You are on page 1of 119

Nozi Danisya

Bab 1
OMBOI. Itulah gelaran yang aku sandang sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku kasar dan berpakaian seperti lelaki, aku tetap mempunyai naluri seorang gadis. Jiwaku tetap lembut dan sensitif, seperti perempuan biasa. Bila bersedih, aku akan menangis. Bezanya aku tidak mempamerkan kesedihanku itu untuk tatapan orang lain. Aku lebih suka bersendirian. Biar tiada sesiapa yang menyaksikan kelemahanku itu. Dahulu aku tidak begini. Aku gadis biasa dan berpakaian seperti gadis lain juga. Penghijrahanku bermula sejak kehilangan ibu dan ayah, yang pergi untuk selamalamanya akibat satu kemalangan ngeri yang tragis. Ketika itu ayah dan ibu baru balik daripada menoreh getah. Mereka dirempuh sebuah lori sehingga terperosok di bawah kenderaan tersebut. Mayat mereka tidak usah cakaplah. Kalau aku bercerita, mahu saja kembang tekak orang yang mendengarnya. Sejak peristiwa itu, bermulalah episod duka lara kehidupanku sebagai anak sulung.

Akulah Cinderella

Aku hidup dalam keadaan serba daif. Semasa arwah kedua-dua orang tuaku masih hidup pun, kami sekeluarga memang sentiasa dihimpit kemiskinan. Melalui hari-hari yang berputar silih berganti, penuh bahagia dan warna-warni menghiasi kehidupan yang serba daif itu. Di pinggir kampung ini, kami terpencil daripada masyarakat desa yang lain, megahnya pondok buruk kami, hasil daripada mawaddah seorang ayah. Selautan terima kasih dan segunung syukur untuk insan yang berhati mulia Pak Haji Yahya, yang bermurah hati memberi sepetak tanah untuk kami berlindung dan meneruskan kehidupan ini. Kini, Pak Haji Yahya pun sudah tiada lagi. Kami terus tinggal di tanahnya ini selagi tiada sesiapa yang menghalaunya. Umurku baru sahaja mencecah tujuh belas tahun. Nampaknya tahun ini aku tidak dapat menduduki peperiksaan besar SPM. Sebab aku sudah pun berhenti sekolah tahun lepas, iaitu sejak orang tuaku pergi buat selama-lamanya. PMR aku agak bagus juga. Dengan kelulusan itu sajalah aku layakkan diri untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara lima orang lagi adik-adikku. Kini barulah aku tahu bagaimana peritnya menjadi ketua keluarga. Betapa susahnya menggalas tanggungjawab seorang ayah. Memang sepatutnya kita menghormati orang tua kita. Untuk memikul amanah ini bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya. Dan aku telah terpilih untuk menempuh hidup dengan cara begini. Aku telah dipilih untuk memikul tanggungjawab yang maha hebat ini. Sekarang aku sembunyikan rupa parasku dengan cara pemakaian dan sikapku yang agak kasar. Sengaja buatbuat kasar sebenarnya. Sejak kematian kedua-dua orang

Nozi Danisya

tuaku, aku dan adik-adik sering dibuli oleh budak-budak kampung. Aku sendiri hampir diperkosa. Mereka memang jahat! Suka mengambil kesempatan terhadap kaum yang lemah seperti aku. Kaum yang sepatutnya dilindungi dan disayangi. Tidakkah mereka kasihan kepada kami enam beradik yang telah menjadi anak yatim piatu ini? Saat itu juga aku nekad untuk berubah. Dengan duit tabungan, aku mula membeli pakaian lelaki. Aku ingin merubah penampilanku. Tetapi bukan merubah jantina dan naluriku. Itu tidak mungkin aku lakukan. Aku tetap perempuan biasa, punya hati dan perasaan. Niatku cuma tidak mahu dibuli lagi, itu saja. Aku juga tidak mahu adik-adikku menjadi mangsa kebiadaban mereka. Aku harus kuat, aku harus tabah. Aku harus jadi seperti lelaki kerana akulah sandaran buat adik-adikku. Di pundakku ini tergalas satu tanggungjawab yang maha hebat, yang ayah dan ibu wariskan. Yang tidak boleh tidak, aku harus memikulnya walau seberat mana pun. Bagai menggalas sebuah bongkah, sarat dengan kepayahan dan kesedihan. Kak Syah, termenung apa? Mari makan. Alia, adik keduaku sudah menghidangkan sarapan pagi. Pagi ini menunya hanya lempeng dan kopi O sahaja. Ringkas dan mengenyangkan. Alia memang pandai masak. Jadi, kami berdua putuskan hanya dia saja yang memasak, sedangkan aku pula keluar bekerja. Masakannya pun sedap. Adik-adik yang lain tidak pernah bersungut. Semasa arwah ibu hidup lagi, Alia memang rajin ke dapur menolong ibu. Alia masih di tingkatan tiga dan Aida, adikku yang ketiga kini di tingkatan satu. Mereka bersekolah sesi petang. Jadi, sebelum ke sekolah Alia sudah menyediakan

Akulah Cinderella

hidangan tengah hari. Sementara tugas Aida, membasuh kain dan menggosok baju. Alia bagi tak duit belanja sekolah pada Ain pagi tadi? soalku ingin kepastian. Duit belanja sekolah adik-adik yang lain telah aku serahkan kepada Alia. Ain pula baru darjah enam. Selepas pulang dari sekolah, dia akan mengambil alih tugas menjaga Azah yang baru darjah tiga dan Aiman satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Tugas-tugas itu telah aku bahagikan demi tidak membeban diriku seorang saja. Biar mereka tahu erti bekerjasama dan tanggungjawab. Dah. Tapi hari ni Lia bagi lebih sikit, sebab Ain kata ada kelas tambahan. Kelas tambahan? Sampai pukul berapa? Sampai pukul tiga aja katanya. Habis tu nanti, korang berdua pergi sekolah siapa nak jaga Azah dan Aiman? Aduh, masalah masalah, macam mana ni? Lia tengokkan. dah minta Nek Odah tolong tengok-

Fuh! Lega. Nasib baik ada Nenek Odah. Jiran yang paling hampir dengan pondok burukku. Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Jam ini aku beli di pasar malam tahun lepas. Masih cantik dan elok berfungsi. Aku tidak peduli dengan jenama. Asalkan boleh digunakan sudah cukup memadai. Jarum jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Aku harus cepat. Alia tengok adik-adik tau. Kak Syah nak pergi dah ni. Aku menitip pesan dan Alia hanya mengangguk.

Nozi Danisya

Aku mengayuh basikal mountain bike yang dibeli arwah ayah dulu. Basikal ini basikal kesayanganku. Hadiah daripada ayah sempena aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR lalu. Itu pun kerana harga getah sedang melambung tinggi ketika itu. Dan dengan basikal ini jugalah aku ke hulu ke hilir. Jauh juga aku mengayuh basikal untuk ke tempat kerja. Aku bekerja sebagai office girl atau lebih tepat office boy saja di pejabat peguam di bandar. Hanya itu sajalah yang mampu dan sesuai dengan kelulusan yang ada. Gaji pun bukannya banyak. Cuma lima ratus saja. Kalau nak diikutkan bukannya cukup pun. Itu sebablah aku bekerja sambilan pada waktu malam di sebuah restoran. Cukuplah aku nak sara adik-adikku yang semuanya tengah kuat makan itu. Untuk memberi kemewahan mungkin aku tidak berkemampuan. Asalkan mereka semua boleh meneruskan persekolahan sudah cukup bagus buat aku. Kejayaan mereka yang paling aku nantikan.

Akulah Cinderella

Bab 2
EBAIK sampai di rumah pukul enam petang, aku dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta Toyota Camry. Jenis yang mana tidaklah aku arif sangat. Dari perut kereta keluar seorang lelaki dan seorang wanita yang dalam lingkungan lewat tiga puluhan agaknya. Si lelaki menghadiahkan senyuman manis dan si wanita pula hanya berdiam diri saja tanpa sebarang reaksi. Aku dengan sopan membalas senyuman lelaki itu. Assalamualaikum. Waalaikumussalam, cari siapa? Kamu ni, anak Pak cik Leman ke? Ya, tapi... ayah dah tak ada. Ya, ya, saya tahu tu. Begini, saya ada hal sikit nak cakap. Oh, kalau begitu jemputlah masuk. Errr... tak apalah, kat sini aja ya, dik. Tiba-tiba si wanita itu bersuara bersama memek

Nozi Danisya

muka yang amat aku mengerti. Dia tidak betah untuk masuk ke pondok burukku itu. Geli barangkali. Tak apalah kalau begitu, apa halnya? Begini dik, errr... adik ni siapa nama? soal lelaki itu yang kelihatan serba salah. Seperti ada yang tidak kena saja. Hatiku mula panasaran. Saya, Syah. Salamku hulur tanda hormat. Si lelaki menyambutnya dengan baik tetapi si wanita itu hanya menyambutnya dengan hujung jari sahaja. Isy... macam bagus aja perempuan ni. Tangan aku ni bersihlah! Nama saya Khairil, ni isteri saya, Junaidah. Aku mengangguk tanda faham sambil tersenyum manis. Aku kira ini adalah senyuman termanis sekali pernah aku berikan. Begini, saya ni anak arwah Pak Haji Yahya. So, saya datang ni nak bagi tahulah yang tanah Syah duduk ni sekarang dah jadi milik saya. Aku terkedu. Terkebil-kebil aku melihatnya. Apakah dia ingin tanah ini kembali? Apa yang akan terjadi pada kami adik-beradik? Di mana kami nak tinggal kelak? Begini ya dik, tanah ni kami nak jual. Pembelinya pun dah ada. So, adik boleh keluarlah dari tanah kami ni. Dengan selamba Puan Junaidah itu memberi arahan. Cukup berterus terang tanpa memikirkan impak yang bakal kami terima. Tapi bang... kak, mana kami nak pergi? Tak kesian kat kami ke? Kami ni anak yatim piatu.

Akulah Cinderella

Itu bukan masalah saya. Apa yang saya tahu kamu semua mesti pindah keluar. Sombong! Kesabaranku makin menipis. Untuk sekian kalinya kami dibuli. Tapi, tolonglah bang, kak, jangan buat macam ni. Aku mencuba sekali lagi. Beginilah ya, Syah kami bagi masa sebulan untuk kamu semua. Encik Khairil bersuara tenang. Aku lihat wajahnya keruh. Mungkin simpati barangkali. Tetapi tidak pula pada Puan Junaidah, makin mencuka lagi adalah. Hendak saja aku tampar mukanya seratus kali, biar dia rasakan. Aku tersenyum kelat. Errr... kalau begitu, kami pergi dulu. Aku hanya memandang kosong melihat punggung kereta itu keluar dari halaman rumah. Perlahan aku menghela nafas. Di manalah aku hendak mencari tempat berlindung? Kalau kami semua ini lelaki mungkin tiada masalah tetapi yang ada hanyalah lima orang anak dara dan hanya seorang lelaki itupun masih kecil lagi. Wajarkah mereka bertindak sedemikian? Tiada sekelumitkah rasa simpati yang singgah di hati mereka? Namun jika difikirkan kembali, itu adalah hak mereka. Tanah ini kepunyaan mereka. Tempoh sebulan telah diberi. Mungkin mereka tidak semulia Pak Haji Yahya, tapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah terlalu kejam. Aku terduduk di tangga. Dugaan apakah ini? Kenapa aku diduga sehebat ini? Episod duka yang aku lalui tidak pernah surut. Kisah sedih dalam hidupku ini bagai irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan. Kak Syah? Kenapa duduk sini? Lamunanku terhenti di sini. Alia dan Aida

Nozi Danisya

tersenyum. Mereka sudah pulang dari sekolah rupa-rupanya. Wajah masing-masing terpancar keletihan. Haruskah aku khabarkan berita yang diterima sebentar tadi? Jika aku rahsiakan, tiada untung di mana-mana. Lambat-laun pasti akan sampai ke pengetahuan mereka juga. Tadi anak tuan tanah datang. Siapa? Nama dia Khairil. Datang dengan wife dia. Dia orang nak apa kak? Alia turut sama melabuhkan punggung di sebelahku. Manakala Aida sudah naik ke rumah. Tidak mahu ikut serta perbualan kakak-kakaknya ini. Kadangkala terbit rasa bangga pada adik-adikku yang tidak suka mencuri dengar perbualan orang tua. Ah, hasil didikan ayah dan ibu memang cukup sempurna. Akan aku pastikan nilai-nilai murni dalam diri mereka itu berkekalan. Dia orang nak tanah ni balik. Ha? Aku mengangguk lemah. Selemah semangatku yang terbang pergi saat dikhabarkan berita ini tadi. Habis tu, macam mana dengan kita? Nak tinggal kat mana? Entahlah. Kak Syah pun pening ni.... Teruknya dia orang ya, kak. Bukan salah dia orang. Salah kita sebab tak punya harta. Beginilah adat orang menumpang, Lia. Cukup masa akan dihalau pergi. Jahat! Tak baik cakap macam tu, Lia. Tanah ni hak

Akulah Cinderella

mereka. Mereka boleh buat apa saja yang mereka suka. Kita ni yang patut sedar diri. Dia bagi masa sebulan untuk kita pun dah cukup bagus. Sebulan aja? Aku mengangguk perlahan. Mana nak cari rumah dalam masa sebulan ni, kak. Nak sewa rumah teres? Mampu ke? Nak sediakan deposit pun belum tentu lagi. Aku menghela nafas. Kata-kata Alia itu memang tepat sekali. Tidak perlu aku menyangkal lagi. Rumah teres pasti ada jika dicari. Persoalannya, mampu ataupun tidak? Alia mengeluh. Kenapa kita diberi ujian begini ya, Kak Syah? Lepas satu, satu bala yang datang. Isy... kau ni, Lia. Tak baik cakap macam tu. Bersangka baiklah pada Allah. Segala apa yang berlaku hari ni ada hikmahnya. Cuma kita tak nampak dan tak tahu bila. Astagfirullahalazim. Aku tersenyum melihat Alia. Wajah manisnya beriak penyesalan. Dah, jangan nak runsing-runsing. Kalau boleh tak payah fikir pasal ni. Tumpukan aja pada pelajaran. Biar Kak Syah aja yang uruskan. Ya? Dia mengangguk lemah. Simpati pula aku tengok. Itu sebablah aku tidak suka cerita apa jua masalah yang datang. Pastinya akan terganggu fikiran adik-adikku. Bimbang terganggu konsentrasi mereka pada pelajaran. Tetapi aku tiada pilihan. Berita ini memang tidak boleh disimpan. Aku amat berharap suatu keajaiban akan terjadi. Mungkinkah?

10

Nozi Danisya

Bab 3
KU mengayuh basikal sambil menyanyi. Walaupun suaraku tidak sesedap mana, tetapi itu hanyalah untuk menghilangkan rasa takutku mengayuh basikal malam-malam begini. Mak Cik Senah, tauke restoran tempatku bekerja memang baik hati. Pukul sepuluh malam saja dia sudah suruh aku pulang. Bahaya katanya anak dara pulang dalam gelap berseorangan. Katanya walaupun aku tomboi, kudratku tetap kudrat seorang perempuan. Tidak sekuat mana pun untuk melawan tenaga seorang lelaki. Katanya lagi, walaupun aku ni tomboi, kalau kena rogol tetap juga boleh mengandung. Bila difikirkan, benar belaka omongan Mak Cik Senah tu. Naik takut pula aku rasakan. Tiba-tiba... Ponnn!!! Bunyi hon kereta membuat aku terkejut sehingga membuatku hilang imbangan, lalu terjatuh di atas rumput di tepi selekoh. Nasib baiklah atas rumput, kalau tidak pasti cedera.

11

Akulah Cinderella

Woi!!! Gila ke? Nak mampus? Seorang lelaki menjengahkan kepalanya dari tingkap kereta. Aku dapat melihat dengan jelas mukanya. Aku mendongak ke atas. Patutlah jelas, rupa-rupanya aku betulbetul jatuh di bawah lampu jalan. Aku menoleh semula ke arah lelaki itu. Kau tu yang gila! Bawa kereta macam pelesit! Apa kau cakap? Lelaki itu keluar dari keretanya. Tangannya terus saja menggenggam bajuku. Malah penumbuknya juga sudah dikepal. Aku cakap kau yang gila! Bawa kereta macam pelesit. Pekak! Aku mengulang semula ayatku tadi dengan kuat. Serentak itu dia melepaskan satu tumbukan padu tepat ke pipiku. Aucchh! Perit! Darah tersembur keluar. Pipi bahagian dalam sudah luka. Lelaki ini memang gila agaknya. Dia tidak nampakkah perbezaan tubuhku dan tubuhnya itu? Ketinggianku hanya separas dagunya saja. Ha ha ha... padan muka! Apa rasa? Sedap? Sedap kepala hotak kau! Sakitlah mangkuk! Apa kau cakap? Kau nak kena lagi ke? Kurang ajar betul! Kau tu yang kurang ajar! Dahlah nak langgar orang, tak nak minta maaf pulak. Lepas tu, sesedap rasa aja nak belasah orang! Aku mengesat darah yang mengalir di bibirku. Teruk juga luka ni. Mahu senget mukaku selepas ini. Siapa yang salah? Kau tu yang nak masuk tak tengok kiri kanan tau? Main redah aja.

12

Nozi Danisya

Kalau aku yang salah pun, kau tak boleh cakap elok-elok ke? Biadap! Hei... budak ni, aku bagi sebijik lagi kang. Mulut kau ni celupar betul. Aku celupar pada orang yang celuparlah, bodoh! Bukkk!!! Satu lagi tumbukan padu mengenai perutku. Aku terduduk senak. Sakitnya! Betul kata Mak Cik Senah, kudratku tetap tidak boleh melawan tenaga seorang lelaki. Aku mendongak. Cuba mencari kekuatan untuk bangun, namun aku terduduk semula. Rasa seperti hendak menangis saja. Tidak! Aku tak boleh menangis depan lelaki poyo ini. Lain kali, kalau dah tahu diri tu lembik, jangan nak kurang ajar! Oiii, mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke? Oiii, pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tau? Lembik! Ini sudah lebih. Aku mula rasa tercabar. Aku bangun walaupun sakit masih bersisa, aku gagahkan jua. Demi tidak dibuli lagi. Kau ni mabuk ya? Kau tahu tak arak tu haram, hah? Kau pernah dengar tak slogan, dont drink and drive? Hah? Dahlah mabuk, menyusahkan orang! Pangg!!! Kena lagi sedas penampar di pipiku. Aku jatuh tersungkur. Cap yang aku pakai terpelanting sehingga rambut panjang yang aku sanggul terurai. Mata lelaki itu membulat. Dia terkedu.

13

Akulah Cinderella

Kau... kau perempuan? Monyet punya jantan! Dia baru sedarkah aku ni bukan lawannya? Memang kurang ajar betul! Aku hanya menjeling geram. Darah yang meleleh di bibir, aku kesat. Pedih sekali. Sabar, sabar. Aku tidak mahu tenggelam dalam emosi. Tepilah!!! Aku menolaknya untuk mengambil basikalku yang sudah terbaring di atas rumput. Menyorong basikal dan berhenti untuk mengutip cap aku yang agak jauh terpelanting dari tempat kejadian. Aku berpaling melihat lelaki yang super berlagak itu. Dia masih merenungku. Wajahnya sedikit kesal dan serba salah. Baru tersedar agaknya yang dia belasah tadi adalah seorang budak perempuan tidak cukup umur. Aku berlalu meninggalkan lelaki itu yang terkebil-kebil dalam kegelapan malam. Habis pecah bibirku ini dikerjakan si mangkuk ayun itu. Siap kau kalau aku jumpa lagi. Aku dengan ini mengisytiharkan perang kepada lelaki yang tidakku kenali itu.

KAK SYAH! Kenapa ni? Alia bereaksi cemas apabila dia membuka pintu untukku. Syyy! Cuba slow sikit suara tu. Kang bangun budak-budak tu, tau? Alia tidak mempedulikan kata-kataku, dia berlalu mengambil tuala dan air panas. Aku duduk tersandar di kerusi rotan yang sudah meminta nyawa ini. Tunggu masa hendak rebah saja.

14

Nozi Danisya

Kak Syah bergaduh lagi ya? Kali ni sebab apa pulak? Alia memang memiliki sifat keibuan. Walaupun usianya masih muda tetapi dia seperti sudah matang. Dia seorang yang penyabar, tidak seperti aku yang panas baran ini. Alia mengelap sisa darah pada bibirku. Auchh! Sakitlah! Slowlah sikit! bentakku geram. Panas hati sebenarnya kerana dibelasah sehingga tidak mampu untuk melawan. Sakit hati apabila teringat kata-kata tajam yang lahir dari mulut lelaki itu. Penyudahnya, Alia menjadi mangsa tempatku melampiaskan ketidakpuasan hatiku ini. Sorry kak, tak sengaja. Hmmm... Aku diam. Cuba mengawal emosi. Menggigil satu badan cuba menahan marah dan sakit. Kenapa tak tidur lagi? Lia studi. Lagipun kalau Lia tidur, macam mana Kak Syah nak masuk nanti? Aku diam lagi. Memejamkan mata, cuba melepaskan lelah. Kak Syah, ni. Alia menghulurkan sehelai kertas kepadaku. Aku berkerut kening memandang muka Alia. Ini Ain bagi, nak minta izin pergi rombongan sambil belajar. Rombongan? Aku meneliti butiran yang tertera pada sehelai kertas itu. Rombongan ke Melaka.

15

Akulah Cinderella

Enam puluh ringgit? Mahalnya. Manalah aku nak cekau duit sebanyak tu? Duit di tangan hanya ada seratus setengah aja. Itu pun jenuh nak berjimat hingga ke hujung bulan ini. Aku memicit dahi. Kasihan pula pada Ain. Lia dah larang dia pergi, Lia kata kita tak ada duit. Habis tu apa katanya? Merajuklah, apa lagi. Budak-budak kak, bukan dia faham sangat. Dia tahu ada aja. Aku mengeluh berat. Tidak habis-habis dengan masalah. Susah juga menjadi ketua keluarga rupa-rupanya. Aku meneliti kertas itu lagi. Tarikh tutup sehingga hujung bulan ini. Sempat lagi kut aku cari duit. Tak apalah, nanti Kak Syah usahakan. Alia hanya tersenyum lalu mengangkat punggung dan menuju ke dapur. Aku memerhatikan adik-adikku yang sudah nyenyak dibuai mimpi. Tidur bergelimpangan di atas tilam nipis beramai-ramai. Bilik hanya ada satu saja. Itu pun bilik arwah orang tuaku dulu. Bilik kecil itulah tempat kami bertukar pakaian dan menyimpan segala bantal dan tilam busuk. Jika mahu tidur, bentang saja tilam di ruang tamu yang hanya sekangkang kera itu. Aku cuba melelapkan mata tetapi tidak boleh. Mulutku berdenyut-denyut. Aku cuba bertahan. Perlahanlahan air mataku menitis. Sakitnya bukan kepalang. Dibelasah teruk oleh seorang lelaki yang sungguh tidak budiman langsung! Bayangkan saja, penumbuknya yang besar itu dan hayunan tangannya yang laju menghenyak pipi dan perutku. Masih terbayang-bayang senaknya sehingga kini. Nasib baik isi perut tidak terkeluar sekali. Dan lebih malang lagi, tangan kasar lelaki itu telah menampar mukaku dengan kuat sehingga aku jatuh tersungkur.

16

Nozi Danisya

Gila! Memang lelaki itu gila. Mafia agaknya lelaki tu. Tapi betulkah salahku? Celupar sangatkah mulutku ini? Bukankah aku cuba mempertahankan diriku daripada dihina dan dibuli? Ah, padan dengan muka aku! Dah tahu lelaki itu tengah angin satu badan, yang aku pergi simbah minyak lagi kenapa? Tapi aku pun tengah angin satu badan juga, mana boleh kira dia sorang aja. Tak boleh, tak boleh! Dia memang seorang lelaki yang tak tahu sopan santun. Tak tahu nak hormat orang. Bukankah lelaki sepatutnya berlembut dengan perempuan? Perempuan itu bukan dicipta daripada tapak kaki untuk dipijak, bukan juga dari kepala untuk disanjungi tetapi dari rusuk sebelah kiri, dekat dengan tangan untuk dilindungi serta hampir dengan hati untuk disayangi. Tetapi, mungkin juga bukan salah dia, kan? Lelaki itu tidak tahu siapa aku yang sebenarnya. Huh, aku tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu padaku! Kalau aku jumpa lagi, siap dia! Aku akan buat serangan balas. Tetapi siapakah lelaki itu? Aku tak pernah tengok pun mukanya sebelum ini?

BENGKAK dan lebam di mukaku sudah surut. Sudah seminggu pun, memang patutlah sudah semakin baik. Hari ini aku pergi kerja dengan riang dan ceria. Maklumlah hari ini gaji masuk. Bolehlah beli KFC untuk adik-adikku. Kasihan mereka, sudah lama sangat teringin nak makan KFC. Balik kerja nanti aku akan beli. Selamat pagi, bos.

17

Akulah Cinderella

Aku buat tabik hormat pada bosku yang berbangsa Tionghua itu. Wah, Aisyah... happy nampak? Mestilah happy bos, hari ni gaji. Aku tersengih sambil mengelap-ngelap habuk di bilik bosku itu. Oh, patutlah you nampak happy saja. Sudah ada plan ka? Yes bos. Hari ini I nak beli KFC for my siblings. Bosku itu hanya tersenyum sambil mengangguk kepala. Dia memang sudah maklum tentang nasib yang menimpa diriku ini. Dari A sampailah ke Z, semuanya dia tahu. Dia merenungku lama. Aku hanya mengangkat kening tanda bertanya. Aisyah, angkat ni. Dia menghulurkan not seratus kepadaku. Tanpa banyak soal, aku mengambilnya. Bos nak I beli apa hari ni? Nak itik panggang lagi ke? Atau nak order piza? Bukan, duit tu untuk you. Beli KFC untuk adikadik you. Okey? Mataku membulat. Biar betul? Tapi, banyak sangat ni bos. Tak naklah! Angkat saja, balance you pakailah. Tak baik macam ni bos. Nanti staf lain nampak lecehlah. Senang merekalah. saja, you jangan kasi tahu sama

Bosku tersenyum manis. Walaupun sudah berumur

18

Nozi Danisya

empat puluhan, namun masih nampak segak dan bergaya lagi. Betul ni bos? Tak tolak gaji I, kan? Dia tergelak besar. Nolah, you dont worry. Itu, apa melayu selalu cakap? Sedekah ka? You angkatlah. Kira I sedekah sama you. Thank you, thank you. Bos memang baik. Aku tersengih. Saja beli jiwa bosku ini. Aku menyambung kerja semula sambil mindaku mencongak tentang duit yang baru aku dapat tadi. Beli KFC lebih kurang tiga puluh ringgit, selebihnya bolehlah aku bagi Ain untuk pergi rombongan ke Melaka nanti. Syukur alhamdulillah, rezeki adik-adikku barangkali.

AKU menongkat basikal di hadapan restoran KFC. Melangkah laju hingga bertembung dengan seorang lelaki. Sorry! kataku tanpa melihat siapa gerangan yang aku langgar itu. Buta ke? sergahnya. Macam pernah aku dengar suaranya itu, lalu aku mendongak. Bulat mataku melihatnya. Dia lagi? Kau? Jari telunjukku menuding mukanya. Dia hanya berkerut kening tidak mengerti. Mungkin sedang berfikir agaknya. Aku kenal kau ke? Woi mangkuk!!! Kau jangan buat-buat tak kenal aku ya. Dahlah kau belasah aku malam tu, ingat aku lupa ke?

19

Akulah Cinderella

Woi! Kau dengar sini, sampai kiamat pun aku takkan lupa tau? Mata lelaki itu membulat. Agaknya baru dapat cam siapa aku kut. Eleh, macam bagus aja lakonannya itu. Aku tidak akan terpedaya. Jangan harap! Jadi kau ni, errr... aku... Ek eleh, tergagap-gagap pulak, aku tampar seratus kali karang baru tahu. Apa? Jangan nak berlakon boleh? Meluatlah! Pasal malam tu, aku tak tau. Suaranya mula mengendur. Matanya memandang tepat ke mataku. Apa tak tau? Kau buta ke? Tak boleh nak bezakan lawan kau? Suaraku masih bernada yang sama. Keras! Aku, aku... Apa aku aku? Kau main kasar tau tak? Kau tengok aku ada melawan kau tak masa tu? Hah? Jawablah!!! Aku minta maaf... ujarnya perlahan. Aku terdiam. Dia minta maaf? Betul-betul ikhlaskah atau berlakon aja? Dahlah, jangan nak pura-pura baik, aku tak akan tertipu tau? Aku tak tau kau perempuan.... Oh, kalau aku ni lelaki, bolehlah kau terus belasah aku ya? Tanpa belas kasihan, begitu? Agaknya, memang perangai kau macam tu, kan? Bila marah, maki hamun orang. Bila tak puas hati, belasah orang. Mak bapak kau ajar macam tu ek? Mulut kau jaga sikit. Yang melibatkan mak bapak

20

Nozi Danisya

tu kenapa pulak? Ini antara kau dan aku! Suaranya sudah meninggi semula. Orang yang lalu-lalang sudah merenung ke arah kami berdua. Aku tidak peduli! Kau ingat kau bagus sangat? Pakai kereta besar, boleh berlagak dan pukul orang sesuka hati? Kan aku dah minta maaf? Apa yang kau tak puas hati lagi? Memang aku tak puas hati! Senang ya kau settlekan masalah? Bila buat salah minta maaf, buat aja salah minta maaf. Apa kau ingat, kau punya maaf tu laku ke, hah? Habis tu, kau nak aku buat apa? Melutut? Begitu? Jangan harap! Aku takkan melutut pada budak pengkid macam kau! Menyirap darahku mendengar perkataan Pengkid? Dia panggil aku pengkid? Kurang asam! itu.

Oiii setan! Mulut kau tu jaga sikit. Tak reti-reti nak hormat orang ke? Suka hati tok nenek kau aja panggil aku pengkid. Habis tu, tak betul ke? Cerminlah diri kau tu sikit. Tak ayu langsung tau! Ini sudah lebih. Nampaknya si mangkuk ayun ni memang nak kena bom dengan aku. Seenak rasa dia cakap aku tidak ayu. Dia belum tengok lagi keayuan aku yang sebenarnya. Aku telah menyembunyikan rupa parasku yang sebenarnyalah, bodoh! Engkau tu, tengok pakai kepala lutut, bukan pakai mata. Aku malas nak berlagak ayu depan kau, kang kau tangkap lentok pulak dengan aku! Aku menyentuh hidungku laksana samseng-

21

Akulah Cinderella

samseng jalanan. Aku nak tergelak sebenarnya dengan tingkahku sendiri. Ha ha ha... perasanlah kau! Tak hingin aku! Ayu konon, ayu taik kucing! Pttuiihh! Dia meludah sambil berlalu pergi. Membuat darah mudaku sudah menjulang ke tahap maksima. Memang kurang ajar! Pengotor! Selekeh! Woii, pengotor! Kau ni tak layak duduk di bumi tahu tak? Mencemar alam semula jadi tahu tak? Pergi berambus ke planet lain. Buat menyemak saja! Dia berpaling memandangku dan tersenyum sinis, lalu masuk ke dalam perut kereta. Meninggalkan aku yang terkebil-kebil pula. Ah, peperangan ini tiada kesudahan lagi! Tidak tahu siapa yang menang atau kalah. Cis, aku benci dia! Aku berlalu masuk ke dalam KFC. Hasratku sudah tertangguh dek kerana pergaduhan yang tercetus sebentar tadi. Betul-betul membuang masa.

AKU sampai di rumah sudah pukul tujuh malam. Alia dan Aida pun sudah pulang dari sekolah. Sengaja aku mengayuh basikal dengan perlahan. Bimbang jika plastik KFC yang aku sangkut pada handle basikal terjatuh. Yeaah!!! KFC! KFC! Kuat suara sorakan Aiman dan Azah. Tersentuh hiba hatiku ini melihat kegirangan mereka berdua. Kasihan, nak makan KFC setahun sekali pun payah. Ini yang membuat aku terus bersemangat untuk bekerja lebih keras. Demi adikadikku.

22

Nozi Danisya

Alia tersenyum sambil menyambut plastik KFC dari tanganku. Aku melabuhkan punggung dan bersandar pada dinding kayu yang sudah pun reput, dimakan dek anai-anai. Letih betul rasanya. Bukannya letih bekerja sangat. Letih bergaduh dengan lelaki poyo itu tadi. Perangainya yang menyebalkan itu membuat hati dan fikiranku letih. Alia dan Aida datang menghidangkan KFC yang masih panas. Aku hanya menggelengkan kepala apabila melihat tiga orang adikku yang sedang membesar itu, makan dengan lahapnya. Tiba-tiba hati dipagut rasa sayu melihat keletah mereka.

AKU sampai di restoran Mak Cik Senah agak lewat malam ini. Orang pun sudah ramai. Mak cik, sorry... Syah lambat. Tak apalah. Pergi ambil order cepat, ramai dah tunggu tu. Mak Cik Senah tersenyum manis. Seorang janda anak tiga. Umurnya lebih kurang ibuku. Dialah tempat aku mengadu jika hatiku ini dilanda resah, dipalu pilu. Betulbetul rasa macam ibu pula. Dia mengusahakan restoran ini hasil daripada duit KWSP arwah suaminya. Sedang aku tekun membuat kerja, dari jauh aku lihat sekumpulan pemuda masuk ke restoran ini. Lebih kurang lima orang kesemuanya dan tampan-tampan belaka. Aku pergi ke arah meja mereka untuk mengambil pesanan. Makan apa bang? soalku dengan senyuman manis.

23

Akulah Cinderella

Errr, woit! Korang nak makan apa? Salah seorang daripada mereka yang berambut terpacak bersuara. Aku setia menunggu bersama nota kecil dan sebatang pen. Mi bandung satu, milo ais satu. Si spek mata bersuara. Wajahnya persis pelakon Korea saja. Kuetiau kungfu dan air tembikai, ya, sambung satu lagi suara. Kali ini si hitam manis pula. Aku tekun mencatat. Nasi goreng dengan jus epal. Si badan gempal pula memesan. Aku yang kusyuk menulis, berkerut kening lalu memandangnya. Errr, nasi goreng apa, bang? Nasi goreng banyak jenis. Aku menyoal kembali. Punyalah banyak jenis nasi goreng. Spesifiklah sikit. Oh, ni errr... nasi goreng daging merah. Dia tersenyum memandangku. Saya punya bagi char kuetiau aja. Air pula, kopi O ais.Giliran si charming berlesung pipit pula tersenyum. Okey, tu aja ke? Errr, ada lagi sorang. Wei, Fiq nak makan apa? Si spek mata menyoal teman-temannya yang lain. Ah, biar dia order sendirilah. Siapa suruh lambat? Si gempal menjawab sambil jari-jemarinya mengetuk meja. Errr... dik, yang sorang lagi tu nanti ya. Buatkan

24

Nozi Danisya

kami punya dulu. Terima kasih, sambung si spek mata tadi. Aku berlalu sambil tersenyum geli hati. Selera manusia ni memang lain-lain. Tidak sama langsung. Dan yang lebih menggelikan hati ialah caraku mengecam setiap jejaka itu tadi. Boleh pula aku melabelkan mereka dengan gelaran yang entah apa-apa itu. Spontan saja terlintas di kotak fikiranku ini sebenarnya. Sementara menunggu pesanan disiapkan, aku menolong Jaja, salah seorang pekerja Mak Cik Senah, mengelap pinggan. Tu, datang sorang lagi. Jaja memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah lima orang jejaka tadi. Ya, kelihatan teman yang mereka tunggu sudah sampai. Dia duduk membelakangkan aku. Aku mengangkat punggung dan mencapai nota untuk mengambil pesanannya pula. Oit, Syah! Ni air dah siap, bawa sekali, laung Abang Man, tukang buat air di restoran Mak Cik Senah ini. Okey! Pantas saja tanganku mencapai dulang yang penuh dengan lima gelas air untuk jejaka-jejaka yang tampan itu. Berhati-hati aku meletak dulang di meja sambil mengagihkannya. Aku berpaling ke arah kawan mereka yang baru sampai tadi. Wajahnya aku tidak nampak, sebab dia memakai cap dan tunduk. Order, bang? Dia mendongak merenungku. Mata kami bertembung. Ah! Si mangkuk ayun ni lagi? Bukan kepalang terkejutnya aku. Dia juga menunjukkan reaksi yang sama.

25

Akulah Cinderella

Kau??? Serentak jeritan kuat dari kami berdua sambil jari telunjuk sudah menuding ke muka masing-masing. Reaksi jejaka-jejaka tampan tadi tidak usah dicakaplah. Mereka berpandangan sesama sendiri. Sempat pula aku mengerling meja-meja di sekeliling. Banyak mata yang memandang. Apa kau buat kat sini? Kat mana aku ada, mesti ada kau, kan? sergahnya dengan nada keras. Aku menahan sabar. Tidak mahu hanyut dengan emosi lelaki poyo itu. Bodoh! Tak nampakkah aku sedang bekerja? Order? Aku memandangnya kosong tanpa ekspresi. Tiada senyuman juga di bibirku. Tiba-tiba dia bangun dan mula mengorak langkah. Oiii, Fiq! Kau nak ke mana pulak ni? soal si cermin mata. Aku tak ada seleralah nak makan kat sini. Dia menjelingku. Aku buat muka selamba. Sabar Syah, sabar. Ikutkan hati memang sebakul maki dah aku bagi pada lelaki ini. Nasib baiklah kau ini pelanggan restoran Mak Cik Senah, sebab Mak Cik Senahlah aku bagi muka pada kau tahu? Woii, relakslah. Kau ni, dengan budak kecil pun nak merajuk ke? Si rambut terpacak pula memujuk. Hek eleh, macam perempuan, siot! Kalau nak berambus tu, cepatlah sikit. Mengada-ada! Dik, bagi air laici satu ya untuk cik abang kita ni. Si gempal memandai-mandai order minuman,

26

Nozi Danisya

mewakili si mangkuk ayun itu. Aku mengangguk dan mencatatkan dalam notaku, lantas berlalu sambil menjeling. Dia membalas jelinganku dengan renungan tajam. Kemudian aku lihat dia duduk semula. Si lesung pipit menepuk-nepuk bahunya. Apa hal tu? soal Abang Man. Agaknya dia nampak kejadian sebentar tadi. Aku hanya tersenyum. Dia orang buli kau ke Syah? Dia orang menggatal dengan kau, ya? Nak Abang Man belasah ke? Eh, tak payah susah-susah Abang Man, Syah boleh handle. Betul ni? Aku hanya mengangguk sambil menghulurkan pesanan si gempal tadi. Abang Man ni sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak. Siang kerja kilang, malam pula buat part time seperti aku. Aku terhutang budi sebenarnya dengan Abang Man. Dialah yang menyelamatkan aku semasa aku hampir diperkosa oleh Zaidi si penagih dadah di kampungku itu. Malah kami sepakat mengheretnya ke balai polis. Jika tidak ada Abang Man, tak tahulah apa yang akan terjadi padaku sekarang ini. Syah! Order dah siap. Lamunanku berkecai. Aku mencapai gelas yang berisi air laici dan menghantar ke meja jejaka-jejaka tampan tadi dengan berat hati. Malas rasanya hendak berjumpa si mangkuk ayun itu. Cepat-cepat aku letakkan gelas minuman tersebut dan mengorak langkah. Dik! Kejap! Langkahku terhenti. Aku menoleh, kelihatan semua

27

Akulah Cinderella

mata memandangku termasuklah si mangkuk ayun itu. Malah renungannya lebih tajam menikam. Aku melemparkan senyuman manis buat mereka berlima kecuali dia. Ya? Nak order lagi? Mereka diam. Mata mereka tekun meratah setiap inci wajahku ini. Kemudian memandangku atas bawah. Membuat aku tertanya-tanya sendiri apa yang tidak kena? Aku pun sama sibuk juga meneliti badan sendiri. Okey aja! Siapa nama adik? soal si hitam manis. Aku mengangkat kening. Aik? Lain macam aja soalan dia ni. Nak mengurat aku ke? Tak cukup maco ke aku ni, sampai mereka terperasan siapa diriku yang sebenarnya? Syah. Si mangkuk ayun itu tersenyum sinis. Dah elok-elok mak bapak bubuh nama perempuan, nama lelaki juga yang dipilihnya. Eh, membebel pulak mamat ni, getusku dalam hati. Aku menjeling geram. Sebut-sebut mak bapak pulak. Aku sensitif tau? Aku ini anak yatim piatu. Lagipun, memang nama aku Syah apa? Itulah panggilan untukku sejak azali lagi. Untuk pengetahuan kau wahai si mangkuk ayun, nama penuhku Nur Aisyah binti Sulaiman. Tapi, apa hal pulak aku nak bagi tau pada kau, kan? Huh! Sebal. Oh, jadi betullah Syah ni perempuan ya? Si lesung pipit bertanya lembut. Menghadiahkan senyum manis buatku. Mak aii, handsomenya dia. Bisa cair hatiku ini. Tapi aku peliklah mereka ni, takkanlah tak boleh cam suara aku? Sah-sah suaraku ini suara seorang perempuan. Atau memang suara aku ini garau?

28

Nozi Danisya

Tapi, tak nampak macam perempuanlah, serius! Syah memang berjaya menipu kami semua. Si rambut terpacak bersuara, mengundang riuh tawa teman-temannya. Si mangkuk ayun itu tetap juga tersenyum sinis. Menyampah aku! Benci! Memanglah tak nampak, nasi lemak dia lima puluh sen. Kurang asam! Selamba badak si mangkuk ayun ini mengutuk aku. Ini sudah lebih! Api kemarahan sudah marak dalam tubuhku ini, apabila tawa mereka semakin galak. Siap ada yang bersiul, ada yang mengenyitkan mata. Memang kurang ajar! Memang sama spesies dengan si mangkuk ayun itu. Aku menjeling geram ke arah lelaki itu. Dia tergelak besar. Suka sangatlah tu! Geram betul aku dibuatnya. Sesedap rasa aja dia kata nasi lemak aku lima puluh sen! Kau mana tahu mangkuk! Aku pakai baju dua lapis dan baju aku ni punyalah besar sebab nak cover aset aku. Dan sebab aset aku ini besarlah, aku kena cover monyet! Huh! Gatal! Aku membuang pandang. Dari dalam restoran kelihatan Abang Man sudah berpeluk tubuh memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Pasti Abang Man fikir mereka sedang membuli aku. Isy... kenapalah aku asyik kena buli aja ni? Dah tukar imej pun boleh kena buli lagi? Memang malang betul nasib aku. Ini semua gara-gara si mangkuk ayun itu. Setiap kali dia muncul, pasti aku dapat malapetaka. Dah puas gelak? Aku merenung tajam muka masing-masing. Mereka terdiam.

29

Akulah Cinderella

Sorry, Syah. Si rambut terpacak cuba membuat tabik hormat. Aku membuang pandang, cuba sembunyikan senyum. Kalau tak nak order apa-apa, aku blah dulu. Aku mula mengorak langkah. Eh, Syah... kejap! Si gempal pula memanggil aku. Apa lagi ni? Umur Syah berapa ya? Nampak macam budak sekolah aja? Penting ke? Ala, janganlah marah... kita orang nak kawan aja dengan Syah, boleh? Aku lihat si mangkuk ayun sudah tersentak. Dia berpaling ke arah teman-temannya itu. Tak apalah, aku tak berminat. La, kenapa pulak? Aku takut nanti teruk aku kena belasah. Pantang silap sikit, azab badan aku nanti. Mereka berkerut kening. Si mangkuk ayun menjeling geram ke arahku. Kini giliranku pula tersenyum sinis. Rasakan kau mangkuk! Teman-temannya seperti dapat meneka dan mata mereka semua tertumpu kepada si mangkuk ayun itu pula. Dia tunduk dan menarik capnya untuk menutup muka. Menutup pekung sebenarnya. Malu jika temantemannya tahu yang dia pernah membelasah seorang budak perempuan. Tiada kuasa lagi aku hendak terpacak di situ, lebih

30

Nozi Danisya

baik aku beredar segera. Sebaik aku mengorak langkah, terdengar riuh suara mereka bertanya itu ini kepada si mangkuk ayun itu. Hah! Padan dengan muka kau! Jawablah sendiri.

31

Akulah Cinderella

Bab 4
KU terkebil-kebil di dalam gelap. Lebih kurang seminggu lagi genaplah tempoh yang diberi oleh anak menantu Pak Haji Yahya. Apalah yang harusku lakukan? Di manalah hendak aku heret adik-adikku ini? Aku tidak mahu membebankan otak mereka. Alia dan Ain masing-masing akan menduduki peperiksaan tahun ini. Seorang PMR dan seorang lagi UPSR. Aku ingin melihat mereka berjaya. Jika tidak, sia-sialah pengorbananku berhenti sekolah demi menyara mereka. Ibu, ayah... kenapa secepat ini tinggalkan kami? Syah tak boleh nak pikul tugas ayah. Tak tertanggung dek badan Syah ni ayah. Syah teringin nak belajar lagi. Syah nak ambil SPM. Nak masuk universiti macam yang ibu harapkan. Tapi kenapa tinggalkan Syah secepat ini? Ayah tau, anak menantu Pak Haji Yahya dah halau kami. Mana kami nak pergi ayah? Syah tak mampu nak sewa rumah. Nak makan pun kadang-kadang tak cukup. Syah sayang pondok buruk kita ni ayah. Ini hasil kerja ayah, kan?

32

Nozi Danisya

Walaupun kecil dan sempit, walaupun buruk dan hodoh, ia tetap syurga bagi kami ayah. Ayah tahu, atap dapur dah bocor. Kalau hujan lebat, Alia akan tadah dengan besen. Dinding tepi pintu pun sudah reput ayah, dimakan dek anai-anai. Syah tak ada duit nak ganti itu semua. Duit gaji Syah hanya cukup untuk tanggung persekolahan adik-adik. Baju mereka pun Syah tak mampu nak ganti. Ibu, ibu tau tak? Syah ada simpan duit sikit. Adalah dalam lima puluh ringgit sebulan. Itu untuk kecemasan. Tapi sebenarnya, Syah simpan duit tu untuk tampung perbelanjaan Alia nanti. Mana tahu kalau dia dapat masuk universiti seperti ibu mahukan. Dapat juga duit itu Syah gunakan untuk beli keperluan dia. Kalau ikut perkiraan Syah, duit itu tidaklah sebanyak mana kalau disimpan sampai Alia habis SPM nanti. Tapi dari tiada, lebih baik ada sikitkan ibu? Aduhai, kenapalah nasibku begini. Sedih dan malang. Perlahan-lahan air mataku menitis di dalam gelap pekat. Hanya ini sajalah yang mampu aku lakukan, menangis berseorangan. Melepaskan apa yang terbuku di dada. Aku mengeluh perlahan. Cuba memejamkan mata.

PETANG Sabtu, aku lebih suka melepak di rumah saja. Duit bukannya ada kalau hendak ke mana pun! Lebih baik tolong Alia bersihkan halaman rumah. Biar dia berehat pula. Biar dia menghabiskan masa dengan menelaah buku pelajarannya. Sedang aku asyik menyapu daun-daun kering, datang sebuah kereta berhenti di halaman rumah. Hatiku berdebar-debar. Adakah ini anak menantu Pak Haji Yahya?

33

Akulah Cinderella

Tak mungkin! Tempoh yang diberi masih ada bersisa. Lagipun kereta yang dinaiki juga lain. Assalamualaikum! Tuk Mat, ketua kampung keluar dari perut kereta bersama tiga orang manusia yang tidakku kenali. Seorang lelaki dan dua orang wanita. Waalaikumussalam. Aisyah apa khabar? Baik tuk. Apa hal? Oh, ada hal sikit ni Aisyah, boleh kami masuk? Ya, ya silakan. Masuklah. Aku dengan ramahnya menjemput mereka. Penyapu lidi aku letakkan di tepi tangga kayu. Melangkah naik, diikuti keempat-empat manusia tadi. Duduklah. Mereka akur sambil mata meliar memandang sekeliling rumahku. Begini, Aisyah mereka ni dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku melongo. Otakku cuba mencerna apa yang dimaksudkan oleh Tuk Mat tadi. Mereka dari JKM? Adakah mereka ingin mengambil adik-adikku? Saya Borhan, ni Puan Jamilah dan itu pula Puan Hamidah, terang lelaki separuh umur itu. Apa khabar? Saya Aisyah, kataku memperkenalkan diri. Aku tersenyum manis tetapi jantungku berdegup kencang. Adik-adikku yang lain juga sudah duduk di sebelahku. Begini ya, Aisyah... kami difahamkan kamu semua

34

Nozi Danisya

ni tiada penjaga yang sah, bukan? Puan Hamidah bertanya lembut. Terserlah sifat keibuan wanita itu. Aku hanya mengangguk lemah. Telahanku benar belaka. Dan kamu semua juga masih di bawah umur, bukan? Aku mengangguk lagi. Siapa yang paling tua di sini? Aisyah ya? Encik Borhan pula bersuara. Aku hanya tersenyum hambar. Berapa umur Aisyah? Tahun ni tujuh belas tahun encik. Dia menganggukkan kepala lalu memandang rakan sekerjanya yang lain. Aku mengerling ke arah Tuk Mat. Ketua kampung itu hanya tertunduk. Merenung tikar getah yang sudah dimamah usia. Jadi, Aisyah juga masih di bawah umurlah? soal Puan Jamilah pula. Aku hanya mengangguk. Masih bersekolah? Semua masih bersekolah kecuali saya. Kamu berhenti sekolah? Ya puan. Saya bekerja untuk menyara mereka. Mereka semua merenungku dengan pandangan sayu. Simpati barangkali. Begini ya Aisyah, kami terpaksa membawa kamu semua ke rumah anak-anak yatim. Ini semua untuk

35

Akulah Cinderella

keselamatan dan masa depan kamu juga. Biar kami uruskan semuanya. Lagipun, Aisyah perlu bersekolah semula. Aku tahu, memang aku ingin belajar kembali. Tetapi keadaan telah memaksa aku melupakan hasratku itu. Mengikut Akta Kanak-Kanak, Wanita Dan Keluarga, kami tidak boleh membiarkan remaja yang masih di bawah umur seperti kamu keluar bekerja. Ini salah di sisi undang-undang, terang Encik Borhan pula. Apa yang harusku katakan? Bukannya aku arif sangat pasal undang-undang Malaysia ini. Tak ada alternatif lain ke encik? Ada. Jika kamu boleh mencari penjaga yang sah dan mereka itu berkelayakan menjaga dan melindungi kamu semua, kamu tidak perlu mengikut kami. Aisyah ada saudara-mara sebelah ibu atau ayah? soal Tuk Mat setelah lama berdiam diri. Aku berkira-kira. Sebelah ayah sudah tiada siapa, ayah hidup sebatang kara. Ibu pula hanya ada Mak Long Salimah. Itu pun dia berada di Jakarta mengikut suaminya ke sana. Aku hanya mampu tunduk. Air mata mula bergenang di tubir mata. Aku harus bertahan. Aku tidak boleh menunjuk kelemahanku. Biar mereka lihat aku seorang yang tabah. Aku sendiri boleh menjaga adik-adikku. Beginilah Aisyah, kami beri masa seminggu untuk kamu berfikir. Jika ada orang yang sanggup menjaga kamu, kami akan pertimbangkan. Aku hanya mengangguk tanda faham. Senyuman di bibir juga sudah tidak semanis mana. Seminggu bukannya lama.

36

Nozi Danisya

Mereka minta diri untuk pulang. Aku menghantar mereka dengan wajah sayu dan fikiran berkecamuk. Perlahan-lahan kereta itu merangkak keluar dari halaman rumah. Aku mengeluh berat. Berpaling dan memandang Alia serta adik-adiku yang lain. Jelas sekali di wajah mereka keruh dan mendung. Macam mana ni, Kak Syah? soal Alia cemas. Kak Syah, Aida tak nak duduk rumah anak-anak yatim. Aida nak duduk sini. Best apa rumah anak yatim, ada ramai kawan, sampuk Azah. Aku hanya tersenyum kecil. Dia masih belum mengerti apa-apa. Aku melabuhkan punggung di atas bendul. Kalau arwah ibu nampak, pasti bising mulutnya. Anak dara tidak elok duduk atas bendul katanya. Nanti lambat ketemu jodoh. Benarkah? Tetapi siapalah yang mahukan aku? Bukannya ada kelebihan pun, kekurangan banyaklah. Kak Syah, kat mana rumah anak-anak yatim tu? Soalan Ain membuat lamunanku terhenti. Sempat pula aku bermenung pada saat-saat genting begini. Entah, Kak Syah pun tak tau... Habis tu macam mana? Kak Syah setuju ke kita tinggal kat sana? Aida tak naklah. Haah, Kak Syah. Buatnya ada keluarga angkat yang nak ambil Azah dan Aiman, macam mana? Kita terpaksa berpisah ke? Soalan Alia membuatkan aku tersentak. Tak terfikir pula aku. Ya, macam mana kalau itu yang berlaku? Sanggupkah aku berpisah dengan mereka semua? Tegakah

37

Akulah Cinderella

aku membiarkan adik-adikku hidup di dalam keluarga yang asing? Jika mereka didera macam mana? Dan macam mana pula jika kami semua tidak akan bertemu lagi? Tak mahulah aku! Aimanlah yang paling kecil di sini. Dia tidak mengerti apa-apa. Percaturan hidupnya menjadi tanggungjawab aku. Nantilah Kak Syah fikir. Korang jangan risau, taulah Kak Syah nanti, okey? Aku cuba mententeramkan hati adik-adikku yang sudah gundah-gulana. Biarlah masalah ini aku yang tanggung sendiri. Semoga nasib yang baik akan menyebelahi kami berenam. Aku akan berusaha mempertahankan nasib mereka. Itu memang tugasku.

38

Nozi Danisya

Bab 5
ARI minggu begini memang bosan kalau hanya duduk di rumah. Menonton TV tua yang sekejap okey sekejap tidak, bertambah membosankan. Aku tidak betah hanya duduk di rumah saja. Aku perlu tenangkan fikiranku yang kusut ini. Alia! Kak Syah nak keluar kejap. Ada nak pesan apa-apa ke? Tak ada rasanya. Kak Syah nak pergi mana? Saja nak bersendirian kejap. Kau jaga adik-adik tau? Kunci pintu, pesanku tegas. Alia hanya mengangguk. Aku mengayuh basikal tanpa arah tujuan, sambil bernyanyi kecil mencari tempat yang strategik untuk aku berfikir. Aku singgah di taman rekreasi. Ramai pula orang, terus niatku terbatal. Ini bukan boleh menenangkan fikiran, tetapi menambahkan kusut lagi adalah. Aku meneruskan kayuhanku lalu membelok ke kiri dan memintas sebuah kereta Mercedes yang berhenti di tepi jalan. Aku memandang

39

Akulah Cinderella

sekilas. Kelihatan seorang wanita sedang berkerut kening dan memegang dadanya. Apa kena dengan wanita itu agaknya? Aku berhenti dan berpusing balik. Berhenti betulbetul di tepi cermin keretanya. Kelihatan dia seperti tercungap-cungap saja. Aku meninjau-ninjau ke dalam kereta yang bercermin gelap itu. Tidak nampak orang lain. Kenapa pula mak cik ni? Hah! Dia sakit agaknya. Pantas sahaja aku mengetuk cermin keretanya. Dia merenungku sambil memegang dada. Wajahnya tidak jelas. Aku cuba membuka pintu keretanya. Berkunci! Macam mana ni? Aku lihat wanita itu seperti sedang nazak. Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan? Aku meninjauninjau di sekeliling kawasan itu. Sunyi! Aku menggelabah. Pondok telefon pun tiada. Sedang aku terpinga-pinga, terpandang olehku seketul batu di tepi jalan. Batu itu aku ambil lalu cuba untuk memecahkan cermin tingkap belakang kereta Mercedes itu. Dengan sekali baling cermin kereta itu berlubang, tetapi tidak pula bersepai. Agaknya inilah kelebihan kereta mewah kut. Lubang itu kecil tetapi cukup untuk tangan halusku ini melepasinya. Tanganku terasa perit. Tetapi aku tidak mempedulikannya. Dengan pantas aku membuka punat kunci pintu di hadapan. Puan? Puan kenapa? Sakit ke? Dia merenungku dengan amat payah sekali. Sinar matanya menjelaskan bahawa dia sedang terseksa. Puan? Puan dengar tak ni? Puan ada ubat? Dia masih merenungku dengan sayu. Wajahnya sudah pucat lesi. Ya Allah, selamatkanlah wanita ini. Aku tidak berfikir panjang lagi, lalu mencapai tas tangannya dan menyelongkar untuk mencari ubat. Tak ada! Aku selongkar

40

Nozi Danisya

pula keretanya, tidak ada juga! Aku terpandang telefon bimbit miliknya. Aku capai dan sempat berfikir sejenak. Macam mana pula nak gunakan telefon ni? Aku langsung tak tahu. Seumur hidup aku tidak pernah ada telefon bimbit. Tiba-tiba menyelinap rasa sayu di sanubariku. Terasa diri begitu naif. Aku cuba untuk menghubungi ambulans. Terdengar suara di talian. Aku tersenyum senang, pandai juga aku ni. Aku berpaling semula ke arah wanita tadi. Kaku. Aku cemas. Segera aku memeriksa nadinya. Ya Allah, wanita ini sudah tidak bernyawa! Badanku menggigil. Apa yang harus aku lakukan? Pantas saja aku membuka tali pinggang keledar wanita itu dan mengheretnya keluar dari kereta. Berat juga! Sepenuh tenaga aku kumpulkan untuk membaringkan wanita ini di atas jalan raya. Aku harus cepat. Aku harus buat pertolongan cemas padanya. Aku menekan-nekan dadanya, tiada respons! Lantas aku mendongakkannya, terpaksalah aku buat pernafasan mulut ke mulut. Ya Allah, Kau bantulah aku! Kau mesti bantu aku! Berulang kali aku membuat proses yang sama. Menekan dadanya dan memberi bantuan pernafasan. Nasib baiklah aku pernah belajar semasa di tingkatan tiga dahulu. Semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah. Aku masih tidak putus asa. Kenapalah waktu-waktu begini tidak ada sebuah kereta pun yang lalu? Tiba-tiba wanita itu terbatuk-batuk. Puan? Puan okey ke? Dia membuka matanya sedikit tetapi kemudian dipejamkannya semula. Aku kalut. Aku merasa nadinya. Fuh, lega! Dia masih hidup rupa-rupanya, tetapi agak lemah.

41

Akulah Cinderella

Aku berpaling apabila mendengar bunyi siren ambulans.

AKU masih memegang telefon bimbit wanita itu dan kunci keretanya. Tiba-tiba telefon bimbit itu berbunyi sambil bergetar. Aku tersentak. Tertera sebuah nama di skrin telefon itu. Sarah? Helo. Helo... Aku menjawab lambat-lambat. Helo? Siapa ni? Mana Datin? Datin? Aku tolong seorang Datin rupa-rupanya. Saya, Syah. Datin pengsan. What? Pengsan? Di mana? Sekarang dia ada di hospital. Baik. Awak tunggu saya datang. Okey. Aku mengeluh panjang. Aku memerhati jururawat yang manis itu mencuci lukaku. Teruk juga luka di tanganku ini, habis calar-balar terkena serpihan kaca yang bergerigi tadi. Itu adalah akibat daripada balingan batu ke arah cermin tingkap kereta Mercedes wanita itu. Sebenarnya aku membayangkan seolah-olah aku ni sedang membaling bola baseball, walaupun aku tidak pernah bermain permainan itu. Aku tersenyum nipis. Setelah selesai, aku keluar semula menuju ke wad tempat wanita itu ditempatkan. Aku ingin melihat keadaan dia sebentar sebelum pulang. Pasti Alia risau. Sekarang pun sudah pukul empat petang.

42

Nozi Danisya

Excuse me! Aku berpaling melihat empunya suara. Siapa pula ni? Awak, Syah? Aku tersenyum sambil mengangguk. Saya Sarah, pembantu peribadi Datin. Dia menghulurkan tangan tanda berjabat denganku. Cantik orangnya. Sungguh anggun dan elegan. Hai. Huluran salamnya aku sambut dengan hormat dan santun sekali. So, tell me what happened? Lalu aku menceritakan dari awal hingga ke akhir. Wajahnya kelihatan mendung. Susah hati barangkali. Terima kasih ya, Syah. Awak memang berhati mulia. Akak akan pastikan awak akan mendapat ganjaran daripada Datin. Eh, tak payah, tak payah! Saya ikhlas dan tak harapkan balasan. Kalau berlaku pada orang lain pun, saya akan lakukan hal yang sama juga. Sarah tersenyum manis. Memang cantik gadis ini. Jika aku ini lelaki pasti saja hatiku sudah cair. Ini barang-barang Datin. Beg dia masih dalam kereta. Tak apa, nanti akak suruh orang ambilkan. Aku hanya mengangguk. So, awak nak balik dengan apa? Nak akak hantarkan? Ya tak ya juga. Aku ke sini tadi pun menaiki

43

Akulah Cinderella

ambulans. Macam mana aku nak balik? Bukannya aku ada duit nak naik teksi pun. Aku hanya tersengih memandang Sarah. Jomlah, lagipun akak boleh ambil kereta Datin tu sekali. Kita pergi dengan drebar Datin, ya. Aku hanya mengangguk saja. Apa nak buat, sudah tiada pilihan. Sarah menekan butang di telefon bimbitnya. Helo, Encik Shafiq. Datin masuk hospital. Teruk juga, sampai kena buat CPR. Seketika kelihatan pembantu peribadi Datin itu, mengangguk-angguk kecil. Someone yang berhati mulia, Encik Shafiq, ucapnya kemudian. Sarah memandangku sambil tersenyum. Ada sorang budak lelaki hantar dia tadi. Tak taulah... saya tak tengok lagi. Ada ni, hold on. Sarah menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku. Aku yang dari tadi hanya mendengar perbualan gadis itu dengan majikannya barangkali, terpinga-pinga. Encik Shafiq anak Datin, nak cakap dengan awak. Hah? Nak buat apa? Tak payahlah! Jangan begitu. Dia nak ucap terima kasih sebab dah selamatkan Datin. Aku mencapai telefon itu. Alahai, tak payahlah beria-ia sangat. Bukan aku buat apa pun. Hello. Hello. Im Shafiq, Datins son. Thank you for saved my mothers life. Its ok. No big deal.

44

Nozi Danisya

So, if you want the rewards just tell me, okay? Talian telah dimatikan. Begitu saja? Sombongnya! Lantaklah, bukan aku kenal pun. Aku menyerahkan semula telefon bimbit Sarah dengan senyuman kelat. Bagai dapat menebak, Sarah tertawa kecil. Encik Shafiq tu memang macam tu. Sekali lihat memang lagaknya sedikit sombong, tapi hatinya baik. Betul akak tak tipu. Akak dah lama kenal dia. Itu sebab akak berani cakap begitu. Orangnya pun handsome juga. Aku tergelak kecil. So, akak tak terpikat ke? What? Akak? Tak mungkinlah kut. Akak dah bertunanglah. Aku mengangguk faham. So, shall we? Errr, saya nak jenguk Datin dulu boleh? Of course dear, awakkan hero. Jomlah! Aku tergelak mendengar celoteh Sarah itu. Hero? Macam best aja bunyinya. Barulah maco rasanya. Kak Sarah, anak Datin tu tak datang tengok mak dia ke? Malam nanti sampai. Dia ada kat Sarawak sekarang. Tengah uruskan cawangan di sana. So, flight paling awal pun pukul tujuh setengah malam ni. Aku mengangguk tanda faham. Sibuk sungguh dunia orang kaya. Bahagia agaknya mereka ini dengan duit yang senantiasa penuh di bank. Kami mengatur langkah menuju ke wad Datin.

45

Akulah Cinderella

Bab 6
ARI ini aku minta izin daripada bosku untuk pulang awal. Dia pun tidak kisah. Katanya, dia tidak masuk ke pejabat petang ini. Tujuanku ialah untuk ke hospital menziarahi Datin yang telah aku selamatkan semalam. Sebenarnya aku dipaksa berjanji untuk datang lagi oleh Sarah, sebab semalam Datin itu masih tidak sedarkan diri. Tengah hari tadi, Sarah menghubungi aku melalui telefon di pejabat. Itu pun aku terpaksa bagi juga, sebab gadis itu beria-ia sangat meminta nombor telefon untuk menghubungi aku. Manalah aku ada telefon bimbit. Kata Sarah, Datin sudah sedar. Dia teringin sekali berjumpa denganku. Jadi secara paksa rela aku menggagahkan diri jua untuk berjumpa dengannya. Aku menongkat basikalku di tempat parkir motorsikal. Penat juga mengayuh. Aku mengatur langkah menuju ke wad Datin. Perlahan-lahan pintu bilik kuketuk, lalu menjengahkan

46

Nozi Danisya

kepala. Kelihatan Datin sudah boleh duduk dan di sisinya, Si Sarah yang tersenyum manis padaku. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Serentak mereka berdua menjawab. Aku melangkah ke arah mereka. Datin, inilah Syah. Syah, inilah Datin Zulaikha. Datin apa khabar? Dah okey ke? Alhamdulillah, dah beransur baik pun. Dia mengangguk sambil tersenyum. Jadi, memang betullah awak orangnya ya? Saya memang nampak awak semalam. Aku hanya tersenyum. Terima kasih, Syah... kerana selamatkan saya. Saya memang terhutang budi pada awak. Bukan saja budi, kira dah terhutang nyawa ni. Mereka berdua tertawa. Aku hanya tersenyum saja. Segan pula dipuji-puji begitu. Sama-sama Datin. Dah tanggungjawab saya, tak ada apa sangatlah. Mana boleh tak ada apa, Syah. Awak ni merendah diri sangat orangnya. Aku canggung. hanya tertunduk malu. Terasa sedikit

So, Syah... mintalah apa saja kat Datin ni, dijamin mesti dapat punya. Sarah mula mengusikku.

47

Akulah Cinderella

Datin Zulaikha tersenyum sambil mengangguk. Mesra betul pembantu peribadi dan majikannya ini. Syah nak apa? Auntie boleh bagi apa aja. Auntie? Segannya aku rasakan. Mereka ini cuba mewujudkan suasana mesra barangkali. Mungkin kerana mereka melihat aku segan dan kekok. Tak payah susah-susah, saya ikhlas, Datin. Ala, Syah... dont be shy. Si Sarah masih tidak jemu mengusikku. Sikit-sikit jadilah wahai Cik Sarah. Aku terdengar pintu bilik dikuak. Kami berpaling melihat siapakah yang masuk. Hah! Dia lagi? Apalah malangnya nasibku ini, asyik bertembung aja dengan si mangkuk ayun itu. Matanya membulat. Kau??? Kau buat apa kat sini? sergahnya dengan renungan yang amat tajam. Datin Zulaikha dan Sarah terpinga-pinga. Fiq? Why? Both of you... kenal ke? Soalan Sarah tidak mampu aku jawab. Aku kaku. Mahu saja aku pergi dari situ, tetapi kakiku ini seakan-akan lumpuh dan dipaku kemas pada lantai sejuk hospital itu. Si mangkuk ayun menjeling tajam lalu meletakkan plastik berisi buah-buahan di atas cabinet kecil di tepi katil pesakit. Syah, ni anak auntie, Shafiq Daniel. Anak? Si mangkuk ayun ini anak Datin Zulaikha? Mustahil! Ini mesti ada silap di mana-mana. Aku merenung si

48

Nozi Danisya

mangkuk ayun itu semula. Sukar untukku percaya. Ibunya, punyalah lembut dan santun, tetapi anaknya, macam orang tidak pergi sekolah! Agaknya, lelaki itu anak angkat kut. Apa tengok-tengok? Ada hutang? Memang kau ada hutang dengan aku pun. Aku bagai terlupa di mana aku berada kini. Lelaki kurang ajar sepertinya, mana boleh aku berdiam diri begitu saja. Hutang apa? Hutang penumbuk dan penampar. Air muka si mangkuk ayun ini berubah sertamerta. Mengetap bibir dan merenungku tajam. Kau buat apa kat sini? Kau tahu tak ini hospital? Darahku sudah mendidih. Memang dia sedang menjentik emosiku nampaknya. Sudah! Sudah! Apa ni Fiq? Datin Zulaikha sudah bersuara keras. Geram dengan tingkah anaknya sendiri barangkali. Baran tidak kena pada tempatnya. Kamu berdua saling mengenali ya Syah? Tak kenal! Pantas saja si mangkuk ayun ini menjawab. Aku menjelingnya geram. Dia juga merenungku tajam. Kalau tak kenal, takkan boleh bertengkar begini. Di hospital pula tu. Datin Zulaikha merenung kami silih berganti. Syah, explain to me what happened between both of you.

49

Akulah Cinderella

Si mangkuk ayun masih merenungku tajam. Sekilas kulihat tangannya sudah mengepal penumbuk. Pantas saja terbayang peristiwa aku dibelasah teruk olehnya. Syah? Datin Zulaikha masih menagih jawapan. Aku menjeling si mangkuk ayun itu kemudian mataku beralih pula kepada Sarah. Gadis itu memberi isyarat supaya aku ceritakan apa yang berlaku di antara kami berdua. Aku menjadi serba-salah pula. Haruskah aku mengaibkan lelaki ini? Nanti teruk aku kena belasah lagi. Tapi, mengapa aku harus takut? Bukan salah aku pun, si mangkuk ayun ini yang memang kurang ajar. Tak ada apalah Datin. Small matter. Akhirnya aku putuskan untuk merahsiakannya. Betul ni? Aku mengangguk laju. Fiq, ini Syah. Dia yang selamatkan mami yesterday. Matanya membulat. Wajah yang tegang tadi sudah bertukar redup. Aku buat muka selamba. Kau... kau yang selamatkan mami semalam? Kau yang buat CPR pada mami? Aku hanya Zulaikha tersenyum merenungku dengan Yang pastinya tidak redup. diam tidak bereaksi. Aku lihat Datin senang. Si mangkuk ayun itu masih pandangan yang sukar dimengertikan. setajam tadi. Renungannya bertukar

50

Nozi Danisya

Ya Encik Shafiq. Dialah insan berhati mulia yang saya cakapkan dan dialah budak lelaki yang hantar Datin semalam, sampuk Sarah mengesahkan apa yang berlaku semalam. Budak lelaki? Si mangkuk ayun itu tersenyum sinis. Datin Zulaikha dan Sarah saling berpandangan. Aku beralih pandang. Merenung tajam lelaki itu. Monyet betul! Aku dah simpan rahsia kau, tak akan kau nak bongkar identiti aku pula mangkuk? Dia ni perempuan mami, budak perempuan. Lantas, cekap saja tangannya membuka cap dah melepaskan sanggulku. Terurai lepas rambut lurusku yang separas pinggang. Datin Zulaikha dan Sarah melongo. Mata mereka tidak berkedip. Si mangkuk ayun tergelak besar. Puas hati barangkali dapat mengenakan aku. Mukaku jangan diceritalah, membahang laksana gunung berapi yang hendak meletup. Nasib baiklah ini hospital. Jadi, Syah... youre a girl? Sarah menyoal tidak percaya. Aku tersenyum kelat. Cantiknya rambut, manis betul Syah ni ya, kenapa sembunyikannya? Datin Zulaikha seolah-olah tahu aku sedang menanggung malu. Dia menghadiahkan senyuman manis untukku. Si mangkuk ayun itu berhenti ketawa apabila ibunya memujiku.

51

Akulah Cinderella

Kenapa tak cakap you perempuan Syah? Sarah ni macam tak berpuas hati aja? Aku pula, hanya mampu tersengih. Dah awak tak tanya? Jawapanku itu mengundang riuh tawa mereka. Si mangkuk ayun itu pun turut serta. Aku bukan buat lawak dengan kaulah bodoh. Sibuk aja! So, nama Syah yang sebenarnya apa? soal Datin Zulaikha setelah tawanya reda. Dia saja pakai nama lelaki mami. Konon-konon macolah tu. Ada jugak yang nak kena makan penampar aku ini karang. Kau boleh diam tak mangkuk? Kau Syah ke? Mak kau tanya akulah bengong! Nama saya Nur Aisyah binti Sulaiman Datin. Dari kecil memang orang panggil saya Syah. Si mangkuk ayun itu terdiam. Mukanya merona merah. Malu barangkali. Itulah suka sangat serkap jarang. Macam bagus aja! Oh, sedapnya nama. Syah tu short form daripada Aisyahlah ya? Pandai pun kau Sarah. Tak macam lelaki poyo, si majikan kau itu. Aku hanya tersenyum nipis. Datin, errr... saya rasa, saya kena balik dulu, dah lewat ni. Sorry sebab semalam saya dah pecahkan cermin kereta Datin. Tak apa, Syah... cermin kereta boleh diganti. Nyawa yang penting. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan auntie ya. Kalau Syah tak pecahkan cermin tu mungkin auntie dah tak ada lagi.

52

Nozi Danisya

So, Syah confirm tak nak apa-apa ni? Aku hanya mengangguk bila Sarah ingin kepastian. Dia malulah tu. Tak apalah, Syah balik, fikir dulu... nanti claim kemudian ya. Beria-ia mereka ini ingin membalas budiku. Aku tersenyum lagi. Saya balik dulu. Jaga diri baik-baik ya, Datin. Kalau boleh jangan drive sorang-sorang lagi. Baiklah, sayang.... Lembut alunan suara Datin Zulaikha membuat hatiku sayu. Tiba-tiba pula teringat pada arwah ibu. Ibuku pun selalu cakap begitu. Aku merampas cap kepunyaanku yang masih di tangan si mangkuk ayun itu, lalu melangkah keluar setelah bersalaman dengan mereka tanpa menoleh sedikit pun padanya. Aku menuruni tangga hospital dengan laju. Sudah lewat petang. Aku harus cepat. Lepas maghrib nanti nak ke restoran Mak Cik Senah pula. Sementara itu, tanganku menyanggul semula rambut yang terlepas tadi. Semuanya gara-gara si mangkuk ayun itu. Syah! Langkahku terhenti saat terdengar namaku diseru. Aku berpaling sambil menyarung semula cap di kepala. Berkerut keningku melihat si mangkuk ayun terkocoh-kocoh mengejarku. Aku berpaling semula dan terus menuruni tangga dengan laju. Malas untuk bertengkar dengan lelaki poyo itu. Buang masa aja. Tiba-tiba lenganku disentap. Syah, tunggulah kejap!

53

Akulah Cinderella

Sentapan tenaganya membuat aku terdorong ke tepi hingga hampir hilang keseimbangan. Dengan pantas tangannya merangkul pinggangku supaya aku tidak jatuh. Mata kami bertaut. Aku dapat rasakan ada getaran halus menyelinap di hatiku saat ini. Cepat-cepat aku menolak dadanya. Kau ni kenapa? Nak ambil kesempatan ke? Hek eleh... aku dah selamatkan kau daripada jatuh tergolek, bukannya nak ucap terima kasih. Siapa yang buat aku terjatuh, hah? Bengong! Apa kau kata? Bengong? Siapa yang bengong? Kaulah yang bengong, pekak! Tarik-tarik aku kenapa? Dia diam dan merenungku tajam. Kau ni, mulut memang tak ada insurans ya? Karang bersepai gigi tu pulak aku bagi. Kau ingat aku takut ke? Kalau berani buatlah lagi! Kau jangan cabar aku! Aku tak peduli kau siapa, tau? Tau, tau sangat! Kau memang kaki pukul. Suka pukul perempuan. Samseng! Dia tersentak lalu membuang pandang. Cuba mengatur nafas nampaknya. Okey, okey, aku tak nak bergaduh dengan kau. Kita berdamai nak? Berdamai? Semudah itu? Senangnya dia fikir. Aku tak akan lupa apa yang sudah dia lakukan padaku. Jangan harap!

54

Nozi Danisya

Aku menjeling dan ingin berlalu segera. Alamak, dah lambat! Dah lambat! Hei, tunggulah dulu! Aku belum habis lagi ni. Langkahku terhenti lagi dan berpaling merenungnya dengan tajam sekali. Kau nak apa lagi? Aku nak cepat ni tau tak? Sorry! Aku cuma nak minta maaf pada kau pasal hari tu dan... Dia terdiam sambil merenung lembut ke wajahku. Aku hanya mengangkat kening sebagai isyarat bertanya. Dan... terima kasih sebab tak beritahu mami pasal tu. Dan, terima kasih juga sebab dah selamatkan mami aku. Sama-sama... Errr, kau maafkan aku tak? Tak! Amboi! Keras kepala juga aku ni. Macam tak percaya pula. Kenapa? Suka hati akulah! Aku meninggalkannya dengan cepat. Buang masa aku betul! Tiba-tiba dia menghalang jalanku. Aku mengeluh panjang. Nak apa lagi? Kau tau tak aku nak cepat ni? Suaraku sudah mengendur. Sudah letih rasanya. One more thing. Errr.. as I said yesterday, if you want the reward just tell me. Dia tersenyum memandangku. Kenapa dengan dia ini? Kena sampuk ke? Boleh pula ya dia bercakap elok-elok dengan aku? Thanks, but no thanks. Aku terus meninggalkannya termangu-mangu di situ.

55

Akulah Cinderella

Bab 7
KU mengeluh berat sambil tanganku meletakkan gagang telefon. Apa pula Si Sarah ini mahu? Katanya ada hal penting. Apa yang penting sangat? Aku rasa sudah tidak ada kena-mengena lagi dengan mereka. Nak bagi hadiah ke? Tapi tadi tak pula kata nak bagi hadiah. Suaranya pun macam nak cepat aja. Sebenarnya sudah dua tiga kali Sarah menelefonku di pejabat untuk ajak jumpa. Akhirnya aku terpaksa bersetuju untuk berjumpa dengannya malam ini, di restoran Mak Cik Senah.

MALAM ini orang tidak ramai. Mungkin sebab bukan hujung minggu agaknya. Kalau hari biasa memang beginilah rezeki di restoran Mak Cik Senah ini. Orang yang datang pun boleh dikira. Aku menolong Mak Cik Senah memotong sayur dan bawang. Berair hidung dan mataku dek kerana bawang yang comel-comel belaka itu. Syah, ada customer.

56

Nozi Danisya

Jaja menepuk bahuku membuat aku tersentak. Leher aku panjangkan untuk menjengah keluar. Aku tersenyum apabila melihat Sarah dan... Datin? Tapi tadi Sarah tak cakap pun Datin Zulaikha ikut sekali. Aku memerhati mereka dan mencari-cari kelibat si mangkuk ayun. Dia pun ada sekali ke? Tapi, apa kena dengan aku ni? Sibuk-sibuk mencari lelaki itu pulak. Pergilah cepat! Suara Jaja membuat bahuku terangkat. Kau ni, aku belum pekak tau? Tak payahlah nak pekik kat telinga aku. Habis tu siapa suruh kau berangan? Mana ada aku berangan. Tak baik tuduh anak yatim piatu macam aku tau. Aku buat-buat cemberut. Hmmm... tu ajalah modal kau. Aku takkan terpedayalah. Jaja mencebik, membuat aku tergelak halus. Mak Cik Senah dan Abang Man hanya tersenyum nipis. Aku melangkah keluar menghampiri meja Sarah dan Datin Zulaikha. Sarah melambai-lambai ke arahku. Aku juga mengangkat tangan sebagai tanda menyapanya. Lama tunggu? soal Sarah sebaik aku datang menghampirinya. Lama juga, sejak dari restoran ni dibuka lepas maghrib tadi. Datin pun ada? Sudah gaharu cendana pula. Saja aku bertanya sebagai mukadimah. Ya, sayang. Sebenarnya auntie yang suruh Sarah buat appointment dengan Syah ni.

57

Akulah Cinderella

Oh, ya ke? Patutlah asyik call aja ajak jumpa. Dapat arahan rupa-rupanya. Sarah dan Datin Zulaikha tergelak. Duduklah Syah, kita sembang-sembang. Boleh tapi sebelum tu kena order dulu. Aku mengeluar nota dan pen. Mereka terpinga. Errr Datin, saya kerja di sini. Buat part time. So, nak order apa? Oh, ya ke? Rajinnya Syah ni ya. Aku hanya tersenyum apabila dipuji begitu. Kembang pulak rasanya hidungku ini. Setelah mengambil pesanan, aku berlalu ke dalam. Meminta izin daripada Mak Cik Senah untuk berbual bersama dua insan itu, tidak mahu dituduh mencuri tulang. Aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Sarah. Dah lama Syah kerja kat sini? soal Datin Zulaikha cuba mengorek kisah hidupku. Lama jugalah, dekat dua tahun. Umur Syah berapa ya? Tujuh belas tahun. Oh muda lagi, patutlah comel aja. Sekolah kat mana? Aku tertunduk. Kalaulah aku ini masih bersekolah, dengan bangganya aku akan menyebut tempatku menimba ilmu itu. Saya dah berhenti setahun lepas. Datin Zulaikha dan Sarah disapa riak terkejut.

58

Nozi Danisya

Sayangnya, kenapa? Keadaan memaksa Datin. Saya terpaksa bekerja menyara adik-adik. Your parents? Mereka dah tak ada. Accident tahun lepas. Perlahan suaraku mengundang air jernih di bibir mata. Memang terhiris pedih setiap kali terpaksa membuka memori lama. Aku kuat menahan. Jadi, Syah ambil keputusan berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara adik-adik? Aku hanya mengangguk. Adik-beradik ada berapa orang? Lima. Saya anak sulung. Oh, saudara-mara tak ada? Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau ada pun aku tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi, Syah memang tak ada penjaga yang sahlah? Kata-kata Sarah itu mengingatkan aku kepada tiga orang manusia dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu. Aku mengeluh berat. Itulah masalahnya... Mereka saling berpandangan. Ada suatu hari tu, orang-orang dari JKM datang. Nak bawa kami pergi. Mereka tak benarkan saya jaga adikadik, sebab saya sendiri pun masih di bawah umur. Kecuali jika ada orang yang sudi menjadi penjaga kami yang sah. Entahlah... dah jem dah otak saya ni. Bila mereka datang nak ambil you all?

59

Akulah Cinderella

Mereka bagi tempoh seminggu. Nampaknya esok lusa expiredlah. Kebetulan tempoh yang diberi oleh tuan tanah pun hampir tamat jugak. Tuan tanah? Ya, Datin. Tuan tanah dah halau kami sebulan yang lalu. Kasihannya awak... Sarah menggosok-gosok belakangku. Aku tersenyum kelat. Berat mata memandang, berat lagi bahuku yang memikulnya, wahai Cik Sarah. Entah kenapalah dengan mudahnya aku bercerita kepada manusia yang masih asing kepadaku ini. Selalunya aku boleh selesaikan sendiri. Agaknya memang otakku sudah tepu dan beku sehingga terpaksa meluahkannya. Atau kerana mereka ini terlalu ramah, tanpa mengenal pangkat dan status masing-masing? Datin Zulaikha menghela nafas yang panjang. Barangkali turut sama memikirkan masalahku ini. Maafkan aku Datin, bukan niatku untuk mengheretmu sekali di dalam masalahku yang maha hebat ini. Aku bangun untuk mengambil pesanan yang mereka pesan sebentar tadi bila melihat isyarat dari Mak Cik Senah. Berhati-hati aku menghidangkan kepada mereka. Jemput minum. Oh ya, apa yang penting sangat Kak Sarah nak cakap sampai terpaksa buat appointment malam ni? Aku duduk semula dan memandang Sarah. Cuba untuk mengubah topik. Suasana terlalu serius aku rasakan. Bukan akak. Tapi Datin yang nak cakap sesuatu dengan awak. Mataku beralih pula kepada Datin Zulaikha. Dia

60

Nozi Danisya

tersenyum kepadaku dengan pandangan yang amat redup. Pandangan kasih seorang ibu. Kebetulan pula ya, Syah... apa yang auntie nak cakap ni berkaitan dengan problem Syah. Aku berkerut kening. Tak fahamlah aku dengan bahasa tersirat Datin Zulaikha ni. Aku resah. Sebenarnya, auntie sangat-sangat bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup. Dan auntie terhutang budi sangat-sangat pada orang yang telah menyelamatkan nyawa auntie. Dia berhenti dan merenungku sayu. Tidak habishabis ke pasal mahu membalas budi ni? Jadi, auntie teringin sangat nak balas budi Syah. Tapi kalau auntie suruh Syah minta apa-apa, memang Syah tak nak, kan? Dan kalau auntie belikan barang idaman Syah pun, tentu Syah tak mahu jugakan, sayang? Aku hanya tersenyum. Memang itulah sifatku. Menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Itu adalah pesanan yang dititip oleh kedua-dua orang tuaku. Jadi apa kata, Syah jadi anak angkat auntie? Auntie jadi ibu angkat kepada kamu adik-beradik, nak? Biar auntie saja menjadi penjaga yang sah buat kamu berenam, boleh? Aku melongo. Terkebil-kebil mataku memandang Datin Zulaikha. Cuba untuk memproses kata-kata wanita itu. Wajahnya jelas mengharapkan persetujuan daripadaku. Aku beralih pandang pada Sarah. Ingin mendapat kepastian gadis itu pula. Dia tersenyum lebar sambil tangannya menggosok-gosok tanganku. Tapi... Tapi apa, Syah? Terima ajalah tawaran Datin ni.

61

Akulah Cinderella

Anggap saja Datin membalas budi Syah, ujar Sarah senang. Mudah saja bicara gadis ini. Mana boleh begitu. Ini namanya cuba mengambil kesempatan di atas budi yang aku taburkan. Ibu dan ayah tidak pernah ajarku begitu. Maaf, saya tak boleh terima. Syah, please... give me a chance. Ini aja yang boleh auntie buat untuk Syah. Duit dan barang Syah tak nak, jadi auntie hanya boleh beri kasih sayang auntie sebagai ibu kepada you all berenam. Lagipun rumah auntie sunyi. Shafiq selalu tak lekat di rumah. Shafiq? Si mangkuk ayun itu? Oh tidak, tidak, aku tidak mahu menjadi adik angkatnya. Azab tubuhku nanti. Lagipun dia pasti tidak bersetuju langsung. Dia pasti akan menuduhku sengaja mengambil kesempatan daripada ibunya. Tak mahulah aku dituduh begitu. Aku ada harga diri. Aku masih ada maruah. Maaf, Datin... saya memang tak boleh. But why Syah? You need somebody to protect you and your siblings. And Im the right person, am I? I will protect all of you. Just give me a chance to prove that. To give my love to you. Aku tunduk diam. Tidak tahu nak jawab apa. Aku perlukan masa untuk berfikir. I need more time, Datin. Ill think about it. Datin Zulaikha tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Tapi masa dah tak banyak Syah, by tomorrow you must give the answer, sampuk Sarah pula. Saya tau. Tapi ni semua terlalu mendadak. Lagipun kita baru aja kenal... tak sampai seminggu pun.

62

Nozi Danisya

Jadi awak meragui Datin? Bukan begitu, maaf kalau Datin tersinggung. Yang saya utamakan adalah adik-adik saya. Saya tak mahu Datin rasa terbeban. Masing-masing punya ragam yang tersendiri Datin, Kak Sarah. Aku merenung mereka silih berganti. Auntie faham, Syah tak nak berpisah dengan mereka bukan? Syah jangan bimbang, Syah takkan berpisah langsung dengan mereka. Auntie akan angkut semua duduk dengan auntie. Rumah auntie besar. Ada sepuluh bilik, sayang. Pilihlah bilik mana yang kamu suka. Biar meriah rumah auntie. Sepuluh bilik? Mak aii, kayanya! Rumahku hanya ada satu bilik saja. Itu pun hanya layak dipanggil stor. Nantilah saya bincang dengan adik-adik. Ha, macam tulah. Tak payah nak pening-pening kepala. Fikir masa depan adik-adik awak, Syah. Mereka perlukan makanan berkhasiat dan tempat yang selesa untuk membesar dan belajar. Kalau pasal menyokong, bagilah pada Si Sarah ni. And one more thing, Syah you must further study. Ambil SPM. Its very important, you know that, right? Aku tersentak. Ambil SPM? Inilah yang aku tunggutunggu selama ini. Peluang yang baik sekali! Tapi, dah terlambat kut, Datin. Sekarang pun dah bulan empat, exam bulan sepuluh. Ada enam bulan lagi nak catch up, saya rasa tak boleh kut. Of course you can, sweety. Ill send you to private school. Yang penting usaha Syah yang tak putus. Okey?

63

Akulah Cinderella

Hendak seribu daya Syah.... Tambah Sarah lagi. Sarah senyum meleret. Aku juga membalasnya. Hatiku berlagu riang. Impian untuk belajar kembali akan tercapai jika aku menerima tawaran Datin Zulaikha. Tetapi dalam masa yang sama, gusar pula dengan reaksi lelaki poyo itu nanti. Apalah yang akan difikirkannya? Jika setakat aku seorang okey lagi rasanya, ini siap angkut adik-adikku sekali. Memang keterlaluan!

64

Nozi Danisya

Bab 8
Aida ikut aja, mana yang Kak Syah fikir baik, baik jugalah bagi Aida. Alia? Lia rasa, macam tak berapa eloklah Kak Syah. Tak menyusahkan Datin tu ke? Kita ada pilihan tak? Kalau kita minta Mak Cik Senah jadi penjaga yang sah macam mana? Alia masih berkira-kira mencari alasan. Itu akan menyusahkan Mak Cik Senah. Dia sendiri pun janda. Nanti langsung takkan ada orang nak kat dia kerana kita. Mereka berdua tergelak. Okey, mari kita senaraikan buruk dan baiknya, nak tak?

ACAM MANA? Setuju? Aku memandang Alia dan Aida.

65

Akulah Cinderella

Aida mengambil sehelai kertas dan sebatang pen. Okey, Kak Syah senaraikan kebaikan, Kak Lia senaraikan keburukan. Aida tukang tulis. Aku dan Alia saling berpandangan dan tersenyum melihat gelagat Aida. Okey, keburukan yang pertama. Dia orang kaya, kita ni miskin. Datin tu akan mendapat malu jika membela kita yang sangat daif dan naif ni. Ya, ada benar juga kata-kata Alia itu. Pasti reputasi Datin Zulaikha terjejas kerana kami. Okey, kebaikannya pulak, kita akan mendapat tempat tinggal yang selesa, makanan berkhasiat, persekitaran yang bersih. Sihat untuk badan dan otak. Baru senang nak belajar. Aku mencedok idea daripada kata-kata Sarah semalam. Okey, seri satu sama! Aida tersenyum. Keburukan yang kedua, kita tak kenal sangat siapa dia. Kalau barang berharga dia hilang ke, lepas tu dia marah kita atau dia pukul kita macam mana? Pada siapa kita nak mengadu? Betul juga kata Alia itu. Tapi aku tidak akan membenarkan ia berlaku. Selagi aku hidup, tiada siapa pun boleh menjentik adik-adik aku. Nak dera, deralah diriku sorang saja. Okey, lagi satu kebaikan, kita dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Percayalah cakap Kak Syah, setakat ini dia memang baik dan lembut, macam ibu. Mereka berdua merenungku. Aku hanya tersenyum hambar. Aku tahu mereka amat merindui belaian ibu.

66

Nozi Danisya

Terutama sekali Alia. Dialah anak yang paling rapat sekali dengan ibu. Kak Syah, sure? Confirm ni? Alia inginkan kepastian. Sinar matanya ceria. Betullah memang dia sangat merindui ibu. Aku hanya mengangguk. Okey dua sama. Keburukan yang ketiga ialah, macam mana kalau dia dah tak sayang kita? Dia halau kita? Mana kita nak pergi? Nak balik sini, rumah dah tak ada. Sekali lagi aku menelan kata-kata Alia itu. Bagaimana kalau ia benar-benar berlaku? Mereka merenungku semula. Kak Syah janji itu tak akan berlaku. Kalau betulbetul berlaku pun, kita pergi mengadu kat JKM. Pasti dia kena punyalah! Jaminan itu sekadar menutup gelisah di hatiku sebenarnya. Alia dan Aida tersengih. Betul ni, Kak Syah? Alia sekali lagi inginkan kepastian. Aku mengangguk perlahan. Kebaikan lagi satu, kita ada bilik sendiri. Bukan ke itu yang kita mahu dari dulu? Kita boleh decorate bilik kita sendiri. Kita ada privacy. Rumah dia ada sepuluh bilik tau. Sepuluh bilik? Banyaknya...! Mereka bersuara serentak. Reaksi mereka sama sepertiku malam tadi. Okey tiga sama, ada lagi? Rasanya tak ada dah kut. Alia berkerut kening

67

Akulah Cinderella

sedang memikirkan mungkin ada.

keburukan-keburukan

lain

yang

Okey, kalau macam tu keputusannya seri. Aida tersengih sambil menayangkan kertas yang tercatat kemas. Ada lagi satu kebaikan. Mereka menoleh dan terkebil-kebil merenungku. Ada lagi? Apa dia? Kak Syah dapat bersekolah semula. Betul ke Kak Syah? Betul ke ni? Alhamdulillah... termakbul juga doa Lia. Kau doakan Kak Syah ke? Yalah. Akak dah banyak berkorban untuk kami semua. Doa Lia, supaya Kak Syah dapat belajar lagi walaupun Kak Syah dah tua sikit. Tiba-tiba aku rasa sungguh terharu. Aku peluk Alia. Ehem! Bukan Kak Lia sorang aja yang doakan untuk Kak Syah, Aida pun ada tau. Ya ke? Aida doa apa? Banyak.... Banyak? Hmmm... apa dia tu? Hatiku digaru rasa ingin tahu. Apa pula doa Si Aida untukku agaknya? Aida doa supaya akak murah rezeki, akak dapat belajar semula, akak dapat hidup senang, akak akan tukar imej semula dan bertemu jodoh dengan orang kaya. Tawa kami terburai. Lucu sangat dengan gelagat Aida itu, siap dengan memek mukanya sekali. Sayang juga mereka padaku.

68

Nozi Danisya

Okey, Kak Syah janji ini hanya temporary aja. Bila umur Kak Syah dah lapan belas tahun nanti, Kak Syah sendiri akan mengambil alih menjaga korang semula. Cuma Kak Syah minta korang semua bersabar dan bertahan selagi boleh, ya? Hanya setahun aja. Bolehkan? Promise? Aida sudah menegakkan jari kelingkingnya. Promise! Kami mengait jari kelingking sesama sendiri. Ya, cuma setahun saja yang aku perlukan untuk menjadi penjaga yang sah. Dan cuma setahun saja aku akan tinggal bersama Datin Zulaikha. Menjadi anak angkatnya. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

69

Akulah Cinderella

Bab 9
ELEPAS kerja aku terus pulang ke rumah sebab Datin Zulaikha dan Sarah akan datang ke rumahku. Aku segan sebenarnya. Tetapi semasa Sarah telefon di pejabat tadi, memang beria-ia benar nampaknya. Katanya, Datin Zulaikha teringin sangat hendak melihat keadaanku dan adik-adik. Tetapi bagiku itu hanya alasan saja. Mereka ingin mendengar keputusanku sebenarnya. Aku menongkat basikal pada dinding papan yang sudah berlubang. Besar juga lubang itu. Patut saja kami sering diganggu oleh mata-mata gatal yang suka mengintai. Seronok agaknya rumah ini ramai anak dara. Kalau aku nampak, akan aku cucuk mata itu dengan garfu, biar mereka menjadi seperti Kasim Selamat. Tetapi malangnya, aku tidak pernah nampak, hanya Alia dan Ain saja yang mengadu. Hanya mereka saja yang nampak. Pengintai itu seperti tahu saja waktu aku tiada di rumah. Namun mujur saja mereka hanya mengintai, dibuatnya terus masuk ke rumah, tak ke haru-biru jadinya?

70

Nozi Danisya

Sejak itu, Alia tampal lubang-lubang di dinding dengan kotak yang dipotong empat segi. Memang buruk rupanya keadaan rumah kami ini. Sangat daif. Kak Syah, awalnya? Ain tersengih di muka pintu. Haah, kejap lagi Datin nak datang rumah kita. Oh, mak angkat kita tu ya? Bestnya! Mana Azah dan Aiman? Tu, tengok kartun. Ain muncungkan bibirnya ke arah dua orang lagi adikku yang sedang asyik menonton rancangan kartun di kaca TV yang sudah uzur itu. Yang sudah pastinya aku tidak mampu untuk menggantikan yang baru. Hendak makan pun kadang-kadang tidak cukup, masakan mahu membeli TV baru. Kadang-kadang aku terpaksa mengikat perut, berjimat cermat demi kelangsungan hidup. Demi adik-adikku. Kak Syah, tadi Tuk Mat datang. Hah? Dia nak apa? Dia datang dengan siapa? Datang sorang aja. Dia tinggal pesan buat akak. Aku mengangkat kening. Dia kata esok orang daripada JKM datang. Pukul berapa dia orang datang? Tuk Mat kata dalam pukul tiga.

DARI tingkap dapur kelihatan sebuah kereta Mercedes merangkak perlahan-lahan memasuki halaman rumahku. Aku kenal kereta itu. Ia milik Datin Zulaikha. Sekilas memori aku

71

Akulah Cinderella

memecahkan cermin keretanya terlintas di kotak fikiranku. Aku tersenyum nipis sebelum melangkah keluar menyambut mereka. Sarah yang tersenyum manis keluar dari perut kereta. Susah ke cari rumah saya? Aku bersalaman dengan Datin Zulaikha dan Sarah. Tak juga. Akak tanya sorang mak cik yang jual laksa kat sana. Sarah menuding jari ke arah yang dimaksudkan. Ya, itulah Mak Cik Leha yang menjual laksa di gerai tepi jalan, lebih kurang lima minit saja sebelum sampai ke rumahku. Jemputlah masuk ke pondok saya. Dengan rendah hati aku mempelawa mereka. Khuatir juga aku, manalah tahu mereka geli dan jijik dengan keadaan rumahku ini. Duduklah. Sorry kotor sikit. Aku membentangkan tikar memang dikhaskan untuk tetamu. mengkuang yang

Mereka hanya tersenyum manis sambil mata memandang sekeliling rumah. Ada riak kesedihan terpancar di wajah Datin Zulaikha. Apalah agaknya yang bermain di fikiran wanita itu? Apalah tanggapannya saat melihat kehidupanku yang sebenar? Kasihan atau menjengkelkan? Mana mungkin boleh menandingi rumahnya Datin Zulaikha. Rasanya dapur rumah wanita itu lebih cantik daripada pondok burukku ini. Adik-adikku juga sudah menyibuk duduk di tepiku. Datin ini adik-adik saya. Yang ini Nur Ain, ini pula Mohd Aiman dan yang itu Nur Azah. Aku memperkenalkan mereka kepada Datin Zulaikha.

72

Nozi Danisya

Dua wanita hebat itu tersenyum saat melihat adikadikku masih malu-malu. Ini ke mak angkat kita? bisik Ain, kononnya tidak mahu Datin Zulaikha mendengarnya. Padahal suaranya itu amat jelas kedengaran sehingga mengundang tawa Datin Zulaikha dan Sarah. Ya sayang, panggil mami okey. Mami pulak? Errr, Ain pergi buat air. Eh, tak payah susah-susah, Syah. Sarah cuba menolak. Tak ada susahnya kalau setakat air aja. Tak sudi ke? Sarah tersenyum kelat. Aku memberi isyarat mata kepada Ain, menyuruh dia ke dapur menyediakan minuman. Ain angkat punggung sambil menarik tangan Azah dan Aiman. Sorry, Syah bukan macam tu. Cuma tak mahu susahkan Syah, tu aja. Its okay. Saya bergurau aja. Mana lagi dua orang adik Syah? Oh, dia orang tak balik sekolah lagi. Dalam pukul tujuh karang dia orang sampailah Datin. Datin Zulaikha mengangguk faham. So, macam mana? Dah bincang? Saya dah bincang dengan mereka, nampaknya mereka ikut aja keputusan saya. Jadi, Syah dah buat keputusan?

73

Akulah Cinderella

Aku mengangguk perlahan. Apa dia? Hmmm... saya rasa, saya terima tawaran Datinlah. Sarah dan Datin Zulaikha tersenyum lebar. Reaksi mereka ternyata gembira. Alhamdulillah, terima kasih kerana beri peuang kepada mami, sayang. Tapi... hanya setahun aja ya? Mereka terdiam dan saling berpandangan. Kenapa pula, Syah? Tahun depan umur saya lapan belas tahun. So, saya rasa, saya akan ambil alih menjadi penjaga yang sah buat adik-adik. Masa tu nak tinggal kat mana? Saya akan cari rumah sewa. Dengan adanya SPM, saya boleh mencari kerja yang lebih baik. No! Tak boleh! Habis SPM Syah kena sambung studi lagi sampai masuk U. Serius pula muka Datin Zulaikha ni. Aku diam. Ya Syah, kalau result elok mungkin pergi oversea. Kalau masuk U kat Malaysia ni pun, mesti kena duduk kampus, kan? So, adik-adik awak macam mana? Dup! Degup jantungku seakan terhenti seketika. Tidak terfikir pula aku sampai ke situ. Yang aku tahu, aku cuma mahu mengambil SPM saja untuk mencari kerja yang lebih baik. Bagaimana jika keputusan SPM aku cemerlang? Tidak! Tidak! Aku tidak boleh terlalu tamak. Kata-kata Sarah ini membuatku cuak semula.

74

Nozi Danisya

Syah? Aku tersentak. Ya, Datin? Datin Zulaikha tersenyum memandangku. Mami sayang, panggil mami. Saya tak biasa. Aku tersengih. Tak biasa, dibiasakanlah Aku sengih lagi. Ain sudah muncul bersama tiga cawan kopi. Jemputlah minum. Errr Datin... eh, mami, Encik Shafiq dah tahu ke? Tiba-tiba pula aku teringat pada si mangkuk ayun itu. Berkongsi bumbung dengannya pasti mengundang ribut taufan nanti. Belum. Mami ingat nak buat surprise kat dia. Ha? Surprise? Gila apa? Mulut lelaki poyo itu berbisa sekali. Buatnya dia tidak suka dengan kami semua, habis dibahasakannya adik-adik aku kelak. Mereka ini sudahlah lemah gemalai, mahu saja berendam air mata nanti. Surprise? Janganlah mami. Lebih baik beritahu dia, nanti dia marah. Syah jangan bimbanglah pasal tu. Tahulah mami nak handle dia. Aku tersenyum kelat. Mataku beralih kepada Sarah pula, gadis itu juga tersenyum lebar. Tak seronok betullah. Aku bimbang jika lelaki itu buat hal. Tapi, suka ataupun tidak, aku memang tiada pilihan lain.

75

Akulah Cinderella

Dalam teragak-agak, aku cuba mengangguk, cuba akur dengan keputusan itu. So, kalau boleh hari ni juga Syah ikut mami pulang ya? Hah? Hari ini juga? Datin Zulaikha hanya mengangguk ceria. Tak bolehlah mami, esok orang daripada JKM nak datang. Ha, elok sangatlah tu. Pukul berapa? Dalam pukul tiga kut. Okey, kalau macam itu esok mami datang lagi. Biar mami settlekan kes Syah ni. Then, after that you must follow me. No more excuses! Aku terkebil-kebil. No excuses? Takkan esok juga nak pindah ke rumah dia? Tak bolehkah bagi aku masa untuk berlama-lama sikit di rumah ini? Rumah pusaka orang tuaku ini? Walaupun ia hanya layak dipanggil pondok buruk saja. Bagaimana dengan Mak Cik Senah? Aku tidak boleh berhenti begitu saja. Kasihan mak cik yang baik itu. Nampaknya malam ini adalah malam terakhir aku bekerja dengan Mak Cik Senah. Aku pasti akan merindui mereka kelak. Aku akan tinggal dan bersekolah di bandar. Ya, aku akan bersekolah semula. Aku sangat merindui saat-saat itu.

76

Nozi Danisya

TAK apa ke ni mak cik? Syah rasa bersalahlah. Tak apalah, Syah... tak usah risau pasal mak cik. Ramai lagi yang nakkan kerja Syah ni. Tapi lepas ni, Syah tak boleh jumpa mak cik, Jaja dan Abang Man. Correction, Syah! Bukan tak boleh jumpa, cuma jarang berjumpa. Abang Man ni, buat lawak pulak orang tengah syahdu ni. Jangan lupakan aku ya, Syah. Insya-Allah, aku tak akan lupa korang semua yang sangat baik dengan aku ni. Dah berjaya nanti pun jangan lupa Abang Man tau. Kalau ada orang buli Syah, cari abang ya. Mak cik doakan Syah berjaya. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput mak cik ya. Apa ni mak cik! Syah muda lagilah. Lagipun siapalah nak kat Syah ni. Syah, aku rasalah, kau kena tukar imej baliklah. Kau dah selamat sekarang, kan?

MEMORI malam tadi menggamit pilu di hati. Berpisah dengan tiga orang yang agak rapat denganku saat yang amat perit kurasakan. Demi masa depan aku gagahkan jua. Perlahan-lahan aku mengayuh basikal masuk ke halaman rumah. Jam di tangan hampir jam tiga petang. Sebentar lagi sampailah orang daripada JKM itu. Datin Zulaikha juga masih tidak nampak wajah.

77

Akulah Cinderella

Baru saja hendak memanjat tangga, terdengar deruman kereta masuk ke halaman rumahku. Ya, orangorang daripada JKM itu sudah sampai. Assalammualaikum. Waalaikumussalam, Tuk Mat. Jemputlah masuk. Aku bersalaman dengan Puan Jamilah dan Puan Hamidah. Bagaimana, Aisyah? Dah dapat cari penjaga yang sah? soal Encik Borhan tanpa membuang masa. Ya, sekejap lagi dia sampai. Aku berpaling ke arah luar. Sebuah kereta Toyota Estima merangkak masuk ke halaman rumah. Siapa pulak ni? Datin Zulaikha keluar dari perut kereta diiringi oleh Sarah. Hairan, kenapa mereka bawa kereta lain pulak? Assalamualaikum. Sarah kelihatan simple saja hari ini. Hanya berseluar jean dan T-shirt berlengan pendek. Tetap manis di mataku. Waalaikumussalam. Kami semua menjawab serentak. Datin Zulaikha dan Sarah melabuhkan punggung. So, yang mana satu nak jadi penjaga yang sah kepada mereka enam beradik ni? Puan Jamilah memandang Datin Zulaikha dan Sarah. Saya Sarah, pembantu peribadi Datin Zulaikha dan dialah orangnya yang akan menjaga mereka. Riak wajah Tuk Mat sedikit terkejut dan tiga orang manusia daripada JKM itu hanya mengangguk.

78

Nozi Danisya

Ya, saya orangnya. Saya sanggup jadi penjaga yang sah kepada mereka semua. Datin Zulaikha mengesahkan persetujuannya. Aku berpaling melihat adik-adikku yang sudah berkumpul di bendul dapur ingin mendengar perbualan orang-orang dewasa di depanku ini. Ah, biarlah mereka tahu. Aku hanya berkerut kening mendengar penjelasan dan keterangan daripada Encik Borhan kepada Datin Zulaikha tentang tugas dan tanggungjawab menjaga kami semua. Aku lihat Datin Zulaikha hanya tersenyum sambil mengangguk tanda faham, sementara Sarah pula sibuk mencatat butiran dan maklumat yang keluar dari bibir Encik Borhan itu ke dalam organizernya. Setelah lama aku menjadi patung di depan mereka semua, akhirnya tiga orang manusia daripada JKM itu beredar jua setelah hampir dua jam berbincang dengan Datin Zulaikha. So, macam mana sayang? Dah prepare semua? Hah? Jadi jugak ke nak move out hari ni? Yalah Syah, awak ni, nak tunggu apa lagi? Orangorang tadi pun dah setuju Datin boleh bawa you all semua pergi hari ni. Begitu aja? Senangnya, tanpa sain apa-apa dokumen? Dokumen tu hari Isnin nanti mami settlekan di pejabat JKM. Syah tak usah risau pasal nilah. So, tunggu apa lagi? Pergilah packing. Kita orang tunggu. Go! Sarah memberi arahan. Aku masih terkebil-kebil. Tiba-tiba dadaku sebak. Aku pandang rumah pusaka ini. Ibu, ayah... Syah akan

79

Akulah Cinderella

tinggalkan kehidupan kita di sini. Syah akan tinggalkan semua kenangan kita bersama begitu aja. Kenangan membesar, kenangan bermain, berputar laju di kotak fikiranku. Dadaku mula terasa sempit. Air mata mula bergenang di tubir mata. Aku bertahan sedaya boleh. Bimbang jika ada yang melihat. Wajah kedua orang tua yang paling aku sayang berlegar bersilih ganti. Suara mereka bagai bergema di ruang minda. Sayu. Pilu. Seakan-akan aku ternampak saja ayah sedang memerun sampah, ibu pula sedang menyapu daun-daun kering. Aku naik ke rumah melihat setiap sudut pondok buruk ini. Walaupun buruk dan daif, tetapi di sinilah aku membesar. Di sinilah aku mendapat kasih sayang ibu dan ayah. Walaupun aku belum puas mengecapinya. Aku sangat merindui saat itu. Aku merindui ibu dan ayah. Aku sangat sayang dengan teratakku ini. Aku menarik nafas. Cuba menghidu aroma rumah ini. Aku pasti merinduinya nanti. Mata pula aku pejam rapatrapat dan membuka telinga seluas-luasnya. Ingin mendengar kicauan burung. Mendengar suara unggas. Untung berumah di pinggir kampung begini. Aman, tenang dan sunyi daripada kenderaan yang lalu-lalang. Dapatkah aku merasa suasana ini lagi? Alia sudah menyiapkan barang-barang Aiman dan Azah. Barangnya juga sudah disiapkan. Memang aku sudah berpesan kepadanya sebelum pergi kerja pagi tadi. Dan mereka semua juga sudah maklum akan penghijrahan mereka hari ini. Ain dan Aida juga sudah meletakkan barangbarang yang mereka ingin bawa. Hanya aku saja yang belum. Hanya aku yang masih meninggalkan segala kenangan di sini. berat hati untuk

80

Nozi Danisya

Sudahlah Kak Syah, pergi bersiap. Jangan biarkan orang tunggu lama. Alia seakan mengerti perasaanku kala ini. Aku hanya bersiap ala kadar. Bukan banyak sangat barang-barangku. Aku amati lagi teratakku ini. Inginku rakamkan di dalam memoriku segalanya yang ada di sini. Esok lusa pasti jentolak akan datang untuk merobohkan rumahku ini. Tempoh yang diberi anak menantu Pak Haji Yahya akan tamat esok.

KERETA yang kami naiki perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumahku. Kami semua berpaling ke belakang memandang sayu rumah pusaka itu. Aida sudah menitiskan air matanya. Begitu juga Alia, matanya juga sudah berkaca-kaca. Aku tahu mereka amat menyayangi rumah itu. Sedih barangkali kerana meninggalkan segala kenangan yang telah dibina sekian lama di rumah pusaka itu. Aku hanya menahan sebak di dada melihat air mata mereka. Ngilunya di hati hanya Tuhan saja yang tahu. Aku tidak boleh menangis. Aku tidak mahu menangis! Aku harus kuat. Bumbung rumah hilang daripada pandangan mata kami. Wajah Alia dan Aida masih mendung. Diam dan termenung melayan perasaan masing-masing. Sebaliknya Ain, Azah dan Aiman amat ceria sekali. Mereka masih belum mengerti lagi dan kenangan mereka pun tidak banyak di rumah itu. Yang mereka tahu keseronokan menaiki kereta

81

Akulah Cinderella

yang besar ini. Amat selesa. Barulah aku mengerti, mengapa Datin Zulaikha membawa kereta ini. Wanita itu berpaling ke belakang melihat kami semua sambil tersenyum. Sabar ya semua.... Lembut suaranya memberi semangat. Mungkin dia juga perasan akan keruh di wajah kami bertiga. Aku membalas hambar senyumannya itu.

KAMI semua tercengang bila kereta yang dipandu Sarah berhenti di hadapan sebuah banglo mewah tiga tingkat. Mulut adik-adikku ternganga dan melopong. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Wah, magiknya! Suara Aiman mengundang riuh tawa kami apabila pagar automatik terbuka dengan sendirinya. Perlahan-lahan kereta Toyota Estima itu merangkak masuk. Aku lihat ada beberapa buah kereta lagi yang tersadai di dalam garaj rumah besar ini. Ada lapan buah kesemuanya. Dan sudah pastilah kesemuanya kereta mewah. Tiada langsung kereta buatan Malaysia. Tinggi juga selera mereka ini. Kami keluar dari perut kereta dan mengambil barang masing-masing. Berjalan berhati-hati mengekori derap langkah Datin Zulaikha. Come, jangan malu-malu. Mulai hari ni, anggap aja rumah ni macam rumah kamu sendiri, okey? pelawa Datin Zulaika dengan wajah ceria.

82

Nozi Danisya

Adik-adikku mematung di depan pintu rumah menanti reaksiku. Aku tersenyum. Jom, sekarang inilah rumah kita. Sebaik mendengar bicara yang keluar dari bibirku, barulah mereka tersenyum ceria. Apabila pintu utama dikuak mata kami masing-masing membulat. Terkesima. Kagum dengan perhiasan mewah di setiap sudut mahligai itu. Susun atur perabotnya kemas dan teratur. Malah, aku pasti perabotnya itu pasti mahal. Lantainya berkilat seperti cermin. Bagai berair-air saja kilatannya. Keseluruhan dinding pula berlatarkan wallpaper berbunga kecil. Secalit kotor pun tidak kelihatan malah cantik sekali dihiasi jambangan bunga dan lampu-lampu kristal. Kami masih tercegat di ruang tengah menghadap tangga yang berkerawang keemasan. Aku betul-betul kagum dan tahu adik-adikku pasti lebih daripada itu. Dari ekspresi muka mereka saja sudah menunjukkan betapa kagum dan tidak percaya bahawa mereka akan tinggal di sini. Aku sendiri pun begitu juga. Memang tidak menduga sama sekali, malah tidak terjangkau dek akalku. Seperti bermimpi saja aku menjadi anak angkat orang kaya. Betahkah kami semua tinggal di mahligai ini? Duduklah, kita minum dulu ya. Datin Zulaikha merenungku. Wajah keibuannya seperti tersentuh melihat telatah adik-adikku itu. Kami mengambil tempat masing-masing. Duduk di sofa empuk yang menenggelamkan punggung itu. Rasanya tilamku pun kalah. Selesa sungguh rasanya. Sarah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Kak Som!

83

Akulah Cinderella

Aku berpaling bila seorang wanita separuh abad datang sambil tersenyum manis. Kak Som, inilah Syah yang selamatkan nyawa saya hari tu. Ini adik-adiknya. Syah, ni Mak Som, pembantu rumah mami yang paling setia dan yang paling baik. Aku dan adik-adik bangun bersalaman dan mengucup tangannya. Orang tua harus dihormati. Itu adalah pesan ibuku. Oh, inilah dia yang Datin selalu sebut-sebutkan tu. Manis orangnya. Aku tersenyum. Malu pulak bila dipuji begitu. Errr, Kak Som buatkan air ya. Bawakan makanan sekali, kesian dia orang lapar ni. Aku hanya melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. Sedari tadi aku masih belum mampu untuk berkata-kata. Masih terasa canggung. Errr, Datin... saya rasa elok saya balik dulu. Baiklah, Sarah. Esok awak ada ke mana-mana tak? Dont know yet, Datin. Why? Yalah, esok hujung minggu. Saya ingat nak buat makan-makan sikit. Shafiq pun ada, esok bolehlah kita discuss apa yang patut pasal proposal syarikat dari Jepun tu, Nanti saya confirm balik ya, Datin. Sebab takut Si Haziq ajak dating pula. Datin Zulaikha tergelak. Oh, saya lupa... orang tengah darah manis. But why dont you bring him together tomorrow? Dia pun kawan Shafiq juga, bukan?

84

Nozi Danisya

Alright then, Ill call you later, Datin. So, I have to go now. Girls, akak balik dulu ya. Jangan segan-segan tau? Buat macam biasa aja ya. Mami you all ni confirm baik punya. Nak makan apa-apa, minta aja kat Mak Som, okey? Adik-adikku tersenyum senang dan mengangguk. Sekali lagi mereka bangun bersalaman dengan Sarah. Mak Som datang membawa tujuh gelas air oren dan sepinggan pisang goreng yang panas-panas lagi. Makan Syah, ni aja yang sempat Mak Som buat. Makan ya, pelawa Mak Som. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Pandangan kulemparkan pada sesusuk tubuh wanita separuh abad itu yang berlalu ke dapur semula. Aiman dan Azah tanpa segansilu mencapai pisang goreng dan makan dengan rakus. Azah, Aiman! Aku jegilkan mata kepada mereka. Sebagai isyarat supaya menjaga adab. Tak apalah Syah, dia orang lapar sangat agaknya. Biarlah. Girls, makan cepat. Sekejap lagi mami tunjukkan bilik ya.

KAMI meniti satu per satu anak tangga menuju ke tingkat atas. Di tingkat dua saja menempatkan enam bilik. Bilikbilik itu berhadapan di antara satu sama lain. Terdapat ruang tamu sederhana besar menjadi pemisah di antara keenamenam bilik itu. Di ruangan ini terdapat system home theatre dan permainan play station. Mungkin ruangan ini untuk bersantai, kerana hiasannya juga amat simple dengan dihiasi langsir yang berwarna coklat gelap.

85

Akulah Cinderella

Yang itu bilik air, ya. Semua bilik kat level ni guna bilik air yang tu. Jari telunjuk Datin Zulaikha menghala ke arah sebuah pintu yang tertutup rapat. Betul-betul setentang dengan muka tangga. Bilik yang pertama adalah kepunyaan Alia. Kami beramai-ramai masuk ke bilik itu. Cantik sekali hiasannya yang berwarna pink bercampur putih. Errr mami, bilik ni untuk Lia ke? Ya sayang, kenapa? Alia tak suka? Tak suka colour pink? Nanti mami panggil orang tukarkan, ya? Eh, tak payah, tak payah! Memang Lia suka warna pink. Cuma bilik ni besar sangat. Alia takut ke? Alia hanya tersengih. Memang adikku ini penakut sikit orangnya. Tak boleh berkongsi bilik ke mami? Membazir pula bagi sorang satu bilik, soalku pula. Nope! Hanya Azah dan Aiman aja yang berkongsi bilik, sebab mereka masih kecil. Aku terdiam. Kami meninggalkan Alia keseorangan di bilik barunya itu. Bilik pertamanya. Kami masuk pula ke dalam bilik kedua. Bilik ini berhadapan dengan bilik Alia. Bilik ni untuk Aida, ya. Aida tersenyum senang. Lalu terus saja duduk di atas katil barunya itu. Cantik juga bilik ini. Hiasannya pun tidak keterlaluan. Menempatkan sebuah katil bujang di tepi jendela yang dihiasi warna ungu bercampur putih. Memang tenang sekali bila berada di bilik Aida ini. Aida suka tak? Sukaaa... sangat mami! Thank you.

86

Nozi Danisya

Tiba-tiba Aida datang memeluk Datin Zulaikha. Pipinya basah. Adikku ini pula memang pelakon air mata. Pantang silap sikit pasti menangis. Hey, stop crying! Tak ada apa yang nak disedihkan. Aida bebas nak buat apa saja dalam bilik ni. Okey, sayang? Jemari Datin Zulaikha mengesat air jernih yang menitis di pipi Aida. Adikku itu hanya mengangguk perlahan. Kami keluar menuju pula ke sebelah bilik Aida tadi. Bilik ini kecil sedikit tetapi tetap juga dihias cantik. Berwarna kuning bercampur putih. Mungkin itu tema yang menghiasi setiap bilik agaknya. Warna utama digabungkan dengan warna putih. Ini pula bilik, Ain. Wah, cantiklah! Ain memang suka warna kuning tau, mami. Ya? Baguslah kalau macam tu, tak sia-sia bilik ni mami bagi untuk Ain. Tapi kecil sikit, tak apa ya sayang? Ain okey aje, tak kisah pun. Tidur di ruang tamu pun tak apa, mami. Ain tersengih memandang Datin Zulaikha. Wanita itu tergelak halus. Ada keruh di wajahnya. Mungkin simpati bertandang agaknya. Aku juga tersenyum melihat telatah Ain. Adikku yang ini pula memang selamba dan sangat simple. Sifatnya amat menyenangkan. Sebab itu jugalah dia mempunyai ramai kawan. Aku mengekori langkah Datin Zulaikha diikuti oleh dua adik kecilku itu. Kami menuju ke bilik yang berhadapan dengan bilik Ain pula. Sebaik pintu bilik dibuka, mataku membulat melihat keceriaan bilik ini. Seperti berada di sebuah taska pula rasanya. Bilik ini agak besar. Menempatkan dua katil bujang di kiri dan kanan. Di tengah-tengah tersedia

87

Akulah Cinderella

meja kecil berwarna putih sebagai pemisah antara dua katil itu. Di sebelah kiri, cadar katil, dinding dan perabot dihiasi warna biru dan putih. Colour biru ini untuk Aiman. Aiman pula sudah melompat-lompat di atas katil. Aku menjegilkan mata sekali lagi padanya. Tetapi perbuatanku itu hanyalah sia-sia saja kerana Aiman buat-buat tidak nampak. Memang nakal betul adikku yang sorang ini. Memang begini perangai budak lelaki agaknya, langsung tak mahu mendengar kata. Yang colour merah ni untuk Azah. Aku menoleh melihat di sebelah kanan. Warna merah darah. Di dinding terhias bunga-bunga kecil berwarna putih. Cadar katilnya juga berwarna merah dan putih. Aku melihat sudut lain pula. Terdapat kereta-kereta kecil terhias di hujung katil Aiman dan teddy bear pelbagai bentuk tersusun cantik di hujung katil Azah. Memang ceria betul bilik ini. Bilik ni baru siap dihias semalam. Bau cat pun ada lagi ha, mami saja pilih bilik ni sebelah bilik Alia. Takut-takut dia orang mengingau malam-malam, bolehlah Alia dengar. Aku mengangguk faham. Come, mami tunjukkan bilik Syah pula. Aiman, Azah, jangan bergaduh tau? Lepas main nanti kemas semula faham? Aku menitip pesan buat mereka lalu mengekori langkah Datin Zulaikha. Berkerut keningku apabila kami meniti tangga menuju ke atas. Sangkaku, bilikku juga di tingkat dua bersama dengan adik-adikku. Syah special sikit. So, mami bagi bilik atas ya. Kat

88

Nozi Danisya

atas ni, ada dua bilik aja. Dua-dua bilik tu besar, ujar Datin Zulaika lembut. Aku membisu. Tidak perlulah bilik besar sangat. Aku ini anak dara pemalas, Datin. Bab-bab mengemas rumah bukan kepakaranku. Ha, yang ini bilik Shafiq. Bilik Syah sebelah bilik Shafiq ni. What? Bilikku sebelah bilik si mangkuk ayun itu? Habis! Masak aku dibuatnya. Sebaik pintu kamarku dikuak mataku membulat. Besarnya! Dihias cantik dengan warna pic dan sedikit warna coklat. Tidakku sangka warna ini bila digabungkan boleh membangkitkan kelainan. Mami tak tahu Syah suka colour apa. So, mami gabungkan dua colour ni sebagai simbolik imej Syah sekarang. Pic untuk perempuan dan coklat gelap ni mewakili sifat lelaki. Boleh ke macam tu? Mami, cantik sangat! Walaupun ini bukan favourite colour saya, tapi bila digabungkan begini jadi cantiklah. Thanks mami! Datin Zulaikha tersenyum senang. Dia menarikku duduk di sofa berbentuk L. Lega rasanya, Syah boleh terima idea mami ni. Jenuh juga bertelagah dengan Sarah. Aku berkerut kening. So, memang mami dah planlah? Ya, sejak mami tahu kisah hidup Syah pada malam tu, kat restoran Syah kerja dulu. Mami memang nekad untuk membawa Syah dan adik-adik tinggal dengan mami. Esoknya mami arahkan Sarah untuk arrange semua benda ni.

89

Akulah Cinderella

Walaupun masa tu mami tak pernah jumpa adikadik saya lagi? Itulah namanya mother instinct, sayang. Aku macam tak percaya saja. Agaknya Datin Zulaikha sudah menyiasat latar belakangku. Agaknya dia mengupah penyiasat persendirian kut. Aku tersenyum nipis apabila memikirkan andaian yang aku rumus sendiri. Syah rest dulu ya, mami nak solat ni. Karang kita dinner sama-sama okey. Datin Zulaikha mengangkat punggung dan beredar dari kamarku. Aku menutup perlahan pintu kayu yang berukir cantik itu. Pintu kamar saja sudah cukup mahal. Aku memerhati setiap sudut kamarku itu. Katilku agak besar, queen size barangkali. Puaslah aku tidur malam nanti. Di kiri dan kanan katil terdapat dua meja kecil dan di atasnya terdapat lampu tidur. Permaidani yang gebu, jambangan bunga dan lampu kristal menghiasi indah ruang kamarku itu. Aroma Lavender semerbak harum melatari seluruh ruangan ini. Aku melangkah ke meja solek yang terletak setentang dengan hujung katil. Besarnya meja solek ini. Apalah yang aku nak letak di atasnya? Aku hanya ada bedak talkum, deodoran dan sikat rambut saja. Minyak wangi tidak pernah merasa langsung, apa lagi alat solek beraneka warna. Wajahku ini mulus sekali tanpa secalit gincu ataupun pemerah pipi. Mataku melilau pula mencari almari pakaian. Takkanlah tak ada? Aku menghampiri meja tulis yang sederhana besar di sebelah meja solek tadi. Di atas meja tulis itu sudah tersedia sebuah komputer dan lampu meja. Aku beralih

90

Nozi Danisya

pandang pula pada sebuah pintu yang tertutup rapat. Pintu kaca berwarna-warni itu aku buka. Dan secara automatik lampu pun menyala. Terbeliak mataku bila melihat almari pakaian yang panjang melekat di dinding kiri. Terdapat juga cermin panjang dan penyangkut di tepi dinding sebelah kanan. Jadi, di sinilah almari pakaian rupa-rupanya. Aku membuka almari itu. Kosong. Apalah yang aku nak isi di dalam almari yang luas begini? Bukannya banyak pun baju aku. Aku menutup semula pintu kaca yang berwarnawarni itu dan tanganku memulas tombol pintu di sebelahnya. Bilik air rupa-rupanya. Bersihnya bilik air ini, cantik sekali. Tidaklah berapa besar, tapi cukup selesa untuk seorang puteri sepertiku berlama-lama di dalamnya. Aku keluar dari kamar mandi dan menuju ke arah jendela. Dari jendela aku lihat pemandangan yang indah sekali. Kesemua rumah yang berhampiran juga adalah rumah banglo mewah tiga tingkat. Mataku beralih ke bawah pula. Terdapat kolam renang sederhana besar. Cantik membiru dari atas. Aku berpaling semula dan melompat di atas katil. Melantun-lantun tubuhku dek spring tilam empuk ini. Aku merebahkan badan. Letih sungguh rasanya. Bila mengenangkan di mana aku berada kini, terasa bagai mimpi pula. Hanya kerana telah menyelamatkan seorang wanita kaya, hidupku berubah. Dari kehidupan yang serba daif, menjadi selesa dalam sekelip mata. Dari seorang gadis kampung yang comot dan berpakaian lusuh, terus menjadi seorang puteri. Puteri tomboi. Aku tergelak halus. Terasa seperti sebuah cerita dongeng Cinderella pula. Ya, akulah Cinderella itu.

91

Akulah Cinderella

MAKAN malam sungguh enak, banyak sekali menunya. Tidak pernah kami makan semewah ini. Kalau begini setiap hari, mahu saja gemuk badan kami semua. Esok lepas breakfast, kita pergi shopping ya. Shopping? Aida dan Ain bersuara serentak. Mereka ini seperti kembar tidak seiras. Dari segi fizikal memang sama, cuma umur saja yang berbeza. Seorang darjah enam dan yang seorang lagi tingkatan satu. Ya sayang, mami nak beli baju you all. Baju-baju lama simpan aja, ya. Mami, tak payahlah susah-susah. Baju yang ada masih elok dan boleh dipakai lagi. Aku menolak dengan cara yang baik. Syah please, you all adalah anak-anak mami sekarang. So, let me buy something for all of you. Minta apa aja mami akan belikan. Okey sayang? Lagipun kenalah jaga air muka mami juga ya, sebab you all semua dah jadi anak mami. Jadi, imej you all adalah imej mami juga. Mami tak mahu orang mengata mami kedekut. Understand semua? Sedikit tegas suara Datin Zulaikha. Dia merenung wajah kami seorang demi seorang. Okeylah, kalau itu kemahuan mami, Lia ikut aja. Kami pun! Serentak juga dijawab oleh adik-adikku yang lain. Kini semua mata tertumpu pada aku. Well, nampaknya. makan. saya terpaksa ikut suara majoritilah

Kata-kataku itu mengundang riuh tawa di meja

92

Nozi Danisya

Dah lama mami teringinkan suasana begini. Riuhrendah dan warming begini. Thanks, Syah kerana selamatkan nyawa mami. Dapatlah mami merasa semua ni. Datin Zulaikha memandangku sayu. Mami, yang selamatkan nyawa mami tu Allah, bukan saya, ujar Syah merendah diri. Mami tau tak, Cikgu Ain kata, kalau seseorang itu menolong anak-anak yatim piatu, pahalanya besar tau, sampuk Ain pula. Mami, terima kasih kerana sudi jaga anak yatim piatu seperti kami ni. Kami doakan mami akan mendapat balasan yang baik, tambah Alia pula. Amin!!! Sekali lagi serentak mengaminkan kata-kata Alia itu. mereka meraup muka

Datin Zulaikha tersenyum. Kulihat matanya sudah berkaca-kaca. Menahan sebak di dada barangkali. Hanya Allah saja yang boleh balas budi baik mami. Aku menggosok-gosok tangan Datin Zulaikha. Air matanya yang hampir tumpah diseka. Errr... cup-cup, tapi bukan ke mami cakap tadi, esok nak buat makan-makan? Aida tersengih. Itu sebelah petang sayang, kita start lepas maghrib. Oh, Encik Shafiq balik bila? Katanya, dia ambil flight pukul sepuluh malam ni. So, dalam pukul sebelas lebih sampailah. Tak payah

93

Akulah Cinderella

tunggulah. You all masuk tidur awal malam ni. Kita jumpa Shafiq esok pagi aja ya? So, sampai sekarang pun dia tak tau lagi? Datin Zulaikha tersenyum sambil menggelengkan kepala. Masak! Nayalah kami semua nanti. Kenyang makan maki hamun si mangkuk ayun tu. Shafiq tu okey, Syah. Dont worry ya. Dia selalu dengar cakap mami. Aku hanya tersenyum kelat. Okey Datin kata? Sebab tak okeylah aku kecut perut sekarang. Penangan penumbuk jantannya masih terbayang-bayang di kotak fikiranku ini. Bukan sekali, tetapi dua kali penumbuknya singgah di tubuhku ini. Penamparnya juga keras sekali. Hingga tersungkur aku dibuatnya. Nasib baik aku tak pekak. Bila dikenangkan semula, tiba-tiba aku jadi trauma.

ALAMAK! Dah lambat, dah lambat! Jam di meja kecil di sisi katil menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Tidak pernah aku bangun selewat ini. Semuanya gara-gara malam tadi. Aku tidak dapat tidur sehingga pukul tiga pagi. Mungkin aku tidak biasa dengan tilam empuk ini atau aku terbayang-bayangkan rumah pusaka yang aku tinggalkan semalam? Yang pastinya aku telah terlewat bangun. Pasti Datin Zulaikha bising. Ya, pasti saja di dalam rumah ini ada peraturannya tersendiri. Aku mandi dan bersiap ala kadar. Pintu kamar aku tutup perlahan. Tergesa-gesa langkahku atur hingga berlaga dengan si mangkuk ayun yang kebetulan juga baru keluar dari biliknya. Dia berpaling.

94

Nozi Danisya

Kau??? Kau lagi? Apa kau buat kat rumah aku ni, hah??? Aku sudah mengagak itu reaksinya. Bukan main terkejut lagi. Siap terjegil biji mata, siap bercekak pinggang. Lucu pun ada. Tetapi aku buat muka selamba dan berlalu begitu saja menuruni tangga. Woi! Kau pekak ke? Aku tengah bercakap dengan kau ni! Pantas saja tangannya merentap lenganku, membuat aku terdorong ke belakang semula. Aku mendongak dan merenungnya tajam. Kau nikan, tak boleh cakap elok-elok ke? Pagi-pagi lagi dah merosakkan mood orang. Dah aku tanya, kau tak jawab tu kenapa? Berapa bulan tak korek telinga? Kurang asam! Dia ni memang sengaja memancing kemarahanku. Cakap tak pernahnya elok. Sekolah manalah dia belajar dulu? Aku ingat kau cakap dengan siapa tadi, itu sebab aku tak jawab. Aku masih berlagak selamba. Malas aku nak bertekak dengannya pagi-pagi begini. Kau tengok ada manusia lain lagi ke kat level ni? Entah! Mana tau kau nampak orang lain ke, kaukan mental. Kurang ajar! Mulut kau tu memang tak pernah pergi sekolah ke, hah? Aku terdiam. Isu sensitif sudah berbangkit. Kesabaranku juga sudah menipis. Aku menarik nafas cuba menenangkan emosiku yang sudah dijentik oleh lelaki ini.

95

Akulah Cinderella

Sebut-sebut pasal sekolah tu kenapa? Aku tahulah aku sekolah tak habis. Woit! Aku tengah cakap dengan kau ni. Woii! Pekak! Aku menuruni tangga dengan laju sekali. Malas betul aku nak melayan dia. Spesies apalah lelaki ini? Menyampah betul aku! Woi! Pengkid! Langkahku terhenti. Aku berpaling serta-merta. Geram mula memuncak bila melihat dia tersenyum sinis. Aku merenungnya tajam. Suka hati tok nenek dia saja panggil aku pengkid! Berhenti pun. Jawab soalan aku tadi. Apa kau buat kat rumah aku ni hah? Aku membuang pandang. Berkira-kira sama ada mahu menjawab pertanyaannya itu ataupun tidak. Kalau dijawab karang panjang pula soalnya. Jika tidak dijawab, memekak saja. Ah, lantak dialah. Karang kau tahulah! Aku meninggalkannya terkebil-kebil dan tidak peduli dengan panggilannya yang bertali arus memanggilku pengkid. Dari jauh aku lihat adik-adikku sudah setia duduk menjamu selera. Aku mempercepatkan langkah menuju ke arah mereka. Suara bebelan si mangkuk ayun itu langsung tidakku endahkan. Fiq, apa yang kecoh pagi-pagi ni? Dari atas dah dengar suara kamu? Datin Zulaikha menoleh. Tiba-tiba si mangkuk ayun itu terdiam. Bukan dek kerana ditegur ibunya, tetapi terkesima melihat adik-adikku yang santai menjamu selera.

96

Nozi Danisya

Aku menarik kerusi duduk berhadapan Alia. Melihatkan wajah lelaki poyo itu yang sudah terpinga-pinga, membuat aku tersenyum nipis. What is this mami? Who are they? Surprise! Datin Zulaikha ketawa melihat reaksi anak bujangnya yang sudah berkerut-kerut wajahnya. Terpingapinga macam rusa masuk kampung. Aku harap dia tak buat hal. Aku harap dia tak mengamuk memarahi kami. Bukan apa, aku cuma kasihan pada adik-adikku saja. Bagi diri aku tiada apa-apa masalah. Aku sanggup ambil apa jua risiko yang datang. Fiq, sini sayang. Mami kenalkan, ini semua anak angkat mami. What? Anak angkat? Ya sayang, yang ni Alia, yang ni Azah, tu Aiman. Ini pula Aida dan yang ni Ain. Datin Zulaikha memperkenalkan satu per satu adikadikku kepadanya. Girls and boy, ni anak mami. Panggil Abang Shafiq, ya. Serentak itu adik-adikku bangun dan bersalam dengan lelaki itu. Aku mengulum senyum bila melihat dia terpinga-pinga menyambut salam mereka. Ha, yang ni, Shafiq pun dah kenalkan? Datin Zulaikha tersenyum padaku dan berpaling semula melihat anaknya itu. Si mangkuk ayun itu membuang pandang. Kononnya menyampah sangatlah melihat muka aku ni. Eleh! Kalau aku ni ada pilihan lain, aku pun tak teringin tengok muka dia!

97

Akulah Cinderella

Syah, Fiq, whatever happened between both of you, mami harap you two boleh berdamai. Air kopi yang aku minum hampir tersedak. Nasib baik sempatku telan. Aku berpaling melihatnya. Lelaki itu juga kelihatan terkejut dan matanya membulat. Syah, come... Abang Shafiq sekarang dah jadi abang, Syah. So, mari salam. Bulat mataku memandang Datin Zulaikha. Abang Shafiq? Yeww!!! Jari telunjukku hala ke muka sendiri. Datin Zulaikha tersenyum manis sambil mengangguk. Mataku beralih pula kepada si mangkuk ayun itu. Dia sudah berpeluk tubuh dan tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Suka sangatlah tu! Benci betul aku! Kenapa aku kena salam dia? Kenapa aku yang kena beralah? Nampak sangatlah aku sudah tewas di tangannya. Tanpa dibelasah pun, aku boleh kalah juga ke? Aku menyeringai sambil mengangkat punggung. Melangkah longlai ke arah si mangkuk ayun itu. Kalau ikutkan hati aku ni, tak ingin langsung aku berbuat demikian. Namun demi hormat pada Datin Zulaikha, aku gagahkan jugak. Perlahan-lahan tangan kuhulur untuk bersalam dengannya. Dia merenungku dan senyuman lebar terukir di bibirnya. Sebal! Aku benar-benar sebal! Sukalah tu! Suka kerana berjaya mengenakan aku tanpa perlu bersusah payah. Tanpa perlu membazirkan air liur bertikam lidah. Dia masih berpeluk tubuh dan membiarkan tanganku itu tidak bersambut. Kalau ikutkan hatiku ini, hendak saja aku menamparnya laju-laju, biar dia rasakan

98

Nozi Danisya

penangan aku pulak. Biar dia rasakan betapa peritnya dan betapa sakitnya. Aku berpaling semula mengadap wajah Datin Zulaikha. Mengharap pertolongan wanita itu sebenarnya. Shafiq! Datin Zulaikha mencerlung seperti mengerti anaknya itu sedang mempermainkan aku. Akhirnya, dek teguran Datin Zulaikha itu, dia beralah dan menyambut huluran tanganku. Aku salam jangankan tidak saja. Masih terbayang-bayang di ingatanku ini, tangan kasarnya itu menyentuh pipiku sehingga aku jatuh tersungkur. Cium tangan! arahnya padaku. Jangan harap! Aku tidak akan salam sambil mencium tangan orang yang telah membelasahku dulu. Aku dah salam dengan hujung jariku ini, kira baiklah tau? Itu pun sebab aku bagi muka pada Datin Zulaikha. Kalau sematamata merelakan hati untuk berdamai, aku sangat pasti itu tidak mungkin akan berlaku. Aku tidak mengendahkan kata-katanya, lalu berpaling dan duduk semula di kerusi. Saja buat-buat tidak dengar. Kali ini giliran aku pula untuk membuat serangan balas. Sempat juga aku mengerling ke wajahnya itu. Renungan matanya yang tajam itu tidak aku endahkan. Kerana aku mengerti cara renungannya itu adalah renungan yang teramat geram kerana aku telah memalukan dirinya. Dia melangkah lalu menarik kerusi duduk di sebelahku. Sebaik melabuhkan punggung, kepalaku dilukunya. Aku tersentak. Apa ni? Nak cari gaduh ke?

99

Akulah Cinderella

Apa dia? Aku buat apa? Dia pura-pura tidak mengerti. Kau luku kepala aku tu kenapa? Mana ada! Pandai-pandai aja nak tuduh orang. Geramnya aku! Geram betul! Enough! Suara Datin Zulaikha sedikit keras sehingga aku tidak jadi hendak membuat serangan balas kepada si mangkuk ayun itu. Dia buat muka selamba. Sorry, mami. Aku bersuara perlahan. Harap-harap Datin tidak marahkan aku. Baru tinggal dua hari di sini dah buat perangai. Maafkan saya Datin. Bukan saya lupa daratan, cuma saya tak boleh tahan bila anak Datin ni nak cari gaduh dengan saya. Namun katakata itu hanya melantun dalam hatiku saja. Tak baik bergaduh depan rezeki. Fiq, cuba tunjuk teladan yang baik, supaya adik-adik boleh ikut. Padan muka! Aku tersenyum sinis sambil mencapai roti. Siap kau! Taulah aku nak buat apa nanti. Dia berbisik di telingaku. Hangat. Membuat darahku menyerbu ke muka. Tiba-tiba degupan jantungku berdetak laju. Apa hal pulak aku ni? Takut digertakkah? Bukan! Bukan itu rasanya. Wajahnya yang terlalu hampir dengan pipiku tadi dan nafasnya yang hangat menyentuh kulit wajahku, membuat bulu romaku meremang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Mengunyah dengan perlahan. Segala perbualan antara Datin Zulaikha, Shafiq dan adik-adikku sudah tidak masuk ke otak. Aku hanya melayan perasaanku yang sebal dan pelik ini.

100

Nozi Danisya

Bab 10
AMI sampai di pusat membelibelah Mid Valley Megamall, lebih kurang pukul sebelas pagi. Adik-adikku tercengang habis. Terpinga-pinga dan teruja. Maklumlah, ini pertama kali mereka menjejaki kaki di gedung membeli-belah yang besar begini. Jauh di sudut hatiku terlukis sayu dan pilu. Kasihan mereka. Seumur hidup tidak pernah merasa berjalan jauh begini apa lagi hendak meminta-minta. Benar, kemiskinan itu menyekat segala-galanya. Terbatas setiap perbuatan dan akal. Jika tidak kuat berusaha pasti akan terus hidup dalam kepompong kemiskinan selama-lamanya. Aku berikrar dalam hati, aku tidak akan sekali-kali mewarisi kemiskinan itu. Cukup-cukuplah apa yang kami harungi selama ini. Datin Zulaikha tersenyum senang. Berlengganglenggok sambil memimpin tangan si kecil Aiman. Sementara Alia memimpin tangan Azah, Aida dan Ain pula jalan beriringan seperti belangkas. Aku? Aku hanya bungkam

101

Akulah Cinderella

kerana si mangkuk ayun itu hendak mengikut sekali. Menyibuk saja! Dari satu butik ke satu butik kami masuk. Banyak sekali baju yang dibeli. Sehingga di tangan masing-masing penuh dengan beg-beg kertas berlogo setiap butik yang mereka singgah. Semuanya berjenama. Berapa ribulah agaknya duit Datin Zulaikha habis berbelanja begini? Aku sendiri tidak dapat pastikan. Yang jelas, terpancar keriangan di setiap wajah adik-adikku bersama gelak tawa berlagu indah serta usik-mengusik sesama mereka. Aku tahu sudah lama mereka impikan saat-saat riang begini. Yang tidak dapat orang tuaku sediakan. Malah, aku sendiri tidak mampu untuk memberi apa yang mereka inginkan seperti hari ini. Aku pergi ke bahagian pakaian lelaki. Membelek T-shirt dan seluar yang terdapat di situ. Cantik-cantik belaka. Berbagai corak dan warna yang menawan hati. Merasai tekstur setiap pakaian itu membuat senyumku terukir lebar. Pasti selesa bila memakainya. Namun bila melihat harga sebenar, senyumanku mati. Mahalnya? Tiba-tiba bahuku ditepuk. Aku berpaling. Kenapa? Di mana aku berada, dia mesti nak menyibuk. Tak boleh ke biarkan aku buat hal sendiri? Kenapa beli baju lelaki? Girl punya barang sebelah sana. Sambil tangannya menunjuk ke arah bertentangan. Aku tahulah mangkuk! Ingat aku buta ke? Syah, tukarlah imej.... Lembut suaranya selembut pandangannya yang

102

Nozi Danisya

menikam tepat ke mataku. Membuat jantungku berdegup tidak normal lagi, sama seperti waktu bersarapan pagi tadi. Aku melarikan mataku ke arah baju-baju yang tergantung. Tidak enak rasanya bertentangan mata dengan lelaki ini. Tiba-tiba dia menarik tanganku. Bagai kejutan elektrik mengalir ke seluruh tubuh, aku terkedu. Langkahnya terhenti dan berpaling melihatku semula. Kenapa? Jomlah! Lepaskan tangan aku! Dia mengangkat kening lalu matanya beralih ke bawah. Kemudian melihatku semula. Tak nak! What? Kau jangan nak ambil kesempatan tau! Lepaskan aku kata! Aku meronta-ronta agar tanganku dileraikannya tetapi semakin kuat aku meronta, semakin kuat dia menggenggam. Sakitlah, bodoh! Jeritanku itu membuatnya tersentak. Serta-merta tanganku itu dilepaskannya. Riak wajahnya juga sedikit terkejut. Agaknya menyesali dengan tingkah sendiri. Kau ni, memang suka buli perempuan ya? Aku menjeling geram sambil menggosok-gosok pergelangan tanganku yang sakit. Mana ada! Aku bukan macam tu! Jangan nak tuduh sembarangan. Tuduh? Kau kata aku tuduh? Yang tadi tu apa ha? Yang dulu pun sama! Sekali lagi air mukanya berubah. Dia tunduk.

103

Akulah Cinderella

Nampaknya, kau masih belum lupa ya? Perlahan suaranya, tetapi cukup jelas di telingaku. Kau ingat, aku boleh lupa macam tu aja? Aku kesal. Aku betul-betul kesal dengan kejadian hari tu. Aku minta maaf. Aku mencebik. Kesal konon, lepas tu buat lagi. Mana ada! Mana ada kau cakap? Habis tadi tu apa? Kau ni, suka mengungkit ya? Habis ni siapa nak jawab? Aku menunjukkan pergelangan tanganku yang sudah merah kebiruan akibat digenggam dengan kuat sebentar tadi. Sekali lagi air mukanya berubah. Aku... aku betul-betul minta maaf. Kesian pula aku mendengarnya. Kenapalah hatiku ini lembut sangat? Sudah lama rasanya aku cuba menempa hatiku ini menjadi sekeras waja, namun tetap juga gagal. Please... Shafiq merenungku lembut. Dia mencapai tanganku semula, membuat aku tersentak. Aku dapat rasakan ada getaran halus yang menyelinap di jiwaku ketika ini. Pantas saja aku merentap semula tanganku. Sudahlah! Aku bagi muka kat kau sebab mami aja tau? Tapi aku warning kau, jangan nak paksa-paksa aku lagi, faham? Faham, sayang.

104

Nozi Danisya

Gulp! Mata kami bertembung. Sayang? Dia panggil aku sayang? Sayang sebab aku dah jadi adik angkatnya ke? Lain macam aja bunyi ungkapan itu. Dia berdehem sekali, cuba mengawal emosi barangkali. Atau dia juga turut merasakan apa yang aku rasai? Aku... nak ajak kau... pergi beli baju kat sana. Suaranya kedengaran gugup dan bergetar sambil tangannya sudah menunjuk ke arah pakaian wanita. Tak nak! Kenapa? Saja. Mana boleh saja. Mesti ada sebab lain. Tak ada sebab lain. Tipu! Betul! Dia mengeluh berat. Percubaannya untuk menukar semula imejku tidak berjaya lagi nampaknya. Aku cuba sembunyikan senyum, geli hati melihat gelagatnya. Mana dia orang ha? Lehernya dipanjangkan mencari kelibat ibunya dan adik-adikku. Aku juga sama sibuk mencari mereka. Shafiq mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Helo mami, kat mana? Fiq dengan Syah ni. Alright. Talian dimatikan. Aku mengangkat kening tanda bertanya.

105

Akulah Cinderella

Dia orang kat playground, setengah jam lagi jumpa kat food court. Dah habis shopping ke? Dahlah kut. Mami suruh aku temankan kau beli baju, jom! Sekali lagi dia menarik tanganku. Shafiq! Aku memberi isyarat supaya dia melepaskan tanganku. Sorry! Shafiq tersengih. Aku membuang pandang. Cuba menutup gundah di hati. Kau nak beli baju apa? Mari aku pilihkan. Pelik juga aku kenapa tiba-tiba kami boleh bercakap dengan elok begini? Selalunya ada saja pertelingkahan yang berlaku. Adakah dia sedang berlakon? Kau tak nak beli ke? Aku punya dah banyak. Yang tak pakai lagi pun ada. Amboi, seronok betul jadi orang kaya ni agaknya. Baju bertimbun, makanan berlebihan. Semuanya pembaziran. Jika apa yang berlebih itu disedekahkan kepada fakir miskin, nescaya pasti Allah berikan ganjaran yang setimpal. Sambil dia membelek-belek baju untukku, aku cuba mencuri pandang melihat wajah sebenarnya. Memang benar kata Sarah, si mangkuk ayun ini kacak juga orangnya. Mempunyai sepasang mata yang cantik dan alis yang lentik. Dah macam perempuan pula. Tetapi apabila diamati, matanya itu diwarisi daripada Datin Zulaikha. Mata Datin Zulaikha

106

Nozi Danisya

juga cantik dan alisnya lentik. Hidungnya agak besar tetapi mancung. Kumis tipis menghiasi bibirnya yang kemerahan. Tak merokok ke dia? Elok saja bibirnya itu tidak lebam seperti orang menghisap rokok. Dagunya ada sedikit lekuk. Mungkin inilah daya tarikannya kut. Kulitnya cerah lebih kurang kulitku saja dan ada kesan kehijauan bekas jambang yang telah dicukur bersih. Orangnya tinggi lampai dan lengannya sedikit berotot. Memang patut pun penumbuk dan penamparnya kuat tempoh hari. Aku yang sekecil ini memang bukan tandingannya. Baik dari segi fizikal ataupun tenaga.

PETANG itu, aku lihat Mak Som dan Pak Tam agak sibuk menyediakan bahan-bahan untuk barbeku. Pak Tam adalah suami Mak Som, merangkap drebar Datin Zulaikha. Mereka setia bekerja dengan Datin Zulaikha sejak sekian lama. Sejak Shafiq darjah satu lagi. Patut saja Mak Som amat menyayangi keluarga ini. Kebetulan mereka suami isteri tidak mempunyai zuriat. Jadi, secara tidak langsung Shafiqlah menjadi racun dan penawar di rumah banglo mewah itu. Aku lihat, Alia juga turut sama membantu Mak Som meringankan kerjanya. Aku menghampiri Alia yang sedang memotong buah tembikai dan puding. Kak Syah... Kak Syah. Karang hancur buah ni terus jadi jus. Alia tersengih. Aku pula yang cemberut. Macam mana? Best tak tinggal kat sini? Apalah punya soalan. Mestilah best! Mana yang lain? Aku memandang sekeliling mencari empat orang

107

Akulah Cinderella

lagi makhluk asing yang sering membuat kepalaku pusing. Aida tidur, dia sakit perut. Sakit perut? Salah makan ke? Tak, period pain. Aku mengangguk. Adikku yang seorang ini sudahlah pelakon air mata, badannya pun lemah sedikit, tidak lasak. Jika datang bulan, senggugutnya amat teruk sekali. Kata arwah ibu, dia mewarisinya daripada kakak ibu, Mak Long Salimah. Ain? Mendengar nama Ain disebut, Alia tergelak. Ain, tak habis-habis bergaya depan cermin. Suka sangat dengan baju-baju yang dibeli tadi. Aku turut tergelak. Aiman dan Azah main game kat atas dengan Abang Shafiq. Aku tersenyum nipis. Shafiq Daniel, menyebut namanya saja membuat hatiku bergetar. Walaupun aku dan dia bagai anjing dan kucing, namun jika dia bisa melayan kerenah adik-adikku dengan baik, aku jadi senang. Jika melibatkan adik-adik, hatiku yang keras ini pun boleh jadi lembut bagai salju yang luluh dek kehangatan mentari. Cewah! Aku menoleh apabila melihat Datin Zulaikha keluar dari kamarnya. Kamar Datin Zulaikha terletak di aras bawah. Bersebelahan dengan ruang tamu kedua. Di bawah ini hanya terdapat dua bilik saja, iaitu bilik Datin Zulaikha dan bilik Mak Som suami isteri. Kata Mak Som, mereka sudah tua jadi tidak betah untuk memanjat tangga setiap hari. Jadi bilik di tingkat atas

108

Nozi Danisya

hanya dikhaskan untuk orang-orang muda seperti kami saja. Aku mengangkat punggung dan melangkah keluar. Berjalan-jalan di sekeliling banglo tiga tingkat ini. Di halaman rumah terdapat gazebo yang bersebelahan dengan kolam ikan. Tidak pula aku tahu apakah jenis ikan-ikan itu. Memang cantik sekali landskap di halaman rumah ini. Dengan deruan bunyi air pancutan yang terhasil dari kolam ikan, dengan kehijauan rumput karpet dan pokok-pokok palma yang berdiri tegak memagari sempadan tepi rumah, serta pokok-pokok bunga yang pelbagai rupa, warna dan bentuk. Sungguh mengasyikkan dan damai sekali. Pasti ini tugas Pak Tam menjaga dan membersihkannya. Kakiku melangkah perlahan menuju ke belakang rumah pula. Terdapat kolam renang yang boleh dilihat dari atas bilikku. Aku duduk di salah satu bangku malas yang tersedia. Tersenyum bahagia bila memikirkan nasib malangku berubah sekelip mata. Hai, senyum sorang-sorang nampak? Aku tersentak. Dia lagi? Kau boleh tak jangan kacau aku? Tak boleh tengok orang senang langsung! Suka hati akulah. Kau berangan apa tadi? Shafiq Menyibuk! tersengih. Aku membuang pandang.

Kau dengar tak aku tanya ni? Isy, bising betullah kau ni! Pergi sanalah! Hek eleh, halau-halau orang pulak, ini rumah aku. Kau tu yang sepatutnya pergi! Dup! Jantungku seakan terhenti. Bagai belati tajam

109

Akulah Cinderella

menghiris perasaanku ketika ini. Sedihnya. Aku tahulah aku ini hanya menumpang saja, tak perlulah kata begitu. Aku ada di sini pun kerana mak kau tahu? Errr, sorry aku tak bermaksud nak cakap macam tu. Sorry ya? Dari ekor mata aku dapat melihat dia sedang merenungku. Bagaimana ekpresi mukanya tidaklah aku tahu. Tetapi dari suaranya saja, boleh aku bayangkan dia menyesal. Itulah cakap ikut sedap mulut aja! Syah? Aku bungkam. Langsung tidak memandang ke wajahnya. Syah! Sorrylah aku tak sengaja. Aku janji tak cakap lagi macam tu. Kau ni, nak jadi lelaki, tapi kuat merajuk ya? Tak maco langsung! Sebab aku perempuanlah aku terasa hati, mangkuk! Okey... okey... macam ni, aku dah penat sebenarnya bergaduh dengan kau. Dan aku tak suka. Kita dahlah tinggal sebumbung. Tak bestlah kalau asyik masam muka. So, apa kata kita berdamai nak? Berdamai? Aku berpaling dan merenung wajahnya. Cukup serius sekali dia memandangku. Tak mahu! La, kenapa pulak? Sebab tak mahulah! Yalah, kenapa tak mahu? Nanti senang kau nak buli aku, kan? Mana ada! Kau ni suka sangat bersangka buruk dengan aku. Cubalah sekali-sekala bersangka baik pulak.

110

Nozi Danisya

Dengan kau mana boleh nak bersangka baik. Dia merenungku tajam. Aku bukan seperti yang kau fikirkan! Oh ya? Then tell me, apa yang merasuk kau sampai membelasah teruk sorang budak perempuan yang tak cukup umur? Shafiq mengeluh berat. Lama terdiam. Fine! Aku pun tak mahu tahu. Dia berpaling semula memandangku. Salah kau juga, siapa suruh pakai macam lelaki? Itu bukan alasanlah. Sudahlah, tak usah nak ungkit-ungkit lagi. Kaulah yang mengungkit asalnya tadi. Kaulah puncanya! Aku pulak? Dia punya salah tak nak mengaku. Dalam kes ni, aku tak bersalah langsung! Dia tunduk dan mengeluh lagi. Penat agaknya melayan sikapku yang keras kepala ini. Syah, please... aku malas nak bergaduh dengan kau. Karang mami dengar tak pasal-pasal kena sound free. Tak apalah, sebagai abang biarlah aku beralah. Puas hati? Yes! Aku tersenyum menjadi milikku. Peace? Dia menghulurkan tangan. Tidak mahu teragakagak lagi lalu aku menyambutnya dengan senang hati. Peace no war. lebar. Kemenangan akhirnya

111

Akulah Cinderella

Kami tergelak. Mata bertentang mata. Shafiq merenungku lembut. Lama. Aku mula tidak senang duduk. Perlahan-lahan aku menarik tanganku. Dia tersenyum manis melihatku. Wahai lelaki, janganlah senyum begitu padaku. Boleh cair hatiku yang kononnya keras ini. Hati ni pun satu, mudah sangat tergugat!

ACARA makan-makan bermula selepas maghrib. Datin Zulaikha hanya menjemput teman-teman rapatnya dan Shafiq juga menjemput teman-temannya. Juadah juga banyak sekali. Adik-adikku sudah cantik berbaju baru. Aku seperti biasa hanya berseluar jeans, T-shirt lengan pendek dan memakai cap. Itulah identitiku. Belum lagi rasanya hendak berubah. Aku duduk di gazebo sambil menjuntai kaki. Memerhati manusia-manusia yang tidak aku kenali itu. Aku bangga dengan adik-adikku yang pandai menyesuaikan diri. Pandai menjaga adab. Kalau ibu dan ayah dapat melihat, pasti mereka juga akan berbangga. Aku melihat Datin Zulaikha melambaikan tangannya kepadaku. Perlahan aku melangkah menuju ke arahnya. Syah, kenalkan ini bestfriend mami. Ini Datin Atika, ni Datin Seri Hashimah dan yang ni, Datuk Faridah. Amboi, Datuk-Datin juga kawan-kawannya. Sudah berada di dalam golongan atasan, pastilah kawan-kawannya di kalangan orang-orang atasan juga. Friends, nilah hero I. Syah namanya. Dialah yang selamatkan I dulu. Dengan bangganya Datin Zulaikha memperkenalkan aku pada mereka. Aku tersenyum manis sambil bersalaman

112

Nozi Danisya

dengan wanita-wanita yang layak aku panggil mak cik saja. Aku meminta diri apabila terlihat kelibat Sarah yang sedang berbual dengan seorang lelaki. Mungkin itu tunangannya. Kak Sarah! Gadis itu berpaling dan tersenyum. Syah, dah makan? Kejap lagilah. Kak Sarah baru sampai ke? Dah lama dah. Tadi melepak kat kolam belakang dengan kawan-kawan Encik Shafiq. Aku mengangguk dan memandang pula lelaki yang bersama dengan Sarah itu. Macam pernah tengok, tetapi kat mana ya? Errr, Syah, kan? Aik? Dia tahu namaku? Kacak juga lelaki ni. Berlesung pipit, cukup menawan sekali. Patutlah Sarah sudah tidak memandang Shafiq. Tunangannya lebih tampan daripada lelaki itu. Aku berkerut kening cuba mengingati siapakah lelaki ini. Both of you kenal ke? Sarah hairan. Errr, macam pernah tengok, tapi tak ingatlah. Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. La, dulu saya ada makan kat restoran tempat Syah kerja dulu tu, ingat tak? Kawan-kawan Shafiq yang buat kecoh dan soal siasat Syah macam-macam tu? Haaa... baru aku ingat. Patutlah macam aku pernah

113

Akulah Cinderella

tengok aja muka dia ni. Ya, si lesung pipit rupa-rupanya. Aku ukir senyuman manis. Ohoho... ya... ya, ingat dah, ingat dah. Apa khabar? Baik. Syah macam mana? Seronok tak tinggal kat sini? Nampaknya dia sudah tahu tentang diriku yang menjadi anak angkat kepada keluarga kaya ini. So far so good. Lebih baik daripada dulu. Baguslah kalau macam tu. Dengan Shafiq macam mana? Masih berperang ke? Aku tergelak besar, begitu juga si lesung pipit. Saya macam ada tertinggal something aja. Awak tak cerita pun? Sarah merajuk manja. Nanti saya cerita ya, sayang. Oh ya, Syah. Kenalkan, ini tunang akak, Haziq. Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan salam. Dah agak dah. Salamnya aku sambut senang. Jom, we all nak pergi ke belakang. Sarah menarik tanganku. Nak tak nak terpaksalah aku mengekori merpati dua sejoli ini. Dari jauh aku lihat Shafiq rancak berbual dengan teman-temannya. Ah! betullah, teman-temannya itu juga pernah datang ke restoran Mak Cik Senah dulu. Si rambut terpacak ada, begitu juga si kaca mata dan si hitam manis. Si gempal pun ada juga. Mereka semua terdiam apabila melihat aku datang menghampiri.

114

Nozi Danisya

Aku rasa korang dah kenalkan? Ini, Syah. Shafiq menarik tanganku duduk di sisinya. Aku geram. Tidak perlulah pegang-pegang segala. Eh, ni bukan... budak tomboi yang kau... Kata-kata si kaca mata terhenti apabila si gempal menyikunya. Aku merenung mereka dengan tajam. Mereka juga sudah tahu cerita yang sebenar rupa-rupanya. Mataku beralih pula pada Shafiq. Dia hanya tersengih sambil menunjukkan isyarat peace padaku. Haziq juga tersenyum lebar. Sementara Sarah pula, terpinga-pinga. Ya, betullah tu. Tapi sekarang kami dah berdamai, kan Syah? Shafiq merenungku penuh makna. Aku hanya membalas dengan senyuman manis. Wah! Macam mana boleh berdamai ni? Si hitam manis mula menyibuk ingin tahu. Sekarang kami dah jadi adik-beradik angkat. Dah tinggal satu bumbung, mestilah kena berdamai, kan Syah? Aku hanya mengangguk perlahan. Ooo adik-beradik angkat ya? Hati-hati Fiq, jangan kau angkat dia jadi awek kau pulak. Si rambut terpacak mula mengusik. Mengundang riuh tawa di tepi kolam renang itu. Membuat mukaku membahang. Haahlah, aku tengok adik angkat kau ni lawa jugak orangnya. Si gempal pula menambah perisa. Monyet betul! Jadi-jadilah mengusik aku. Manalah aku nak pergi ni? Shafiq hanya tersenyum malu. Matanya

115

Akulah Cinderella

redup memandangku. Mata bertentang mata. Tetapi hanya seketika Cuma, kerana terdengar beberapa orang berdehem dan ada yang pura-pura batuk. Aku hanya tertunduk malu. Menyembunyikan wajahku yang sudah pijar di sebalik cap yang tersarung di kepala.

116

Nozi Danisya

No. ISBN:- 978-967-5067-66-2 Jumlah muka surat: 500 Harga Runcit:- Semenanjung Msia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:- Semenanjung Msia: RM14, Sabah/ Sarawak: RM17

SINOPSIS Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas ,

117

Akulah Cinderella

bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adikadiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi. Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Shafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masingmasing. Oii mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke? Oii pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik! Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adikadiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq? Apa ni? Nak cari gaduh ke? Apa dia? Aku buat apa? Kau luku kepala aku tu kenapa? Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? Akulah Cinderella ada jawapannya.

118

Nozi Danisya

COPYRIGHTING TEXT Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan AKULAH CINDERELLA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online ataupun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

119