Вы находитесь на странице: 1из 2

DEFINISI TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan merupakan pemulihan yang dapat membantu seseorang


memperbaiki kebolehannya berkomunikasi, ini termasuklah pertuturan, iaitu bagaimana
bunyi dibentuk dan bahasa yang melibatkan pemahaman dan pemilihan perkataan
yangsesuai.Rasionalnya terapi ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan murid untuk
belajar yang merangkumi pelbagai aspek psikomotor, kognitif,emosi dan sosial.

OBJEKTIF TERAPI PERTUTURAN

1. Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.


2. Melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas
tertentu
3. Meningkatkan fungsi kognitif,emosi dan sosial murid
4. Melatih murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
5. Merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran
6. Meningkatkan tahap keupayaan murid dan memperbaiki ketidakupayaan murid.

KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN

1.Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid untuk
mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing
dan sebagainya. Melalui aktiviti terapi pertuturan, mereka dapat melatih dan
merangsang alat pertuturan mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan
membantu mereka menyampaikan maklumat kepada individu lain.
2. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.

Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan seharian boleh


dibantu dengan terapi yang sesuai. Sebagai contoh, terapi cara kerja yang melatih
murid dalam membuat kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Murid juga akan
diajar untuk melakukan kerja-kerja yang membantu nya dalam kehidupan seharian
seperti memasak, mendobi, menukang, menanm, menjahit, menguruskan diri dan
sebagainya. Melalui terapi ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dengan
mempercayai keupayaan dan kebolehan diri mereka dalam meningkatkan kualiti hidup
mereka dan untuk membantu orang lain.

3.Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.

Melalui aktiviti terapi, murid dapat bergaul dan berkomunikasi dengan individu dan
masyarakat di sekitar mereka. Sebagai contoh, terapi main yang melibatkan murid
dengan murid lain akan membantu mereka untuk berkomunikasi dan bergaul sesama
sendiri. Selain itu, terapi membeli belah juga dapat membantu murid untuk berinteraksi
dengan masyarakat dalam proses jual beli.

Вам также может понравиться