Вы находитесь на странице: 1из 3

Pelaksanaan Sekolah Berkesan di Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan tentang pelaksanaan sekolah berkesan di Malaysia. Sebanyak lima
belas buah artikel telah dipilih dan dianalisa berkaitan tentang pelaksanaan sekolah berkesan.
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk melihat sendiri bagaimana pelaksanaan sekolah
berkesan di Malaysia yang dibuat oleh pengetua atau guru besar di sekolah . Hasil kajian
berdasarkan daripada hasil tinjauan dan analisis data daripada 15 buah artikel . Di dalam kertas
kerja ini beberapa perkara yang akan diberi perhatian secara khusus iaitu pemasalahan yang
berlaku di negara ini dan seterusnya meninjau bagaimana pelaksanaan sekolah berkesan itu
dilakukan. Dalam kajian ini, penkaji akan menimbangkan beberapa aspek penting dengan melihat
model yang bersesuaian dalam penyelidikan . Selain itu, penumpuan akan diberi dengan melihat
apakah proses dan impak penambahbaikan untuk menjadi sesebuah sekolah itu menjadi sekolah
berkesan. Disamping, itu penkaji akan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan
dan melihat amalan kepemimpinan yang dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar. Hasil
dapatan daripada kajian ini menyatakan bahawa pelaksanaan sekolah berkesan ini akan lebih
berjaya sekiranya beberapa perkara dititikberatkan oleh pengetua atau guru besar seperti melihat
sendiri iklim sekolah, komitmen guru , sikap pelajar yang positif dan kemudahan fizikal sekolah yang
mencukupi.
Pengenalan

Di kebanyakan negara, agenda untuk memperbaiki sekolah dengan meningkatkan pencapaian murid
telah menggambarkan minat pengubal dasar bagi mereformasikan bidang pendidikan di negara
mereka. Malah, kenyataan pelopor kepada kajian sekolah berkesan, Edmond (1979) bahawa
school make a difference telah menjadi aspirasi kepada mereka untuk melaksanakan agenda
tersebut. Justeru, kajian berkaitan dengan sekolah berkesan telah dilaksanakan dengan meluas
keserata dunia bermula pada tahun awal 1980-an seperti di Britain, Holland, Israel dan Australia
dengan mengambil kira dapatan kajian yang ditemui oelh pengkaji sekolah berkesan di Amerika
Syarikat (Silver 1994) di mana pelaksanaan kajian tersebut telah dilakukan oleh individu-individu
yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang sekolah berkesan
bagi menemui faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah (Townsend,
2001). Begitu juga di Malaysia, penkaji tempatan telah menjadikan pandangan Mortimore (1995)
sebagai asas kajian mereka (Chan, 1999).

Namun, laporan kajian oleh World Bank Evaluation Department pada tahun 1999 mendapati sekolah
di negara-negara membangun yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang rendah telah menghadapi
tekanan untuk melaksanakan program sekolah berkesan yang berasaskan dapatan kajian dari
negara-negara maju (Haris, 2002) kerana sekolah memerlukan strategi yang bersesuaian dengan
konteks, permasalah dan keperluan pembangunan setempat (Abdul Karim Md. Nor, 1998; Stoll &
Myers, 1997.

Sehubungan dengan itu pelbagai tuntutan cuba dilaku untuk meningkatkan kelebihan daya saing
terutamanya dibarat telah memaksa sekolah untuk mencari kaedah-kaedah untuk menjadi lebih
berkesan dan meningkatkan prestasi. Dalam usaha mencapai matlamat ini para penyelidik dan ahli
akademik telah berusaha untuk menjawab dua persoalan asas iaitu apakah ciri-ciri sekolah
berkesan? Bagaimanakah sekolah boleh melakukan penambahbaikan dan seterusnya menjadi lebih
berkesan? Persoalan pertama menjurus kepada hasil keberkesanan sesebuah sekolah dan kaedah
untuk meningkatkan keberkesanan serta kualitinya. Kajian-kajian keberkesanan sekolah lebih
bertumpu kepada persoalan pertama selama beberapa tahun sementara penyelidik bidang
penambahbaikan sekolah memberikan perhatian yang lebih kepada persoalan kedua.

Walaupun kedua-dua kumpulan penyelidik ini memfokuskan persoalan-persoalan di atas namun


metodologi kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam kedua-dua kumpulan penyelidik sekolah
berkesan dan penambahbaikan sekolah tanpa adanya usaha untuk menunjukkan hubungan yang
synergistic antara kedua-dua bidang ini (Stoll 1996). Namun begitu terdapat beberapa kajian yang
cuba menghubungkaitkan kedua-dua bidang ini. (Reynolds et al. 1993;West & Hopkins. 1995; Gray et
al. 1996; Hopkins 1996).

Menurut Gray (1996) terdapat beberapa cabaran untuk menggabungkan ilmu kedua-dua konsep
keberkesanan dan penambahbaikan sekolah kerana keberkesanan berfokus kepada ukuran hasil
sementara penambahbaikan berfokuskan kepada proses perubahan dalaman. Oleh itu, untuk
menggabungkan kedua-dua bidang ini maka satu kerangka konsep yang komprehensif diperlukan.
Kerangka konsep ini akan memberikan gambaran dan kefahaman yang lebih jelas mengenai amalan-
amalan di sekolah yang membantu meningkatkan keberkesanan pencapaian murid-murid.
Penyataan Masalah

Apabila sesebuah sekolah mengamalkan dasar pintu terbuka maka pencapaian reputasinya akan
bermula ketika pertama kali mereka membuka pintu tersebut kepada umum. Reputasinya akan
dikenal pasti persepsi dan pemerhatian yang lebih luas daripada pihak berkepentingan dalam
pendidikan seperti murid, ibu bapa dan masyarakt. Mereka inginkan sekolah berjaya untuk
melahirkan murid yang mempunyai cirri-ciri modal insane. Justeru, usaha untuk membangunkan
reputasi sekolah menjadi semakin perlu memastikan tindakan mereka agar bertepatan dengan
kehendak persekitaran yang sentiasa berubah-ubah (Vanderstoep, Anderman & Midgley, 2005) dan
tindakan tersebut seharusnya berpandukan pandangan-pandangan yang bernas menerusi kajian-
kajian yang berbentuk saintifik (Yeager, 1995).

Bertepatan dengan saranan di atas, kajian-kajian mengenai sekolah berkesan berupaya untuk
dijadikan asas panduan untuk sesebuah sekolah menepati kejayaan kerana tumpuan kajiannya
adalah menyeluruh dan tidak tertumpu hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran
(Bolender, 2004). Namun, bilangan kajian tersebut masih berkurangan di Malaysia (Shahril Marzuki,
1997)). Implikasinya, wujud pelbagai definisi yang diberikan oleh penkaji-penkaji tempatan dan
suasana tersebut akan menimbulkan masalah untuk membentuk model sekolah berkesan di
Malaysia agar ianya berupaya untuk menyokong dapatan kajian-kajian terdahulu sama ada di dalam
mahupun luar negara. Selanjutnya, menghalusi, menghuraikan dan memperincikan teori amalan
dan model sekolah berkesan berdasarkan konteks Malayisa.

Вам также может понравиться