Вы находитесь на странице: 1из 8

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PENGENALAN
1. Madinah a. Nama sebelum : Yathrib b. Terletak di utara Makkah c. Kedudukan yg strategic di antara Makkah dan Syam tlh mendorong pedagang luar untuk mengunjunginya d. Maksud : Bandar bercahaya e. Terletak di wilayah Hijjaz dan sekarang ditadbir oleh kerajaan Arab Saudi 2. Golongan penduduk a. Nasrani b. Yahudi i. Bani Quraizah ii. Bani Qunaiqa = golongan yahudi pertama yang berhijrah ke Madinah iii. Bani Nadhir c. Arab i. Aus = Tinggal di timur dan selatan Madinah ii. Khazraj = Tinggal di bahagian tengah madinah 3. Suasana kehidupan yang kurang aman : a. Pergeseran yang berlaku di kalangan suku Arab b. Penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA


1. Semasa penyebaran dakwah Islam oleh Nabi Muhammad berlaku di Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada suku Khazraj. 2. Mereka tlh menemui Nabi Muhammad di Aqabah dan memeluk Islam 3. Pulang ke Madinah dan menyebarkan Islam 4. Pada musim haji seterusnya (621 M), orang Arab Madinah daripada suku Aus dan Khazraj menemui Nabi Muhammad sekali lagi 5. Termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama a. Hendaklah beriman kepada Allah b. Berjanji membantu Perjuangan Nabi Muhammad c. Meninggalkan amalan jahiliah spt minum arak dan membunuh bayi perempuan 6. Nabi Muhammad menghantar Musab b. Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam. 7. (622 M) Perjanjian Aqabah Kedua: a. Mereka memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad

b. Menjemput Nabi Muhammad dan Orang Islam di Makkah untuk berhijrah ke Madinah c. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Madinah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam. 8. FAKTOR HIJRAH : a. Jaminan keselamatan oleh orang Arab Madinah b. Kesanggupan orang Arab Madinah mempertahankan Islam.

HIJRAH
1. Tarikh : 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 M.. 2. Dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat a. Nabi Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq berhijrah ke Madinah selama 12 tahun selepas penghijrahan orang Islam yang lain. b. Ummar bin al-Khattab berhijrah secara sendirian dan terangterangan kerana sifat keberaniannya.

a) Konsep Hijrah.
1. Maksud Hijrah a. Bahasa Arab : Perpindahan b. Secara umumnya : Perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain c. Konteks tamadun Islam : Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan Islam d. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan e. Lambang semangat ingin berubah dari segi cara berfikir, sikap dan tingkah laku. f. Pandangan negatif orientalis barat : Pelarian i. Penghijrahan orang Islam ke Madinah adalah di atas jemputan orang Arab Madinah ii. Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan meriahnya oleh orang Madinah. iii. Orang Islam diberikan tempat tinggal yang sewajarnya serta dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. iv. Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam.

b) Sebab dan Tujuan Hijrah


1. Sebab : a. Sebab utama : Perintah Allah menerusi wahyu iaitu surah alAnfal i. Allah telah menyatakan Nabi Muhammad tentang niat pakatan orang Quraisy yang ingin membunuh baginda ii. Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya segera berhijrah. b. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi konflik i. Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesama sendiri ii. Penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi iii. Mereka memerlukan pemimpin yang berkaliber spt Nabi Muhammad untuk mengetuai kepimpinan mereka. iv. Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan. 2. Tujuan : Meneruskan penyebaran Islam

c) Kepentingan hijrah
1. Memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bertelagah khususnya kaum Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan sesama Islam. 2. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah. a. Melalui sikap yang diperlihatkan oleh orang Islam Madinah, orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri berada dalam masyarakat baru yang terbentuk di Madinah. 3. Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan social. 4. Menyatu padukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku., budaya dan agama. 5. Pembinaan Masjid Nabawi. a. Kepentingan masjid : i. Tempat beribadat ii. Tempat belajar iii. Tempat bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam iv. Kawasan sekitar masjid boleh dijadikan tempat berjual beli. 6. Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. a. Mula digunakan semasa zaman Khulafa Ar-Rasyidin kedua , Ummar bin al-Khattab. b. Di Malaysia, maal hijrah disambut untuk mengingati perjuangan orang Islam dahulu.

7. Menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah = kota bercahaya. a. Salah satu usaha untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam sebagai cara hidup yang merangkumi pelbagai aspek seperti social, politik dan ekonomi. 8. Menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang. 9. Memperlihatkan sokongan dan pengorabanan sahabat2 nabi Muhammad SAW sendiri. a. Abu Bakar As-Siddiq Sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk melindungi Rasulullah semasa berhijrah b. Alii bin Abu Talib Sanggup tidur di tempat tidur baginda dgn menggunakan selimut baginda pada malam penghijrahan untuk mengelirukan orang Quraisy yang mengepung dan cuba untuk membunuh Rasulullah. c. Abdul Rahman bin Auf Saudagar yang kaya, sanggup menyumbangkan hartanya demi membantu masyarakat yang tidak berkemampuan. 10. Memperlihatkan wanita juga berperanan penting selain suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. a. Puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma dengan beraninya menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar. 11. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad SAW. 12. Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW mengatur strategi perjuangan. a. Tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi terlebih dahulu di Gua Thur. b. Memilih jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah. c. Berpendapat jalan ke Madinah menuju utara Makkah kurang selamat.

PIAGAM MADINAH

1. Nama lain : Sahifah Madinah 2. Sebuah perlembagaan bertulis telah dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 M berpandukan wahyu Allah. 3. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam di Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam.

4. Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab dan ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka atas persetujuan orang Islam (Ansar dan Muhajirin) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain)

a) Kandungan Piagam Madinah


1. Mengandungi 47 pasal a. 23 fasal membincangkan tentang hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka b. 24 fasal membincangkan tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah. 2. Perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat 3. kandungan piagam Madinah a. POLITIK i. Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin di Madinah ii. Baginda bertindak sebagai ketua hakim yang menyelesaikan kesemua masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah serta masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan. b. AGAMA i. Masyarakat Madinah bebas menganuti agama masingmasing. ii. Mereka bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam. iii. Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu yang lai. c. SOSIAL i. Masyarakat Islam dianggap sebagai satu ummah yang mempunyai tanggungjawab yang sama kpd negara. ii. Mereka tidak boleh bermusuhan sesama sendiri. d. PERUNDANGAN i. Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam. e. EKONOMI i. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. ii. Menetapkan bahawa tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi. iii. Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan. f. PERTAHANAN

i. Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. g. KEDUDUKAN YAHUDI i. Keselamatan orang Islam terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah. ii. Mereka tidak dibenarkan bertindak sewenangwenangnya untuk menimbulkan huru-hara.

b) Kepentingan piagam Madinah


1. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan , rasuah dan penindasan tidak dibenarkan. a. Amalan bersedekah dan sifat bertimbang rasa digalakkan 2. Menunjukkan ekonomi Islam sangat mementingkan ketelusan dan keadilan dalam perniagaan. 3. Nabi Muhammad SAW berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah iaitu masyarakat yang bersatu padu dan aman. 4. Konsep keadilan social dipraktikkan di mana taraf dan kedudukan rakyat adalah sama. 5. Dari segi hak, Islam telah menekankan persamaan taraf dan semangat persaudaraan Islam. 6. Masyarakat Islam daripada pelbagai agama, budaya dan keturunan dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna. 7. Menunjukkan masyarakat Madinah telah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sesuatu pemerintahan. 8. Berjaya menyusun kehidupan yang sistematik a. Setiap kaum terikat dengan peraturan yang telah digariskan. 9. Negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar di sekitarnya dan di Semenanjung Tanah Arab melalui kerjasama daripada semua pihak.

PENYEBARAN ISLAM
1. Menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke ROM, ROM TIMUR, PARSI, MESIR, HABSYAH dan WILAYAH DI SEKITAR SEMENANJUNG TANAH ARAB melalui warkah. 2. Nabi Muhammad tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. 3. Nabi Muhammad juga ingin mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut. 4. TUJUAN PEPERANGAN : a. Untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara. b. Hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

5. SIRI PEPERANGAN ANTARA ORANG QURAISY MAKKAH DGN ORANG ISLAM MADINAH : a. Perang badar (624 M / 2 H) b. Perang Uhud (625 M / 3 H) c. Perang Khandak (627 M / 5 H) d. Perang Tabuk (630 M / 8 H) 6. SYARAT2 BERPERANG a. Berperang apabila mereka diserang oleh musuh b. Untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga. c. Untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri d. Menganjurkan perdamaian, sekiranya musuh Islam inginkan perdamaian, maka orang Islam haruslah memilih perdamaian. 7. GARIS PANDUAN SEMASA BERPERANG a. Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yg lemah spt orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yg sakit dan orang yang menyerah diri. b. Tidak dibenarkan membunuh binatang dan memusnahkan tanam-tanaman. c. Tidak dibenakan merobohkan tempat ibadat.

PERJANJIAN HUDAIBIAH
a) Isi perjanjian
1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. 2. Kabilah Arab yang lain bebas untuk memihak sama ada kepada orang Islam di Madinah atau orang Quraisy Makkah. 3. Orang Islam di Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan semula. 4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. 5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 H).

b) Kepentingan
1. Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu 629 M. 2. Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. 3. Membolehkan Nabi Muhammad merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman. 4. Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang disukai oleh mereka tanpa halangan daripada mana-mana pihak. 5. Menggambarkan bahawa Islam tersebar secara aman. 6. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.

7. Menunjukkan orang Arab Quraisy telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. 8. Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


1. SEBAB : a. Pihak Quraisy didapati melanggar Pejanjian Hudaibiyah yang dimeterai. b. Pihak Quraisy tidak menghormai hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama. c. Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam. 2. STRATEGI : a. 4 pasukan tentera = 10 000 orang b. EMPAT PASUKAN : i. Khalid bin al-Walid ii. Saad bin Ubadah iii. Zubbair bin al-Awwam. iv. Abu Ubaidah bin al-Jarrah c. Bergerak masuk ke kota makkah menerusi empat arah yang berlainan : UTARA, SELATAN TIMUR DAN BARAT

a) Kepentingan
1. Pengislaman Abu Sufian dan Abbas telah menarik ramai orang Arab Quraisy untuk memeluk Islam. 2. Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah 3. Memperlihatkan sifat pemaaf Nabi Muhammad kepada OAQ 4. Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah 5. Agama menyembah berhala yg selaa ini menjadi amalan MAJ dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam. 6. Masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam 7. Kota Makkah sijadikan kota suci umat Islam a. Dgn terdapatnya Kaabah di Makkah, kota ini menjadi tumpuan kesemua umat Islam sari seluruh dunia untuk melakukan ibadat. 8. Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad. 9. Menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan yang kuat.

Вам также может понравиться