Вы находитесь на странице: 1из 8

Perkembangan Sistem Pendidikan di Tanah Melayu Pengenalan Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu pada era sebelum penjajah

adalah bermula dengan sekolah pondok. Kemudian apabila British mula bertapak di Tanah Melayu bermula dengan pengambilan Pulau Pinang pada (1786) oleh Francis light, Singapura oleh Stamford Reffles pada (1819) dan Melaka pada (1824) selepas daripada berlakunya perjanjian inggeris Belanda. Apabila keadaan ini berlaku maka British telah mengamalkan dasar (pecah dan perintah). Pecah disini bermaksud British telah mengasingkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dan pekerjaan contohnya kaum Melayu akan ditempatkan di kampung-kampung dan melakukan kerja-kerja seperti bertani dan menangkap ikan, manakala bagi kaum India pula mereka ditempatkan di ladang-ladang untuk mengerjakan aktiviti menoreh getah. Selain itu, bagi kaum Cina pula mereka ditempatkan di bandar-bandar dan menjalankan kerja-kerja seperti berniaga dan melombong bijih timah. Perintah pula bermaksud semua kaum peribumi, pembesar-Pembesar Melayu, Raja-raja Melayu dan imigran asing tidak membantah apa jua keputusan yang dibuat oleh British kerana takut dan bagi golongan atasan adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing. Oleh hal demikian, British dapat bertapak lebih kukuh di Tanah Melayu.

Sekolah Pondok Sistem persekolahan yang terawal di Tanah Melayu adalah sekolah pondok. Sekolah pondok yang terawal dibina adalah sekolah pondok Pulai Condong di Kelantan, sekolah pondok Pulai Manis di Kedah dan sekolah pondok Titi di Terengganu. Sekolah pondok juga wujud di sekitar Tanah Melayu antaranya di Pattani dan pasentran di Acheh. Kalau dilihat negeri Kelantan mendahului sekolah pondok ini kerana pengaruh Tok Kenali yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dan digelar sebagai Tok Guru. Sekolah pondok ini tidak dipengaruhi dengan ideologi sekular tetapi lebih kepada duniawi dan akhirat. Di pelopori oleh golongan tua dan pembelajaran melibatkan hafalan Al-Quran, menghafal doa, kitab fiqah dan lain-lain lagi. Pelajar dibekalkan barangan keperluan oleh ibu bapa mereka sendiri contohnya makanan dan minuman, pakaian dan sedikit wang. Pendidikan di sekolah pondok ini sebenarnya tidak mengarah kepada pekerjaan, mereka hanya boleh bekerja seperti petani, nelayan, bertukang dan sebagainya. Sekolah pondok biasanya didirikan di sekitar madrasah, surau dan masjid. Sistem pendidikan pondok bercorak berdikari, kuliah dan muzakarah. Dari segi masa belajar tidak terhad contok pelajar-pelajar pondok belajar dari waktu subuh sehingga malam. Terdapat kelebihan-kelebihan pada sekolah pondok antaranya ialah pelajar-pelajar pondok biasanya dijemput ke rumah-rumah jika ada kematian. Selain itu, pelajar-pelajar pondok dapat menghayati ilmu-ilmu akhirat sepenuhnya. Kemudian sekolah pondok juga mempunyai beberapa kelemahan antaranya ialah kemajuan sekolah pondok bergantung kepada kewibawaan Tok guru, Ulamak dan Ustaz, sumber kewangan adalah sangat terhad, tiada perancangan jangka panjang, sukatan pelajaran tidak tersusun, bahasa dan kitab-kitab sukar untuk difahami dan tiada sistem penilaian dan juga perpustakaan.

Sekolah Agama Madrasah Sekolah agama madrasah di tanah melayu ditubuhkan oleh gerakkan Kaum Muda iaitu generasi terpelajar. Kaum Muda mempelopori idea ini bagi mengantikan system pendidikan melayu lama iaitu sekolah pondok yang telah dianggap sebagai telah ketinggalan zaman. Tujuan utama mereka memperkenalkan Sekolah Agama Madrasah bagi menyekat perkembangkan sekolah vernacular yang telah diperkenalkan oleh inggeris. Dari segi system pendidikan, sekolah madrasah tidak banyak perbezaannya dari sekolah pondok iaitu pendidikan keagamaan. Selain daripada itu, sekolah ini juga mengikut model pendidikan Mesir atau Arab kerana gerakan Kaum Muda ramai yang berkelulusan Mesir. Namun begitu bagi menyekat kebangkitan sekolah yang di asaskan oleh inggeris, sekolah madrasah ini telah mengambil model inggeris dari segi pentadbiran dan kurikulumnya supaya setanding dengan sekolah yang vernacular yang di perkenalkan oleh inggeris. Beberapa sekolah telah berjaya ditubuhkan oleh gerakan ini iaitu Madrasah Al-Iqba (1907 di singapura),Madrasah Al-hadi (1917 di Melaka ) dan Madrasah sultan zainal Abidin (1933 di Terengganu).

Sekolah Vernakular Melayu Sekolah Vernakular Melayu adalah nama untuk kategori sekolah moden yang telah diperkenalkan oleh pemerintah British di Tanah Melayu, bermula kurun ke sembilan belas. Sekolah ini mempunyai asasnya bagi sekolah Quran yang telah sedia ada dalam masyarakat Melayu sejak zaman sebelum kedatangan orang Barat lagi. Orang Melayu beragama Islam. Sebagai satu cara pengukuhan ajaran Islam, masyarakat kampung biasanya mengadakan kelas-kelas yang memberi pendidikan agama asas - termasuk pengajian alQuran - kepada kanak-kanak dalam kampung itu. Kelas-kelas agama dan al- Quran ini lazimnya di sebut di dalam buku-buku sejarah sebagai sekolah Quran. Gurunya adalah imam, lebai atau haji tempatan. Mengikut tradisi, sekolah-sekolah Quran ini tidak mengajar mata pelajaran lain selain daripada al-Quran dan agama. Biasanya sekolah Quran ini ditempatkan di balai lintang masjid kampung ataupun kadang-kadang di rumah Tok Guru itu sendiri. Dalam sesebuah kampung mungkin terdapat lebih daripada sebuah sekolah sebegini. Setelah British berjaya bertapak di Tanah Melayu, mereka mula menjalankan pelbagai strategi bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara ini.. Selain itu, cara yang lebih halus dan berkesan ialah dengan meminda atau mengubah suai institusi-institusi pendidikan peribumi yang sedia ada. Institusi-institusi tempatan ini dipinda atau kadang-kadang digantikan terus dengan bentuk moden yang diambil daripada model Barat.. Satu bidang sosial yang turut dipinda atau diubah suai oleh penjajah British ialah institusi pendidikan. Sekolah atau institusi pendidikan peribumi dipinda atau digantikan dengan sekolah atau institusi pendidikan mengikut model atau pola Barat. Perkataan "moden" dalam ayat pertama di atas merujuk kepada sekolah tajaan kerajaan British yang disebutkan di sini. Sekolah Quran kendalian Imam atau Tuk Guru yang terdapat di kampung- kampung menjadi asas untuk amalan ini. Philip Loh (1975: 4) menerangkan proses mengubah suai sekolah Quran ke arah menjadi sekolah sekular - yang kemudiannya telah menjadi sistem Sekolah Vernakular Melayu - bermula di Pulau Pinang.

Skinner, Majisteret di Seberang Perai, telah mendapat idea praktikal untuk memulakan sistem pendidikan sekular. Di Sekolah-sekolah Quran di kampung-kampung, gurunya dan murid-muridnya sudah sedia ada. Buat permulaannya, yang perlu dirombak hanya kurikulumnya. Mata pelajaran Agama dan al-Quran yang merupakan kurikulum asal, "diperkayakan" dengan pembelajaran bahasa Melayu.

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu Eksperimen awal oleh Skinner pada tahun-tahun 1870an itu telah membuahkan kejayaan bagi pihak British. "Pencemaran" kurikulum agama yang asalnya dengan pelajaran sekular berlaku secara tidak disedari - atau sekurang-kurangnya atas toleransi Pak Haji atau Tuk Guru. Tidak dinafikan, umpan duit sebagai ganjaran mengajar bahasa Melayu, telah menjadi faktor tarikan kepada Pak Haji dan Tok Guru. Tidak lama selepas percubaan Skinner di Seberang Perai, pendidikan Melayu turut dikembangkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, bermula di Selangor (Stevenson, 1975:24) dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Sebagai satu petunjuk dalam hal penglibatan kanak-kanak Melayu dalam sistem pendidikan sekular ini, di Perak dalam tahun 1896 telah terdapat lebih 7 000 orang kanak-kanak di bangku Sekolah Vernakular Melayu (Philip Loh, 1975: 17). Pada tahun 1906, di Perak terdapat lebih daripada 7 000 orang kanak-kanak, di Selangor hampir 2 000, di Negeri Sembilan lebih daripada 3 000 dan di Pahang angkanya kira-kira 1 000 (Stevenson, 1975: 112).

Tujuan Penubuhan Sekolah Vernakular Melayu Pada peringkat permulaan pihak inggeris tidak mengutamakan pendidikan ditanah melayu kerana bimbang jika rakyat celik akal dan memberontak terhadap mereka seperti yang berlaku di India. Selain itu juga, kedatangan mereka ke tanah bermatlamat untuk mengaut keuntungan hasil bumi tanah melayu. Namun setelah melihat perkembangan pendidikan ditanah tetap berjalan seperti dipondok yang banyak mengajar pendidikan agama. Bagi menjamin kedudukan mereka ditanah melayu inggeris telah memperkenalkan sekolah vernacular yang mengikut acuan atau model barat bagi menghapuskan pendidikan pondok atau madrasah yang lebih bersifat pendidikan keagamaan. Hal ini kerana pihak inggeris melihat hanya dalam pendidikan ini sahaja mereka dapat mengurangkan perasaan benci penduduk tempatan kepada mereka. Sekolah vernacular juga telah menyebabkan tanah melayu telah terbahagi kepada tiga kaum iaitu melayu, india dan cina. Dengan cara ini inggeris mampu melaksanakan dasar pecah dan perintah dimana kaum cina berada dibandar, kaum melayu di kampong dan kaum india di ladang. System pendidikan vernacular melayu telah menyebabkan jurang antara kaum semakin besar dan menyebabkan rakyat di tanah tidak mampu bersatu untuk mempertahankan tanah melayu.

Sekolah Vernakular Cina Perkembangan sekolah vernakular Cina peringkat awalnya adalah berkaitan dengan faktor ekonomi di rantau ini. Kemasukan beramai-ramai orang Cina pada 1870an telah mengasaskan sistem persekolahan dan penerapan budaya Cina di Tanah Melayu.Sekolah Cina yang pertama di bina di Tanah Melayu didirikan oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh London pada 1815.Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan mengajar kurikulum Confucius. Sekolah vernakular Cina kebanyakannya juga dibina oleh persatuan saudagar Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina mempengaruhi perkembangan sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu. Inggeris telah membiarkan perkembangan sekolah vernakular Cina dari peringkat awal sehunggalah sekolah ini bertukar kepada corak yang lebih militan dan menyebarkan propaganda anti-Inggeris. Penubuhan Parti Komunis Cina di negara Cina turut mempengaruhi sekolah vernakular Cina di TM. Hanya pada tahun 1920 Inggeris telah memperkenalkan Ordinan Pelajaran dan Akta Pendaftaran untuk mengawal pentadbiran sekolah vernakular Cina (kemasukan teks dan guru dari Cina) dan mengharamkan teks yang anti Inggeris. Pengaruh seorang sarjana Mandarin dari negeri Cina iaitu Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao yang lari ke Tanah Melayu akibat pergolakan politik kerajaan Manchu di Cina telah mempengaruhi perlaksanaan prinsip pendidikan baru di sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu iaitu Confucian Revival. Beberapa sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan seperti Sekolah Cina Yin Sin( Singapura), Sekolah Perempuan Cina Kuen Cheng(Kuala Lumpur) dan Seolah Yuk Choy di Ipoh. Pengaruh parti Kuomintang di bawah pimpinan Sun Yet Sen turut mempengaruhi pendidikan vernakular Cina di Tanah Melayu melalui prinsip pendidikannya , nasionalisme, demokrasi dan penghidupan . Dasar Inggeris terhadap sekolah vernakular Cina berbeza daripada dasar mereka terhadap sekolah venakular Melayu anataranya adalah seperti mengabaikan sekolah vernakular Cina kerana menyangka orang Cina tidak mahu kekal di Tanah Melayu.Masyarakat Cina yang kukuh sumber keewangan mereka menyenangi sikap tidak campur tangan Inggeris kerana mereka bebas mengendalikan sekolah mereka. Sekolah vernakular Cina juga jauh lebih baik daripada sekolah vernakular Melayu yang bergantung kepada sumbangan Inggeris untuk berkembang.

Sekolah Vernakular Tamil Sekolah vernakular Tamil pertama merupakan sebahagian daripada sekolah Penang Free School. Sekolah Tamil awal juga merupakan usahasama Mubaligh Kristian dan Mubaligh Tamil. Banyak sekolah Tamil yang wujud seperti Singapore Free School (1834), St Francis Xavier Malabar School di Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal lama.Kebanyakan sekolah vernakular Tamil juga berada di kawasan estet getah di mana terdapat majoriti buruh India di sana. Selain sekolah vernakular Tamil di estet, terdapat juga sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar khusus untuk anak-anak kakitangan Jabatan Kerja Raya yang kebanyakan buruh India. Kanak-kanak India berketuruna Serani menghadiri sekolah vernakular Inggeris.

Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil , Malayam, Telugu, Punjabi dan Hindi. Sekolah vernakular Tamil juga didirikan di ladang getah di Seberang Perai dan Johor Tengah Kategori sekolah vernakular Tamil di Tanah Melayu iaitu Sekolah Tamil kelolaan mubaligh Hindu seperti Sekolah Vivekenanda, Sekolah vernakular Tamil di kawasan estet, Sekolah Anglo- Tamil, Sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar, Sekolah vernakular Tamil juga paling daif kerana beberapa faktor iaitu sumber keewangan tidak kukuh kerana bergantung kepada Inggeris, kurang kemudahan fizikal dan Kehadiran muridnya terlalu rendah. Pada tahun 1923 Inggeris telah memperkenalkan kod Buruh untuk kawal kanak-kanak India ke sekolah. Kod ini memberi ketetapan bahawa sebuah sekolah perlu didirikan di setiap estet yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak. Kod ini juga menetapkan bahawa umur persekolahan bagi kanak-kanak India ialah 6 hingga 12 tahun. Masalah utama sekolah vernakular Tamil ialah kekurangan guru terlatih, kemudahan fizikal dan kadar ponteng yang tinggi.

Sekolah Vernakular Inggeris Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Antara sekolah inggeris yang terawal ialah Malacca free School pada tahun 1826, Victoria Institution pada tahun 1894 di Kuala Lumpur dan King Edward VII. Kemudian, pada pertengahan abad ke 19, Persatuan Mubaligh kristian berusaha untuk membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris di Tanah Melayu. Antaranya ialah, De La Salle Brothers, The church of England dan The Holy infant Jesus. Tujuan utama campur tangan mubaligh Kristian adalah untuk menyebarkan fahaman dan agama Kristian itu sendiri kepada orang Melayu terutamanya. Kebanyakan golongan Melayu Elit sahaja yang menghantar anak mereka ke sekolah ini. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Dengan inilah sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah terbaik kerana adanya sumber kewangan yang kukuh daripada Inggeris, mendapat tumpuan sepenuhnya daripada Inggeris dan mempunyai kemudahan fizikalnya yang lengkap berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Kurikulumnya pula bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1928 yang mana telah menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College.

Laporan Barnes Sistem persekolah vernacular iaitu sistem persekolahan berasaskan kaum yang ada di Tanah Melayu sebanarnya banyak menimbulkan masalah terutamanya masalah perpaduan kaum. Berikutan itu

pihak British telah mengambil inisiatif dengan penubuhkan satu jawatankuasa iaitu jawatankuasa penyata Barnes. Jawatan kuasa ini telah diketuai oleh L .J. Barnes yang merupakan seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford, London. Nama jawatankuasa ini juga diambil sempena nama ketuanya iaitu L.J. Barnes. Sepanjang menjalankan tugas Barnes, telah melakukan penyelidikan dan mengkaji sistem pendidikan yang bagaimanakah bersesuaian untuk diguna pakai di Tanah Melayu dan dengan harapan mampu menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan cina dan tamil. Hasil daripada penyelidikan jawatankuasa penyata Barnes, mereka teleh megemukakan beberapa cadangan kepada pihak British antaranya ialah yang pertama jawatankuasa mencadangankan semua sekolah vernacular yang ada di Tanah Melayu dibubarkan dan digantikan dengan satu aliran sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Jika dilihat cadangan ini agak extrime, walaubagaimana pun impka cadangan ini amat besar yang mana kita boleh menyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu. Kedua, jawatankuasa mencadangkan diperingkat sekolah rendah bahasa pegantar yang digunakan adalah bahasa Melayu manakalah diperingkat sekolah menengah ataupun peringkat yang lebih tinggi seperti university akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Cadangan yang seterusnya ialah bahasa ibunda bagi kaum lain seperti bahasa cina dan bahasa india akan diajar sekiranya mempunyai 15 orang pelajar yang memohon dalam sekolah tersebut . selain itu jawatankuasa ini turut mencadangkan sistem latihan perguruan yang selaras, tujuannya adalah bagi mempastikan pengajaran yang disampaikan adalah selaras. Disamping itu juga mereka mencadangkan sistem peperiksaan dan sistem nazir adalah sama bagi semua sekolah. Laporan Barnes mempunyai implikasi terhadap matlamat kerajaanBritish untuk menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Selain itu laporan Bernes dilihat sangat bertepatan dalam memupuk perpaduan dikalangan penduduk Tanah Melayu. Walaubagaimana pun, penyata Bernes ini telah medapat tentangan daripada kaum Cina, ini adalah kerana mereka bimbang menggangu gugat bahasa ibunda mereka. Ekoran daripada tentangan paripada kaum cina ini teleh membawa kepada lahirnya satu lagi laporan pelajaran di Tanah Melayu iaitu Lopran Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan. Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes ini telah menimbulkan pertentangan dari masyarakat Cina yang menganggap sistem pendidikan ini mengandungi ciri-ciri pemikiran kaum yang cetek dan tidak menekankan semangat toleransi antara kaum. Juseru itu pihak kerajaan telah digesa agar melantik satu jawatankuasa lain uantuk menilai mutu pendidikan bagi seluruh kaum di Tanah Melayu, yang lebih dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu. Penyata Fenn-Wu telah diwakilkan oleh dua orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao dan diminta untuk mengkaji masalah yang

dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara pendidikan yang sedang dilaksanakan pada waktu itu, iaitu bercorak perkauman dengan cadangan penubuhan pendidikan rendah yang tidak mempunyai unsur perkauman. Di samping itu bahasa pengantar perlulah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa pengantar lain sebagai subjek pilihan (optinal). Selain itu penyata ini juga perlu mengkaji dan menyediakan bukubuku teks yang mengandungi unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam Bahasa Cina. Namun begitu Penyata Fenn-Wu ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep Malayanisasi dan penyata ini juga ternyata berbeza jauh dengan Laporan Barnes yang sebelumnya. Apa yang menjadi pertentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan diperingat rendah.

Oodinan Pelajaran Berikutan terdapatnya tentangan terhadap penyata Bernes dan juga laporan Fenn-Wu, kerajaan British telah mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji Laporan Barnes dan juga Fenn-Wu. Laporan Jawatankuasa ini telah dikenali sebagai Ordinan Pelajaran . setelah jawatankuasa ini meneliti semua cadangan daripada Barnes dan Fenn-Wu serta hasil penyelidikan dan kajian jawatankankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak British. Jawatankuasa ini sememangnya amat berharap agar laporan ini dapat diterima oleh semua kaum. Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan mewujudkan dua sistem yang mana setiap sekolah ini akan menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah yang dicadangankan ialah sekolah Melayu dan juga sekolah Inggeris. Bagi sekolah melayu, subjek bahasa Inggeris adalah wajib diajar, manakala di sekolah Inggeris , subjek bahasa Melayu wajib diajar dan diambil oleh pelajar. Walaubagaimana pun, bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa cina dan tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa. Cadangan yang seterusnya ialah mewajibkan sekolah rendah kepada penduduk tanah melayu tanpa sebarang kompromi. Selain itu, jawatankuasa ini mencadangkan sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan dan nazir diselaraskan. Tujuannya adalah bagi mempastikan sistem pembelajaran yang sama diterima oleh pelajar dengan harapan dapat memupuk rasa cinta pada Tanah Melayu terutamnya dikalangan golongan imigran. Melihat kepada laporan ordinan pelajaran ini, diharap mampu menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu, walaubagaimana pun, ordinan pelajaran ini tidak dapat dilaksakan kerana masih lagi mendapat tentangan daripada kaum Cina dan India. Selain itu, masalah kewangan berserta ancaman komunis telah menyukarkan lagi ordinan pelajaran ini untuk dilaksanakan.

http://hilmiahmad.blogspot.com/2011/03/perkembangan-sistem-pendidikan-di-tanah.html

Bibliografi Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) falsafah pendidikan dan kurikulum (Edisi ke-2) Kuala Lumpur: Quatum Books. http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453 Ordinan Pelajaran 1952.http://www.wikipedia.com.my/.htm Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Teks Sejarah Tingkatan lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teks Sejarah tingkatan tiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Вам также может понравиться