ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT
1.1 Sinopsis
Pelajar-pelajar yang dikasihi
Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 7 . Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan merangkumi Hagemoni Barat dan Globalisasi iaitu takrif Hagemoni, globalisasi dan barat. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan isu-isu kontemporari yang antara lain berkenaan dengan media, ekonomi, politik ,sosial,hak asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara
1.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat ii. Menganalisis dan menghuraikan isu-isu kontemporari Tamadun islam dan Barat iii. Menggariskan kesan perkembangan isu-isu kontemporari kepada masyarakat dan Negara
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 2 1.3 KerangkaTajuk
1.4 Pengenalan
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia ini. Pada masa yang sama globalisasi membuatkan pengaruh, idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila perkara-perkara baharu ini boleh mempengaruhi (atau diterima) , ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai- nilai masyarakat tempatan. Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah, terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Perubahan nilai-nilai budaya secara tidak terkawal boleh membawa keruntuhan kepada sesuatu kebudayaan oleh sebab perubahan yang terlalu cepat dan tidak WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 3 terkawal akan mengakibatkan sebahagian daripada ahli dalam sesuatu budaya ketinggalan. Perubahan-perubahan akibat globalisasi ini mengambil perhatian ramai apabila didapati bahawa sebahagian besar daripada perubahan ini berkaitan dengan budaya dan hegemoni Barat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian besar daripada perubahan yang terdapat pada hari ini adalah hasil usaha kebudayaan Barat.
1.5 Hegemoni Barat dan Globalisasi Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang hegemoni Barat dan globalisasi , kita perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep-konsep hegemoni , Barat dan globalisasi terlebih dahulu.
1.5.1 Maksud Hegemoni Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain
1.5.2 Maksud Globalisasi Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya (Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global
1.5.3 Maksud Barat Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat . Kita perlu faham bahawa tanggapan ini amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya , masyarakat WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 4 Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang ini kita kenali sebagai Negara-negara Eropah.
1.6 Isu-Isu Kontemporari 1.6.1 Media Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.
Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin. 1.6.2 Ekonomi Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.
Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance). Sistem ekonomi feudal hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 5
1.6.3 Politik Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.
Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam
1.6.4 Sosial Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 6 1.6.5 Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. 1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan 2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain 3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah
1.6.6 Krisis Alam Sekitar Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( humans dominance over nature) dan manusia yang terbaik WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 7 akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya. Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu diselamatkan. Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat.
1.6.7 Persepsi Jihad Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Masyarakat Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini.
Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat Barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara-perkara yang boleh WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 8 dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar.
Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun (civilized) bagi mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses pendamaian diplomasi.
1.6.8 Etika Dalam sains Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak.
Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak
Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.
1.7 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 9 Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.
Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.
Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.
KESIMPULAN Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 10 Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain- lain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas. Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih- Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 11
Tajuk 8 Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara 10 Prinsip: Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi Kerajaan yang adil dan beramanah Rakyat yang berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hal kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam semulajadi Kekuatan pertahanan
1.0 Sinopsis Tajuk 8 dalam Modul TITAS untuk PGSR ini menekankan aspek dan kefahaman pelajar mengenai perlaksanaan Islam Hardhari. Semoga dengan memahami tajuk ini, pelajar akan lebih menggembelingkan tenaga dan tindakan agar selari dengan kehendak perlaksanaan Islam hadhari. Islam Hadhari bukanlah memberi penafsiran dan penjenamaan semula kepada islam atau menambah elemen di dalamnya, tetapi sebaliknya Islam hadhari adalah satu percambahan fikiran dengan memberi kesan lonjakan kepada pelaksanaan Islam sebagai satu cara hidup. Modul ini juga tidak akan mengambil keseluruhan prinsip dalam Islam Hadhari, sebagai bahan pembacaan modul ini akan memfokuskan kepada dua prinsip sahaja. Prinsip-prinsip lain yang terkandung dalam Islam Hadhari akan dikuliah oleh pensyarah di dalam interaksi kuliah pelajar.
2.0 Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan konsep Islam hadhari dan proses pembangunan negara. 2. Memahami prinsip-prinsip Islam Hadhari dan mengaplikasinya dalam kehidupan.
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 12 3.0 Kerangka Pelajaran
4.0 Pengenalan Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 13 lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Bagaimanakah selayaknya, kita umat Islam bertindak dan berinteraksi dengan seluruh warga negara Malaysia yang pelbagai etnik dan kepercayaan sebagai usaha memupuk perpaduan dan kejagatan ummah sebagaimana Rasulullah saw berupaya memupuk dalam Shahifah Madinah
5.0 Prinsip Islam Hadhari Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama: i. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI ii. Kerajaan adil dan beramanah iii. Rakyat berjiwa merdeka iv. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Penguasaan ilmu pengetahuan v. Kehidupan berkualiti vi. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita vii. Keutuhan budaya dan moral viii. Pemeliharaan alam semula jadi ix. Kekuatan pertahanan
Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana- mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia. Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index. php?page=ilmu WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 14 perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:
Berpandukan kepada keterangan dan kefahaman anda mengenai Islam Hadhari, jelaskan maksud hubungkait aspek globalisasi dan langit terbuka kepada ketahanan dan keutuhan akidah Islam
i. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama ii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal iii. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa iv. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta v. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan. Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lilalamin) untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global. Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 15 Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan. Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Allah SWT berfirman:
;u4--4 .EOg C4>-47 +.- 4O-O.- E4O=E- W 4 w4> El4l14^ ;g` 4Ou^O- W }O;O4 .E =}=O;O +.- C^O) W 4 ;ul> E1=OE^- O) ^O- W Ep) -.- OUg47 4gO^^- ^__ WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 16
Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah- limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". (Surah al-Qasas: Ayat 77) 6.0 KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-Araaf :96, O4 Ep u- -O4O^- W-ONL4`-47 W-OE>-4 4L4-E jgOU4N eE4O4 =}g)` g7.EOO- ^O-4 }4 W-O+OOE e_4^'O E) W-O+^ 4pO+lO'4C ^_g Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah- limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah : 256 E-4O^) O) g].- W ~ 4E-4:E> ;-OO- =}g` +]/E^- _ }E O'4C gO7-C) -;g`uNC4 *.) g El=O;4-c- jE4ON^) _O^+O^- 4=g^- EO +.-4 77OgE- N7)U4 ^g)g Maksudnya : "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman, 7 7N4Cg1 4Oj4 g1 ^g WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 17 Maksudnya: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku
7.0 KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90 Ep) -.- NON`4C ;E^) ^}=O;Oe"-4 ^<.4-C)4 OgO _.O^- _OeuL4C4 ^}4N g7.4=E^- @OE:4^-4 +/^4l^-4 _ 7Og4C :^UE ]NO-EO> ^_ Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
Berpandukan kepada mujam al-Quran, pelajar diminta untuk mengumpulkan seberapa banyak ayat al-Quran yang membahaskan berkaitan aspek pemerintahan dan gaya kepimpinan
Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-quran dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al- Maaidah : 8 Og^4C -g~-.- W-ON44`-47 W-O+^O7 --g`O~ *. 47.-EOg+ OO^) W 4 :EL4`@O;4C Np4*E4E- `O~ -O>4N W-O7gu> _ W-O7g;N- 4O- C4O^~ O4O^+-Ug W W-OE>-4 -.- _ ]) -.- lOO):E= E) ]OUEu> ^g Maksudnya :Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 18
Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,
Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-quran dan hadis Nabi SAW. Dalam al- quran Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa :58
Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-quran surah Saba : 15 ; 4p~E 4l=Og O) )_g4O4` O4C-47 W p4-E4E_ }4N -g4C Eg-4 W W-OU7 }g` -^ejO 7)4O W-NO7;--4 +O _ E4-4 O4:jOC 4O4 EOOEN ^) Maksudnya : Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.
8.0 PENUTUP Perlaksanaan Islam Hadhari oleh kerajaan Malaysia telah menyemarakan lagi penghayatan agama Islam kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Kefahaman dan WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 19 pengahatan prinsip-prinsip Islam hadhari yang terkadung akan lebih membantu umat Islam di Malaysia berusaha untuk menjadi seorang penganut Islam yang baik. Usaha sedemikian hendaklah disahut seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam. Prinsip pertama dan kedua yang terdapat dalam Islam hadhari telah kita bincangkan pada peringkat awal penulisan modul ini, sebenarnya menjadi tunjang dan asas kepada pemahaman prinsip-prinsip lain. Sesungguhnya pembentukan sebuah kerajaan yang amanah adalah menjadi satu kewajipan kepada sesiapa yang menjalankan amanah ini. Kegagalan untuk berakhlak dan mempraktiskan seluruh amalan yang terkandung di dalam Islam serta menjiwainya sebelum, semasa dan selepas sesuatu keputusan itu selaku pimimpin, maka implikasinya akan ditanggung oleh seluruh rakyat. Sesungguhnya musibah Allah swt itu dalam pelbagai bentuk akan melanda sesebuah negara bilamana pimimpin gagal memenuhi dan menuruti segala kehendak dan tuntutan Islam. Oleh yang demikian, sebelum seseorang itu bergelar pemimpin, ia sewajarnya terlebih dahulu mengamalkan setiap inci ajaran Islam, kemudian menggalakkan rakyatnya untuk bertindak seperti beliau. Kerana sesungguhnya, keraguan terhadap satu elemen atau satu ajaran Islam akan member akibat yang sungguhnya dahyat kepada aqidah umat Islam, oleh yang demikian kita hendaklah mengEsakan Allah swt dalam segenap tindakan dan perbuatan kita. Gagasan Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia adalah satu medan buat umat Islam bagi membangunkan semula kegemilangan Islam yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah lalu. la juga merupakan satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan Islam agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam mengerakkan inisiatif memakmurkan negara Malaysia. Meletakkan Islam Hadhari sebagai satu keutamaan dari sudut positif akan menggalakkan suasana sihat antara kaum di Malaysia. Sebarang hujah berbentuk negatif dan provokasi harus dielakkan demi menjana idea bagi menggerakkan usaha maa'ruf (mendorong kebaikan dan keadilan), menolak kemungkaran (kejahatan) serta kebathilan (kebinasaan).
WAJ3101 Tamaddun Islam dan Tamddun Asia ( TITAS ) 20