Вы находитесь на странице: 1из 8

SEJAUH MANAKAH AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DIAMALKAN DAN

IA MEMBANTU MEMAHAMI TOPIK PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR


PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL.
HOW MUCH COOPERATIVE LEARNING ROUTINE IS PREDICTED AND IT HELP
LIVING SKILL COURSE STUDENT TO UNDERSTAND THE PROGRAMME,
FACULTY OF TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION.
TAMARAI MUNUSAMY
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM
Email:lotusrai_87@yahoo.com

SUPLI EFFENDI RAHIM


PROFESOR PADA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM
Email:supli_effendi@fptv.upsi.edu.my

ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar
program Kemahiran Hidup, FPTK. Seramai 60 orang pelajar telah dijadikan sampel bagi penyelidikan
ini.kaedah tinjauan mengunakan borang soal selidik telah dipih sebagai intrumen kajian. Data yang
diproleh pula diproses secara diskriptif dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan jadual.
Hasil kajian ini mendapati responden telah mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif bagi
mempelajari topik- topik pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Para responden bersikap positif
semasa mengamalkan kaedah koperatif. Terdapat juga golongan responden yang sedikit tidak berminat
dalam pembelajaran koperatif tetapi berminat dalam direct teaching. Kaedah pembelajaran koperatif turut
memberikan pelbagai faedah kepada pengamalnya. Perkara ini, telah dinyatakan oleh responden sendiri
dalam borang soal selidik yang diedarkan.Sebagai kesimpulan,amalan kaedah pembelajaran koperatif
boleh dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya sekiranya aspek yang boleh menjejaskan
pengamalannya di atasi dan aspek yang menyumbang kepada perlaksanaannya dipertingkatkan.

Kata kunci : Pembelajaran koperatif , Kemahiran hidup, amalan, keberkesanan

ABSTRACT
This descriptive study was to review the practice of cooperative learning among students in the
Kemahiran Hidup course from Faculty of Technical and Vocational Education. A total of 60
students were used as a sample for this research. A questionnaire survey was use as research
instruments. The data were processed by descriptive and expressed in percentages and
frequencies. The study found that respondents had practiced the cooperative learning method for
studying the topics of learning Kemahiran Hidup subjects. The respondents have a positive
attitude during the practice of cooperative methods. There are also a few groups of respondents
were not interested in cooperative learning but are interested in direct teaching. Cooperative
learning methods also provide numerous benefits to the practitioners. This matter was stated by
the respondents themselves in questionnaires. As conclusion, the practice of cooperative learning

1
methods could be improved and expanded its use if the aspect that may affect the application was
resolved and the aspects that contribute to improved
Key words : cooperative learning, Living skills, practice , effectiveness

PENDAHULUAN
Stres merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh seseorang individu dalam kehidupannya.
Setiap manusia tidak terkecuali daripada mengalami stress dan menghadapi pelbagai masalah.
Walau bagaimanapun, individu mempunyai strategi dan cara yang tersendiri dalam menangani
gejala stress yang dialami. Perbezaan strategi yang diambil oleh seseorang individu dalam
mengendalikan stress dapat menentukan sejauh mana kemampuan mereka. Oleh itu, kejayaan
dan kegagalan sesuatu strategi yang digunakan sekaligus membayangkan kemampuan kognitif
dan emosi dalam menangani permasalahannya.
Fenomena stress atau tekanan boleh dikatakan sering wujud dalam kalangan pelajar
termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka tidak terlepas daripada mengalami tekanan
dalam hidup yang biasanya berkait rapat dengan pelajaran, persekitaran dan keluarga. Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji punca dan tahap stress, simptom yang dialami akibat stress dan
strategi menangani stress dalam kalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

METODOLOGI
Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan secara tinjauan atau deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan
data daripada sampel kajian menggunakan soal selidik. Kaedah ini sesuai digunakan bagi
penyelidikan ini kerana mudah dan cepat. Selain itu, penyelidik dapat mengumpul maklumat
yang banyak dengan borang soal selidik. Responden kajian juga lebih senang memilih jawapan
apabila menggunakan skala likert. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik juga mudah
dianalis mengikut keperluan penyelidik. Borang soal selidik ini disediakan agar bersesuaian
dengan objektif kajian yang hendak dicapai. Data diterjemah dalam bentuk carta atau graf bagi
setiap elemen.

Tempat dan Masa


Kajian ini dijalankan di sekitar kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,
Perak. Sampel kajian terdiri daripada pelajar program pendidikan Kemahiran Hidup. Responden
bagi kajian ini dipilih secara rawak diantara pelajar semester 1 hingga 7. 60 orang pelajar
dijadikan sampel kajian dan mereka diminta mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Kajian
ini dijalankan selama seminggu di sekitar bilik-bilik kuliah, perpustakaan, blik kuliah Taman
Bernam dan kolej kediaman.

2
Instrumen Kajian
Borang soal selidik digunakan sebagai instrument kajian bagi memperoleh data.
Sebanyak 40 soalan disediakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik. Borang soal selidik
yang disediakan terdiri daripada empat bahagian iaitu A, B, C dan D. bahagian A mengandungi
soalam tentang latar belakang responden. Bahagian B dan D mengandungi item-item yang
membolehkan pelajar-pelajar menyatakan persepsi mereka tentang amalan pembelajaran
koperatif. Bahagian C pula mengandungi item-item yang menilai keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif.

Analisis Data
Data dan maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pengiraan peratusan dan
bilangan kekerapan pelajar menjawab item-item dalam borang soal selidik. Semua dapatan
kajian juga ditentukan dengan menggunakan skala likert. Data yang diperoleh juga diterangkan
dengan menggunakan carta atau jadual yang bersesuaian.

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Analisis Amalan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi pembelajaran koperatif diamalkan oleh
majoriti reponden yang menjawab soal selidik. Secara keseluruhan tinjauan kajian ini
menunjukkan keputusan yang positif. Peratus rensponden yang menjawab pilihan jawapan
‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ melebihi jawapan yang lain. Hal ini jelas menunjukkan amalan ini
telah diamalkan dan bekesan dalam pembelajaran. Item 13 iaitu penyataan “ Saya lebih suka
berkerja berseorangan” dan item 16 “saya mempunyai tekanan apabila berkerjasama dengan ahli
kumpulan koperatif berbanding membuat pembelajaran seorang” dijawab dengan jawapan
‘Tidak setuju” oleh majoriti responden. Sebanyak 20 orang (33.33%) dan 18 orang (30 %)
menyatakan ‘Tidak setuju’ masing-masing bagi soalan tersebut. Perkara ini terjadi disebabkan
keranan pembelajaran kendiri tidak member peluang kepada pelajar untuk mengembangkan
pengetahuan dan ia hanya membebankan jika seseorang itu tidak memahami topik yang
dipelajarainya.
Daripada dapatan dalam jadual ini , boleh dikatakan hampir ¾ pelajar menyatakan
mereka kerap mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif. Amalan kaedah ini dalam kalangan
pelajar program Kemahiran Hidup amat memuaskan kerana respon bagi borang soal selidik lebih
menyebelahi pilihan jawapan ‘ Sangat setuju’ dan ‘Setuju’. Dalam penyelidikan ini hanya
terdapat sedikit ataupun hanya 6 peratus responden yang menjawab ‘ Tidak setuju’ dan ‘Sangat
tidak setuju’.

3
Amalan Kaedah Pembelajaran Koperatif

Tahap Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


Setuju Setuju Tidak
Setuju
Items Kekerapan dan Peratus (%)
Bahagian B

1 20 31 5 3 1
(33.33%) (51.67%) (8.33%) (5%) (1.67%)
2 17 32 7 (11.67%) 4 0
(28.33%) (53.33%) (6.67%)
3 9 31 19 (31.67%) 1 0
(15%) (51.67%) (1.67%)
4 10 (16.67%) 35 10 (16.67%) 5 0
(58.33%) (8.33%)
5 13 (21.67%) 39 4 3 1
(65%) (6.67%) (5%) (1.67%)
20 (33.33%) 32 4 3 1
6 (53.33%) (6.67%) (5%) (1.67%)
7 8 41 7 4 0
(13.33%) (68.33%) (11.67%) (6.67%)
Bahagian
C
10 11 (18.33%) 33 13 3 0
(55%) (21.67%) (5%)
13 8 11 (18.33%) 18 20 3
(13.33%) (30%) (33.33%) (5%)
14 7 (11.67%) 38 9 6 0
(63.33%) (15%) (10%)
16 9 15 14 18 4
(15%) (25%) (23.33%) (30%) (6.67%)
Bahagian YA TIDAK
D
1 56 ( 93.33%) 4 (6.67%)
2 49 (81.67%) 11 (18.33%)
3 50 (83.33%) 10 (6.67%)
4 52 (86.67%) 8 (3.33%)
5 48 (80%) 12 (20%)
Jadual 1: Jadual amalan kaedah pembelajaran koperatif

Analisis kebaikan dan kepentingan Amalan Pembelajaran Koperatif


Berdasarkan dapatan didapati kaedah pembelajaran koperatif diamalkan oleh majoriti pelajar
daripada responden yang dipilih secara rawak. Ia juga membantu meningkatkan tahap kefahaman

4
pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.Bagi
kategori keberkesanan kebanyakan responden menyokong penyataan yang terdapat dalam
borang soal selidik.
Doise dan Mugny dalam Slavin (1995) dan Johnson dan Johnson (1981) juga bersetuju
dengan Piaget bahawa interaksi sosial akan menyebabkan perkembangan kognitif yang lebih
maju dan pemahaman yang lebih mendalam. Selain itu, pembelajaran koperatif juga memberikan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, mengembangkan kemahiran kepimpinan,
mengalakkan sikap yang positif, meningkatkan harga diri dan boleh menerima pembelajaran
secara terangkum.
Terdapat juga beberapa faktor yang mengagalkan kaedah pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar program Kemahiran Hidup. Antaranya ialah responden yang dipilih tidak
berminat mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif, kekangan masa untuk membuat
pembelajaran kumpulan koperatif, kurang mendapat kerjasama ahli kumpulan dan sebagainya.
Faktor yang seterusnya ialah kaedah pembelajaran koperatif itu sendiri dimana ia kaedah tersebut
baru mula diamalkan apabila memasuki universiti.

Jadual Kebaikan dan Kepentingan Kaedah Pembelajaran Koperatif

Tahap Sangat Setuju Tidak pasti Tidak Sangat


Setuju Setuju Tidak
Setuju
Items Kekerapan dan Peratus (%)
Bahagian
B

2 11 37 10 2 0
(18.33%) (61.67%) (16.67%) (3.33%)
4 17 33 9 1 0
(28.33%) (55%) (15%) (1.67%)
6 10 18 23 9 0
(16.67%) (30%) (38.33%) (15%)
7 14 33 12 1 0
(23.33%) (55%) (20%) (1.67%)

11 15 27 15 3 0
(25%) (45%) (25%) (5%)
11 36 11 2 0
17 (18.33%) (60%) (18.33%) (3.33%)
18 14 36 8 2 0
(23.33%) (60%) (13.33%) (3.33%)
21 15 40 5 0 0
(25%) (66.67%) (8.33%)

5
23 12 38 7 3 0
(20%) (63.33%) (11.67%) (5%)
24 10 39 7 3 0
(26.67%) (65%) (11.67%) (5%)
26 14 33 9 4 0
(23.33%) (55%) (15%) (6.67%)

Daripada jadual diatas, majoriti pelajar mengakui kepentingan dan kebaikan yang
diperoleh daripada kaedah pembelajaran koperatif. Hampir keseluruhan responden memberi
respon yang positif iaitu ‘ Setuju’ dalam borang soal selidik.

Respon yang diterima bagi soalan terbuka :

Para responden menyatakan bahawa kaedah pembelajaran ini sangat berkesan dan mudah
dilaksanakan. Selain itu, responden juga menyatakan bahawa pembelajaran koperatif
memudahkan hafalan fakta-fakta dan seronok semasa terlibat dalam kumpulan kaedah
pembelajaran koperatif. Doise dan Mugny dalam Slavin (1995) dan Johnson dan Johnson (1981)
juga bersetuju dengan Piaget bahawa pembelajaran koperatif juga memberikan pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan, mengembangkan kemahiran kepimpinan, mengalakkan
sikap yang positif, meningkatkan harga diri dan boleh menerima pembelajaran secara terangkum.
Mendapat idea-idea baru daripada ahli kumpulan koperatif dan menambah pengalaman
pembelajaran. Semangat kerjasama turut meningkat semasa pelajar terlibat dalam kaedah
pembelajaran koperatif.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perkara penting dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana amalan kaedah pembelajaran
koperatif diamalkan dan ia membantu memahami topik-topik pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kemahiran Hidup. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar memberi
persepsi positif terhadap amalan kaedah pembelajaran koperatif. Kesemua aspek yang dikaji
dalam penyelidikan ini menunjukkan respon yang baik dan positif. Para responden juga
berpendapat pembelajaran koperatif mampu meningkatkan pemahaman dan menarik minat untuk
mempelajari sesuatu topik.
Mereka juga bersetuju bahawa pembelajaran koperatif mampu membuat mereka berkerjasama,
bantu-membantu, berkongsi pendapat, motivasikan pelajar serta memberi suasana pembelajaran
yang lebih baik berbanding direct teaching. Secara amnya, dapat dinyatakan objektif
penyelidikan tercapai. Kajian ini juga telah menentukan amalan kaedah pembelajaran koperatif
dalam kalangan pelajar program Kemahiran Hidup. Tahap keberkesanan juga dapat ditentukan
melalui penyelidikan ini.
Kaedah pembelajaran koperatif membantu pelajar memahami topik pengajaran secara
berkesan. Oleh itu, pihak universiti perlu meningkatkan penggunaannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelaksanaan yang berkesan mampu menghasilkan pelajar yang

6
berketrampilan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama seperti yang dinginkan oleh
pemimpin negara. penyelidik juga memberikan beberapa cadangan atau saranan bagi
meneruskan kajian ini secara lebih terperinci. Saranan cadangan kajian-kajian adalah menambah
bilangan responden supaya dapat melihat kesignifikan yang lebih menyakinkan, melakukan
kajian keatas factor-faktor lain seperti latar belakang responden, jantina, umur dan bangsa atau
bersesuaian dengan tujuan penyelidikanbagi mengembangkan kajian.

Kajian amalan keatas guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup juga boleh dilakukan
bagi mengukukuhkan lagi kajian. Selain itu, masa dan tempoh kajian juga boleh dilanjutkan
supaya para pelajar lebih mengetahui tentang pembelajaran koperatif sebelum diambil sebagai
sampel kajian. Cadangan terakhir penyelidik ialah melakukan secara experiment dengan memilih
pelajar sebagai kumpulan kawalan dan bebas bagi memperoleh keputusan yang lebih jitu dan
persis. Kaedah pembelajaran koperatif juga boleh dikaji daripada pelbagai aspek lain iaitu bukan
sahaja amalan malah persepsi, keberkesanan serta minat pelajar.

7
BIBLIOGRAFI

Ahmad Zaidi Johari& Lee Fui Nyee (2001). Seminar Penyelidikan 2001 Maktab Perguruaan
Kent Tuaran. Diperoleh September 21, 2010 daripada http://www2.moe.my/~mpkent/kk/htm

Cooperative Problem Solving (1989). Diperoleh September 23, 2010 daripada


http:// www.Ericfacility.net/ericdigest/ed310881/htm.

Hill, S. & Hill. T. (1997). Bilik Darjah Semuafakat (Saliah Abd Aziz, Terjemah).
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara

Johnson, D.W. & Johnson, R.T. (1999). Learning Togather.United States of America:
A Viscom Company.

Pembelajaran Koperatif.Diperoleh September 23, 2010 daripada


http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my.pNp/pm/pembelajaran%20.

Penulisan Ilmiah Penulisan Pembelajaran Koperatif. Diperoleh September 20, 2010 daripada
http://www.Geocities.com/devlin-epsilon/ilmiah 2.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norrizan Binti Dollah (2004). Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif untuk subtopik
mekanisme fotosintesis. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Sains yang tidak diterbitkan
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin, R.E.(1997). Educational Psychology Theory and Practice. United States of America:
Allyn & Bacon.
Slavin, R.E. (1995). Cooperatif Learing Theory, Research and Practice. United
States of America: Allyn & Bacon

Вам также может понравиться