Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
2011/01/09
RIYADH: Antara cabaran paling besar yang dihadapi guru dan pendidik masa kini ialah sama ada mereka
memiliki kecekapan yang secukupnya dalam mempersiapkan dan membentuk generasi akan datang,
kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, profesion sebagai pendidik pada era globalisasi berdepan dengan cabaran yang lebih
besar berbanding pada era sebelum ini.
"Berlalu sudah zaman di mana pelajar menjadi pendengar setia, tanpa banyak benda lain yang boleh
menarik tumpuan mereka daripada memberi perhatian kepada guru dan buku.
"Hari ini, dengan revolusi yang dibawa oleh ICT (Teknologi Komuniksi Maklumat), pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi terkepung di dalam bilik darjah semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya bertajuk "Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi
Akang Datang" pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di sini hari ini.
Dalam ucaptama 30 minit itu, Rosmah yang juga pengerusi jawatankuasa kerja dasar Permata Negara,
berkata kecekapan pada abad ke-21 menuntut guru memiliki kecekapan di luar batas bidang kandungan
atau pengetahuan serta kemahiran mudah untuk membolehkan mereka memenuhi tuntutan
kontemporari dan masa depan yang kompleks.
"Kecekapan ini termasuk berhubung pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kreativiti dan inovasi,
ketangkasan dan kebolehsesuaian, kepintaran dan keusahawanan, semangat ingin tahu dan imaginasi
untuk meningkatkan keupayaan dalam urusan pembelajaran sepanjang hayat," katanya.
Di samping itu, katanya, guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk membentuk
pengalaman pembelajaran bersifat produktif serta mampu mengenal pasti gaya pemikiran dan
pembelajaran pelajar.
Beliau berkata, oleh kerana dalam bidang pendidikan tidak wujud pendekatan yang mampu memenuhi
keperluan semua kelompok pelajar, maka seseorang guru yang cekap perlu memahami dan mampu
memenuhi keperluan pelbagai gaya pembelajaran pelajar.
Sesetengah pelajar mampu memahami pelajaran lebih cepat daripada pelajar lain, manakala pelajar
istimewa pula mampu menyempurkan silibus dalam masa separuh daripada tempoh biasa yang
diperlukan.
"Oleh itu, guru perlu memiliki kepekaan tinggi tentang kadar penyerapan ilmu yang berbeza antara
pelajar dan perlu memiliki kemampuan untuk mengendalikan kelas secara interaktif, menarik dan
berkesan.
"Ini membabitkan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, termasuk peralatan
teknologi komunikasi maklumat," katanya.
Rosmah berkata, generasi hari esok perlu sedar tentang tentang isu kemasyarakatan yang bersifat
global, faham tentang integrsi ekonomi, menghargai hubung kait dan keperluan pergantungan antara
manusia, menghormati dan memelihara kepelbagaian budaya serta memahami tentang kesan tindakan
manusia terhadap alam sekitar.
"Persoalannya ialah sudahkah kita memupuk pengetahuan yang diperlukan itu dalam diri anak-anak kita
untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin dan warga yang baik serta bertanggungjawab untuk
membentuk masa depan dunia?
"Adakah kita mendidik mereka supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan
teknologi serta memupuk dan membentuk masyarakat yang harmoni, yang mengambil kira kebajikan
anggotanya?," katanya.
Rosmah berkata, pendekatan pendidikan ini memerlukan kefahaman lebih mendalam tentang masalah
global dan mengutamakan cara beretika untuk memajukan, mengguna pakai dan mengamalkan
teknologi serta komited terhadap tadbir urus yang betul dan amalan terbaik secara global.
"Untuk membentuk hari esok yang lebih baik, kita perlu memulakan langkah hari ini juga dan kita perlu
memastikan anak-anak kita dipersiapkan sepenuhnya untuk menghadapi sebarang cabaran yang
mungkin mereka hadapi.
"Oleh kerana guru mempunyai peranan amat penting dalam aspek ini, kita perlu memantapkan
kecekapan mereka agar mereka mampu memberi yang terbaik dalam apa jua perkara yang mereka
lakukan," katanya.
Persidangan itu dianjurkan Kementerian Pelajaran Arab Saudi di bawah naungan Penjaga Dua Masjid
Suci, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz, yang bertujuan mengeratkan gandingan antara kerajaan, pertubuhan
awam dan sektor swasta untuk