Вы находитесь на странице: 1из 2

PENGENALAN.

Raja berpelembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem


berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang
moden biasanya menggunakan konsep trias politica , atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud
Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad
oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia
dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy . Dengan kata lain,Raja Berperlembagaan ialah Raja
memerintah mengikut perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa mutlak.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan


demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan
tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri,iaitu pemimpin yang
dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga
Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia
II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator .

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi


takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di manaYang
di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja  setiap lima tahun.1

Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang
penuh adalah Seri  Paduka  Baginda Yang di- Pertuan Agong .Oleh sebab Malaysia mengamalkan
sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai
istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif , secara teorinya di
bawah kuasa ketua negeri,dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) kabinet atau jemaah menteri
yang diketuai oleh Perdana menteri.2

Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja
berpelembagaan.Raja Berpelembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

1
Sulaiman Zakaria, Azmah Che Omar, Siri Kenegaraan:Institusi Beraja, Petaling Jaya:Pustaka Cahaya Intelek, 2004,
hlm. 5.
2
Ibid,hlm.7.

Вам также может понравиться