Вы находитесь на странице: 1из 7

FALSAFAH

DAN LOGIKA MELAYU

( JXEA 1104 )

TAJUK :

TOKOH FALSAFAH AL-FARABI

NAMA : AFIFAH BINTI MOHD AJIS

NO. MATRI : JEA 080001

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MOHAMMAD

SESSI 2008 / 2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


FALSAFAH AL-FARABI TENTANG AKHLAK DAN

KEPIMPINAN.

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu

Uzlaq Al Farabi. Beliau dilahirkan di Bandar Wasij di Turki dalam daerah Farab, Transoxiana

pada tahun 874M (260H). Gelaran Al-farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya iaitu

Farab. Al-Farabi turut digelar sebagai Aristotle kedua. Beliau juga memiliki ilmu pengetahuan

yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga merupakan

ahli falsafah yang terulung bahkan kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi ahli falsafah

islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Al-Farabi banyak mengemukakan tentang teori serta konsep dalam bidang falsafah.

Antaranya ialah mengenai akhlak dan kepimpinan. Definisi falsafah menurutnya ialah ilmu yang

memiliki hakikat yang sebenarnya dari segala sesuatu yang ada ini. Boleh dikatakan Al-Farabi

telah menyertai dalam semua perbahasan ilmu sama ada bersifat nazariah atau amaliah. Selain

itu,terdapat hasil karyanya yang amat popular iaitu falsafah tentang politik dan kenegaraan dan

hasil karyanya yang mashyur berjudul “ Madinah al-Fadhilah ”. Apabila Al-Farabi

membicarakan tentang politik dan kenegaraan, maka secara langsung akan membicarakan soal

akhlak dan kepimpinan. Dalam membicarakan tentang teori politiknya, beliau berpendapat

bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Jika dipisahkan keduanya akan

melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau.
Kupasan yang boleh dibuat melalui falsafah beliau ialah tentang akhlak dan kepimpinan.

Akhlak ialah tabiat, perangai dan tingkah laku. Akhlak juga merupakan intipati daripada akidah

islam. Kajian dan huraian tentang akhlak berkait rapat dengan kajian dan huraian tentang

hakikat diri manusia iaitu yang terbentuk daripada dua unsur; unsur jasmani dan rohani yang

bercantum di dalam satu kesatuan padu. Oleh kerana akhlak memainkan peranan yang penting

di dalam ilmu islam, maka kebanyakkan para ulama’ dan ilmuan islam tidak terkecuali daripada

membincangkannya di dalam kitab dan tulisan mereka. Pendapat Al-Farabi tentang akhlak

secara am merujuk kepada teori akhlak Yunani iaitu kebahagiaan adalah kebaikan tertinggi bagi

kehidupan manusia.

Selain itu, hasil kupasan daripada falsafah Al-Farabi akan menemui tentang konsep keadilan

kerana dalam kitab ‘Madinah al-Fadhilah’ ada menyebut tentang konsep ini. Adil merupakan

akhlak yang baik dan sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin. Al-Farabi turut mengatakan

bahawa ada dua jenis keadilan iaitu keadilan pada allah dan keadilan sosial. Keadilan allah ini

mempunyai hubungan yang rapat dengan hakikat allah dan sifat-sifat yang lain. Manakala

keadilan sosial dilihat dalam perbicaraan mengenai ummah bagi negara terbaik dan betapa

pentingnya prinsip-prinsip keadilan diamalkan secara sempurna.

Teori falsafah kenegaraan Al-Farabi yang terbesar ialah falsafah mengenai negara terbaik

(Al-Madinah al-fadhilah). Falsafah ini wujud berdasarkan teori kemasyarakatan yang

menyatakan bahawa manusia ini tidak dapat hidup secara bersendirian. Perkara ini bermaksud

bahawa manusia secara semulajadi perlu kepada masyarakat yang hidup bermasyarakat.
Contohnya melalui sikap saling menolong antara satu sama lain dan mengamalkan sikap prihatin

menyebabkan sesebuah kebahagiaan dapat dicapai bersama.

Al-Farabi juga sentiasa menumpukan perhatiannya kepada persoalan tentang ketua negara.

Perkara ini kerana ketua negara merupakan sebab dan penggerak kepada keteguhan dan

kebahagiaan dalam sesebuah negara. Selain itu, seseorang pemimpin juga haruslah mempunyai

sikap kepimpinan iaitu mengikut kamus dewan keupayaan atau kebolehan memimpin.

Pemimpin juga mempunyai tanggungjawab yang besar dan memikul tugas yang berat untuk

mentadbir negara dengan aman. Pimimpin mestilah bijaksana dan berilmu kerana dengan

kebijaksanaan ia dapat mencetuskan pemikiran serta pandangan yang mendalam dan masalah

akan dapat dikaji. Pemimpin juga adalah harapan masyarakat dan menjadi tunjang sesebuah

negara yang aman. Jika sesebuah institusi kepimpinan sesebuah negara tidak baik, hal ini turut

mengakibatkan ekonomi negara dilanda masalah dan rakyat akan mengalami kesan buruk.

Daripada teori Al-Farabi jelaslah matlamatnya untuk mencapai kebahagiaan dan

kesejahteraan individu dan masyarakat seluruhannya. Dari situ kita dapat melihat bahawa akhlak

mempunyai hubungan yang penting dalam proses kepimpinan. Akhlak tidak dapat dipisahkan

lagi dengan soal kepimpinan. Unsur utama dalam kepimpinan ialah pemimpin dan pengikut iaitu

digelar sebagai negara dan rakyat. Mereka haruslah mempunyai interaksi yang baik supaya

matlamat boleh dicapai bersama. Seorang pemimpin haruslah mempunyai akhlak yang unggul

seperti bijaksana, adil atau merendah diri serta mempunyai budi pekerti yang baik melebihi

rakyat. Pada pendapat Al-Farabi masyarakat perlu kepada negara dan bernegara. Hal ini telah

melahirkan teori negara terbaik iaitu disebut sebagai ‘al-madinah al-fadhilah’.


Berdasarkan dengan teori Al-Farabi, kita mendapati bahawa akhlak menjadi pekara yang

penting dalam sesebuah negara. Hal ini boleh dilihat melalui keadaan masyarakat sekarang.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja amat membimbangkan kerana mereka merupakan

pelapis negara yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Jika akhlak sesebuah

negara itu runtuh, maka hancurlah hubungan baik antara mereka dan masyarakat akan berpecah

belah. Hal ini akan mengakibatkan sesebuah negara itu musnah dan berlaku peperangan antara

mereka. Selain itu, kia boleh melihat bahawa masyarakat di negara kita ini mula mengenepikan

akhlak semata-mata demi kepentingan peribadi. Mereka sanggup bermusuh dan menuduh antara

satu sama lain hanya untuk memilih atau menjadi seorang pemimpin negara. Dimanakah

kerjasama dan sikap sayang-menyayangi antara satu sama lain?

Bagi Al-Farabi, agama dan falsafah merupakan dua pekara yang tidak dapat dipisahkan

kerana kedua-duanya itu mencari dan menuju kepada kebenaran. Hal ini selaras dengan makna

falsafah iaitu cinta kepada kebenaran dan mencari makna disebalik kata. Perbezaan antara

agama dan falsafah hanyalah dari segi pendekatan dan cara sahaja. Agama menentukan

kebenaran dengan jalan wahyu dan kebersihan diri. Daripada sudut penggunaan akal sebagai

asas berfalsafah, tidak ada agama manapun yang meletakkan akal manusia begitu tinggi kecuali

agama islam. Agama turut membuahkan kebenaran unruk semua manusia. Manakala falsafah

menggunakan metode pemikiran dan logik untuk membentuk hakikat sesuatu golongan ahli

falsafah.
Kesimpulannya.teori akhlak dan kepimpinan yang dikemukakan oleh tokoh falsafah Al-

Farabi amat iedial dan tidak menyimpang daripada ajaran dan dasar-dasar islam. Pendekatan

beliau menggunakan akal dan logik serta menjadikan agama sebagai landasan falsafahnya.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada

pemikirannya masih releven dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Al-Farabi

tentulah tidak lepas dari salah dan silap dalam falsafah. Namun sumbangannya itu amat besar

dan memperkayakan lagi alam pemikiran islam. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai

politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencapai

penyelesaian dan sentesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Sekian.
SUMBER RUJUKAN.

Hashim Bin Haji Musa, phd. ( Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan)

Hasnan Bin Abu Bakar. ( Falsafah Al-Farabi Tentang Akhlak Dan Kepimpinan )

Prof. Dr. Awang Sariyan. ( Falsafah Dan Logika Melayu )

Yaacob Harun. ( kosmologi Melayu )

Вам также может понравиться