Вы находитесь на странице: 1из 10

08-10 Disember 2010

TUGASAN INDIVIDU TAJUK : DASAR-DASAR KERAJAAN


SOALAN 17: WAWASAN 2020 MENETAPKAN MATLAMAT PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020. HURAIKAN SEMBILAN CABARAN YANG TERKANDUNG DALAM WAWASAN TERSEBUT.

NAMA : NO. KAD PENGENALAN : NO. FAIL PERIBADI :

TEO KAH CHEE 790304-13-5553 P.40665

Kursus Induksi Bil.9/2010 PENGENALAN Wawasan 2020 merupakan gagasan Negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991 ketika beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk Malaysia Melangkah Ke Arah Hadapan. Petikan kertas kerja Tun Dr Mahathir tentang Wawasan 2020;

"Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 bermula dari tahun 1991 hingga tahun 2020. Wawasan 2020 menyatakan bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara industri yang maju, makmur dan bersatu-padu dengan bercirikan masyarakat yang yang berkeyakinan terhadap diri sendiri, menghayati nilai-nilai moral dan etika yang teguh, hidup dalam sebuah masyarakat yang demokratik, masyarakat yang liberal dan bertimbang rasa, masyarakat penyayang, saksama dan adil, progresif dan makmur dan sebuah ekonomi yang mampu bersaing dan berdaya tahan. Terdapat sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 yang perlu diatasi oleh rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah Negara maju yang berjaya dari pelbagai segi.

Kursus Induksi Bil.9/2010 Sembilan Cabaran ke arah Wawasan 2020. Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

Cabaran Pertama. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

Malaysia sebagai mana yang kita tahu adalah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada beberapa kaum utama serta etnik dan agama yang berbeza-beza. Untuk menyatu-padukan rakyat sebegini bukanlah kerja mudah untuk kerajaan yang memerintah. Bagi mengatasi cabaran ini, kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah seperti mewujudkan sekolah Wawasan iaitu perkongsian kemudahan di antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan. Langkah ini bertujuaan untuk merapatkan lagi hubungan dari segi komunikasi dan persefahaman tentang budaya sesebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama.

Kursus Induksi Bil.9/2010 Cabaran Kedua. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

Semenjak kemerdekaan Negara kita telah menghadapi pelbagai halangan yang besar. Namun semangat kemerdekaan itu sepatutnya sentiasa ada pada hati setiap warganegara Malaysia. Kemerdekaan membawa maksud yang besar kepada kita. Kebebasan, keberanian dan sikap bangga yang ada pada pejuang kemerdekaan harus dikekalkan unutk menghadapi pancaroba dunia sekarang. Rakyat Malaysia harus berani mencuba dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dikenali dunia sebagai Negara yang berdaulat serta maju. Negara kita mempunyai beberapa individu dan kumpulan yang telah mengharumkan nama Negara di peringkat

antarabangsa seperti M. mahendran dan N. Mohandass yan berjaya mendaki Gunung Everest pada tahun 1997. Datuk Azhar Mansor yang berjaya belajar secara solo mengelilingi dunia dengan menggunakan kapal layarnya yang diberi nama Jalur Gemilang.

Cabaran Ketiga. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,

mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia 4

Kursus Induksi Bil.9/2010 berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

Kestabilan politik negara yang teguh akan membentuk sebuah Negara yang cemerlang kerana Negara itu akan mempunyai ekonomi yang baik serta kemakmuran Negara. Dengan kesedaran itu kerajaan telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi. Ini bermaksud suara rakyat akan di dengar oleh kerajaan. Contoh yang dekat ialah Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) dimana forum ini digunakan rakyat mengadakan perbincangan berkaitan dengan dasar ekonomi.

Cabaran Keempat. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

Sesebuah Negara yang maju tidak akan lengkap jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral dan beretika. Dengan itu negara telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan matapelajaran Sivik dan Kenegaraan sebagai tambahan kepada matapalajaran Moral dan Pendidikan Islam. Disamping itu program-program yang bercorak kemanusiaan juga diperbanyakan oleh rangkaian televisyen seperti program Bersamamu di TV3. ini juga menunjukkan pihak NGO juga bergamding tangan dengan kerajaan untuk merealisasikan impian Wawasan 2020. 5

Kursus Induksi Bil.9/2010 Cabaran Kelima. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

Kepelbagaian budaya dan agama di Negara kita memang boleh mewujudkan masalah jika tidak ditangani dengan cara yang betul oleh kerajaan. Jadi kerajaan ingin mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur dan menghormati sesama sendiri. Dengan itu kerajaan telah membenarkan aktivitiaktiviti keagamaan serta budaya-budaya bagi kaum-kaum yang berlainan diadakan walaupun agama Islam dijadikan agama lain.

Cabaran Keenam. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Kerajaan menyedari dunia sekarang amat mementingkan teknologi. Negara yang menguasai teknologi akan maju. Oleh itu kerajaan amat menekankan penguasaan terhadap ilmu-ilmu berkaitan sains dan matematik yang boleh menjanjikan pembangunan kepada negara. Langkah yang terbaru dijalankan oleh kerajaan ialah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar unutk matapelajaran sains dan matematik di sekolah. Pendekatan 6

Kursus Induksi Bil.9/2010 pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan ICT juga ditekankan di sekolah disamping mewujudkan Sekolah Bistari yang berteraskan teknologi maklumat.

Cabaran Ketujuh. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Adalah penting mewujudkan kehidupan masyarakat yang penyayang dan sayang menyayangi. Sistem sosial ini memberi kepentingan kepada masyarakat daripada lebih utamakan diri sendiri, kebajikan insan tidak akan tertumpu kepada negara atau orang perseorangan tetapi kepada semua sistem keluarga yang kukuh. Rakyat diutamakan membawa kepada masyarakat dapat bersatu padu dan berkerjasama antara satu sama lain. Perkara ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai-nilai murni dan amalan masyarakat serta institusinya. Rakyat yang bersopan santun dan berbudi bahasa dapat menjalinkan perasaan kasih sayang dan bertolak ansur dikalangan semua kaum.

Cabaran Kelapan. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil dan

Kursus Induksi Bil.9/2010 saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

Ekonomi yang kukuh dan stabil diperlukan sebagai tapak dan landasan asas yang kukuh bagi mewujudkan pembangunan. Namun jika terdapat sesuatu kaum sahaja yang mendominasikan satu satu bidang ekonomi ini maka di sini sudah tidak wujud keadilan dan keseimbangan. Bidang ekonomi bukan lagi

menjadi tanda pengukur untuk sesuatu kaum. Semua kaum mempunyai peluang yang sama untuk menceburkan diri ke dalam bidang ekonomi yang sedia ada. Ini kerana penguasaan ekonomi yang seimbang perlu untuk semua kaum supaya setiap kaum dapat juga menyeimbangkan struktur sosiol dan ekonomi masyarakat dan kaum. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

Cabaran Kesembilan. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental;

Pembentukan masyarakat yang bersaing secara sihat dan dinamis serta mempunyai daya ketahanan yang kukuh tidak akan tercapai sekiranya wujud 8

Kursus Induksi Bil.9/2010 budaya Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan begitulah seterusnya. Semua kaum harus bersama-sama menjayakan hasrat kerajaan. Rakyat Malaysia haruslah bersama-sama bangun untuk membentuk sebuah masyarakat yang bercita-cita tinggi dan berdaya saing. Maka dapatlah Malaysia wujud sebagai sebuah negara yang aman damai dan ekonominya yang stabil.

Penutup.
Dalam menghadapi peralihan kemajuan dunia, rakyat harus sedar perpaduan, peningkatan kendiri dan pengetahuan dalam ilmu yang

menguntungkan harus dicapai agar Malaysia dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang diimpikan. Tanpa usaha yang dijalankan kerajaan kita tidak akan berjaya, namun jika langkah itu tidak dihayati oleh rakyat semua usaha itu juga akan menjadi sia-sia.

Kursus Induksi Bil.9/2010 BIBLIOGRAFI Buku rujukan Wong Khek Seng, Raminah Hj Sabran & Kok Meng Kee. (2004). Pengajian Am Kertas 1 dan 2 STPM. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cheu Hock Tong. (1995). Pengajian Am Kenegaraan Malaysia Kertas 900/1. Selangor: Pustaka Sarjana Sdn. Bhd Nota Rujukan Kursus Induksi

Laman web http://www.scribd.com/doc/2091800/DASAR-WAWASAN-2020

10

Вам также может понравиться