Вы находитесь на странице: 1из 10

 

  Ketaksamaan Peluang Pendidikan  


 
 

 
“ … merapatkan juran pendidikan, yang merangkumi jurang antara Bandar dengan luar
Bandar; jurang antara yang msikin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara
merek a yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara.”
 
YB Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussein
Perutusan Tahun Baru 2006
 
4.1  Kelas Sosial
 
Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan
individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan,
pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
 
Antara contoh kelas sosial yang terdapat  dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada dua
golongan iaitu :
 
-          Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan
dan pertukaran
-          Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya
tenaga kerja sahaja
 
Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan
kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan
atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang
tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik,
institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain.
 
Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu
lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti
sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih
terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup
seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku .
 
Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau
kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
 
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lainberasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan
manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku
apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat.
 
Diskriminasi berlaku dalam banyak  bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan
etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal
secara terbuka atau percubaan penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan,
ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu
dielakkan.
 
Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak
munculnya kelas sosial masyarakat dari system feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain
dan golongan pembesar dan istana menerima system pendidikan yang berbeza. Pihak
penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan
pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan
mereka. AKhirnya golongan pmbesar ini mewariskan kecerdikkan mereka kepada anak-
anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang
pelajaran.
 
Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru,
bahan-bahan rujukan da peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan
konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada kejadian ‘sosial inequaliti’ atau
ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran
untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat system stratifikasi. Rohand
Meighan (1986) menggambarkan perbezaancara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu
bangsa yang sama.
 
Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan
ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua
adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan
memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri
daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga
adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah
menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan
PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang
mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan
formal.
 
Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati  terdapat hubungan signifikan
antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu
bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi
pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian
akademik anak-anak mereka.  Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang
secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus
bertambah baik.
 
Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara
pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan
tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
 
Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti
tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya
menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan,makanan  berkhasiat dan
kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan
murid.
 
Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan
persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang
mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan
ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan
terhadap pembentukkan kelas social dalam masyarakat.
 
Selain lokasi yang berkaitan terus dengan social, jurang pendidikan juga wujud antara
jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak
terhadap pencapaian  murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid
belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap
sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan
peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam system pendidikan negara.
 
Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam pelunag
pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada
yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat
(ICT).
 
Terdapat juag sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM,
iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam
keadaan daif  dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru
terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti
tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana
kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan
SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar
sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.
 
Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur,
perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah
dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.
 
Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar
Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang
mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet
dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.
 
RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam
pendidikan seperti ;
 
- Rancangan Makanan Tambahan
- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin
- Bantuan Makanan Asrama
- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
- Jaket Keselamatan
- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Skim Baucer Tuisyen
- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti
- Asrama Harian
 
Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai
keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insane tanpa mengira
kelas social murid berkenaan,
 
Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek
membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya
lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu’ maklumat daripada menerimanya
secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat
harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak
merenung dan faham ‘apa’, ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku. Jika
kita mahukan pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang
mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas
social perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.
 
 
4.2  Jantina
 
Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata
pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelakian’. Pemilihan ini secara langsung
menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.
 
Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan
lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk
secara social dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status,
cita-cita, perlakuan dan cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.
 
Siti Rohani Yahya (1989,1998)  melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam
proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada
peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang
pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi
yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan
wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi
murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama.
 
Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita  dalam pendidikan sangat
menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di
peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi
pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang
untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.
 
Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati
wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh
yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran
dalam kelas.
 
4.3   Kumpulan Minoriti
 
Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang
mempunyai jumlah ahli yang kecil.Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu
mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lai. Faktor geografi mempengaruhi budaya
sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan
sebaginya.Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau
warisan daripada ibubapa mereka.
 
Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering
suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism
dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka
mampu menggugat keharmonian sekolah.
 
Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari
maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.
 
Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus
pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus
mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan
suasana pembelajaran di sekolah.
 
4.4   Murid Keperluan Khas
 
Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi
intelek, jasmani dan social atau emosi. Terdapat anggapan negative samada anak mereka
itu normal atau berkeepeluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu
kategori masalah dan kategori masalah khusus.
 
Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan
kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan
program sekolah biasa.
 
Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
majority kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah
menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas.
 
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh
lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan
sepenuhnya system pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan
motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih
maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru
harus memberi focus terhadap masalah sosio-emosi mereka.
 
Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang
luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.
 
Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak
dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik
yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai
dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah
mengembangkan potensi.
 
Faktor persekitaraan seperti maslaah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,
maslaah keluarga, maslaah tidak dapat menyesuaikan diri dengan system persekitaran dan
pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada
semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar
pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003).
 
Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan
Khas iaitu;
 
-          kerencatan mental
-          bermasalah pembelajaran
-          kecelaruan tingkah laku
-          cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
-          cacat penglihatan
-          cacat fizikal
-          pintar-cerdas dan berbakat istimewa
 
Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah
laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak
mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang
orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga
mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam,
sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan
tindakan luar kawalan.
 
Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-matangan yang agak
ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering
berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai
tingkahlaku antisocial.
 
Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti
memeras ugut, mencuri dan ponteng.
 
Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi
mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi
interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid
berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas
dan berbakat.
 
Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD  tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit
Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan
perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak menyempurnakan tugasan yang
diberikan.
 
Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-
tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti
dan sering menggangu orang lain.
 
Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak
tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan
dalam masyarakat.
 
Modifikasi environmental dan behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk
menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang
menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku
negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid
bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja.
 
Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas;
mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi
kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah
menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari
negative. Guruperlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya
mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.
 
Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk
menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan
yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.
 
Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua
SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid
bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.
 
Kanak-kanak kurang upaya memasuki system pendidikan KPM seawall umur 4 atau 4
tahun lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
4.5   Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan
 
-          Orang Asli
 
Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau
pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi  dala kalangan murid Orang Asli
merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar
dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang
terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam
semula jadi.
 
Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka
mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan
cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada
kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).
 
Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu
Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku
kaum.  Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi
orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama,
sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, epncapaian
orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian
kelompok etnik lain di Malaysia.
 
Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur
dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan
seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya
pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke
perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran
seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh
masyarakat orang Asli.
 
Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat
persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang
Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana
membantu keluarga keluar mencari makan seharian suntuk. Tempat kediaman pula
terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak rendah,
penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-
benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.
 
Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah
(Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang
Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada
tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 %  (kadar nasional 6.4
%). Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan
perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan
pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga
menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba
kekurangan.
 
-          Pribumi (Indigenious)
 
Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah
dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawakjuga terdiri daripada pelbagai kaum,
mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan
budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau,
Murut, Suluk dan orang Brunei.Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau,
Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.
 
Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal
jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka
masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari
dulu lagi.
 
Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana
system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system
belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.
 
Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-
nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat
indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.
 
Dalam system belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar
seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu
cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung
dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.
 
Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung
melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami
adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman
nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam
dan nilai-nilai budaya.
 
-          Pendalaman
 
Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah
kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan
pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan
berkenaan.
 
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang
memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada
kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan
guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan
pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi
menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian
akademik mereka.
 
Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf
sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi
dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran
murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang
yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha
menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia
Ketiga (RMK-3):
 
“..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya
dengan yang misikin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian
sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”
 
 
Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai
satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan
murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri
mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-
anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.
 
Sumber :
 
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
 
 
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/
Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi
%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm 
 
Kembali
 Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006

Вам также может понравиться