Вы находитесь на странице: 1из 10

[Pick the date]

2009
KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU SK PEDAH

Disediakan oleh :

UNIT KOKURIKULUM SK PEDAH

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

KANDUNGAN Maklumat Projek Pembangunan Ragbi Rimau SK Pedah

Jawatankuasa Permainan Ragbi Rimau 2009

Sejarah Ragbi Rimau SK Pedah

Rekod Pencapaian Pasukan Ragbi Rimau SK Pedah

Nilai Dalam Permainan ragbi

Posisi Pemain Dalam Ragbi Rimau (7 sebelah)

Jadual Aktiviti Ragbi Rimau Bwh. 12 tahun SK Pedah

Prospek Pemain Ragbi Rimau

Perancangan Kewangan 2009

1 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

MAKLUMAT PROJEK PEMBANGUNAN RAGBI RIMAU SK PEDAH

MATLAMAT Menjadikan permainan Ragbi Rimau sebagai wajah SK Pedah dan memonopoli permainan ini di peringkat Daerah Jerantut dan peringkat Negeri Pahang.

OBJEKTIF Melahirkan lebih ramai pemain-pemain ragbi bertaraf daerah dan negeri di SK Pedah . Sebagai persediaan memasuki permainan elit di sekolah-sekolah menengah berasrama penuh seperti Sekolah Sains, Sekolah Intergrasi dan MRSM. Membina jati diri murid-murid seperti semangat setia kawan, berusaha, membuat keputusan bijak, mematuhi peraturan, disiplin masa dan lain-lain yang boleh didapati semasa menjalani latihan ragbi dan di dalam

perlawanan-perlawanan ragbi sendiri.

STRATEGI Latihan ringan o Pembinaan stamina, kepantasan larian dan pembiasaaan pemain dalam permainan kecil di setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan o Perbincangan teori dan taktikal, kefahaman Undang-undang dan Disiplin. Latihan Khusus o Memastikan kesempurnaan pasukan dari semua segi bagi persediaan menyertai kejohanan-kejohanan seperti Perlawanan Persahabatan,

Kejohanan Jemputan, Kejohanan MSSM Daerah dan Kejohanan MSSM Negeri Pahang. Pengambilan pemain-pemain baru seawal darjah dua dan di beri

pendedahan yang bersesuai dengan tahap fizikal dan mental mereka.

2 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

JAWATANKUASA PERMAINAN RAGBI RIMAU 2009 SK PEDAH

PENAUNG En. Wan Hamidon Wan Ahamad (Guru Besar)

PENASIHAT Pn. Zariah Abdullah (GPK KO-Kurikulum)

SETIAUSAHA KO-KURIKULUM En. Nor Azman Ibrahim

PENYELARAS En. Farid Razali

PENGURUS En. Hamiri Abdul Hamid

KETUA JURULATIH En. Farid Razali

PEMBANTU JURULATIH En. Mohd Ghazali Abd Hamid

PEGAWAI PERUBATAN En. Fairuzamizi Dermawi

3 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

SEJARAH RAGBI RIMAU SK PEDAH

Pada tahun 2006, sejarah permainan ragbi tercipta di SK Pedah apabila satu pasukan ragbi telah dibentuk yang terdiri daripada murid tahun 3, 4, dan 5. Dengan ilmu dan pengalaman yang kurang, En. Farid Razali telah melatih pasukan ragbi ini dengan matlamat menjadikan permainan yang asing di kalangan murid SK Pedah ini sebagai sukan utama kelak. Sebagai ujian pertama, pasukan ragbi SK Pedah telah menyertai Kejohanan Ragbi Pembangunan Pahang yang diadakan di SM Teknik Jengka pada bulan 11 2006. Sememangnya seperti yang dijangka, pasukan ini mengalami kekalahan yang teruk dalam 2 perlawanan. Itu telah menjadi pengajaran yang berguna kepada pasukan ini memandangkan mereka telah bertanding dengan pasukan sekolah dari daerah lain yang jauh lebih mantap dan berpengalaman. Sekembali daripada kejohanan itu, pasukan ini telah membuat latihan yang lebih untuk berjaya. Pada tahun 2007, satu kejohanan daerah diadakan untuk memilih pemain untuk mewakili daerah Jerantut ke Kejohanan Ragbi Peringkat Negeri Pahang. Dalam kejohanan itu seramai 5 orang pemain SK Pedah telah terpilih mewakili daerah Jerantut ke kejohanan tersebut. Ini membanggakan sekolah kerana pasukan yang pertama kali menyertai kejohanan daerah telah menjadi johan! Sejak dari itu, pasukan SK Pedah telah menjadi pasukan pilihan dan disegani pasukan sekolah lain. Pada 2008, seramai 6 orang pemain telah terpilih mewakili daerah ke Kejohanan Ragbi Peringkat Negeri Pahang di Rompin setelah pasukan SK Pedah sekali lagi menjadi johan daerah dengan mengalahkan pasukan SK Bukit Dinding, SK Bukit Mat Daling dan SK Jengka 24. Pada kejohanan negeri, pasukan daerah Jerantut telah menjadi Johan kategori Plate ( tempat kelima ) yang mana sebahagian besar pemain utama daerah adalah di kalangan murid SK Pedah. Yang lebih membanggakan, seorang pemain SK Pedah iaitu Mohd Shahrul Akram Mohamad telah terpilih mewakili Pahang ke Kejohanan Ragbi Peringkat Kebangsaan di Kelantan. Harapan pada masa hadapan, lebih ramai pemain dari SK Pedah dipilh ke peringkat kebangsaan dan menjadikan SK Pedah salah satu nama yang disegani dalam negeri Pahang. Insya Allah.

4 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

REKOD PASUKAN RAGBI RIMAU SK PEDAH 2008

Kejohanan Tempat Tarikh

: Kejohahan Ragbi Rimau MSSM Daerah Jerantut Bwh 12 Tahun : SK Bukit Dinding, Jerantut : Mei 2008

Pencapaian: Johan Pengurus Jurulatih Pemain : En. Nor Azman Ibrahim : En. Farid Razali :

Mohd Shahkran Izzudin, Mohd Khairul Izzat, Mohd Shahrul Akram, Abdul Halim, Mohd Syafik Rizuan, Mohd Firdaus, Mohd Shahril, Mohd Fitri, Mohd Inderawijaya, Hafizol, Azrul Fikri, Mohd Arif.

Terpilih Wakil Daerah : Mohd Shahkran Izzudin, Mohd Khairul Izzat, Mohd Shahrul Akram, Abdul Halim, Mohd Syafik Rizuan, Mohd Firdaus.

Terpilih Wakil Pahang : Mohd Shahrul Akram Mohamad

Kejohanan Tempat Tarikh

: Kejohahan Ragbi Rimau MSSM Daerah Jerantut Bwh 10 Tahun : SK Jengka 24 , Jerantut : Ogos 2008

Pencapaian : Tempat Ke-3 Pengurus Jurulatih : En. Nor Azman Ibrahim : En. Farid Razali

Kejohanan Tempat Tarikh

: Kejohahan Ragbi Rimau MSSM Pahang Bwh 11 Tahun : SBP Intergrasi Kuantan : Oktober 2008

Pencapaian : Johan Bowl Pengurus Jurulatih : En. Nor Azman Ibrahim : En. Farid Razali

5 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

NILAI DALAM PERMAINAN RAGBI SEMANGAT SETIA KAWAN Ragbi memerlukan support yang berterusan dari semua pemain untuk mendapatkan try. BERUSAHA Semua pemain perlu berusaha dalam keadaan tertekan dan keletihan untuk bertahan dari serangan dan ketika membuat serangan. KEBIJAKSANAAN Pemain perlu menggunakan kebijaksaan akal untuk membuat keputusan dalam keadaan tertekan dan kebijasanaan adalah element yang mendapat penghargaan dari penonton. PERANCANGAN Perancangan yang baik untuk membuat tindakan dan keputusan dalam membuat pergerakan adalah satu kemestian kerana setiap pergerakan ada matlamat. BERTANGGUNGJAWAB Setiap pemain mempunyai tanggugjawap sendiri di posisi masing-masing, kegagalan dalam menjalankan tanggungjawap akan membawa kerugian kepada pasukan. MENGHORMATI Pengadil adalah segala-galanya di padang, setiap keputusan pengadil di anggap sesuatu yang muktamad dan pemain mesti akur dengannya. Pemain tidak dibenarkan untuk membantah keputusan pengadil. Tindakan membantah secara terus dari pemain di anggap Sesuatu di luar budaya sukan ragbi. BUDIMAN (GENTLEMAN) Sifat lasak dalam permainan ini membuktikan tiada masa untuk berpura-pura sakit atau tindakan untuk mendapatkan simpati pengadil, hanya yang kuat dan bijak akan berjaya. KEBERANIAN Untuk memperolehi try, pemain-pemain perlu berani untuk bergerak menerusi benteng pertahanan lawan. Begitu juga ketika bertahan, keberanian sangat penting untuk menahan serangan pihak lawan dan ianya besifat fizikal.

6 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

POSISI PEMAIN (7 sebelah) STAND OFF Bertindak sebagai ketua pasukan atau captain Membuat keputusan untuk pasukan. Membuat perancangan untuk pasukan. Mengawal tindakan dan pergerakan lines SCRUM HALF/FLY HALF Penghubung antara forward dan lines. Merancang bersama stand off ketika scrum dan lines out. Mematikan pergerakan scrum half pihak lawan. Membaling bola kedalan scrum. HOOKER Merebut bola di dalam scrum. Merancang bersama scrum half. Membaling bola ketika lines out. Membuat pergerakan-pergerakan forward. FIRST ROW (KIRI DAN KANAN) Menyokong atau band scrum. Membuat pergerakan-pergerakan forward. Merebut bola ketika lines out. Merebut bola ketika kick off. Membelah pertahanan lawan. INSIDE Membuat lines. Mengikut perancangan stand off. Membuat pergerakan bersama wings Membuat pergerakan-pergerakan lines. Membuat try. WINGS Membuat larian penyudah. Membuat try. Pertahanan terakhir . Mengikut perancangan stand off.

7 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

PERANCANGAN MENYERTAI KEJOHANAN

JADUAL AKTIVITI Ragbi Rimau SK Pedah Bawah 12 Tahun Ke Kejohanan Ragbi Rimau MSSM Daerah Jerantut Bawah 12 Tahun

TARIKH 6 Jan 09 7Jan 09 8Jan 09 9Jan 09 10 -11Jan 09 12Jan 09 13 Jan 09 14 Jan 09 15 Jan 09 16 Jan 09 17 -18 Jan 09 19 Jan 09 20 Jan 09 21 Jan 09 22 Jan 09 23 Jan 09 24 -27Jan 09 28 Jan 09 29 Jan 09 30 Jan 09 31 Jan -1 Feb 09 2 Feb 09 3 Feb 09 4 Feb 09 5 Feb 09 6 Feb 09

AKTIVITI Promosi ke Sesi Pemilihan Sesi Pemilihan-Swing & Touch Sesi Pemilihan-Posisi & Lines Sesi Pemilihan- 14 orang Rehat Stamina + Kepantasan + Kekuatan Stamina + Kepantasan + Kekuatan Stamina + Kepantasan + Kekuatan Stamina + Kepantasan + Kekuatan + Pertahanan Stamina + Kepantasan + Kekuatan + Pertahanan Rehat Skill + Taktikal + Tugas Posisi + Lines Out Skill + Taktikal + Tugas Posisi + Scrums Skill + Taktikal + Tugas Posisi + kick Off Skill + Taktikal + Tugas Posisi + Penalty Skill + Taktikal + Tugas Posisi + 15 meter Rehat Taktikal + teori + Isyarat Pengadil Perlawanan Persahabatan SK Bukit Dinding Post Mortem Rehat Taktikal + teori + Peraturan Perlawanan Persahabatan SK Jengka 24 Rehat / Pengurusan Kejohanan Ragbi Rimau MSSM Daerah Jerantut Bawah 12 Tahun Post mortem

TINDAKAN Pengurus

Ketua Jurulatih

8 | SK Pedah

KERTAS KERJA PEMBANGUNAN PERMAINAN RAGBI RIMAU

PROSPEK PEMAINPEMAIN-PEMAIN RAGBI RIMAU

POLITEKNIK

UNIVERSITI TEMPATAN

KOLEJ TAJAAN KERAJAAN

SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH INTERGRASI

SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH SAINS

MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

PEMAIN RAGBI RIMAU

5A @ 4A 1B
KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR

SIJIL MSSM DAERAH RAGBI RIMAU

SIJIL MSSM DAERAH JERANTUT RAGBI RIMAU

9 | SK Pedah

Вам также может понравиться