Вы находитесь на странице: 1из 4

Kecekapan tenaga merupakan komponen baru yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak

prasekolah. Kanak-kanak pada zaman moden ini perlu didedahkan kepada konsep
kecekapan kerana dunia kita sekarang sudah menghampiri kepada kekurangan tenaga
elektrik. Hal ini membuktikan kajian mengenai kecekapan tenaga telah banyak dilakukan
cuma masih belum dilaksanakan lagi di institusi pendidikan prasekolah. Hal ini masih
baru dan masih dalam proses pelaksanaan. Kajian-kajian lepas menujukkan bahawa
kecekapan tenaga merupakan.

Dewasa ini, penggunaan tenaga yang cekap yang biasanya dinamakan Kecekapan Tenaga
(KT) semakin hari mendapat perhatian daripada pengkaji–pengkaji tempatan di negara
kita. Di Eropah, pengkaji-pengkaji telah memulakan kajian seawal tahun 2004 lagi
melalui pembentangan kertas kerja dalam usaha untuk mencari cara-cara yang boleh
diguna pakai untuk menjimatkan tenaga elektrik. Proses ini berjalan dengan rancak
melalui bengkel, seminar dan sebagainya yang mana sasaran utama yang difokuskan
adalah kanak-kanak.

Seterusnya tinjauan kajian yang telah dijalankan oleh Heming Bjorna dan Kirsten
Dyhr Mikkelsen (2003). Tinjauan ke kertas kajian “Evaluating Energy Efficiency
Campaigns Targeted at Children: Towards a Best Practices”. Kertas kerja ini
berfokuskan kempen penjimatan tenaga dan sasarannya ialah golongan kanak-kanak.
Dalam kajian projek ini dijelaskan tentang garis panduan yang menjurus kepada berbagai
kaedah, aspek-aspek pendekatan dan susunan struktur rangka kajian yang boleh
membantu ke arah kejayaan skop dan usaha penjimatan tenaga. Projek ini ditaja bersama
oleh ‘Consortium partner’ yang terdiri daripada ‘The Danish Organisation for
Renewable Energy, Denmark, Centre for Sustainble Energy, England, Wuppertal
Institute, Germany dan Norwegian Energy Efficiency Inc, Norway. Output projek ini
yang disiapkan pada tahun 2004 boleh dijadikan garis panduan dan rujukan bagi untuk
menilai sejauh mana projek keberkesanan kesedaran mengenai penjimatan tenaga ke atas
kanak-kanak (Kids4Energy) .
(Rujukan Website : http://www.managenergy.net/download/r676.pdf)
Seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Azni Zain Ahmad dalam buku
Sumber Guru ‘CETREE’ m/s 87. Beliau mendapati bahawa semua pihak
bertanggungjawab untuk menjimatkan tenaga elektrik. Sekiranya semua rakyat di
Malaysia mengamalkan kecekapan tenaga, maka tenaga dan alam sekitar dapat
diselamatkan. Amalan di rumah tidak banyak menggunakan wang dan masa. Kanak-
kanak pun dapat dilatih dari kecil lagi dalam amalan yang akan membawa kebaikan ini.
Kesedaran kanak-kanak mengenai isu penjimatan tenaga elektrik melalui amalan dan
cara hidup yang betul perlu diterapkan melalui pendidikan sejak mereka kecil lagi
supaya impak keberkesanannya secara menyeluruh terhadap isu kecekapan tenaga akan
berjaya bagi jangka pendek dan jangka panjang. Beliau turut menegaskan kecekapan
tenaga tidak semestinya menurunkan kualiti hidup atau melambatkan pembangunan
negara.

http://c.1asphost.com/s23232/6.Kecekapan%20TenagaBUKU%20SUMBER
%20GURU.pdf
Isu pendidikan kanak-kanak dan tenaga terdapat dalam projek Intelligent Energy
di Eropah yang diusahakan pada 01/01/2007 sehingga 31/12/2009. Projek Kertas Kerja
ini yang berjudul “Creating Actions Among Energy Conscious Children (Kid4Future)”
dan dikendalikan oleh Enova SF melibatkan negara-negara seperti Belgium, Bulgaria,
Finland, Greece, Poland, Slovakia, Slovenia, Spain dan Swedish Energy Agency (STEM),
Sweden. Dalam program penyelidikan, 20 buah sekolah telah dipilih khas untuk kajian
tindakan projek ini. Objektif projek ini disasarkan kepada kanak-kanak yang
menceritakan mengenai kecekapan tenaga dan mengelakkan pembazirannya melalui
pendekatan dimensi baru yang lebih menarik perhatian serta dapat memberi kefahaman
yang komprehensif. Penggunaan media seperti laman web, televisyen dan aktiviti-aktiviti
yang dirancang khas dapat dicantumkan untuk menggerakkan projek ini. Aktiviti-
aktiviti sekolah yang direka khas mesti dikongsi bersama di antara kanak-kanak yang
terlibat dengan projek pilot ini. Peranan dan tanggungjawab konsortium yang mengurus
projek ini adalah untuk memastikan kejayaan jangka panjang yang menyeluruh. Para
produser televisyen dihubungi untuk menerbitkan rancangan-rancangan televisyen kanak-
kanak secara langsung yang bertemakan tenaga dan kanak-kanak. Instrumen-instrumen
khas juga dicipta untuk menilai keberkesanan projek ke atas penglibatan kanak-kanak di
sekolah yang terlibat. Manakala rancangan televisyen disiarkan secara langsung bagi
membolehkan semua negara mengetahui hasil keberkesanan projek yang sungguh
bernilai ini untuk kebaikan semua pihak. ‘This project is funded and supported by the EU
Intelligent Energy-Europe programme to improve these conditions and move toward a
more energy intelligent Europe ‘
Rujukan ; Inteligent Energy Euro – http:/ec.europa.eu/energy/intelligent

Semua hasil sorotan kajian yang secara komprehensif ini membantu penyelidik
tentang kepentingan kecekapan tenaga sebagi komponen baru yang boleh diterapkan
kepada pendidikan kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak pada zaman moden ini perlu
didedahkan kepada konsep kecekapan tenaga kerana dunia kita sekarang sudah
menghampiri kepada kekurangan tenaga elektrik. Maka terpulanglah kepada kita untuk
mengolah, merancang dan melaksanakan elemen-elemen modul pendidikan Sains yang
sesuai dengan elemen kecekapan tenaga di institusi pendidikan prasekolah negara kita.
Hal ini masih baru dan masih dalam proses pelaksanaan. Justeru itu, perhatian yang
sewajarnya diberi agar negara Malaysia dapat menjadi salah satu negara yang prihatin
mengenai isu kesedaran kanak-kanak tentang kecekapan tenaga dan menjadi setanding
dengan negara-negara yang terlibat di Eropah.
RUJUKAN

1. (Rujukan website : http://www.managenergy.net/download/nr144.pdf) dicapai pada 11


April 2010, Ahad
The FEE-project The persuasive power of children towards energy consumption in
the local community
Brussels Energy Agency, Belgium

2. Rujukan ; Inteligent Energy Euro – http:/ec.europa.eu/energy/intelligent Dicapai pada


11 April 2010, Ahad
“Creating Actions Among Energy Conscious Children (Kid4Future)”

3. (Rujukan Website : http://www.managenergy.net/download/r676.pdf) Dicapai pada


Evaluating energy efficiency campaigns targeted at children: towards a best practices
methodology

http://www.energysavingsecrets.co.uk/TeachingChildrenToBeEnergyEfficient.html

Вам также может понравиться