Вы находитесь на странице: 1из 7

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan


Sara Shakilla Mohd Salima & Samir Muhazzab Aminb Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor No Tel: 03 89467079 @ 019 - 6972533 Faks: 03 - 89467894 sara_shakilla84@yahoo.com.my
a,b

Abstrak

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, agenda pembinaan modal insan merupakan matlamat yang diletakkan untuk mecapai pembangunan negara. Pelbagai peranan positif yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi membentuk persediaan terhadap modal insan ini. Ini termasuklah usaha di kalangan mahasiswa kerana mahasiswa yang mempunyai modal insan yang besar akan menjadi tenaga penting dalam menjayakan usaha kerajaan ke arah pembentukkan negara maju. Modal insan terdiri daripada tenaga, pengetahuan dan kemahiran seseorang. Modal insan juga difahami dalam dua bentuk iaitu modal insan yang wujud dalam bentuk pemilikan oleh individu dan individu yang menguasai pengetahuan dan kemahiran tertentu. Dalam melihat konteks kumpulan samada organisasi mahupun pertubuhan, peranan oleh setiap individu adalah sama penting dalam meningkatkan modal insan untuk kepentingan bersama. Individu dalam kumpulan tersebut bekerjasama serta berkongsi pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk kepentingan kumpulan dan faedah bersama. Namun, persoalan yang ingin dibincangkan adalah apakah elemen-elemen keperluan modal insan dalam organisasi kumpulan dan sejauhmanakah kepentingan modal insan dalam organisasi kumpulan? Organisasi kumpulan melibatkan kerja dalam kumpulan dan komunikasi yang efektif. Setiap individu dalam kumpulan seharusnya sedar akan keperluan dan kepentingan modal insan dan menggunakan strategi untuk meningkatkan modal insan mereka serta kefungsian organisasi. Pembangunan modal insan lebih sempurna dengan usaha dan kesediaan individu itu sendiri memainkan peranan mereka. Kata kunci: modal insan, organisasi, kumpulan.

1.

Pengenalan

Pembangunan organisasi memerlukan gabungan pelbagai elemen kerja (McKinsey 2001). Dalam organisasi juga terdapat kepelbagaian sumber manusia, sumber semulajadi dan sumber binaan. Oleh itu, sumber manusia dalam organisasi merupakan perkara penting sebagai penggerak dalam sesebuah organisasi. Modal insan perlu diberi penekanan dalam konteks ini untuk memperoleh faedah bersama. Konsep pembangunan modal insan adalah sebahagian daripada konsep pembangunan insan (atau pembangunan manusia) yang lebih luas, dan telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai tahun 1990. Pembangunan Manusia adalah bentuk pembangunan yang berpusatkan kepada manusia, di mana manusia menjadi ejen pembangunan dan sekaligus matlamat akhir pembangunan (Mahbub ul Haq, 1995). Dalam merealisasikan konsep tersebut, pembangunan manusia dibahagikan kepada empat komponen

kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan dan kelestarian (Haq 1995 dan Ishak, 1999). Konsep tersebut juga ditambah dengan aestetika atau keindahan yang perlu dicapai dalam pembangunan berkenaan. Apabila kesemua komponen tersebut disepadukan dalam agenda pembangunan manusia, maka manusia atau insan yang dijadikan ejen dan juga matlamat pembangunan itu akan mendapat faedah dan berupaya menikmati kualiti kehidupan dan kesejahteraan yang lebih baik (Abdul Rahman, 2003). Dalam pembangunan modal insan, ia melibatkan sumber atau modal dalam diri manusia itu sendiri. Peranan manusia itu sendiri mampu untuk menambah nilai dengan peranan yang kreatif dan dinamik dalam mencapai pembangunan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selaras dengan ekonomi antarabangsa, ekonomi negara kita sudah mula beralih kepada P-ekonomi (ekonomi pengeluaran) yang intensif buruh kepada Kekonomi atau ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan yang memerlukan modal manusia yang berpengetahuan serta lebih sofistikated dalam

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 kerangka membina masyarakat berpengetahuan (Drucker, 1993). Perincian terhadap konsep modal insan adalah perlu bagi memastikan konsep tersebut tidak terbatas atau dikongkong oleh pandangan lazim mengenainya sahaja. Dalam melihat aspek kebolehan dalam diri manusia, ia adalah merupakan kapasiti yang terdapat pada individu, kumpulan atau organisasi (Agenda 21-bab36), yang memberi penekanan bahawa untuk meningkat dan membina kebolehan ialah dengan berkongsi maklumat dan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti pembangunan yang telah dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti pembangunan ini dapat dilihat dalam konteks komuniti dan pada kebiasaanya melalui organisasi atau pertubuhan yang terdapat dalam sesebuah penempatan komuniti. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, pelbagai faedah yang diperolehi oleh individu yang melibatkan diri sekaligus memberi manfaat kepada pembangunan dalam komuniti tersebut. Kebolehan juga adalah merujuk kepada keupayaan semulajadi seseorang individu, kumpulan atau organisasi melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi menerusi pengalaman. Kemahiran juga boleh ditingkatkan melalui latihan, pendidikan dan praktis. Usaha dalam pembinaan kapasiti termasuklah latihan, pendidikan atau pembangunan organisasi itu sendiri (Lavergne, 2001). mempengaruhi dalam mencapai kejayaan bersama dan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman terutama dalam organisasi di peringkat komuniti. Pembangunan sesebuah penempatan komuniti sering dikaitkan dengan pentadbiran organisasi komuniti yang berkesan dan efektif. Apabila individu dalam organisasi berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan secara bersama, usaha untuk meningkatkan keupayaan diri dengan pelbagai aspek modal insan lebih diberi keutamaan untuk kepentingan bersama dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3.

Hasil Kajian dan Perbincangan

3.1 Latar Belakang Organisasi JKKK Bahagian ini membincangkan tentang latar belakang organisasi JKKK di Felda Taib Andak. Bahan-bahan untuk tulisan diperolehi daripada soal selidik dan juga data sekunder. Jadual 1: Latar Belakang Organisasi JKKK (N=20) Latar Belakang Organisasi Jawatan dalam JKKK Pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua Biro Ahli Jawatanku asa Tempoh Berkhidmat dalam JKKK 1tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun Bilangan (n) Peratus (%) Min Sisihan Piawai

2.

Kenyataan masalah

Organisasi merupakan satu susunan pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai individu. Setiap individu harus sedar akan peranan mereka dalam organisasi kerana penglibatan mereka akan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi mereka. Konteks pembangunan modal insan perlu dilihat dengan lebih meluas dan terperinci terhadap sesuatu aspek. Dalam aspek pengetahuan, penekanan juga harus diberi terhadap aspek pengetahuan yang berterusan yang dicapai oleh seseorang individu. Ia penting dalam menyelaraskan perkembangan ilmu dan maklumat yang bertambah selari dengan penyesuaian individu terhadap keperluan keadaan yang berubah-ubah. Dalam melihat aspek kemahiran juga tidak berfokuskan kepada kemahiran teknikal sematamata, ia harus diberi penekanan dalam melihat aspek personaliti dan keupayaan kepimpinan, kemahiran kognitif (berfikir dan menganalisa), kemahiran bahasa dan komunikasi serta kemahiran sosial. Pengetahuan dan kemahiran juga perlu dilengkapkan dengan pembinaan set nilai dan sikap yang murni agar modal insan yang dibina lebih menjadi unggul selaras dengan tuntutan era masyarakat ilmu dan ekonomi berasaskan ilmu, dan sekaligus mewujudkan insan yang terbina dengan keupayaan dalam pelbagai arena. Sebagai kumpulan dalam organisasi, setiap individu saling

1 1 1 6 11

5 5 5 30 55

3.4 1 5 7 1 5 1 5 25 35 5 25 5

1.4

Berdasarkan Jadual 1, kebanyakan jawatan yang dipegang dalam JKKK adalah sebagai ahli jawatankuasa (AJK) iaitu sebanyak 55% diikuti oleh jawatan ketua biro iaitu 30%. Lain lain jawatan adalah sebagai Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang dipegang oleh seorang responden, iaitu sebanyak 5% setiap satu. Berdasarkan jadual tersebut juga, didapati bahawa tempoh berkhidmat yang berbeza dalam JKKK. Ini adalah kerana kewujudan sesuatu jawatan dalam tempoh yang

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 berbeza dalam JKKK. Sesuatu jawatan yang wujud dalam organisasi adalah bagi memenuhi keperluan komuniti dari masa ke masa. Kebanyakan responden berkhidmat dalam JKKK selama 3 tahun iaitu sebanyak 35% diikuti oleh 25% responden berkhidmat dengan JKKK selama 2 tahun dan juga 25% selama 5 tahun. Selain itu, terdapat seorang responden yang berkhidmat dalam JKKK dalam tempoh 1 tahun, 4 tahun dan 6 tahun iaitu sebanyak 5% setiap satu. Min bagi tempoh berkhidmat adalah 3.4 dan sisihan piawai 1.4. mereka setuju dan sangat setuju dengan tahap pengetahuan yang dimiliki. Dalam melihat aspek kemahiran responden pula, terdapat 80% responden dan 10% responden yang setuju dan sangat setuju dalam membina pelan perancangan pada setiap kerja yang dilakukan. Responden juga menyokong kenyataan bahawa sebelum melaksanakan sesuatu tugas, maklumat dikumpulkan seberapa banyak untuk melicinkan perjalanan aktiviti atau program yang akan dilaksanakan. Ini memperlihatkan 75% responden bersetuju dan 20% responden sangat setuju. Setiap ahli JKKK juga mengetahui fungsi serta peranan mereka dalam JKKK dengan peratus sebanyak 75% bersetuju dan 10% sangat setuju. Namun begitu, terdapat 15% responden yang tidak bersetuju. Ini mungkin disebabkan faktor ketidakjelasan terhadap peranan yang sepatutnya diberikan dan dipegang dalam JKKK. Selain itu, sebanyak 70% responden mempunyai kemahiran pentadbiran dan organisasi yang baik dan sebanyak 80% responden sentiasa memperbaharui keadah pelaksanaan organisasi selaras dengan matlamat pembangunan semasa dalam komuniti. Responden juga pada keseluruhannya bersetuju bahawa tugas yang dilakukan dalam JKKK membawa perubahan yang positif kepada komuniti. Ini memperlihatkan sebanyak 65% bersetuju dan 30% responden yang sangat setuju. Ini adalah kerana komuniti dapat menyalurkan pandangan serta pendapat mereka terhadap keperluan mereka kepada JKKK untuk pembanguan bersama. Hasil kajian juga mendapati ramai responden bersetuju bahawa ahli dalam JKKK adalah terdiri daripada ahli yang mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan aktiviti kampung berdasarkan peratus 95% responden bersetuju dan 5% responden yang sangat setuju. Begitu juga halnya dengan penambahan kemahiran responden dalam JKKK yang menyatakan sebanyak 85% bersetuju dan 15% sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Ini jelas menunjukkan responden memperoleh manfaat dalam diri sendiri yang juga dapat diberikan serta disalurkan kepada komuniti setempat. Pengalaman dapat diperolehi setelah seseorang individu itu mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi hasil daripada pengalaman hidup yang dilalui. Ini disokong oleh kenyataan bahawa sebanyak 85% dan 15% responden bersetuju dan sangat setuju bahawa pengalaman mereka dilihat dalam aspek pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pengalaman mereka juga adalah mencukupi selaras dengan keperluan komuniti dengan peratus sebanyak 80% responden bersetuju. Namun begitu, terdapat 20% responden yang tidak setuju, kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat memenuhi keperluan komuniti atas faktor tertentu seperti sumber kewangan yang terhad. Dalam aspek pembahagian tugas dalam JKKK pula, sebanayk 95% responden bersetuju

3.2 Modal Insan Dalam melihat pembinaan kapasiti dalam sesebuah organisasi, pembangunan manusia adalah penting. Pembangunan manusia adalah bentuk pembangunan yang berpusatkan kepada manusia, di mana manusia menjadi ejen pembangunan dan sekaligus matlamat akhir dalam pembangunan (Mahbub ul Haq, 1995). Ini menunjukkan kepentingan pembangunan seseorang individu dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti khususnya. Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Aspek Modal Insan (N=20). (Rujuk Lampiran) Elemen-elemen dalam aspek modal insan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan juga pengalaman reseponden dalam organisasi JKKK. Dalam aspek pengetahuan, 80% responden bersetuju dan 20% responden tidak bersetuju bahawa terdapat kursus dan program yang berkaitan dengan organisasi diadakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan ahli JKKK. Bentuk kursus tersebut merangkumi kursus ICT, kursus integriti, kursus kepimpinan dan juga terdapat program lawatan-lawatan ke tempat yang boleh menambahkan pengetahuan dan pengalaman seperti lawatan ke JKKK di kawasan lain. Hasil kajian juga mendapati terdapat 90% responden yang bersetuju bahawa maklumat kursus yang berkaitan diperolehi oleh semua ahli dalam JKKK manakala terdapat seorang responden (5%) yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan seorang responden (5%) yang sangat setuju. Selain itu, dari aspek pengaplikasian terhadap pengetahuan yang ada, sebanyak 85% responden bersetuju bahawa tahap pengetahuan diambil kira sebelum membentuk strategi dalam melaksanakan aktiviti. Bagi elemen lain, responden juga menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam melaksanakan tugas yang diberikan iaitu sebanyak 80% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati ramai responden bersetuju bahawa tahap pengetahuan mereka meningkat dalam JKKK. Ini diperlihatkan oleh 90% dan 10% yang mengatakan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 bahawa pembahagian tugas yang baik dan berkesan dalam JKKK yang dapat memudahkan pelaksanaan matlamat dalam mencapai pembangunan secara menyeluruh. Selain itu, responden juga turut mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan keseluruhan responden bersetuju berdasarkan peratus 85% setuju dan 15% sangat setuju. Dalam aspek pengaplikasian yang lain pula, sebanyak 75% dan 15% responden bersetuju dan sangat setuju dalam memberi perhatian dalam kehadiran terhadap kursus tertentu dan 80% setuju dan 10% sangat setuju mengatakan bahawa mereka sentiasa menghadiri latihan tertentu untuk menigkatkan pengalaman serta keupayaan mereka. Secara keseluruhannya, tahap pengalaman responden dalam JKKK adalah meningkat dengan memperolehi purata majoriti yang bersetuju iaitu 80% setuju dan 15% sangat setuju. Ini juga mungkin berdasarkan pengalaman sedia ada yang dimiliki dan juga pengalaman sepanjang berada dalam tempoh berkhidmat dalam JKKK. menganalisa kelemahan yang ada dalam sesuatu pertubuhan dalam organisasi JKKK.

4.

Kesimpulan

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Tahap Modal Insan Tahap Bilangan Peratus Jumlah Modal Modal Insan (n) (%) Insan Min S.P 60.9 3.7 20 40 (R) 41 60 (S) 61 80 (T) Nota: S.P = Sisihan Piawai Nilai Minima = 51 Nilai Maksima = 65 Nota: R = Tahap rendah, S = Tahap sederhana, T = Tahap tinggi Sebagai kesimpulan, tahap modal insan responden dalam JKKK adalah berada pada tahap yang tinggi dengan peratus 70%. Ini menunjukkan responden dapat memperoleh manfaat daripada keberkesanan JKKK bagi meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan pengalaman ahli. Sebanyak 30% responden iaitu 6 orang responden mempunyai tahap modal insan pada tahap yang sederhana. Peningkatan tahap ini boleh dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap aspek yang kurang dalam diri responden dengan 14 70% 6 30% 0 0%

Aspek modal insan merangkumi elemen pengetahuan, kemahiran serta pengalaman responden dalam organisasi JKKK. Pada keseluruhannya, tahap pengetahuan dan kemahiran boleh ditingkatkan dengan kesedaran serta peluang yang lebih melalui pelbagai kaedah seperti penyediaan kursus yang bersesuaian, lawatan, penglibatan aktif dengan pihak komuniti dan juga pihak luar dalam meningkatkan tahap pengalaman seseorang. Perincian terhadap konsep modal insan adalah perlu bagi memastikan konsep tersebut tidak terbatas atau dikongkong oleh pandangan lazim mengenainya sahaja. Dalam melihat aspek kebolehan dalam diri manusia, ia merupakan kapasiti yang terdapat pada individu, kumpulan atau organisasi (Agenda 21-bab36), yang memberi penekanan bahawa untuk meningkat dan membina kebolehan ialah dengan berkongsi maklumat dan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Modal insan merupakan salah satu elemen yang boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi melalui perkongsian antara ahli dan keupayaan untuk meningkatkan sumber dalam diri melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Selain itu, organisasi melibatkan kepimpinan dan kerja kumpulan yang memerlukan komunikasi yang efektif dan bantu membantu antara satu sama lain dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

RUJUKAN Buku 1. Abdul Rahman Embong (2007), Pembangunan Negara, Komuniti, dan Insan Melampaui 2020, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Bangi, Selangor. Abdullah Sanusi Ahmad (1977), Pentadbiran dan Pembangunan dalam Pembangunan dan Masalah Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Sanusi Ahmad (1978), Kerajaan Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asnarulkhadi Abu Samah (2003), Pengenalan Pembangunan Komuniti, Percetakan Selaseh Sdn Bhd, Serdang, Selangor.

2.

3.

4.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 5. Daniel Rickett (2000), Capacity Building: An Organization with Capacity is Like Tree with a Good Root Systems, But How you Grow Healthy Roots? Global Mapping International. Sidek Mohd Noah (2002), Rekabentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Sulong Mohamad (1985), Petempatan Felda: Perspektif perancangan bandar dan desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yacob Harun. (1975), Kehidupan orang Melayu di perkampungan Felda: Masalah Pembangunan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. www.FELDA.COM.MY, di muat turun pada 9 Ogos 2007, 11.35am. 2. Tugas dan Peranan JKKK, http://www.JKKK.com.my, dimuat turun pada 16 Ogos 2007, 11.35am. Federal Land Development Authority, Profil dan Pembangunan FELDA, http://www.FELDA/html/pembangunan/.c om.my, dimuat turun pada 29 Ogos 2007, 1.14pm. Element of Local Agenda 21, http://www.local agenda 21.com, dimuat turun pada 20 September 2007, 3.15pm.

6.

3.

7.

4.

8.

Jurnal 1. Ayes, Janet S. and Potter, Harry R. (1989), Attitudes Toward Community Change: A Comparison Between Rural Leaders and Resident. Journal of the Community Development Society. 20, 1: 1 3 Jay A. Mancini, Gary L.Bowen, James A. Martin (2005), Community Social Organization: A Conceptual Linchpin in Examining Families in the Context of Communities, National Council on Family Relations, 54 (December 2005), 560-582, Blackwell Publishing, USA.

2.

Artikel Online 1. De Vita, C.J & Fleming (2001) Building Capacity in Non-Profit Organizations Urban Institute. http://www.urban.org/pdfs/building capacity, di muat turun pada 12 September 2007, 3.40pm. Sue McGinty (2002), Community Capacity Building, A paper presented at the Australian Association for Research in Education Conference, Brisbane. School of Indigenous Australian Studies, James Cook University, Townsville. Di muat turun pada 29 Ogos 2007, 4.15pm.

2.

Dokumen Online 1. Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak (2006), Program Bersama Pemimpin, Ahli Parlimen dan Adun yang ada Rancangan Felda bertempat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Lampiran Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Aspek Modal Insan (N=20) Elemen Modal Insan STS n (%) Bentuk kursus atau program diadakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan ahli Maklumat kursus berkaitan diperolehi oleh semua ahli JKKK Tahap pengetahuan dan kemahiran diambilkira sebelum membentuk strategi dalam aktiviti Pengetahuan digunakan dalam tugas/kerja yang dilakukan Tahap pengetahuan bertambah dalam JKKK Pelan perancangan dibina dalam setiap kerja Kemahiran pentadbiran dan organisasi yang baik Setiap ahli mengetahui fungsi serta peranan masing-masing Ahli yang berkemahiran sahaja diambil oleh JKKK dalam menyelenggarakan aktiviti kampung Mengumpul seberapa banyak maklumat sebelum membuat sesuatu program 0 (0%) TS n (%) 0 (0%) S n (%) 16 (80%) SS n (%) 4 (20%) 3.2 Min Sisihan Piawai 0.4

0 (0%)

1 (5%)

18 (90%)

1 (5%)

3.0

0.3

0 (0%)

1 (5%)

17 (85%)

2 (10%)

3.1

0.4

0 (0%)

2 (10%)

16 (80%)

2 (10%)

3.0

0.5

0 (0%)

0 (0%)

18 (90%)

2 (10%)

3.1

0.3

0 (0%)

2 (10%)

16 (80%)

2 (10%)

3.0

0.5

0 (0%)

3 (15%)

15 (75%)

2 (10%)

2.9

0.5

0 (0%)

3 (15%)

15 (75%)

2 (10%)

2.9

0.5

0 (0%)

0 (0%)

19 (95%)

1 (5%)

3.0

0.2

0 (0%)

1 (5%)

15 (75%)

4 (20%)

3.1

0.5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Sentiasa memperbaharui kaedah pelaksanaan organisasi selaras dengan matlamat pembangunan semasa Tahap kemahiran bertambah dalam JKKK Tugas yang dilakukan membawa perubahan yang positif kepada komuniti Pembahagian tugas yang baik Memberi perhatian terhadap kehadiran kursus tertentu Sentiasa menghadiri latihan tertentu untuk meningkatkan pengalaman serta keupayaan Pengalaman dilihat dalam aspek pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki Pengetahuan dan kemahiran lepas digunakan dalam melaksanakan tugas Tahap pengalaman meningkat dalam JKKK

0 (0%)

2 (10%)

16 (80%)

2 (10%)

3.1

0.4

0 (0%)

0 (0%)

17 (85%)

3 (15%)

3.2

0.4

0 (0%)

1 (5%)

13 (65%)

6 (30%)

3.3

0.6

0 (0%)

1 (5%)

19 (95%)

0 (0%)

2.9

0.2

0 (0%)

1 (5%)

15 (75%)

4 (20%)

3.2

0.5

0 (0%)

2 (10%)

16 (80%)

2 (10%)

3.0

0.5

0 (0%)

3 (15%)

17 (85%)

0 (0%)

2.9

0.4

0 (0%)

0 (0%)

17 (85%)

3 (15%)

3.2

0.4

0 (0%)

1 (5%)

16 (80%)

3 (15%)

3.1

0.4

0 (0%) 4 (20%) 16 (80%) 0 (0%) 2.8 0.4 Pengalaman adalah mencukupi selaras dengan keperluan komuniti Nota: STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju

Вам также может понравиться