Вы находитесь на странице: 1из 57

1

BANGSAWAN 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dwibahasa, Teater memberi makna sebuah gedung sandiwara iaitu yang menerangkan tentang tempat lakonan itu dijalankan. Teater juga bermakna penulisan dan pementasan yang menggambarkan tentang kegiatan dalam teater yang dilebihlebihkan, dibuat-buat dan diada-adakan dengan secara sedar dan sengaja. Pengertian ini sebenarnya merupakan pengertian

mengenai teater yang paling dasar. (Saparman Bakri, 1982: 1-2)

2.0

Sejarah Persembahan Teater Terawal Sehingga kini, sejarah masih tidak dapat membuktikan mana

satu bangsa atau negara yang terlebih dahulu memiliki tradisi drama. Ahli-ahli sejarahwan tidak menyifatkannya sebagai sebuah misteri yang belum dapat dipecahkan. Namun begitu, hasil

penyelidikan dan pengkajian tidak membuktikan bahawa drama sebenarnya sudah wujud sebelum adanya tradisi tulisan. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 1). Seni drama dunia merupakan hasil

perkembangan seni tarian dan berkait rapat dengan kegiatan keagamaan. Cara memuja Tuhan dengan membuat penyataan

melalui tarian dan kelakuan telah diketahui ada sejak zaman kebesaran Mesir. (Rahman Bujang, 1975: 6)

2.1

Drama Mesir Menurut Muhammad Abdul Rahim, kesan sejarah Mesir tidak

meninggalkan dokumentasi bertulis.

Hanya dari piramid dan

hierogliphics dapat dicungkil beberapa kenyataan. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 2). Menurut ahli-ahli sejarah drama, telah ada hasil seni drama yang nyata ketika itu dalam sebuah cerita lakonan bernama Abydos Passion Play yang telah dijumpai dalam kumpulan-kumpulan penulisan piramid atau hierogliphics. Drama

ini merupakan drama yang tertua diketahui di dunia. (Rahman Bujang, 1975: 6)

Asal-usul Abydos Passion Play dapat dikaitkan dengan upacara perayaan kematian dewata Osiris. Osiris ialah satu metos yang tumbuh dari konsep heroisme, kemudian dilagendakan dengan mengadakan mendatangkan persembahan kesejahteraan kepada dan rohnya, dipercayai Bentuk

keselamatan.

persembahannya mengandungi tarian, nyanyian dan lakonan. Drama Mesir ini merupakan manifestasi melalui gerak bagi

melahirkan emosi dan rasa sentimental yang rapat kaitannya dengan unsur-unsur magis yang berupa simbolisme. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 2-3)

Dengan kata lain, drama Mesir ini merupakan satu drama yang dilakonkan berdasarkan 35 pencerita dan diiringi oleh muzik yang bertujuan membuatkan persembahan lebih menarik. Akan

tetapi, Abydos Passion Play itu tidak dapat berkembang kepada suatu bentuk drama yang baru. Sehingga berakhirnya kerajaan

Firaun di Mesir, bentuk dramanya tetap di tahap yang dinyatakan di atas. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 3). Di samping itu, banyak lagi hasil-hasil drama dari tamadun ini tidak dapat dipastikan kerana pengkajian heirogliphics tidak lengkap akibat dihapuskan oleh masa dan iklim.

2.2

Drama Yunani atau Greek Berbeza dengan drama Mesir, drama Yunani atau Greek telah memiliki teknologi drama yang cukup tinggi. Etimologi drama itu

sendiri berasal dari bahasa Greek yang bererti aksi atau gerak. Pada zaman Yunanilah, sudah wujudnya tradisi penulisan skrip, pengarahan, pemanggungan dan lain-lain aspek (Rahman Bujang, 1975: 3). pementasan.

Seni drama Yunani sama dengan drama Mesir juga lahir dari perkembangan upacara pemujaan Tuhan yang bernama Dionysos. Tarian dan lakunan diadakan untuk memuja dan memuji Dionysos. Dari perayaan inilah lahirnya bentuk seni drama yang terawal di dunia iaitu lakonan Tragedi. Perayaan Dionysos yang pertama

dijangka berlaku lebih kurang dalam tahun 534 S.M. di mana pertandingan lakonan Tragedi dipertandingkan. Selain itu, dalam

zaman yang sama, terdapat sebuah bentuk drama lain yang

dipanggil lakonan Komedi (sebalik dari Tragedi). (Rahman Bujang, 1975: 7)

Pada zaman Yunani, beratus-ratus penulis drama telah dilahirkan. Misalnya, Arion, Thespis, Aeschylus (525-456 S.M),

Sophocles (497-506 S.M), Euripides (485-506 S.M) dan lain-lain lagi. Antara daripada mereka, empat orang yang paling terkemuka iaitu, , Aeschylus, Sophocles, Euripides dan Aristophanes. Aeschylus, Sophocles dan Euripides telah menghasilkan drama yang berbeza dari segi stail dan penggarapan tema tetapi berdasarkan falsafah pendramaan yang sehala iaitu memilih bentuk plot tragedi.

Manakala Aritophenes pula menghasilkan bentuk drama komedi. (Ahmad Rahman Napiah, 1987: 9-11). Aristotle (384-322 S.M) pula merupakan tokoh pengkritik seni drama Yunani yang pertama. Melalui karyanya, Poetics, beliau dengan membuat pertalian ilmu seni drama dengan ilmu pengkajian manusia, telah menjadikan drama sebagai bidang ilmu yang saintifik dan universal. (Rahman Bujang, 1975: 8).

2.3

Drama Romawi Drama Romawi merupakan saduran daripada Greek. Jika

zaman Yunani atau Greek diibaratkan sebagai zaman permulaan penggunaan pentas, maka, zaman Romawi pula merupakan zaman perkembangan penggunaan pentas.

Livius Andronicus dari Rom telah mengusahakan penyaduran, penyalinan, penterjemahan, serta mementaskan drama-drama

Greek di Rom.

Hampir satu abad, kegiatan drama di Rom

dipengaruhi oleh teori-teori dan falsafah-falsafah tragedisme dan komedisme Greek. Apabila taraf Rom bertukar dari republik ke

empayar, usaha untuk menghasilkan karya-karya asli bermula kerana ingin mencari identiti kebangsaan sendiri.

Pada zaman Rom, terdapat 3 orang dramatis yang terkenal iaitu Plautus, Terence dan Seneca. Plautus telah menghasilkan 24 buah drama dan kebanyakkannya berbentuk komedi. Hanbted merupakan dramanya yang terbaik. The

Terence (bekas

seorang hamba dan peminat Aristophones) pula menghasilkan 6 buah skrip drama komedi yang kebanyakkan ditujukan kepada golongan elit. Antara karya Terence yang terkenal ialah Adelphi. Seneca pula merupakan penulis drama tragedi yang memenuhi konsep Katarsis. drama. Beliau telah menghasilkan sepuluh buah

Tradisi teater Rom yang unik ialah penumpuan kepada perhiasan dan keindahan pemanggungan. Panggung atau pentas

yang didirikan itu penuh dengan seni yang halus sehingga senibina itu kadangkala lebih penting dari drama yang dipentaskan.

Oleh kerana sudah terbiasa dan terbelenggu dengan gaya drama Yunani. Rom sesungguhnya tidak dapat menghaslikan karyakarya yang asli. Kesannya ialah drama menduduki tempat kedua dalam senarai hiburan di Rom selepas pertunjukan-pertunjukan peperangan dan perlawanan kekuatan antara manusia hamba dengan binatang buas. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 12-15)

2.4

Drama di Eropah Drama di Eropah merupakan kesinambungan dari

perkembangan ilmu manusia pada zaman Renaissance atau Zaman Baru. Pada ketika itu, pemikiran manusia lebih revolusioner. Alam seni drama di Eropah adalah lebih menitikberatkan penilaian dari segi keindahan estetikanya dari pada sifat-sifat keagamaan. Aliran romantisme, realisme, simbolisme, naturalisme dan lain-lain telah timbul perkembangan pemikiran manusia.

Negara-negara di Eropah seperti Perancis, England, Itali, Sepanyol dan Jerman telah menghasilkan karya-karya drama yang diolah mengikut keadaan tempatan dalam zaman-zaman kegiatan drama di negara masing-masing.

Di Perancis, terdapat tokoh penulis drama yang terkenal seperti Piere Racine (Andromague, Phedre dan Brenica), Pierre Corneille (Le Cid) dan Moliere (Tartuffe dan Lavare).

Di

England

pula,

Shakespeare

dengan

karya-karya

tragedisnya seperti Romeo and Juliet dan Hamlet; serta karyakarya komedi seperti A Mid Summer Nights Dream telah mendapat sambutan yang baik dari golongan bangsawan dan rakyat biasa. Di Itali pula, timbul corak drama komedi iaitu Commedia eru dita dan Commedia de llarte. Drama ini unik kerana

penyampaian dialognya ialah secara spontan.

Di Sepanyol, keunikan persembahan dramanya dilihat dari segi scenario atau peralatan pentas bagi setiap babak sudah sedia didirikan terlebih dahulu.

Negeri Jerman merupakan negara dari Eropah yang telah membawa aliran realisme ke dalam dunia drama. Tokoh yang

bertanggungjawab membawa aliran realisme ialah Ibsen. Karyanya yang terkenal ialah Rumah Patung, Hantu dan Musuh Rakyat.

Keseluruhan aktiviti seni drama di Eropah pada zaman baru itu berkembang dengan begitu baik terutamanya dari segi

penciptaan, pengkajian dan penganalisaannya. 1975: 9-12).

(Rahman Bujang,

2.5

Drama India

Drama di India sering dikatakan sebagai pusat seni budaya Asia. Dari hasil kajian ahli-ahli sejarah drama India, didapati

kelahiran seni drama di India berbeza dengan di Barat. Di Barat, seni drama lahir sebagai satu daya memuja Tuhan-Tuhan, tetapi di India, seni drama lahir sebagai satu daya memperkembangkan agama Hindu kepada rakyat dengan cara yang paling mudah.

Oleh kerana India merupakan tempat kelahiran agama Hindu yang juga merupakan agama yang tertua di rantau Asia, maka pengaruhnya sangat jelas dalam seni drama tradisional di negaranegara Asia. (Rahman Bujang, 1975: 13)

Ahli-ahli teori India membahagikan corak drama kepada dua iaitu Lokadharmi (kebenaran) dan Natyadharmi (kezaliman). Lokadharmi dimaksudkan sebagai penggembaran kelakuan

manusia di atas pentas serta membentang objek-objek dengan cara semulajadi. Natyadharmi pula merupakan persembahan sesuatu lakonan dengan menggunakan gerakan-gerakan yang sengaja dijeniskan dan diberi perkembangan-perkembangan tertentu.

Maka, Natyadharmi lebih mementingkan kesenian dan estetika dari kebenaran. (Rahman Bujang, 1975: 15-16)

Antara dramatis India yang terkemuka ialah Kalidasa dengan Sangkutala dan Malavikakangnimitram, Sudraka dengan

Madhyanavyayoga dan Ratnavali dan lain-lain. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 31)

2.6

Drama Bangsawan Drama Bangsawan merupakan seni pementasan atau teater

lama di Malaysia yang dapat dianggap sebagai teater bangsawan. Drama ini di zaman gemilangnya merupakan seni pertunjukan pentas yang paling terkenal dan amat diminati oleh semua golongan masyarakat. Pengaruhnya kepada penonton dapat

disamakan minat masyarakat sekarang menonton tayangan filem Hindustan pada suatu masa dahulu. Pementasan drama

Bangsawan pada masa dahulu dapat juga dianggap sebagai wayang bergerak. Setiap kumpulan mengadakan Di

persembahannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

mana sahaja persembahan Bangsawan diadakan pada waktu tersebut pasti mendapat sambutan daripada orang ramai.

Perkataan

Bangsawan

dalam

istilah

Bahasa

Malaysia

dikatakan berasal dari dua perkataan iaitu bangsa dan wan. Bangsa membawa maksud kumpulan atau segolongan manusia, manakala perkataan wan pula adalah gelaran untuk orang-orang berketurunan raja. Jadi perkataan bangsawan adalah cantuman daripada dua perkataan tersebut. Memang pada asalnya, orang-

orang daripada keturunan itulah yang menceburkan diri sebagai

10

pelakon Seni Bangsawan. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, 1983: 31-32)

Di negara-negara Asia Tenggara yang lain juga memiliki drama seakan-akan drama bangsawan. Misalnya di Indonesia, ia

dikenali sebagai stamboel, ketoprak, ludruk dan lenong; di Thailand dengan likay; Vietnam cailong; Filipina zarzuela; Burma satpuve dan sebagainya. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 64) Mengenai asal-usul drama Bangsawan di Malaysia, Rahman Bujang telah menyetujui pendapat A.H.Edrus yang mengatakan ia berasal dari India. Pada tahun 1870an, sebuah rombongan drama India bernama Rombongan Wayang Farsi atau Mendu yang dianggotai oleh pelakon lelaki dan perempuan telah sampai di Pulau Pinang. (Abdul Rahman Napiah, 1087: 64). Bentuk

persembahannya adalah kombinasi antara nyanyian, tarian dan lakonan membawa cerita-cerita serta bermotifkan hiburan.

Masyarakat tempatan sangat terpesona.

Kemudiannya, peralatan

rombongan tersebut telah dibeli oleh hartawan di Pulau Pinang bernama Mamak Pushi atau Muhammad Pusi. (Rahman Bujang, 1975: 20)

Menurut Profesor Madya Abdul Rahman Napiah, teori yang mengatakan bahawa bangsawan berasal dari India itu dapat dipertikaikan. Pada pendapat beliau, drama bangsawan itu berasal

10

11

dari Parsi dan bukannya dari India. Kalau pun ia berasal dari India, yang mengerjakannya ialah orang-orang yang berdarah Parsi. (Abdul Rahman Napiah, 1987: 65)

Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pernah menerbitkan sebuah buku kerja tentang Seni Bangsawan. Dalam buku tersebut, dinyatakan setelah Muhammad Pusi

mempunyai wayang bangsawannya sendiri, maka nama bangsawan terus dipopularkan dan kumpulannya sendiri diberi nama Pusi Indera Bangsawan of Penang. Dalam perkembangan seterusnya

nama baru bagi wayang bangsawan dikenali sebagai Opera. Nama tersebut digunakan oleh anak-anak wayang bangsawan berdasarkan kemasukan pengaruh seni drama barat ke dalam seni lakon bangsawan. Boleh dikatakan cerita drama ciptaan

Shakespear dan seni drama Itali telah mempengaruhi nama opera itu. (Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, 1983: 35-36)

Pada zaman kegemilangannya drama Bangsawan ditubuhkan dengan banyak. Di antara nama-nama kumpulan yang terkenal

ialah Malay Opera of Selangor, Malay Opera of Malacca, Star Opera, Nahar Bangsawan, Seri Nara Opera dan lain-lain. Kesemua kumpulan tersebut tidak tinggal tetap dan sentiasa berpindah-pindah.

3.0

Persembahan Bangsawan

11

12

Bangsawan merupakan sebuah corak drama tradisional yang mempunyai beberapa sifat yang unik. Persembahan bangsawan

keseluruhannya tidak menggunakan skrip kecuali terdapat satu senario atau ringkasan ceritanya. (Zakaria Ariffin, 1993: 15). Ia

merupakan satu bentuk drama yang menggunakan senikata yang diimprovisasi sendiri oleh pelakon-pelakonnya. Sesungguhnya

maksud cerita atau garis kasar jalan cerita telah diberikan oleh pengarah, tetapi tanggungjawab yang terpaksa yang berat terletak lakonan kepada dengan

pelakon-pelakon

menjalankan

senikata yang digubah sendiri.

Dengan kata lain, setiap pelakon

mesti memahami cerita tersebut dan mencipta dialognya sendiri, tetapi mestilah bersesuaian dengan watak-watak lain.

Kejayaan sesebuah kumpulan bangsawan banyak bergantung kepada Seri Panggung atau pelakon wanita utamanya dan orang muda atau pelakon-pelakon lelaki utamanya. Penonton

kebanyakannya lebih tertarik untuk melihat Seri Panggung atau orang muda daripada menonton cerita bangsawan itu sendiri. (Zakaria Ariffin, 1993: 15). Kerana itulah Seri Panggung atau orang muda yang cantik atau kacak sering menjadi rebutan bagi kumpulan-kumpulan bangsawan.

Pelakon

utama

dari

sesuatu

persembahan

Bangsawan

mestilah terdiri daripada mereka yang pandai mengeluarkan senikata yang panjang lebar dan sesuai dengan peranan yang

12

13

dipegang.

Secara tidak langsung, sesuatu lakonan yang bersifat

flexible terbentuk mengikut sambutan penonton. (Rahman Bujang, 1975: 44). Jika sesuatu persembahan mendapat sambutan

penonton yang hangat, maka cerita akan dipanjangkan dengan menokok-tambah selingan lagu-lagu atau tarian-tarian sebagai babak extra turn iaitu babak yang tidak berkiatan dengan jalan cerita. Selain itu, tarian dan nyanyian juga ditunjukkan sebagai

selingan apabila suatu pertukaran babak dijalankan.

Kadang-kadang watak komedi atau acara lawak jenaka juga sering diselitkan bersama dalam lakonan drama bangsawan bagi mengurangkan ketegangan jalan cerita di samping mengubah perhatian penonton kepada kisah-kisah lucu untuk menghindarkan dari kebosanan terhadap jalan cerita yang lazimnya sudah diketahui terlebih dahulu oleh penonton. Dengan itu, acara lawak jenaka itu telah menjadi unsur daya penarik dalam persembahan Bangsawan. (Rahman Bujang, 1975: 46)

3.1

Pelakon-pelakon Bangsawan Pelakon-pelakon Bangsawan adalah sejumlah besar daripada

golongan anak-anak Bangsawan. Dari jumlah 60 orang anak-anak Bangsawan, 40 daripada mereka terdiri daripada pelakon-pelakon. Dalam golongan ini terdapat pula pemeringkatan peranan daripada kedudukan yang serendah-rendahnya hingga kepada setinggitingginya. Biasanya, pelakon-pelakon peringkat atasan terdiri

13

14

daripada

mereka

yang

sudah

lama

berkecimpung

dalam

persembahan Bangsawan, dan telah pernah memegang berbagaibagai peranan.

Peringkat pertama peranannya hanyalah sebagai Pak Pacak iaitu pelakon-pelakon tambahan yang tugasnya hanya memegang tombak di sebelah kiri dan kanan pentas dalam set pemendangan istana.

Peringkat kedua pula apabila ia diberi peranan sebagai anak mambang iaitu watak yang memakai pakaian yang cantik tetapi tidak banyak berdialog selain daripada membuat ucapan-ucapan salam atau perkhabaran berita masing-masing. Dalam cerita-cerita Melayu, watak ini dilambangkan oleh peranan panglima. Dalam

cerita-cerita kayangan pula, watak ini dilambangkan oleh peranan dewa dewi.

Peringkat ketiga, apabila ia diberi peranan anak raja di mana ia diperlukan dalam beberapa babak dan sentiasa ada di samping raja (ayahandanya) yang memerintah. Tetapi, ia masih tidak

banyak dialog selain daripada menjawab pertanyaan perkhabaran daripada ayahandanya.

Peringkat keempat ialah peringkat peranan raja, menteri dan lain-lain peranan yang memerlukan dialog-dialog yang panjang-

14

15

panjang juga. Syarat pelakon-pelakon diterima kepada peringkat ini bukan sahaja pada kebolehan memegang peranan dengan natural tetapi juga ada gaya dan perawakan untuk peranan itu.

Peringkat kelima merupakan peringkat yang tertinggi iaitu seri panggung, orang muda dan ahli lawak yang biasanya Mereka

mempunyai suara yang baik dan pandai menyanyi.

dimestikan mempunyai keelokkan paras rupa dan dapat memikat hati penonton keran kecantikan mereka. Ahli lawak pula dimestikan mempunyai kebolehan berdialog dan beraksi dengan cara seluculucunya sehingga menimbulkan gelak ketawa di kalangan penonton. Bagi ketiga peranan ini, boleh juga dicapai tanpa menempuh tiaptiap peringkat dalam barisan kepentingan peranan dari peringkat pertama dan seterusnya tadi. Ada yang dipilih kerana disedari

adanya bakat pada mereka dan ada pula yang terus-menerus diuji untuk peranan utama ini.

Pelakon-pelakon Bangsawan boleh dibahagikan kepad 2 kategori, iaitu (a) pelakon utama dan penting dan (b) pelakon tambahan, penari-penari dan penyanyi.

a) Pelakon Utama Pelakon-pelakon utama terdiri daripada lelaki dan perempuan mengikut peringkat-peringkat mereka.

15

16

1)

Pelakon Wira Dalam Bangsawan pelakon wira dikenali sebagai orang muda.

Ia

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

persembahan

Bangsawan.

Orang muda biasanya diberi peranan sebagai anak

raja atau lain-lain peranan yang berfungsi penting.

Seorang pelakon wira mesti mempunyai suara yang baik supaya boleh membawa lagu-lagu yang diberi kepadanya dalam lakonan kelak. Selain itu, suaranya juga harus jelas kedengaran

kepada penonton serta dengan nada yang nyaman pula kepada pendengaran.

Orang muda juga dipilih berasaskan kepada rupa parasnya. Ia haruslah seorang yang baik rupanya di samping mempunyai kelakuan yang lemah-lembut, iaitu mempunyai peribadi yang selari dengan kebaikan rupanya.

2)

Pelakon Wirawati Dalam persembahan Bangsawan pelakon wirawati dipanggil

Seri Panggung. muda.

Peranannya sama penting dengan peranan orang

Pada zaman permulaan kegiatannya, antara tahun 1880-

1900, peranan Seri Panggung ini diambil dari pemuda-pemuda. Keadaan ini terjadi kerana masyarakat dahulu yang tidak

menganggap baik terhadap kaum wanita yang berkecimpung dalam sesuatu pekerjaan di luar rumah. Oleh itu, pelakun-pelakun yang di

16

17

ambil untuk watak ini adalah pemuda-pemuda belasan tahun yang berperawatakan keperempuan.

Tetapi setelah tahun 1900, perempuan-perempuan mulai berani memasuki perkumpulan-perkumpulan Bangsawan sebagai seri panggung, penari dan lain-lain peranan wanita. panggung sama juga pentingnya dengan peranan Peranan seri orang muda. dan

Pemilihannya

berdasarkan

kecantikan

paras

rupa

kebolehan menyanyi selain daripada kepandaian dan kecekapan membawa lakonan. Ia mestilah terdiri dari perempuan-perempuan yang berkulit putih. Donna. Seri Panggung juga dikenali sebagai Prima

Kecantikannya telah menjadi daya penarik dan alat

perdagangan sesebuah kumpulan Bangsawan.

Peranan-peranan Seri Panggung biasanya diberi peranan sebagai tuan puteri atau permaisuri, anak atau puteri jin yang jelita dan manis dan perempuan kampung yang hina-dina tetapi

mempunyai sifat-sifat yang utama.

3)

Ahli Lawak Pelakon-pelakon yang mengambil peranan lawak ini dipanggil

ahli lawak. nama Badut.

Dalam drama Bangsawan ahli lawak ini mengambil Ia mempunyai kedudukan yang setaraf dengan

peranan orang muda dari segi tingkatan gaji yang kadang-kadang menyamai gaji orang muda, terutama jika ia lebih mendapat tepuk

17

18

sorak penonton daripada pelakon-pelakon lain kerana kelakuankelakuan lucunya.

Tiap-tiap persembahan wajib diselitkan dengan lawak jenaka oleh ahli-ahli lawak sesuatu kumpulan itu. Watak-watak lawak

dalam Bangsawan adalah merupakan watak tipa iaitu mempunyai kebebasan mengeluarkan kata-kata yang akan dianggap sumbang atau biadap andainya disebut oleh pelakon-pelakon lain tetapi menjadi unsur gelak ketawa.

4)

Raja Jin (Jin Afrit) Peranan raja jin adalah watak antagonis atau jahat dalam

lakonan Bangsawan. Ia juga merupakan watak stereotype seperti ahli lawak. Perwatakannya sentiasa ditujukkan sebagai besar,

hebat, kasar dan jahat.

Dalam persembahan Bangsawan, raja jin mempunyai badan yang besar, tinggi serta tegap, dengan suara yang kasar dan kuat pula. Oleh itu, pemilihan peranan raja jin mestilah berdasarkan

bentuk badan yang tegap dan suara yang kuat dan garau. Raja Jin mempunyai perwatakan Tetapi, yang menunjukkan bagaimana kehebatan kehebatan dan dan

kedahsyatannya.

walau

kedahsyatan rupa seseorang Raja Jin, namun beliau tidak pernah menang dalam pertarungannya dengan orang muda. Sebagai

18

19

watak yang jahat dan penyamun, raja jin juga diberi berkumis dan berjanggut.

5)

Raja Watak raja adalah watak yang standard dalam Bangsawan.

Dalam sesuatu kumpulan, peranan ini dipegang oleh seorang anak Bangsawan sahaja. Dan dalam kumpulan-kumpulan yang besar, Biasanya,

peranan raja khas dipegang oleh seorang yang layak.

seorang yang sudah dianggap sesuai dan mahir memegang peranan ini tidak akan diberi memegang peranan lain.

Sikap watak raja dimestikan mempunyai kebesaran dan kesopanan. Kebesarannya digambarkan melalui pakaiannya. Dari segi kesopanan pula, raja tidak dibenarkan ketawa terbahak-bahak walau bagaiman lucu sekalipun kejadian atau kelakuan yang dilihatnya, ia hanya tersenyum tanpa melupai bahawa ia seorang raja.

b) Pelakon Tambahan Peranan-peranan lain semuanya merupakan peranan yang tidak penting tetapi masih perlu untuk kelicinan sesuatu lakonan Bangsawan. Di antara peranan-peranan yang terdapat ialah:

1) Menteri

19

20

Watak menteri hanya untuk mengangkat sembah, serta membalas atau menyambut titah perintah raja. Lebih kerap watakwatak ini diberi kepada pemain-pemain baru sebagai batu loncatan untuk menuju kepada peranan yang lebih penting.

2) Orang Pertapaan Orang pertapaan sering muncul dalam lakonan Bangsawan. Seorang petapa mempunyai awet tua, berkumis dan berjanggut putih dengan sebatang tongkat di tangan.

3) Hulubalang Peranan tambahan ini hanya wajib dalam cerita-cerita yang memerlukan watak raja seperti cerita-cerita istana dan dewa dewi. Ia tidak begitu memerlukan dialog, malah ada di antara watakwatak hulubalang yang pada tiap-tiap babak hanya berdiri tanpa bergerak-gerak dari tempatnya dengan memegang lembing.

Hulubalang-hulubalang ini perlu untuk menunjukkan kebesaran raja.

4) Dayang-dayang Peranan dayang-dayang juga diadakan dalam cerita-cerita yang memerlukan perwatakan tuan-tuan puteri. Watak dayang

biasanya dibahagikan kepada dayang tua iaitu pengasuh kepada tuan puteri satu dayang muda yang bertugas menghiburkan puteri

20

21

dengan menari dan menyanyi. Peranan dayang tua lebih penting dari dayang muda kerana ia perlu berdialog panjang lebar dengan tuan puteri.

Selain daripada watak-watak tambahan ini terdapat juga pelakon-pelakon lain yang hanya merupakan watak-watak

komplimentari kepada watak-watak penting seperti anak raja, permaisuri, ayah dan ibu seri panggung atau orang muda dan rakyat jelata.

3.2

Upacara Pembukaan Persembahan Bangsawan tradisional. juga Setiap mempunyai kumpulan upacara Bangsawan

pembukaan

yang

mempunyai seorang pawang atau bomoh (biasanya tuanpunya kumpulan Bangsawan atau Pengarah Kumpulan) yang memainkan peranan sebagai pembuka upacara pada permulaan pertunjukan. Upacara Pembukaan tersebut menunjukan masih ada unsur-unsur animistik dan ritual.

Kerja Tok Bomoh ialah menyembah pentas dengan membaca jampi serapah, membakar kemenyan di atas pentas dan menabur kunyit supaya dapat menyuruh atau meninta Tuhan dan roh-roh menjaga dan melindungi persembahan tersebut dari diganggu atau menjauhkan diri dari diganggu oleh roh-roh dan jin serta ditimpa

21

22

kecelakaan dalam proses lakonan terutamanya jika ada babak yang menggunakan senjata.

Tok

Bomoh

membaca

jampi

pada

suatu

mangkuk

air

kemudian air yang telah dijampi tersebut dipercik ke atas muka dan tangan tiap-tiap pelakon terutama pelakon seri panggung dan orang muda. Tujuannya adalah supaya lakonan mereka dapat menarik

perhatian penonton di sepanjang persembahan. (Mohd Taib Osman, 1969: 149)

3.3

Pementasan Bangsawan Bentuk drama tradisional di Tanah Melayu sebelum drama

Bangsawan seperti Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora tidak menggunakan sesuatu pentas yang khas. Permainan hanya

diadakan di satu kawasan lapang, di mana penonton mengelilingi pelakon-pelakon dalam tadi. sebuah bulatan yang dibentuk bentuk oleh drama

penonton-penonton

Tetapi

kedatangan

Bangsawan telah memperkenalkan teknik pementasan yang rumit dan teratur sekali. Oleh itu, di antar seni drama Melayu, Bangsawan yang mula-mula menggunakan teknik pementasan seperti dramadrama di negeri Inggeris dan lain-lain negeri di Barat. (Rahman Bujang, 1975: 79)

Pentas Bangsawan tidak banyak menggunakan set atau peralatan pentas, kecuali adegan dalam istana. Bagaimanapun,

22

23

terdapat

sekurang-kurangnya

enam

tirai

latar

yang

dapat

menunjukkan latar sebenar atau tempat sesuatu adegan itu berlaku digunakan dalam persembahan Bangsawan.

Tirai-tirai tersebut menunjukkan pemandangan di hutan, pemandangan di jalanraya, pemandangan dalam istana,

pemandangan dalam rumah miskin, pemandangan dalam taman dan pemandangan umum (sawah padi, bukit-bukau dan

sebagainya). (Zakaria Ariffin, 1993: 13). Salah satu daripada tirai ini akan diturunkan sebelum adegan yang berlatarkan pemandangan berkenaan bermula.

Bagi tiap-tiap pementasan Bangsawan, lampu-lampu terpaksa digunakan untuk menerangi penonton-penonton dan juga

menimbulkan efek siang atau malam di atas pentas. Penggunaan lampu adalah sat keperluan bagi sesuatu pementasan Bangsawan yang diadakan pada waktu malam. Lampu juga digunakan untuk

efek-efek tertentu seperti bulan dan cahaya warna-warna lain. Efek cahaya merah misalnya dilakukan dengan membalut kertas bunga yang berwarna merah disekeliling cermin lampu.

Pada zaman-zaman permulaan kegiatan Bangsawan, sebelum penggunaan kuasa lektrik meluas di Tanah Melayu, lampu-lampu minyak tanah (kerosene) telah digunakan. Oleh kerana

menggunakan lampu dari kuasa minyak tanah, maka seorang

23

24

pekerja terpaksa berdiri di depan lampu untuk mengepamkan lampu itu tiap-tiap satu atau dua jam apabila cahayanya mulai malap supaya sesuatu persembahan boleh dijalankan dengan rancak.

Manakala bagi kumpulan yang menunjukkan lakonan di panggung-panggung wayang yang sudah sedia ada bekalan

elektrik, biasanya lampu-lampu lektrik yang sederhana sahaja terangnya digunakan. Denga lain kata, bekalan cahaya lampu

hanya setakat mencukupi fungsi menerangkan pelakon-pelakon dan setting kepada penonton dan sebaliknya.

Dalam persembahan drama Bangsawan Melayu terdapat 3 jenis pentas yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Bangsawan.

(1)

Kumpulan-kumpulan kecil menggunakan pentas dengan kelengkapan pentas yang asas dan perlu.

(2)

Kumpulan-kumpulan besar yang menggunakan pentaspentas besar yang cukup lengkap dengan peralatanperalatan daripada papan dan atap rumbia.

(3)

Pentas dalam bentuk kemas panjang yang berdinding kanvas. Bentuk ini hanya digunakan oleh kumpulan-

kumpulan yang besar dan mashyur sahaja.

24

25

3.4

Pentas Kumpulan Kecil Kumpulan kecil biasanya mengandungi lebih kurang 30 orang

anak-anak bangsawan.

Mereka ini menunjukkan permainan di

kawasan luar bandar, kawasan pendalaman dan juga di bandarbandar kecil. Kumpulan kecil tersebut membawa bersama alat-alat untuk sebuah pentas. Manakala ada pula yang hanya membawa

diri masing-masing dan peralatan di atas pentas sahaja sementara kerja mendirikan pentas adalah tangunggjawab bagi orang-orang kampung dan bandar kecil tadi.

Pentas-pentas

kegunaan

kumpulan-kumpulan

kecil

tidak

begitu luas biasanya lebar bahagian depan lebih kurang 16 kaki untuk kawasan tirai pertama. Tetapi buka pentas dari pentas

pertama ke bahagian hadapan pentas biasanya luas sedikit untuk kemudahan penonton terutama mereka yang duduk di bahagian tepi pentas. Buka bahagian hadapan pentas lebih kurang 18 kaki dan bumbungnya dibuat tinggi sedikit daripada bahagian lainnya. Bahagian prosenium iaitu bahagian pentas di hadapan tirai diberi tulisan nama kumpulan yang menunjukkan permainan dan ukiran atau peralatan yang menarik dipandang untuk dijadikan daya penarik dan menarik perhatian penonton.

Bahagian belakang dan kiri kanan pentas diberi dinding atap atau pelupuh (dinding daripada buluh yang dipotong nipis-nipis memanjang dan diayam menjadi dinding) atau papan untuk

25

26

memberi kemudahan kepada pelakon-pelakon bertukar pakaian dan membentuk dandanan mereka. Ruang di seluruh kawasan pentas dibahagi kepada dua. Sebahagian besar untuk kawasan lakonan di mana satu pintu untuk kemudahan pelakon-pelakon keluar masuk ke sesuatu sektor mengikut bahagian atau giliran masing-masing dalam adegan tertentu.

Penggunaan tirai sesuatu babak atau adegan dalam didirikan dengan sepasang sebing iaitu sekeping frame yang didirikan menyenang antara tepi-tepi dinding pentas untuk menunjukkan ruang dan juga bertujuan untuk menutup bahagian tepi tirai dan kesibukan di belakang atau di sebelah tirai. Ia juga berguna untuk melindungi pekerja tarik tirai.

Tiap-tiap kumpulan kecil harus ada sekurang-kurangnya tiga pasang sebing dengan dipadankan lukisannya untuk tiria-tirai tertentu, contohnya, jika tirai menunjukkan hutan atau rumah orang miskin, sebing diberi gambar pokok-pokok dan kadang-kadang sebahagian daripada sebuah rumah kampung.

Sebing mempunyai ukiran 3 kaki lebar dan lebih kurang 7 kaki tinggi yang boleh menutup seorang dewasa yang berdiri di belakangnya. Ia boleh dibuat daripada kertas atau kayu. Selain itu, terdapat juga tirai pertama atau Drop Scene di bahagian depan

26

27

pentas dan tirai stret untuk menutup kekacauan pertukaran alatalat untuk babak yang lain.

Bahagian yang paling dekat dengan pentas dikhaskan untuk penonton-penonton utama seperti golongan Diraja di mana kerusikerusi bertilam dan berwarna kuning diatur di barisan hadapan sekali. Manakala di bahagian belakang barisan ini diatur kerusi-

kerusi untuk penonton-penonton yang terkemuka dan penontonpenonton yang lain. Kumpulan-kumpulan kecil biasanya hanya

menyediakan tempat duduk untuk lebih kurang 300 penonton.

3.5

Pentas Kumpulan Besar Kumpulan-kumpulan besar biasanya mempunyai bilangan

anak Bangsawan hingga seratus orang atau lebih. Hitung panjang tiap-tiap kumpulan besar mempunyai lebih daripada enam puluh orang anak Bangsawan. Mereka biasanya hanya menunjukkan Kumpulan-kumpulan

permainan di bandar-bandar besar sahaja.

besar ini juga pergi dari satu bandar ke satu bandar lain dengan menyewa beberapa gerabak keretapi, khas untuk anak-anak

Bangsawan sahaja, sementara dua atau tiga buah lori mengangkat peralatan serta perkakas-perkakas pentas mereka.

Selalunya tiap-tiap bandar besar ada panggung wayang sendiri yang boleh disewa oleh kumpulan Bangsawan yang mampu. Jadi masalah mendirikan pentas tidak timbul, hanya kerja-kerja

27

28

mengatur perkakas-perkakas dan mengantung tirai sahaja yang perlu dijalankan sebleum diadakan sesuatu pertunjukan.

Luas ruang pentas yang didirikan adalah lebih kurang 20-26 kaki dan mempunyai bahagian depan iaitu kawasan dekat

prosenium dengan luas 22-28 kaki. Tinggi pentas pula ialah 5 kaki dari tanah ke lantai pentas dan 15 kaki dari lantai ke bahagian tertinggi dalam lingkungan bumbungan bahagian hadapan pentas (prosenium). Ukuran panjang pentas dari depan ke belakang lebih kurang seratus kaki. (Rahman Bujang, 1975: 83).

Peralatan pentas seperti tirai, sebing ataupun perkakasperkakas perhiasan babak-babak tertentu adalah jauh lebih lengkap dan elok pula perbuatannya daripada peralatan kumpulan-

kumpulan kecil.

Tirai atau drops adalah lebih banyak dalam

kumpulan besar hingga mencapai bilangan 20 buah untuk fungsi drops, sementara 3 atau 4 buah tirai tanpa pemandangan (tirai stret) yang dibuat daripada kain satin atau baldu untuk dilabuhkan antara pertukaran babak dan sebelum permulaan sesuatu lakonan Bangsawan. Tirai stret tersebut boleh bertukar-tukar warna dan Pertunjukan ini

untuk diturunkan dalam pertunjukan tarian.

dipanggil stret scene biasanya diadakan di antara dua babak untuk membolehkan pertukaran peralatan untuk babak yang lain. Tirai pertama (drop scene) pula biasanya hanya satu warna sahaja tanpa apa-apa lukisan ataupun dilukis dengan gambar kota.

28

29

Pemandangan

tirai-tirai

kumpulan

besar

sesungguhpun

banyak tetapi mempunyai pemandangan yang serupa dengan enam tirai basik. Contohnya, sebuah kumpulan besar mempunyai tiga

tirai pemandangan hutan, di antara tiga tirai itu terdapat tirai pertama menunjukkan gambaran hutan yang dekat dengan

penduduk-penduduk kampung, tirai kedua hutan tebal dan tirai ketiga hutan belantara.

Kumpulan besar mempunyai lima atau enam pasang sebing. Satu pasang sebing boleh mengiringi dua atau tiga buah tirai atau drops. Ia adalah dilukis dan diberi warna mengikut perspektif

supaya menambah efek ruang di atas pentas, terutama dalam kawasan satu-satu babak tadi.

3.6

Pentas Kumpulan Besar dan Masyhur Pentas jenis ini pernah dipakai atau digunakan oleh

sesetengah kumpulan besar seperti Kumpulan Wayang Siti Hawa yang masyhur dalam tahun 1920an dan Kenta Opera atau Wayang Nasir.

29

30

Bangsawan pentas sebenarnya terdiri dari kanvas tebal yang didirikan di atas dua atau tiga batang tiang agung dan khemah yang mempunyai ukuran panjang lebih kurang 100 kaki. Kawasan untuk penonton juga disediakan dalam khemah ini, di mana luas kawasannya untuk penonton boleh memuatkan 600 orang iaitu 100 orang di ruang hadapan atau kelas pertama, 200 orang di bahagian tengah atau kelas dua dan 300 orang duduk di tenggek ayam iaitu kerusi-kerusi panjang yang diatur berbaris-baris.

Kumpulan-kumpulan besar ini biasanya mempunyai beberapa buah lori untuk membawa alat-alat pentas dan peralatan wayang dari satu tempat ke satu tempat sementara anak-anak Bangsawan yang lain menaiki keretapi.

4.0

Cerita-cerita Yang Menjadi Pilihan Lakonan Bangsawan Sesungguhpun pola cerita dalam persembahan Bangsawan

hampir serupa semuanya, tetapi pengambilan bahan-bahan cerita adalah dari berbagai corak kebudayaan yang ada di Tanah Melayu dan Singapura. Pilihan cerita-cerita yang berlatarkan kebudayaan

asing adalah disebabkan adanya sambutan dari penonton-penonton bukan Melayu terhadap pertunjukan Bangsawan Melayu.

Kebanyakan dari pemilihan cerita-cerita lakonan Bangsawan boleh dikategorikan kepada lima jenis yang terbesar. Antaranya adalah:

1) Cerita dari sejarah tempatan

30

31

2) Cerita kejadian sezaman 3) Cerita Islam atau Timur Tengah 4) Epik Hindu 5) Cerita Cina

4.1

Cerita-cerita dari Sejarah Tempatan Cerita-cerita yang berkaitan dengan kisah-kisah bersejarah di

Tanah

Melayu

adalah

menjadi

kegemaran

para

repertoire

bangsawan Melayu. Pada keseluruhannya, temanya secara umum adalah berdasarkan kisah-kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup mereka dan juga kisah-kisah tokoh-tokoh pahlawan Melayu. Ceritacerita seperti ini adalah lebih digemari kerana berdasarkan kepada beberapa faktor. adalah terdiri Antaranya adalah kerana kebanyakan penonton orang-orang Melayu yang lebih berminat

dari

menonton kisah-kisah kebesaran negara dan bangsa mereka. Cerita-cerita begini mendapat sambutan baik terutamanya di kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri dari orang-orang Melayu.

Selain

daripada

itu,

cerita-cerita

yang

bercorak

begini

membolehkan bangsawan mengadaptasikan unsur-unsur tahyul dan fantasi di dalam lakonan mereka sebebas-bebasnya. Sebagai

contohnya, kisah raja-raja yang sentiasa menunjukkan kedaulatan dan kebesaran dengan adanya kuasa-kuasa dan kejadian-kejadian ajaib di sekiling seseorang raja itu. Selain daripada merupakan satu

31

32

cara yang baik untuk mempertahankan imej raja-raja Melayu, ia juga membolehkan penggunaan alat-alat pentas atau kasmat dan pakainan yang berlebih-lebihan mutu artistiknya untuk menyamai keadaan raja-raja. pahlawan yang Begitu juga keadaannya dengan cerita-cerita dilebih-lebihkan unsur kepahlawanan hingga

mencapai kesaktian.

Dari segi jalan cerita, corak ini juga menguntungkan kerana ia membolehkan tokok tambah kepada cerita asalnya dengan dilebihlebihkan episod-episod terutama episod yang spectacular. Unsurunsur tahyul dan fantasi boleh dilebih-lebihkan tanpa menjemukan penonton dan ini adalah dan cara yang sebaik-baiknya memanjangkan untuk masa

memanjangkan

cerita

seterusnya

pertunjukan kepada beberapa hari untuk satu cerita.

Terdapat

enam tema yang sering menjadi kegemaran dalam lakonan Bangsawan secara umumnya. Antaranya adalah seperti berikut:

a.

Kisah

kezaliman

rakyat

jelata

dan

pembalasan

kezalimannya. b. Kezaliman permaisuri muda terhadap putera atau puteri dan terhadap permaisuri tua serta pembalasan

kejahatannya.

c.

Kisah puteri yang mencari tunangnya atau putera yang mencari jodohnya yang dipertemukan kepadanya

32

33

melalui mimpi atau wasiat.

Cerita ini merupakan

episod-episod dalam pengembaraan mencari jodoh yang berakhir dengan pertemuan dan perkahwinan.

d.

Kisah cinta antara raja dunia dengan puteri kayangan yang berakhir dengan suka atau duka. Cerita bercorak ini adalah merupakan hiburan semata-mata. sebenarnya adalah kejadian-kejadian yang Cerita berlaku

akibat menentang pantang-larang yang diisyaratkan sebelum perkahwinan antara manusia dunia dengan makhluk kayangan ini.

e.

Kisah percintaan antara dua kekasih dari dua peringkat kedudukan berbeza, iaitu antara seorang raja dengan rakyat biasa. Tetapi rupa-rupanya rakyat biasa ini

sebenarnya adalah anak raja yang hilang atau telah dibuang sejak lahir akibat dengki khianat permaisuri atau orang-orang istana. Atau jika memang benar-

benar dari golongan rakyat, ia seorang yang mempunyai kebijaksanaan yang melebihi golongan raja-raja sendiri.

f.

Kisah

pahlawan-pahlawan

dengan

eksploit

kegagahannya.

Cerita umpama ini tidak mempunyai

jalinan plot yang kukuh kerana episod-episod yang

33

34

longgar dan boleh diasingkan satu episod dari yang lainnya tanpa merosakkan cerita.

Di antara cerita-cerita yang menjadi pilihan pula termasuklah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Hikayat Bistamam Dandan Setia Jula Juli Bintang Tiga Jula Juli Bintang Tujuh Laksamanan Mati Dibunuh Siti Muslimat/Beliung Emas Hang Tuah Amok Tuk Nading Si Badang dan sebagainya

Cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang akan diambil sebagai contoh. Laksamana Megat Seri Rama diperintahkan menyerang

lanun di Mersing, meninggalkan isterinya yang sedang mengandung anak sulung, di bawah jagaan Pak Wak. Maimunah (isteri Megat Setelah puas

Seri Rama) mengidam hendak makan nangka.

mencari, akhirnya Pak Wah mendapat tahu ada sebiji nangka tunggal berbuah dalam taman raja. Maimunah merayu-rayu kepada Bendahara lalu diberi kepadanya seulas nangka itu. Sultan menjadi murka melihat nangkanya sudah ditebuk orang. Oleh yang Tetapi,

demikian Bendahara pun menceritakan segala-galanya.

34

35

seorang pembesar bergelar Raja Di Hilir telah mengatakan bahawa dakwaan itu hanya terbukti benar jika budak dalam kandungan itu memang benar memakan nangka tersebut. Ekoran dari hasutan

Raja Di Hilir, Sultan memerintah supaya perut Maimunah dibelah. Didapati betul budak itu sedang memakan nangka tadi, tetapi malangnya Maimunah sudah pun mati. Justeru itu Sultan

memerintahkan supaya peristiwa yang berlaku itu dirahsiakan.

Malangnya peristiwa tersebut telah dihidu dan sampai ke pengetahuan Laksamana. Laksamana marah lalu membunuh Raja Di Hilir dan Temenggung. Kemudian Laksamana telah menikam

Sultan Mahmud yang sedang dijulang untuk pergi ke masjid. Sultan Mahmud yang sempat mencabut keris itu lalu melontarkannya kembali kepada Laksamana semula. Laksamana mati. Sebelum

mangkat, Sultan Mahmud menyumpah semua orrang-orang Bintan tidak boleh masuk ke Johor Lama. Kalau masuk juga akan muntahmuntah darah.

4.2

Cerita-Cerita Kejadian Sezaman Kebanyakan cerita-cerita yang boleh digolongkan ke dalam

bahagian ini selain daripada kisah-kisah yang berlaku dalam negeri termasuk juga cerita-cerita yang berlaku dalam negeri termasuk juga cerita-cerita yang diambil dari kebudayaan asing.

35

36

Pemilihan cerita-cerita yang dijadikan bahan lakonan telah diubah-ubah oleh anak-anak Bangsawan untuk menarik minat penontonnya mengikut kegemaran sesuatu kawasan. Penumpuan lakonan cerita adalah bergantung kepada keadaan tempat di mana sesuatu kumpulan sedang menunjukkan persembahan. Di

kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kampung misalnya, di mana pengaruh Barat belum mendalam dan pengaruh kesultanan serta pencampuran kebudayaan Hindu-Islam masih tebal, anakanak Bangsawan akan melakukan cerita-cerita yang dekat dengan jiwa penduduk-penduduk itu.

Berikut adalah antara senarai cerita-cerita kejadian sezaman: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Bawang Putih Bawang Merah Batu Belah Batu Bertangkup Saudagar Sailok Nyai Dasimah Jambatan Patah Pintu Hantu Antara Dua Peti Mati Neraka Dunia Cahaya Bintang Perkahwinan Saudara

Selain daripada itu, tujuan lakonan Bangsawan ini telah dieksploitasikan oleh pihak Jepun untuk menyalurkan propaganda

36

37

mereka.

Misalnya, di antara tahun 1942-1945 adalah merupakan

tahun-tahun berleluasanya propaganda Jepun menentang Brisith dan segala yang berkaitan dengannya. Dalam usaha

menyampaikan propaganda ini, selain menggunakan media massa seperti surat khabar dan melalui sekolah-sekolah juga digunakan media persembahan Bangsawan. Justeru itu kumpulan yang masih aktif dipaksa untuk melakonkan cerita-cerita anti-British yang dikarang oleh orang-orang Jepun untuk tontonan askar-askar Jepun dan orang ramai. Di antara cerita-cerita propaganda anti-British

ialah cerita British Anjing.

Walaupun lakonan cerita-cerita propaganda ini ditentang oleh anak-anak Bangsawan tetapi kawalan dan pengawasan ketat pihak Jepun terhadap kumpulan Bangsawan menjadi satu kecelakaan pula andaninya tentangan ditunjuk secara terang-terang. Oleh yang

demikian, aktiviti kumpulan Bangsawan ini seolah-olah tersekat kerana mereka terpaksa patuh kepada kehendak pihak Jepun. Fenomena ini telah mengakibatkan banyak kumpulan terpaksa dibubarkan di samping akibat dari kesulitan zaman perang. Cerita-cerita bercorak pengajaran sangat sesuai untuk

menarik minat penonton terutamanya orang-orang Melayu kerana jiwa simpati mereka. Tema yang menjadi kegemaran dalam ceritacerita pengajaran ini termasuklah kezaliman ibu tiri, pengkhianatan terhadap yang miskin dan yang lemah dan penindasan golongan

37

38

atasan

terhadap

golongan

bawahan

iaitu

tema-tema

yang

menunjukkan anggapan yang lebih sterotype dari benar.

Salah sebuah cerita pengajaran ini adalah Nyai Dasimah. Berikut diceritakan sipnosis mengenai cerita ini. Abang Puasa

adalah seorang yang paling ditakuti oleh orang-orang Kampung Kuitang di Betawi. Kegemarannya ialah menghisap candu. Jika dia mendapat candu, mukanya menjadi merah sebaliknya jika dia tidak dapat, dia akan kelihatan tidak bermaya.

Di Betawi terdapat seorang bekas perempuan simpanan Belanda bernama Nyai Dasimah. Orangnya muda, cantik dan kaya yang dicemburu oleh para isteri. Dia memelihara seorang budak

lelaki bernama Kuntum berumur kira-kira 10 tahun.

Watak Samion adalah sebagai seorang penarik kereta kuda sewa yang mengilai Nyai Dasimah. Segala percubaannya untuk Walaupun wangnya

mendapatkan Nyai Dasimah tidak berhasil.

sudah banyak dibelanjakan namun dia masih tidak dapat menarik perhatian Nyai Dasimah. Tetapi sebenarnya dia lebih mengidamkan harta milik Nyai Dasimah. Setiap hari Samion bertengkar dengan isterinya, Hayati yang suka berjudi. Jika isterinya bising, duit sahaja yang akan mendiamkannya. Kerana sakit hati, Samion telah Harta

mengupah Abang Puasa untuk membunuh Nyai Dasimah.

38

39

bendanya dirampas. Abang Puasa ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup. Sementara Samion dihukum penjara 10 tahun.

4.3

Cerita-Cerita Hindu Cerita-cerita yang berasal dari India ataupun yang mempunyai

pengaruh keHinduan, hanya mendapat sambutan dalam repertoire terutama antara tahun-tahun 1900-1920an. Pada peringkat ini,

pengaruh Wyang Parsi kuat lagi dan cerita-ceritanya pun masih ala Hindustan walaupun senikatanya bahasa Melayu.

Antara cerita-cerita yang sangat popular dalam bahagian cerita-cerita Hindu ini ialah cerita-cerita seperti Laila Baba, Sukaryit, Ali Chandran, Gul Bakawali, Hikayat Bristaman atau Bistaman Sakti, Topeng Besi dan lain-lain lagi.

4.4

Cerita-Cerita Islam Menurut Brandon (Brrandon J.J., 1967: 33-39), cerita-cerita

kegemaran

Bangsawan

seperti

juga

lain-lain

bentuk

drama

tradisional adalah cerita-cerita yang dibawa oleh kedatangan Islam. Di Tanah Melayu, seperti juga di negeri-negeri lain di Asia Tenggara, Islam datang melalui Pasi dan India. Walaupun prinsip-prinsip Islam yang asli daripada negeri Arab telah bercampur aduk dengan kepercayaan dan kebudayaan dari Parsi dan India, tetapi dari segi kesenian percampuran ini merupakan satu kekayaan yang ditambah

39

40

dengan penerimaan dan asimilasikebudayaan kacukan ini ke dalam kebudayaan Melayu.

Orang-orang India dan golongan penyebar agama Islam di Tanah Melayu, sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang sudah turun-temurun hidup dengan kekayaan seni tari dan seni drama sebagai satu cara melepaskan perasaan di jiwa mereka. Di bahagian yang lain pula, Islam membawa bersama-samanya

kemasyhuran Timur Tengah dengan pahlawan-pahlawan handalan Islam, raja yang kaya-raya dan ketakjuban negeri yang sakti dan diterima Allah.

Dari

kemasyhuran

kisah-kisah

yang

datang

dari

Timur

Tengah, pihak golongan anak-anak Bangsawan telah menyambut baik cerita-cerita ini untuk persembahan drama Bangsawan mereka. Malah drama Bangsawan pada peringkat awalnya menunjukkan kecenderungan kebanyakan kepada cerita-cerita Timur Tengah biarpun

darinya

telah kehilangan pengertian keagamaan.

Cerita-cerita ini lebih mendapat sambutan di kalangan pendudukpenduduk Melayu dan peranakan India yang sebahagian besarnya beragama Islam. Sebenarnya cerita-cerita Islam ini bukanlah yang mengisahkan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. atau riwayat

hidupnya selain daripada mengambil cerita-cerita dari Parsi yang lebih mementingkan unsur pengembaraan, kecerdikan dan

romantik.

40

41

Cerita-cerita keagamaan tidak

yang disukai

benar-benar kerana

menunjukkan pegangan

aspek anak

beberapa

Bangsawan dan orang ramai dengan kepercayaan agama Islam yang tidak dilakonkan dengan terus-terang. Misalnya dalam

sesebuah cerita yang mengkehendaki perwatakan nabi adalah dianggap satu kesalahan melakonkan watak ini. Kehadirannya

dalam cerita tidak dilakonkan oleh seseorang pelakon tertentu, hanya disebut oleh pelakon-pelakon lain. Ini akan lebih

mengkomplikasikan jalan cerita.

Cerita-cerita yang menjadi pilihan adalah cerita-cerita yang lebih tergolongan di dalam bidang sastera Roman daripada sastera agama. Antara cerita-ceritanya adalah seperti: a. b. c. d. e. f. Aladdin dengan Lampu Ajaib Ali Baba dengan 40 pencuri Tajul Muluk Abu Nawasan Hikayat Malaun Takadir Laila Majnun dan sebagainya

4.5

Cerita-Cerita Cina Cerita-cerita Cina tidaklah begitu popular sungguhpun ada

juga yang telah dilakonkan.

Cerita-cerita ini lebih mendapat

sambutan dari golongan masyarakat bandar yang sebahagian

41

42

besarnya terdiri dari orang-orang Cina seperti di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh. Untuk mendapat sambuttan penonton-penonton bukan Melayu, cerita-cerita yang lebih dekat dengan jiwa mereka terpaksa didahulukan daripada cerita-cerita lain. Cerita-cerita Cina yang menjadi bahan lakonan Bangsawan Melayu yang popular pada masa itu termasuklah cerita-cerita seperti Panglima Ah Chong, Sampit Ng Tai, Siti Zubaidah dan sebagainya.

4.6

Cerita-Cerita Indonesia dan Thailand Selain daripada cerita-cerita yang boleh digolongkan kepada

bahagian-bahagian seperti yang telah dikemukakan terdapat juga cerita-cerita ambilan dari negeri-negeri jiran seperti Indonesia dan Thailand. Malahan kegiatan Bangsawan di Tanah Melayu dan

Singapura bukanlah tanpa tandingannya di Indonesia. Sejak Mamak Pushi menjual kumpulan Bangsawannya kepada Jaafar The Turk, Bangsawan juga mendapat sambutan baik di Indonesia, di mana namanya berubah kepada gelaran Sandiwara. Antara kumpulankumpulan Bangsawan di Tanah Melayu dengan kumpulan-kumpulan Sandiwara dari Indonesia kerap terdapat perhubungan yang baik.

Terdapat juga keadaan di mana berlaku pengambilan pelakonpelakon Indonesia dari kumpulan Sandiwara ke dalam kumpulan Bangsawan dari Tanah Melayu atau sebaliknya beberapa masa tertentu. Terdapat juga pertukaran antara kumpulan di mana

kumpulan Bangsawan Melayu berhijrah ke Indonesia menunjukkan

42

43

persembahannya atau sebaliknya.

Dalam keadaan perhubungan

umpama ini berlaku pengambilan dan penyesuaian antara keduadua pihak. Kumpulan-kumpulan Bangsawan dari Tanah Melayu

telah mengambil cerita-cerita dari Indonesia untuk dipersembahkan dalam repertoire Bangsawan. Antara cerita-cerita yang digemari

ialah Raden Mas (Jawa), Siti Jamilah (Minangkabau) dan Bukan Salah Ibu Mengandung (Sumatera).

Begitu juga dengan Thailand, sungguhpun bangsawan tidak diambil bentuk dramanya ke dalam perbendaharaan seni drama Thai, tetapi Bangsawan sendiri telah mengambil cerita da Thailand untuk dilakonkan. Antara cerita Thailand ialah Paratcha.

5.0

Peralatan Muzik Bunyi-bunyian sebagai latar belakang suasana dalam lakonan

ataupun untuk mengiringi tarian-tarian dan nyanyian adalah perlu untuk menghidupkan sesuatu lakonan drama. Begitu juga dengan drama Bangsawan di mana latar belakang muzik lebih-lebih lagi perlu dengan adanya selingan-selingan tarian dan nyanyian yang banyak di dalam sesuatu pementasan.

Pada

peringkat

permulaannya

adat-adat

muzik

yang

digunakan hanyalah tabla, harmonium dan dol.

Tetapi setelah

pengaruh Barat mulai berkembang di Tanah Melayu dan Singapura, alat-alat muzik Barat mulai digunakan oleh Orkestra Bangsawan.

43

44

Pada peringkat kemashyurannya (antara tahun-tahun 1920-1935) terdapat alat-alat muzik seperti biola dan mandolin dari jenis stringed instrumentals, drum, tabla dan cymbal dari jenis percussion, dan terdapat juga seruling, saxaphone, clarinet dan trumpet dan jenis wind instruments.

Pada akhir-akhir zaman kegemilangan Bangsawan, Piono telah juga menjadi alat bunyi-bunyian yang diwajibkan bagi tiap-tiap orkestra kumpulan Bangsawan. Orkestra sesebuah kumpulan

Bangsawan biasanya bertempat di sebelah kiri atau kanan pentas dan terlindung dari penonton. Tetapi apabila penggunaan alat-alat muzik bertambah banyak dan pemain-pemain muzik bertambah ramai. Justeru itu, orkestra Bangsawan ditempatkan di bahagian pentas iaitu di hadapan prosenium dengan

hadapan

membelakangkan penonton.

Dari bekas-bekas pemain-pemain muzik orkestra Bangsawan terdapat tokoh-tokoh muzik yang terkenal seperti Pak Zubir Said, Dol Ramli, Sharif Medan dan sebagainya.

6.0

Nyanyian dan Lagu Bentuk persembahan yang khusus dalam lakonan Wayang

Bangsawan ialah para pelakon utama akan menyanyi jika cerita yang dilakunkan ada hubungannya dengan lagu yang dinyanyikan.

44

45

Demikian juga perasaan-perasaan lain seperti sedih, gembira, marah takut dan sebagainya akan dilahirkan melalui nyanyian.

Lagu-lagu yang dinyanyikan pada umumnya berirama asli seperti lagu Siti Payung, Nasib Panjang, Selendang Delima dan lainlain lagi. Oleh itu, seseorang pelakon Bangsawan harus tahu

menyanyi dengan suara yang baik disamping boleh bertutur dengan lancar.

Oleh kerana peranan pelakon utamanya begitu penting dan sukar, jelaslah seseorang yang menjadi pelakon Bangsawan pastilah mempunyai bakat yang semulajadi, bukan sekadar meniru-meniru begitu sahaja. Pada zaman tersebut juga pasti tiadak institut atau bengkel yang khusus untuk melatih mereka yang ingin menjadi pelakun. Hanya orang-orang yang benar-benar berbakat sahaja

yang akan diterima menjadi pelakon. Maka itu, tidak hairanlah jika pelakon utama Wayang Bangsawan sangat terkenal dan disanjungi oleh masyarakat. Gelaran yang diberi kepada pelakon Bangsawan pada waktu itu adalah Anak Wayang.

7.0

Tarian Di bawah peringkat golongan pelakon pula terdapat golongan

anak-anak Bangsawan yang terdiri daripada penari-penari dan pekerja-pekerja.

45

46

Penari-penari terdiri daripada lelaki dan perempuan yang terlatih dalam berbagai-bagai jenis tarian Timur dan Barat bagi persembahan dalam babak-babak extra, iaitu bahagian di antara dua babak dalam lakunan Bangsawan atau sebagai selingan. Ianya adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu dan supaya penonton-penonton tidak tertunggu-tunggu.

Tarian-tarian

lama

yang

pernah

dijadikan

popular

oleh

Bangsawan ialah tarian Tarik Tari ciptaan Kumpulan Wayang Siti Hawa, tariah Mak Inang, tarian Lilin dan lain-lain lagi.

Dalam zaman Bangsawan mula mengambil gelaran opera selepas tahun 1930, tarian ala Barat seperti mambo dan ca ca ca telah menjadi kegemaran.

8.0

Pakaian Bangsawan Seperti diketahui, dasar persembahan Bangsawan yang lebih

mementingkan aspek pemandangan atau spectacle dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian yang cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiaptiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan

46

47

akan mengenakan pakaian yang cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. pelakon-pelakon Bangsawan akan mengenakan pakaian Semua yang

cantik, dari pilihan estetika pada seni lakonannya, maka tiap-tiap kumpulan akan cuba mengadakan pakaian yang indah dan menarik perhatian penonton. Semua pelakon-pelakon Bangsawan akan

mengenakan pakaian yang cantik, indah dan bersinar bersesuaian dengan watak utama, raja-raja dan penari-penari kecuali ahli lawak.

8.1 Di

Pakaian Seri Panggung antara pelakon-pelakon Bangsawan, pakaian seri

panggunglah yang melebihi pakaian pelakon-pelakon lain. Misalnya dalam cerita-cerita Melayu, Seri Panggung akan memakai baju kebaya labuh atau kurung cara dahulu. Bagi cerita Barat pula ia

memakai gawn labuh lengkap dengan perhiasan pakaian di kepala dan bagi cerita-cerita ala Hindustan atau Cina, Seri Panggung memakai seluar dan blouse panjang.

Bagi tiap-tiap jenis pakaiannya mestilah diperbuat daripada jenis kain yang berkilat-kilat seperti kain kilat barat (boleh bertukartukar warna apabila digerakkan), seventh heaven (kain lembut yang disulam dengan benang emas atau perak), dan satin serta kain-kain baldu. Jika kain yang bukan daripada jenis berkilat-kilat, ia akan dijahit pula dengan alat-alat berkilat seperti manik-manik dan

47

48

labuci. Pakaian yang bertekat ini hanya untuk Seni Panggung yang memegang watak puteri-puteri raja atau dewi-dewi sahaja.

Sesetengah

kumpulan

Bangsawan

membezakan

Seni

Pangugng dari pelakon-pelakon lain dengan jenis pakaian yang berbeza. Bagi kumpulan Dean Tijah Bangsawan, Seni Panggung

memakai bulu ekor merak dihiaskan di atas sanggul rambut mereka, ada juga yang memakai keroncong di lengan mereka. Jadi dengan identiti ini seseorang Seni Panggung tidak perlu

diperkenalkan tiap-tiap kali ia keluar membuat persembahan di atas pentas.

Fesyen rambut pula lebih kerap kepada jenis sanggul,

di

mana untuk melebatkan rambut dan sanggul supaya nampak cantik, dikusut-kusutkan rambut terlebih dahulu sebelum

mendandangkannya (Beehive style) atau digunakan sahaja rambut palsu (cemara) untuk siput atau sanggul. Sanggul-sanggul juga

dihias dengan bulu ayam, riben atau lain-lain "ace"yang elok dan beraneka warna.

Tiap-tiap Seni Panggung lebih suka menyolek muka sendiri di mana teknik menyolek tidak begitu menurut efek cahaya lampu atas pentas. Make-up pun tidak begitu berlebih-lebih melainkan untuk peranan tua oleh pelakon muda di mana perlu diadakan kedut-kedut dengan pertolongan alat solek.

48

49

8.2

Pakaian Orang Muda Selain daripada pakaian yang perlu mengikut watak atau

peranan dalam sesebuah lakonan seperti pakaian anak raja untuk peranan anak raja, orang muda dimestikan memakai stokin panjang dan memakai kolar (collar). Ia tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut tetapi sebaliknya harus mempunyai awet muka yang licin dan bersolek supaya kelihatan berseri dan tampan.

8.3

Pakaian Ahli Lawak Ahli lawak akan mengenakan pakaian yang berombak-ombak

dan

beropal-ropal

dalam

warna

yang

beraneka

ragam

atau

berbelong-belongkan.

Setengah-setengah kumpulan pula, ahli

lawak biasanya diconteng-conteng untuk menambahkan kesan lucu daripada penglihatan penonton. Misalnya, mulut sengaja

dibesarkan dengan pertolongan gincu, hidung juga dibesarkan dengan menggunakan hidung palsu atau muka disolek dengan coreng-moreng ditertawakan. untuk menimbulkan peribadi yang rendah dan Andainya pakaian Seri Panggung dan orang muda

diberi kesempurnaan untuk menimbulkan ejek kedudukan atasan atau kebesaran serta kebaikan peribadi, maka ahli lawak diberi pakaian yang menimbulkan ejek kebodohan, kelucuan dan

kerendahan kedudukannya.

8.4

Pakaian Raja-raja

49

50

Bagi pemegang watak raja, mereka akan dikenakan pakaian seperti golongan atasan dengan menggunakan pakaian yang elok dan sempurna menunjukkan kebesaran mengikut bagaimana

pakaian golongan atasan juga. Malah bagi peranan raja misalnya, penting menimbulkan kebesaran raja sebenarnya kepada peranan raja dalam persembahan Bangsawan. Pakaian harus lengkap

dengan tanjak, keris, baju dari kain longkat atau sutera dan tandatanda kebesaran. Sebagai seorang raja ia juga dimestikan

membawa tabii raja seperti tidak boleh ketawa berdekah-dekah melainkan hanya senyum sahaja biarpun rakyat-rakyat ketawa kuat lantaran kelucuan atau kelakuan ahli lawak. Ia harus menjaga

peribadi sultan sebenarnya untuk memupuk dan memelihara perhubungan baik antara raja-raja dengan mereka. Contohnya ialah seperti semasa Sultan Iskandar di Perak, baginda begitu baik dengan setengah-setengah kumpulan Bangsawan hinggakan

kumpulan-kumpulan itu dibenarkan menunjukkan persembahan mereka biarpun dalam bulan Ramadhan. Bondanya juga telah

dengan sukarela melatih anak-anak Bangsawan tentang selok-belok dalam istana seperti adat sembah menyembah dan lain-lain supaya peranan diraja dapat dibawa dengan sempurna dan berkesan.

8.5

Pakaian Lain-lain Pelakon Menteri-menteri pula dimestikan mempunyai misai dan

janggut di mana kekurangan kedua-dua ini boleh dipenuhi dengan menggunakan rambut palsu atau alat solek.

50

51

Raja Jin perlu pakaian dan solekan yang dapat menunjukkan peribadi kasarnya kepada penonton-penonton. Selain daripada garang, ia

memerlukan susuk badan yang tinggi dan bersuara

dikehendaki memakai baju berwarna hitam atau warna gelap dan dimestikan mempunyai kening yang lebat dan hitam. Rambut juga dikehendaki supaya lebat yang boleh diperbuat dengan cara mengosotkan rambut seseorang pelakon yang membawa peranan tersebut. Kemasukannya ke hadapan pentas sentiasa dibuat

dengan cara yang mengejut diikuti dengan ketawa kasarnya. Pakaiannya berlengan labuh dan seperti pakaian orang-orang Rom tanpa topinya. Malah segala-galanya dari kelakuan, pakaian dan

solekannya harus melambangkan cara yang sangat dibuat-buat supaya jelas dilihat watak kesyaitanan padanya.

Selain daripada watak-watak ini, terdapat juga watak-watak tambahan seperti dayang, hulubalang, orang tua bertapa dan hantu-hantu serta rakyat jelata. Dayang-dayang mempunyai

pakaian yang khas dan bviasanya 3 dan 4 0rang dayang memakai baju yang serupa sungguhpun berlainan warnanya.

Hulubalang pula biasanya memakai baju yang terdiri daripada seluar dan baju yang berwarna gelap dan memakai tombak atau keris serta mempunyai tanjak yang sama warnanya dengan baju

51

52

tadi. Solekannya cara biasa sahaja dengan kadang-kala ditambah misai sedikit pada satu atau dua orang watak tadi. Peranan orang tua baik Tok Dukun atau orang bertapa selalunya memerlukan pakaian dalam bentuk jubah hitam atau putih diikuti dengan bentuk rupa tua. Bagi orang bertapa perlu juga mempunyai misai dan janggut yang panjang dan berwarna putih serta bersamanya tongkat hikmah. Pelakon ini harus

membengkokkan badannya untuk menambahkan kesemulajadian peranannya sebagai orang tua.

Peranan hantu sungguhpun tidak kerap dan jarang-jarang pula keluar di atas pentas, merupakan satu-satunya watak yang perlu diberi pakaian dan solekan yang akan menunjukkan identitinya tanpa perlu diperkenalkan terlebih dahulu. Peranan hantu

pontianak misalnya, harus dilengkapkan dengan jubah labuh berwarna putih dengan bantal diikat dikepala belakang pelakon tersebut. Ini bertujuan agar ia kelihatan buruk dan membongkok Mukanya ditampal-tampal dengan tanah liat dan menunjukkan bengkak-bengkil, giginya pula

seperti sabot. make-up

untuk

bertaring serta rambutnya merebang-rebang, kukunya panjang, matanya tertonjol keluar dan besar serta ia dikehendaki mengilai supaya bertambah menakutkan. Tetapi walau macam mana ia

menakutkan sekalipun akan bertukar kepada kelucuan apabila bersama watak lawak. Misalnya hantu yang menakutkan akan

menimbulkan gelak ketawa dari kalangan penonton apabila ahli

52

53

lawak menarik jubahnya di bahagian belakang lalu menampakkan bantal yang diikat ke bahunya. Jadi di sini ahli Lawak bebas

membuat apa sahaja kelakuan-kelakuan lucu biarpun mengubah sama sekali suasana sesuatu babak atau adegan.

Rakyat jelata manakala memakai pakaian biasa sahaja tanpa keluar daripada kebiasaan atau kelebihan baik pada warna, rupa atau kelakuannya,. Seterusnya ia harus pula melambangkan

perbezaan yang jelas dengan kebesaran Sultan dan pemerintahpemerintah negeri dibandingkan dengan kerendahan kedudukan mereka. Solekan mereka pun hanya setakat mencerahkan muka

supaya dapat diterangkan oleh cahaya lampu pentas dan mudah dilihat penonton. Hanya kalau sesuatu peranan rakyat mahu

diketengahkan sebagai watak penting barulah diberi keistimewaan kepadanya supaya memakai baju yang menarik dari pelakonpelakon rakyat yang lain. Ia perlu menyolek mukanya untuk

menambah atua membangkitkan keelokaan dan kebaikan atau kebengisan dan kejahatan peribadinya.

9.0

Penutup Dari penjelasan pensejarah, ulasan dan keterangan mengenai

pergerakan drama Bangsawan di bahagian-bahagian yang lalu, jelas menunjukkan bahawa Bangsawan merupakan satu daripada seni drama dan pementasaan yang benar-benar menjadi hak milik ciptaan orang-orang Melayu. Selepas diperkenalkan oleh kumpulan

53

54

Parsi di Tanah Melayu, dengan cepat telah meningkat sebagai bentuk hiburan yang popular sekali dalam zamannya. Selain daripada itu, Bangsawan juga lahir sebagai satu bentuk seni drama yang menggambarkan kebudayaan Melayu. Cerita-

ceritanya adalah cerita Melayu dan pakaian Melayu. Malah pelakonpelakon pun terdiri daripada anak-anak Melayu.

Oleh itu, Bangsawan selain daripada berfungsi menghibur, ia juga tergolong di bawah seni drama popular yang menyebarkan kebudayaan Melayu. Akan tetapi akibat ia wujud sebagai satu

cabang seni yang diperdagangkan oleh anak-anak Bangsawan sebagai satu sumber mata pencarian, faktor ini telah membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Bangsawan kerana

dieksploitasikan oleh anak-anak Bangsawan tadi. Malah, penontonpenonton juga tidak mementingkan mutu estetika persembahan sebuah drama Bangsawan. Apa yang lebih minat mereka ialah efek luaran iaitu yang kepada kegemilangan persembahan

dankecantikan pelakon-pelakon sahaja, tidak dari kesatuan semua ini untuk menambah mutu drama yang dilakonkan. Bangsawan telah mengalami kemerosotan pada akhirnya. Akibatnya,

54

55

BIBLIOGRAFI

Abdulah Rahman Napiah. 1987. Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Miettinen, J.O. 1992. Classical Dance and Theatre in South-East Asia. New York: Oxford University Press. Mohd Taib Osman. 1974. Traditional Drama and Music of Southeast Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Nina Zuhru. 1992. An Analysis of Mordern Malay Drama. Shah Alam: Biroteks (Biro Penyediaan Teks). Rahman Bujang. 1975. Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Saparman Bakri. 1982. Alam Teater. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Ariffin. 1993. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

55

56

Bangsawan adalah satu seni lakon Melayu yang tersendiri dengan asal usul dalam teater Parsi - satu bentuk hiburan popular di India dalam mendiang ke-19 dan cepat berkurunkurun ke-20. Menyedarkan Malaysia oleh Mamak pendatang-pendatang dalam mendiang 1800s, dan pada asalnya mempersembahkan dalam bahasa Hindi, Bangsawan dengan cepat telah mengambil mengempiskan kawasan Pulau Pinang dan di tempat lain pada semenanjung. Seni itu telah berkembang sepanjang masa kepada satu seni yang Melayu secara unik mempersembahkan dalam bahasa Melayu. Bangsawan adalah juga satu seni lakon yang pelbagai budaya benar-benar. Ia termasuk unsur-unsur Melayu, India, dan budaya-budaya Cina tiga kumpulan kebudayaan utama dalam Malaysia yang masa kini. Orkestra Bangsawan adalah sama-sama berlainan, mengandungi satu campuran India, Western, Amerika Latin, dan bunyi-bunyian peribumi Melayu. Muzik itu sendiri adalah satu gabungan Melayu dan unsur-unsur Western. Nyanyian Bangsawan gaya, perhiasan suara, dan pola-pola tong adalah Melayu jati untuk kebanyakan bahagian, walaupun sesetengah keharmonian dan pengorkestraan adalah Western dalam inspirasi Beberapa lagu irama Melayu patuh, manakala orang lain mengikut Timur Tengah, Cina, atau irama India. Kebanyakan daripada cerita-cerita itu datang daripada bahasa Melayu, Cina, atau budaya rakyat India, tetapi beberapa mengambil jalan cerita mereka daripada kerja-kerja bagi Tuan William Shakespeare dan penulis drama Western lain dan penulispenulis. Kostum-kostum, alatan, dan set-set pentas adalah satu bahagian penting sangat bagi teater Bangsawan. Setiap dengan berhati-hati dikaji dan pakaian tempah mempunyai satu makna tersendiri. Alatan itu dan adat mereka set-set menyokong cerita, tetapi perekapereka itu menyesuaikan ditetapkan untuk zaman moden dan untuk kejadian tempatan. Jalan terbaik untuk anda untuk memahami Bangsawan adalah bagi pengalaman satu prestasi. Pertunjukan itu bermula dengan seorang pelawak yang menelefon satu loceng tangan dan menarik anda dan yang lain para penonton duduk dekat jatuh. Orkestra drama-drama kemudian muzik tradisional sebagai langsir itu buka. Mungkin dengan jelas mewarnai kostum-kostum menangkap mata anda. Mungkin anda perhatikan set-set itu pertama. Bangsawan set-set pentas umumnya menunjukkan satu tempat kejadian istana di dalam warna kuning (warna diraja |) atau satu tempat kejadian taman dengan banyak dengan jelas mewarnai tumbuh-tumbuhan, bunga-bunga, dan air terjun. Muzik, menari, dan lagu-lagu menghidupkan prestasi dari mula bagi menamatkan. Jika cerita itu melibatkan akta-akta berani, prestasi itu mungkin termasuk pencak tradisional. Kalau anda meninggalkan kerusi anda semasa masa rehat, anda mungkin gagal

56

57

tambahan giliran skit-skit komedi atau tarian-tarian tradisional yang mengisi masa semasa perubahan-perubahan tetap. Bangsawan bermula untuk penurunan dalam populariti tidak lama selepas ketibaan wayang gambar-wayang gambar itu ke Malaysia. Terawal filem-filem senyap menunjukkan lagak ngeri mengagumkan dipersembahkan di atas gasing bangunanbangunan tinggi dan tempat-tempat tidak dapat dibayangkan lain yang pelakon-pelakon Bangsawan tidak dapat melakukan atau membiak di depan para penonton secara

57

Вам также может понравиться