Вы находитесь на странице: 1из 5

KEPENTINGAN ASEAN DARI SEGI EKONOMI

Mewujudkan kerjasama ekonomi serantau

Setelah 15 tahun ditubuhkan, ASEAN telah menunjukkan kejayaan dan meninggalkan kesan-

kesan positif daripada kerjasama yang terjalin erat dan lebih kukuh antara negara-negara di

rantau Asia Tenggara. Negara-negara anggota ASEAN telah mencapai persefahaman,

bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan isu-isu serantau dan

antarabangsa. Dalam bidang ekonomi, negara-negara anggota ASEAN telah mengadakan

kerjasama yang luas meliputi sektor-sektor perdagangan, perindustrian, pertanian dan

perhubungan. Bagi membincangkan isu-isu berkaitan bidang ekonomi Mesyuarat Menteri-

menteri sering kali diadakan.1

Pelaksanaan Projek Usaha sama Perindustrian ASEAN bertujuan untuk menggalakkan

pengkhususan dalam pengeluaran, penggunaan sumber-sumber ekonomi tempatan dengan lebih

luas dan menguntungkan. Pelaksanaan projek ini juga dapat mengatasi masalah-masalah

kekurangan modal dalam negeri, teknologi dan kepakaran yang timbul jika negara-negara

anggota menjalankan projek-projek tersebut secara bersendirian dan bersaing dalam skala

pengeluaran yang lebih kecil.2

Pada tahun 1980, Mesyuarat Menteri-menteri 3 telah menerima sebanyak tiga projek usaha sama

industri ASEAN iaitu projek Baja Urea ASEAN di Indonesia, Projek Baja Urea ASEAN di

Malaysia dan Projek Garam Batu-Abu Soda di Thailand. 4 Selain itu pada mulanya, projek usaha

1
Tengku Anuar bin Tengku Dalam. Isu-isu Mengenai penduduk dan Kemasyarakatan. Pustaka Antara. 1989. Hlm 21
2
Tengku Anuar bin Tengku Dalam. Isu-isu Mengenai penduduk dan Kemasyarakatan. Pustaka Antara. 1989.hlm 21
3
Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN memainkan peranan membincangkan isu-isu ekonomi yang
berasaskan kepada kepentingan serantau yang di ketuai oleh Pengarah Biro Ekonomi. Dalam Asean hlm 9
4
Broinowski Alison (Editor). Understanding ASEAN. London : The Macmillan Press Ltd. 1982. Hlm 84
sama seperti Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura dan Projek Fabrikasi Tembaga

ASEAN di Filipina turut dilaksanakan.5

Namun bukan semua projek-projek ini berjaya dilaksanakan disebabkan pelbagai masalah yang

timbul. Contohnya, kegagalan Projek Abu Soda di Thailand yang berpunca daripada kekurangan

infrastruktur yang baik. Bahan mentah utama projek ini terletak di dataran timur laut sementara

lojinya terletak di pelabuhan air dalam di Laem Chabang, Teluk Siam. Kedudukan lokasi sumber

bahan mentah dan loji yang jauh menyebabkan kos pengangkutan tinggi untuk membawa input

telah melemahkan daya saing keluaran projek ini bagi menembusi pasaran ASEAN yang lain dan

pasaran luar negeri. Hal ini menyebabkan Projek Abu Soda Thailand tidak mampu bersaing

dengan abu soda asli daripada Amerika Syarikat dan Kenya serta abu soda tiruan dari Jepun,

Bulgaria dan Perancis. 6

Dengan itu, jelaslah bahawa pakej projek perindustrian sangat sukar kerana pelbagai

kepentingan yang bercanggah dan pelbagai masalah yang di hadapi oleh negara-negara anggota.

Bagaimanapun konflik ini tidak sepatutnya melemahkan kerjasama serantau. Namun daripada

kegagalan ini menunjukkan objektif ASEAN dalam kerjasama aktif dan saling membantu dalam

bidang ekonomi tidak sepenuhnya tercapai.

Selain daripada bidang perindustrian, usaha sama dalam bidang lain juga turut diadakan seperti

usaha sama dalam bidang pengangkutan dan komunikasi. Usaha sama tersebut dipertingkatkan

lagi dengan adanya pemasangan kabel laut antara negara-negara anggota dan memperbaiki

sistem perhubungan. Selain itu, lesen memandu rakyat tempatan diiktiraf di seluruh negara

anggota ASEAN. Penyelarasan aktiviti kewangan negara-negara anggota juga telah dibuat

5
ASEAN hlm 7
6
Asean hm 153
melalui penubuhan Majlis Urusan Bank dan Syarikat Kewangan ASEAN. 7 Pemasangan kabel

yang menghubungkan negara-negara di Asia Tenggara dengan cepat dan secara tidak langsung

dapat memudahkan usaha sama dalam bidang perdagangan. Peningkatan dalam bidang

pengangkutan dan komunikasi juga menjadi pemangkin kepada usaha sama yang lebih erat lagi

dalam bidang ekonomi.

Pada dasarnya kerjasama serantau dalam bidang ekonomi di kalangan negara-negara ASEAN

merupakan suatu perkara yang sangat menguntungkan. Kerja sama yang lebih erat ini juga dapat

mengurangkan masalah-masalah yang agak sama seperti daya pengeluaran yang masih rendah,

kekurangan modal, teknologi dan kepakaran dalam negeri.

Mengurangkan kebergantungan kepada negara maju

Penubuhan ASEAN juga telah mengurangkan kebergantungan negara-negara anggota kepada

negara-negara maju terutamanya dalam bidang ekonomi. Persaingan yang hebat dengan negara-

negara maju dan matlamat untuk memperoleh kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi

akan menjadi perangsang kepada kerjasama yang lebih erat dan berkesan di kalangan negara-

negara anggota ASEAN pada masa akan datang. 8

yg ada bab 1 n 8 tu biblo:pembangunan ekonomi asean solehah abdul hamid universiti utara malaysia kedah 1997

yg topik 3:isu-isu mengenai penduduk dan masyarakat,tengku anuar b. tengku dalam pustaka antara 1989..tmpt xda ditulis..cuba

cari dlm google..sbb ajib yg tulis biblio ni.. Namun demikian, sebahagian daripada projek-projek ini tidak

mendapat sambutan daripada negara berkenaan. Ini dapat dibuktikan daripada masalah yang
7
ASEAN hlm 7
8
Sejarah Asia Tenggara hlm 23
dihadapi oleh Singapura pada tahun 1976. Indonesia telah mencadangkan kepada Singapura

untuk mengeluarkan enjin diesel yang mempunyai kuasa kuda 500 ke atas sahaja. Ini kerana

enjin diesel berkuasa rendah telah pun diusahakan di rantau ini termasuklah Singapura sendiri

namun Singapura pula memberi alasan bahawa saiz kuasa kuda setinggi itu sukar mendapat

tempat di pasaran ASEAN. Sedangkan pada masa itu telah wujud pengusaha yang membina loji

untuk mengeluarkan enjin berkuasa tinggi secara bersama dengan pelabur asing iaitu Jepun.

Harapan pertubuhan ASEAN untuk menjadikan Singapura sebagai pengeluar utama enjin

berkuasa kuda tinggi di rantau Asia Tenggara lenyap begitu sahaja. 9 Masalah ini timbul kesan

daripada perbezaan kepentingan di kalangan negara anggota menyebabkan objektif ASEAN

dalam memajukan ekonomi negara anggota daripada aspek perindustrian tidak tercapai

sepenuhnya.

Terdapat juga negara-negara anggota yang tidak mematuhi perjanjian kerjasama ekonomi yang

telah dirangka oleh ASEAN. Contohnya Projek Superfosfat Filipina yang menemui kegagalan

kerana potensi keuntungan yang tipis ekoran kejatuhan harga daripada AS$308 se tan metrik

pada tahun 1974 kepada AS$ 98 se tan metrik pada tahun 1977 dan AS$96 se tan metrik pada

suku pertama tahun 1978. Filipina menerima tamparan hebat dari Indonesia dengan adanya loji

petrokimia di Gresik dan loji baja di Palembang yang di sesuaikan untuk pengeluaran superfosfat

sebanyak 320 000 tan metrik setiap satu berbanding kapasiti maksimum di Filipina yang hanya

berjumlah 105 000 tan metrik.10

Jelaslah bahawa pakej projek perindustrian yang disarankan oleh pertubuhan ASEAN selaras

dengan objektifnya iaitu mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu dalam bidang

9
Lim, 1981 dalam Solehah Abdul Hamid. Pembangunan ekonomi ASEAN. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
1997. Hlm 152-153
10
Solehah Abdul Hamid. Pembangunan ekonomi ASEAN. Kedah: Universiti Utara Malaysia. 1997. Hlm 153
ekonomi tidak tercapai sepenuhnya. Hal ini berlaku kerana pelbagai kepentingan yang

bercanggah dan sikap beberapa negara anggota yang tidak mematuhi perjanjian kerjasama.

Walau bagaimanapun, konflik ini tidak sepatutnya melemahkan kerjasama serantau.

Selain itu, lesen memandu rakyat tempatan diiktiraf di seluruh negara anggota ASEAN.

Penyelarasan aktiviti kewangan negara-negara anggota juga telah dibuat melalui penubuhan

Majlis Urusan Bank dan Syarikat Kewangan ASEAN

Вам также может понравиться