Вы находитесь на странице: 1из 21

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

HUBUNGAN ETNIK

PERANAN NGO DALAM INTEGRASI MASYARAKAT ISLAM DI


MALAYSIA

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Disediakan oleh:
AHMAD FAHMI BIN MOHD ISA 2010690544
AHMAD ZARIQ IKHWAN BIN ABDUL HALIM 2010267958
AINUL HAFZAN BIN AINUDDIN 2010833898
MOHAMAD AZFAR BIN ABU BAKAR 2010205812
MOHD HELMI BIN MOHAMMAD MESWAN 2010242816
MOHD SYAFIQ BIN MOKHTAR 2010234038
MUHAMMAD HELMY BIN ABU BAKAR 2010203082
MUHAMMAD SYAHRUL NIZAM BIN SAMSUDIN 2010855238
NABIL AZRI BIN ZAINOL RASHID 2010272862

LO1 Pengenalan /2

LO1 Isi + Huraian (4 /16


isi)

LO7 Cadangan & /4


Kesimpulan

LO7 Rujukan (> 5) /4

LO6 Etika & Moral /4


Profesional

/30
Jumlah
Disediakan untuk:
USTAZAH ASMAK HUSIN
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep Perpaduan dan Integrasi
1.2 Unsur-unsur Integrasi
1.3 Teori Hubungan Kaum
1.4 Faktor-faktor Penghalang Integrasi Nasional
1.5 Asas Perpaduan Kaum di Malaysia

2.0 PROSES INTEGRASI DI MALAYSIA

3.0 NGO ISLAM: ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

4.0 ANALISIS
4.1 Rakaman Seks
4.2 Kes Zina

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk 1. Disebabkan kepelbagaian


kaum dan bahasa, masyarakat di Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan
integrasi yang tinggi bagi mengekalkan keadaan aman dan harmoni.

1.1 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

(a) Perpaduan
Biasanya perpaduan negara merujuk kepada proses penyatuan secara fizikal
antara negeri – negeri dan anggota masyaraktat di seluruh Malaysia. Perpaduan ialah
satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara bagi membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga terhadap tanah air.

(b) Integrasi
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama dimana pelbagai kebudayaan
dan ciri-ciri sosial diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan
budaya hidup sesuatu kelompok etnik itu tidak dihapuskan malah disuburkan.
Di Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi membentuk satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

1.2 UNSUR-UNSUR INTEGRASI


1
J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan
hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.
 Integrasi wilayah bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi
dan sosial antara wilayah.

 Integrasi ekonomi bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara


kumpulan etnik.

 Integrasi kebudayaan bagi pembentukan satu kebudayaan kebangsaan.

 Integrasi sosial dimana usaha penyatuan rakyat dijalankan melalui program


sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lain.

 Integrasi pendidikan bagi mewujudkan system pendidikan yang bercorak


kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan social.

 Integrasi politik melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik yang adil dan
saksama.

Proses pembentukan sebuah masyarakat integrasi adalah sesuatu yang


kompleks dan ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan boleh dipandang remeh.

1.3 Teori Hubungan Kaum

1. Segregasi: Teori ini merujuk kepada hubungan yang bersifat pemisah di antara
etnik-etnik di dalam sebuah negara.Pemisahan berlaku di sebabkan oleh
keadaan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan
awam. Contoh segregasi ialah dasar apartheid yang pernah dipraktiskan di
Afrika Selatan.

2. Akomodasi: Akomodasi merupakan proses mempertahankan nilai etnik masing-


masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara
satu sama lain malah saling bergantungan antara satu dengan yang lain.

3. Akulturasi: Ia juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Ini adalah proses dimana
golongan minoriti menerima nilai, norma dan budaya masyarakat
majoriti. Mereka juga meminjam dan menggunakan budaya golongan majoriti
tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

4. Asimilasi: Teori ini merujuk kepada percampuran golongan minoriti kedalam


masyarakat dominan melalu persahabatan dan perkaitan rapat.

5. Amalgamasi: Ia adalah proses percampuran rasa tau budaya bagi membentuk


budaya atau ras yang baru. Cara yang sering kita lihat ialah melalui perkahwinan
antara etnik atau ras. 
 

1.4 FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG INTEGRASI NASIONAL

1. Prasangka: Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negatif (prasangka


buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain.
2. Perkauman : Ia merujuk kepada sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri.
Di Malaysia sikap perkauman adalah sangat jelas tidak kira dalam bidang
ekonomi, politik, sosial mahupun kebudayaan.

3. Etnosentrisme: Ia bermaksud kepercayaan bahawa unsur budaya sendiri


adalah lebih hebat berbanding unsur budaya lain. Jika bertentangan atau
berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau
mengancam diri.

1.5 ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

1. Perkongsian Kuasa Politik: Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India)
telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di
pelihara dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan
kuasa dan perpecahan dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan,
kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya
dikuasai oleh satu kaum sahaja.

2. Kerajaan Demokrasi: Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak
melanggar undang-undang negara, boleh menyuarakan pendapat, kritikan dan
memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas. Siapa yang menang dengan
suara majoriti dalam pilihanraya berhak menjadi wakil rakyat dan boleh
menyuarakan pandangan dan harapan rakyat melalui saluran yang ditetapkan
seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum: Kadar kemiskinan yg tertinggi


masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya berlarutan maka akan timbul
masalah seperti kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain,
merasa diri ditindas, gejala sosial, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.
Bagi mengatasi keadaan ini, pembahagian kuasa ekonomi mestilah dibuat
dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia.
Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu bagi meningkatkan taraf ekonomi
mereka.

4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi: Jurang pendidikan dan jurang


ekonomi saling berkait antara satu sama lain. Jika pendidikan mereka lebih baik
maka peluang untuk menambah pendapatan atau meningkatkan ekonomi
keluarga adalah lebih besar. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi
lebih baik.

5. Toleransi Budaya & Agama: Hormat dan menerima budaya dan agama kaum
lain adalah salah satu cara bagi mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia. Masyarakat di Malaysia member kebebasan kepada kaum lain untuk
mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi
atau mengganggu antara satu sama lain.
2.0 PROSES INTEGRASI DI MALAYSIA

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang


diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah
proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah


dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang,
kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang
terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan
kepentingan bersama secara adil dan saksama.

Usaha mengukuhkan hubungan etnik secara holitik amat mencabar kerana


gagasan yang retorik dan simbolik semata-mata hanya menghasilkan impak yang kurang
berkesan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial
pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur
sosial dan ekonomi. Oleh yang demikian, strategi integrasi perlu dilaksanakan semua
pihak iaitu kerajaan, masyarakat dan NGO bersesuaian dengan peranan yang
diperlukan.

Salah satu strategi yg dapat membantu untuk mempertingkatkan perpaduan dan


integrasi di dalam masyarakat adalah dengan menubuh dan menggunakan NGO yg
bersesuaian. Sudah tentu terdapat banyak NGO atau badan-badan yg ditubuhkan,
tetapi apa yang penting adalah keberkesanan NGO itu sendiri untuk membantu
perpaduan dan integrasi masyarakat. Walaupun terdapat pertubuhan yang berasakan
etnik, namun terdapat pertubuhan politik pada peringkat kebangsaan yang menaungi
pertubuhan beasaskan etnik. Hal ini sudah tentulah dapat mempercepatkan lagi proses
hubungan etnik melalui peranan yang dimainkan NGO.
Barisan-barisan kepimpinan selalunya disertai oleh pemimpin pelbagai kaum.
Sebagai contoh, kepimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik
yang berada di Malaysia. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum
seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Cina Malaysia
dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun ini sewajarnya digunakan oleh NGO
untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan
yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.

Terdapat tiga peranan NGO di dalam strategi ke arah integrasi. Peranan yang
pertama adalah Rakan COP. Ia dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh Kuala Lumpur.
Maklumat yang diperoleh oleh Rakan COP boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis
(CCC) yang beroperasi 24 jam yand boleh menggunakan system hotline, SMS, MMS e-
mail dan juga website. Rakan Cop adalah bersifat ‘Community Oriented Policing’ dan
‘Smart Partnership’. Rakan Cop membolehkan polis dan masyarakat saling
mengembeleng tenaga dengan lebih berkesan memerangi jenayah dan apa jua masalah
keselamatan.

Peranan NGO yang kedua untuk mencapai integrasi adalah Suruhanhaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1999 melalui akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Terdapat tiga Hak Asasi Manusia yg terkandung
di dalam Perlembagaan Malaysia;
 Hak untuk bersuara
 Hak untuk bergerak
 Hak untuk berhimpun

Antara fungsi SUHAKAM yang patut dijalankan dengan berkesan adalah untuk
memromosikan kesedaran dan memberikan pendidikan berkaitan dengan hak asasi
manusia. Ia juga berperanan dalam membantu dan menasihat Kerajaan dalam
merumuskan undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yg perlu
diambil. SUHAKAM juga berfungsi untuk membantu Kerajaan dalam perjanjuan dan
dokumen antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia. Yang terakhir, ia berperanan
dalam menyiasat aduan tentanf perlanggaran hak asasi manusia.

Peranan yang ketiga untuk mencapai ke arah integrasi adalah ALIRAN Kesedaran
Negara (Melayu Kesedaran Nasional Gerakan). ALIRAN adalah gerakan reformasi
pertama Malaysia multi-etnik yang didedikasikan untuk keadilan, kebebasan dan
perpaduan. Berdaftar di Roster Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu sejak tahun 1987, ALIRAN mempunyai rekod konsisten membela reformasi
demokratik. Dipandu oleh nilai-nilai spiritual universal, perjuangan yang diutamakan
menumpukan pada pembangunan kesatuan asli dengan menjunjung tinggi martabat
manusia dan mempromosikan keadilan sosial bagi seluruh Malaysia. ALIRAN adalah
suatu gerakan yang bebas dan autonomi, serta tidak mempunyai kaitan dengan mana-
mana parti politik,kesatuan sekerja, pertubuhan atau persatuan masyarakat awam. Aliran
mengamalkan konsep bekerjasama secara aktif dengan kumpulan lain mengenai isu-isu
tertentu dengan tujuan khusus.
3.0 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

3.1 SEJARAH ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan
yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan
pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan
Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah
didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009,
setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah
didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.

ABIM telah melangsungkan Persidangan Agung Tahunan atau Muktamar yang


pertama pada tahun 1972. Di Muktamar ini, Ustaz Razali Nawawi (Prof. Dr.) telah dipilih
sebagai Presiden pertama. Muktamar juga telah memilih Sdr Anwar Ibrahim sebagai
Setiausaha Agung. Semenjak itu, ABIM telah menjayakan kegiatannya dengan jaya.
Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi mempertegaskan idealisme dan
cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM
sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah
dan tarbiyyah sebagai asas pendekatan pergerakannya.

Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah
masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara
bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-
cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham
masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh
serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek
kemasyarakatan, perundangan dan kenegararaan.
Pada tahun 1974, telah berlaku peralihan kepimpinan ABIM. Ustaz Razali
Nawawi melepaskan jawatannya dan Muktamar memilih Sdr Anwar Ibrahim sebagai
Presiden kedua. Di era kepimpinan beliau, ABIM telah tertonjol sebagai sebuah
gerakan Islam yang berpengaruh di peringkat nasional dan antarabangsa. Sikap dan
pendirian ABIM yang tegas terhadap pelbagai persoalan ekonomi, kebudayaan dan
politik telah menjadikannya sebuah pertubuhan yang dihormati.

Kepimpinan ABIM beralih kepada Ustaz Siddiq Fadzil (Dato’) sebagai Presiden
ketiga pada tahun 1983. Di era kepimpinan beliau, ABIM banyak menumpu usaha
dakwah bil hal atau dakwah di dalam bentuk praktis bagi tujuan menyelesaikan
permasalahan masyarakat dan umat secara lebih berkesan. Semenjak itu, beberapa
institusi dakwah di bidang pendidikan dan perekonomian telah dikembangkan seperti
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah
Menengah Islam (SEMI), Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI), Koperasi Belia Islam
Malaysia (KBI) dan Islamic-Outreach ABIM (IOA).

3.2 VISI, MISI DAN BUDAYA ABIM


ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu dan memilih untuk
mengambil sikap terbuka serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di
samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal
dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik,
namun ia sentiasa bersikap adil, bebas dan tidak memihak kepada mana- mana ahli
politik.
Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'
Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita- cita
Islamiyyah'
Budaya ABIM : a) Menghayati Budaya Ilmu
b) Menghayati Amalan Kerohanian
c) Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy
d) Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa
e) Menghayati Ruh- Jihad fi- Sabilillah
3.3 ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PROSES
INTERGRASI DI MALAYSIA

(a) Rakaman seks yang dikatakan membabitkan individu tertentu

ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaaan yang lantang bersuara


mengenai video seks yang dikatakan salah laku seksual seseorang individu tertentu. Ini
kerana perbuatan sebegitu dapat mengaibkan pihak satu lagi dan menjatuhkan maruah
individu yang terlibat. Merujuk kepada pendedahan salah laku seksual pemimpin politik
negara oleh laman Malaysiakini bertajuk 'Rakaman aksi seks pemimpin utama
pembangkang? ', ABIM ingin menyatakan bahawa sebarang pertuduhan ataupun
dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu haruslah disalurkan menerusi
prosedur perundangan yang sah.

Selain daripada itu, Jika kes berkenaan itu membabitkan seseorang Muslim,
kedua pihak pendakwa serta pembela sepatutnya menyalurkan kes mereka untuk
diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah
ditetapkan oleh Al-Qur'an dan Sunnah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam hal ini, katanya ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta
dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan
yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping iqrar
daripada individu yang dituduh. Tambahnya, tatacara perundangan syariah telah
menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta
maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan.
(b) Kempen ‘SAY NO TO ZINA’

Sesi perkongsian hidup dan pengalaman dari salah seorang penghuni Darul
wardah untuk memberikan ingatan dan kesedaran kepada anak-anak muda di sini.

Program tersebut dikendalikan oleh Kak Wardah dan Wak Juragan dari ABIM


Selangor. Turut membantu menjayakan program ini ialah saudara. Adri, Pengurus
program ABIM Selangor dan seorang penghuni Darul Wardah. Satu kempen ‘ Say No
to Zina’ dijalankan dengan mengedarkan pamplet khas yang diterbitksn oleh Biro
Penerangan ABIM Selangor kepada semua peserta yang hadir.

Program sehari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dihadiri oleh 30
orang pelajar lelaki dan perempuan. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang
pelajar keturunan Tamil. Secara keseluruhannya program ini telah Berjaya
menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan kepada peserta tentang bahaya Zina
dan masalah sosial yang lain.

Program ini dijalankan untuk member kesedaran kepada ramai pihak tentang
bahananya zina atau dikenali sebagai seks sebelum kahwin. Ini kerana pada masa kini,
boleh dikatakan kes buang anak yang dicatatkan pada tahun lalu agak tinggi dalam
8000 ribu kes. Oleh sebab itu, ABIM telah mengambil langkah- langkah seperti
mengadakan bengkel, ceramah-ceramah kesedaran tentang bahayanya zina dan
apakah kesan masa panjang kalau dibiarkan begitu sahaja.
4.0 ANALISIS
4.1 Rakaman seks
Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal
kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya
sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya. Kajian saintifik penting dalam proses
mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer
dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirikal dibuat barulah rumusan
dijadikan fatwa.

Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau
video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran. Sudah pasti apabila
Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang
mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula
ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-
duanya membabitkan seks.

Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak
boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina. Kaedah lebih tepat ialah kehadiran
empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini
sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada
tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah
bererti biadap kepada Ilahi

(a) Soal maruah


Dalam soal tuduhan zina pula tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan
agama atau kaum ia membabitkan soal maruah. Bayangkan jika dibiarkan gosip
tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan
orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan
akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi
manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah. Runtuhlah sistem sosial jika
amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.

Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai


tuduhan zina ini. Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang
wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina.
Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda
dikenakan hukuman mati. Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan pengajaran
untuk memelihara maruah seseorang insan. Wanita berkenaan berkata, bukti dia
berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain
pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga
melahirkan bayinya. Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta
dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti
perbuatan jeleknya. Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi
itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu
pulang dan menyusui bayinya.

(b) Rejam sampai mati


Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali
ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu
tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar
mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana
berzina. Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu
siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum.
Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam
Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.
Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini
memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan
perbuatan zina. Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir
daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.
(c) Media rendah moral
Orang media yang “rendah moralnya” iaitu mereka ini mahu video lucah dijaja
seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan seseorang individual.
Jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan individu yang dikaitkan, mereka percaya
tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta
maaf.
Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah
adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia.
Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

4.2 Kes Zina


Analisis berkenaan dengan Kempen Say No To Zina oleh ABIM Selangor telah
mendapat pujian daripada masyarakat Islam di seluruh negara kerana mengambil berat
dalam kalangan remaja disamping memupuk semangat sayang kepada agama
disamping menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan tentang bahana berzina.
Dalam Islam, zina itu adalah perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh ALLAH S.W.T.
Berikut adalah dalil-dalil berkaitan dengan zina dan hukuman mereka yang melakukan
zina.

Dalil tentang Zina

1. "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina,maka deralah tiap-tiap


seorang dari keduanya seratus,dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk(menjalankan) agama Allah,jika kamu beriman kepada
Allah, dan hari ,dan hendaklah(hukuman) mereka disaksikan oleh sekumpulan
orang-orang yang beriman."(An-Nuur:2).
2. Dari Abu Hurairah R.A bahwasanya Rasulullah S.A.W pernah memberikan
hukuman kepada orang berzina(belum menikah) dengan hukuman di buang
(diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali."(HR Buchori)
3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku
berzina,"Apakah engkau seorang muhshon(menikah)? Orang itu menjawab,"YA".

Kemudian Nabi bersabda lagi,"Bawalah orang ini dan rajamlah."(HR Buchori


Muslim)

Perbuatan zina yang dilarang disisi agama juga boleh mendatangkan mudarat
kepada mereka yang berzina seperti terhasilnya anak luar nikah, pembuangan bayi,
dan juga boleh mendatang penyakit yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada zaman ini semakin meruncing
tatkala kemasukan pengaruh budaya dari barat menjadikan masalah sosial dalam
kalangan remaja di Malaysia adalah sangat sukar dibendung.

Dengan adanya pertubuhan NGO Islam di Malaysia seperti ABIM, sedikit


sebanyak dapat mengurangkan peratus kerosakan akidah dalam kalangan remaja
disamping dapat menyelamatkan golongan remaja dari terus hanyut dalam kehidupan
yang melalaikan dan menyebabkan berlakunya zina.

Dalam usaha untuk mengembalikan akidah remaja berteraskan agama Islam, Al-
Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan, tidak mustahil golongan remaja di Malaysia
dapat kembali dalam cara kehidupan Islam sekaligus menjadi idola kepada golongan
remaja yang lain untuk kembali ke pangkal jalan.

Dengan itu, cara terbaik untuk kembali ke jalan ALLAH S.W.T adalah dengan
bertaubat. Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa
sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang
kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka
semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang
pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya.
Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa
sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian
diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah
dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:


“Dan orang-orang yang tidak menyembah ialah yang lain beserta Allah dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang
benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia
mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada
hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-
orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu
kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. ” (QS. 25:68-70)
Disaring dari risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin
Ibrahim al Hamd.

Akhir sekali, program kesedaran dan keinsafan dan bahaya zina ini telah
berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Oleh itu, badan NGO Islam
seperti ABIM dan bdan NGO yang lain haruslah terus berusaha membanteras
kerosakan akidah dalam kalangan remaja disamping mengekalkan momentum untuk
memelihara generasi muda seperti remaja Islam di Malaysia kerana generasi muda ini
adalah mudah dipengaruhi dan terpengaruh dengan budaya luar yang masuk dan
menyerap dalam hati dan gaya hidup masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Ini kerana
generasi muda Islam Malaysia bakal menjadi salah seorang pemimpin dan dan bakal
menerajui kecemerlangan agama Islam di Malaysia.
5.0 KESIMPULAN

NGO Islam merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan


masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang
suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat untuk membentuk
masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengadakan seruan
dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam. Namun, realiti kehidupan kini menunjukkan
keadaan masyarakat di negara ini masih lagi bergelumang dengan kemaksiatan dan
keruntuhan modal insan sebagai seorang Muslim, bahkan fenomena ini semakin
berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di
negara ini yang memegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana
yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Malah sebahagian masyarakat Islam lain
masih jauh ketinggalan dan lalai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Walaupun badan-badan dakwah telah diwujudkan di seluruh negeri, tetapi masalah
sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Mereka sangat memerlukan tarbiah dan didikan agama secara berterusan dan
bersistematik. Sebagai badan dakwah, NGO Islam perlu berperanan dalam mengatur
aktiviti dan program secara berkala untuk menjadikan masyarakat memahami dan
menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki kehidupan mereka ke arah
kebaikan.
RUJUKAN

1. www.abim.org.my

2. www.peperonity.com/go/sites/mview/zina.menurut.hukum.islam/29279388

3. www.cahyaislam.wordpress.com/2009/05/05/larangan-berzina

4. www.harapanmalaysia.com

5. Almath.F.M, 1100 hadis terpilih- sinar ajaran Muhammad, Kuala Lumpur,


Gema Insani Press

6. Shahidan.K, Mastika edisi Mac 2011, Kuala Lumpur, Kumpulan Utusan


Pengarang Utusan Melayu

Вам также может понравиться