Вы находитесь на странице: 1из 13

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH : RENE


DESCARTES

NAMA : NORADIBAH HANIM BINTI MOHD


NASIR
NO . MATRIK : JEA 080079
NAMA PROF : DR . AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER 1
SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Pendahuluan

Falsafah dan Logika mempunyai takrifan yang terperinci dan begitu meluas .

Kursus ini adalah bertujuan melatih kemahiran berfikir dimana kita dapat menggunakan

akal , hati / kalbu , pancaindera , dan deria dengan baik . Falsafah juga boleh difahami

sebagai bentuk penyelidikan , pemerhatian , dan kefahaman yang mendalam kepada

sesuatu kewujudan dan idea – idea falsafah dan logika . Bidang ini juga memerlukan

keupayaan menganalisis , mensintesis dan mengkritis data . Hal ini bermaksud sesuatu

data itu perlu dihuraikan , kemudian menggabungjalinkan , dan akhirnya dinilai

kebenarannya .

Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan salah seorang tokoh falsafah barat

yang terkemuka iaitu Rene Descartes . Beliau terkenal dalam pelbagai bidang . Beliau

juga merupakan pencipta falsafahnya sendiri dan juga merupakan pengikut aliran falsafah

. Kajian tentang falsafah beliau penting kerana falsafah dan idea yang dikeluarkan masih

lagi digunakan dan dibuat rujukan .


Pengenalan

Rene Descartes dilahirkan pada 31 Mac 1596 . Beliau dilahirkan di La Haye ,

France . Nama bapa beliau ialah Joachim Descartes iaitu seorang caunselor di Parlimen .

Beliau mendapat pendidikan awal di Jesuit College of Henri IV , La Fleche di Anjou .

Beliau mempelajari bidang sastera , matematik dan sains ketika disana semenjak berumur

lapan tahun (1606) . Pada tahun 1614 , beliau sambung belajar dalam jurusan sivil dan

Cannon Law di Poitiers . Sejurus itu , beliau menerima tauliah sarjana dalam Law Aside

dari Law Degrees . Beliau meluangkan lebih masa mempelajari falsafah , ilmu tentang

ketuhanan dan perubatan . Pada tahun 1637 , beliau menerbitkan geometri yang dikenali

sebagai “Cartesian Geometry” . Oleh disebabkan ketokohan beliau , beliau pernah digelar

Pengasas Falsafah Moden dan Bapa Matematik Moden . Beliau telah meninggal dunia

pada 11 Febuari 1650 , ketika berusia 54 tahun akibat penyakit pneumonia .


Falsafah Rene Descartes

Rene Descartes merupakan salah seorang ahli falsafah barat moden . Beliau

dikenali sebagai ahli falsafah , ahli matematik dan ahli sains yang terkenal . Ketinggian

ilmu telah melibatkan beliau dalam pelbagai bidang ilmuwan , misalnya bidang

pendidikan , falsafah , pengiraan , dan sebagainya . Descartes adalah salah satu pemikir

utama dalam Revolusi Saintifik dan Dunia Barat . Beliau banyak mengeluarkan

falsafahnya sendiri dan juga menjadi pengikut aliran falsafah . Beliau mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan matematik serta banyak menyumbang

dalam bidang ini sehinggakan beliau mendapat pelbagai gelaran . Beliau turut dihormati

dengan mempunyai system koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan

algebra .Beliau turut dikenali sebagai Cartesius . Sebagai pereka system koordinat Cartes

dan mengasaskan geometri analisis , satu penghubung antara algebra dan geometri adalah

amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis . Rene menjelajah dari utara ke selatan

eropah pada tahun 1619 – 1628 , dan beliau akhirnya menerangkan bahawa beliau

mempelajari “the book of the world” . Ketika di Bohemia (1619) , beliau telah mencipta

geometri analitis , kaedah menyelesaikan geometri masalah algebra dan algebra masalah

geometrical . Di dalam matematik , system koordinat Cartes adalah satu system yang

menilai satu titik secara unik di dalam satu satah menerusi dua nombor , biasanya

dikenali sebagai koordinat – x atau koordinat – y satu titik . Bagi mentakrifkan titik itu

dua garis lurus yang beserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama – sam dengan
unit panjang yang ditandakan pada kedua – dua paksi (lihat rajah 1) . Sistem koordinat

Cartesian ini juga digunakan dalam ruang (yang mana tiga koordinat digunakan ) dan di

dalam dimensi yang lebih tinggi .


Rajah 1 - Sistem Koordinat Cartesian. Empat titik ditandakan: (2,3) diwarnakan hijau,

(-3,1) merah, (-1.5,-2.5) diwarnakan biru dan (0,0), asalan, diwarnakan kuning.

Dengan menggunakan sistem koordinat Cartes , bentuk – bentuk geometri (sebagai

contoh lengkungan ) digambarkan oleh persamaan algebra , dinamakan persamaan

dipuaskan oleh koordinat –koordinat titik yang terletah di atas bentuk berkenaan ,

contohnya bulatan berjejari dua mungkin boleh digambarkan oleh persamaan x2 + y2 = 4

Rajah 2 - Sistem Koordinat Cartesian bulatan dengan berjejari 2 berpusatkan asalan

diwarnakan merah. Persamaan bulatan adalah x2 + y2 = 4.

Dalam geometri , beliau memberikan pendedahan analitis geometrinya . Beliau juga

melengkapkan sistem yang dicipta oleh Francois Viete untuk menggambarkan kuantiti

berangka yang pada mulanya hanya diketahui sebagai a,b,c,.... namun tidak diketahui

sebagai x,y, z.....dan segiempat , kiub ,sebagainya . Perkara ini lebih memudahkan

pengiraan algebra berbanding sebelumnya . Descartes dipaksa untuk menerbitkan ideanya


, antaranya ialah La Dioptrique , La Geometries dan Les Meteors . Merujuk buku yang

dikeluarkan Descartes , beliau lebih memilih kepuasan dalam memperoleh ilmu

pengetahuan daripada yang dikatakan oleh logik Aristotle . Buku – buku yang diterbitkan

ini lebih menghendaki keupayaan akal fikiran bagi mendapatkan idea baru dan

menyelesaikan sesuatu masalah . Misalnya buku – buku yang dihasilkan menggunakan

pendekatan pemerhatian dan menjalankan eksperimen bagi mengekalkan kesahihan ilmu

yang dikeluarkan .

Namun begitu , terdapat idea – idea yang dikeluarkan Descartes dikritik . Hal ini

disebabkan oleh berlainan pendapat antara tokoh – tokoh pemikir . Misalnya dalam buku

yang diterbitkan iaitu Les Meteors , buku tersebut menerangkan tentang meteorologi dan

kepentingan mengkaji cuaca pada dasar saintifik . Idea ini dianggap mempunyai

kesalahan , dan diuji kaji melalui eksperimen yang didemonstrasikan oleh Roger Bacon .

Roger Bacon percaya bahawa air yang telah dimasak akan membeku dengan lebih cepat .

Namun begitu Descartes mempunyai pendapat yang berbeza serta alasan yang tersendiri .

Rene Descartes merupakan seorang tokoh yang menggunakan akal dengan sebaiknya .

Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara .

Sikapnya yang tidak mudah menyerah kalah dan berpegang pada kata – katanya

membuatkan beliau disegani ramai . Hal ini dapat dibuktikan melalui perungkapannya

yang jelas menggambarkan diri nya , iaitu “ I think , therefore i’am . (cogito , ergo sum ) .
Selain pengasas dalam falsafah matematik , Rene descartes juga merupakan salah

seorang pengikut utama aliran falsafah . Aliran falsafah yang diikiuti adalah Rasionalisme

. Aliran falsafah ini turut disokong oleh tokoh – tokoh lain seperti Baruch Spinoza dan

Gottfried Leibniz . Namun begitu , aliran ini mendapat tentangan aliran fikiran

empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes , John Locke , George Berkeley dan

David Hume . Aliran falsafah Rasionalisme merupakan aliran falsafah yang lebih

mementingkan kredibiliti fakulti akal berbanding yang lain . Rasionalisme menyatakan

bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam ini diperolehi melalui fakulti akal ,

bukannya melalui pengalaman , perasaan , imbasan mahupun hati / kalbu . Fahaman ini

berpendapat bahawa sekurang – kurangnya sebahagian ilmu manusia bersumber daripada

akal tanpa bantuan deria lain iaitu pancaindera , hati / kalbu dan deria . Rasionalisme

mendapat pegangan utuh semase di tangan Descartes , pemikir falsafah moden Barat ,

khususnya berkaitan dengan konsep ilmu sehingga epistimologi menjadi tumpuan kajian

falsafah . Epistimologi merupakan kajian tentang ilmu pengetahuan . Pendekatan

Descartes menjadi ikutan beberapa ahli falsafah ternama dalam pemecahan soal

bagaimana akal bekerja sebagai alat yang menghasilkan ilmu . Sebilangan ahli falsafah

yang telah dipengaruhi itu dikenali sebagai “kesangsian radikal “ . Menurut Descartes ,

kebenaran adalah sesuatu yang kukuh ,tidak boleh hancurkan dan tidak goyah kerana

kebenaran adalah berdasarkan fakta dan bukti yang jelas . Kebenaran tidak boleh ada

kesangsian , jika terdapat kesangsian dalam akal , maka idea tersebut perlu ditolak .
Namun begitu , aliran falsafah rasionalisme ini mendapat tentangan dari aliran

falsafah lain , iaitu empirisisme . Golongan Empiris menolak pegangan golongan rasional

kerana berpendapat bahawa ilmu yang berasaskan rasional tidak mampu menghasilkan

sesuatu yang baru , sebaliknya ilmu melalui empiris dapat menghasilkan sesuatu yang

belum diketahui . Aliran falsafah empirisisme lebih mengutamakan kredibiliti

pancaindera , kerana bagi mereka ilmu itu lebih mudah diperolehi melalui pengalaman ,

cerapan , mahupun imbasan . Namun begitu , saya lebih memihak kepada aliran yang

dipilih oleh Descartes . Hal ini kerana , dalam alam semesta ini , terdapat juga sesuatu

benda yang bukan hanya mampu diukur berdasarkan pancaindera . Kaedah pancaindera ,

terutamanya penglihatan sering menipu mata manusia . Selain itu , asas perkara seperti

ruang , masa , logik dan matematik , tidak semua boleh dialami melalui pengalaman .

perkara – perkara ini memerlukan keupayaan akal fikiran .


Penutup

Secara tuntasnya , falsafah adalah satu bidang penyelidikan yang mendorong kita

mencari jawapan yang sahih dan benar secara menyeluruh . Berdasarkan pernyataan di

atas , jelas membuktikan bahawa Rene Descartes adalah tokoh falsafah yang mempunyai

luas pandangan dalam bidang ilmu pengetahuan . Beliau juga seorang tokoh yang

berkeyakinan tinggi . Selama penglibatan beliau dalam bidang – bidang ilmuwan ini

terdapat beberapa hasil karya yang telah berjaya dihasilkan dan dijadikan rujukan tokoh

falsah sehinnga kini .Antara hasil karyanya ialah , Discourse on The Method of Rightly

Conducting the Feason and Seeking Truth in the Sciences , Meditations on First

Philosophy , Principia Philosophiae , dan The Passion of the Soul . Oleh itu , setiap

pendapat dan pandangan ahli falsafah ini perlu di ambil kira dan hasil – hasil karyanya

perlulah di gunakan sehingga generasi seterusnya . Hal ini kerana setiap karyanya
merupakan khazanah ilmu yang amat beharga dan mungkin tidak dapat diperolehi dari

generasi lain .

Lampiran

Petikan kata falsafah

• Rene Descartes , Principles of Philosiphy :

“ If you would be real seeker after truth , it is necessary that at least once in your life you

doubt , as far as possible , all things .”

• Rene Descartes , Discourse on Method

“ It is not enough to have a good mind . The main things is to use it well “

• Rene Descartes , Discourse on Method ( thought )

“ I think , therefore I am . “

Gambar – gambar beliau .


Bibliografi

Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika


Melayu . Selangor : Synergate Sdn Bhd .
Hashim Musa . 1998 . Falsafah dan Logika Melayu .
Kuala Lumpur . Akademi Pengajian Melayu .

Descartes , Rene . 1954 . The Geometry of Rene Descartes .


New York : Dover .

http://en.wikipedia.org/wiki/Ren_Descartes

http://www.renedescartes.com

Вам также может понравиться