Вы находитесь на странице: 1из 11

Tip dan Panduan Terakhir Menjawab Pengajian Am STPM 2010

1. Calon perlu berada di sekolah sekurang-kurang 30 minit sebelum waktu


peperiksaan. Keadaan ini membolehkan calon bersedia dari mental dan fizikal
dalam menghadapi peperiksaan STPM.
2. Menjawab Bahagian A & B ( Esei)
a. Pilih soalan esei yang mempunyai arahan yang jelas. Kenal pasti arahan soalan
dengan tepat. Elak daripada menjawab  soalan  yang  anda kurang  pasti  tentang
kehendak soalan. Berhati-hati semasa menjawab soalan “ bincangkan pernyataan di
atas ”. Tentukan sama ada soalan berkenaan  1 arahan ,  2 atau  3  arahan.
b. Karangan mesti ada pendahuluan, 4  isi , dan kesimpulan. Pastikan bilangan
perkataan pendahuluan dan kesimpulan tidak terlalu panjang. ( + - 40 pp). Jumlah
perkataan dalam esei tidak melebihi 350 pp.
c. Semasa menjawab menjawab esei laras sains, isi-isi mesti isi laras
sains. Elak daripada menggunakan esei laras sastera seperti undang-undang,
kempen, kerjasama masyarakat, penguatkuasaan undang-

undang. CUBA pertimbangan R & D sebagai isi. :) :) :)

3. Menjawab Soalan Bahagian C


a. Soalan ( i ) – Jawab dalam SATU ayat dan menggunakan “ ayat sendiri” dan bahasa
yang ringkas . Jawapan bahagian ini boleh dikesan dalam petikan yang diberi.
b. Soalan ( ii ) – Biasa berbentuk KBKK. Calon perlu memikirkan isi sendiri. Berikan 2
isi untuk soalan ini. Setiap isi perlu ada 2 huraian ringkas. Ingat!!! Gunakan
pendekatan “ touch n go” semasa menghurai isi ini. Pasti bilangan perkataan dalam
bahagian ini tidak melebihi 50 pp.
4. Menjawab Soalan Bahagian D ( statistik )
a. Pilihan soalan yang mempunyai arahan yang jelas dan selamat. Pastikan anda
menjawab dalam media yang betul . Jangan jawab soalan sebagai terakhir kerana
kekangan masa.
b. Pastikan jawapan tidak dalam keadaan “ Konsep Tidak Siap”. Jika dalam
kesuntukan masa, gunakan pendekatan yang mudah dan PASTIKAN jawapan anda
dalam keadaan SIAP walaupun lorekan tidak kemas.
c. Tajuk mesti mengandungi 3 unsur. Untuk pai, mesti adalah sub-tajuk untuk pai dan
jumlah dalam ukuran yang betul. Ukuran dalam komponen pai adalah berbentuk %.
Untuk soalan bar atau garis, pastikan ukuran paksi menegak adalah betul.
d. Ciri-ciri garis komponen dan bar komponen ada perkataan :jumlah, diterapkan,
sebagai komponen jumlah.
e. Ciri-ciri graf garis dan bar kompaun TIDAK ADA perkataan jumlah, diterapkan,
sebagai komponen jumlah.
f. Graf garis biasa adalah kaitan dengan kata kunci : aliran pola, perubahan data,
keadaan turun-naik, saham.. Satu ciri yang lain adalah mempunyai tahun yang agak
banyak ( paksi mendatar) berbanding dengan gar bar.
g. Bar piramid biasa ada 3 unsur/ angkubah dalam arahan soalan.
5. Menjawab Soalan Bahagian E ( Taksiran Jadual / bahan Grafik)
a. Ingat balik 6 pendekatan menjawab bahagian ini ;
i. A = Pendekatan pola data (perubahan jumlah, naik, turun, tidak stabil, malar )
ii. B = Bandingan dalam tahun yang sama ( tertinggi, & terendah drpd jumlah data,
perbezaan data)

iii. C = Gabungan A + B dan alasan digabungkan

iv. D = Gabungan A + B + alasan diberi secara berasingan.( 3 lapisan jawapan)


vi. E = Bandingkan/bezakan

F : Fikir sendiri ( Gabungan mana-mana A-E atau ikut kunci arahan dalam soalan) 

b. Pilihan pendekatan yang sesuai mengikut arahan soalan.


c. Pastikan huraian isi anda mengandungi :
 
i. Idea/pola
ii. data asas
iii. analisis data
iv. alasan/sebab ( jika alasan tidak diasing)
 
d. Contoh huraian isi pendekatan A dan B yang betul boleh rujuk di fail “ Teknik
Menjawab Soalan Pengajian Am “ --- Bahagian E.

e. Jangan tinggalkan perkataan/ tanda yang kecil tetapi membawa makna yang
besar seperti “ ANGGARAN / JANGKAAN” JJ!!
 
Menjawab Soalan Bahagian E ( Carta Aliran)
a. Pastikan arahan soalan dengan baik. Tentukan jawapan soalan
berbentuk PROSES atau BUKAN PROSES
 
b. Hanya perlu sediakan 4 isi sahaja. Pasti anda memasukkan perkataan-perkataan
yang Khas seperti“faktor langsung dan faktor tak langsung” ( soalan STPM 1998) dan
faktor “Dorongan danSituasi ” ( Soalan STPM 2005)
 
c. Bahagian ini mementingkan kualiti jawapan, bukannya kuantiti jawapan.
 
Tips Tambahan
1. Jaga amalan pemakanan yang seimbang.
2. Ambil makanan supplemen tambahan untuk menguatkan antibodi anda.
3. lakukan senaman ringan.
4. masa tidur perlu cukup.

Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM


2010 ! Semoga anda berjaya!!
 Teknik menjawab Bahagian A dan B P.AM

Posted by Cikgu Awang on August 7, 2008

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian
Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.

Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga
huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait
diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.

RUMUS ICU

I IDEA UTAMA

Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di


dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka
wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.

Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting


agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.

ISI LANJUTAN.

Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan


idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .

C CONTOH

Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea
yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan
contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan
menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan
tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan
tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.
U ULASAN

Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat
ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan,
pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.

Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan
pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.

Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan
kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah
tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.

Rumus Idea/Huraian Catatan

I Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai


adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Idea Utama
Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika
Idea Lanjutan kawasan perumahan dibiarkan terbiar.

C Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks


rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di
Contoh kawasan ini.

U Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial


masyarakat setempat jika tidak diatasi.
Ulasan

* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba
memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkan.

Terima kasih.
Tips/Panduan/Strategi Belajar

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)

IDEA UTAMA : 4 M

HURAIAN : 12 M

BAHASA : 4.5 M

IMPAK : 4.5 M

JUMLAH 25 M

Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.

1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras
sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS
YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa
3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI
PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN
ANDA.

3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat
latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung
kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah
perkataan.

4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan
sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk
kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)
5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama
untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.

6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh
itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.

MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN

1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.


2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang
tersirat/tersembunyi.
3. Merangka esei anda.

KATA KUNCI SOALAN.

1.BINCANGKAN.

Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:

a. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF


b. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
c. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
d. PRO DAN LAIN-LAIN
e. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAH

Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea
yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :

a. PRO DAN KONTRA


b. PRO DAN LAIN-LAIN
c. PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.

Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.

4. BERIKAN ULASAN

Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga
boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan
kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.
5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN

Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN.

BAHAGIAN C (PETIKAN)

Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

1. Roman i 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan
dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan
dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

2. Roman ii 8 Markah

Aspek pemarkahan:

Idea(2 idea) – 2 Markah

Huraian – 4 Markah

Bahasa – 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.

b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN
LARAS SOALAN.

c. Buat dalam satu perenggan sahaja.

d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)

Aspek Pemarkahan: (15 Markah)


Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah

Kesuaian Teknik (KT) 4 markah

Ketepatan Isi (KI) 4 markah

Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai,
diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan
(RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada
kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta


7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber

BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)

Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:

1. Media Statistik (jadual)

2. Media Statistik (graf / carta pai)

3. Media Carta Aliran

4. Media Gambarajah

Вам также может понравиться