Вы находитесь на странице: 1из 21

 

           

GEOGRAFI - TINGKATAN 3

Kedudukan
     

 
RUJUKAN GRID

1.   Terdapat garisan menegak dan mendatar di atas


peta topografi yang dinamakan garisan grid.
2.   Garisan grid berfungsi untuk menentukan
kedudukan lokasi di atas peta.
3.   Garisan menegak dinamakan garisan timuran
sementara garisan lintang dinamakan garisan    
      utaraan.
4.   Garisan timuran dan garisan utaraan
dinomborkan secara berurutan.

   
5.   Persilangan garisan timuran dan
garisan utaraan akan membentukkan segiempat
yang dinamakan
      rujukan grid.

    
6.   Rujukan grid menunjukkan kedudukan sesuatu
lokasi yang dinyatakan dalam 4 angka dan 6 angka.
7.   Untuk menyatakan rujukan grid sesuatu lokasi
di atas peta, angka garisan timuran perlu
dinyatakan
      dahulu, kemudian diikuti dengan angka garisan
utaraan.

Rujukan Grid 4 Angka


1.   Rujukan grid 4 angka menunjukkan kedudukan
sesuatu kawasan yang agak luas di atas peta            
seperti kawasan kampung dan kawasan tanaman.
2.   Dua angka pertama merujuk kepada garisan
timuran manakala dua angka terakhir berdasarkan  
kepada garisan utaraan.
3.   Rajah di bawah menunjukkan kedudukan
sesuatu ciri geografi berdasarkan rujukan grid 4
angka.
      (a)   Rujukan Grid 4 angka untuk Kampung Setia
ialah RG1206.
      (b)   Kilang terletak di segiempat grid RG1006.
    
      
Rujukan Grid 6 Angka       
1.   Rujukan grid 6 angka menunjukkan kedudukan
ciri geografi yang seakan-akan sebuah titik seperti  
sekolah, masjid atau puncak bukit.
2.   Segiempat grid perlu dibahagikan kepada 10
bahagian secara anggaran untuk mendapatkan        
angka ketiga garisan timuran dan garisan utaraan.
3.   Rajah di atas menerangkan kaedah menentukan
beberapa lokasi dengan menggunakan  rujukan        
grid 6 angka.
      Contohnya, kilang terletak di garisan timuran
214 dan garisan utaraan 163. Ini bermakna rujukan  
grid kilang ialah 214163.

     
KETINGGIAN

1.   Ketinggian di atas peta ditunjukkan oleh :


      (a)   Stesen trigonometri
      (b)   Tanda aras
      (c)   Tanda tinggi
      (d)   Garisan kontur
      (e)   Ton atau warna
      (f)    Lorekan
      
                    

KONTUR DAN KERATAN RENTAS


1.   Pola garisan kontur menggambarkan ciri-ciri
bentuk muka bumi di kawasan dalam peta.
2.   Kawasan yang tidak mempunyai garisan kontur
menunjukkan bentuk muka buminya adalah rata  
      dan bertanah pamah.
3.   Setiap garisan kontur mempunyai nilai
ketinggian yang sama, contohnya 30 meter atau 50
meter  
     dari aras laut.
4.   Perbezaan antara sesuatu garisan kontur
dinamakan selang kontur.
5.   Kontur juga menunjukkan pandangan bentuk
muka bumi melalui keratan rentas.
6.   Rajah di atas menunjukkan cerun landai dan
cerun curam yang dilukis berdasarkan garisan
kontur.
      
5.   Langkah-langkah untuk melukis keratan rentas
bentuk muka bumi berdasarkan garisan kontur
      ialah :
      (a)   Lukis garisan lurus yang merentasi
kawasan yang hendak dilukis keratan rentasnya.

       
      (b)   Letakkan jalur kertas selari di atas garisan
XY. Tandakan titik persilangan antara garisan          
kontur dengan garisan XY.
       
      (c)   Bina rangka graf iaitu lukis rangka paksi
menegak dan paksi mendatar. Paksi mendatar
dilukis              mengikut panjang garisan XY. Paksi
menegak menunjukkan ketinggian dilukis dengan
skala                  yang sesuai.

     
      (d)   Letakkan jalur kertas di bawah rangka graf.
Plotkan ketinggian bentuk muka bumi berasaskan  
tandaan di atas jalur kertas.

      
      (e)   Lukis garisan menyambungkan setiap titik
yang diplotkan untuk membentuk bentuk muka        
bumi. Labelkan keratan rentas bentuk muka bumi
tersebut.

       
Pelbagai Cerun yang Berdasarkan Garisan Kontur
Cerun curam dan cerun landai
1.   Cerun curam mempunyai garisan kontur yang
rapat.
2.   Cerun landai pula mempunyai garisan kontur
yang jarang.

      
Cerun bertangga
1.   Garisan konturnya mempunyai susunan
berselang-seli antara susunan garisan kontur rapat
dan             garisan jarang.

   
Cerun  sekata
1.   Cerun sekata mempunyai jarak garisan kontur
yang sama antara satu sama lain.
   
Cerun  cekung dan cembung
1.   Cerun cekung menunjukkan garisan kontur
yang semakin rapat di atasnya.
2.   Cerun cembung menunjukkan garisan kontur
yang semakin jarang di atasnya.
   
Pelbagai Bentuk Muka Bumi Berdasarkan Kontur
Bukit dan gunung
1.   Merupakan bentuk muka bumi yang mempunyai
kemuncak tinggi.
2.   Sekiranya kemuncaknya kurang daripada 1000
meter dinamakan bukit dan sekiranya melebihi 1000
meter dinamakan gunung. Lihat Rajah di bawah.
   
Permatang atau rabung
1.   Permatang merupakan tanah tinggi yang
panjang tetapi sempit.
2.   Bahagian cerun mempunyai garis kontur yang
rapat menunjukkan bercerun curam.
3.   Sekiranya ketinggian melebihi 1000 meter
dinamakan banjaran gunung. Lihat rajah di bawah.
   
Dataran tinggi
1.   Kawasan tanah tinggi mempunyai permukaan
rata dan luas.
2.   Garisan kontur bahagian cerun rapat
menunjukkan cerunnya curam.
3.   Garisan kontur di bahagian tengah jauh
menunjukkan permukaannya rata. Lihat Rajah di
bawah.
   
Susuh bukit
1.   Bentuk muka bumi yang menganjur dari
kawasan tanah tinggi ke tanah pamah.
2.   Nilai garis kontur menghala ke tanah pamah
semakin berkurang. Lihat Rajah di bawah.

   
Tebing tinggi
1.   Bentuk muka bumi yang bercerun curam.
2.   Garis kontur bahagian cerun rapat dan padat.

   
Lurah
1.   Bentuk muka bumi yang mempunyai lekukan
yang panjang dan sempit.
2.   Lurah terdapat di antara dua kawasan tanah
tinggi dengan aliran sungai mengalir melaluinya.
3.   Lurah dapat dikenal dengan garisan-garisan
kontur berbentuk 'V'. Lihat Rajah di bawah.
     
Pelana, kol dan genting       
1.   Pelana merupakan bentuk muka bumi di tanah
tinggi yang berbentuk lekukan cetek antara dua        
puncak bukit.
2.   Kol adalah lekukan kecil antara kawasan tanah
tinggi yang terdapat sungai mengalir.
3.   Genting merupakan laluan yang sempit antara
dua kemuncak gunung yang terbentuk akibat aliran
sungai. Lihat Rajah di bawah.
   
                                                                 
            
Copyright © 2005 Kenshido International Sdn Bhd

Вам также может понравиться