Вы находитесь на странице: 1из 8

3.

0 Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.0.1 Domain Sivil

Sivil Perkara Didalamnya Tema sukatan yang sesuai


Konsep demokratik dalam Malaysia Negaraku
masyarakat
Nilai asas masyarakat Hidup Bersama di Sekolah dan
Masyarakat
Kebebasan bersuara dan hak dari Malaysia Negaraku
segi undang-undang

3.0.1 Sivil

Menurut kamus sivil bermaksud berkaitan dengan orang awam atau orang
biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan (Kamus Dewan Edisi
Empat). Jelas menunjukkan bahawa sivil merujuk kepada masyarakat atau dalam
erti kata yang lain ialah orang awam. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang
berintegriti dan bertanggungjawab kita harus mengenali hak dan batas bagi
seseorang warganegara dalam undang-undang sivil.

16
Didalam tajuk ini ada beberapa komponen yang akan membincangkan
berkenaan sivil. Bermula dengan demokrasi, nilai asas masyarakat dan kebebasan
bersuara serta hak dari segi undang-undang.

3.0.1.1 Konsep Demokratik Dalam Masyarakat

Bagi domain Sivil, terdapat komponen pertama iaitu “Konsep demokratik


dalam masyarakat”. Menurut Kamus Dewan Bahasa Empat demokratik bermaksud
dicirikan dengan, terbit daripada, berkaitan dengan prinsip-prinsip demokrasi;
menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;
mendemokratikkan menjadikan demokratik.
Pada pendapat kami, tema yang sesuai ialah tema Malaysia negaraku. Jika
dlihat pada Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan bagi tahun 5 dan dibawah tema yang sama, ada menyatakan bagi
bahagian hasil pembelajaran yang menyentuh perkara “Menjelaskan sistem
pemerintahan kerajaan Malaysia”.
Secara tidak langsung komponen sivil bagi konsep demokratik dalam
masyarakat dapat dijelaskan dan diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan. Tuntasnya, murid-murid dapat mengetahui bagaimana
negara Malaysia diperintah dan ditadbir.
Melalui kaedah pengajaran seperti mengadakan lawatan ke Jabatan Perdana
Menteri atau ke Parlimen negara bagi memberi pendedahan kepada murid-murid
berkenaan sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia. Secara tidak langsung
ia membantu guru untuk memudahkan kefahaman murid-murid.

3.0.1.2 Nilai Asas Masyarakat


Bagi komponnen sivil yang kedua iaitu “Nilai asas masyarakat”, ia merujuk
kepada nilai masyarakat yang umum ialah seperti ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan
kecekapan. Nilai-nilai ini sememangnya ada dalam kalangan masyarakat kita di
Malaysia. Tidak kira kaum,agama dan bangsa. Masing-masing mempunyai nilai yang
di anggap universal oleh semua masyarakat. Nilai – nilai murni juga dianggap nilai
dalam masyarakat dalam bentuk peribadi atau semua (universal).
Menurut Wan Mohd. Zahid (1988 ) beliau mentakrifkan nilai murni sebagai;
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni

17
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan
berakhlak mulia"
Ini membuktikan bahawa agama menjadi faktor penting dalam membina dan
menilai nilai asas diri seseorang itu. Oleh sebab itu, didalam sukatan pelajaran telah
dinyatakan tema yang berkaitan dengan perkara ini iaitu tema “hidup bersama di
sekolah dan masyarakat”. Sebagai satu medium yang penting dalam menerapkan
nilai-nilai asas masyarakat kedalam pemikiran murid-murid, sukatan matapelajaran
haruslah merangkumi segala aspek yang berkenaan. Ia menjelaskan nilai asas
masyarakat secara ringkas dan mudah untuk difahami.
Bermula dengan nilai asas yang berkonsepkan peribadi seperti, sikap –sikap
jujur, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi dan berintegriti. Ia
menampilkan cara bagaimana murid membentuk diri agar nilai-nilai murni peribadi ini
sebati dengan diri murid. Pendekatan yang menarik dan berkesan perlu dalam
memastikan objektif pengajaran serta pembelajaran tercapai.
Pada hasil pembelajaran ada menyentuh “Menjelaskan kepentingan semangat
kejiranan dipupuk di kalangan anggota masyarakat”. Kejiranan yang bermaksud
disini ialah pemahaman berkenaan nilai asas kaum dan bangsa lain samada dari
segi budaya,agama dan kepercayaan. Allah s.w.t berfirman: “Hendaklah kamu
bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu
bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui
batas-batas ajaran allah) dan bertakwa kepada allah,sesungguhnya Allah amat berat
azabnya”.(Al-Maidah ayat 2)
Secara umumnya jika kita mengambil aspek moral yang asas seperti nilai-nilai
murni yang sejagat ia juga menyumbang kepada kefahaman berkenaan nilai asas
dalam masyarakat. Contohnya sikap tolong- menolong dan hormat-menghormati,
bagaimana ia diterapkan dalam masyarakat secara menyeluruh dan bukan mengikut
perbezaan kaum. Nilai –nilai ini yang akan diterapkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

3.0.1.3 Kebebasan Bersuara dan hak dari segi undang-undang


Seterusnya kita beralih kepada komponen ke tiga iaitu “Kebebasan bersuara
dan hak dari segi undang-undang”. Kami dapat mengenalpasti tema yang sesuai
untuk komponen ini ialah tema “Malaysia Negaraku”. Merujuk kepada HSP bagi

18
tahun 5, objektif pembelajaran ada menyatakan “Menjalankan tanggungjawab
sebagai warganegara” selari dengan itu ialah “Mengenalpasti peranan dan
tanggungjawab warganegara” .
Melalui objektif pembelajaran ini, kita dapat menerapkan komponen sivil yang
ke tiga ini dengan menyatakan bagaimana seseorang rakyat itu bertanggungjawab
dan berperanan sebagai warganegara. Seperti kita sedia maklum, melalui
kebebasan bersuara, rakyat dapat memilih dan menyatakan sesiapa yang mereka
rasakan layak untuk bersuara bagi pihak mereka. Mereka yang dipilih ini akan
bertanding dalam pilihanraya dan membawa suara-suara rakyat sebagai pemimpin
bagi sesebuah kawasan itu.
Rakyat juga berhak mengetahui apa hak-hak mereka sebagai warganegara
yang bertanggungjawab. Namun, bukan semua hak dapat diperjuangkan secara
total, ia haruslah mengikuti lunas undang-undang yang mengawalnya. Jika tidak, ia
akan menimbulkan salah faham dan isu yang tidak sepatutnya berlaku.
Melihat kepada situasi sebelum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
diperkenalkan semula, banyak isu yang sensitif dibangkitkan atas dasar kebebasan
bersuara. Segelintir pihak telah menyimpang dari arah tujuan yang sebenarnya.
Mereka mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan dalam kalangan
masyarakat. Memetik kata Lim Guan Eng yang menjanjikan akan menghapuskan
hak keistimewaan orang Melayu pada kempen pilihan raya 1999, jelas menunjukkan
pemimpin sanggup menggunakan sentimen perkauman dan hak pada kempen
pilihan raya mereka.
Oleh sebab itu, pendekatan pendidikan Sivik menjurus kepada bagaimana
untuk membentuk dan membina satu pemikiran dalam kalangan murid akan peranan
mereka dalam masyarakat. Bukan sahaja secara menyeluruh, namun secara
terperinci bagi memastikan generasi muda ini mempunyai pemikiran yang jelas
berkenaan hak dari segi undang-undang. Jadi, tidak lagi timbul isu “tak tahu undang-
undang” atau “buta undang-undang” pada masa akan datang.

19
3.0.2 Domain Budaya

Budaya Perkara Didalamnya Tema sukatan yang sesuai


Kepelbagaian budaya (cara hidup) Kenali Budaya Malaysia
dalam masyarakat
Keterbukaan dalam menerima Kenali Budaya Malaysia
budaya lain
Kesedaran tentang warisan budaya Kenali Budaya Malaysia

3.0.2 Budaya

Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang


terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Pengertian sebegini
dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep
menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta
kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Atas dasar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan
budaya, Pendidikan Sivik harus diterapkan dalam diri masyarakat. Ini bagi memberi

20
ruang dan peluang kepada semua individu yang bergelar warganegara Malaysia
untuk berinteraksi dan tahu akan agama, budaya dan kepercayaan kaum-kaum lain.

3.0.2.1 Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat

Domain budaya mempunyai tiga komponen yang berada dibawahnya.


Antaranya, berkenaan “Kepelbagaian budaya (cara hidup) dalam masyarakat” kami
memlilih untuk menyatakan tema yang terdapat didalam Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ialah “Kenali Budaya Malaysia”. Kami melilih tema ini kerana ia
bersesuaian dengan domain komponen budaya ini. Merujuk kepada Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kearganegaraan KBSR, objek
pembelajaran yang terkandung didalam tema ini sangat menepati dan mampu
diterapkan kedalam minda pelajar.

Bagi tahun 4, mereka diajar bagaimana warisan budaya Malaysia yang


menyentuh kepada apresiasi kekayaan pelbagai budaya yang menjadi warisan kaum
di Malaysia. Contohnya dari sudut pakaian dan makanan. Orang Melayu ada tradisi
memakai Baju Melayu dan Baju Kurung, bangsa Cina dengan Cheongsam dan kaum
India dengan Sari. Menurut Andreas Eppink , kebudayaan ialah keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan,
keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas
sesebuah masyarakat. Seni dalam pakaian bagi sesebuah kaum melambangkan
identiti mereka. Jika kita lihat pada pakaian setiap kaum ia mempunya nilai seni yang
tersendiri.
Contohnya guru boleh menggunakan kaedah mengadakan hari pakaian
tradisional pada kelas yang mempunyai pelbagai bangsa dan Jadi penerapan bagi
domain budaya dalam masyarakat dapat diterapkan dalam diri pelajar. Malah,
mengadakan sesi forum kecil didalam kelas dengan membincangkan kepada kelas
akan budaya kaum masing-masing. Tidak menjadi kesalahan jika kita memasikan
suasana kelas dalam keadaan terkawal dan teratur semasa proses itu.

3.0.2.2 Keterbukaan dalam menerima budaya lain

21
Komponen budaya yang kedua juga menyatakan “keterbukaan dalam
menerima budaya lain” . Bagaimana ia diterapkan melalui pendidikan Sivik ? .
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, keterbukaan bermaksud perihal
terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau
menunjukkan minat kepada apa sahaja pengaruh samada dari segi unsur dan lain-
lain.
Menerusi tema “Kenali Budaya Malaysia” ia telah dinyatakan dalam sukatan
yang mana objektifnya adalah untuk “menerima dan menghormati amalan budaya
kaum lain.Ia juga ada membincangkan kepada pelajar berkenaan adab sosial, ia
dapat diterapkan bagi membentuk satu genersi yang memahami budaya dan selok –
belok kaum lain. Jika tidak mengenali budaya kaum lain dan menerima maka akan
timbul masalah tidak faham akan kepercayaan dan fahaman budaya kaum lain.
Bagaimana ia diterapkan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah ?. Selain
pendekatan secara teori dan konsep, ia harus disertakan dengan perancangan
program yang mana ia membantu murid untuk memahami sesuatu dengan lebih
jelas.
Secara amnya, untuk memahami sesuatu budaya dan untuk menerima
budaya tersebut secara terus adalah sukar dan bergantung kepada elemen apa
budaya itu dibawa. Elemen tersebut haruslah tidak menyalahi dan melanggar norma-
norma asas masyarakat.
Contohnya dalam masyarakat beragama Hindu, mereka tidak makan daging
lembu kerana menganggap ia adalah Tuhan mereka, jadi bangsa lain seperti Melayu
dan Cina harus memahami situasi ini, sebaliknya juga kepada masyarakat beragama
Hindu jika menghadiri majlis kaum lain yang menghidangkan juadah dari daging
lembu, mereka tidak perlu rasa panik dan terkejut kerana mereka juga harus faham
akan tradisi agama lain.

3.0.2.3 Kesedaran tentang warisan budaya

Bagi d omain budaya dan komponen yang ketiga berada didalamnya ialah
berkenaan dengan “kesedaran berkenaan warisan budaya”. William James (1890)
menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk
diukur kerana ia berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses automatik
kognitif.

22
Menurut terjemahan laman sesawang Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan, “warisan kebudayaan” bermaksud ;

"Merupakan pola-pola kehidupan kemanusiaan dalam konteks pencernaan


tamadun, samada pola budaya ketara mahupun tak ketara, dihasilkan oleh
perjalanan hidup manusia dan diperwariskan dari zaman ke zaman, dari generasi ke
generasi.

Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan


Pelajaran (HSP) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, tema “Kenali Budaya
Malaysia” telah mengutarakan beberapa elemen pembelajaran yang menjurus
kepada penerapan budaya dalam minda pelajar. Ia berorientasikan pendekatan
secara mengenali,menjelaskan,mengamalkan, menghormati,menghuraikan dan
melibatkan diri dalam bentuk budaya yang bersesuaian dan berkaitan.

Sebagai seorang guru, pendekatan yang pelbagai kepada pelajar mampu


menambahkan minat dan menghapuskan salah faham berkenaan budaya dan adat
kaum lain. Pendidikan bukan satu medium untuk mendiskriminasi kaum dan budaya,
ia merupakan salah satu medium penyampaian yang menyampaikan maklumat
secara telus dan bersepadu.

Apa yang menjadi objektif dalam matapelajaran ini ialah dapat membina
generasi yang mana mengetahui secara jelas akan perihal kaum, budaya dan agama
bangsa serta masyarakat sejagat. Impian untuk membina sebuah negara bangsa
yang maju sejajar dengan Wawasan 2020 yang menjadi tunjang kepada kemajuan
dan kesepaduan masyarakat negara ini ialah perpaduan.

23

Вам также может понравиться