Вы находитесь на странице: 1из 25

Tanaman Hiasan

Nama Kelas : Nurzaiwiatul Husna Bt. Mohd Zamri : 4 Marikh

Nama Guru : Puan Rezamarhanis Bt. Muda Sekolah : S.K. Antara Gapi

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Isi Kandungan
Bil. 1. 2. 3. Kandungan Penghargaan Projek Jenis-jenis Tanaman Hiasan -Pokok Renek -Pokok Naungan -Pokok Bunga Semusim -Pokok Palma -Pokok Memanjat/Menjalar -Penutup Bumi Muka Surat 4 5-6 7-25

Penghargaan
Saya murid bernama Nurzaiwiatul Husna dari
kelas 4 Marikh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup, Puan Rezamarhanis kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Sekalung budi juga buat ibu Puan Hafizah dan bapa Encik Mohd Zamri yang banyak memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menyiapkan folio Tanaman Hiasan ini. Di samping itu ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya.

PROJEK

TANAMAN HIASAN
Tanaman hiasan ditanam bagi menghiasi sesuatu kawasan untuk mewujudkan pemandangan yang ceria dan indah. Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. Jenis-jenis tanaman hiasan seperti berikut :1. Pokok naungan contoh pokok tembusu, pokoko beringin , pokok angsana 2. Pokok renek contoh pokok bunga raya, pokok bunga kertas, pokok siantan 3. Pokok bunga semusim contoh bunga balung ayam, pokok bunga keembong, pokok bunga matahari, zinnia, kekwa, butang 4. Pokok kaktus 5. Pokok palma contoh pokok pinang raja, pokok kelapa gading, pokok pinang manila 6. Pokok memanjat atau menjalar contoh pokok hemigrapis, pokok bunga kembang pagi, pokok bunga ros jepun 7. Penutup bumi contoh rumput , arachis spp

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

POKOK RENEK
Bunga Raya
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Galeri
Berikut adalah beberapa variasi Bunga Raya:
"King Kakalua" "Mystic Pink" "Pepper's Surprise"

"Timeless

"

"Apricot Brandy"

"Brilliant"

"Feelin Blue"

"Fire"

"Heart And Soul"

Berganda

"Kinchen's Yellow"

Lavras

"Pastel Pie"

Bunga Raya

Bunga Kertas
Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasantropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahandahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarnawarni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

10

Siantan
Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok Pecah Periuk sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine. Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

11

POKOK NAUNGAN
Pokok Tembusu

Pokok Tembusu adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Fagraea fragrans.

Pokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini. Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup. Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November. Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu. Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

12

Pokok Beringin

Pokok Ara Beringin atau nama sainsnya Ficus benjamina tergolong dalam keluarga pokok Ara, dan merupakan pokok asal di Asia tenggara dan selatan sehingga utara Australia. Ia merupakan pokok rasmi Bangkok, Thailand. Ia merupakan pokok yang mencecah 30 m tinggi secara semulajadi, dengan dahan melengkung dan daun berkilat sepanjang 6-13 cm, bujur dengan hujung menjulur (acuminate). Buahnya merupakan sumber makanan burung.

Dikawasan tropika, pokok Ara Beringin terseragam besar dan indah bagi taman dan keadaan lain seperti tepi jalan. Ia sering ditanam bagi tujuan ini.

Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat dalam Helaian Fakta ST-251 menyatakan "Akarnya tumbuh dengan pantas menguasai taman, menyelit di bawah dan mengangkat pejalan kaki, lambo, dan laluan kereta." Mereka memutuskan bahawa dalam bentuk pokok, ia terlalu besar bagi tanaman kediaman, dengan itu dalam kawasan tersebut spesies ini hanya digunakan sebagai pagar atau halangan pandangan yang perlu dicantas..

13

Pokok Angsana

Pokok Sena atau juga dikenali sebagai Angsana merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pterocarpus indicus. Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan ASEAN. Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina, pokok Sonokembang di Indonesia, pokok Tnug di Kemboja, dan pokok Pradu di Thailand. Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik. Pokok Sena merupakan pokok tinggi malar hijau yang mampu mencecah sehingga ketinggian 30 meter sehingga 48 meter ditempat asalnya. Daunnya sepanjang antara 12 hingga 22 cm dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm. Bunganya berbeza dari sedikit sehingga merimbun dan berbunga dari Februari hingga Mei di Malaysia dan Filipina. Ia berbau harum dan mempunyai kelopak kuning atau kuning bata. Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas. Buahnya yang matang dalam 4-6 bulan, menjadi perang apabila tua. Ia mempunyai sayap serabut bagi penyebaran melalui udara. Kebanyakan spesies Pterocarpus mengemari cuaca bermusim, tetapi P. indicus menggemari hutan hujan tropika.

14

POKOK BUNGA SEMUSIM


Bunga Balung Ayam
Nama Botani : Celosia arargentea var cristata Famili : Amaranthaceae

Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang yang licin dan mempunyai beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam. Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhy bahagian pokok direbus dan diminum airnya.

Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.

15

Bunga Keembong
Pokok Keembong (bahasa Inggeris: Garden balsam) merupakan sejenis pokok renek yang menyebar biji benih dengan cara meletupkan buahnya. Nama sainsnya Impatiens balsamina. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar. Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek. Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih,kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.

16

Bunga Matahari
Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam family Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.

17

POKOK PALMA
Pinang Raja
Ia juga dikenali sebagai pokok Sealing Wax Palm dari keluarga Areceaceyang mempunyai mayang bercabang dengan sulur merah. Buah hijau pada peringkat awal berubah menjadi hitam apabila masak turut menarik pandangan. Pinang kuning atau golden cane palm pula sesuai ditanam di kawasan rekreasi dengan penjagaan daun berterusan. Pelepah kering perlu dicantas dan pokok ini memerlukan pembajaan yang betul menggunakan sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE bagi pokok muda dan 15:15:15 sebaik saja mengeluarkan buah empat kali setahun.

18

Kelapa Gading
Pokok kelapa banyak terdapat di negara kita terutamanya di pesisiran pantai. Terdapat berbagai-bagai jenis pokok kelapa dan selalunya dinamakan mengikut bentuk pokok dan buahnya. Jenis yang biasanya ditanam orang ialah kelapa mawar, kelapa gading, kelapa puyuh dan kelapa hijau. Walau bagaimanapun, kelapa mawarlah yang paling banyak ditanam kerana buahnya besar dan harganya pula tinggi. Hampir kesemua bahagian pokok kelapa ada kegunaannya. Pucuk kelapa biasanya digunakan untuk membuat ketupat. Buah kelapa sama ada tua atau muda digunakan sepanjang masa. Santan daripada kelapa tua digunakaan bahan masakan atau dijadikan minyak. Air kelapa muda pula dijadikan minuman dan penawar penyakit. Lidi daun kelapa dibuat penyapu. Daripada mayangnya, kita boleh mendapatkan nira. Air nira boleh diminum begitu sahaja atau dimasak untuk dijadikan gula melaka. Nira yang diperam akan dijadikan tuak atau cuka. Sabut buah kelapa pula diproses dijadikan alatan seperti berus dan pengalas kaki. Di samping itu, tempurung buah kelapa boleh dikgunakan untuk menghasilkan kraf tangan seperti senduk dan hiasan rumah. Pada zaman dahulu, apabila seseorang bayi dilahirkan, orang tuanya akan menanam sebatang pokok kelapa. Umur anak itu diukur mengikut ketinggian pokok kelapa tersebut.

19

Pinang Manila
Sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. Palma biasanya mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang dan mempunyai sejambak daun. Contoh pokok ini ialah Rafis (Raphis excelsa),Pinang Raja(Cyrtostachys lakka),Pinang Kuning (Chrysalidocarpus lutescens) dan Pinang manila (Veitchia merillii)

20

POKOK MEMANJAT DAN MENJALAR


Hemigraphis

Tumbuhan yang memerlukan penjagaan yang rapi serta perlindungan dan teduhan dari pancaran terus cahaya matahari.Mendedahkan tumbuh-tumbuhan ini kepada cahaya matahari akan membantutkan pertumbuhannya dan berkemungkinan besar ia tidak akan mengeluarkan bunga. Tanaman Hiasan Dalaman lazimnya digunakan untuk tujuan hiasan dalaman di dalam bangunan, pejabat atau bilik dan juga ditanam dibawah pokok naungan di luar bangunan atau dilaluan yang dilindungi oleh atap "transparent". Contoh tumbuh-tumbuhan ini adalah seperti Anthurium sp.,Caladium sp.,Dieffenbachia sp. dan Begonia sp.

21

Bunga Kembang Pagi

Kembang pagi nama biasa untuk lebih daripada 1,000spesis tumbuhan berbunga di keluarga Convolvulaceae, yang semasa sistematik dalam fluks. Spesis kembang pagi tergolong dalam genus yang banyak.
Calystegia Convolvulus Ipomoea Merremia Rivea Astripomoea Operculina Stictocardia Argyreia Lepistemon

22

Bunga Ros Jepun

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

kegunaan: Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

23

PENUTUP BUMI
Rumput
Pokok rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnyaEchinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

24

Arachis spp
Arachis merupakan genus yang kira-kira 70 spesies tumbuhan berbunga tahunan dan saka dalam keluarga kacang (Fabaceae),berasal dari Amerika Selatan. Sekurangkurangnya satu spesies,kacang tanah (Arachis hypogaea), adalah spesies tanaman utamamakanan penting global; beberapa s pesies lain ditanam bagimakanan kepada sebahagian kecil di Amerika Selatan. Spesieslain seperti A. pintoi ditanam di serata dunia sebagai makanan haiwan dan tumbuhtumbuhan perapi tanah, dengan daun yangmenyediakan feed tinggi protein untuk ternakan ragut dan sumbernit rogen di dalam sistem agroforestry dan permakultur. Arachis spesies, termasuk kacang, digunakan sebagai tumbuhanmakanan oleh beberapa spesies Lepidoptera, termasuk bahu api,buah pala dan rama-rama orang bodoh.

25

Вам также может понравиться