Вы находитесь на странице: 1из 12

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

Sidang Akademik 2009/2010

HST 121
SEJARAH TANAH BESAR ASIA TENGGARA

Tajuk:

Bandingkan kesan sosial penjajahan British dan Perancis antara


1880-an hingga 1941.

Nama: Mohd Rosdi Bin Shaari


No Matrik: 106174
Nama Pensyarah: Profesor Dato’ Abu Talib Bin Ahmad
Hari dan Masa Tutorial : Rabu/10.00-11.00
Tarikh Hantar : 24.2.2010
Pengenalan
Kecenderungan kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir abad

ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa Eropah ini

dilakukan bagi tujuan penjajahan dan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti British,

Perancis dan negara Eropah lain sedang bersaing menjadi kuasa utama. Oleh itu, negara-

negara ini giat berusaha meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan

bermulalah penjajahan British di Myanmar, Perancis di Vietnam dan beberapa siri

penjajahan kuasa-kuasa lain di sekitar Asia Tenggara.

Umumnya, penjajahan atau imperialisme ini bermaksud satu kecenderungan sesebuah

masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain

dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan. 1 Faktor utama penjajahan

kuasa-kuasa Eropah atau imperialisme ini dijalankan adalah bagi mendapatkan tanah

jajahan bagi membuktikan kekuasaan politik mereka kepada negara lain. Negara atau

kuasa yang mempunyai kawasan taklukan yang luas pada ketika itu akan dipandang

tinggi oleh kawan dan lawannya. Dasar imperialisme ini juga berlaku adalah kerana

negara-negara kuasa besar ingin menguasai ekonomi negara jajahan. Penguasaan

ekonomi ini amat diperlukan kerana berlakunya revolusi perindustrian terutamanya di

Eropah yang memerlukan sumber bahan mentah yang banyak. Selain itu, negara-negara

Eropah melakukan dasar imperialisme ini juga kerana mereka mengatakan bahawa

mereka bertanggungjawab mentamadunkan rakyat di Asia Tenggara yang dianggap tidak

bertamadun. Mereka menggunakan slogan ‘beban orang putih’ sebagai alasan melakukan

mentamadunkan negara jajahan melalui penjajahan.

1
Fieldhouse 1983,hlm 1 dalam Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur,1991,hlm 59
Myanmar atau pada asalnya disebut Burma sebelum tahun telah diasaskan oleh

keturunan Alaungpaya iaitu pengasas Dinati konbaung pada 1752 dan berakhir pada 1885

selepas dijajah oleh British semasa pemerintahan Raja Thibaw. Penjajahan British di

Myanmar berlaku pada tahun 1886 adalah ekoran daripada beberapa siri perjanjian dan

peperangan seperti Perang Inggeris-Myanmar 1, Perang Inggeris-Myanmar 2 dan

akhirnya Perang Inggeris-Myanmar 3. Pelbagai perjanjian telah dimeterai oleh kedua-dua

pihak seperti Perjanjian Yandabo, namun perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini

menyebabkan peperangan dan persengketaan berlaku berterusan. Peperangan yang

berlaku ini menyebabkan Arakan dan Tenasserim ditakluki selepas Perang Inggeris-

Myanmar 1. Pegu pula jatuh ke tangan Inggeris selepas Perang Inggeris-Myanmar 2 dan

Ulu Burma ditakluki selepas Perang Inggeris Myanmar dan berakhirlah pemerintahan

Dinasti konbaung.

Penjajahan Perancis di Vietnam pula bermula pada tahun 1859 setelah bandar Saigon

ditawan pada 18 februari 1859. Penaklukan dan kejatuhan empayar lama Vietnam

mengambil masa selama tiga puluh tahun dan melalui beberapa tahap. 2 Sejarah Vietnam

sebelum tahun 1902 dipenuhi dengan beberapa siri peperangan sama ada perang dengan

negara jiran atau perang saudara. Maharaja Gia Long atau nama sebenarnya Nguyen Anh

merupakan pengasas Wangsa Nguyen muncul sebagai pemerintah Vietnam selepas

tamatnya perang dengan negara jiran dan perang saudara Vietnam. Pemerintahan di

Vietnam silih berganti dan pelbagai usaha mewujudkan keamanan dan perpaduan telah

dilakukan. Namun, pada zaman pemerintahan Raja Tu Duc berlaku pelbagai masalah

dalaman dan perpecahan dalam kepimpinan dan keadaan ini menyebabkan Perancis mula

mengambil kesempatan. Imperialis Perancis yang semakin hebat pada akhir abad ke-19
2
Philippe Devillers, Sejarah Indo-China Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm 207
itu telah memperalatkan pemerintah Vietnam dengan memaksa beberapa perjanjian

dengan Perancis ditandatangani. Gerakan-gerakan imperialis Perancis pula semakin

mendesak Vietnam dan keadaan ini sedikit demi sedikit membolehkan Perancis berjaya

menguasai pilitik dan menakluk Vietnam setelah beberapa siri perjanjian yang dimeterai

antara Perancis dengan pemerintah Vietnam telah dibuat. Dalam bulan mac 1902

Vietnam terpaksa tunduk dan dimasukkan ke dalam empayar jajahan Perancis.3

Dalam membicarakan mengenai penjajahan British dan Perancis antara 1880 hingga

1941, penjajahan ini meninggalkan pelbagai kesan kepada tanah jajahan. Penjajahan

British dan Perancis ini meninggalkan banyak kesan kepada negara jajahan samaada dari

segi politik, ekonomi dan sosial. Melalui penulisan ini, penulis akan cuba menjawab

persoalan berkenaan dengan kesan sosial samaada kesan positif mahupun kesan negatif

akibat penjajahan British dan Perancis meliputi negara jajahan British iaitu Myanmar dan

negara jajahan Perancis iaitu Vietnam. Dalam hal ini, aspek perbincangan kesan sosial

meliputi pembaharuan dasar pemerintahan, bahasa dan pendidikan, taraf hidup, undang-

undang, aspek pembentukan masyarakat dan semangat kebangsaan yang terdapat di

sesebuah negara jajahan itu. Kedatangan Penjajah telah membawa bersama impak

perubahan dari segi sosial. Apa yang berbeza hanyalah cara yang digunakkan oleh kedua-

dua penjajah tersebut.

Di Myanmar, British telah membawa buruh daripada India masuk ke Myanmar

terutamanya bagi menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian padi. Semua sektor

ekonomi Burma dipertanggungjawabkan kepada syarikat-syarikat Inggeris yang

diuruskan oleh pentadbir-pentadbir India dan China dan migrasi orang India dan China

3
Philippe Devillers, Sejarah Indo-china Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka,1988, hlm 213
digalakkan oleh orang British.4 Upah buruh yang murah dari India ini menyebabkan

British mengambil mereka untuk berkhidmat juga dengan kerajaan seperti di jabatan

kesihatan, pos dan telegraf. Kemasukan buruh-buruh ini membawa bersama budaya-

budaya mereka yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan sosialisasi terhadap budaya

dan penduduk tempatan. Selain itu, perkahwinan antara buruh-buruh luar dengan

penduduk Myanmar turut membawa perubahan kepada budaya temaptan Myanmar yang

mengakibatkan wujudnya masyarakat majmuk di Myanmar. Kemasukan warga asing

secara beramai-ramai ini menjurus kepada berlakunya masalah perkauman kerana

masyarakat peribumi berasa terhimpit dan dipinggirkan. Perkembangan ini

memperlihatkan golongan Chetti mula menguasai tanah-tanah pertanian dan hak

masyarakat tempatan mula diabaikan. Kesannya berlakulah pemberontakan dan rusuhan

seperti pemberontakan Hsaya San. Manakala di Vietnam pula, Perancis telah

menjalankan dasar asimilasi dan asosiasi. Asimilasi bermakna usaha untuk

memperanciskan rakyat yang dijajah dari segi bahasa, adat dan idealisme. 5 Namun dasar

ini pada kemuncaknya gagal dilaksanakan dan Perancis menjalankan pula dasar asosiasi

di Vietnam. Dasar asosiasi pula bermaksud pemerintahan secara tidak langsung yang

mengambil kira perbezaan ras, geografi, dan biologi kaum yang menjajah dan yang

dijajah. Dasar ini mengutamakan kerjasama antara penjajah dengan yang dijajah. Melalui

dasar ini, berlaku banyak perubahan dalam bidang sains dan pembaharuan ini

mengukuhkan lagi pendudukan Perancis di Myanmar.

Selain itu, kesan penjajahan turut memberi kesan kepada sistem pendidikan seperti

pengenalan sisitem pendidikan Inggeris. Penaklukan Burma oleh Inggeris telah membuka

4
P-B. Lafont, Semenanjung Indo China, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 17
5
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 79
peluang kepada rakyat untuk menerima pelajaran dan dengan cara memperlengkapkan

kepentingan umum keadaan masyarakat seluruhnya menjadi bertambah baik.6

Pengenalan sistem pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak tempatan menjadi

“pensubahat” dengan penerapan idealisme dan dakyah penjajah. Di Myanmar,

pendidikan Inggeris telah diperkenalkan selepas tahun 1852 oleh British dengan tujuan

untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat Myanmar bagi mendidik dan

meningkatkan tamadun Burma. Dari segi pelajaran Inggeris memberi pelajaran-pelajaran

yang mendorong kepada kebaikan negeri.7 Ia juga dilaksanakan untuk menyediakan

pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan pengusaha ekonomi moden dengan kerani

yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di samping kakitangan lain yang menyediakan

negara dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah negara moden 8. Sebelum abad

ke-20, pendidikan telah dijalankan oleh rahib-rahib di biara yang terletak di bandar-

bandar dan kedatangan British telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris dan

mewujudkan satu bahasa untuk seluruh negara bagi memudahkan perkembangan

ekonomi dan memudahkan kawalan. Antara ilmu yang mula diperkenalkan seperti ilmu

kira-kira, ukur tanah, geografi, sejarah eropah, astronomi dan geometri awalan

diperkenalkan.9 Pendidikan yang bersifat fizikal seperti latihan boxing telah mula

dipinggirkan. Dalam tahun 1871, sebanyak 70 buah sekolah menengah telah ditubuhkan

dan maktab perguruan juga diadakan. Pendidikan juga sangat pesat dibangunkan di

Burma Hilir sekitar tahun 1886 dengan banyak didirikan sekolah Inggeris dan juga

6
W. Williams dan Joginder Singh Jessy, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H Publications Sdn Bhd,
1969, hlm 165
7
Sufian Bin Taimon, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 134
8
David Joel Steinberg, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm
375
9
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm 67
sekolah campuran. Kesannya, sekolah Kyaung (sekolah kampong) semakin dipinggirkan

terutama dalam kalangan penduduk bandar. Akhirnya wujud tiga sistem pendidikan iaitu

sistem pendidikan yang keinggerisan, sistem biara yang tradisional dan sistem pendidikan

campuran keinggerisan dan tradisonal. Kemuncak perkembangan pendidikan di Burma

ialah penubuhan Universiti Rangoon pada 1920. Sementara di Vietnam pula, pelajaran

telah diabaikan kerana ini bukanlah matlamat utama Perancis menakluki Vietnam.

Perancis tidak membuat sebarang perubahan sebelum tahun 1900. Mulai 1900 Sistem

pelajaran mula diberi perhatian dan beberapa buah sekolah Perancis dibina di bandar-

bandar besar. Pelajaran mula diberi perhatian bertujuan untuk mengeluarkan penuntut

yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan juga pentadbiran kolonial. Para pelajar

didedahkan kepada bahasa Perancis, ilmu kira-kira, sejarah dan juga ilmu geografi.

Pelajaran pada peringkat rendah adalah selama 6 tahun dan pelajar yang terbaik akan

dihantar ke Sekolah Menengah Saigon (Hanoi) dan perbelanjaan akan di tanggung oleh

kerajaan. Selain itu sekolah mubaligh pula mengeluarkan bakal pegawai peringkat

rendah. Dalam tahun 1907, Universiti Hanoi telah dibina tetapi terpaksa ditutup sebab

universiti itu dijadikan oleh pihak bumiputera sebagai pusat pergerakan semangat

kebangsaan.

Di samping itu, penjajahan tidak semestinya mendatangkan kesan sosial yang positif

terhadap negara yang dijajah. Terdapat juga pelbagai kesan negatif yang berlaku di

negara-negara jajahan. Di Myanmar, walaupun kemajuan pesat berlaku namun taraf

hidup dilihat semakin merosot. Hal ini berlaku kerana terdapat juga kegiatan merompak

dan peningkatan kegiatan jenayah yang mendadak walaupun selepas pengenalan sistem

perundangan yang mantap dan kekuatan polis betambah. Pertambahan penduduk yang
semakin meningkat begitu juga perkembangan bandar Rangoon pada 1860 terlalu pesat

dengan penduduk melebihi 60000 orang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan.

Masalah ini menyebabkan berlakunya masalah perumahan dan taraf kesihatan penduduk

turut merosot. Berbanding di Vietnam, penjajah Perancis lebih menumpukan kepada

usaha memajukan kawasan perbandaran seperti mencantikkan bandar Hanoi dengan

memperkenalkan bandar seperti di Perancis contohnya dengan memperkenalkan cafe,

villa dan avenue. Perkembangan perbandaran ini telah membahagikan masyarakat

Vietnam kepada dua golongan iaitu masyarakat bandar yang “bertamadun” dan

berpelajaran Perancis (Quoc Ngu) dan masyarakat desa yang membosankan atau dikenali

sebagai nha que. Perkembangan ini juga meminggirkan masyarakat luar bandar dan akan

terus menetap di kawasan luar bandar.

Selain itu, kesan penjajahan juga dapat dilihat dari aspek perundangan yang mana

negara penjajah telah memperkenalkan sistem perundangan Barat. Pengenalan undang-

undang barat ini telah meminggirkan undang-undang asal yang ada. Di Myanmar, British

memperkenalkan sistem undang-undang jenayah dan juga sivil. Pengenalan undang-

undang ini juga membawa kesan negatif kerana pendakwaan semakin banyak dilakukan.

Selain itu, pengenalan sistem perundangan barat ini juga telah menyebabkan lebih ramai

penuntut tempatan memberi perhatian kepada undang-undang sedangkan Burma

sebenarnya memerlukan lebih ramai doktor dan jurutera.10 Pelaksanaan undang-undang

barat ini sering kali mewujudkan masalah kepada Myanmar dan hanya menguntungkan

pihak British. Berlaku salah faham mengenai pelaksanaan undang-undang ini antara

pihak inggeris dengan penduduk Burma dan berlaku juga ketidakadilan dalam

pelaksanaan undang-undang ini kerana mementingkan warna kulit. Selain itu, terdapat
10
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewana Bahasa dan Pustaka, hlm 65
juga campur tangan pihak luar dalam perbicaraan di mahkamah yang menyebabkan

sistem kehakiman menjadi kucar-kacir. Berbanding dengan negara Vietnam yang dijajah

oleh perancis, dikatakan bahawa Perancis telah menjalankan sistem perundangan yang

adil dan saksama terhadap penduduk Vietnam. Namun tindakan ini tidak berjaya juga

menghilangkan perasaan benci penduduk kepada Perancis. Perjalanan mahkamah juga

dijalankan tanpa merujuk kepada Golongan Mandarin.

Penjajahan kuasa barat di Asia Tenggara juga telah menaikkan semangat kebangsaan

dalam kalangan masyarakat tempatan yang sayangkan negara mereka. Masyarakat

temapatan mula berasa tidak senang dengan pembaharuan yang dijalankan oleh pihak

luar di tanah air mereka. Umumnya pembaharuan dan perubahan yang diperkenalkan

pada mulanya bersifat memihak kepada pembangunan masyarakat tempatan tetapi lama-

kelamaan mereka mula sedar bahawa pembaharuan yang dijalankan hanyalah bertujuan

menguasai negara jajahan. Di Myanmar, Pergerakan menentang penjajah belum ketara

sebelum atau sesudah Perang Inggeris Myanmar 1. Perjuangan menentang kemaraan

British berasaskan patriotisme dan kebencian terhadap pihak yang berlainan bangsa,

agama, budaya, agama, kepentingan ekonomi dan politiknya.11 Pada hakikatnya,

semangat kebangsaan Myanmar ini bermula sejak 1930an lagi. Penghapusan sistem

feudal, perubahan susunan masyarakat, penguasaan ekonomi dan campurtangan inggeris

dalam hal-hal kebudayaan merupakan antara faktor penentangan gerakan kebangsaan

Myanmar. Boleh dikatakan bahawa badan yang ulung kali mengutarakan pergerakan itu

ialah sebuah badan kebudayaan yang dikenal sebagai Young Men’s Buddisht Association

11
Wan Abdul Rahman Latif et.al. , Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka,

2001, Hlm 357


yang tertuboh dalam tahun 1908.12 Mereka mula menuntut hak atau taraf yang mereka

perolehi sebelum penjajahan British dan menuntut hak berkerajaan sendiri. Peristiwa di

Burma yang lebih terkenal ialah Pemberontakan Hsaya San yang diketuai oleh seorang

bekas rahib Buddha (pongyi).13 Di Vietnam, Semangat bencikan penjajahan Perancis

memang sudah lama membara iaitu sejak tahun 1786 lagi. Semangat kebangsaan ini mula

timbul setelah taraf masyarakat bumiputera dianggap lebih rendah daripada orang-orang

Perancis. Mereka mula menuntut kebebasan tanah air mereka dan mereka sedar taraf

mereka tidaklah lebih rendah daripada bangsa Perancis. Kuasa-kuasa penting mula

dipegang oleh bangsa Perancis dan dalam tahun 1913, orang-orang Vietnam menubuhkan

Persatuan Mengembalikan Vietnam bagi menuntut hak untuk berkerajaan sendiri. Setelah

itu, bermulalah berlakunya pemberontakan kebangsaan Vietnam melalui parti-parti yang

ditubuhkan bagi menyuarakan hak mereka.

Secara analisisnya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu cara atau alternatif

kuasa-kuasa besar bagi meluaskan pengaruh dan wilayah taklukannya. Keadaan ini

berlaku kerana persaingan sesama kuasa-kuasa besar di samping kepentingan ekonomi

yang menjadi salah satu faktor utama mereka menjalankan imperialisme. Kecenderungan

kuasa-kuasa besar seperti kuasa barat ini menyebabkan negara-negara yang ingin

ditakluki mereka dihuru-harakan terlebih dahulu seperti mengadakan perjanjian-

perjanjian sebelum penjajahan dilakukan. Dengan itu, negara yang mengikut telunjuk

kuasa-kuasa penjajah ini akan menyebabkan negara mereka ditakluki dan pentadbiran

mula dikuasai oleh orang asing manakala rakyat tempatan hanya menjadi orang suruhan

di tanah air sendiri. Keadaan ini mengakibatkan kesusahan dan keperitan hidup rakyat

12
Sufian Bin Taimon, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, Hlm 135
13
John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, Hlm
13
tempatan yang terpaksa mengikut telunjuk penjajah yang rakus mengejar kepentingan

kuasa dan ekonomi. Hal ini juga memberi kesan kepada negara yang dijajah setelah

pelbagai pembaharuan diperkenalkan yang kebanyakannya bertentangan dengan norma

masyarakat tempatan. Namun, pergerakan-pergerakan kebangsaan yang mula dijalankan

kesan daripada ketidakpuasan hati masyarakat tempatan terhadap penjajah sedikit

sebanyak telah menjadi penghalang kepada penjajahan kuasa-kuasa barat diteruskan

sehinggalah negeri-negeri jajahan dibebaskan.

Kesimpulannya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu kaedah kuasa-kuasa

besar seperti British dan Perancis meluaskan wilayah taklukannya. Penjajahan yang

bermotifkan kekuasaan politik dan penguasaan ekonomi ini menyaksikan kejatuhan

kerajaan Myanmar atau Burma dan kerajaan Vietnam yang pada asalnya merupakan

sebuah kerajaan yang berdaulat dan mempunyai institusi beraja yang memerintah negara.

Namun setelah kedatangan kuasa barat ini telah menjadikan raja sebagai boneka yang

terus menerus mengikut telunjuk mereka dan mengiyakan setiap tindakan yang mereka

lakukan. Melalui penjajahan ini, pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dilakukan

memberi kesan kepada masyakat di kedua-dua buah negara samaada kesan tersebut

bersifat positif dan negatif yang meliputi kesan politik, ekonomi dan sosial.
Bibliografi

Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

David Joel Steinberg(e.t all), 1981, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

John Bastin dan Harry J. Benda, 1977, Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan

Nasionalisma dan Kebijajahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kuala Lumpur

Philippe Devillers, 1988, Sejarah Indo-China Moden Perkembangan Sosiopolitik Hingga

Abad ke-20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala

Lumpur

Sufian Bin Taimon, 1972, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

W.Williams dan Joginder Singh Jessy, 1969, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H

Publications Sdn. Bhd, Singapura

Wan Abdul Rahman Latif et.al. , 2001, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Вам также может понравиться