Вы находитесь на странице: 1из 10

EDU 3102

OBJEKTIF

1. Pernyataan berikut yang manakah paling tepat menggambarkan fitrah kejadian


manusia?

(A)  Manusia adalah “Tuhan” bagi alam semesta

(B)  Manusia mampu menyelesaikan segala masalah

(C) Manusia merupakan kejadian alam yang sempurna

(D) Manusia mempunyai sifat, tabiat, bakat dan pelbagai kecerdasan.

1. Proses perkembangan biologi seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh

(A)  Perubahan jasmani individu

(B)  Baka dan persekitaran kanak-kanak

(C) Genetik keluarga dan sosial masyarakat

(D) Genetik keluarga dan pertumbuhan otak kanak-kanak tersebut

1. Dalam teori perkembangan kognitif piaget, kanak kanak sudah boleh menggunakan
skema skema fizikal yang mudah pada peringkat

(A)  pra operasi

(B)  sensorimotor  /deria

(C) operasi formal

(D) operasi konkrit

1. Ahmad merupakan seorang murid tahun 2. Semasa aktiviti pengajaran dan


pembelajaran berlangsung, Ahmad sering kali tidak dapat menyiapkan sesuatu
tugasan yang diberikan dan sentiasa memerlukan penyeliaan daripada guru yang
mengajar.
Selain itu, Ahmad juga sering mengganggu murid – murid lain dan menyatakan sesuatu tanpa
berfikir. Malah kadang kala keterlaluan dalam pergerakan fizikal dan tidak boleh duduk
diam.

Keadaan di atas menunjukkan bahawa Ahmad aadalah seorang kanak – kanak berkeperluan
khas dalam golongan

(A)  Disleksia

(B)  Hiperaktif

(C) Attention – Deficit

(D) Strange – Situation

1. Guru boleh membantu perkembangan bahasa pada peringkat kanak – kanak dengan

(A)  Menggunakan “scaffolding”

(B)  Menggunakan kanak – kanak bercakap sendiri

(C) Menggalakkan kanak – kanak untuk bertanya soalan

(D) Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak – kanak

6.    Menurut teori perkembangan moral Jean Piaget penaakulan moral berkait rapat dengan
perkembangan kognitif seseorang individu.

Kenyataan berikut adalah peringkat penaakulan moral Jean Piaget kecuali

(A)          Peringkat moral peribadi

(B)          Peringkat moral heteronomus

(C)          Peringkat moral transisi

(D)          Peringkat moral autonomus


 

       7.             i) Cenderung untuk membuat tugas yang terbaik dan lebih sempurna

ii) Berusaha untuk memperbaiki kesilapan diri dan memuaskan kehendak diri

iii) Mula memikirkan cara untuk berbakti kepada orang yang tidak berkemampuan

Berdasarkan hieraki keperluan manusia Abraham Maslow 1970, ciri ciri diatas terdapat
dalam   peringkat keperluan

(A)  Fisiologi

(B)  Keselamatan

(C) Penghargaan kendiri

(D) Penyempurnaan kendiri

8.    Menurut Piaget, proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga mencapai kematangan.

Antara berikut, yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu?

(A)  Keseimbangan

(B)  Kematangan fizikal

(C) Pengalaman sosial

(D) Interaksi individu dengan persekitaran

9.  Kecerdasan pemikiran dan tingkah laku individu terdiri daripada tiga aspek iaitu proses
kognitif, pengetahuan sedia ada dan persekutaran kontekstualyang saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

     Ciri – ciri di atas adalah berdasarkan

(A)  Teori Psikoanalitik Erikson

(B)  Teori Kecerdasan Triarchic


(C) Teori Perkembangan Kognitif

(D) Teori Pembelajaran Sosial Bandura

      10.             Tahap 1 : Pra konvensional

                        Tahap 2 : Konvensional

                        Tahap 3 : Pos – konvensional

Tahap tahap perkembangan moral seseorang individu seperti di atas merujuk kepada teori
yang dikemukan oleh

(A)  Jean Piaget

(B)  Erik  Erikson

(C) Noam Chomsky

(D) Lawrence Kohlberg

11.  Helah Bela-Diri atau “defense Mechanism’ yang dikemukakan oleh Sigmund Freud
adalah usaha secara kebiasaan atau tidak sedar dilakukan oleh individu apabila berasa
terancam.

Jenis-jenis helah bela diri yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ialah

1. Resepsi
2. Projeksi
3. Kepasifan
4. Rasionalisasi
5. Pemindahan

(A)  I, II dan III sahaja

(B)  I, III, dan V sahaja

(C) II, IV dan V sahaja

(D) III,IV dan V sahaja

 
 

12.                        Lemah dalam ejaan

                             Masalah yang diwarisi

                             Membaca secara perlahan

                             Mencampuradukkan perkataan yang berbunyi sama.

Kanak – kanak yang mengalami masalah pembelajaran di atas merupakan merupakan kanak
– kanak daripada golongan yang bermasalah dari segi

(A)  Dislesia

(B)  Attention Deficit

(C) Masalah pertuturan

(D) Muscular Dystrophy

13. Konsep “Pendidikan Inklusif” merujuk kepada

(A) pendidkan khas kepada kanak – kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di
sekolah khas

(B) Kanak – kanak berkeperluan khas yang dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kanak –
kanak yang biasa

(C) pendidkan yang diberikan secara percuma kepada kanak – kanak yang mempunyai
masalah kesihatan

Kanak – kanak istimewa yang ditempatkan di dalam sekolah khas bagi tujuan pendidikan
yang lebih baik.

14. Siti pelajar tahun 3 dissebuah sekolah awam. Siti merupakan pelajar yang sentiasa
menunjukkan keinginan untuk mengetahui sesuatu yang lebih daripada rakan rakannya di
dalam kelas.

Selain itu siti juga mempunyai kebolehan yang tinggi dan cepat belajar jika dibandingkan
dengan rakan sebayanya.

Program progarm yang boleh diambil oleh guru guru untuk membantu siti dalam
pembelajaran adalah seperti berikut KECUALI

(A)  penggayaan
(B)  pemecutan

(C) pengasingan

(D) penggabungan

15.   Konsep “adaptasi”, “asimilasi”, dan akomodasi” ialah proses perkembangan kognitif
individu yang dikemukakan oleh

        (A) Jean Piaget

        (B) Erik H. Erikson

(C) Naom Chomsky

(D) Lawrence Kohlberg 

16.       Selain daripada di rumah, pembentukan personaliti dalam kalangan kanak-kanak di


sekolah boleh berlaku melalui faktor-faktor berikut kecuali

(A) kurikulum tersembunyi

(B) pembimbing  rakan sebaya

(C) budaya sekolah penyayang

(D) pembinaan modal insan

   17.               Dani berumur 8 tahun

                 Dani kanak – kanak lelaki

                 Dani aktif dalam kjegiatan di luar bilik darjah

Dani lebih rendah daripada kanak – kanak perempuan yang sebayanya.

Aktivit pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh guru untuk Dani ialah

(A)  Membaca buku cerita yang menarik

(B)  Melaksanakan aktiviti ceramah dan kaunseling

(C) Menyediakan aktiviti – aktiviti yag lasak di padang


(D) Menjalankan aktiviti permainan untuk perkembanagn otot – otot halus

18. Fasa pembenihan dalam peringkat pranatal menunjukkan ciri-ciri berikut kecuali

(A)  Proses mitosis berlaku

(B)  Zigot bergerak ke rahim

(C) Organ utama bertambah saiz

(D) Zigot membentuk 23 kromosom

19. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak – kanak di sekolah boleh memberi sokongan
yang membantu kemajuan akademik kanak – kanak.

Ciri teori Sistem Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1989) di ats adalah terkandung di dalam

(A)  Ekosistem

(B)  Mikrosistem

(C) Mesosistem

(D) Makrosistem

20. Pilih susunan peringkat peringkat perkembangan fizikal individu yang tepat

1.                  i.        Bayi


2.                 ii.        Fetal
3.                iii.        Zigot
4.               iv.        Embrio
5.                v.        Pembenihan

(A)  ii,iv,v,iv,iii

(B)  i,ii,iii,v,iv

(C) i,ii,iii,v,iv

(D) v,iii,iv,ii,i
 STRUKTUR

1. a)         Senaraikan dua perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-


kanak. (4m)

1. ....................................................................................

1. .....................................................................................

b)         Nyatakan tiga cara bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak. (6m)

i.          .......................................................................................

ii.          ........................................................................................

 iii. .......................................................................................

1.  (a) Menurut Piaget, kanak – kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran
melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam pembinaan
kefahaman terhadap persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.

Jelaskan dua cara bagaimana adaptasi dilakukan. (4m)

i)              ............................................................................................

ii)             ............................................................................................

 
(b) Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda haruslah tumpukan perhatian terhadap
pembelajaran kanak – kanak dalam peringkat operasi konkrit serta memahami kebolehan
mereka.

Jelaskan tiga cara bagaimanakah anda dapat membantu murid memahami konsep yang diajar
dengan berkesan. (6m)

i)      ......................................................................................

ii)     ......................................................................................

iii)    ......................................................................................

3. a)     Carl Jung mengklasifikasikan personaliti kepada 3 jenis iaitu ekstrovert, introvert dan
ambivert. Jelaskan secara ringkas ketiga-tiga jenis personaliti tersebut. (6m)

i)          ............................................................................

ii)          ...........................................................................

iii)            ...........................................................................

(b) Jelaskan dua cara bagaimana guru dapat membantu murid membentuk konsep kendiri
positif (4m)

i) .......................................................................................

ii) ......................................................................................

1. (a) Nyatakan empat ciri kanak – kanak yang mempunyai masalah penglihatan (4m)

i)              ......................................................................

ii)             ......................................................................

iii)            ......................................................................

iv)           ......................................................................
 (b) Terangkan tiga cara bagaimana guru membantu kanak – kanak yang menghadapi
masalah penglihatan dalam pengajaran dan pembelajaran. (6m)

i) ..............................................................................

ii) .............................................................................

iii).............................................................................

 ESEI

1.  (a)  Jelaskan secara terperinci ciri-ciri perkembangan kognitif peringkat operasi


konkrit menurut pandangan J. Piaget yang boleh dimanfaatkan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. (10 m)

            (b) Huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit  oleh J.Piaget
tersebut terhadap P&P guru dalam usaha untuk meletakbetul (repositioning) tingkahlaku
murid dalam bilik darjah. (10 m)

     2.  a) Terangkan dengan terperinci peranan – peranan guru untuk membentuk


personaliti distingtif iaitu yang merangkumi pemikiran dan emosi supaya murid – murid
dapat mengadaptasi diri dengan kehidupan mereka. (10m)

b) Bincangkan cara – cara guru dapat membantu pembentukan konsep kendiri dalam
kalangan murid – murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif untuk
menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan mudah. (10m)

1. (a) Huraikan ciri ciri kanak kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang
khusus dari aspek masalah fizikal (10 m)

(b) Huraikan implikasi kanak kanak bermasalah kecacatan fizikal terhadap PNP dalam bilik
darjah.   (10 m)

Вам также может понравиться