Вы находитесь на странице: 1из 24

TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

30 Mei 2011

SINOPSIS MENGIKUT BAB

BAB 1

Amira Amir dan rakannya, Jacinta menghabiskan cuti mereka dengan menyertai ibu Amira, iaitu
Profesor Zaidah yang sedang menjalankan kajian arkeologi bersama-sama dengan pelajar tahun
akhir di Bukit Mat Raya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta api. Di dalam kereta api itu,
Amira terpandang seorang pemuda berkulit agak gelap dan seorang tua yang berkulit putih.
Dalam perjalanan, Amira membuka e-mel dan mengemaskini laman web ibunya supaya
maklumat yang diperoleh ibunya itu dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan ibunya
di luar negara. Di dalam kereta api yang sama, Malique meluahkan rasa terkilannya kerana
terpaksa mengikut kehendak ibunya agar mengikut lelaki tua yang dikenali dengan nama John
O'Hara. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan ibunya dengan O'Hara, tetapi mulutnya seakan-
akan terkunci. Hari ini merupakan kali pertama dia meninggalkan ibunya. Di dalam hutan di
Bukit Mat Raya, Profesor Zaidah meneruskan kajiannya. Sudah hampir 25 tahun dia
mengamalkan disiplin ilmu tersebut. Hujan turun menyebabkan tali khemah terputus. Dr.
Zawawi menyimpulkan bahawa tali tersebut putus akibat perbuatan khianat. Sebanyak 12

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


tapak cari gali telah diusahakan dan setiap tapak diuruskan oleh tiga orang pelajar. Profesor
Zaidah menyembunyikan daripada pelajarnya tentang masalah yang akan berlaku.

BAB 2

Ketibaan Amira dan Jacinta dijemput oleh Pak Lias yang datang agak lewat kerana perkara
yang berlaku pada malam semalam .Dalam perjalanan menuju ke tapak kem Pak Lias
memperlahankan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka untuk memberi laluan
kepada kenderaan di belakang mereka. Amira terpandang anak muda yang dilihatnya dalam
keretapi pada malam tadi sebaik saja kenderaan tersebut melintasi mereka. Pada ketika itu
juga, Roslan memaklumkan kepada John O’Hara bahawa kereta yang mereka lintasi tadi adalah
orang Universiti yang melakukan aktiviti arkeologi dan memberi jaminan tidak akan
menganggu mereka.

1
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 3

Pada malam itu, di Desa Karpus, Amira dan Jacinta berbaring di dalam khemah untuk
menghilangkan keletihan setelah seharian dalam perjalanan. Suasana sunyi, hanya kedengaran
bunyi serangga malam. Amira menegur sikap Jacinta yang selama ini tinggal di asrama tanpa
mahu pulang menemui ayahnya.Pada kali ini, ayahnya telah membelikannya tiket ke London
untuk memujuknya agar menerima ibu baharunya. Amira mengharapkan Jacinta berfikir secara
mendalam akan tindakannya yang negatif terhadap ayah kandung sendiri. Perbualan mereka
telah ditegur oleh Profesor Zaidah. Profeseor Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal. Dia
menasihati Jacinta agar bersabar atas sikap ayah Jacinta yang berkahwin baharu. Dia akan
menelefon ayah Jacinta untuk memaklumkan bahawa anaknya sedang bercuti bersama-sama
dengannya yang sedang membuat kerja lapangan di dalam hutan. Setelah itu , Profesor Zaidah
mengingatkan Amira dan Jacinta agar ke tapak 10 untuk kerja penyelidikan.

BAB 4

Setelah selesai mandi di air terjun Amira dikejutkan dengan kedatangan Malique yang datang
menghulurkan salam perkenalan. Malique memaklumkan bahawa dia ke hutan tersebut kerana

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


atas permintaan ibunya untuk mengikut leleaki kulit putih tersebut. Sebelum berpisah Malique
sempat memberitahu bahawa dia merasakan ada hubungan dengan hutan tersebut. Semasa
sarapan pagi Jacinta sempat bergurau dengan Dr. Zawawi yang menjadi pujaannya selain
daripada batu Kuarza, suasana kemudiannya berubah apabila ada pelajar yang terbau asap
rokok serta bunyi tapak kaki di sekeliling khemah mereka setiap malam.

BAB 5

Amira menunggu Malique di air terjun pada keesokan hari . Jacinta telah datang mencari Amira
yang sudah lama berada di situ . Mereka berdua berjalan di air terjun mengikut arus sungai
sambil berbual mengenai Malique dan O'Hara serta situasi yang dia hadapi . Amira terhuyung-
hayang kerana air terlalu deras dan dia dibawa oleh arus itu . Jacinta hanya dapat melihat.
Apabila Amira membuka matanya, dia terlihat dua bayangan oranag Asli, iaitu Itai seorang
pemuda dan Tau pak ciknya . Pemuda itulah yang telah menyelamatkan Amira . Dia
memberikan Amira sedikit ikan bakar supaya dia mendapat tenaga untuk berjalan. Mereka
menunggu kedatangan Jacinta, tetapi apabila telah lama menunggu mereka bertolak ke Desa
Karpus .

2
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 6

Kemarahan Profesor Zaidah ternyata apabila tindakan Amira turut menyebabkan Jacinta
menjadi mangsa, namun begitu Jacinta yang sengaja mencari nahas kerana sengaja berpatah
balik setelah meninggalkan kawasan air terjun tersebut.Habis calar-balar tubuh Jacinta yang
terbaring lemah dan lesu. Jacinta hilang dalam usaha untuk mencari Amira bersendirian namun
operasi menyelamat dibantu dengan kepakaran Tau. Keesokannya Amira berjumpa ibunya
untuk meminta maaf atas kejadian yang disebabkan oleh tindakan bodohnya menanti Malique
dengan tujuan yang tidak jelas akhirnya Malique yang ditunggu-tunggu tidak datang melainkan
dia sendiri yang hampir-hampir menjadi korban akibat tindakan sendiri. Profesor Zaidah
menceritakan kepada Amira bahawa mereka mungkin mendapat tentangan daripada dua pihak
iaitu Pelombong emas dan Suku orang asli.

BAB 7

Malique ke Pulau Pinang mengikuti O'Hara . Dia dapat merasakan perhubungan yang erat
dengan hutan itu . Dia rasa bertanggunjawab menyelamatkan hutan itu . Semasa balik dari
Pulau Pinang, O'Hara dan Malique bersembang untuk membuang rasa bosan . O'Hara
menceritakan perjalanan hidupnya yang begitu susah. Malique cuba mencungkil rahsia

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


hubungan ibunya dengan O'Hara . O'Hara tidak menjawab malah berdiam diri buat seketika dan
telah menukar topik perbualan. Prof. Zaidah menaiki pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias
ke stesen kereta api. Mereka hendak ke sana mengambil generator. Secara tiba-tiba kenderaan
yang dipandu hilang kawalan. Pak Lias cuba mengawal tetapi usahanya tidak berhasil . Mereka
menghimpit ke tebing di sebelah kiri untuk menyelamatkan diri daripada terbabas ke dalam
gaung di sebelah kanan .

BAB 8

Tau yang jelas membantah tindakan pasukan Profesor Zaidah melakukan kajian kerana tempat
tersebut dianggap suci baginya menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada abangnya Ludin
yang juga ketua kampung di kawasan tersebut, Tau juga teringat akan bekas isterinya Ipah yang
lari keluar dari hutan meninggalkannya. Pada masa yang sama Jacinta akhirnya tersedar dan
segera bangun dari segala rasa lemah dan lesu. Pada ketika itu Amira memperkenalkan Itai yang
telah menyelamatkan nyawanya kepada Jacinta. Namun begitu kegembiraan mereka hanya
seketika kerana mereka dikejutkan dengan berita kemalangan Profesor Zaidah.

3
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 9

Amira terkejut mendapat berita kemalangan ibunya. Dr. Zawawi risau projek ini akan
tergendala . Profesor Zaidah bersyukur kerana mereka tidak terbabas ke dalam gaung. Profesor
Zaidah meminta maaf kepada Amira kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dr. Zawawi
bercadang untuk menangguhkan projek ini tetapi Profesor Zaidah membantah cadangan itu
kerana mereka kesuntukan masa . Dr. Zawawi risau akan keselamatan mereka. Rusdi ingin
mengetahui rahsia di sebalik misteri waktu malam supaya penghuni Desa Karpus dapat
menjalankan kerja dengan lebih bersemangat. Ayah Ludin telah datang ke sana untuk
menolong Profesor mengubati lukanya .

BAB 10

Hati O’Hara menjadi panas apabila mengetahui beberapa pekerja baharu mabuk dan bergaduh
semasa berjudi semasa ketiadaannya. Hati orang kulit putih tersebut bertambah marah apabila
mengetahui Ah Chin yang ditugaskan menjaga pekerja juga tidak pulang setelah keluar berburu.
Pada ketika itu, di Desa Karpus Amira menjadi kagum apabila rawatan Ludin kepada ibunya
membuatkan tangan Profesor Zaidah yang dipercayai retak pulih dengan cepat. Jacinta dan

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


Amira menyedari rupa-rupanya Itai merupakan peserta Pameran Saintis Muda 2002 yang
mewakili negeri tersebut.

BAB 11

Tau melihat Desa Karpus dari jauh. Dia memikirkan rutinnya yang akan melawat tempat ini
setiap hari tetapi kini tidak boleh lagi kerana telah dipasang lampu . Dia telah berkahwin
dengan Ipah menggantikan tempat abangnya supaya Ludin dapat menjadi ketua kampung .
Mereka mempunyai dua anak . Tau teringatkan masa silamnya dengan Ipah. Dia juga
mengesyaki Johnny sudah kembali ke sana . Johnny telah merampas semuanya daripada dia
dan meninggalkannya. Ah Chin dimarahi oleh sebab tidak menjalankan tugasnya. Roslan risau
dia akan diapa-apakan oleh pekerja baru itu kerana melaporkan kepada O'Hara . Malique
mengajak Roslan ke bandar selepas selesai bekerja di sini Malique mula berfikir tentang Amira
yang ingin berjumpa dengannya. Mereka hendak ke sana pada keesokan hari untuk melawat
Amira dan bertanya tujuan Amira hendak bertemu dengannya.

4
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 12

Rawatan yang diterima Profesor Zaidah daripada Ludin ternyata berkesan dan menimbulkan
rasa kagum kepada beliau dan semua pelajar kembali bekerja dengan penuh semangat, Dr.
Zawawi yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya turut berasa kagum. Profesor Zaidah
kemudiannya memberitahu Ludin yang juga penghulu orang asli bahawa kajian yang dijalankan
oleh mereka boleh menyelamatkan kampong orang asli tersebut. Tindakan Amira untuk
memberikan Jacinta batu Kuarza akhirnya membuatkan Itai bertindak mengajak Amira untuk
mencari emas.Kedatangan Malique ternyata menimbulkan tanda Tanya kepada Profesor
Zaidah.

BAB 13

Amira mengikut Itai untuk mengutip emas yang dikatakan Itai. Itai pula menceritakan misteri di
kampungnya itu yang bagai berpenunggu. Amira meluahkan kesanggupannya untuk
berhadapan dengan apa-apa sahaja untuk mendapatkan emas itu buat Jacinta. Itai
menunjukkan dasar sungai yang dipenuhi emas itu namun Itai hanya membenarkan Amira
mengambil hanya satu untuk Jacinta. Sewaktu dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba Itai

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


menarik tangan Amira. Wajah Itai pucat dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka dapat melihat
dua lembaga , seorang dengan tangannya yang terikat dan tubuh yang lain berbulu dari
pinggang hingga ke leher. Lembaga itu telah memukul orang yang tangannya terikat itu selain
memaki orang itu kerana tidak mengendahkan amarannya. Itai cuba melepaskan diri dari
tempat itu. Dia menyentap tangan Amira dan lari ke rumah Tau . Tiba-tiba muncul satu lembaga
lalu menyergah mereka. Itai telah bersedia dengan parangnya dan Amira sempat menjerit lalu
rebah.

BAB 14

Malique dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di kem mereka. Seorang pekerja baharu
hilang selama dua hari tanpa diketahui oleh rakan-rakannya. Tindakan Malique mengikut
Roslan tanpa pengetahuan John O’Hara ternyata membawa padah hujan turun dalam
perjalanan mereka mencari pekerja tersebut. Enjin yang tiba-tiba meragam membuatkan
kenderaan mereka terhenti, oleh kerana mereka yang berada di belakang jadi kelibat mereka
tidak dapat dilihat oleh kenderaan yang berada di hadapan. Roslan meminta Malique tunggu di
dalam kenderaan dan dia keluar mendapatkan bantuan dalam hujan. Tanah merah dan lumpur
yang turun kerana hujan menolak kenderaan yang dinaiki Malique it terus ke dalam gaung.

5
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 15

Amira ke perkampungan Itai kerana sudah dua hari dia tidak datang ke Desa Karpus. Dia
berjanji pada dirinya yang dia tidak akan membocorkan rahsia itu. Dia juga berasa Itai nampak
sesuatu yang dia tidak nampak apabila matanya ditutup. Tau yang telah datang menolong
mereka bagaikan menyembunyikan sesuatu. Tau bagaikan tidak mengetahui apa-apa dan
bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan mereka berlari begitu. Apabila Ludin datang ke Desa
Karpus, dia disambut dengan pertanyaan: Dimanakah Itai ? Ludin pula hendak bercakap secara
berseorangan dengan Amira. Apabila Amira sampai ke perkampungan, dia disambut baik oleh
isteri Ludin dan Tau. Itai terbaring bagai tidak bermaya di atas katil . Amira tidak lagi dapat
menyembunyikan apa yang mereka ambil, Amira dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka
bercakap . Ludin cuba membela Amira dan Itai. Tau juga mempertahankan keputusan Itai.
Jacinta dapat mendengar suatu suara yang mempertikaikan tindakan Itai dan Mira yang
mungkin menggadai perkampungan ini. Amira lebih rela menghampakan Jacinta daripada
menyebabkan masalah dalam kampung itu. Tau tidak dibenarkan bersuara kerana dia sudah
membuang haknya . Jacinta meminjamkan komputer riba yang dibawanya kepada Itai yang
bosan berkurung dalam bilik itu .

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


BAB 16

Suasana pagi yang indah,Amira membantu kerja-kerja arkeologi di Desa Karpus penemuan-
penemuan baru sangatlah memberangsangkan Amira dan Jacinta menjumpai sebuah tembikar
zaman dahulu yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti diberikan
kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa Karpus bersama-sama Itai
menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau memaklumkan bahawa
mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap malam sekaligus
menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun begitu mereka
dikejutkan dengan berita kehilangan Malique.

6
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 17

Malique tidak berdaya untuk bergerak, kaki kanannya dibaluti dengan buluh. Dia tidak tahu
siapa yang mengubatinya dan memberikan dia makanan. Malique menyambung untuk
menyediakan laporan dan dia juga teringat akan kawannya Roslan. Dia teringat akan ibunya di
Melaka dan cerita ibunya mengenai ayahnya yang meninggal awal. Baru-baru ini dia
bermimpikan suatu haiwan cuba mencederakannya tetapi sebuah lembaga datang
membantunya. Dia hanya dapat menunggu bantuan dari luar datang mencarinya .

BAB 18

Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi, Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk
melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai
lukisan-lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum pernah terusik. Manakala, Rusdi
menjumpai sebilah kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik. Namun begitu, penemuan
mobile disk oleh Amira terus menimbulkan tanda tanya tanpa memberitahu sesiapa mengenai
penemuan tersebut.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


BAB 19

Penemuan itu telah menggembirakan penghuni Desa Karpus. Amira memanggil Jc dan Itai ke
khemah mereka. Amira menunjukan mobile disk yang dijumpainya. Malique selalu
menggantung disk itu di lehernya. Amira harap disk itu oleh digunakan dan dapat membantu
mereka mencari Malique. Disk itu dilindungi password. Itai tidak berhenti mencuba membuka
disk itu. Mereka akhirnya mencuba perkataan aurum, iaitu nama saintifik emas dan berjaya
membuka disk itu. Terdapat beberapa laporan dalam disk itu.

BAB 20

Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut ternyata menimbulkan kegelisahan kepada O’Hara,
Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau akan anaknya dan sekaligus mengembalikan
memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi yang dihantui Tau menyebabkannya terus
mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua sambil mengenakan bulu beruang untuk
menutup badannya.

7
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 21

Pak Cik Roslan dan Pak Lias turut menyertai mereka untuk mencari Malique dengan diketuai
oleh Itai. Mereka gembira kerana ada yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. Roslan
menawarkan dirinya untuk berpatah balik dan membawakan lampu suluh serta tali. Setelah
sampai di kaki bukit, mereka berehat dahulu. Roslan sampai ke kaki bukit dengan keretanya
membawa O'Hara dan ibu Malique bersama-sama. Jacinta, O'Hara dan Jennifer (ibu Malique)
menunggu di kaki bukit sementara yang lain naik ke gua itu. Makhluk berbulu itu berharap
Malique tidak akan tertidur dan tidak terjaga sehingga manusia yang berada di kaki bukit itu
pulang. Lembaga itu bagaikan mengenali ibu Malique namun tidak dapat mengingatkan kembali
secara terperinci . Jennifer cuba mengelak soalan Jc mengenai hubungannya dengan hutan itu .

BAB 22

Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-sama isterinya Brenda serta anak kecilnya
Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia setelah melakukan kajian mengenai reptilian di
Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna 310 model tahun 1953 yang dikendalikan
Ridley itu terhempas sambil menghentam pokok setelah kedua-dua enjinnya rosak. Jidin

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


bersama dua anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan kuat tersebut dan bergegas
ke kawasan kejadian. Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak cedera pulang ke
kampong setelah kedua-dua orang tuanya hangus dijilat api.

BAB 23

Mereka telah mula mencari dalam gua namun tidak mendapat sebarang petunjuk. Kesan tapak
kaki mereka pun tidak terusik daripada mereka datang. Itai telah menceritakan kisah hidupnya
yang kehilangan abangnya. Keinginannya untuk berjumpa dengan abangnya masih tidak
berubah walaupun sudah lama. Itai menjumpai kesan tapak kaki manusia dan memanggil
semua untuk datang melihat dengan nada yangkuat. Semua kelawar takut dan mula
berterbangan dan kejadian itu telah melahirkan rasa bimbang terhadap mereka yang berada di
dalam gua. Jc ingin naik ke atas bagi melihat situasi di atas namun dia dihalang daripada pergi
ke atas kerana akan menyusahkan mereka yang di atas dan menyesakkan. Kesan tapak kaki itu
menunjukkan ke arah aliran air itu . Mereka masuk ke dalam lubang itu dan mendapati lubang
itu agak besar. Mereka sampai ke penghujungnya di mana mereka sampai ke puncak gunung.
Itai memberitahu ada orang di atas kerana kedengaran bunyi orang di atas.

8
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 24

Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi membuatkan
Profesor Zaidah dan anak-anak buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah. Dalam pada itu,
Amira dan rakan-rakannya Berjaya menjumpai sebuah pondok di puncak gunung tersebut dan
segera memeriksa. Akhirnya mereka Berjaya menemukan Malique yang lesu dan tidak
bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk berbulu ketika dalam usaha membawa
Malique keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah kumpulan Profesor Zaidah bertembung
dengan Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke sana

BAB 25

Makhluk itu tidak mahu Sabi dibawa oleh mereka. Mereka bersedia menghadapi serangan
makhluk itu. Makhluk itu memanggil Malique dengan nama Sabi. Makhluk itu mula menyerang
namun mereka hanya cuba mengelak kerana makhluk itu sangat kuat. Ludin dan kumpulan dari
Desa Karpus telah tiba ke kaki bukit itu. Ibu Malique mengenali Ludin dan mereka berbual
seketika. Ludin merupakan abang ipar Jennifer. Ludin sempat naik ke gua sebelum apa-apa yang
buruk berlaku. Makhluk itu menangis kerana ada yang ingin mengambil anaknya. Topeng

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


berbulu itu ditanggalkankan dan jelas kelihatan wajah Tau di sebaliknya. Tau turun ke bawah
setelah dipujuk oleh Ludin.

BAB 26

Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-tiga
pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli arkeologi dan orang asli berkumpul dalam
khemah bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya berkahir apabila memberitahu bahawa
Itai dan Malique merupakan anak lelakinya selama ini, manakala Itai terpaksa dijaga oleh
abangnya setelah maruahnya diragut Jennifer yang merupakan isterinya bertindak melarikan
diri dengan membawa Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan abang kepada John O’
Hara yang bertindak demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley serta Brenda untuk
dikuburkan di Australia.

9
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

BAB 27

Amira telah menghabiskan satu semester . Memorinya semasa di Bukit Mat Raya masih segar di
mindanya. Malique telah berjanji akan menggagalkan projek mencari gali emas. Amira telah
menerima e-mel daripada rakan-rakannya yang dijumpai di Bukit Mat Raya dan ibunya yang
tersayang. Itai sedang berada di Kubang Kerian sedang menyambung pengajiannya dalam
bidang perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai ketua kampung tempat kelahirannya
dan sibuk dalam projek IT, dan dia berjaya menggagalkan projek lombong emas di kawasan
tersebut. Jacinta pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan perniagaan bapanya dalam
bidang fesyen. Profesor Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke rumah neneknya di
Kulim kerana bapanya bakal pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang berada di perairan
Malaysia untuk mengesan khazanah Melayu.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS

1
0
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

TEMA

Pengembaraan seorang remaja perempuan


dalam mematangkan hidupnya. Hal ini
digambarkan melaui watak Amira. Amira
sebagai watak utama menghabiskan cuti
persekolahan dengan menyertai ibunya iaitu
Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejak

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


kewujudan tamadun manusia. Dalam
pengembaraan tersebut, Amira bertemu dengan
Malique dan Itai sehingga merungkai konflik
keluarga, sejarah tragis keluarga Tau.

1
1
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

PERSOALAN

 Persahabatan yang erat dalam kehidupan


Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling
menghormati antara satu sama lain.

 Tolong Menolong dalam kehidupan


Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan
Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Selain itu Ludin
merawat professor Zaidah dengan kaedah perubatan tradisional.

 Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara


Professor Zaidah , Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali
artifak di tapak kerja lapangan,Desa Karpus.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Kerberanian dalam menempuh cabaran
Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan
Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung
Malique.

 Keikhlasan dalam setiap tindakan


Pak Lias ikhlas menegur professor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya
dan Ludin merawat Professor Zaidah yang mengalami kecederaan tangannya dengan
ikhlas.

 Sayang akan Alam Sekitar daripada kemusnahan.


Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan serta binatang yang
terdapat di dalam hutan.

 Kasih sayang dalam kekeluargaan.


Professor Zaidah sayang akan Amira iaitu dia masih mengambil berat tentang
keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak
mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

1
2
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

WATAK UTAMA

Amira Amir

 Anak kepada Professor Zaidah, Pensyarah Universiti dalam bidang Arkeologi.


 Ayahnya bekerja sebagai seorang Jurutera IT.
 Seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan-
contohnya dia berani pergi ke Gunung Gua Gajah untuk menyelamatkan Malique yang
hilang. Beliau juga tabah menghadapi dugaan ketika mengalami peristiwa pahit iaitu
ketika dia hamper mati lemas akibat tergelincir serta dihanyutkan oleh air sungai yang
deras.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Seorang yang suka menolong- Buktinya, Amira menggerakkan usaha untuk menolong
Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Orang Asli untuk mengesannya . Selain
itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta .
 Menghormati orang tua- Contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu
pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan.
 Seorang yang pintar dalam membuat keputusan- Buktinya,Ketika Amira diminta oleh
ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah.
 Seorang anak yang baik kerana tidak pernah merungut dalam sebarang hal.
 Amira juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya dia berasa bersalah dan tidak
berhenti menangis kerana dia yang telah menyebabkan Jacinta Hilang. Dia Cuma
berhenti menangis apabila Jacinta Berjaya ditemui oleh Tau.

1
3
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

WATAK SAMPINGAN

Jacinta
 Seorang pelajar berbangsa cina yang berkulit putih. Berakawan baik dengan Amira.
 Ibunya sudah meninggal dunia 4 tahun lalu.
 Ayahnya berkahwin lain dengan seorang perempuan.
 Tidak suka akan ibu tirinya.
 Mengikut Amira ke Tapak cari gali artifak tinggalan manusia.
 Meminati Dr Zawawi,iaitu penyarah muda dan pembantu Professor Zaidah.
 Seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar dan cepat merajuk apabila keluarganya
menjadi topic bualan.
 Suka menolong orang- Contohnya dia, Amira,Itai, Pak Lias, Roslan dan beberapa orang
lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang.
 Seorang yang bijak berhujah. Contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka
mencari Malique.
 Pandai menjaga Hati Amira walaupun berlainan bangsa dan agama.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


Itai
 Anak kepada Tau.
 Menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan Suku Orang Asli Semai.
 Itai sebenarnya adik Malique dan emaknya ialah Ipah atau Jennifer.
 Seorang anak muda yang pintar dan berani serta memiliki keistimewaan seperti boleh
mengenali tapak kaki , boleh mengenal jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh
menghidu bau yang dibawa oleh angin.
 Boleh menangkap ikan dengan tangan.
 Bakal ketua Kampung untuk menggantikan ayah angkatnya Ludin.
 Seorang yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya.
 Suka menolong, contohnya Itai membantu Amira daripada lemas di sungai.

1
4
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

Profesor Zaidah
 Seoang Profesor dan pensyarah university dalam bidang arkeologi.
 Seorang ibu yang penyayang. Walaupun sibuk, beliau masih meluangkan amsa untuk
Amira. Beliau juga sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjayanya hingga
Amira hamper lemas di sungai.
 Kuat Bekerja- Buktinya,beliau akan memulakan kerja sejak awal2 pagi, walaupun orang
lain sedang tidur.
 Seorang yang penyabar- Beliau masih bersabar untuk tidak memarahi Amira kerana
menyebabkan Jacinta cedera.
 Seorang ketua yang prihatin.
 Pakar dalam bidang arkeologi,berpengalaman lebih daripada 25 tahun.
 Seorang yang kuat semangat kerana walaupun tangannya cedera,tetapi beliau tetap
meneruskan kerjanya.

Dr. Zawawi

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Pembantu Profesor Zaidah dalam mealkukan kerja lapangan di Desa Karpus.
 Seorang yang serius dalam menjalankan tugas dan tekun bekerja lebih-lebih lagi dalam
membuat dokumentasi terhadap artifak yang ditemukan di Desa karpus.
 Pandai memasak. Buktinya beliau memasak sup untuk Amira dan Jacinta.
 Seorang yang bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan. Beliau berhujah
dengan Profesor zaidah untuk menghentikan kerja lapangan memandangkan Profesor
Zaidah sendiri terlibat dengan kemalangan dan apabila mereka sering diiganggu dengan
pelbagai suara pada waktu malam.
 Seorang yang taat kepada perintah ketua.
 Sanggup menolong orang. Contohnya beliau sanggup menolong orang dan memberikan
kerjasama dalam usaha untuk mencari Malique.

1
5
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

Pak Lias

 Pemandu university.
 Bersama-sama Profesor zaidah dalam melakukan kerja lapangan di Desa Karpus.
 Patuh kepada ketuanya kerana melaksanakan tugas seperti yang diarahkan oleh
Profesor zaidah.
 Seorang yang ikhlas dan mampunyai sikap belas kasihan. Contohnya, dia berasa kasihan
kepada Amira yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh Profesor zaidah serta
menegurnya dengan berhemah.
 Pandai bersilat,iaitu Silat gerak Songsang. Bersilat dengan makhluk berbulu untuk
menyelamatkan Malique.
 Seorang pemandu yang cekap. Mampu untuk mengawal kenderaan daripada terbabas
ke dalam gaung walaupun brek tidak berfungsi.
 Seorang yang bertanggungjawab kerana mementingkan keselamatan Profesor Zaidah

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


terutamanya dia lantas menyelamatkan Profesor Zaidah ketika kemalangan itu.

Tau

 Adik kepada Ludin.


 Mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Ipah iaitu Itai dan sabi.
 Berketurunan Orang Asli Semai.
 Seorang pengesan yang pintar.Boleh mengenali tapak kaki , boleh mengenal jantina
berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin.
 Seorang yang bertanggungjawab kerana telah mengajar Itai tentang ilmu untuk hidup
dalam hutan seperti yang telah diamanahkan oleh abangnya,Ludin.
 Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, dia mahu Sabi anaknya untuk tinggal
bersama-samanya dan tidak mahu Jennifer membawanya ke Bandar.
 Sangat cintakan alam sekitar. Dia sangat benci kepada orang yang merosakkan hutan
yang menjadi tempat tinggalnya itu.
 Menyamar sebagai makhluk berbulu kerana kecewa kan Ipah yang melarikan diri
bersama sabi ketika Itai masih kecil.

1
6
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

Ludin

 Abang kepada tau.


 Ketua Kampung orang Asli di kampong sebelah bukit bahagian tenggara.
 Memiliki kemahiran merawat penyakit seperti terseliuh dengan menggunakan kaedah
perubatan tradisional.
 Seorang yang bertanggungjawab dan menolong orang. Buktinya dia menolong tau
dengan memelihara Itai seperti anaknya sendiri. Ludin juga membantu merawat tangan
Profesor zaidah yang tercedera.
 Seorang yag penyabar.
 Dihormati oleh orang kampungnya. Contohnya pendapatnya diterima oleh orang
kampungnya.

Malique

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Anak kepada Tau dengan nama Sabi hasil perkahwinan dengan Ipah.
 Mahir dalam bidang teknologi maklumat serta cekap dalam aplikasi internet. Buktinya
dia memiliki mobile disk yang digunakan untuk menyimpan hasil kajian pencarian emas.
 Sayangkan Alam sekitar. Buktinya dia tidak mahu hutan di kawasan itu dimusnahkan
oleh orang yang tamak mengejar kekayaan.
 Hilang ketika keretanya dihanyutkan oleh tanah runtuh dan bernasib baik kerana
diselamatkan oleh makhluk berbulu,bapanya sendiri kemudian dikurung di dalam gua.
 Seorang yang kuat dan tabah .
 Seorang yang tegas kerana mahu tinggal di kampong ayahnya untuk sementara waktu
daripada mengikut ibunya ke pulang ke Melaka.

1
7
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

John O’Hara

 Dikenali dengan O’Hara.


 Seorang penilai kandungan emas.
 Ahli Aussie Gold Prospector Association ( AGPA) dan sedang menjalankan kajian
bagi syarikat pencari emas di Pulau Pinang.
 Sedang membuat kajian tentang kandungan emas di Hutan yang sama dengan
tempat kajian Profesor Zaidah.
 Pernah bekerja sebagai pelombong di Australia.
 Mengembara ke Malaysia dan menjadi seorang pakar pengkaji emas.
 Menganggap huta akan musnah jua walaupun dipelihara dengan baik.
 Dibantu oleh Malique dalam melaksanakan tugasnya di hutan itu.

Roslan

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Bekerja sebagai pemandu kumpulan pencari emas.
 Seorang yang peramah,jujur, pandai berjenaka dan orang tempatan kawasan
hutan itu.
 Mahir membawa kereta serta berpengalaman sebagai pemandu lori balak.
 Bertanggungjawab dan rajin menolong. Contohnya dia bekerjasama dalam usaha
mencari Malique di hutan.
 Seorang anak yang taat dan penyayang kerana tidak sanggup meninggalkan
ibunya berseorangan .
 Suka memberikan nasihat. Buktinya Roslan memberikan nasihat kepada Malique
agar tidak mendekati pekerja-pekerja kem kerana mereka bermasalah dan tidak
baik.

1
8
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

Jennifer / Ipah

 Berketurunan Inggeris yang berasal daripada Australia.


 Ayah dan Ibunya tekorban di dalam nahas udara ketika ayahnya memandu kapal
terbang untuk pulang ke Australia selepas menjalankan kajian tentang beberapa spesies
reptilian di Pulau langkawi.
 Dipelihara oleh satu keluarga orang asli iaitu Jidin.
 Diberi nama Ipah.
 Berkahwin dengan Tau dan mendapat dua orang cahaya mata iaitu Itai dan Sabi (
Malique)
 Bekerja sebagai pembantu rumah di kem pembalak di dalam hutan.
 Meninggalkan tau dan Itai ketika Itai masih kecil akibat tekanan perasaan yang hebat
dengan mengikut Johnny dan membawa Sabi bersama.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


 Datang semula ke kampung itu untuk mencari anaknya Malique yang hilang.
 Tinggal di Melaka bersama Malique anaknya.

1
9
30 Mei 2011
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011

0
2
AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

IMBAS KEMBALI

1. Amira ketawa kerana teringat akan kenangan semasa berada di Gua Niah ketika mereka
turut serta dalam kerja lapangan yang dilakukan oleh ibunya.
2. Amira juga masih ingat akan cerita ibunya tentang suasana hidup di kampung.
3. Amira teringat akan lelaki yang bersama dengannya di dalam kereta api dan kereta
pacuan empat roda tempoh hari.
4. Amira teringat akan Itai yang pernah menyertai Pameran Saintis Muda 2002 dan
mereka mendapat tempat kedua dengan tajuk “Penggunaan Herba dalam Perubatan
Moden”.
5. Pak Lias masih teringat kata-kata Kiai Rashid tentang cara untuk berdepan dengan
musuh yang lebih kuat adalah mencari kelemahannya dengan menyerang tempat
tersebut.
6. Malique terkenang akan ibunya yang tinggal keseorangan di Melaka.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


DIALOG

1. Dialog antara Profesor Zaidah dengan Pak Lias semasa kemalangan berlaku.
2. Perbualan antara Amira dengan Itai ketika merekan berdua hendak mengambil ketulan
emas untuk Jacinta.
3. Dialog antara Profesor Zaidah dengan Malique ketika dia dating ke Desa Karpus untuk
bertanyakan keadaan Amira.
4. Dialog antara Ludin dengan Profesor Zaidah ketika Ludin merawat tangan Prodesor
Zaidah yang terseliuh.
5. Dialog antara Malique dengan O’Hara semasa meraka dalam penerbangan dari Pulau
Pinang ke KLIA.
6. Dialog antara Roslan dengan O’Hara ketika Roslan menjemput O’Hara dan Malique di
stesen kereta api.

2
1
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

MONOLOG

1. Roslan merungut seorang diri kerana katanya, semua orang mendapat susah kerana
perlu mencari seorang pekerja yang hilang dan dianggapnya sebagai gila itu.
2. Malique menjerit seorang diri ketika kereta pacuan empat roda yang dinaikinya itu
seolah-olah ditolak dengan laju ke arah gaung bersama-sama dengan aliran lumpur,
ranting, dahan dan batang kayu.
3. Amira mengatakan kepada Jacinta bahawa mereka akan ke perkampungan Itai pada

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


keesokan harinya.

MONOLOG DALAMAN

Malique tertanya-tanya dalam hatinya tentang Amira yang mahu berjumpa dengannya di
sungai sehingga sanggup membahayakan nyawanya sendiri.

2
2
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

NILAI

KASIH SAYANG - Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya walaupun sibuk dengan
tugasnya. Jennifer pula sangat sayang akan Malique kerana sanggup dating ke hutan itu
untuk mencari Malique yang hilang.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


KERJASAMA- Itai dan Ludin member kerjasama dalam gerakan atau usaha untuk
mencari Malique yang hilang.

TOLONG MENOLONG - Itai menolong Amira dengan menyelamatkannya daripada mati


lemas di Sungai. Jacinta pula membawakan Amira makanan untuk makan malam ke
khemahnya.

KESABARAN DAN KETEKUNAN- Pelajar-pelajar tahun akhir Profesor Zaidah dengan


penuh kesabaran menjalankan kerja dengan tekun di tapak ekskavasi walaupun
mengalami pelbagai rintangan.

SAYANG AKAN ALAM SEKITAR- Tau dan Malique tidak suka orang merosakkan hutan
dan memusnahkan hutan serta haiwan di hutan itu.

KEIKHLASAN- Ludin ikhlas merawat tangan Profesor Zaidah yang tersekiuh dalam
kemalangan menggunakan kaedah perubatan tradisional.

2
3
TUGASAN CUTI SEMESTER 1/2011
30 Mei 2011

1) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sendiri.


Professor Zaidah amat menyayangi anaknya, Amira dan sentiasa mengambil berat akan
anak tunggalnya itu.

AAZHIMAH BINTI OTHMAN ; MRSM KUBANG PASU ;10686 ; 5 COURAGEOUS


2) Kita haruslah bekerjasama apabila orang mengharapkan bantuan.
Contohnya Itai, Dr. Zawawi, Pak Lias dan Jacinta bekerjasama dengan Amira untuk
mencari Malique yang hilang.

3) Kita mestilah menolong orang yang memerlukan bantuan.


Ludin membantu Profesor Zaidah dengan merawat tangannya yang terseliuh dengan
menggunakan kaedah perubatan tradisional. Selain itu, Amira mempelawa pelajar yang
menggalas beg yang berat ketika pulang bercuti menaiki keretanya.

4) Kita hendaklah bersabar dengan apa yang berlaku.


Malique hanya bersabar dengan penderitaanya apabila dikurung oleh makhluk berbulu
iaitu Tau.

5) Kita mestilah sayang akan alam sekitar dan tidak merosakkannya.


Tau tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan yang menjadi
tempat tinggalnya itu.

6) Kita haruslah ikhlas dalam menghulurkan bantuan.


Ludin merawat tangan Profesoz Zaidah pada setiap hari dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan.

2
4

Вам также может понравиться