Вы находитесь на странице: 1из 2

REFLEKSI SYAFAAT

Assalamualaikum. Alhamdullilah, akhirnya saya berjaya menyiapkan semua kerja kursus Matematik Geometri ini dalam tempoh masa yang diberikan. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi semasa proses menyiapkan kerja kursus ini dijalankan. Terdapat 4 tugasan yang telah disiapkan dalam subjek Matematik Geometri ini iaitu teselasi, polyhedral, kad pop-up dan buku pop-up.

Tugasan pertama iaitu teselasi. Ini tugasan yang pertama saya lakukan. Pada mulanya agak sukar kerana saya terpaksa mencari maklumat untuk tugasan ini. Saya juga tidak mahir dan tidak berseni. Jadi, agak sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya telah menggunakan pelbagai konsep dalam teselasi saya untuk kelihatan menarik.

Tugasan yang kedua ialah membuat objek polyhedral. Tugasan ini ialah tugasan berkumpulan. Kami teah mencari maklumat tentang objek polihedran di perpustakaan dan internet. Kami telah membuat 3 bentuk iaitu objek platonic, achimedian dan kepler-poinsot. Walaupun pada mulanya agak sukar dan banyak kos yang diperlukan, tetapi dengan kerjasama semua ahli kumpulan, kami Berjaya menyiapkan kesemua polyhedral tersebut.

Tugasan ketiga ialah membuat kad pop-up. Saya telah mencari maklumat mengenai kerja kursus ini dalam pusat sumber dan internet. Saya telah mengenal pasti beberapa laman web yang menunjukkan cara untuk menyediakan pop up ini. Saya telah merangkumkan beberapa konsep dan telah menghasikan kad berbentuk hati untuk diberikan kepada bonda tercinta. Pada mulanya agak sukar, tetapi dengan keikhlasan untuk bonda tercinta, saya berjaya menyiapkannya.

Tugasan keempat ialah membuat buku cerita pop-up. Tugasan ini juga merupakan tugasan berkumpulan. Saya rasa ini ialah tugasan yang terpenting dan tersukar kerana kami terpaksa menggabungkan sekurang-kurangnya 3 pop-up dan melebihi 5 muka surat. Kami telah menggunakan konsep permainan yang terkenal sekarang iaitu Angry Birds. Kami mengambil masa seminggu untuk menyiapkan tugasan terakhir ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norliha Jemain kerana telah memberi tunjuk ajar semasa proses tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться