Вы находитесь на странице: 1из 13

REFLEKSI BIG FASA 5 ( BENGKEL 3 JAM )

PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam

membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara.

Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan pula merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkan dan harus diturut dan dipatuhi, ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan kuasa dan masyarakat.

Bagi perundangan pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan undangundang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat sendiri sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undangundang yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman , boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai jurusan kehidupan. Ini membolehkan masyarakat yang dilahirkan dapat berfikir secara matang. Keadaan ini membolehkan mereka mempunyai kemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara. Ini akan menjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dan kerohanian dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus dapat menghasilkan golongan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Berlandaskan tujuan ini matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapa aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik, permodenan dan kefahaman

antarabangsa. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembanagan potensi pelajar pada tahap yang maksimum. Pendidikan berpusatkan kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti prinsip perkembanagan psikologi manusia. Harapan yang tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang mencurahkan taat setia kepada raja dan juga menyintai negara sendiri.

Dari segi sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup masyarakat. Ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang positif. Berlandaskan ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan2 sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi Negara

Bagi politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, idealogi dan idealisme kepimpinan negara. Maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah berdasarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat kebangsaan dan cintakan tanah air. Sistem pendidikan hari ini dapat memperkembangkan kefahaman, menerima dan mengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan.

Bagi aspek permodenan, pendidikan adalah untuk megubah nilai-nilai tradisional dan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizikal, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif dan integratif. Sistem pendidikan sekarang menyediakan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang

membolehkan mereka membezakan antara kebenaran dengan yang palsu, fakta, pendapat dan pemikiran kritis.

Peruntukan juga disediakan dalam sistem pendidikan untuk menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan saintifik dan teknologi. Bagi aspek kefahaman antarabangsa, pendidikan adalah untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia merupakan sebuah masyarakat. Corak pendidikan yang ada dapat memperkembangkan fizikal, mental dan menghargai keindahan alam sekitar.

Berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara Falsafah Pendidikan Negara telah dibentuk untuk menjadi dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, dan seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul, kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi mencapai matlamat yang diingini oleh masyarakat dan negara. Kementerian pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara mencerminkan pernyataan misi yang diharapkan. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara, serta memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia adalah selari dengan misi iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia, bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan, Misi Pendidikan dan Matlamat Pendidikan adalah hasil daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang utama bagi setiap aktiviti dan program pendidikan.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walau bagaimanapun negara tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatu padu, ini kerana sistem pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan etnik, bangsa dan agama. Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Ini untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam suasana yang harmoni dan makmur. Corak kehidupan yang baik dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang semakin padat, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa menghadapi kesukaran. Usaha ke arah menjadikan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 amat memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat, pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin serta ketinggian etika.

DISIPLIN, PERATURAN, DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN. DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak untuk ke sekolah. Akan tetapi aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibubapa mahupun pelajar.

Sebagai langkah ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara Kementerian Pelajaran yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara telah melaksanakan dan mewartakan beberapa peraturan dan perundangan dalam pendidikan bagi menghasilkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Dalam usaha menjadikan matlamat pendidikan menjadi satu realiti, disiplin pelajar di sekolah menjadi satu perhatian, bagi melahirkan insan yang berakhlak dan beretika. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan rapat dengan kesempurnaan disiplin pelajar. Pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan seringkali terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Pelajar yang berdisiplin juga menjadi pengasas ke arah pembentukan masyarakat yang berdisiplin,

berkebolehan dan harmonis.

Kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sukar dicapai apabila kemudahan asas yang diperlukan tidak mencukupi. Begitu juga dengan kecemerlangan keceriaan fizikal sukar dicapai apabila pelajar-pelajarnya tidak berdisiplin dan sering merosakkan kemudahan yang ada. Justeru bagi menuju kecemerlangan, usaha dan tindakan yang menyeluruh adalah perlu. Bagi memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan baik dan terkawal perlulah diuruskan mengikut program peningkatan disiplin yang dirancang.

Peraturan Ordianan Pelajaran 1952 dan Peraturan Kursus Pengajian Ordinan Pelajaran 1956 telah memperuntukkan jadual waktu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang diberi nama Aktiviti Kumpulan. Peraturan ini jelas menggambarkan kesungguhan kementeriam pelajaran tentang pentingnya kokurikulum, sehingga ia dijadikan satu peraturan yang ketat. Penegasan tentang pentingnya aktiviti kokurikulum untuk dilaksanakan di sekolah pelaksanaan. adalah dengan adanya penyelengaraan dan

Kini kokurikulum diberi nafas baru dan dititikberatkan memandangkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berkesan akan menghasilkan sumbangan yang positif kepada perkembangan jasmani, rohani, mental, sosial dan emosi pelajar ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara. Dalam kegiatan kokurikulum ini juga terdapat peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu semua persatuan dan juga kelab harus mempunyai perlembagaan sendiri yang telah diluluskan oleh pengetua.

Selain itu sebarang lawatan sama ada di luar negeri atau dalam yang dianjurkan oleh persatuan/kelab/pasukan pakaian seragam atau sukan dan permainan adalah dianggap sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar haruslah mematuhi peraturan sekolah bagi mengharumkan nama sekolah. Selain itu sesebuah lawatan yang diadakan perlulah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dan menyerahkan

maklumat atau butiran berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak sekolah dan setiap pelajar perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa sebelum megikuti mana-mana program untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menyentuh soal aktiviti kokurikulum dengan menegaskan rasional, sebabsebab kegagalan serta kejayaannya melalui pelajar. Pelajar perlu didedahkan kepada kegiatan kokurikulum secara lebih aktif serta guru pula perlu didedahkan kepada kokurikulum apabila menjalani kursus latihan perguruan.Kementerian pelajaran mengeluarkan arahan dengan lebih tegas tentang pelaksanaan kokurikulum di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985, bertarikh 2 Januari 1985 telah menegaskan rasional dan objektif pelaksanaan kokurikulum di sekolah serta saranan bidang-bidang kokurikulum yang patut diadakan.

Peraturan yang telah dibuat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada pendidik itu sendiri. Dalam konteks ini pendidik telah ditetapkan oleh pihak kementerian berkaitan dengan pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dalam buku mengajar tersebut haruslah mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru tersebut. Pada setiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada guru besar. Buku Rekod Mengajar merupakan hak sekolah dan guru haruslah menyerahkan kepada pejabat sekiranya guru tersebut bercuti panjang atau bertukar ke sekolah lain.

Selain itu jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu atau catatan dalam buku rekod atau salinan-salinannya yang ditulis dalam bahasa lain perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaaan. Guru besar dan pengetua juga bertanggungjawab untuk mempamerkan jadual waktu bagi suatu penggal persekolahan yang terdapat tanda tangan yang mudah dilihat. Sebagai tambahan peraturan seseorang guru juga haruslah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan. Sekiranya terdapat guru yang mengajar murid berlainan daripada sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan, adalah menjadi sebuah kesalahan dan boleh didenda kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Guru juga tertakluk kepada peraturan berkaitan dengan kehadiran ketika bertugas. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981 yang bertarikh 12 September 1981 menyatakan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sesi persekolahan bermula. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya ataupun kawasan sekolah. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan sekolah dan juga para pelajar.

Selain daripada kehadiran ketika bertugas pihak kementerian yang berasaskan kepada Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957 telah memberikan kuasa merotan murid kepada guru. Ini juga terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar atau guru-guru yang diberikan kuasa haruslah sentiasa sedar bahawa merotan sebahagian daripada proses pendidikan dan untuk mendisiplinkan, bukan sebagai alat untuk merosakkan fizikal dan mental pelajar. Hukuman rotan di

khalayak ramai di perhimpunan atau di bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.

Kita sedari kini semua sekolah telah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan dan Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 yang mengarahkan pengetua dan guru besar meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka. Dalam proses penyediaan peraturan-peraturan sekolah ini pengetua dan juga guru besar hendaklah mematuhi Ordianan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan juga Pekeliling- pekeliling ikhtisas yang lain dari Kementerian Pendidikan yang berkaitan.

Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan dibuat di sekolah namun Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh perkara yang berlaku di sebuah sekolah di Serting Negeri Sembilan pada 6 Ogos 1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 tenteng pemakaian pakaian seragam sekolah yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di sekolah yang bertentangan dengan apa yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU (pindahan 1996) pula bertujuan untuk mengerakkan proses pengkoporatan dan penswastaan institusi pendidikan tinggi di Malaysia serta memantapkan pengurusanya supaya universiti menjadi salah satu pusat kecemerlangan akedemik antarabangsa. Rang undang-undang ini merupakan pindahan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Antara beberapa peruntukan dalam akta ini termasuklah Kaedah-kaedah tatatertib pelajar yang berkaitan dengan tatatertib para pelajar dan dikuatkuasakan di semua IPT.

Bagi Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara pula dirangka untuk menentukan hala tuju dan arah perkembangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Jawatankuasa bagi Majlis Pendidikan Tinggi telah diperuntukan kuasa untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar serta menyelaras perkembangan pendidikan tinggi. Sementara itu Rang undang-undang Lembaga Akreditasi Negara pula bertujuan untuk menaik taraf dan mutu institusi pendidikan tinggi swasta dan awam serta mencapai piawaian minimum setiap kursus yang ditawarkan.

Kelima-lima rang undang-undang ini digubal untuk memantapkan sistem pendidikan Malaysia dengan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berupaya memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan Wawasan 2020. Ia juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Kesan daripada rang undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta telah membawa kepada penubuhan universiti swasta yang banyak. Antara institusi pengajian tinggi awam yang ditubuhkan termasuklah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya sementara bagi swasta pula seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur dan lain-lain.

Dengan adanya akta dan rang undang-undang yang telah dirangka ini, hasrat dan cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi seperti mana yang termaktub dalam dalam Wawasan 2020.

KESIMPULAN

Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini telah banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang terdidik nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama.

Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin, peraturan dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda, pelajar atau remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah.

Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara, pelaksanaan disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampu mencapai matlamat bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara serta mampu menjadi insan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam era teknologi yang semakin selaras dengan Wawasan 2020. 26.

Dengan menghadiri bengkel selama 3 jam dalam program BIG fasa 5 amat bermakna kepada saya. Dalam bengkel tersebut banyak mendedahkan pelbagai perkara yang saya sendiri tidak tahu dan mungkin telah diabaikan dalam perkhidmatan. Saya amat berterima kasih kepada para pensyarah yang sudi member ilmu dalam bengkel tersebut. Dari guru dan perundangan, mandat, akta550/akta pendidikan, surat pekeliling ikhtisas, pekeliling perkhidmatan, fungsi sector-sektor KPM dan JPN serta fungsi PPD, Zon,Bahagian dan PKG.

Вам также может понравиться