupa.
“Alaa... Mak Engku jangan bimbanglah. Tadi dia call
Maz dia kata malam-malam sikit dia datang.”
“Malam apanya, esok dah nak makan besar. Nak
kena Si Iskandar ni. Budak Zikri ni pun sorang lagi entah ke
mana-mana perginya!”

275
Doktor Cinta

“Mak Engku, Zikri kan ke Bandung. Mak Engku


lupalah tu,” ujar Mazliana mengingatkan.
Tengku Mariam menepuk dahinya. Macam manalah
dia boleh terlupa yang Zikri dan suaminya ke Bandung dua
hari lepas. Penat dia membebel sendiri memarahi Zikri dalam
hati tadi. Tak pasal-pasal anak yang tak bersalah menjadi
mangsa.
“Habis Si Iskandar ni pulak ke mana?” Sekali lagi
dia bertanya geram.
Mazliana hanya tersenyum. Perlu ke dia bagi
maklumat di mana bos besarnya berada? Mungkin sekarang
ni bos besar masih lagi di hospital menemani kekasih hatinya
yang sedang sakit. Sesak juga nafasnya bila soalan demi
persoalan menerjah masuk ke hatinya. Baik dia diam!
“Mak Engku jangan risaulah, nanti dia datanglah
tu. Mungkin sekarang ni dia sibuk. Tak apa, nanti Maz call
ingatkan dia balik.” Melihat wanita itu mengangguk. Dia
melepaskan nafas lega.
“Eh... mana pak long dengan ayah ni tak balik-balik
lagi?” bisik Mazliana apabila Puan Maznah melintas di
hadapannya.
“Kenapa?”
“Adalah... ni hal orang laki, mak mana boleh tahu.”
Ketawa Mazliana bertambah kuat. Saja nak kenakan mak.
Dia menjerit kesakitan apabila Puan Maznah
melayangkan satu cubitan berbisa di lengannya. Mak oiii...
berbekas tu. Sakit giler!
Mazliana tersenyum mendengar perbualan rancak
Puan Maznah, Hajah Kamariah dan Tengku Mariam bersama
jiran tetangga yang memenuhi ruang dapur. Wajah mak

276
Dyadila

tambah berseri apabila mak long menceritakan pengalamannya


semasa mengerjakan haji. Jelas mak tak sabar menunggu
gilirannya. Sesekali Mazliana mencelah apabila namanya
dikaitkan.
Puan Maznah dan Haji Nordin akan mengerjakan
haji tahun ni. Bagi Haji Nordin ini adalah pengalaman
keduanya tapi bagi Puan Maznah peluang inilah yang paling
ditunggu-tunggu. Kalau dulu hanya suaminya yang berpeluang
tapi sekarang sampailah gilirannya menunaikan rukun Islam
kelima itu.
“Mesti bosan bila mak dengan ayah tak ada,”
ngomel Mazliana.
“Itulah mak long suruh ikut balik kampung tak
nak,” bebel mak longnya.
“Ala... bukan tak nak, tapi banyak benda Maz kena
buat dekat sini.”
“Emmm... yalah tu. Mak rasa kerja anak mak ni
menyukat jalan dekat Kuala Lumpur la.” Puan Maznah
mengusik anaknya lagi.
“Nanti tak takut ke tinggal dekat rumah sorang-
sorang?” tanya mak longnya. Saja nak buat drama seram ar
tu.
“Kak Engku ni dah sibuk suruh dia tinggal dengan
mereka. Pening juga kepala bila fikir cara Kak Engku layan
anak manja saya ni. Tapi tak rasa terkilanlah kalau saya dah
tak ada nanti ada jugaklah mentua yang sayangkan dia.”
Mazliana pantas bangun. Wajah Puan Maznah dipandang tak
puas hati.
“Kenapa mak cakap macam tu? Tak sukalah macam
ni.” Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut mak long dan
Tengku Mariam. Walaupun bukan dia yang buat lawak.

277
Doktor Cinta

Memang kali ini wajahnya serius. Dia paling pantang kalau


buka cerita pergi tak kembali ni.
“Tak apalah Cik Nah, kita akan jaga anak manja
awak ni sebaik mungkin awak janganlah risau. Lagipun kalau
nak ikutkan memang sikit lagi dia kena duduk dengan kita
pun, kan?” usik Tengku Mariam. Mazliana tiba-tiba terasa
malu. Hesy... alamak merah ar pulak muka.
“Elehhh... malu tapi mahu!” Sempat Azlin
mengusik adiknya. Sekali lagi ruang dapur riuh dengan gelak
tawa.
Keriuhan suara mak longnya kedengaran di ruang
dapur. Bunyinya seakan mengarahkan sesuatu. Memang tak
menjadi masalah bagi mak long untuk mengendalikan majlis
mengenangkan mak long adalah Pengerusi Majlis Gotong-
Royong Kampung Lumut. Memang bestlah mak long!
Mazliana meninggalkan hiasan sirih junjung yang
dibuat apabila mendengar jeritan Azlin dari bilik. Jelas
memekakkan anak telinga orang yang berada di situ. Apalah
masalah pengantin terjerit-jerit ni. Hesy... buat malu orang
kampung aje.
“Nak apa terjerit-jerit macam Tarzan ni? Awak tu
nak jadi raja sehari cuba control ayu sikit!” Sound direct
Mazliana kepada kakak kesayangannya.
Walaupun ada rasa sedih sebab Mazlinda adik
keduanya masih tak boleh balik meraikan bersama disebabkan
tanggungjawab beratnya sebagai pelajar tapi keriuhan
Mazliana mengubat segalanya.
“Tengok ni siapa?” Skrin komputer riba milik Azlin
dipandang.
Dilihat Mazlinda melambai-lambaikan tangannya
dan mengangkat tanda peace, bajet muka comel. Webcam

278
Dyadila

dibesarkan menjadi full skrin. Menjelajah dunia tanpa


sempadan sekejap.
“Seronoknya... nak balik!!!” jerit suara yang dirindui
itu. Wajah di dalam kotak skrin lap-top milik Azlin cukup
mengubat rasa rindu. Lamanya Kak Ida tak balik.
“Itulah, siapa suruh belajar jauh-jauh, kan dah
kantoi tak boleh balik?” Ada nada sendu di hujung kata-kata
Mazliana. Hah... rindunya dia pada kakaknya yang sorang ni.
“Kak Lin dah pakai inai?” tanya Mazlinda, suara itu
kedengaran sayup-sayup, mungkin kerana jarak atau keadaan
line internet yang mengganggu.
Azlin mengangkat kedua-dua belah tangannya, jari-
jemarinya dilayarkan di depan skrin. Mereka ketawa lagi. Jari
orang cacat dah berinai, usik Mazliana sejak semalam. Sejak
kecil lagi Azlin selalu mempertikaikan jarinya yang sedikit
berisi. Sejak itu Mazliana akan mengusiknya, budak cacat.
“Budak sorang tu tak berinai ke kak?” Suara di
dalam skrin kedengaran lagi.
“Emmm... bertuahlah kalau Si Maz ni nak berinai.
Dekat pun tak nak Ida. Kalau Ida ada mesti Ida yang first
gatal-gatal nak berinai, kan?”
Mazliana mencebik. Hah... ni nak mula kenakan
akulah tu. Mentang-mentang dapat bertentang mata secara
online, nak kecoh pulak.
“Mestilah!” jerit Kak Ida. Senyumnya jelas kelihatan
sampai ke telinga.
“Kak Lin sorry sebab tak dapat balik. Sedih rasa hati
ni bila Kak Lin nak kahwin, Ida tak ada. Sorry... mesti banyak
kerja nak buat, kan?” ucap Mazlinda dengan nada yang sayu.
Terkilan tidak dapat bersama di hari bahagia kakak

279
Doktor Cinta

kesayangannya. Hahh… sudah nak masuk part sedih la ni. Ni


yang malas nak ikut sekali join kumpulah tangkap jiwang ni.
Mazliana dapat melihat air mata Kak Linnya sudah menitis.
“Hesy... dah ar, ini kan nak sambut hari bahagia.
Jangan nak sedih-sedih, nanti hilang pulak seri pengantin
tu.” Ewahhh... sejak bila aku tahu pasal seri menyeri ni
entah.
“Emmm... betul kata budak sorang tu Kak Lin.
Tiba-tiba aje mak cik tu bagi nasihat yang bernas,” usik Kak
Ida di hujung talian.
Mazliana menjelir lidah. Sengaja menayangkan
muka tak boleh blahnya.
“Okay my sis, hadiah Ida dah pos. Hope u like it,
okay. Selamat pengantin baharu dan semoga berbahagia
sehingga ke akhir hayat. Nanti Ida balik dah ada baby tau!”
Pesan Mazlinda panjang lebar.
Mazliana ketawa kuat. Pesanan ikhlas yang
melampau. Siap ada baby lagi tu. Jelas kelihatan wajah Kak
Lin berona merah. Mazliana ketawa dalam hati. Kelakar pulak
bila tengok muka Kak Linnya.

WALAUPUN secara luarannya aku membantah habis-habisan


perkahwinan Jolin, hah tak faham??? Jolin adalah Johan
dan Azlin atau dalam kad raja seharinya JO & LIN. Namun
bantahan aku tu tak adalah sampai ke hati. Aku atas nama
Mazliana Haji Nordin adalah orang yang paling gembira.
Senyuman manis berseri Kak Lin sepanjang menghitung hari
bahagianya cukup untuk buat hati ini sejuk.

280
Dyadila

“Hai!” Johan duduk di kerusi kosong yang


bertentangan dengan Mazliana, senyuman terlakar di wajah
berseri lelaki tu. Maklumlah bakal pengantin baru.
“Eh… sejak bila pulak pengantin lelaki boleh lepak
rumah pengantin perempuan sesuka hati ni?” tanya Mazliana
selamba. Bukan ke orang tua kata tak manis. Hesy... budak-
budak sekarang bukan boleh dengar kata orang tua. He he
he... macamlah aku dengar sangat.
“Terima kasih,” ucap Johan dalam senyuman.
Berkerut dahi Mazliana mendengar ucapan yang keluar dari
mulut lelaki itu. Keningnya diangkat tinggi. Tayang muka
blur.
“Terima kasih sebab apa pulak?” soal Mazliana pelik.
Tiba-tiba aje.
“Semuanya. Terima kasih sebab terima abang dan
terima kasih sebab sudi menjadi adik ipar abang.” Lembut
suara itu masuk ke telinganya.
Mazliana bangun dari kerusi. Matanya masih tepat
memandang ke arah lelaki yang baru lapan jam diterima
sebagai bakal menjadi abang iparnya. Itu pun selepas
menjalani tapisan tujuh peringkat. Nasib baik lulus. Ucapan
terima kasih yang diucapkan tadi berjaya diproses.
“Ala... no hal ar. Sekarang ni apa yang penting
kebahagian Kak Lin. Kalau dia pilih Doktor Johan, maknanya
ada sesuatu yang istimewa yang ada dalam diri Doktor
Johan.” Johan tersenyum. Dia dapat merasakan penerimaan
adik iparnya itu.
“Tapi ingat, kalau ada sesuatu yang buat kakak
kesayangan saya tu menangis disebabkan Doktor Johan,
jangan salahkan saya kalau muka hensem Doktor Johan tu
termasuk dalam longkang,” sambung Mazliana lagi. Serius.

281
Doktor Cinta

Johan ketawa kecil, walaupun dia tahu kata-kata Mazliana itu


membawa mesej yang mendalam.
“Boleh tapi dengan satu syarat,” pinta Johan
perlahan.
Pulak!!! Macam bos besarlah pulak nak main syarat
segala.
“Apa pulak syaratnya?” tanya Mazliana tak puas
hati.
“Maz kena tinggalkan panggilan Doktor Johan tu.”
“Nak tinggalkan dekat mana pulak?” tanya Mazliana
sengaja buat-buat tak faham.
“Mana-manalah. Maz gantikan dengan Abang
Johan,” ujar Johan lagi. Mazliana ternganga. Abang??? Tiba-
tiba tekaknya loya, nak muntah!!!
“Emmm... bolehlah, tapi lepas tiga puluh tahun
laaa....” Mazliana menjelir lidah, lalu meninggalkan Johan
yang masih dalam sisa tawanya. Apa yang kelakar dia sendiri
tak tahu.

SENYUMAN tak lekang dari bibir manis itu. Mazliana


tersenyum bila melihat pipi kakak kesayangannya dicium
manja oleh Puan Maznah dan Haji Nordin. Tiba-tiba saja
paru-parunya terasa sayu. Sedihlah pulak!!! Hesy... cover Maz,
takkan dah besar nak nangis kut!
“Apa yang Maz bualkan dengan Abang Johan tadi?”
tanya Azlin. Eleh... risau aku cakap bukan-bukanlah tu.
“Tak ada apa. Maz cuma bagi tip sikit dengan Si
Johan tu macam mana nak berdepan dengan perempuan

282
Dyadila

yang ada tali pinggang hitam seni gayung ni pada malam


pertama,” usik Mazliana.
Bulat mata Azlin mendengar ayat adiknya. Mukanya
merah menahan malu. Gila punya adik. Ada pulak cakap
macam tu. Hesy... buat malu aje. Mak long yang dari tadi
menjadi pendengar hanya ketawa kecil. Sempat dia layangkan
penampar Jepun di bahu Mazliana. Aduh pedih! Apahalnya
sejak dua menjak ni asyik makan penampar aje ni? Ahhh!
“Cuba cakap elok-elok dengan kakak tu.” Mazliana
mencebik mendengar nasihat mak longnya. Eleh... macam
dia tak tahu yang mak long pun join sekaki kalau bab
mengusik kakaknya tu. Boleh pulak buat ayat cover line.
Mak long adalah tulang belakang majlis. Kalau tak,
mesti Puan Maznah tak menang tangan. Mana nak uruskan
rumah lagi, nak uruskan kenduri lagi. Walaupun kenduri
yang dirancang sederhana tapi dapat dirasakan kemeriahan
yang bakal berlaku esok. Mesti best punyalah!
Tiba-tiba Nokia 3310nya berdering kuat.
“Nak ke mana tu?” tanya mak longnya yang sedari
tadi duduk berhampiran dengannya.
“Hospital,” balasnya pendek.
“Siapa Maz? Siapa pulak yang masuk hospital?”
tanya Puan Maznah dilanda kebimbangan.
“Emmm... kawan Maz mak. Nak pergi tengok
kejap.”
“Nak pergi dengan siapa tu? Suruh pak long
hantar,” cadang mak longnya.
Tetapi cadangan itu ditolak mentah-mentah. Hesy...
kalau buatnya pak long tengok bos besar dekat hospital tak ke
kes bertambah panjang.

283
Doktor Cinta

“Tak apalah mak long, Maz pergi dengan adik Maz


aje.” Hajah Kamariah tersenyum. Fahamlah dia siapa yang
dimaksudkan. Puan Maznah hanya menggeleng perlahan
melihat Mazliana yang sudah hilang bersama Taufiq.
“Budak ni... suka risaukan hati orang.” Puan
Maznah berbisik perlahan.
“Dia anak yang baik.” Sambut Hajah Kamariah.
Tengku Mariam hanya tersenyum mengiakan kata-kata yang
baru didengar tadi.

PINTU WAD D412 ditolak perlahan. Kali ni dah masuk tiga


kali dia menjadi pengunjung di sini, sempat jugalah melihat-
lihat kawasan hospital yang cantik ni. Maklumlah bukan
hospital kerajaan yang selalu pergi tu, tapi hospital yang ada
taraf bintang-bintang. Taraf bintang-bintang???
Selepas salam diberi dia menolak lembut pintu,
bukan sebab dia dah jadi perempuan melayu terakhir tapi tak
nak pulak nanti kalau ada pulak pintu hospital yang tercabut.
Siapa yang susah? Dia juga. Mana nak cari duit nak bayar?
“Macam mana keadaan Kak Hana? Okey?” tanyanya
perlahan tak nak mengejutkan Tengku Iskandar yang sudah
terlena di sofa yang terletak di hujung tepi bilik. Mesej lelaki
itu mengingatkan dia agar membawa bubur ayam McD untuk
kekasih hati. Awek dia yang nak makan aku pulak yang kena
belikan. Ada ke patut???
“Okey. Ala... lagipun akak bukan sakit apa. Cuma
stres aje.” Senyuman manis wajah wanita itu tak pernah
lekang dari bibirnya. Tapi senyuman itu seakan tak ikhlas.

284
Dyadila

Wajah Tengku Iskandar yang masih lena dijeling


seketika. Emmm... sayang betul bos besar dengan Kak Hana
ni sampai sanggup tidur dalam keadaan tak sempurna macam
tu.
“Mungkin dia penatlah tu, sampai tertidur dekat
situ,” bahasa Julia Hana lembut. Aduh... lemah semua sendi
aku dengar. Kalaulah Mazliana Haji Nordin cakap ala lenggok
bahasa macam tu, alamatnya kena buat kenduri tujuh hari
tujuh malamlah Haji Nordin.
Emmm... alamak bos besar tidur, macam mana nak
ingatkan dia pasal esok ni? Kalau esok dia lupa majlis Kak
Lin, alamat kena belasahlah dengan Mak Engku. Mazliana
cuba memikir cara. Kalau nak bagi SMS macam tak berkesan.
Ini dah masuk dua belas kali dia bagi SMS tapi satu balasan
pun tak diterima.
“Nak akak kejutkan dia?” tanya Julia Hana.
“Eh tak apalah kak, biarlah dia tidur. Ini bubur yang
akak nak. Lepas tu tolong bagi pesanan ni dekat bos besar
ek.” Mazliana mencapai pen dan sehelai kertas di hujung
meja. Kertas pesanan itu ditinggalkan kepada Julia Hana.
Dia tak pasti sama ada statusnya sebagai tunang bos
besar sudah dimaklumkan kepada Julia Hana atau belum.
Tapi macam belum sebab macam tak ada apa-apa aje minah
ni nampak aku. Hah... lantaklah!

MAJLIS berjalan lancar, dari pagi senyuman mekar di wajah


manis Azlin dan Johan. Malah orang paling gembira adalah
kedua ibu bapanya. Sepanjang hari senyuman berona si
wajah. Dia tersenyum bahagia.

285
Doktor Cinta

Taufiq dan adik-adiknya juga rajin membantu. Tak


apa, lepas ni kena mintak Kak Lin habuan sikit untuk
mereka. Tak kurang juga Syamin yang dari tadi duk usung
pinggan mangkuk ke sana ke sini. Pura-pura sibuk ar tu.
Pelakon betul. Boharin sekeluarga juga ada datang tadi tapi
sekejap saja sebab ada lagi kenduri. Maklumlah makan free,
Bobo bukan boleh makan free ni. Perut pun dan besar macam
Blue Hyppo.
Cuma yang dari tadi tak nampak batang hidung dan
lubang hidung tunangnya siapa lagi kalau bukan Tengku
Iskandar Tengku Mazlan. Penat juga dia kena menjawab bila
ada jiran yang duk sibuk bertanya. Mangkuk betullah bos
besar ni!
Pinggan berisi nasi minyak dah beberapa jenis lauk
diletakkan di depan Tengku Iskandar. Mazliana sedikit
terkilan dengan sikap sambil lewa bos besarnya. Entah kenapa
kehadiran bos besarnya sejak pagi tadi ditunggu. Jam
menunjukkan pukul lima petang, semua tetamu dah balik
pengantin pun dah salin baju.
“Hai Maz, takkan tunang tak datang tolong kut?”
“Maz... mananya kau punya tunang? Takkan tak
nampak muka?”
“Hai Maz... ada masalah la tu. Budak baru nak
menetas macam tulah!”
Huh... macam nak menanahlah telinga ni dengar
macam-macam kata orang. Itu belum kira bebelan Mak
Engku lagi. Macam-macam dia suruh call, MMS, SMS dan
segala jenislah. Tapi maklumlah, 3310 kesayangan aku
manalah ada nak 3G, nak MMS segala tu.
“Emmm... makanlah, bukan untuk tontonan
semata-mata.”

286
Dyadila

Baru sekarang nampak muka. Baik tak payah


datang, marah hatinya.
“Mama mana?” tanya Tengku Iskandar sambil
matanya melilau mencari seseorang.
“Ada dekat dalam tu. Lepas ni bos besar kena tadah
telingalah. Saya dah nak dekat dua jam dengar dia
membebel.” Tengku Iskandar hanya mengangguk. Nasi
minyak di depannya membuka selera dah dua hari makannya
tak tentu semuanya disebabkan rasa risau yang menguasai
diri.
“Tak apa, kalau dia marah pun sekejap aje, lepas tu
okey balik,” ujar Tengku Iskandar yakin. Mazliana mencebik.
Macam tak bersalah pulak mamat ni. Tak ada perasaan betul.
“Okeylah bos besar makanlah ek. Kalau nak apa-apa
mintalah dekat siapa-siapa yang ada dekat sini ya.” Mazliana
merajuk? Eiii... betul ke ni? Eh, biar betul? Aku ke ni? Tapi
kenapa pulak aku nak merajuk? Hah... sudah!
“Marah nampak? Sorry, saya lambat. Lagipun hari
ni Hana keluar hospital,” jelas Tengku Iskandar sambil
meneruskan suapannya.
Ada aku kisah? jawab Mazliana dalam hati. Dia
hanya tersenyum, malas nak panjangkan cerita. Kalau nak
cerita sampai lusa pun belum tentu habis. Baik tunggu dan
lihat ambil langkah berdiam diri.
“Tak kisahlah bos, apa yang penting bos besar
datang meraikan majlis,” ucapnya lagi. Setelah diperkenankan
oleh hati dan mindanya memproses lancar, jadi kesalahan
Tengku Iskandar dimaafkan. Lagipun memang mamat ni
makan semut berpuluh-puluh ekor sehari, itu yang jadi
pelupa.
“Awak tak marah?” tanya Tengku Iskandar.

287
Doktor Cinta

“Hesy... bukan majlis saya, yang patut marah pun


sepatutnya Mak Engku. Tadi nak dekat berpuluh kali jugalah
dia tanya pasal bos besar,” ujar Mazliana panjang lebar. Dia
cuba mengawal amarahnya.
Tengku Iskandar hanya mengangguk sambil
melajukan suapannya. Nampak macam mangsa gempa bumi
pula bos besar ni makan. Dah berapa hari tak makan agaknya
mamat ni.
“Lapar sangat ke bos besar?”
“Emmm... bolehlah,” jawab Tengku Iskandar sambil
ketawa kecil. Hesy... terus tak jadi nak marah mamat ni.
Apalah ilmu dia pakai.
“Maz, nak cakap sesuatu boleh?” ujar Tengku
Iskandar meminta izin.
“Perlu ke minta izin?” soal Mazliana. Tengku
Iskandar menggeleng. Mazliana membetulkan baju kurung
yang sudah kedut seribu.
“Hah, apa dia?” tanya Mazliana lagi lepas lama
mereka terdiam.
“Cantik awak hari ni,” puji Tengku Iskandar ikhlas.
Mazliana tersenyum. Mangkuk punya bos besar, saja
nak buat jantung aku tak stabil. Mazliana berlalu
meninggalkan Tengku Iskandar apabila melihat wajah garang
Tengku Mariam yang sudah berjalan menghala ke arah
mereka.
“Maz nak ke mana tu? Tolonglah saya!” Pinta
Tengku Iskandar. Dia dapat mengagak yang mama akan
menyerangnya.
“Sendiri makan pengat sendiri mahu ingatlah!”
Mazliana tersenyum sinis.

288
Dyadila

Bab 19
T
ASHA menanggalkan cermin
mata hitam jenama Gucci,
hadiah daripada papa semasa
mereka bercuti di Paris. Eh... kena cerita juga ke? Tak
payahlah. Seorang lelaki botak dan seorang lelaki berbangsa
India tersenyum di depannya. Sampul coklat yang berada
di tangannya dibuka. Sekeping gambar dikeluarkan dan
dihulurkan kepada dua lelaki itu.
“I nak korang siasat apa hubungan mereka ni,”
arah Tasha perlahan. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan
cuba mengawal kawasan yang agak sunyi itu. Risau juga dia
kalau ada mata yang memandang.
Bob ketawa perlahan. Dia melihat dengan teliti
gambar yang sudah berada di tangan. Seorang lelaki sedang
tersenyum dan di sebelahnya seorang perempuan cantik.
“Itu saja? Atau bos nak suruh kami habiskan saja
mereka ni?”
“Eh... sekarang ni siapa yang bagi korang duit?
Buat dulu apa yang I suruh jangan sampai I pulak yang

289
Doktor Cinta

habiskan korang, faham???” sergah Tasha garang. Bengap


punya penjahat. Nama aje gengster tapi bertindak suka ikut
kepala lutut.
“Jadi gambar perempuan yang bos bagi dulu?”
Pertanyaan itu membuatkan Tasha menjeling. Perempuan
mana pulak?
“Hah??? Yang mana?” tanya Tasha kembali. Dia
pernah bagi gambar siapa pulak ni.
Bob menggaru kepalanya yang botak. Alamak, entah
apa masalahnya dia dapat bos yang pelupa macam ni.
“Ala... yang budak perempuan comel tu.” Si botak
tersenyum lebar. Tasha teringatkan gambar Mazliana yang
diserahkan dulu.
“Emmm... yang tu biar aku uruskan. Korang buat
apa yang aku suruh dulu.”
“Baik bos, tapi kalau gerak tak dapat nak minum-
minum air ni susah juga bos.” Giliran Raju pula bersuara
sambil menggosok tangannya. Tasha tahu apa yang
dimaksudkan oleh orang upahannya itu.
“Tak payah minum air. Berhenti dekat mana-mana
masjid minum aje air paip!” Kalau pasal duit aje, laju. Tapi
kerja tak pernah yang jadi. Tahunya nak menghabiskan duit
aku aje!
“Alamak bos, jangan buat lawak macam ni!”
“Siapa buat lawak? Cuba korang kira dah berapa
ribu duit I habis, tapi satu kerja korang pun tak selesai! Yang
korang tahu mintak duit. Sekarang ni I nak korang ubah
sikit prinsip kerja tu. Kerja biar kerana Allah jangan sebab
duit semata-mata!” perintah Tasha sambil meninggikan sikit
suaranya. Hesy... payah betul kalau berurusan dengan orang

290
Dyadila

tak ada ijazah ni. Susah, tak faham bahasa. Bob dan Raju
saling berpandangan. Seakan tak percaya apa yang keluar dari
mulut bosnya. Alamak bos ni dah insaf ke apa?
“Sikit pun tak ada ke bos?” pujuk Bob lagi dan Raju
pulak tayang muka dua puluh sen. Susah juga nak buat kerja
kalau poket kosong. Semalam pun dalam poketnya hanya ada
dua ringgit lima puluh sen.
“Sebelum I tanam korang berdua dekat sini baik
blah sekarang! Buat kerja dulu. Siap kerja baru ada duit!”
ugut Tasha.
Bob dan Raju mengangguk hampa. Tanah perkuburan
Islam di sebelah mereka jelas kelihatan. Hesy... bos ni agak-
agaklah nak buat pertemuan pun. Dari buat dekat kubur baik
jumpa dekat masjid, lagi afdal.
“Okeylah bos. Kami pergi dulu.”
Tasha melepaskan keluhan berat. Rasa geramnya
masih belum habis bila melihat kelibat Tengku Iskandar dan
Julia Hana begitu mesra keluar dari pekarangan hospital.
Kalau ikutkan hati elok dilanggar aje minah perampas tu.
Sakit konon. Kurang ajar!!!
Memang sejak dulu lagi Julia Hana adalah wanita
yang paling dibenci. Si Iskandar tu pun satu, bodoh sangat,
senang-senang saja terima balik perempuan yang dah buat
dia merana. Sekelip mata dia boleh lupakan kekecewaan
selama ni. Memang buta betul Abang Is ni.
Tasha memandang sekeliling. Tanah perkuburan
Islam! Tiba-tiba terasa bulu romanya berdiri. Air liur ditelan
perlahan. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan keluar
dari kawasan itu. Eh... macam manalah dia boleh terfikir nak
jumpa di tempat macam ni.

291
Doktor Cinta

KUNCI kereta dibaling ke atas meja. Terasa kepalanya sudah


sesak memikirkan hal Abang Is yang tak pernah memandang
ke arahnya. Minda kata tak nak tapi dari tadi hati duk kata
fikir, fikir! Hesy... stres!!!
“Sayang dari mana ni?”
Datin Jamilah melihat wajah anaknya yang agak
kusut. Soalan mamanya dibiarkan berlalu. Langkah laju
diatur tanpa mempedulikan mama dan papa yang sedang
menikmati hidangan di taman.
“Emmm... tengoklah anak abang tu, muka masam
mencuka. Sejak Si Iskandar tu bertunang, sejak itu juga dia
asyik nak naik angin. Habis semua barang jadi mangsa.”
“Emmm... mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi,” perli Datuk Mardan. Memang perangai anaknya tu
saling tak tumpang macam isterinya Datin Jamilah. Kalau
dia, semua betul. Kalau orang lain, silap sikit dah mengamuk.
“Abang perli saya?”
“Saya ada janji ni. Nanti malam, saya balik lewat
sikit ada urusan dengan Tengku Mazlan.”
Datuk Mardan malas nak bertikam lidah dengan
isterinya. Kalau lama dia mendengar bebelan Datin Jamilah
lagi besarlah perang yang akan meletus nanti. Sejak semalam
mulut isterinya itu tak berhenti bercakap. Kalau berhenti
pun sebab matanya dah tertutup.
“Abang nak buat apa jumpa Tengku tu lagi. Dia kan
dah malukan keluarga kita. Abang ni tak ada perasaan ke?”
ujar Datin Jamilah geram.
“Yang bermasalah adalah Natasha dengan Iskandar,
bukan saya dengan Mazlan. Kami dah lama berkawan, dia dah
macam abang saya. Takkan sebab anak manja awak tu saya

292
Dyadila

nak putuskan hubungan pulak?” kata Datuk Mardan panjang


lebar.
“Masalahnya abang...” Datin Jamilah sudah bangun
dari duduknya. Memang tak boleh diajar betul orang tua ni.
“Masalahnya awak tu... sebagai mama dia, awak
kena nasihat anak awak tu. Jangan sampai anak awak tu nanti
hanyut disebabkan sikap sendiri. Dah, saya nak pergi ni.”
Datuk Mardan terus meninggalkan isterinya.
Datin Jamilah masih terkedu, tak pernah Datuk
Mardan membahasnya sebegitu. Sebelum ni semua apa yang
keluar dari mulutnya adalah keputusan tapi semenjak dua
menjak ni suaminya dah banyak berubah. Kadangkala
pandangan mata suaminya membuatkan dia takut untuk
meninggikan suara.

KETAWA dua sahabat kedengaran lagi. Dari tadi pukulannya


mengenai lubang. Kayu golf diletakkan kembali ke tempatnya.
Tengku Mazlan tersenyum. Permainan Datuk Mardan kali ini
betul-betul mengkagumkan.
“Terdiam terus dia. Aku baru naikkan suara sikit
terus ternganga mulut tak boleh tutup,” cerita Datuk Mardan.
Ketawanya bertambah kuat.
“Kadang-kadang kita sebagai ketua ni kena bijak.
Bukan nak suruh mereka takut dengan kita, cukuplah
sekadar hormat kedudukan kita sebagai suami.”
“Selama ni aku diam. Aku tengok apa yang dia nak
buat kalau dia buat salah aku diamkan tapi kali ni bila dah
libatkan anak aku tu. Hesy... tak boleh nak diam dah,” rungut

293
Doktor Cinta

Datuk Mardan. Memang Tengku Mazlan merupakan tempat


dia mengadu masalah. Tempat dia meluahkan perasaan.
“Aku bangga kau dah berjaya atasi kelemahan kau
Tapi aku pun nak minta maaf juga bagi pihak anak aku tu.
Tak pernah aku sangka yang Is tu dah ada pilihan hati. Tup...
tup... nak bertunang,” ujar Tengku Mazlan menyuarakan
kekesalannya.
“Ala... dahlah tu Lan. Aku tak kisah tentang tu.
Lagipun cinta mana boleh nak paksa. Aku pun berkenan juga
tengok bakal menantu kau tu. Sopan santun, bahasa pun
tinggi, apa yang penting pandai hormat orang tua. Bukan
macam Si Tasha tu, kalau tak kena gaya aku ni pun dia buat
tak nampak,” kata Datuk Mardan lagi. Tengku Mazlan
tersenyum mendengar pujian kepada anaknya itu.
“Apa pun, dia anak kau. Masih belum terlambat
untuk kau bentuk dia. Memanglah orang kata melentur
buluh biar dari rebungnya Tapi zaman sekarang ni buluh pun
kita dah boleh nak bentukkan nak jadi apa ikut suka kita,
malah boleh mencecah ribuan ringgit.” Ketawa mereka
bersatu.
Perkenalan melalui perniagaan membuat hubungan
keluarga mereka bertambah rapat walaupun mereka memang
ada darah persaudaraan. Sebab itu Datuk Mardan tak pernah
kisah tentang masalah-masalah remeh yang melanda
keluarga mereka baru-baru ini. Itu semua hanya dianggap
sebagai satu ujian.
“Bila besan kau nak bertolak ke Mekah?”
“Katanya lusa, aku pun tak sabar nak ikut jejak
langkah dia. Haji Nordin tu banyak dah buka mata aku ni,”
akui Tengku Mazlan.
“Memanglah amalan kita sekarang kita rasa cukup

294
Dyadila

tapi bila aku tengok dia, aku rasa amalan aku tak pernah
cukup,” sambung Tengku Mazlan lagi. Datuk Mardan hanya
ketawa dan mengangguk perlahan. Memang dia juga kagum
pada lelaki bernama Haji Nordin itu.
“Mungkin ada hikmahnya Allah anugerahkan
Mazliana dalam keluarga kau.” Tambah Datuk Mardan.
“Jomlah kita pergi basahkan tekak ni.”

LAUNGAN azan bergema. Suara Imam Saad membuatkan


hadirin tunduk menginsafi kebesaran-Nya. Perlahan pandangan
matanya dialihkan ke arah Kak Lin yang sudah menitiskan air
mata. Kemudian ke arah Puan Maznah dan Haji Nordin.
Johan masih tenang dengan pemanduannya. Suasana dalam
kereta agak sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Mazliana masih tekun memandang ke arah bangunan yang
menghiasi sepanjang perjalanan.
“Hai... ada orang tu dah jadi bisu pulak ke maknya?”
Haji Nordin memecah sunyi. Memandang ke arah cermin
belakang, memandang tepat ke arah anak bongsunya.
“Kenapa sayang ayah diam aje ni?” Sekali lagi Haji
Nordin membuka mulut. Kali ini soalan terus diajukan
kepada Mazliana.
Azlin menyentuh lembut bahu adiknya. Tahu sangat
apa yang bermain dalam hati adik kesayangannya itu.
Kelihatan Puan Maznah dan Mazliana berubah sikap sebaik
sahaja masuk ke dalam kereta tadi.
“Tengku kata dia tunggu dekat KLIA. Dia nak juga
hantar kita.” Suara Haji Nordin lagi. Ingin melenyapkan rasa

295
Doktor Cinta

berat hati yang bermain di hati anak dan isteri kesayangannya.


“Baik sungguh keluarga Tengku tu, kan bang? Saya
rasa berbesar hati sangat bila dia nak Mazliana tinggal dengan
dia,” ucap Puan Maznah lembut dan perlahan.
“Bertuahlah adik akak ni dapat mentua baik hati
macam tu.” Giliran Azlin cuba menarik perhatian adiknya.
Mazliana masih diam. Masih memandang ke arah
yang sama. Langsung tidak berminat dengan apa yang
dibincangkan. Sejak kecil inilah kali pertama mak dan ayah
akan meninggalkannya. Biasanya kalau mak tak ada ayah ada.
Kalau ayah tak ada mak akan ada di sisinya.

Lindacun: Kenapa ni??? Lain macam aje?

Lianarock: Sedihlah....

Lindacun: Sedih kenapa?

Lianarock: Sedih mak dengan ayah nak


tinggalkan Maz. Hati tak sedaplah. Tak tau
knp.

Lindacun: Look... my sis, mak ayah kita tu


nak kerjakan rukun islam kelima tau. So as a
good and sweet girl... Maz kenalah faham. Kan
adik akak ni dah besar. Janganlah bagi mak
dan ayah berat hati pulak nak tinggalkan
Maz.

296
Dyadila

Teringat perbualan dengan Mazlinda semalam di


ruangan chatting. Lewat malam dia mengganggu kakak
kesayangannya itu semata-mata nak meluahkan perasaan.
Bukan dia tak sanggup berpisah tapi entah kenapa hatinya
terasa berat.

“JIKA doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi


dirimu. Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah
ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah
merancang yang terbaik untukmu.”
Kata-kata tok gurunya, Haji Nordin kembali
berbisik di telinga. Hesy… mak ayah... Maz rindu ni. Kalendar
di sebelah katilnya ditenung lama. Satu lagi nombor
dipangkah. Parah betullah jadi anak manja ni. Tak boleh nak
berjauhan sekejap, mesti rasa macam nak nangis. Huk huk
huk… teringat kenangan dia dan mak di katil ini.
“Maz....” Tangan mengusap lembut rambut lurus
milik anak kesayangannya.
“Emmm...” sahutnya dalam mata yang terpejam.
Kepalanya masih di riba Puan Maznah.
“Mak gembira sangat. Maz tahu kenapa?”
“Kenapa?” Dia tetap bertanya walaupun dia tahu
apa yang bermain dalam hati Puan Maznah. Sengaja menguji
tekaannya.
“Mak suka ayah tak ada dekat rumah ek?” usiknya
lagi.
“Hesy... bertuah punya anak, ada ke cakap macam
tu!”

297
Doktor Cinta

Satu tamparan lembut hinggap di pipi gebunya.


Mazliana tersenyum. Sengaja menduga ibunya.
“Habis tu sebab apa?”
“Sebab satu doa mak dah termakbul.” Dahinya
berkerut, tak dapat menangkap makna di sebalik kata-kata
kiasan ibunya itu.
“Mak doa apa? Nak cepat kaya ek?” usik Mazliana.
Tapi kali ini tidak menerima apa-apa respons dari Puan
Maznah. Mazliana meletakkan jarinya di bibir sebagai tanda
dia akan duduk diam. Mulut memang kena kunci dengan
mempelam. Mempelam kunci mangga tu ek, bukan buah
mempelam, gerentilah mulut dia tertutup.
“Mak sentiasa doakan anak mak yang sorang ni
bahagia sampai ke akhir hayat.” Mazliana membalas
senyuman Puan Maznah, pipi maknya dicium lembut.
Baru tiga hari mak dan ayah pergi mengerjakan
haji, tapi rasa macam dah sebulan lamanya. Nasib baiklah
Syamin nak temankan dia di rumah, ada jugalah dia teman
nak buat lawak tak berapa cerdik. Kalau tak, siapa nak gelak
kalau dia terfikir nak buat lawak? Hah... mesti bosan tahap
dewa nanti.
Semalam Kak Lin tidur dekat rumah semata-mata
nak menemaninya. Tapi Kak Lin bukan macam dulu lagi. Dia
dah ada keluarga, tanggungjawab dia pada keluarganya lebih
penting. Hari ni dia tinggal seorang diri di rumah. Jam baru
mencecah pukul lapan malam. Nokia 3310nya dicapai.

Wei Mimi... jom lepak kat gerai. Bosanlah duk


sorang dekat rumah!

298
Dyadila

Mesej dihantar.

Okey beres. Sikit lagi aku ambik kau.

Mazliana tersenyum. Dia bingkas bangun dari katil.


Yes! Ada juga benda nak hilang bosan.
“Jadi ke kau tinggal dekat rumah mak mentua kau
tu?” Syamin duduk di sebelah Mazliana yang asyik memintal
rambutnya. Hari ni gerai Taufiq ramai pengunjung. Tapi hari
ni malas nak tolong sebab niat tadi datang nak tolong tengok
aje.
“Hesy... kau ni bila pulak dia jadi mak mentua aku.
Entahlah, nak kata tak nak pun susah, nak kata boleh pun
susah juga. Aku masak dah dengan perangai bos besar tu. Dia
bukan selesa sangat kalau aku tinggal dengan dia.”
“Habis bukan ke mak kau juga yang bagi
persetujuan? Dia kata kau juga yang setuju. Lagipun aku
tengok Tengku Mariam tu macam semangat semacam aje.
Apa kau pakai sampai dia sayang sangat dengan kau ni?”
“Entahlah Mimi, aku pun serabut otak nak fikir.
Tengoklah nanti macam mana. Kalau susah-susah sangat aku
tinggal dekat sana dalam dua tiga hari lepas tu aku lepak
rumah kau. Bijak tak?” jawab Mazliana senang.
Syamin mencebik. Emmm... itu bukan idea tu. Itu
dah macam keputusan.
“Aku tak kisah. Kau memang selalu buat rumah
aku macam rumah kau, tapi yang penat sikit tu sebab bakal
mentua kau tu orang satu dalam seribu, tahu tak? Baik punya
manusia. Aku pulak yang serba salah nanti!” ngomel Syamin.

299
Doktor Cinta

Mazliana menggaru kepalanya. Memang itulah yang


membuatkan dia pening. Mak Engku dan Ayah Engku terlalu
baik untuk dia tipu. Sekarang ni pun dia mula rasa bersalah
dengan layanan Mak Engku. Wanita itu bukan memandangnya
sebagai bakal menantu tapi dah macam anak sendiri. Aduh...
masalah problem betullah!

DUA BELAS misscall... Entah nombor siapa entah. Tak


nampak ke jam sekarang dah pukul berapa tengah malam
dah nak masuk pagi tak ada akal fikiran betul, bebel Mazliana
dalam mamai. Pantang betul kalau lenanya terganggu.
“Kenapa tak bawa pergi klinik?” tanya Mazliana tak
puas hati. Ingat aku doktor ke? Kalau Kak Lin dia tahu la nak
buat apa. Terkejut juga bila Tengku Iskandar dah terpacak
depan rumahnya pukul dua belas malam. Rupanya mamat ni
tadi yang main call-call.
“Macamlah Maz tak kenal mama tu. Dia bukan nak
pergi hospital ataupun klinik,” jelas Tengku Iskandar.
“Tengku Mazlan tak ada ke?” tanyanya lagi. Tak
manis kalau dia masuk ke rumah orang tanpa kebenaran.
Lagipun dia dengan Tengku Iskandar aje ni. Hesy... biar betul.
Kang tak pasal-pasal kahwin free. Siapa nak jawab? Tak
tenteram mak aku kat Mekah.
“Papa ada dekat Johor, sidang perniagaan dekat
sana. Jangan risau, Zikri ada dekat dalam tu.”
Eh... macam tau-tau aje bos besar ni apa aku fikir.
Mazliana tidak bertanya lagi. Kakinya terus menuju ke bilik
Tengku Mariam. Memang bukan kerja dia tapi... hmmm. Janji
dia ikhlas nak membantu.

300
Dyadila

“Mak Engku,” panggilnya perlahan. Tangannya


hinggap di dahi wanita itu. Panasnya!
“Maz datang? Maaflah Mak Engku tak sihat.”
Tengku Mariam cuba bangun. Tapi Mazliana lebih dahulu
bertindak.
“Eh... nak ke mana pulak ni? Dah... Mak Engku
rehat jangan gerak-gerak. Mak Engku dah makan?” tanya
Mazliana prihatin.
“Tak ada selera,” jawabnya pendek.
“Mana boleh macam tu, kena makan. Nanti Maz
masakkan bubur nasi untuk Mak Engku ek.” Mazliana
meminta meletakkan tuala kecil yang dibasahkan di atas dahi
Mak Engku. Selalunya kalau deman mak akan buat macam
tu.
“Macam mana?” Zikri dan Tengku Iskandar bertanya
serentak setelah setengah jam membiarkan Mazliana
menguruskan segala-galanya.
Jari telunjuk diletakkan di bibir. Isyarat agar mereka
tidak bising. Mazliana serius. Tiada senyuman di wajah wanita
itu. Mak Engku sudah terlena di atas katil. Habis juga
sepinggan bubur nasi. Doktor Yunus pun baru saja balik.
Sengallah bos ni, dah tahu keluarganya ada doktor peribadi
kenapa tak telefon. Nak aku juga bagi celik akal.
Zikri dan Tengku Iskandar mengikut langkah
Mazliana. Macam kanak-kanak umur lima tahun nak minta
coklat. Hah... ni mesti ada yang tak kena ni. Jam
menunjukkan pukul dua pagi. Mazliana terkejut melihat jam.
Mak ai dah lewat ni!
“Kalau tak ada apa-apa saya balik dululah,” ujar
Mazliana meminta diri.

301
Doktor Cinta

Tengku Iskandar dan Zikri berpandangan. Zikri


menghantar isyarat mata. Tengku Iskandar masih enggan
mengalah. Walaupun hakikatnya perut dia pun dua kali lima
berdondang sayang. Tengku Iskandar menghantar isyarat
kembali pada Zikri.
“Maz....” Satu panggilan lembut datang dari arah
belakang. Hah... apa lagi nak mamat dua ekor ni? Ni adalah
yang tak kena ni.
“Nak apa???” Sengaja dia meninggikan suaranya
selepas pintu bilik Mak Engku ditutup rapat.
“Lapar....” Sekali lagi kedua mereka berkata
serentak. Hai... ni kes dah buat dialog awal ni. Boleh pulak
sama ayat.
“Pergilah makan dekat luar. Apa masalahnya?” Dia
berlalu meninggalkan muka seposen Tengku Iskandar dan
Zikri.
Mereka masih mengekori Mazliana.
“Nak apa lagi ni?” Dia mula rimas. Hai... ada juga
yang makan bunga gayung malam ni. Mata yang tadi
mengantuk tiba-tiba segar.
Muka macam bangunan tak siap dua mamat di
depannya mengundang rasa kesian.
“Nak makan apa?” Hah... tulah Mazliana Haji
Nordin. Tak boleh orang merayu sikit mesti cair.
“Nasi goreng.” Emmm... ni dah memang sah pakat
buat ayat ni. Mazliana meneka sendiri. Berani mamat and
mamat ni buat pakatan nak kenakan aku. Ingat aku apa?
Orang gaji?
Mazliana membuka peti sejuk. Mak ai... besarnya
tiga kali ganda dari peti sejuk Puan Maznah merangkap mak

302
Dyadila

kesayangannya. Satu per satu ruang dalam peti sejuk diteliti


laju. Tangannya mencapai beberapa barang yang dirasakan
perlu untuk masak nasi goreng. Hatinya masih tertanya-
tanya perlu ke dia buat semua ni? Ni bukan kerja dia. Bila
pulak dia jadi orang gaji tak berbayar dekat sini? Tapi tak apa
kut tolong orang yang memerlukan. Mak kata dapat pahala.
Ewah! Sejak bilalah Mazliana dengar cakap mak ni?
“Nasi goreng special siap!” jerit Mazliana dari arah
dapur. Ada nada sindiran di hujung ayatnya.
“Sedapnya bau,” puji Tengku Iskandar. Mazliana
mencebik.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak balik. Lagipun
dah lewat ni.”
“Saya hantar awak,” ucap mereka serentak. Eh..
Zikri dan Tengku Iskandar saling berpandangan. Macam
mana boleh sama ni?
“Tak apalah. Biar Zikri hantar awak, tapi lepas kami
makan ya,” arah Tengku Iskandar.
“Emmm okey. Saya tunggu dekat sofa depanlah.
Makan baca doa dulu.” Sempat dia berpesan. Maklumlah
selalunya bila manusia yang taksub dengan kelaparan ni
kadangkala terlupa nak baca doa.
Mazliana mencapai majalah fesyen yang ada di atas
meja. Dia sempat menjeling jam besar yang terlekat di
dinding sebelah kirinya. Lama juga bos ni makan, makan ke
bilang nasi tu ada berapa? Rasa ngantuk dah mula beraja.
Terasa mata macam dah tak boleh nak buka. Dia melentokkan
kepalanya di bahu sofa. Diam... akhirnya terlelap.
“Bawa kereta aku ajelah.”
Tengku Iskandar memberi kunci kereta kepada

303
Doktor Cinta

Zikri. Keretanya memang sudah terdampar di hujung pagar.


Dalam keadaan cemas tadi tak sempat nak masukkan semula
ke garaj.
“Maz....” Panggilan itu mati. Dua pasang mata
memandang ke arah wanita yang sudah lena di atas sofa.
“Dia dah tidur.” Zikri tersenyum. Tengku Iskandar
menggeleng perlahan.
“Macam mana ni?” soal Zikri lagi.
“Tak apalah Zik. Biarlah dia tidur dekat situ. Nanti
aku ambilkan selimut.” Putus Tengku Iskandar sempat dia
menjeling ke arah wajah yang sudah asyik dalam lena. Dia
tersenyum.

“MAK ENGKU dah sihat?” tanya Mazliana ramah.


“Alhamdulilah. Terima kasih sebab Maz sudi jaga
Mak Engku. ”
“Hesy... small the hal la. Ini hari Mak Engku, mana
tahu esok lusa hari Maz pulak. Tengku Iskandar dengan Zikri
mana?”
“Pagi-pagi lagi dah pergi pejabat. Lagipun Mak
Engku yang suruh pergi tadi sebab badan ni pun dah rasa
sihat sikit. Kesian Maz tertidur atas sofa semalam.”
“Tak apa Mak Engku. Saya ni kalau dah ngantuk,
atas lantai pun boleh lena.” Alamak... tidur atas sofa???
Malunya, macam mana boleh tertidur kat rumah orang ni.
Dah ar dalam keadaan tak sempurna. Macam mana gaya aku
tidur tadi ek? Kalau bos besar dengan bos pergi pejabat tadi
maknanya mesti mereka nampak aku... aduh... malu!!!

304
Dyadila

“Kenapa Mak Engku tak kejutkan Maz subuh tadi?”


“Is kata tak payah kejut. Dia kata Maz ABC (Allah
bagi cuti).” Mazliana menggaru kepalanya. Hesy... macam
mana pulak dia tahu aku ABC? Sengal punya bos besar! Malu
semalu malunya ni!
“Sikit lagi Kak Lin ambik, Maz balik dulu ek. Mak
Engku mandi-mandi, gosok gigi, minum kopi lepas tu Maz
datang balik,” sambung Mazliana lagi. Hakikat sebenar nak
larikan diri.
“Maz tak payah nak susah-susahkan kakak, tinggal
saja dekat sini. Lagipun Mak Engku dah bagi tahu mak
sebelum dia pergi.”
“Bukan macam tu Mak Engku. Nanti apa pulak
orang cakap. Tak manis pulak rasanya.” Ewah... alasan tinggal
alasan. Tu alasan zaman enam puluhan bolehlah.
“Maz bukan tinggal dengan Iskandar berdua saja,
Mak Engku dengan Ayah Engku kan ada tinggal dekat sini
dua puluh empat jam. Lagipun kadang-kadang bosan juga
sebab Mak Engku selalu tinggal sorang aje dalam rumah ni.”
Hah... ayat tu yang paling tak boleh nak terima ni. Ni kes nak
pujuk akulah ni.
“Emmm... biar Maz fikir dulu ek Mak Engku.”
“Mak Engku harap Maz takkan kata tidak.” Dia
tersenyum membalas senyuman yang terlakar di wajah
mengharap Mak Engku.
Kalau sekarang ni versi cerita Cinderella mesti dia
dianggap bertuah macam sebab dapat tinggal di istana
mewah. Tapi sekarang ni dia terasa macam berada dalam
landasan cerita Beauty And The Beast. Dia terpaksa jadi Beast
yang menumpang tuah Beauty buat sementara. Apa nak buat
ni Mazliana Haji Nordin???

305
Doktor Cinta

Bab 20
D
UA hari ni hari serba tak kena
bagi Mazliana. Walaupun
kemewahan di Mahligai Teratak
Kasih membawa dia hilang sekejap dalam dunia kehidupan
mewah tapi semua itu tidak lekat di hatinya. Semakin hari
semakin dia terasa satu beban menghimpit di kepalanya. Terasa
macam ada sesuatu yang tersumbat di aliran pernafasan dan
nadinya. Kebaikan Mak Engku dan Ayah Engku membuatkan
dia rasa bersalah. Perasaan dia???
“Dah ar tu. Sampai bila nak buat muka macam
katak panggil hujan ni?” Bulat mata Mazliana mendengar
simpulan tak berbahasa bos besarnya. Simbah dengan air
kolam ni baru ada akal.
“Bos besar tak faham. Sedih tahu tak tinggal
sorang-sorang ni. Dahlah Kak Lin ikut suami kesayangan dia
tu bercuti. Mak dengan ayah pun tak ada. Saya sekarang
tinggal sebatang kera tahu tak?” adu Mazliana bersungguh-
sungguh.
Sebatang kera? Tengku Iskandar ketawa kuat.

306
Dyadila

Hesy... ada saja perkataan baru yang terkeluar dari mulut


minah kelibut ni. Tak habis-habis.
“Banyaklah awak sebatang kera. Tak kira kera ke
monyet ke big foot ke, awak sekarang dah tinggal dalam
rumah saya, keluarga saya dah jadi keluarga awak juga,” ucap
Tengku Iskandar ikhlas. Memang sejak Mazliana tinggal di
rumahnya hidup terasa bagai terisi. Kalau dulu dia memang
teringinkan seorang adik perempuan. Tapi siapa Mazliana di
hatinya? Adik atau...?
“Atau awak boleh anggap saya ni abang awak,
panggil saya along ke,” ujar Tengku Iskandar dengan cadangan
yang kononnya bernas itu.
Gulpp!!!
Along??? Hesy... nampak sangat mamat ni dah
terputus wayar. Sejak bila pulak aku nak jadi adik dia? Sesuka
hati dia letak status aku dekat mana. Dia tak tahu ke jantung
aku sekarang ni tak tentu arah bila jumpa dia? Macam mana
dia nak tahu kalau tak bagi tahu? Macam mana nak bagi tahu
kalau aku malu??? Arghhh!!!
Pejam celik, pejam celik, tarik nafas dalam berjuta
kali rupanya dah hampir seminggu Mazliana menjadi tetamu
di mahligai indah milik Tengku Mazlan. Oh my bakal mentua
sentiasa meletakkannya di carta pertama, layanan mengalahkan
puteri raja. Kalau nak makan nama dia yang akan disebut
dulu sebelum bos besar. Apa lagi panas hatilah mamat tu. He
he he....
“Mama, kenapa pulak Is kena temankan dia?” tanya
Tengku Iskandar tidak puas hati.
“Kan Maz dah lama tak keluar. Jadi Is bawalah dia
keluar, kesian mama tengok dia bosan asyik duduk rumah
aje,” jawab Tengku Mariam lembut.

307
Doktor Cinta

Apa yang pasti sama ada suka atau tidak, Tengku


Iskandar sudah menjadi salah seorang PA (pembantu angkat)
aku. Kadang-kadang kesian juga tengok muka tak rela dia
mengikut arahan Tengku Mariam, tapi apa boleh buat dah
memang nasib badan dia bukan badan aku. Ahak ahak ahak!!!
Tiba-tiba muncul ketawa jahat.
“Inilah namanya golf tahu? Pernah main?” tanya
bos besar. Zikri di sebelah hanya tersengih-sengih. Dari tadi
lagak Tengku Iskandar macam seorang cikgu sekolah rendah.
Mazliana mencebik. Ingat dia tak pergi sekolah
tadika ke? Macamlah dia tak tahu itu golf.
“Golf ni satu permainan yang menguji ketajaman
akal macam mana kita nak masukkan bola pada jarak yang
agak jauh dan golf adalah permainan yang dikaitkan dengan
golongan elite.” Emmm... banggalah konon.
Mazliana hanya memandang Zikri dan Tengku
Iskandar yang bersorak gembira. Entah apa yang best dia pun
tak tahu. Apa entah faedahnya main setakat nak kejar satu
lubang. Nak uji ketajaman fikiran konon. Boleh jalanlah....
Tak tajam langsung. Matanya menangkap batu-batu yang
sederhana besar di hujung padang. Tujuh biji batu dikutip.
“Buat apa tu?” tanya Zikri.
“Pernah main batu seremban?” Soalan Mazliana
kembali. Sengaja menduga bosnya yang nampak jelas
ketidakpandaiannya. He he he....
“Seremban Negeri Sembilan?” Hah... sudah! Apa ke
bengapnye pulak mamat ni Seremban Negeri Sembilan
pulak.
“Batu seremban? Bos tak pernah main, kan?” tanya
Mazliana yakin. Gelengkan kepala Zikri membuatkan dia
tersenyum lagi. Agak dah!!!

308
Dyadila

Mazliana duduk bersila di tepi kereta buggy. Dia


menunjukkan skil permainan yang tak ada tandingannya
kepada Zikri. Sesekali Zikri bersuara kagum. Hebatnya! Cara
Mazliana melontar dan menyambut batu serta menangkap
batu membuatkan dia semakin tertarik. Dari belakang Tengku
Iskandar turut menjadi pemerhati.
Batu diserakkan. Satu batu diambil kemudian
dibaling ke atas dan tangannya pantas menangkap batu yang
masih di bawah. Perbuatan itu diulang sehingga habis. Zikri
tersenyum dia pernah baca tentang permainan itu tapi tak
pernah terfikir pulak nak main.
“Wah, hebatnya!!!” Mazliana tersenyum bangga
mendengar pujian Zikri. Ala... small the pieces.
“Apa benda tu?” tanya suara garau dari belakang.
Wajah Tengku Iskandar menjelma di ruang mata.
“Seremban… permainan tradisional. Ingat tak kita
pernah belajar masa subjek Sejarah dulu?” Zikri mengulangi
kata-kata Mazliana tadi.
“Stupid game!” Bulat mata Mazliana mendengar
kata-kata bos besar. Stupid game dia kata??? Hah... tengok
lepas ni siapa yang stupid!
“Cuba try testlah. Kalau bos besar dah biasa main
permainan berkelas tinggi macam golf ni, apa kata cuba test
ketajaman minda bos besar yang dah memang tajam tu dekat
sini?” cabar Mazliana. Tujuh biji batu bertukar tangan.
“Isy… don’t do a stupid thing dekat sini. Jomlah
balik! Lagipun mama tinggal sorang.” Batu di tangan
dicampak ke tepi. Dia terus menuju ke kereta.
“Dia takut kalah,” bisik Zikri perlahan ke telinga
Mazliana. Mazliana tersenyum. Faham sangat perangai bos
besar tu.

309
Doktor Cinta

LAYANAN baik Tengku Mariam membuatkan dia selesa berada


di tengah-tengah kemewahan yang selama ini tak pernah pun
masuk dalam mimpinya. Tapi sekarang ni macam mimpi di
siang hari. Mazliana meletakkan pinggan yang berisi bihun
goreng ke atas meja. Dia baru saja selesai membasuh pinggan
yang ada di dalam singki.
“Kenapa sunyi aje pagi ni ek, Mak Engku?”
“Emmm... hari minggu macam ni, Ayah Engku
sibuk dengan golf dialah, Iskandar tidur lagi agaknya, lepas
subuh tadi dia kata nak sambung tidur. Penat agaknya.”
Jawapan lengkap Tengku Mariam, membuatkan dia
mengangguk.
“Mak Engku punya plan hari ni apa?” tanya
Mazliana lagi.
“Emmm... pagi ni nak rehat dulu dekat rumah tapi
petang sikit lagi kita pergi shopping. Okey?” Cadangan ke
keputusan tu? Mazliana tersenyum.
Menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar membawa
dia ke satu lagi keluarga yang penuh dengan kasih sayang.
Kalau dulu memang sangkanya orang kaya banyak harta
mesti berlagak, bangga dengan harta yang mereka ada tapi
hakikatnya, antara berjuta rakyat Malaysia yang kaya-raya, dia
telah berjumpa dengan keluarga yang membersihkan
sangkaan buruk otaknya itu.
Mazliana tersedar apabila tangannya ditarik lembut.
“Marilah makan dengan Mak Engku. Macam sedap
aje bihun yang Maz masak ni.” Hesy... kene puji lagi.
“Mak Engku ni belum rasa lagi dah puji. Kena rasa
dulu baru boleh bagi kritikan.” Bihun goreng disenduk
masuk ke dalam pinggan dan diletakkan di depan Mak
Engku.

310
Dyadila

Perbualan rancak mereka terganggu apabila


mendengar bunyi tapak kaki yang melangkah laju turun dari
tangga. Tengku Iskandar nampak santai dengan seluar
pendek paras lutut dan T-shirt putih. Matanya meneliti
penampilan ringkas lelaki itu yang nampak biasa, tapi cukup
membuatkannya kelihatan seperti lelaki baik. Rambut yang
berserakan tanpa jel menandakan mamat ni masih belum
mandi. Haish... busuk punya orang! Anak sapolah ni.
“Belum mandi lagi Is?” Tengku Iskandar tersedar.
Dia menggeleng perlahan.
“Belum mama. Nak basuh kereta, tak payah mandi
dulu,” jelasnya lagi. Dia terus mencapai fresh apple juice lalu
dimasukkan ke dalam gelas. Dia sengaja mengambil tempat
di sebelah Mazliana untuk mengaburi mata mamanya.
“Sayang, pagi ni buat apa?” Mata Mazliana
memandang tepat ke arah Tengku Iskandar. Eh... soalan
spesies apa nak bersayang mayang ni? Eiii... tiba-tiba
meremang bulu tengkuk.
“Buat bodoh,” jawab Mazliana ringkas. Tengku
Iskandar tersedak. Memercik sedikit air keluar dari mulut.
Hesy... tak pandai berlakon langsunglah minah kelibut ni.
Tengku Mariam dan Mazliana ketawa kecil. Mazliana
berdehem. Hah... padan muka, tu baru sikit. Tuhan nak
tunjuk. Ketawanya masih bersisa.
“Kenapa? Bos besar ada nak buat apa-apa kerja ke?”
tanya Mazliana kembali.
Tiba-tiba terpacul kata-kata itu, cepat dia menutup
mulutnya.
“Bos besar?” Mak Engku bersoal hairan. Alamak
tersilap! Jelas mata Tengku Iskandar memberi amaran
pertama kepadanya.

311
Doktor Cinta

“Panggilan manja mama....” Sempat Tengku


Iskandar cover line. Fuh... selamat!
“Amboi... kalau nak letak panggilan manja pun
panggillah abang ke, sayang ke kan sedap telinga dengar.”
Hampir nak terkeluar bihun goreng yang dimakan tadi. Nasib
baik dah masuk ke dalam perut. Abang? Tak boleh blah aje
abang. Teringat pertemuan pertama dulu. Panggilan itu tak
pernah meniti di bibirnya.
Tengku Iskandar menjeling. Sempat memberi
isyarat mengancam nyawa kepada Mazliana. Mazliana pura-
pura menyuap bihun goreng masuk ke dalam mulut, konon-
konon dia tak melakukan kesalahan.
“Is ada apa-apa rancangan ke dengan Maz? Mama
ingat nak pergi shopping dengan dia hari ni,” tanya Tengku
Mariam menutup isu tadi. Pertanyaan iu seolah-olah
meminta kebenaran dari anak kesayangannya itu.
“Tak ada plan apa-apa pulak mama, tapi pagi ni Maz
dah janji nak tolong saya basuh kereta.”
Hah??? Mazliana menjeling. Bila masa pulak aku
buat janji?
“Kalau dah cinta ke lautan api pun sanggup
direnangi, kan sayang?”
Huh, banyaklah sayang! Macam mana sayang pun
apa kes sanggup ke lautan api? Tak ada maknanya nak bunuh
diri sebab sayang. Dia memandang tajam ke arah bos besar
yang menyuap perlahan bihun goreng ke dalam mulut.
“Emmm okey... pagi ni Maz dengan Is, tapi petang
nanti Maz nak temankan mama shopping.”
“Okey, nanti petang kita pergi shopping sama.”
Tengku Iskandar memberi persetujuan.

312
Dyadila

Sekali lagi Mazliana menelan air liur yang terasa


pahit. Apa kes pulak anak-beranak ni main cop-cop aku. Ingat
aku patung Barbie ke sesuka hati nak bagi main lepas sorang-
sorang. Langsung tak menghormati hak asasi kebebasan aku
sebagai manusia. Haishhh.…
“Bolehkan Maz?” tanya Tengku Mariam kemudian.
“Kalau untuk Mak Engku, bila-bila pun boleh,”
ucapnya menutup kesal di hati sebab ikut cadangan mak
tinggal di rumah besar ni.
“Kenapa?” Pertanyaan Tengku Iskandar membuatkan
dia hampir tercekik. Sempat dia mencapai gelas yang berisi
fresh orange di depannya.
“Mazliana, awak minum air saya!” ujar Tengku
Iskandar lagi dengan nada yang tegas. Mazliana hanya
menjelir lidah.
“Ada saya kisah?” Sempat kata-kata itu dibisikkan.
Senyuman masih dilontarkan kepada Tengku Mariam yang
sesekali memandang ke arahnya dan turut menumpang
senyum.
“Dah abis makan?” tanya Tengku Iskandar. Mazliana
mengangguk. Pinggannya sudah licin.
Jomlah!” Sekali lagi lelaki itu bersuara.
“Ke mana?” tanya Mazliana pelik.
“La... kan dah janji nak cuci kereta tadi sayang.”
Sengaja dikuatkan panggilan ‘sayang’ itu kerana dia tahu
Mazliana tak suka dengan panggilan itu. Biar lakonannya
nampak real di pandangan mata mama.
Kereta Volvo S80 milik Tengku Iskandar bermandi
air buih. Mazliana menjenguk wajah bos besarnya yang masih
khusyuk membasuh keretanya yang entah koleksi ke berapa.

313
Doktor Cinta

Bapak punya kaya. Hobi mengumpul kereta, memang tak


boleh buat sekutu betul bos besar ni. Macam langit dengan
bumi. Kalau setakat kumpul setem tu tak adalah hairan bin
ajaib sangat, ini masya-Allah.
“Bila pulak termasuk dalam syarat perjanjian saya
kena basuh kereta bos besar ni?” tanya Mazliana tidak puas
hati.
“Memandangkan saya dah bayar awak, jadi kira ini
salah satu kerja amal awaklah,” jawab Tengku Iskandar
senang.
Mazliana tersentap. Eleh... ingat banyak sangat ke
duit dia? Tak ada maknanya!
“Bos besar ni ada berapa ketul kereta sebenarnya?”
tanya Mazliana lagi.
Tangan Tengku Iskandar terhenti. Dia bangun lalu
memandang Mazliana yang masih menggosok cermin kereta.
“Ketul? Penjodoh bilangan apa awak guna tu?”
Mazliana tersenyum. Dia kembali menggosok cermin
yang masih dipenuhi buih sabun. Emmm... logiknya
perbualan dia dengan bos besar mesti formal tahap
berprotokol. Kena guna tatabahasa yang betul. Mamat skema
betul.
“Eh... awak tolong cuci kereta ke berangan?”
Tengku Iskandar merenjis air ke arah Mazliana yang sedang
melayan perasaan.
“Hesy... kalau ya pun bos besar nak bercakap
janganlah dengan air sekali, basahlah!”
Tengku Iskandar tersenyum. Memang dia sengaja
menepis kuat air sabun yang berkumpul di bumbung kereta.
Keadaan mereka yang bertentangan, Mazliana di sebelah kiri

314
Dyadila

dan dia di sebelah kanan memudahkan dia melancarkan


serangan.
“Bestkan bos besar jadi anak orang kaya.” Hah...
dah sah sangat budak ni berangan.
“Hesy... awak ni, kan saya kata jangan panggil saya
bos besar dekat rumah saya,” tegur Tengku Iskandar tidak
puas hati.
“Ala... tadi kata panggilan manja. Ala, Mak Engku
pun tak kisah la. Bos besar nak kisah apa hal?” ajuk Mazliana.
Tengku Iskandar menggeleng perlahan. Degil betul!
“Berapa harga kereta tu bos?” Ferrari merah yang
megah di sebelahnya dipandang. Mata Tengku Iskandar
terarah sama pada arah yang dimaksudkan Mazliana.
“Tak mahal, dalam lima ratus ribu macam tu la....”
Mazliana terdiam, ternganga mulutnya mendengar
ayat yang baru keluar dari mulut Tengku Iskandar. Mak aiii...
tak mahal? Ayat memang tak boleh diterima akal. Setengah
juta??? Tak sanggup dia nak hitung jumlah semua.
“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar pelik. Riak terkejut
Mazliana membuatkan dia tersenyum.
“Dari bos besar kumpul kereta, baiklah bos cari
hobi yang berfaedah sikit. Tak rasa membazir duit ke buat
hobi macam ni?” bebel Mazliana dengan muka yang sedikit
berkerut. Rasa macam nak tercabut semua sendi bila dengar
harga kereta. Itu baru sebiji. Ni, yang berbiji-biji ni... hah, tak
sampai hati aku nak kira. Biarlah rahsia!
“Dari saya buat koleksi perempuan, baik saya buat
koleksi kereta. Betul tak?”
Mazliana tersengih. Kemudian dia terus menggosok
kereta milik bos besar. Ditiup beberapa kali untuk

315
Doktor Cinta

menghilangkan habuk. Mak ai... ni gaji setahun pun belum


tentu boleh beli tayar, inikan pulak kereta, bisik hatinya.
Tengku Iskandar tersenyum lagi melihat gelagat Mazliana.
“Emmm....” Mazliana menggaru perlahan dagunya.
Sengaja melontarkan pandangan menggoda kepada Tengku
Iskandar.
“Kenapa?” Kali ini suara Tengku Iskandar kembali
serius.
“Hensem juga kalau bos besar senyum macam tu,
comel aje. Baiklah bos besar selalu senyum sebab orang kata
awek muda,” ucap Mazliana dalam sisa tawanya. Senyuman
Tengku Iskandar mati.
“Dah, buat kerja!” ujar Tengku Iskandar sedikit
tegas.
Tengku Iskandar terus berlagak garang. Sekali-
sekala mengusik budak kelibut ni seronok juga, bisik hatinya.
Belum pernah dalam sejarah hidupnya berkasar dengan
perempuan malah sebelum ini dia kurang mengambil tahu
mengenai perempuan kecuali mamanya. Tapi selepas
kehilangan Julia Hana dia menerima saja mana-mana
perempuan yang ingin menjalinkan persahabatan. Baginya
hidup lebih bermakna tanpa perempuan.
“Bos besar, kenapa tak ada air ni?” Getah paip
dihulurkan kepada Tengku Iskandar. Dia berlalu menuju ke
pili.
“La... tadikan ada, macam mana pulak boleh tak
ada?” Getah paip bertukar tangan. Mazliana tersenyum sambil
berdiri di sebelah pili paip dekat dengan taman. Getah di
tangannya diteliti, mungkin ada yang tersumbat.
“Hoi!!!” Tengku Iskandar melompat ke belakang.
Air melimpah keluar dari getah paip yang dipegang dekat

316
Dyadila

dengan mukanya. T-shirt yang tersarung di badannya habis


lencun. Bibir digigit geram. Ketawa kuat Mazliana
mengundang lagi rasa geram di hatinya. Berani betul budak
ni main-mainkan bosnya.
“Mazliana!!!” Baldi yang berisi air sabun diangkat.
Dia melangkah laju mendapatkan Mazliana yang masih lagi
dengan tawanya. Mazliana pantas mengatur langkah seribu
apabila melihat langkah Tengku Iskandar yang semakin
dekat. Mereka berkejaran mengelilingi kereta.
“Okey, sorry... saya mengaku kalah.” Mazliana
menggelengkan kepala apabila melihat getah paip yang sudah
berada di tangan Tengku Iskandar. Mata Tengku Iskandar
memberi isyarat niat membalas dendam.
“Awak ingat awak boleh lari???” Kata Tengku
Iskandar geram.
Gelak tawa dari garaj kereta menarik minat Tengku
Mariam. Bulat matanya apabila melihat keadaan baju
Mazliana yang hampir separuh basah. Manakala anak
terunanya sudah bermandi air sabun. Mereka kelihatan
bahagia. Ketawa riang Mazliana dan Tengku Iskandar menarik
senyuman mekar di hatinya.

LEPAS satu kedai ke satu kedai, setiap pintu masuk sudah


dijelajah. Mazliana kagum melihat kekuatan kaki Tengku
Mariam yang boleh bertahan berjam-jam duk tawaf satu
mall.
Habib Jewel tersergam indah di hadapannya.
Mazliana menelan air liur perlahan. Mak aiii cantiknya! Tapi
bukan sebab cantik buat dia terpegun tapi kesemuanya harga

317
Doktor Cinta

mencecah empat angka. Aduh... ni kena jual kebun pak long


baru boleh beli.
Tengku Mariam asyik menilik gelang tangan special
edition di tangannya. Dilihat Tengku Iskandar hanya
mengangguk apabila ditanya mamanya. Nampak sangat bosan
tahap babun tercekik. Matanya terhenti pada sebentuk cincin
emas putih yang bertakhtakan berlian. Fuhhh... cantik
sesangat! Leka dia mengamati reka bentuk barang perhiasan
wanita yang boleh membuatkan mata hitamnya terbalik.
“Maz nak yang mana? Ambillah, Mak Engku
belanja.” Bulat mata Mazliana mendengar tawaran tulus
ikhlas sebentar tadi.
Tengku Iskandar mencebik. Dasar mata duitan
betul, pantang buat tawaran terus terbuka mata. Senyuman
Mazliana mati apabila menangkap senyuman sinis bos
besarnya. Hanya orang buta saja yang tak boleh menilai erti
senyuman itu. Dia tahu apa pandangan bos besar padanya.
Mata duitan, mata emasan, mata kebendaan semua mata ar
bagi dekat aku.
“Tak apalah Mak Engku, Maz tak suka sangat pakai
barang kemas ni.” Ingat aku hairan sangat duit dia apa.
Sengal punya bos besar. Ikutkan hati tak berapa bersih ni dah
lama aku kikis duit mama kau ni, tahu tak?
“Kenapa?” tanya Tengku Mariam. Pelik. Mana ada
perempuan yang tak tergoda dengan barang-barang macam
ni kalau dah depan mata.
Sebab aku ni sedang berlakon aje, penipu besar,
pengarahnya anak kaulah! Nyaris tak terkeluar kata-kata yang
terlahir di hatinya. Dia sekadar tersenyum. Dia belum punya
jawapan untuk soalan cepumas Tengku Mariam itu.
“Nak cari apa lagi ni mama?” tanya Tengku Iskandar

318
Dyadila

mengubah topik. Cuba menyelamatkan keadaan, kalau


dibiarkan alamat sampai esok ada saja soalan yang keluar dari
mulut mamanya.
Satu keluhan berat dilepaskan. Bosan. Inilah
padahnya sebab gatal sangat nak ikut. Tapi dia perlu
mengawasi langkah Mazliana, mana tahu kalau-kalau
tunangnya itu terlepas cakap. Mesti pun dalam satu sudut
sebenarnya Mazliana sememangnya seorang pelakon yang
perfect.
Kalau tidak, takkan hati mamanya boleh terpaut
dalam masa yang singkat.
“Itulah mama dah cakap, tak payah ikut tapi gatal
juga nak ikut,” bebel Tengku Mariam pada Tengku Iskandar.
Mazliana tersenyum melihat wajah kelat bos
besarnya ditegur Mak Engku. Dia meneliti deretan kedai yang
menjual barangan perhiasan rumah. Bukan kedai dua ringgit
yang selalu dikunjungi.
“Ala... kalau ada orang lelaki, tak adalah bahaya
berjalan tempat macam ni,” ujar Tengku Iskandar dengan
nada berlagaknya.
Mazliana mencebik. Kata-kata bos besarnya ibarat
merendahkan kemampuan wanita.
“Sekarang ni perempuan dah boleh berdikari tanpa
lelaki, kan Mak Engku?” ujar Mazliana sengaja memancing
persetujuan dari Tengku Mariam. Dia sengaja nak
mengenakan bos besarnya. Satu kelemahan yang dikenal
pasti, bos besarnya itu akan menikus tatkala bersama dengan
mamanya. Kalau di pejabat dia macam raja yang memerintah
tanpa bantahan tapi sekarang dia tak lebih macam seekor
kucing parsi yang manja. Mazliana tergelak kecil.
“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar geram mendengar

319
Doktor Cinta

ketawa Mazliana. Namun soalan itu tinggal sepi tiada


jawapan.
“Maz nak beli apa-apa?” Giliran Tengku Mariam
mengutarakan soalan. Aduh... soalan yang pedih bagi seorang
penganggur macam aku. Manalah aku ada duit nak beli
barang dekat tempat mahal macam ni.
“Emmm... tak ada apalah Mak Engku. Maz boleh
temankan Mak Engku aje,” jawab Mazliana senang. Tengku
Mariam hanya tersenyum.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah
kafe. Agak ramai pengunjung mall yang singgah dia situ. Mak
Engku beria-ia untuk singgah ke situ mungkin dah terlalu
dahaga.
“Minum apa?” tanya Tengku Iskandar kepada
Mazliana selepas mengambil pesanan mamanya.
“Apa-apa ajelah,” jawab Mazliana ringkas. Manalah
tahu nak minum apa, tempat tak pernah aku masuk. Saja nak
malukan oranglah bos besar ni.
“Mana ada air apa-apa ajelah.” Aik? Loyar buruk
pulak bos besar ni. Tengku Mariam tertawa kecil.
“Air apa yang ada dekat sini?” tanya Mazliana malas.
“Semua air ada dekat sini, just tell me now.” Tengku
Iskandar dapat menangkap muncung panjang Mazliana yang
mencebik ke arahnya.
“Air terjun ada?” tanya Mazliana dengan nada
memerli.
Pecah lagi ketawa Tengku Mariam mendengar
pertanyaan bakal menantunya. Sepanjang hari ada saja
telatah Mazliana yang mencuit hatinya. Ditambah pula
perbezaan Tengku Iskandar yang mula pandai mengusik dan

320
Dyadila

mengacau tunangnya itu. Sebagai mama, dia terasa sangat


bahagia.
Tengku Iskandar berwajah serius tiada reaksi untuk
membalas kata-kata Mazliana. Pandangan matanya beralih
kepada Tengku Mariam yang nampaknya sudah menutup
mulut menahan tawa. Kelakar sangatlah tu. Kena juga budak
ni kejap lagi.
“Sama dengan Mak Engku, lah,” sambung Mazliana
pantas apabila melihat bos besarnya mula nak membuka
mulut. Kang tak pasal-pasal kena ceramah.
Tengku Mariam membelek paper bag yang berisi
baju dan beberapa barang yang dibeli tadi. Dilihat Mazliana
terlalu asyik memandang ke arah satu tempat. Matanya turut
meluru ke arah yang menarik minat bakal menantunya itu.
“Kenapa Maz?” soal Tengku Mariam ingin tahu.
“Kesian.” Kelihatan seorang kanak-kanak yang
kurang upaya duduk di atas kerusi roda sambil ditolak ibunya
masuk ke dalam kafe. Matanya masih tidak berganjak. Tiba-
tiba teringatkan mak.
“Tak semua orang bernasib baik,” jelas Tengku
Mariam perlahan. Matanya kembali menatap wajah ayu di
depannya. Mazliana hanya mengenakan jeans hitam dan baju
T-shirt putih yang tercalit warna-warni di sana sini baju.
Nampak santai.
Tengku Iskandar sampai di meja dengan membawa
tiga gelas besar air oren yang dipesan. Disebabkan malas
untuk menunggu lama dia mengambil keputusan untuk
membeli air yang sama. Senang, mudah dan pantas. Dia
mengambil kembali tempat duduk yang ditinggalkan tadi.
“Tengok apa?” tanya Tengku Iskandar pelik.

321
Doktor Cinta

“Tak ada apa,” balas Mazliana perlahan sambil


menyambut air yang dihulurkan Tengku Iskandar kepadanya.
Tak sampai lima minit air dalam cawan besar
Mazliana tinggal separuh. Tengku Mariam menggeleng
perlahan. Tadi kata tak haus, tak adalah dahaga sangat. Saja
tak nak mengaku. Anak bertuah betul.
“Eh... ini apa?” Model kereta F1 sebesar tapak
tangan diangkat. Comel.
“Free give. Ini yang last, tahu tak?” Tengku Iskandar
berkata bangga. Maklumlah siapa lagi yang bertuah kalau
bukan dia.
“Cantiklah. Nak boleh?”
“Eh... mana boleh. It’s mine okay.” Pantas model
kereta itu ditarik dari tangan Mazliana.
“Isy budak ni, benda permainan macam tu pun nak
bergaduh ke?” rungut Tengku Mariam. Lama dia hanya
bertindak sebagai pemerhati. Akhirnya dia bersuara.
“Is, bagi aje la Maz benda tu. Lagipun Is kan banyak
benda macam tu,” arah Tengku Mariam kepada anak terunanya
itu.
Mazliana tersenyum mendengar arahan Tengku
Mariam. Dia tahu bos besarnya itu akan kalah dengan arahan
mamanya. Yes, berjaya!
Tengku Iskandar masih menunjukkan protesnya.
Lagi satu perangai bos besarnya yang berjaya discan. Manja
sangat. Sedari kafe hingga ke tempat letak kereta bos
besarnya menunjukkan muka ala-ala lima puluh sen. Bajet
orang nak pujuk, tak de pehalnya... yang penting model
kereta! Sengaja digosok perlahan dengan tangan. Jelingan
bos besarnya dibalas dengan senyuman.

322
Dyadila

Langkah Mazliana terhenti pada kereta Proton Saga


biru yang terletak di sebelah BMW 5 series Tengku Iskandar.
Bukan nak buat perbandingan kereta luar dan dalam negara
tapi suara tangisan yang kuat dari arah pintu kereta menarik
perhatiannya. Dia melangkah merapati kereta itu.
“Kenapa?” tanya Mazliana. Dia kenal perempuan
itu. Macam pernahku lihat tapi di mana ek? Hah... perempuan
yang tolak kerusi roda tadi dan yang menangis pasti...
“Eh... tak ada apalah, ni anak saya ni meragam
sikit.” Pandangan dialih ke arah kanak-kanak yang masih
teresak-esak menangis. Dia masih duduk di kerusi roda
sementara pintu kereta di sebelah penumpang sudah pun
terbuka.
“Kenapa adik nangis?”
Tangisannya masih lagi kuat langsung tak ada
tanda-tanda nak berhenti. Eiii... payah jugalah si ibu
memujuk.
“Dia nak apa?” tanya Mazliana. Tak faham dengan
apa yang diperkatakan. Suaranya jelas tapi kata-kata yang
dikeluarkan agak kabur. Mungkin hanya ibunya saja yang
faham.
“Tadi kami pergi ke kafe atas tu. Adik saya cakap
ada free give, model F1. Itu yang dia nak sangat. Tapi tak ada
rezeki kut, dah habis,” jelas si ibu juga hampa. Mazliana
tersenyum. La... ingatkan tadi nak apalah. Susah jugalah nak
jaga anak kurang upaya ni.
“La... dah jangan nangis. Ni akak bagi jeng... jeng...
jeng!” Kereta F1 berada di ribaan. Kanak-kanak itu melonjak
suka. Menarik sama senyuman manis Mazliana.
Tengku Mariam tersenyum melihat bakal
menantunya mencium dahi kanak-kanak sindrom down itu.

323
Doktor Cinta

Sempat dia menjeling wajah Tengku Iskandar yang jelas turut


sama menjadi penonton setia aksi tunangnya.
“Bos besar... bos besar!” panggilnya kuat.
“Kenapa?” tanya Tengku Iskandar separuh marah.
“Tak nak balik ke?” Melihat Mazliana sudah masuk
ke dalam kereta membuatkan dia malu sendiri. Aduh...
macam mana boleh berangan ni?
“Kenapa bagi dekat dia?” Soal Tengku Iskandar
tidak puas hati.
Mazliana sekadar menjawab dengan senyuman yang
manis. Kemudian wajahnya kembali memandang jalan.
Soalan itu dia sendiri tak ada jawapannya.
Kenapa sepanjang hari kehidupan yang dilalui
bersama wanita bernama Mazliana ini berbeza di hatinya.
Sejak Mazliana tinggal dengannya dia seolah-olah mendapat
sesuatu barang yang sudah lama hilang. Kenapa dia rasa
gembira? Tapi betul ke disebabkan Mazliana atau kasih yang
kembali mekar bersama Julia? Ya, Julia Hana. Nama itu yang
membuatkan hidupnya semakin ceria.

324
No. ISBN:- 978-967-5067-67-9
Jumlah muka surat: 832
Harga Runcit:- Semenanjung M’sia: RM26, Sabah/
Sarawak: RM29
Harga Ahli KKN:- Semenanjung M’sia: RM22,
Sabah/Sarawak: RM25

Sinopsis:-
Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S
iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan
dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila
terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat
ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan.
Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos
besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah.
Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik , porak peranda….
Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar?
Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?
Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada
Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak
kelibut tu macam mana?
Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang
dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.
Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga
kadangkala buat aku terpaksa.
Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii… tengok orang
lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.
Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga
membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah
warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa
Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang
cinta itu hanya untuknya?

COPYRIGHTING TEXT
Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata….

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


DOKTOR CINTA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan
kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda
hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk
novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta
wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL
ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Вам также может понравиться

  • Jiranku Kekasihku
    Jiranku Kekasihku
    Документ193 страницы
    Jiranku Kekasihku
    KELAB PEMINAT NOVEL
    83% (6)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Документ126 страниц
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Antara Benci Dan Rindu PDF
    Antara Benci Dan Rindu PDF
    Документ151 страница
    Antara Benci Dan Rindu PDF
    kelabk
    100% (1)
  • Aku Untukmu
    Aku Untukmu
    Документ119 страниц
    Aku Untukmu
    kelabk
    100% (1)
  • SAYANG
    SAYANG
    Документ551 страница
    SAYANG
    Lily Anne
    67% (9)
  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Документ139 страниц
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Antara Benci Dan Rindu
    Antara Benci Dan Rindu
    Документ262 страницы
    Antara Benci Dan Rindu
    MUZRI
    50% (2)
  • Cinta Masam Manis
    Cinta Masam Manis
    Документ384 страницы
    Cinta Masam Manis
    Malinda Miskat
    100% (10)
  • Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    Документ171 страница
    Sesuci Kasih Seorang Isteri
    PENULISAN2U
    100% (1)
  • Dosa Semalam
    Dosa Semalam
    Документ147 страниц
    Dosa Semalam
    kelabk
    100% (1)
  • Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    Документ164 страницы
    Sesuci Kasih Seorang Isteri Novel..
    nur_salleh_20
    Оценок пока нет
  • Benci Bilang Cinta
    Benci Bilang Cinta
    Документ70 страниц
    Benci Bilang Cinta
    lordasrul
    100% (3)
  • Semurni Cinta Aina
    Semurni Cinta Aina
    Документ120 страниц
    Semurni Cinta Aina
    hurm3
    100% (1)
  • Cinta Nasi Lemak
    Cinta Nasi Lemak
    Документ201 страница
    Cinta Nasi Lemak
    Siti Fatimah
    95% (20)
  • Sebab Dikau
    Sebab Dikau
    Документ522 страницы
    Sebab Dikau
    Khairyn Othman
    100% (5)
  • Masih Ada Rindu - Mimie Afinie
    Masih Ada Rindu - Mimie Afinie
    Документ25 страниц
    Masih Ada Rindu - Mimie Afinie
    api-3848639
    80% (5)
  • Novel Cinta Masam Manis
    Novel Cinta Masam Manis
    Документ30 страниц
    Novel Cinta Masam Manis
    Fatin Iezzaty
    100% (4)
  • Penjara Rindu
    Penjara Rindu
    Документ185 страниц
    Penjara Rindu
    Penerbitan Kaki Novel
    Оценок пока нет
  • HMTK
    HMTK
    Документ148 страниц
    HMTK
    kelabk
    Оценок пока нет
  • CTT
    CTT
    Документ115 страниц
    CTT
    kelabk
    100% (1)
  • Cerpen AD +IZ
    Cerpen AD +IZ
    Документ153 страницы
    Cerpen AD +IZ
    dysharin898465
    Оценок пока нет
  • Cerpen Bahasa Melayu
    Cerpen Bahasa Melayu
    Документ3 страницы
    Cerpen Bahasa Melayu
    Aryana Nazrey
    Оценок пока нет
  • SESUCI CINTA
    SESUCI CINTA
    Документ107 страниц
    SESUCI CINTA
    zafarul
    100% (2)
  • Jiranku Kekasihku
    Jiranku Kekasihku
    Документ248 страниц
    Jiranku Kekasihku
    MUZRI
    Оценок пока нет
  • Cerpen Disana Mawar Disini Penawar
    Cerpen Disana Mawar Disini Penawar
    Документ13 страниц
    Cerpen Disana Mawar Disini Penawar
    Revathy Krishnan
    Оценок пока нет
  • Saya Rasa Bertuah Sangat
    Saya Rasa Bertuah Sangat
    Документ19 страниц
    Saya Rasa Bertuah Sangat
    elixir_sorent
    Оценок пока нет
  • K
    K
    Документ4 страницы
    K
    Samrenta Sianturi
    Оценок пока нет
  • Organ Tunggal Syariah
    Organ Tunggal Syariah
    Документ6 страниц
    Organ Tunggal Syariah
    ElfizonAmir
    Оценок пока нет
  • MJKS
    MJKS
    Документ53 страницы
    MJKS
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Cerpen Kaca Pecah Trifonia
    Cerpen Kaca Pecah Trifonia
    Документ11 страниц
    Cerpen Kaca Pecah Trifonia
    miska kaitana
    50% (10)
  • Cerpen Bahasa Indonesia
    Cerpen Bahasa Indonesia
    Документ8 страниц
    Cerpen Bahasa Indonesia
    Nicholas Kresna Wijaya
    Оценок пока нет
  • Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 6
    Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 6
    Документ82 страницы
    Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 6
    Al Muzammil Muhamad
    Оценок пока нет
  • Makala H
    Makala H
    Документ8 страниц
    Makala H
    sriwahyuniuni94.sw
    Оценок пока нет
  • Cerpen
    Cerpen
    Документ8 страниц
    Cerpen
    Rimba Candra Kristiyono
    Оценок пока нет
  • Nyanyian Angsa
    Nyanyian Angsa
    Документ23 страницы
    Nyanyian Angsa
    Iis Melda Rosalina
    100% (1)
  • Tugas Cerpen
    Tugas Cerpen
    Документ7 страниц
    Tugas Cerpen
    Novitha Latumahina
    Оценок пока нет
  • Dokter Malik akhirnya mau merawat Ompi lagi
    Dokter Malik akhirnya mau merawat Ompi lagi
    Документ2 страницы
    Dokter Malik akhirnya mau merawat Ompi lagi
    Amin Ilyas
    Оценок пока нет
  • Tenggelamnya Warna Pelangi PDF
    Tenggelamnya Warna Pelangi PDF
    Документ98 страниц
    Tenggelamnya Warna Pelangi PDF
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Nyanyian Angsa
    Nyanyian Angsa
    Документ8 страниц
    Nyanyian Angsa
    JUM'AN BASALIM
    Оценок пока нет
  • Kumpulan Antologi Cerpen
    Kumpulan Antologi Cerpen
    Документ27 страниц
    Kumpulan Antologi Cerpen
    abdul
    Оценок пока нет
  • Nyanyian Angsa
    Nyanyian Angsa
    Документ14 страниц
    Nyanyian Angsa
    Muhammad Ariffandii
    Оценок пока нет
  • Suamiku Seorang Teroris
    Suamiku Seorang Teroris
    Документ10 страниц
    Suamiku Seorang Teroris
    nurona_muslim
    Оценок пока нет
  • MENYANYIKAN ANGSA
    MENYANYIKAN ANGSA
    Документ8 страниц
    MENYANYIKAN ANGSA
    Eto Kwuta
    Оценок пока нет
  • Dokter Muda Menolong
    Dokter Muda Menolong
    Документ5 страниц
    Dokter Muda Menolong
    Jeniffer Ruth Galose
    Оценок пока нет
  • Arfah Nazihah Binte Mohammad Fadhil Bedok South Secondary School Soalan 6: Sebak
    Arfah Nazihah Binte Mohammad Fadhil Bedok South Secondary School Soalan 6: Sebak
    Документ6 страниц
    Arfah Nazihah Binte Mohammad Fadhil Bedok South Secondary School Soalan 6: Sebak
    Mohammad Shariff Danial Roshaizam (Bsss)
    Оценок пока нет
  • CINTA UMMI
    CINTA UMMI
    Документ4 страницы
    CINTA UMMI
    محمد اشرف الحرمين
    Оценок пока нет
  • Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
    Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
    Документ6 страниц
    Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
    Blue Bird
    Оценок пока нет
  • Cerpen Rapuh
    Cerpen Rapuh
    Документ7 страниц
    Cerpen Rapuh
    Mela Sari
    Оценок пока нет
  • TUGAS NYAIN ANGSA AZIZ rio kausar
    TUGAS NYAIN ANGSA AZIZ rio kausar
    Документ11 страниц
    TUGAS NYAIN ANGSA AZIZ rio kausar
    khalfi Syahrin
    Оценок пока нет
  • Cerpen Nizar
    Cerpen Nizar
    Документ10 страниц
    Cerpen Nizar
    Watashiwa Initial N
    Оценок пока нет
  • Buat Aku Tersenyum
    Buat Aku Tersenyum
    Документ11 страниц
    Buat Aku Tersenyum
    Shafriza Hazery
    100% (2)
  • Ubnormal
    Ubnormal
    Документ104 страницы
    Ubnormal
    darsy triaini
    Оценок пока нет
  • Cerita
    Cerita
    Документ7 страниц
    Cerita
    Aka Maliki
    Оценок пока нет
  • Lemonade
    Lemonade
    Документ178 страниц
    Lemonade
    Nadzirah Maripat
    Оценок пока нет
  • Panjang Uratnya
    Panjang Uratnya
    Документ2 страницы
    Panjang Uratnya
    jia juliana
    Оценок пока нет
  • Cerpen
    Cerpen
    Документ5 страниц
    Cerpen
    amazone net
    Оценок пока нет
  • Cerpen Heterosphor
    Cerpen Heterosphor
    Документ9 страниц
    Cerpen Heterosphor
    Risy
    Оценок пока нет
  • Satu Malam Dirumah Sakit Polri Gabriel
    Satu Malam Dirumah Sakit Polri Gabriel
    Документ6 страниц
    Satu Malam Dirumah Sakit Polri Gabriel
    Julio Romero
    Оценок пока нет
  • Kau Milikku
    Kau Milikku
    Документ102 страницы
    Kau Milikku
    kelabk
    Оценок пока нет
  • Sunatan Lasuddin
    Sunatan Lasuddin
    Документ6 страниц
    Sunatan Lasuddin
    Fitrotun nufus alfarucha
    Оценок пока нет