Вы находитесь на странице: 1из 16

+LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ +LPSXQDQ

5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK 5LVDODK


SISTEM POLITIK

SISTEM POLITIK
Krisis Dalaman Menurut Perspektif Islam
1. Sistem Politik
DT 1> 1'J=o . !-. $ ,5 < YT ... 1FSF 1F.>T D _S`=.c C s - .
!% $,5 < k|
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah: 49)
Kerajaan Menurut Pandangan Islam
Islam yang suci ini meletakkan kerajaan sebagai salah satu elemen sistem
sosial Islam kerana Islam tidak dapat menerima suasana yang tidak stabil. Islam
juga tidak membenarkan masyarakat Islam hidup tanpa pemimpin. Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin hendaklah kamu
beredar meninggalkannya.
Pada ketika yang lain baginda bersabda kepada beberapa orang sahabatnya:

Jika kamu bertiga, hendaklah kamu melantik seseorang mengetuai kamu.
Sesiapa yang mendakwa agama ini (atau lebih tepat Islam) tidak menyentuh
aspek politik atau politik tidak termasuk dalam bidang Islam, dia sebenarnya telah
menzalimi diri sendiri atau menzalimi ilmunya. Saya tidak katakan dia menzalimi
Islam kerana Islam adalah syariat Allah yang tiada sedikitpun salah silap dan cacat
celanya. Alangkah indah sekali kata-kata Imam al-Ghazali r.a.: Sedarlah bahawa
syariat itu adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar
akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.
Negara Islam mestilah dibina berlandaskan dakwah supaya negara ini
mempunyai wawasan tersendiri bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran.
Kerajaan bukanlah suatu struktur yang beku dan kaku tanpa sebarang roh.
Demikian juga dakwah mestilah diletakkan di bawah suatu pengawasan yang akan
menjaga, menyebar, menyampai dan memantapkannya.
* * *
Kesilapan kita yang pertama ialah kita lupa dasar ini. Akibatnya kita
memisahkan agama dan politik secara praktikal walaupun kita tidak sanggup untuk
memisahkannya secara teori. Kita masih muatkan dalam perlembagaan kita
bahawa agama rasmi negara adalah agama Islam. Namun teks perlembagaan ini
tidak menghalang tokoh-tokoh politik atau pemimpin parti politik untuk
menimbulkan tanggapan buruk kepada nilai-nilai Islam. Tindakan mereka juga
tidak dapat memperlihatkan wawasan Islam atau keindahan Islam dalam diri dan
budaya masyarakat. Keyakinan, ucapan serta tindakan mereka sentiasa
memisahkan antara ajaran agama dan tuntutan politik. Inilah kelemahan utama
dan punca segala masalah.
Asas-Asas Politik Islam
Kerajaan dalam Islam tertegak berlandaskan asas-asas yang telah diketahui
dan diakui umum. Kerajaan adalah elemen utama kepada sistem politik Islam.
Kerajaan ini mestilah berlandaskan kepada asas-asas iaitu tanggungjawab
pemerintah, perpaduan umat dan menghormati aspirasi rakyat. Tanpa mengira
walau apapun istilah atau struktur yang digunakan.
Tanggungjawab Pemerintah
Pemerintah adalah orang yang bertanggungjawab di hadapan Allah dan rakyat.
Pemerintah adalah orang suruhan dan khadam kepada rakyat. Rasulullah sendiri
pernah bersabda:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang
pimpinan kamu.
Ketika Abu Bakar r.a. ditabalkan sebagai Khalifah dan naik ke mimbar, beliau
berucap: Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan
saya mencari makan minum mereka tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka
tetapkanlah bahagian saya daripada perbendaharaan kamu.
Melalui ucapan ini, beliau telah mengemukakan tafsiran yang terbaik dan adil
berhubung teori kontrak sosial. Malah beliau adalah orang pertama yang
meletakkan batu asasnya. Kontrak ini ialah perjanjian antara rakyat dan
pemerintah bertujuan memelihara kepentingan umum. Jika pemerintah
melakukannya dengan baik dia akan mendapat ganjarannya dan jika tidak dia akan
menerima akibatnya.
Perpaduan Umat
Umat Islam adalah umat yang satu kerana persaudaraan yang menyatukan
hati-hati manusia atas nama Islam adalah salah satu asas iman. Iman ini tidak
lengkap tanpa persaudaraan dan persaudaraan tidak akan dicapai tanpa kewujudan
iman. Namun ini tidak bermakna tidak wujudnya kebebasan bersuara atau memberi
nasihat daripada pihak bawahan kepada pihak atasan atau daripada pihak atasan
kepada pihak bawahan. Inilah yang dikenali dalam budaya Islam sebagai memberi
nasihat dan amar makruf nahi mungkar. Rasulullah s.a.w. bersabda:
, . . ,
.
Agama itu nasihat. Para sahabat bertanya: Untuk siapa, wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Untuk Allah, rasul-Nya, kitab-Nya dan untuk para
pemerintah dan rakyat Islam.
Baginda juga bersabda:
, .
Jika engkau lihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang zalim:
Wahai, orang zalim. Maka ucapkanlah selamat tinggal kepada mereka.
Dalam satu riwayat:

Berada di perut bumi lebih baik untuk mereka daripada mereka berada di
atas bumi.
Baginda bersabda:
.
Pemimpin para syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang
berhadapan dengan pemerintah yang kejam. Dia menasihat dan menegur
pemerintah itu lalu pemerintah itu membunuhnya.
Tidak wujud perpecahan di kalangan umat Islam dalam soal-soal asasi kerana
sistem sosial yang diamalkan oleh umat ini hanya satu iaitu Islam. Islam diiktiraf
oleh semua anggota umat ini. Tiada masalah jika wujud perbezaan pendapat dalam
soal-soal kecil. Perbezaan pendapat tidak semestinya menimbulkan ketegangan atau
permusuhan atau amalan berpuak selagimana ia hanya membabitkan masalah
cabang. Sebaliknya masalah ini boleh dibahas, dikaji dan dibincang dalam budaya
nasihat menasihati. Perkara-perkara yang telah disentuh nas tidak lagi boleh
diijtihad. Sementara perkara yang tidak disentuh oleh nas maka keputusan
pemerintah akan dapat menyatukan umat. Dengan ini tidak timbul lagi sebarang
masalah.
Hormati Aspirasi Rakyat
Salah satu hak rakyat ialah mengawasi setiap tingkah laku pemerintah.
Rakyat perlu memberi pandangan kepada pemerintah jika ada sesuatu yang baik.
Pemerintah pula perlu meminta pandangan rakyat dan menghormati kehendak
mereka. Pemerintah perlu menerima pandangan yang baik yang diutarakan oleh
rakyat. Malah Allah telah memerintahkan agar pemerintah menjadikan perkara ini
sebagai amalannya:

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-
hal keduniaan) itu. (Aali Imran:159)
Allah turut memuji orang-orang beriman kerana amalan baik mereka ini:

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (As-Shura:
38)
Amalan ini tercatat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. dan amalan para khalifah
al-rashidin selepas baginda. Apabila berlaku sesuatu perkara mereka akan
menghimpunkan para cendikiawan di kalangan umat Islam. Mereka akan
bermesyuarat dan akur dengan pendapat yang betul. Malah mereka akan melantik
atau menggalakkan mereka untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. Abu Bakar
r.a. pernah berkata: Jika kamu lihat saya di pihak yang benar bantulah saya dan
jika kamu lihat saya di pihak yang salah perbetulkanlah saya.
Umar bin al-Khattab pernah berkata: Siapa yang melihat ada kepincangan
pada diri saya perbetulkanlah saya.
Sistem Islam tidak mementingkan struktur atau istilah selagimana dasar-
dasar utama yang perlu bagi mewujudkan politik yang baik ini wujud. Selagimana
ia dilaksanakan secara seimbang tidak hanya mementingkan satu-satu sudut
sahaja. Namun sudah tentu keseimbangan ini tidak dapat dipertahankan tanpa
wujudnya penghayatan sebenar kepada kesucian ajaran Islam ini. Apabila dasar-
dasar ini mampu dipertahankan ia akan membawa kepada kejayaan di dunia dan
akhirat. Dalam dunia moden hari ini perkara ini disebut sebagai kesedaran
nasional atau kematangan politik atau pendidikan patriotik atau sebagainya.
Namun sebenarnya kesemua istilah ini hanya merujuk kepada satu maksud sahaja
iaitu keyakinan kepada keberkesanan sistem yang ada dan merasakan sistem ini
perlu dipertahankan. Sebabnya, teks sahaja tidak akan mampu membangkitkan
sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak
akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih.
Kita pada hari ini meminjam sistem parlimen daripada Eropah yang kini
menjadi landasan kepada kerajaan kita. Kita gubal perlembagaan kita berasaskan
sistem ini. Kita pernah pinda perlembagaan kita kerana mahu menurut sistem ini.
Kita telah lalui pelbagai pengalaman dalam melaksanakan sistem ini. Sejauhmana
sistem ini selari dengan Islam? Sejauhmana pula hasil yang kita perolehi sepanjang
tempoh ini?
Perkara ini akan kita bincangkan, dengan izin Allah.
2. Sistem Politik

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-
Maidah: 50)
Dalam kandungan yang lalu saya telah bentangkan tiga elemen yang menjadi
landasan kepada sistem politik Islam:
a. Tanggungjawab pemerintah.
b. Perpaduan rakyat.
c. Menghormati aspirasi rakyat.
Sistem ini telah berjaya dipraktikkan sepenuhnya pada zaman Khulafa al-
Rashidin selepas zaman Rasulullah s.a.w. berlalu. Mereka menghayati sepenuhnya
tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka sebagai seorang pemerintah yang
bertanggungjawab dengan rakyat. Kenyataan ini dapat dilihat melalui ucapan dan
tindakan mereka. Anda sendiri boleh membaca apa yang dikatakan oleh Umar bin
al-Khattab r.a. ketika beliau ditabalkan sebagai khalifah. Begitu juga dengan
ucapan Umar bin Abdul Aziz ketika beliau ditabalkan.
Seluruh hidup mereka bertepatan dengan apa yang mereka katakan: Umar r.a
berkata: Wahai sekalian hadirin, saya telah ditabalkan memerintah kamu. Hanya
kerana saya merasakan saya akan dapat melakukan yang terbaik untuk memimpin
kamu. Saya merasakan saya paling berkemampuan memerintah kamu dan paling
berkebolehan menjalankan segala urusan kamu. Jika tidak sudah tentu saya tidak
akan menerima perlantikan ini. Biarlah Umar menanggung segala kerisauan dan
kesedihan sementara menunggu perhitungan. Dia mengambil hak-hak kamu.
Bagaimana dia akan mengambilnya? Bagaimana dan di mana pula dia akan
menyerahkannya? Dia akan memerintah kamu. Namun bagaimana dia akan
memerintah? Moga-moga Allah akan membantu.
Umar seolah-olah tidak lagi yakin dengan mana-mana kuasa dan
keupayaannya namun Allah melimpahkan rahmat, bantuan dan sokongan
kepadanya. Umar pernah berkata: Mungkin kerana seekor unta yang mati akibat
kelalaian di tebing Sungai Furat, keluarga al-Khattab akan ditanya.
Umar bin Abdul Aziz pernah berucap: Tiada nabi selepas Nabi s.a.w. dan tiada
kitab lain selain kitab yang diturunkan kepada baginda. Ketahuilah apa yang
dihalalkan oleh Allah adalah halal hingga ke hari kiamat. Apa yang diharamkan
oleh Allah adalah haram hingga ke hari kiamat. Ketahuilah saya bukanlah penentu
tetapi saya hanyalah pelaksana. Ketahuilah saya bukan orang yang mereka-reka
tetapi saya hanyalah orang yang akan mengikut. Ketahuilah bahawa tiada siapapun
yang boleh ditaati jika semata-mata untuk menderhakai Allah Taala. Ketahuilah
saya bukan orang yang terbaik di antara kamu. Saya sama seperti kamu tetapi
Allah telah letakkan saya sebagai orang yang paling berat bebanannya.
Setelah upacara pengkebumian Sulaiman bin Abdul Malik, sebuah kenderaan
khalifah telah dihadapkan di hadapan beliau. Namun beliau menyuruh kenderaan
tersebut dikembalikan. Sebaliknya beliau menunggang baghalnya dan pulang ke
rumah. Khadam beliau, Muzahim menemui beliau dan berkata: Wahai Amirul
Mukminin, adakah engkau rungsing?! Beliau membalas: Sudah tentu dengan
perkara ini dibebankan kepada saya, saya pasti akan rungsing. Setiap seorang umat
Muhammad baik di timur mahupun di barat mempunyai hak terhadap saya yang
perlu saya tunaikan. Itu tidak termasuk yang menulis kepada saya atau menuntut
hak daripada saya.
Suatu ketika dahulu, umat ini bersatu padu dengan memelihara sempadan
agama. Mereka amat-amat meyakini segala hukum yang dinyatakan oleh agama.
Mereka mengambil berat segala perintah Rasulullah s.a.w. dan ketegasan baginda
dalam soal perpaduan. Malah baginda pernah memerintah supaya orang yang
memecah belahkan jamaah atau tidak taat kepada jamaah agar dibunuh. Baginda
bersabda:

Barangsiapa yang mendatangkan kepada kamu sesuatu perkara sedangkan
kamu bersatu padu semata-mata kerana mahu memecah belahkan kekuatan
kamu maka pancunlah kepalanya dengan pedang meskipun siapa dia
Baginda juga bersabda:

. .
. . .
.
. .
Sesiapa yang engkar untuk taat dan membelakangkan jamaah maka dia mati
dalam keadaan jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah panji amiyyah
7

di mana dia marah kerana asabah
8
atau menyeru ke arah asabah atau
memenangkan asabah lalu dia mati maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.
Sesiapa yang menyerang umatku lalu membunuh sesiapa sahaja yang baik
mahupun yang jahat, tidak mengecualikan orang yang beriman dan tidak
memelihara janji yang dibuat dengan orang dalam perjanjian, maka dia
bukan dari kalangan saya dan saya bukan dari kalangannya.
Begitu juga suatu ketika dahulu segala kehendak umat ini dihormati dan
diambil kira. Abu Bakar r.a tidak akan memutuskan sesuatu perkara kecuali
setelah mengambil pandangan mereka terutama dalam perkara yang tiada nas.
Demikian juga dengan Umar bin al-Khattab, beliau menetapkan khalifah selepas
beliau ditentukan melalui mesyuarat enam orang sahabat yang diredai oleh
Rasulullah s.a.w.
Seperti yang saya katakan tadi, sistem parlimen yang menjadi landasan
kerajaan kita ini kita cedok daripada Eropah. Namun sejauhmana sistem ini
bertepatan dengan Islam? Apakah faedah yang kita perolehi semenjak kita
melaksanakan sistem ini di negara kita hingga ke hari ini iaitu dalam tempoh
hampir mencecah suku abad?
Pendirian Islam Terhadap Sistem Parlimen Dan Perlembagaan Mesir
Para ahli perlembagaan menyebut bahawa sistem parlimen mestilah
berlandaskan kepada asas pemerintah yang bertanggungjawab, kuasa rakyat dan
hormat kepada aspirasi rakyat. Jadi tidak sepatutnya wujud dalam sistem ini
perkara yang boleh menghalang perpaduan rakyat. Perpecahan dan persengketaan
sebenarnya bukan syarat sistem ini. Walaupun ada sesetengah pihak yang
mendakwa salah satu elemen sistem parlimen ialah kepelbagaian parti. Namun ia
hanya dalam sesetengah budaya sahaja bukan menjadi dasar dalam sistem ini.
Sistem ini tetap boleh dilaksanakan walaupun tanpa kepelbagaian parti ini dan
tanpa mengenepikan dasar-dasar utamanya.
Atas dasar ini tidak wujud sebarang perkara dalam sistem parlimen yang
bercanggah dengan dasar yang ditetapkan oleh Islam untuk sistem politik. Dengan
ini sistem parlimen tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Atas landasan ini juga
dengan yakin kita nyatakan di sini bahawa dasar-dasar yang menjadi landasan
kepada perlembagaan Mesir tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Dasar-
dasar ini tidak jauh berbeza dengan sistem Islam. Malah walaupun penggubal
perlembagaan Mesir menggubal perlembagaan ini berdasarkan prinsip-prinsip dan
pendapat-pendapat moden yang berkenaan dengan perlembagaan namun mereka

7
Kekacauan dan kejahilan.
8
Ahli keluarga. Maksud di sini ialah dia berperang, mengajak dan membantu seseorang
bukan kerana agama dan kebenaran tetapi kerana taksub kepada kaum dan nafsunya.
telah memastikan tiada kandungan perlembagaan ini yang bertentangan dengan
dasar-dasar Islam. Ada di antara perlembagaan ini jelas bertepatan dengan dasar
Islam seperti fasal: Agama negara adalah Islam. Ada juga yang boleh ditafsirkan
bahawa ia tidak bercanggah dengan dasar Islam seperti fasal: Kebebasan beragama
dibenarkan.
Ingin saya sentuh di sini perbezaan antara perlembagaan dengan undang-
undang yang dilaksanakan di mahkamah. Kebanyakan undang-undang ini jelas
bercanggah dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun perkara ini akan
dibincangkan dalam tajuk lain yang akan kita bincangkan kemudian, dengan izin
Allah.
Walaupun dasar-dasar sistem parlimen dan perlembagaan Mesir tidak
bercanggah dengan sistem politik Islam namun terus terang kita katakan bahawa
masih ada kelemahan dalam teks perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan ini.
Masih wujud kecuaian dalam memelihara dasar-dasar yang disepakati bersama oleh
Islam dan perlembagaan. Semua ini menyebabkan berlakunya penyelewengan dan
kepincangan dalam setiap perjalanan parlimen.
Saya akan huraikan perkara ini dengan lebih mendalam.
Tanggungjawab Pemerintah Kementerian
Berhubung dengan pemerintah yang bertanggungjawab, perkara yang menjadi
asas dalam sistem Islam ialah orang yang bertanggungjawab ialah ketua negara itu
sendiri. Ketua negara ini boleh bertindak tetapi perlu mengemukakan segala
tindakannya kepada rakyat. Jika baik rakyat akan membantunya dan jika tidak
rakyat akan membetulkannya. Dalam Islam tidak salah jika ketua negara melantik
seorang wakil untuk menjalankan kuasa ini atau memikul tanggungjawab sesuatu
tugas. Di zaman Islam perkara ini dikenali sebagai wizarah tafwid. Para ulamak
Islam membenarkan perkara ini selagimana ada keperluan. Perkara seumpama ini
berlandaskan konsep memelihara kepentingan umum. Menurut al-Mawardi dalam
bukunya, al-Ahkam al-Sultaniyyah: Wizarah (kementerian) terbahagi kepada dua
iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanfiz. Wizarah tafwid ialah apabila pemerintah
melantik seorang menteri supaya mentadbir sesuatu masalah menurut pandangan
sendiri dan menjalankan perkara tersebut menurut ijtihadnya sendiri. Kementerian
seperti ini dibenarkan. Allah berfirman menceritakan kisah nabi-Nya Musa a.s.:
, , ,
Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun
saudaraku; kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, dan jadikanlah dia
turut campur bertanggungjawab dalam urusanku. (Taha: 29-32)
Jika perkara ini dibolehkan kepada nabi maka apatah lagi pada pemerintah.
Pemerintah tidak mampu melakukan semua tanggungjawab mentadbir rakyat
tanpa memerlukan sebarang bantuan. Menyerahkan sesuatu tugas kepada menteri
untuk berganding bahu mentadbir adalah tindakan yang lebih tepat berbanding jika
ia dilakukan secara sendirian. Menteri ini akan membantu kerja-kerjanya. Dengan
cara ini juga akan mengurangkan kesilapan dan penyelewengan.
Dalam sistem parlimen adalah menjadi dasar segala tanggungjawab dipikul
oleh menteri bukan dipikul oleh ketua negara. Dasar ini telah diamalkan dalam
perlembagaan Mesir dan Inggeris. Kedua-dua perlembagaan ini dengan jelas
menyatakan menteri sebagai orang yang bertanggungjawab. Dasar ini
mengecualikan sebarang tanggungjawab ketua negara kerana ketua negara
dianggap tidak boleh melakukan kesalahan di samping kedudukan ketua negara
adalah kedudukan yang terpelihara dan tidak boleh disentuh.
Walau bagaimanapun, amalan sistem parlimen sebenarnya tidak menghalang
untuk meletakkan ketua negara sebagai orang yang bertanggungjawab dan menteri
hanya sebagai menurut arahan. Ini diamalkan dalam perlembagaan Amerika
Syarikat. Apa yang aneh, buku-buku perundangan Islam turut menyentuh dasar ini.
Perkara ini dinamakan sebagai wizarat tanfiz. Al-Mawardi dalam bukunya, al-
Ahkam al-Sultaniyyah ada menyebut: Wizarat tanfiz mempunyai kuasa yang lebih
rendah dan syarat-syaratnya lebih longgar kerana semua pandangan mestilah
berdasarkan pandangan dan arahan pemerintah. Menteri ini hanyalah sebagai
orang tengah antara pemerintah dengan rakyat dan gabenor. Menteri ini hanya
melaksanakan arahan dan menjalankan keputusan pemerintah
Tidak syak lagi, inilah tanda bahawa kandungan perundangan Islam adalah
lengkap, bersifat anjal dan sesuai untuk setiap masa dan tempat.
Kekaburan Perlembagaan Mesir
Apa yang dikatakan tadi adalah dasar-dasar yang ada pada Islam dan yang ada
pada sesebuah sistem parlimen berhubung tanggungjawab pemerintah. Apakah
yang kita lakukan di Mesir? Kita berada di pertengahan jalan antara teks
perlembagaan dan pelaksanaan. Perlembagaan kita kabur dan berbelit, tidak jelas
dan tidak terperinci. Sedangkan ia adalah titik tolak penting untuk menentukan
corak perjalanan parlimen dan corak hidup Islam yang kita amalkan. Bagi
menjelaskan apa yang saya katakan ini saya akan petik apa yang ditulis oleh Dr.
Ibrahim Madkur, ahli Majlis Senat Mesir dan Tuan Murait Ghali, dalam laporan
mereka bertajuk Sistem Baru di bawah tajuk kecil, Perlembagaan dan
kekaburan.
Faktor pertama secara ringkasnya ialah walaupun perlembagaan kita agak
terperinci dan menggunakan istilah yang tepat namun masih kabur sama seperti
perlembagaan lain sebelum ini. Ia mengabaikan isi penting berkenaan kuasa
parlimen dengan tidak memberikan huraian yang secukupnya. Apa yang saya
maksudkan ini merujuk kepada kuasa menteri dan hubungan mereka dengan
rakyat. Dari satu sudut mereka adalah wakil kepada rakyat. Dari sudut lain pula
mereka bertanggungjawab menyediakan khidmat kepada rakyat melalui jabatan
dan agensi kerajaan yang ada. Perlembagaan juga tidak menyatakan dengan jelas
kedudukan mereka dengan ketua negara atau raja. Dalam perkara ini,
perlembagaan hanya mengemukakan beberapa potong ayat. Malangnya ayat-ayat
ini boleh membawa pelbagai maksud. Apa yang jelas, kabinet menteri adalah
tonggak kepada struktur sistem parlimen. Mereka menjadi perantara antara
undang-undang dan pelaksanaan. Mereka menjadi penentu kepada hidup dan
halatuju suatu sistem yang berperanan untuk menghormati kuasa rakyat. Mereka
juga bertanggungjawab mentadbir urusan negara dengan cara yang bijak dan
pantas. Apabila kita rujuk perlembagaan ini kita akan dapati fasal yang menyentuh
perkara yang penting ini tidak lebih daripada tiga baris sahaja dan semuanya kabur
serta mengelirukan. Dalam fasal 29 disebut; Kuasa eksekutif adalah di bawah
kuasa raja dalam batasan (yang dibenarkan) perlembagaan ini. Fasal 48 pula
menyebut: Raja mengamalkan kuasanya melalui menteri-menterinya. Fasal 49
pula: Raja boleh melantik dan melucutkan menteri-menterinya. Fasal 57
menyebut: Kabinet menteri berkuasa menentukan kepentingan negara. Fasal 61
menyebut: Menteri-menteri bertanggungjawab sepenuhnya dalam parlimen
berhubung dasar am negara dan masing-masing bertanggungjawab dengan setiap
tindakan kementerian mereka. Fasal 63 pula menyebut: Titah diraja sama ada
secara lisan atau bertulis tidak akan dalam apa keadaan sekalipun melucutkan
tanggungjawab menteri.
Inilah secara ringkasnya teks perlembagaan yang ada menyentuh mengenai
perkara ini. Saya rasa tiada satupun kandungan teks perlembagaan ini yang mampu
menyelesaikan segala masalah yang saya sebutkan tadi.
Kedua-dua tokoh tadi turut memberikan huraian lanjut berserta contoh bagi
menjelaskan masalah ini. Apa yang penting ialah perkara ini yang dianggap sebagai
perkara pokok masih perlu kepada penjelasan dan pemantapan. Perkara ini adalah
teras utama kepada sistem Islam dan juga sistem parlimen. Tanpa teras ini tidak
mungkin perkara lain dapat diselesaikan.
3. Sistem Politik


Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu
satu umat. (Al-Maidah: 48)
Perpaduan Rakyat
Saya telahpun jelaskan bahawa Islam yang suci ini amat mengambil berat soal
perpaduan. Islam meletakkan soal perpaduan ini sebagai aspek asasi dalam
kehidupan masyarakat Islam. Bagi Islam aspek ini tidak boleh sama sekali
dipandang ringan. Apatah lagi Islam telah meletakkan perpaduan seiring dengan
iman:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)
Malah Islam juga meletakkan perpecahan dan persengketaan setaraf dengan
kekufuran.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka
akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
(Aali Imran: 100)
Iaitu setelah perpaduan kamu hancur.
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:

Janganlah kamu kembali kufur selepas saya apabila kamu saling berbunuh
antara satu sama lain.
Jadi baginda menggunakan perkataan kufur bagi melambangkan perpecahan
dan persengketaan, apabila mereka saling berbunuh antara satu sama lain.
Saya yakin sistem perwakilan sama ada parlimen atau bukan parlimen tidak
bercanggah dengan semangat perpaduan ini. Apatah lagi apabila budaya hidup
masyarakat adalah sama dari sudut dasar dan fahaman seperti apa yang diamalkan
oleh umat Islam hari ini. Amalan kepartian, perpecahan dan persengketaan dalam
arena parlimen ini hanya berlaku di Eropah dan tempat-tempat yang lain kerana
Eropah membangun di atas runtuhan ini. Di sana persengketaan berdarah yang
kerap berlaku antara rakyat dengan pemerintah adalah punca pertumbuhan sistem
perwakilan ini. Walaupun demikian masih wujud perbezaan sumber dan pendapat.
Keadaan ini berbeza dengan umat Islam kerana Allah memelihara mereka daripada
segala keretakan dan ketidak stabilan ini. Allah mengukuhkan ikatan mereka
melalui ikatan Islam dan semangat toleransi.
Namun demikian sistem parlimen dengan amalan pelbagai parti yang
membuang masa ini tidak berlaku di tempat asalnya. Di England hanya terdapat
dua parti sahaja. Kuasa memerintah pula hanya bergilir antara dua parti ini. Malah
amalan kepartian ini hanya dianggap sebagai masalah dalaman negara. Mereka
akan sentiasa bersatu apabila berhadapan dengan masalah bersama. Dengan ini,
amalan kepartian ini tidak mempengaruhi budaya mereka. Demikian juga dengan
Amerika, di sana hanya dua parti sahaja yang wujud. Malah kedua-dua parti ini
hanya wujud pada musim pilihanraya sahaja. Selepas tamat musim pilihanraya
tidak wujud lagi amalan kepartian dan juga parti. Sementara negara yang
mempunyai pelbagai parti dan berlumba-lumba membentuk pelbagai parti
berhadapan dengan pelbagai masalah. Baik ketika perang mahupun ketika aman.
Perancis adalah contoh terbaik untuk itu.
Jika perpaduan rakyat menjadi asas kepada sistem sosial Islam dan ia tidak
bercanggah dengan sistem parlimen, ini bermakna kita kini wajib segera berubah ke
arah perpaduan. Amalan kepartian di Mesir ini telah memusnahkan segala-galanya.
Parti-Parti Di Mesir
Suatu perkara yang maklum ialah parti-parti yang ada di Mesir ini hanya
membawa imej buruk kepada negara yang hebat ini. Parti-parti ini adalah punca
segala kepincangan masyarakat yang kita alami sekarang ini. Parti-parti ini
sebenarnya bukanlah parti-parti dalam erti kata sebenar sebagaimana yang
difahami oleh negara-negara dunia yang lain. Ia hanyalah suatu siri persengketaan
akibat perselisihan peribadi antara beberapa orang tokoh dalam negara ini. Secara
kebetulan keadaan ketika itu mendorong mereka untuk berucap atas nama parti
dan berjuang menuntut hak-hak sebagai warganegara. Seperkara lagi yang semua
maklumi ialah kesemua parti ini tidak mempunyai sebarang program atau agenda.
Persengketaan yang berlaku antara parti-parti ini tidak lain hanyalah soal-soal
peribadi. Buktinya jelas melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika
tidak berkuasa dan ucapan-ucapan yang disampaikan ketika berkuasa. Oleh kerana
parti-parti ini membekalkan ahli senat dan ahli parlimen maka mereka inilah yang
menentukan corak pemerintahan dalam parlimen. Ini bermakna apa yang pasti,
politik tidak akan stabil selagimana inilah sikap mereka yang menentukan corak
pemerintahan.
Kenyataan ini diakui oleh semua pihak dan pernah disebut sendiri oleh
beberapa tokoh ahli senat, ahli parlimen, ahli perundangan dan ahli-ahli
perlembagaan. Sesiapa yang pernah membaca tulisan Alwi Basha dalam bukunya,
Dasar Patriotisme atau buku Hasan al-Gadawi, Kepincangan Politik Mesir atau
penulis-penulis lain nescaya anda akan dapati apa yang saya katakan ini adalah
benar. Di sini saya ingin memetik tulisan seorang pakar perlembagaan, Sayed Sobri
dalam buku Prinsip Undang-undang Perlembagaan berkenaan dengan parti-parti
di Mesir, menurut beliau: Pada hakikatnya, kebanyakan parti-parti politik di Mesir
tidak lagi mempunyai program yang diperjuangkan oleh ahlinya. Malah setiap parti
kini hanyalah sebagai lambang kepada seorang bekas menteri yang mempunyai
pengikut dan ahli. Perkara ini memberikan kesan yang amat besar kerana kini
pilihanraya bukan lagi berdasarkan perbandingan antara manifesto yang diajukan.
Sebaliknya kini semua parti mempunyai manifesto yang sama. Pilihanraya lebih
bergantung kepada kepercayaan kepada individu tertentu atau persaingan antara
individu tertentu. Pilihanraya kini lebih bersifat persaingan peribadi bukan bersifat
persaingan antara parti sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat di Barat.
Sudah tentu kewujudan pelbagai parti dengan budaya yang sedemikian akan
memecah belahkan negara kepada puak-puak dan kumpulan. Keadaan ini juga
menimbulkan persengketaan dan perbalahan antara individu dan antara keluarga
tanpa sebab yang munasabah atau rasional.
Apa yang lebih memburukkan lagi ialah Mesir sehingga kini masih lagi
merupakan sebuah negara yang dijajah. Satu-satunya pihak yang mendapat
keuntungan akibat perpecahan ini ialah pihak penjajah. Sepatutnya penduduk
Lembah Nil ini bersatu padu untuk memperjuangkan kemerdekaan dan melakukan
usaha transformasi dalaman. Jika semua ini diambil kira, perkara ini amat berat
untuk diambil ringan atau dipandang sambil lewa.
Pembubaran Parti-Parti Di Mesir
Jika demikian keadaannya, kita tidak faham kenapa bangsa yang baik, gagah
dan mulia ini perlu berpuak-puak dengan bertopengkan nama parti-parti politik?
Perkara ini sebenarnya sangat serius. Ada pihak yang cuba menyatukan parti-parti
ini. Mereka cuba untuk menghentikan budaya berpuak yang melanda negara ini
walaupun untuk seketika namun mereka gagal. Keadaan ini sudah tidak dapat
dipulihkan lagi. Kini tiada jalan lain selain semua parti-parti ini perlu dibubarkan.
Seluruh keupayaan rakyat perlu disatukan di bawah satu parti yang akan bertindak
memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan negara. Sebuah parti yang akan
mengatur dasar-dasar pemulihan yang menyeluruh dalam negara. Seterusnya
segala peristiwa yang berlaku selepas itu akan menentukan cara-cara bagaimana
masyarakat akan berganding bahu dalam suasana perpaduan yang diwajibkan oleh
Islam.
4. Sistem Politik


Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika
mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi
hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami
dengar dan kami taat. (An-Nur: 51)
Menghormati Aspirasi Rakyat Sistem Pilihanraya
Berhubung soal menghormati aspirasi rakyat di samping perlunya perkongsian
kuasa dengan cara yang betul bersama rakyat, Islam tidak mewajibkan pandangan
setiap rakyat diambil dalam semua perkara. Dalam istilah moden masalah ini
dinamakan pungutan suara. Bagi sesuatu situasi yang biasa memadai dengan
mengambil kira pandangan ahl al-hal wa al-aqd. Namun tidak pula ditentukan
siapa nama atau bagaimana peribadi mereka. Berpandukan kepada pendapat
ulamak dan sifat-sifat yang diberikan, sifat yang dinyatakan itu wujud pada tiga
golongan:
1. Para ulamak mujtahid yang mana fatwa dan terbitan hukum mereka diguna
pakai.
2. Golongan yang pakar dalam pelbagai bidang.
3. Golongan yang memiliki kuasa sebagai pemimpin atau ketua seperti ketua
rumah, ketua keluarga, ketua kabilah dan ketua kumpulan.
Kesemua mereka ini termasuk dalam erti kata ahl al-hal wa al-aqd.
Sistem parlimen hari ini telah menggariskan kaedah untuk memilih ahl al-hal
wa al-aqd. Ia dilakukan melalui pilihanraya atau pelbagai cara yang digariskan oleh
para pakar perlembagaan. Islam tidak menolak kaedah ini selagimana kaedah ini
membantu pemilihan ahl al-hal wa al-aqd. Malah ia boleh dilakukan jika wujud
dalam sesebuah sistem itu ciri-ciri ahl al-hal wa al-aqd yang ditetapkan. Hanya
mereka yang memenuhi ciri-ciri ini sahaja yang dibenarkan untuk mewakili rakyat.
Kelemahan Sistem Pilihanraya Di Mesir
Kita di Mesir telah mengamalkan sistem pilihanraya satu pusingan pada tahun
1923. Dalam tahun 1930 pula kita mengamalkan sistem pilihanraya dua pusingan.
Malangnya kedua-dua sistem ini tidak mencapai maksud yang diharapkan. Ketika
sistem ini diamalkan wujud beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki secara
menyeluruh. Sebenarnya kelemahan bukanlah suatu kesalahan. Apa yang salah
ialah kekal dan mempertahankan kelemahan tersebut. Semua pihak merasakan
akta pilihanraya yang sedia ada tidak mampu mencapai maksud pilihanraya itu
sendiri iaitu memilih orang yang layak untuk mewakili rakyat. Pelbagai kritikan
diajukan yang mendedahkan pelbagai kelemahan sistem ini. Kelemahan yang paling
ketara telah dinyatakan oleh Sayed Sobri dalam bukunya, Prinsip undang-undang
perlembagaan: Sistem ini mewujudkan satu badan yang dipilih tetapi tidak
mampu untuk merealisasikan maksud sebenar di sebalik pilihanraya ini. Sistem ini
juga tidak merealisasikan idea perwakilan rakyat yang sebenar. Sistem ini tidak
berjaya mewujudkan suatu badan yang bertindak untuk kepentingan semua tanpa
terikat dengan sebarang halangan Beliau seterusnya membentangkan satu
statistik lengkap yang menunjukkan keputusan yang dicapai dalam beberapa sesi
parlimen Mesir sebenarnya tidak menggambarkan keputusan keseluruhan rakyat
ataupun majoriti rakyat. Malah langsung tidak menggambarkan pandangan
minoriti rakyat. Sebaliknya ia hanya mewakili segelintir kecil rakyat yang layak
mengundi dan tidak pernah walau sekalipun mencecah 12 peratus. Kenyataannya
adalah seperti berikut:
Pada sesi parlimen tahun 1936, walaupun dari segi undang-undang badan ini
sah dan berkuasa namun hanya 10.75 peratus daripada ahli sesi ini yang terlibat
membuat keputusan.
Sesi tahun 1929 hanya 9.25 peratus.
Sesi tahun 1936 hanya 9.25 peratus.
Sesi tahun 1938 hanya 11.75 peratus.
Sesi tahun 1942 hanya 9.75 peratus.
Sesi tahun ini juga tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.
Oleh yang demikian tidak mungkin keputusan yang dicapai di sini boleh
menggambarkan keputusan rakyat atau boleh mewakili rakyat yang sah!
Pindaan Dan Pengubalan
Akta pilihanraya perlu dipinda dan dibaiki. Beberapa kandungan yang perlu
diubah adalah seperti berikut:
1. Garis panduan bagi memilih calon-calon yang layak bertanding dalam
pilihanraya. Jika mereka mewakili badan-badan tertentu badan-badan ini
mestilah mempunyai program yang tersusun dan agenda terperinci yang akan
dibentang oleh calon. Jika mereka tidak mewakili mana-mana badan mereka
perlu mempunyai sifat-sifat tertentu dan progam pembangunan tertentu yang
melayakkan mereka untuk mewakili rakyat. Perkara ini secara tidak langsung
memerlukan parti-parti di Mesir dipulihkan dan perubahan kepada segala asas
yang menjadi landasan parti-parti politik.
2. Garis panduan bagi kempen pilihanraya. Hukuman perlu dikenakan bagi
mereka yang melanggar garis panduan ini. Kempen pilihanraya tidak boleh
menyentuh soal keluarga atau rumah atau soal peribadi yang tiada kena
mengena dengan kelayakan calon. Sebaliknya kempen mesti tertumpu kepada
program dan rancangan pembangunan.
3. Proses pilihanraya perlu dibaiki dan proses pengesahan identiti pengundi perlu
diluaskan. Proses pilihanraya ini kini menjadi suatu yang mengelirukan apabila
ia menjadi mainan parti-parti politik dan kerajaan semenjak kebelakangan ini.
Pengundian kini dijalankan secara paksa.
4. Hukuman yang berat kepada apa jua bentuk penipuan termasuklah amalan
rasuah.
5. Jika boleh pilihanraya dibuat secara berkumpulan bukan secara individu kerana
ia lebih baik. Dengan ini wakil rakyat tidak perlu berhadapan dengan tekanan
pengundi. Di samping itu, wakil rakyat dan para pengundi akan lebih
mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.
Namun demikian, masih banyak yang perlu dipinda dan dibaiki. Ini hanyalah
sebagai contoh. Jika kita berazam dengan penuh kesungguhan jalan akan terbuka
luas. Kesilapan besar kita ialah masih mahu mengekalkan dan menerima keadaan
ini tanpa cuba untuk mengubah dan membaikinya.
5. Sistem Politik


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-
Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara
manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-
Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
(Al-Nisa: 105)
Dalam tulisan saya yang lalu saya membentangkan tiga elemen utama kepada
sistem politik Islam atau sistem parlimen hari ini iaitu:
1. Pemerintah yang bertanggungjawab.
2. Perpaduan umat.
3. Menghormati aspirasi rakyat.
Secara amat ringkas saya telah jelaskan beberapa perkara yang kabur dalam
perlembagaan dan kelemahan yang wujud dalam pelaksanaannya. Begitu juga
kelemahan yang wujud dalam corak pemerintahan yang kita amalkan semenjak
wujudnya perlembagaan Mesir hingga ke hari ini. Akibat segala kekaburan dan
kelemahan ini, kita hari ini menjadi bingung, gelisah dan terumbang-ambing. Malah
kita berhadapan dengan perpecahan.
Kelemahan kerajaan
Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa kerajaan-kerajaan yang wujud
sejak kebelakangan ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Kewibawaan
mereka sebagai kerajaan telah dipertikaikan disebabkan oleh budaya kata mengata
sama ada benar mahupun palsu yang menjadi budaya dalam parti. Di samping
kelemahan yang sedia ada disebabkan tidak wujudnya garis panduan kepada
tanggungjawab yang perlu dimainkan dan dipikul sepenuhnya oleh kerajaan.
Jikalau tidak kerana masyarakat Mesir ini memiliki sifat ketaatan dan kesediaan
yang tinggi dan dalam masa yang sama semua urusan masih dapat berjalan dengan
lancar secara rutin walaupun tanpa sebarang pembaharuan dan inovasi, nescaya
segala urusan akan terbantut dan jentera pentadbiran yang kucar-kacir ini tidak
akan mampu memenuhi keperluan rakyat atau mewujudkan ruang kerja untuk
rakyat.
Kewibawaan Undang-Undang
Tidak dapat dinafikan kuasa undang-undang telah lemah dan tidak dihormati
lagi. Ini disebabkan oleh wujudnya pelbagai amalan diskriminasi, nepotisme dan
helah. Malah ada kalanya undang-undang dipinda demi kepentingan peribadi.
Walaupun secara lahirnya pindaan ini mengikut undang-undang namun alasan
pindaan ini biasanya diketahui oleh umum. Segala gejala ini memberi kesan kepada
rakyat dan mengubah pandangan mereka terhadap kewibawaan undang-undang
dan sistem.
Amalan Kepartian Buta
Tidak dinafikan api permusuhan dan hasad dengki telah merobek hati
pemerintah dan juga rakyat akibat budaya kepartian yang sumbang ini. Suatu
hakikat yang rakyat Mesir belum fahami ialah perbezaan pendapat tidak
semestinya merosakkan hubungan mesra. Sebaliknya apa yang kita faham sekarang
ialah perbezaan pendapat adalah suatu tanda permusuhan. Malah akibat perbezaan
pendapat ini kita ketepikan segala kepentingan umum dengan memutuskan segala
hubungan dalam semua perkara. Kita melihat kebenaran yang ada pada pihak parti
lawan adalah salah dan kesalahan di pihak parti kita adalah benar. Sentimen ini
mempengaruhi segala tindak-tanduk kita. Penyakit ini semakin tenat dan merebak
walau dalam keadaan genting. Kita tidak mampu bersatu untuk berhadapan dengan
apa jua krisis walaupun demi kebaikan bersama dan demi kepentingan negara.
Sentimen seperti ini dan salah faham terhadap amalan kepartian mewujudkan
budaya bermusuh yang sudah sebati. Kesannya, segala potensi akal dan tenaga
pemimpin kita hanya tertumpu kepada dua perkara iaitu menjatuhkan parti lawan
dan mengelakkan rancangan jahat lawan. Oleh itu segala tumpuan pemerintah
hanya kepada dua perkara ini. Demikian juga dengan tumpuan pihak pembangkang.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, segala hak dan kepentingan rakyat
diketepikan. Keadaan ini menyedihkan bagi seorang sahabat tetapi
menggembirakan bagi seorang musuh. Musuh akan mengambil kesempatan ini
untuk menguasai hasil bumi negara.
* * *
Fenomena ini menyebabkan semangat manusia menjadi lemah dan zahir
mereka tidak stabil dan hancur. Masalah ini telah sampai ke kemuncak dan tidak
boleh dibiarkan lagi. Justeru perlu wujud perubahan yang menyeluruh dan pantas.
Golongan pemerintah perlu memahami hakikat ini dan segera mengambil tindakan
sewajarnya untuk melakukan perubahan yang betul dengan inisiatif dan usaha
sendiri. Jika mereka lakukan, itulah yang sebaik-baiknya demi menjamin
kestabilan. Masa masih ada untuk membuat pengislahan. Sebaliknya jika mereka
masih tidak peka, masalah ini akan menjadi tidak terkawal. Akhirnya kuasa mereka
akan terancam dan hanya Allah sahaja yang tahu akibatnya.
Wahai pemerintah negara ini Wahai ketua kerajaan wahai ulamak-ulamak
al-Azhar Wahai pemimpin-pemimpin parti, pertubuhan dan kumpulan
Wahai mereka yang prihatin dengan nasib negara yang malang ini:
Sedarlah dan bertindaklah sebelum terlewat di hadapan kamu ada sistem
Islam sebagai penyelamat kamu Namun segala-galanya terserah kepada Allah
jua.
Sesungguhnya saya telah sampaikan, ya Allah saksikanlah.

Вам также может понравиться