Вы находитесь на странице: 1из 27

U1IAN BULANAN PERTAMA

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.




































Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda.

ATAU
2 Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana industri
pelancongan dapat menaikkan nama negara kita.

ATAU
3 Selaku pegawai bomba anda dikehendaki menyampaikan ceramah tentang langkah-langkah
keselamatan bagi mencegah kebakaran.
Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.

Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Sesi persekolahan sudah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi cuti persekolahan akan tiba.
Sebelum cuti persekolahan bermula, peperiksaan akhir tahun akan diadakan. Semua murid perlu
menduduki peperiksaan itu. Ravi merupakan murid tahun lima yang amat terkenal dengan kenakalan dan
kemalasannya. Cikgu Amir telah mengumumkan peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada bulan
hadapan. Ravi hanya mendengar dan tidak mengambil apa-apa tindakan selepas Cikgu Amir membuat
pengumuman itu. Ravi masih lagi bermain-main dan malas mengulang kaji pelajaran. Sedangkan kawan-
kawannya yang lain tekun mengulang kaji pelajaran. Hari peperiksaan telah tiba. Ketika di dalam dewan
peperiksaan, Ravi menjadi cemas. Ravi mula memandang ke kiri dan kanan kerana dia tidak dapat
menjawab soalan. Perasaan menyesal tiba-tiba datang dalam dirinya. Namun, semuanya sudah terlambat.
Akhirnya dia bertanya kepada rakan baiknya, Mazlan yang duduk di sebelahnya. Mazlan bersimpati lalu
menghulurkan secebis kertas yang bertulis jawapan kepada Ravi. 'Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan mereka telah disedari oleh guru lalu mereka ditangkap. Perbuatan
mereka telah dilaporkan kepada guru besar. Mereka dimarahi oleh guru besar dan digantung daripada
menduduki peperiksaan. Ravi menyesal. Dia juga berasa bersalah terhadap Mazlan. Gara-gara
perbuatannya, Mazlan turut digantung daripada menduduki peperiksaan. Mereka berjanji tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi. Peristiwa tersebut telah menjadi pengajaran yang bermakna buat dirinya.
Ravi berjanji akan mengubah sikapnya yang malas dan nakal itu.


U1IAN BULANAN KEDUA

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.
Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.








































Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Anda selaku seorang Setiausaha Persatuan Pengguna sekolah.
Tuliskan satu laporan tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut.

ATAU
2 Guru disiplin sekolah anda telah memberi ucapan pada majlis tahunan di sekolah anda.
Tulis semula ucapan tersebut.

ATAU
3 Anda berpeluang mengikuti keluarga bapa saudara anda menghabiskan cuti hari minggu di kampung
datuk anda.
Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk berada di kampung datuk anda dengan selengkapnya.


Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Zana merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawan-
kawannya yang sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi sikap Zana.
Pada suatu hari, Cikgu Adibah telah mengadakan ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik. Zana tidak
terkejut dengan hal itu, walaupun dia tidak mengulang kaji pelajaran tersebut. Ketika ujian berlangsung,
Zana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Lalu dia meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa
disedari, Cikgu Adibah ternampak perbuatan Zana. Akibatnya keputusan ujian Zana digantung. Zana
sungguh kecewa dan marah dengan tindakan Cikgu Adibah. Selepas tamat waktu persekolahan, Zana terus
pulang ke rumah dengan menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk membalas dendam
terhadap Cikgu Adibah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi, dia
terpaksa mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi
kemarahan Zana. Nasib Zana ibarat, Sudah jatuh ditimpa tangga`. Di sekolah, keputusan ujian Zana
digantung, pulang dari sekolah pula, basikalnya meragam.

PEPERI KSAAN PERTENGAHAN TAHUN -


SET 1

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Anda bersekolah dan tinggal di asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada keluarga anda di
kampung.
Ceritakan tentang keadaan anda dan beritahu mereka bahawa anda akan pulang pada cuti persekolahan
akan datang.

ATAU
2 Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk Kepentingan Disiplin dalam Hidup Setiap Manusia.`

ATAU
3 Aktiviti pertanian mempunyai potensi yang cerah jika diusahakan dengan gigih. Para petani akan
mendapat Iaedah yang banyak jika mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Bincangkan.



Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Ramli mempunyai sebuah gerai ikan bakar di Kajang. Ramli membuka gerai tersebut dengan
modal permulaan sebanyak RM 500. Gerai ikan bakar Ramli memang dikenali ramai. Gerainya sentiasa
mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk luar.
Mereka datang dari jauh semata-mata ingin menikmati kesedapan dan keenakan ikan bakar Ramli. Gerai
Ramli menjadi sebutan dan tidak hairanlah jika gerainya sentiasa dipenuhi pengunjung pada setiap malam.
Setelah perniagaan Ramli maju, dia tidak mampu lagi untuk menguruskan gerai ikan bakarnya sendirian.
Ramli mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya. Walaupun Ramli sibuk dan letih, namun
dia tetap memberi layanan yang baik kepada para pelanggannya. Kepuasan hati pelanggan merupakan
kepuasan bagi dirinya. Pada tahun berikutnya, perniagaan Ramli tidak tertumpu pada ikan bakar sahaja
tetapi disediakan juga sotong bakar dan kerang bakar. Idea untuk menjual sotong dan kerang bakar adalah
cadangan daripada seorang pelanggannya yang sering kali berkunjung ke gerainya. Ramli bercita-cita ingin
membuka gerai ikan bakar yang lebih besar pada suatu hari nanti. Jika dia berusaha dengan gigih,
impiannya pasti akan menjadi kenyataan.

PEPERI KSAAN PERTENGAHAN TAHUN -


SET 2


Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


























Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Tuliskan sebuah karangan bertajuk Aku Seorang Pramugari`.

ATAU
2 Tuliskan sebuah karangan berpandukan peribahasa 'Mendengar Guruh di Langit, Air Tempayan
Dicurahkan.

ATAU
3 Alam yang ceria sudah pasti dapat menenangkan Iikiran kita.
Nyatakan langkah-langkah untuk memelihara persekitaran sekolah.


Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Kehidupan keluargaku umpama kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang`. Bapaku seorang penoreh getah manakala ibuku seorang suri rumah. Aku
bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang doktor. Aku berhasrat pada suatu hari nanti aku akan dapat
membela nasib keluargaku yang miskin. Setiap hari, aku berjalan kaki ke sekolah. Walaupun perjalanan ke
sekolah agak jauh namun itu tidak melemahkan semangatku untuk belajar. Ayahku tidak mampu
membelikan sebuah basikal untukku berulang alik ke sekolah. Di dalam kelas ketika guru mengajar, aku
amat tekun dan memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Aku juga tidak menghiraukan rakan-rakan yang
suka berbual kosong dan bermain-main ketika guru tiada di dalam kelas. Aku terus berusaha dan akhirnya
usahaku selama ini tidak sia-sia. Aku mendapat 11A dalam peperiksaan SPM dan dinobatkan sebagai
pelajar cemerlang. Aku sungguh gembira apatah lagi kedua orang tuaku. Ibu menitiskan air mata kerana
terlalu gembira dengan kejayaanku. Dengan kecemerlangan ini aku telah ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan perubatan. Di universiti aku teruskan usahaku dan
menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran untuk merealisasikan impianku. Aku bersyukur kerana cita-
cita dan impianku untuk menjadi seorang doktor telah tercapai dan bukan lagi angan-angan. Kini, aku
sudah bergelar doktor. Aku mahu berbakti kepada masyarakat.


U1IAN BULANAN KETI GA

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.
Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Anda telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Dalam majlis tersebut, anda diminta menyampaikan
ucapan.
Tuliskan ucapan tersebut.

ATAU
2 Anda terpaksa tinggal bersama pak cik dan mak cik anda ketika ibu bapa anda pergi ke London untuk
menjenguk abang anda yang sakit. Gambarkan suasana kehidupan anda ketika bersama mereka.

ATAU

3 Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Banjir di Kampung Saya`.

Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

Pada suatu hari, Ali dalam perjalanan pulang dari sekolah. Kali ini Ali pulang menggunakan jalan
pintas yang jarang dilaluinya. Tiba-tiba dia ternampak suatu objek hitam dalam semak di tepi jalan. Ali
mendekati objek hitam tersebut. Ali menarik keluar objek hitam itu. Rupa-rupanya objek hitam itu
merupakan sebuah beg hitam yang besar dan berat. Lalu, Ali membuka zip beg hitam itu dengan berhati-
hati. Ali tergamam apabila melihat wang kertas yang memenuhi beg itu. Ali tidak tahu apakah tindakan
yang harus diambil olehnya. Namun selepas beberapa lama berIikir, Ali mengambil keputusan untuk
menghantarkannya kepada pihak polis. Ali menyerahkan beg hitam berserta wang tersebut kepada pihak
polis. Beberapa hari kemudian, Ali telah dibawa berjumpa dengan seorang pengurus bank. Rupa-rupanya,
dua minggu yang lalu telah berlaku satu rompakan di sebuah bank. Wang di dalam beg hitam itu adalah
wang yang dirompak oleh perompak-perompak itu. Menurut polis, kemungkinan besar perompak-
perompak itu terlalu cemas sehinggakan salah satu beg tercicir ke dalam semak-samun, tanpa disedari oleh
mereka. Pengurus bank itu mengucapkan terima kasih kepada Ali dan memberi ganjaran kepadanya. Ali
menolak tawaran tersebut kerana Ali bukan mahukan ganjaran tersebut.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - SET 1

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Anda telah memenangi anugerah Pelakon Terbaik` sempena pertandingan drama antara sekolah-
sekolah rendah peringkat daerah. Dalam satu majlis anda diminta berucap.
Tuliskan teks ucapan anda itu selengkapnya.

ATAU
2 Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Layang-layang`.

ATAU
3 Satu pertandingan memasak antara kaum ibu telah diadakan di sekolah anda sempena hari terbuka
sekolah. Sebagai seorang anggota redaksi majalah sekolah, anda dikehendaki menemu
ramah peserta yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut.
Tuliskan temu ramah anda itu selengkapnya.



Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.


Tanggal 11 November 2009, cuti sekolah telah bermula. Ini adalah saat yang aku nanti-nantikan. Aku
dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung bagi menziarahi datuk dan nenek.
Sudah hampir satu tahun aku dan keluarga tidak menjenguk mereka. Rumah datuk terletak berhampiran
dengan sungai. Air sungai itu sangat dalam dan deras. Awal-awal lagi ibu sudah berpesan kepadaku supaya
tidak mandi di sungai tersebut. Tetapi apabila melihat kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai itu, aku
pun teringin untuk menyertai mereka. Ibu dan ayah asyik berbual panjang dengan datuk dan nenek. Lalu
aku pun mengambil peluang ini untuk mandi di sungai tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah. Aku pergi
bersama-sama dengan kawan-kawan yang baru aku kenali di kampung tersebut. Kawan-kawanku memang
mahir berenang tetapi aku tidak pandai berenang. Sedang asyik bermandi-manda aku rasa tubuhku
dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Aku hampir kelemasan. Lantas aku menjerit meminta tolong.
Nasib baik kawan-kawanku menyedarinya lantas menyelamatkanku. Peristiwa itu menginsaIkan aku dan
aku menyesal kerana inilah balasannya jika tidak mendengar nasihat ibu dan ayah. Walaupun begitu aku
amat bersyukur kerana terselamat.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - SET 2

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.



















Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Anda sebagai seorang wartawan di sebuah majalah ditugaskan untuk mewawancara seorang murid
cemerlang UPSR.
Sediakan teks wawancara anda itu selengkapnya.

ATAU
2 Anda diminta memberi ceramah yang bertajuk Penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kalangan
Remaja`.

ATAU
3 Tuliskan sebuah karangan berpandukan Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan`.



Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.


Shamsul dan Navin pergi ke sebuah pasar raya. Mereka hendak membeli makanan dan minuman
ringan untuk jamuan kelas mereka yang akan diadakan pada minggu hadapan. Suasana di pasar raya itu
riuh-rendah dan dipenuhi orang ramai. Ketika sibuk memilih barang, mereka ternampak seorang budak
perempuan sedang menangis di suatu sudut berhampiran bahagian pakaian kanak-kanak. Mereka
menghampiri budak perempuan itu lalu bertanyakan sebab budak itu menangis. Pertanyaan mereka itu telah
menyebabkan budak perempuan itu semakin kuat menangis. Budak itu juga takut-takut ketika memandang
mereka. Shamsul dan Navin cuba memujuk dan menenangkannya. Akhirnya pujukan mereka berjaya, lalu
budak perempuan itu berhenti menangis. Mungkin dia menyedari Shamsul dan Navin bukannya berniat
jahat tetapi ingin membantunya. Budak perempuan itu menceritakan bahawa dia telah terpisah dengan
ibunya ketika sedang membeli-belah. Setelah mendengar cerita budak perempuan itu, Shamsul dan Navin
terus membawanya pergi ke kaunter pertanyaan. Mereka meminta supaya petugas di situ membuat
pengumuman tentang kehilangan budak itu. Beberapa minit sahaja bergemalah pengumuman tersebut di
seluruh ruang legar pasar raya itu. Tidak lama kemudian, datang seorang wanita muda ke arah kaunter
tersebut dengan wajah yang cemas. Rupa-rupanya dia adalah ibu kepada budak perempuan itu. Mereka
berpelukan. Wanita muda itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Shamsul dan Navin atas
pertolongan mereka itu.


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - SET 3

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu
dikehendaki menfawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menfawab
Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A
asa dicadangkan . 15 minit)
10 markah)

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.




Bahagian B
asa dicadangkan . 40 minit)
0 markah)

Pilih 8atu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

1 Tuliskan satu karangan biograIi lengkap tentang seorang guru yang anda kagumi.

ATAU
2 Anda sebagai pemberita di sebuah akhbar telah ditugaskan menemu ramah Pegawai Perhilitan untuk
mengetahui punca-punca kepupusan hidupan liar dan langkah-langkah mengatasi masalah itu.

ATAU
3 Berikan pendapat anda untuk mengatasi ancaman najis dadah dalam kalangan masyarakat Malaysia.



Bahagian C
asa dicadangkan . 20 minit)
20 markah)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam
satu perenggan.

'Kelas ini jika tidak mendapat anugerah sebagai kelas terbersih tidak mengapa. Tidak mendapat
sebarang hadiah pun saya tidak hairan. Tetapi jika dinobatkan sebagai kelas terkotor, saya tidak boleh
menerimanya, kata Cikgu Izzah dengan tegas.

'Saya berasa cukup sedih apabila kamu berasa selesa belajar sedangkan di kiri dan kanan kamu
dipenuhi sampah. Saya bagi tempoh hingga esok. Saya mahu kelas ini berubah atau kita belajar di padang
sekolah. Habis kalimat itu diluahkan, Cikgu Izzah pun keluar.
Kelas Tahun Enam Anggerik yang sebelum ini sepi, tiba-tiba bertukar menjadi pasar malam.
'Kelas kita kotor kerana mereka yang ditugaskan bekerja tidak menjalankan tugas yang
dijadualkan, luah TauIik.
'Orang yang ditugaskan bekerja sudah buat kerja, tetapi ramai murid kelas ini tidak tahu menjaga
kebersihan. Membuang sampah ikut sedap hati sahaja, celah Haikal.
'Saya tidak mahu cakap banyak. Cuma saya mahu, mereka yang pandai bercakap, perlu
membuktikan kata-katanya itu bukan dengan air liur. Petang ini tepat jam 2.30 petang, semua murid kelas
ini yang sayangkan kelas, sayangkan guru, datanglah untuk kerja-kerja keceriaan. Sekian, kata Hamdan
selaku ketua kelas.
Keesokan harinya, sebaik sahaja Cikgu Izzah melangkah ke kelas itu, dia agak terkejut. Diperhatikan
sekeliling kelas. Cermin berkilat, lantai tidak berdebu, dan sampah tidak bertaburan lagi. Dalam masa
sehari perubahan begitu ketara, desis hatinya.
'Kata orang, hendak seribu daya, jika tidak mahu seribu dalih. Saya bangga atas kerjasama kamu
semua untuk mencantikkan kelas, puji Cikgu Izzah.

Ujian Bulanan Pertama

Bahagian A
1 Nadia merupakan murid tahun enam di Sekolah Rendah Sri Serdang.
2 Dia telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam panas.
3 Seorang guru bersama tiga orang rakan sekelas datang melawatnya.
4 Mereka membawa bunga dan buah tangan untuknya.
5 Nadia sangat gembira dengan kedatangan mereka.

Bahagian B
1 Pendahuluan
- Ibu bapa cuti- berjalan-jalan di pasar malam
Isi-isi penting
- Dibanjiri oleh orang ramai- suasana meriah
- Tertinggal barang- cari di merata-rata tempat- gagal
Penutup
- Dijumpai oleh seorang budak
- Dipulangkan kepada kami
- Balik rumah dengan rasa bersyukur

2 Pendahuluan
- Industri pelancongan - salah satu sumber pendapatan yang tinggi bagi negara kita

Isi-isi penting
- Memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen dan pameran
- Menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong mudah tertarik
- Dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing
Penutup
- Industri yang paling menguntungkan Malaysia

3 Pendahuluan
- Kebakaran berlaku kecuaian pengguna
Isi-isi penting
- Sediakan pemadam api
- Tutup semua suis sebelum meninggalkan rumah
- Letakkan bahan yang mudah terbakar di tempat yang selamat
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain api
Penutup
- Kerjasama daripada semua pihak
- Kata-kata penamat


Bahagian C
1 Kita mestilah selalu mengulang kaji pelajaran.
2 Kita mestilah membuat persediaan
awal sebelum menduduki peperiksaan.
3 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
4 Janganlah kita meniru semasa peperiksaan berlangsung.
5 Orang yang melakukan kesalahan sewajarnya mendapat hukuman.
Ujian Bulanan Kedua
Bahagian A
1 Gambar ini menunjukkan tentang aktiviti yang sedang dilakukan oleh keluarga Anita pada suatu
petang.
2 Anita dan ayahnya sedang menonton televisyen.
3 Ibu Anita sedang menjahit baju sambil menonton televisyen.
4 Datuk Anita pula sedang tekun membaca surat khabar.
5 Adik Anita pula sedang leka bermain kereta mainan.
Bahagian B
1 Pendahuluan
- Tajuk laporan
- Senarai organisasi persatuan
Isi-isi penting
- Pertandingan mencipta logo
- Lawatan sambil belajar ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
- Membuat tinjauan ke pusat membeli-belah
Penutup
- Berhati-hati ketika membeli-belah
- Pengakuan pelapor
- Tandatangan - nama - jawatan

2 Pendahuluan
- Kata-kata aluan - ucapkan terima kasih
Isi-isi penting
- Sukan memberi Iaedah - Iizikal dan mental cergas
- Memupuk nilai-nilai setiakawan -
kerjasama dan bersatu-padu memupuk semangat muhibah dalam kalangan murid
- Mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat
- Meningkatkan tahap disiplin
Penutup
- Ucapan terima kasih kepada guru besar kerana memberi kata-kata perangsang
- Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sukan


3 Pendahuluan
- Bertolak ke kampung datuk
Isi-isi penting
- Mengikut datuk ke sungai - sampai di rumah - suruh nenek masak lemak cili api
- Sajian makan tengah hari siap disediakan
- Petang - bapa saudara memanjat pokok rambutan
Penutup
- Bertolak pulang - datuk dan nenek berasa sedih

Bahagian C
1 Jauhilah daripada sikap malas belajar.
2 Jangan suka mengganggu orang lain.
3 Kita mestilah membuat persediaan sebelum menduduki ujian.
4 Kita mestilah menerima akibat daripada perbuatan sendiri.
5 Janganlah kita suka berdendam.


Peperik8aan Pertengahan Tahun - Set 1
Bahagian A
1 Gambar ini menunjukkan situasi di tepi sungai.
2 Kelihatan sebuah keluarga sedang berkelah di tepi sungai.
3 Di seberang sungai itu pula kelihatan tiga orang budak lelaki sedang memancing ikan.
4 Dentuman yang kuat dari arah jalan raya mengejutkan mereka.
5 Rupa-rupanya, sebuah kereta telah melanggar penghadang jalan dan terhumban ke dalam
sungai.

Bahagian B
1 Pendahuluan
- Menanyakan khabar keluarga
- Menyatakan khabar kamu
Isi-isi penting
- Nyatakan keadaan pelajaran dan pencapaian
- Nyatakan tujuan menulis surat akan balik ke kampung - tarikh cuti sekolah
- Suruh ayah tunggu di perhentain bas
Penutup
- Menyatakan kerinduan terhadap keluarga - tidak sabar untuk bersua -sampaikan salam







2 Pendahuluan
- Kata-kata aluan - tahap disiplin hari ini
Isi-isi penting
- Seorang yang berdisiplin akan mencapai kejayaan
- Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Dapat menyiapkan kerja dengan cepat
- Menepati janji
Penutup
- Berharap semua dapat mendisiplinkan diri daripada sekarang

3 Pendahuluan
- Malaysia sebuah negara yang sesuai untuk mengeluarkan hasil pertanian
- mempunyai iklim dan tanah yang sesuai.
Isi-isi penting
- Petani harus gigih - lakukan penanaman secara besar-besaran
- Agensi pertanian perlu menyediakan kemudahan - bantuan modal - khidmat nasihat
- Hasil pertanian dijual terus atau dijual kepada FAMA
- Pendapatan yang menguntungkan - jika dilakukan secara bersungguh-sungguh
Penutup
- Masyarakat dan negara terhutang budi kepada petani - pembekal sumber makanan kepada
rakyat

Bahagian C
1 Kita mesti gigih berusaha untuk berjaya.
2 Pelanggan perlu dilayan dengan baik.
3 Kita mesti kreatiI untuk memajukan lagi perniagaan.
4 Kita mesti mempunyai matlamat untuk memajukan lagi perniagaan
5 Kita mesti sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.

Peperik8aan Pertengahan Tahun - Set 2

Bahagian A
1 Gambar ini menunjukkan situasi di bilik mandi di rumah Amirul.
2 Kelihatan ibu Amirul sedang membasuh kain.
3 Amirul pula sedang mandi.
4 Adik Amirul pula sedang berendam di dalam besen yang berisi air.
5 Kakak Amirul pula sedang membawa pakaian yang kotor untuk dicuci oleh ibunya.





Bahagian B
1 Pendahuluan
- Namaku - Noraliah Aisyah
- Memohon menjalani latihan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
Isi-isi penting
- Menjalani latihan selama setahun
- Kini - berpeluang terbang ke beberapa destinasi
- Pengalaman yang cukup indah
- Gembira - menjalankan tugas dengan baik dan lancar
Penutup
- Melayani karenah penumpang dengan sabar dan mesra

2 Pendahuluan
- Kerana mengharapkan keuntunganbesar yang belum pasti, keuntungan yang sedia dimiliki
dilepaskan
Isi-isi penting
- Kamarul terpengaruh dengan pujukan Jamal
- Jamal - suruh jual tanah mencari modal buka perniagaan
- Tanpa berIikir panjang - Kamal jual tanah
- Akhirnya semua wang dilarikan oleh Jamal
- Tanah tergadai - duit lesap
Penutup
- Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

3 Pendahuluan
- Persekitaran sekolah memainkan peranan yang penting bagi pembelajaran pelajar
Isi-isi penting
- Gotong-royong harus diadakan
- Sekolah patut menubuhkan Kelab Pencinta Alam dan mengadakan aktiviti
- Tidak menjaga kebersihan, menjejaskan keindahan sekolah - dikenakan hukuman
Penutup
- Perlu bekerjasama demi memelihara persekitaran sekolah

Bahagian C
1 Setiap orang mestilah mempunyai cita-cita untuk berjaya.
2 Kita mestilah memberi perhatian semasa guru mengajar.
3 Tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berIaedah.
4 Kejayaan akan dapat dicapai melalui usaha yang gigih.
5 Berbaktilah kepada mereka yang memerlukan.





Ujian Bulanan Ketiga

Bahagian A
1 Pada suatu hari, Fahmi terjumpa dompet di tepi jalan.
2 Fahmi menyerahkan dompet itu kepada pihak polis.
3 Keesokannya seorang pelancong dari Belanda datang ke balai polis untuk membuat laporan
tentang kehilangan dompetnya.
4 Polis telah menyerahkan dompet yang dijumpai oleh Fahmi kepada pelancong itu.
5 Pelancong itu mengucapkan terima kasih dan memberikan hadiah kepada Fahmi.
Bahagian B
1 Pendahuluan
- Kata-kata aluan
Isi-isi penting
- Mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak yang memilihnya
- Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan
- Terima kasih - ibu bapa dan guru-guru - banyak membantu
Penutup
- Ucapan terima kasih

2 Pendahuluan
- Kehadiranku tidak disenangi oleh Mak Cik Yam - dia masih berdendam dengan
ibuku
- Aku tidak dapat ikut ke London - kerana peperiksaan sudah hampir
Isi-isi penting
- Ayah dan ibu berpesan supaya aku tidak nakal ketika berada di rumah pak cik
- Mak cik berubah sikap sebaik sahaja pak cik pergi kerja - menjadi bengis
- Pak cik terlihat perbuatan mak cik
- cuba memukul mak cik - aku menghalang
Penutup
- Mak cik meminta maaI dariku

3 Pendahuluan
- Hujan turun tidak henti-henti - tiga hari
- Air sungai melebihi paras bahaya
Isi-isi penting
- Ibu suruh saya berkemas barang-barang penting - simpan di tempat selamat
- Kelihatan orang ramai sibuk mengemas
- Pindah ke balai raya - bekalan makanan disediakan
Penutup
- Situasi tidak selesa
- Hujan mula berhenti - pulang ke rumah


Bahagian C
1 Kita mestilah pandai membuat keputusan yang tepat.
2 Kita mestilah menyerahkan barang yang bukan kepunyaan kita kepada pihak yang
bertanggungjawab.
3 Jangan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
4 Kita mestilah berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita.
5 Kita mestilah melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.


Peperik8aan Akhir Tahun - Set 1
Bahagian A
1 Gambar ini menunjukkan situasi di luar rumah HaIizi pada suatu petang.
2 Ibu HaIizi sedang menyiram bunga manakala ayahnya pula sedang memotong dahan bunga
yang sudah mati.
3 Datuk HaIizi pula sedang berehat di atas kerusi.
4 Nenek HaIizi pula sedang menjahit baju.
5 HaIizi dan adiknya baru pulang dari sekolah.
Bahagian B
1 Pendahuluan
- Kata-kata aluan kepada hadirin
Isi-isi penting
- Mengucapkan rasa bertuah kerana memenangi anugerah Pelakon Terbaik`
- Kejayaan ini milik semua warga sekolah
- Banyak latihan dilakukan
- Mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu
Penutup
- Mengucapkan terima kasih

2 Pendahuluan
- Diperbuat - buluh, benang, kertas warna
- Tuan - Basri - namaku - Wau Rimba
Isi-isi penting
- Basri berasa bangga - tunjuk kepada rakan-rakan - puji kecantikanku
- Dibawa ke padang - berbual mesra dengan layang-layang yang lain
- Tiba-tiba tali putus - melayang tak tentu arah
Penutup
- Aku tersangkut di atas dahan pokok tinggi

3 Pendahuluan
- Mengucapkan salam -
- memperkenalkan diri - menyatakan tujuan
Isi-isi penting
- Gembira - menjadi juara - jenis masakan
- Sebelum ini pernah menyertai pertandingan masakan
- Pertandingan seumpama ini perlu
diadakan pada setiap tahun di sekolah
- Eratkan hubungan dengan warga sekolah
Penutup
- Mengucapkan terima kasih


Bahagian C
1 Ziarah-menziarahi merupakan satu amalan yang baik.
2 Patuh pada nasihat orang yang lebih tua.
3 Orang yang degil akan menerima akibatnya.
4 Menyesal atas perbuatan yang dilakukan.
5 Mesti bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.


Peperik8aan Akhir Tahun - Set 2

Bahagian A
1 Pada minggu lepas, satu gotong-royong membersihkan kampung telah diadakan di kampung
Amir.
2. Amir dan empat orang kawannya turut menyertai gotong-royong ini.
3 Mereka telah ditugaskan membersihkan
longkang yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
4 Amir dan kawan-kawannya menjalankan tugas masing-masing seperti yang telah diarahkan.
5 Kawasan itu yang sebelum ini dipenuhi lalang kini terang-benderang dan bersih.
Bahagian B
1 Pendahuluan
- Mengucapkan selamat pagi kepada tokoh - memperkenalkan diri
Isi-isi penting
- Tanya perasaan murid tersebut
- gembira segala usaha membuahkan hasil
- Rahsia di sebalik kejayaan - belajar mengikut jadual waktu - tidak Iaham bertanya kepada
cikgu - mengikut kelas tuisyen
- Cita-cita - melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina - arkitek terkemuka
- Pesanan - belajar dengan bersungguh-sungguh
- Jangan cepat putus asa - yakin dengan kebolehan diri sendiri
Penutup
- Mengucapkan terima kasih - sudi memberi kerjasama

2 Pendahuluan
- Ucapan alu-aluan kepada hadirin
Isi-isi penting
- Bahasa Malaysia - bahasa rasmi negara kita
- Dalam kalangan remaja - gemar menggunakan bahasa slanga daripada bahasa ibunda
- Latar belakang keluarga mempengaruhi bahasa pertuturan
- Terdedah dengan bahan bacaan komik, majalah, dan buku cerita
- Pihak DBP mengadakan pelbagai aktiviti - pertandingan bercerita, mencipta kamus
elektronik
Penutup
- Yakin penguasaan bahasa kebangsaan boleh ditingkatkan - sekian terima kasih

3 Pendahuluan
- Maksud - insaI akan kesilapan atau kesalahan sebelum kejadian lebih teruk
Isi-isi penting
- Setiap orang - berIikir dan tahu tentang perbuatan yang dilakukan
- Perbuatan buruk - ditinggalkan seperti mencuri, suka lepak dan sebagainya.
- Perbuatan baik dijadikan amalan
- Tingkatkan akhlak - cepat insaI apabila lakukan kesalahan
Penutup
- Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
- Cepat insaI dan sedar sebelum terlewat


Bahagian C
1 Kita mestilah mempunyai siIat prihatin terhadap anggota masyarakat.
2 Kita mestilah mempunyai siIat kasih sayang terhadap orang lain.
3 Kita mestilah membantu mereka yang memerlukan.
4 Janganlah kita bersikap cuai apabila menjaga anak-anak.
5 Kita perlulah berterima kasih atas pertolongan yang diberikan.
Peperik8aan Akhir Tahun - Set 3
Bahagian A
1 Pak Ali merupakan seorang petani moden yang gigih.
2 Pada setiap pagi, Pak Ali akan menyiram sayur-sayurannya dengan menggunakan sistem
menyiram sayur.
3 Sesekali Pak Ali akan menyembur racun serangga bagi mengelakkan daripada serangga perosak.
4 Pak Ali telah memetik sayur-sayurannya untuk dipasarkan.
5 Pak Ali sangat puas melihat wang hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Bahagian B
1 Pendahuluan
- Guru kelas saya - Cikgu Norismaiza Ismail
- Berusia 25 tahun - 5 Mac 1984
Isi-isi penting
- Pendidikan awal - Sekolah Rendah Kebangsaan Banting
- Menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari
- Universiti Putra Malaysia - bidang pendidikan
- 2000 - mengajar di Sekolah Kebangsaan Delima Satu
- Mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia - melibatkan diri dalam aktiviti luar - aktiI dipadang
- Hobi - suka membaca dan bersukan
Penutup
- Seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai siIat-siIat kepimpinan

2 Pendahuluan
- Mengucapkan salam
- memperkenalkan
diri - menyatakan tujuan menemuinya
Isi-isi penting
- Penebangan hutan - kepupusan hidupan liar - hilang tempat tinggal
- Kegiatan pemburuan haram - permintaan tinggi di pasaran gelap
- harimau dan badak sumbu
- Langkah kerajaan - pihak Perhilitan mengetatkan undang-undang denda yang lebih berat dan
dikenakan penjara kepada pesalah
- Mewujudkan taman negara untuk melindungi Ilora dan Iauna
Penutup
- Fauna - warisan negara perlu dipelihara demi generasi akan datang
- mengucapkan terima kasih

3 Pendahuluan
- Ancaman dadah - musuh nombor satu
- Penyalahgunaan dadah - membawa padah
Isi-isi penting
- Banyak usaha - mengatasi - belum berkesan
- Kerajaan Malaysia mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah
- Menjalankan kempen tentang keburukan dadah
Penutup
- Kesedaran - penting - usaha - membanteras

Bahagian C
1 Kita mestilah menjaga kebersihan di kawasan tempat belajar.
2 Kita mudah menerima pelajaran jika persekitaran tempat belajar bersih dan selesa.
3 Kita mestilah menjalankan tugas yang diamanahkan.
4 Kita tidak harus menuding jari kepada orang lain tetapi haruslah berganding bahu untuk
menceriakan kawasan tempat belajar.
5 Kelas akan menjadi bersih dan ceria jika semua pihak bekerjasama untuk membersih dan
menceriakannya.

Вам также может понравиться