Вы находитесь на странице: 1из 15

1.

0 Pengenalan :

Kertas kerja ini memperincikan tentang padanan Bahas Melayu bagi perkataan Beautiful

dan Pretty yang merupakan suatu kajian teks selari. Padanan diketahui sebagai

memadankan, menyamakan atau menyeimbangkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Kajian ini akan memadankan perkataan Beautiful dan Pretty yang ada dalam sesuatu teks

Bahasa Inggeris yang telah dipilih dengan teks Bahasa Melayu yang sama kandungan

maksudnya. Kajian ini juga akan menganalisis padanan bagi perkataan tersebut dengan

lebih mendalam. Kajian ini akan menggunakan 3 buku yang mengandungi ayat-ayat yang

mempunyai perkataan beautiful dan pretty. Buku tersebut ialah “Kamus Inggeris-Melayu

Dewan : An English-Malay Dictionary, buku Oxford Compact Advanced Learner’s

English-Malay Dictionary dan buku Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa

Malaysia sebagai bahan kajian iaitu teks sumber dan juga teks selarinya.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
2.0 Definisi Istilah :

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 1110) menyatakan erti padanan sebagai

bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang, perihal padanan, persesuaian,

persamaan, kata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang sama makna dengan kata

atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa lain.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 106) menyatakan pengertian bahasa

sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai atau digunakan sebagai alat

perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seseorang individu

dengan individu lain). Manakala istilah Melayu dalam Kamus Dewan Edisi Keempat

(2007 : 1014) pula merujuk kepada nama sesuatu bangsa dan bahasa (terutama di

Semenanjung Malaysia) yang mana masyarakatnya mengikut cara hidup orang melayu

dan beragama islam. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat difahami sebagai satu sistem

lambang bunyi suara yang diguna pakai sebagai alat perhubungan dan difahami oleh

masyarakat melayu terutama di Nagara Malaysia.

Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010 :

47) memperihalkan definisi perkataan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan

mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi

bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan yang mana terdapat

berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata

majmuk dan kata ganda.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan : An English-Malay Dictionary (2002 :

133) menyatakan maksud bagi perkataan beautiful sebagai cantik, jelita, indah, merdu,

sedap, bagus, seronok, rupawan, enak, lazat, wangi, dan harum. Perkataan beautiful

ini adalah gabungan dari perkataan beauty dan perkataan full iaitu beauty+full yang

membawa makna kecantikan, kejelitaan, keindahan yang penuh. Oleh itu, perkataan

beautiful dapat difahami sebagai sesuatu yang cantik sekali, sesuatu yang jelita sekali

atau sesuatu yang indah sekali dan lain-lain.

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan : An English-Malay Dictionary (2002

: 1229) menyatakan maksud perkataan pretty dalam bahasa Melayu sebagai cantik,

sedap, baik, agak, lembut, menarik, comel, merdu, bagus dan elok. Oleh itu,

perkataan beautiful dan pretty mempunyai maksud yang lebih kurang sama.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
3.0 Analisa Kajian :

Kajian ini akan melakukan padanan terhadap perkataan beautiful dan perkataan pretty yang
telah di pilih. Sebanyak 21 ayat mengenai perkataan beautiful dan 29 ayat bagi perkataan pretty.
Terdapat banyak di antara perkataan beautiful dan pretty ini berbentuk adjektif iaitu menyifatkan
sesuatu.

 Perkataan Beautiful.

Makna bagi perkataan beautiful dalam kerangka teori terdiri daripada cantik, jelita, indah,
merdu, sedap, bagus, seronok, rupawan, enak, lazat, wangi, dan harum. Perkataan ini dapat di lihat
dalam ayat-ayat berikut. :

No. Teks sumber Terjemahan


1. A beautiful woman. (adjective)( page 103) Seorang perempuan yang cantik.
2. Beautiful scenery.(adjective)(page 103) Pemandangan yang indah.
3. She has a beautiful voice. (adjective) Suaranya merdu.

(page 103)
4. Having beautiful. (adjective)(page 109) Mempunyai kecantikan.
5. beautiful timing!(page 109) Masanya tepat sekali!
Jadual 1 : Padanan perkataan beautiful dalam Bahasa Melayu.

Bagi ayat pertama, perkataan beautiful dalam ayat ini menerangkan tentang woman. Dalam

ayat terjemahannya pula menterjemah perkataan beautiful sebagai “cantik”. Dalam ayat

terjemahannya, perkataan “cantik” di lihat bagi menerangkan seorang perempun tersebut. Bagi ayat

kedua, perkataan beautiful yang bermaksud “indah” menerangkan tentang scenary yang bermaksud

“pemandangan”. Oleh itu dalam konteks ayat bagi perkataan indah memberi penerangan tentang

pemandangan tersebut. Ayat ketiga menyatkan maksud perkataan beautiful sebagai “merdu” iaitu

memadankan konteks ayat tersebut sebagai menerangkan suara yang merdu atau sedap didengar. Ayat

keempat pula menerangkan perkataan beautiful mengikut konteks ayat yang mana kecantikan tersebut

dipunyai oleh seseorang. Ayat kelima menerangkan makna perkataan beautiful sebagai “tepat sekali”

iaitu menerangkan konteks masa.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
6. Beautiful flowers. (adjective)(page 133) Bunga-bunga yang cantik.
7. That’s a beautiful car. (adjective)(page 133) Cantik kereta itu.
8. A beautiful actress. (adjective)(page 133) Seniwati yang jelita.
9. Beautiful brown eyes. (adjective)(page 133) Mata berwarna coklat yang cantik.
10. The mosque is generally regarded as the Masjid itu dianggap umum sebagai yang paling

most beautiful in the country. (adjective) indah di negara ini.

(page 133)
Jadual 2 : Padanan perkataan beautiful dalam Bahasa Melayu.

Perkataan beautiful dalam ayat keenam memberi maksud “cantik”. Apabila di lihat dalam

konteks perkataan dalam ayat menyatakan keadaan bunga tersebut yang cantik. Begitu juga bagi ayat

nombor 7 dan 9 yang mana memberikan maksud beautiful tersebut sebagai “cantik”. Jika di lihat

daripada konteks ayat, perkataan cantik itu merujuk kepada kereta dan mata berwarna coklat. Bagi

ayat nombor 8, perkataan beautiful ini membawa makna jelita iaitu yang menerangkan perihal

seniwati tersebut. Bagi ayat nombor 10 pula, perkataan beautiful bermaksud “indah”. Apabila

melihat konteks ayat tersebut, perkataan indah itu merujuk kepada masjid dan kawasan masjid

tersebut.

11. The most beautiful of all the holiday. Tempat peranginan yang paling indah antara

(adjective)(page 133) yang ada.


12. You can get a beautiful view from the top Kita dapat melihat pemandangn yang indah dari

of Penang Hill. (adjective) (page 133) puncak Bukit Bendera.


13. The food was beautiful. (adjective) (page Makanan yang dihidangkan sedap.

133)
14. A short story written in beautiful language. Cerpen yang ditulis dalam bahasa yang indah.

(adjective) (page 133)


15. A beautiful landscape by Constable. Lukisan bentuk darat yang indah oleh

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
(adjective) (page 133) Constabel.
Jadual 3 : Padanan perkataan beautiful dalam Bahasa Melayu.

Dalam ayat yang ke-11, perkataan beautiful dalam ayat membawa maksud indah. Perkataan

beautiful itu menerangkan tentang of all the holiday. Manakala dalam konteks ayat terjemahan pula,

perkataan “indah” itu menerangkan tempat peranginan tersebut. Dalam ayat ke-12, ayat ke-14 dan

ayat ke-15, perkataan beautiful membawa maksud “indah”. Hal ini kerana setiap ayat menerangkan

konteks ayat. Misalnya bagi ayat ke-12, perkataan beautiful menerangkan view dan bagi ayat

terjemahannya iaitu “indah” pula menerangkan “pemandangan”. Begitu juga bagi ayat ke-14 dan

ke-15 yang menerangkan perkataan “a short story” dan “landscape”. Bagi terjemahannya pula,

perkataan indah menerangkan kepada “cerpen” dan “lukisan”. Berbeza dengan ayat yang ke-13 yang

mana perkataan beautiful ini membawa maksud “sedap”. Dalam konteks ayat, perkataan beautiful

lebih menerangkan food dan dalam terjemahannya iaitu perkataan “sedap” pula menerangkan perihal

“makanan”.

16. The weather was beautiful. (adjective) Cuaca bagus sekali.

(page 133)
17. Beautiful batting. (adjective) (page 133) Pukulan yang cantik.
18. A beautiful dream. (page 133) Mimpi yang indah.
19. We had a beautiful holiday. (page 133) Percutian kami sangat menyeronokkan.
20. It was a beautiful party. (page 133) Majlis keramaian itu sangat menyeronokkan.
21. Without being beautiful or magnificent. Sedangkan tidak terlalu cantik atau indah.

(page 1142)
Jadual 4 : Padanan perkataan beautiful dalam Bahasa Melayu.

Perkataan beautiful dalam ayat ke-16 membawa maksud bagus. Dalam konteks ayat,

perkataan beautiful yang bermaksud bagus ini menerangkan tentang weather atau “keadaan cuaca”.

Bagi ayat yang ke-17 pula, perkataan beautiful membawa maksud cantik iaitu menerangkan tentang

batting atau pukulan. Ayat yang ke-18 pula memberikan maksud beautiful sebagai “indah” iaitu

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
menerangkan konteks ayat iaitu menerangkan “mimpi” tersebut. Perkataan beautiful dalam ayat yang

ke-19 membawa maksud “menyeronokkan”. Terjemahan ini berubah kerana mengikut konteks ayat

iaitu menerangkan tentang holiday atau “percutian”. Bagi ayat yang ke-20, perkataan beautiful juga

diterjemahkan sebagai menyeronokkan iaitu menerangkan tentang party atau majlis keramaian

tersebut. Ayat terakhir iaitu ayat ke-21 memberikan maksud beautiful sebagai cantik. Hal ini kerana

konteks ayat tersebut mengenai sesuatu perkara yang tidak keterlaluan samaada cantik atau indah

perkara tersebut.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
 Perkataan Pretty.

Makna bagi perkataan beautiful dalam kerangka teori terdiri daripada cantik, sedap, baik, agak,
lembut, menarik, comel, merdu, bagus dan elok. Perkataan ini dapat dilihat dalam ayat-ayat berikut. :

No. Teks sumber. Terjemahan.


1. A pretty face. (page 951) Wajah yang cantik.
2. He is a pretty sort of fellow. (page 951) Dia seorang baik juga.
3. This extention to the building will cost you Bangunana tambahan ini akan menelan wang

a pretty amount of money. (page 951) kamu yang banyak.


4. Pretty near. (page 951) Agak dekat.
5. Pretty much the same things. (page 951) Agak sama sahaja.
Jadual 5 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Dalam ayat pertama, perkataan pretty membawa maksud “cantik”. Perkataan cantik ini

menerangkan perihal keadaan wajah. Ayat kedua pula memberikan maksud pretty sebagai “baik” yang

mana perkataan ini menerangkan konteks ayat tersebut dari segi kelakuan atau tingkahlaku. Ayat yang

ketiga memberikan maksud pretty sebagai “banyak”. Perkataan “banyak” ini menerangkan konteks

ayat agar menjadi lebih sempurna terhadap bangunan tambahan dan wang tersebut. Dalam ayat

keempat dan ayat kelima memberikan maksud perkataan pretty sebagai “agak”. Perkataan agak

disesuaikan mengikut konteks ayat tersebut kerana menerangkan perihal jarak dan persamaan sesuatu

perkara.
6. A pretty large amount. (page 951) Lumayan juga jumlahnya.
7. A pretty child. (page 1142) Kanak-kanak.
8. The situation seems pretty hopeless. (page Keadaan itu kelihatan agak gawat.

1142)
9. In a pretty of charming way. (page 1142) Dengan cara yang menarik.
10. She decorated the room very pretty. (page Dia menghias bilik itu dengan menarik.

1142)
Jadual 6 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Perkataan pretty dalam ayat keenam ini memberi maksud “lumayan”. Perkataan pretty tersebut

menerangkan tentang amount manakala perkataan lumayan menerangkan jumlah tersebut. Seterusnya

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
ialah yang memberikan maksud kanak-kanak terhadap perkataan pretty. Maksud perkataan pretty ini

mengikut konteks ayat yang mengetengahkan perkataan kanak-kanak tersebut. Ayat kelapan

memberikan maksud bagi perkataan pretty sebagai “agak”. Perkataan “agak” ini disesuaikan dengan

konteks ayat yang menerangkan tentang keadaan tersebut yang agak gawat. Perkataan pretty dalam

ayat kesembilan tiada padanannya kerana bertujuan mencantikkan konteks ayat tersebut. Ayat

kesepuluh pula menyatakan maksud perkataan pretty sebagai “menarik”. Dalam konteks ayat tersebut,

perkataan “menarik” berperanan sebagai keterangan kepada penghiasan bilik tersebut.

11. A pretty house with a pictures que garden. Rumah yang cantik dengan taman yang indah.

(page 1229)
12. She played a very pretty tune on a piano. Dia memainkan lagu yang sangat sedap dengan

(page 1229) piano.


13. He made a pretty speech. (page 1229) Ucapannya baik.
14. She displayed a pretty wit. (page 1229) Dia menunjukkan akan kepintaran yang baik.
15. What a pretty mess you’ve made if it. (page Elok benarlah perbuatan kamu itu.

1229)
Jadual 7 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Perkataan pretty dalam ayat ke-11 membawa pengertian sebagai “cantik”. Dalam konteks teks

sumber, perkataan pretty menerangkan keadaan rumah tersebut. Oleh itu, padanannya yang sesuai

dengan ayat berkenaan ialah “cantik” yang mana menerangkan perihal keadaan tersebut. Dalam ayat

ke-12, perkataan pretty bermaksud “sedap” iaitu disesuaikan dengan konteks ayat yang ingin

diterangkan. Perkataan pretty dalam ayat ini menerangkan perihal lagu yang sedap di dengar. Dalam

ayat yang ke-13 pula, perkataan pretty dapat disesuaikan dengan perkataan “baik” iaitu menyatakan

perihal ucapan tersebut. Hal ini juga dapat dilihat dalam ayat ke-14 iaitu perkataan pretty memberi

maksud “baik”. Dalam konteks hal ini, padanan perkataan pretty tersebut iaitu “baik” menerangkan

keterampilan seseorang. Dalam ayat yang ke-15 menyatakan padanan perkataan pretty sebagai “elok”

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
iaitu menerangkan tentang sesuatu perbuatan.

16. A pretty state of affairs. (page 1229) Elok benarlah jadi begini.
17. He took exception of being described as a Dia tidak suka digelar budak lelaki yang lemah

pretty boy. (page 1229) lembut.


18. She did very well in her exam, so you see Dia lulus dengan baik dalam peperiksaannya, jadi

she’s not just a pretty face after all. (page dia bukan sahaja cantik, tetapi pandai.

1229)
19. A battered child is not a pretty sight. (page Budak yang kena pukul itu kelihatan amat

1229) menyedihkan.
20. I’m pretty sure I left the key on the table. Saya agak pasti saya tertinggal kunci di atas

(page 1229) meja.


21. This summer has been pretty hot so far. Musim panas ini agak panas dibandingkan

(page 1229) dengan yang sudah-sudah.


Jadual 8 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Ayat ke-16 memberikan padanan perkataan pretty sebagai “elok”. Dalam konteks ayat, sesuatu

penyataan yang dipersetujui akan menggunakan perkataan elok. Dalam ayat ke-17 dapat dipadankan

perkataan pretty dengan perkataan “lembut”. Dalam konteks ayat, lembut yang dimaksudkan adalah

berkenaan perlakuan yang lembut. Ayat ke-18 pula menyatakan padanan perkataan pretty dengan

perkataan “cantik”. Dalam konteks ayat, padanan perkataan pretty dengan perkataan “cantik” ini

digunakan untuk menyatakan berkenaan paras rupa. Dalam ayat ke-19, perkataan pretty dapat

dipadankan dengan perkataan “amat”. Penggunaan padanan ini dalam konteks ayat adalah kerana

untuk menyatakan keadaan seseorang atau untuk menyatakan kejadian sesuatu yang buruk. Ayat ke-20

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
dan ayat ke-21 pula memadankan perkataan pretty dengan perkataan “agak”. Padanan terhadap

perkataan ini adalah kerana konteks ayat yang menerangkan keadaan dan kepastian terhadap sesuatu

perkara.

22. We need a new carpet, as the old one is Kami memerlukan permaidani yang baru, kerana

pretty worn out. (page 1229) yang lama itu sangat lusuh.
23. He needed money pretty badly. (page 1229) Dia sangat memerlukan wang.
24. The weather is pretty much the same here as Cuaca di sini hampir sama dengan cuaca di

in Indonesia. (page 1229) Indonesia.


25. I’m pretty nearly sure that he is out. (page Saya pasti betul bahawa dia sudah keluar.

1229)
26. He pretty nearly got killed by that truck. Dia nyaris-nyaris terbunuh oleh trak itu.

(page 1229)
Jadual 9 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Perkataan pretty dalam ayat ke-22 dapat dipadankan dengan kata penguat “sangat”. Perkataan

ini digunakan dalam konteks ayat tersebut adalah untuk menerangkan berkenaan suatu keadaan. Begitu

juga dalam ayat ke-23 yang mana memadankan perkataan pretty dengan perkataan “sangat”. Dalam

ayat ke-24, perkataan pretty ini dipadankan dengan perkataan “hampir” kerana konteks ayat

menerangkan perbandingan keadaan di antara dua tempat yang berbeza. Perkataan pretty ini juga

dipadankan dengan perkataan ”pasti” iaitu mengikut konteks teks sumber ingin menyatakan keadaan

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
yang pasti tersebut. Bagi ayat yang ke-26, padanan perkataan pretty ini tiada dalam terjemahan. Tetapi

perkataan pretty ini berfungsi sebagai mencantikkan konteks ayat supaya manpak sempurna. Selain itu,

perkataan pretty dalam konteks ayat ini perlu bersama dengan perkataan pasanangannya iaitu nearly

untuk menampakkan padanan dalam terjemahan. Oleh itu, perkataan pretty nearly dapat dipadankan

dengan perkataan “nyaris-nyaris” iaitu berkenaan perihal masa.

27. She invited pretty well everybody in the Dia menjemput hampir semua orang di

office to the party. (page 1229) pejabatnya untuk menghadiri jamuan itu.
28. The family was pretty well exhausted after Keluarga itu sangat letih selepas perjalanan yang

the long journey. (page 1229) jauh.


29. Relations between the two have been pretty Hubungan antara kedua-duanya sangat tegang.

well strained. (page 1229)


Jadual 10 : Padanan perkataan pretty dalam Bahasa Melayu.

Dalam ayat ke-27, perkataan pretty ini dapat dipadankan dengan perkataan “hampir” dalam

terjemahan. Perkataan pretty dipadankan dengan perkataan “hampir” kerana mengikut konteks

penyampaian ayat tersebut iaitu untuk menyatakan perihal jemputan yang telah dilakukan. Perkataan

pretty dalam ayat ke-28 dan ayat ke-29 dapat dipadankan dengan perkataan “sangat” yang merupakan

kata penguat. Padanan ini dilakukan kerana konteks ayat teks sumber menerangkan perihal daya iaitu

keletihan dan juga perihal perhubungan dalam ayat ke-29.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
3.0 Kesimpulan :

Kesimpulannya, kajian ini menganalisis padanan teks selari bagi perkataan beautiful dan

pretty. Dalam analisis tersebut didapati bahawa padanan perkataan ini berbeza-beza mengikut

konteks penggunaan ayat masing-masing. Contohnya bagi ayat “a beautiful woman”, apabila

diterjemahkan dalam bahasa Melayu akan menjadi ayat “seorang perempuan yang cantik”.

Perkataan beautiful dalam konteks ayat tersebut ialah “cantik” kerana menerangkan perkataan

woman atau “seorang perempuan” dalam ayat.

Perkara ini dapat dibandingkan dengan lain-lain ayat yang memberikan konteks yang

berbeza-beza seperti “A beautiful dream” dan apabila ditafsirkan dalam bahasa Melayu menjadi

“mimpi yang indah”. Dalam konteks ayat ini berbeza daripada ayat pertama kerana perkataan

beautiful dalam ayat ini bukan lagi bermaksud “cantik”, tetapi maksudnya menjadi “indah”

kerana dalam konteks ayat bagi perkataan beautiful dan “indah” menerangkan tentang dream

atau “mimpi” tersebut. Begitu juga bagi perkataan pretty dan padanannya akan berbeza-beza

mengikut maksud konteks ayat yang bersesuaian dan berpadanan mengikut konteks ayat.

Namun, terdapat juga perkataan-perkataan padanan dalam bahasa Melayu yang tiada

dalam analisis. Antaranya bagi perkataan beautiful ialah rupawan, enak, lazat, wangi, dan

harum. Manakala bagi perkataan pretty pula ialah comel, merdu, bagus dan elok.

Oleh itu, padanan bagi perkataan beautiful dan pretty dalam bahasa Melayu adalah

berbagai-bagai mengikut konteks ayat yang berbeza-beza walaupun perkataan dalam bahasa

sumber tetap sama.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
4.0 Rujukan :

A.S. HORNBY, translator by ASMAH HAJI OMAR . 2007. Oxford Compact Advanced
Learner’s English-Malay Dictionary. Selangor . Oxford Fajar Sdn Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom . 2007 . Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka . Dawama Sdn Bhd .

_________, 1994 . Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia . Kuala


Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim . 2010 . Tatabahasa Dewan Bahasa Edisi Ketiga . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka . Dawama Sdn Bhd .

Noor Ida Ramli dan rakan . 2010 . Penulisan Ilmiah Di Universiti : Catatan
Pengalaman, Panduan , Contoh Proposal Dan Laporan Ilmiah. Selangor : Penerbitan
Matahati.

Prof. A.H Johns,Dr. D.J Prentice . 2002 . Kamus Inggeris-Melayu Dewan : An English-
Malay Dictionary . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka : Elpos Print Sdn Bhd.

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.
5.0 Lampiran :

Padanan Bahasa Melayu bagi Perkataan Beautiful dan Pretty. Suatu Kajian Teks Selari.

Вам также может понравиться